Ikuti Blog ini
Raja Nazrin setuju terima Nizar mengadap ,Isnin, Mei 11, 2009 at 11.5.09,
DS Nizar: Zambry diminta berundur secara terhormat, menggantung penasihat undang-undang negeri. , at 11.5.09,
DR Nizar MB Sah, Tuan Guru Nik Aziz Seru Umat Islam Berpuasa Sunat Esok Dan Solat Sunat Syukur Dua Rakaat Bagi Meraikan Kemenangan !! , at 11.5.09,
Menurut Tuan Guru Nik Aziz "Setelah kita menang di Perak kini Perak telah bertukar menjadi Emas buat Pakatan Rakyat, Kejahatan telah terbukti dan kebenaran telah menjelma. Saya menasihati agar yang beragama Islam untuk puasa sunat esok hari serta sembahyang Sunat Syukur 2 rakaat. Jangan terlalu gopoh dengan kemenangan ini" katanya. Menurut sumber setelah Tuan Guru Nik Aziz menerima berita ini beliau telah solat sunat dan disusuli dengan sujud syukur.
[Sejuk hati bila mendengar nasihat daripada Tuan Guru Nik Aziz. Inilah caranya bagi orang Islam meraikan kemenangan dalam perjuangan. Ia berbeza dengan kemenangan yang diperolehi oleh puak-puak UMNO, mereka pasti akan menyajikan berbagai bentuk hiburan yang melalaikan untuk tujuan itu.
Semoga segala yang berlaku ini dapat dijadikan ikhtibar kepada kerajaan UMNO dan Barisan Nasional agar mendengar suara rakyat. Apakah Nizar akan bertindak bijak dengan memohon perkenanan Sultan Azlan Shah untuk membubarkan DUN Perak selepas ini?. Jika ini berlaku makanya satu pilihanraya kecil negeri Perak akan diadakan dalam masa terdekat ini. Tidak sabar rasanya untuk mendengar ulasan dan melihat wajah-wajah PM Najib Razak, MB HARAM Zambry Kadir dan semua petualang rakyat tiga ADUN bebas yang empunya angkara semua ini dulu].
Exco Terima Keputusan, Zambry Pula Hilang , at 11.5.09,
KUALA LUMPUR [6.02 pm] - Datuk Seri Dr.Zambry Kadir dan ahli Exconya akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Datuk Seri Ir.Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan bersedia mengosongkan pejabat masing-masing. Perkara ini dinyatakan Ketua Penerangan Negeri Perak, Datuk Hamdi Abu Bakar. Zambry yang dalam perjalanan dari Ipoh ke sini untuk menghadiri majlis ulang tahun UMNO ke-63, tidak dapat dihubungi.
[Zambry hilang?. Inilah akibatnya bila ego, sombong dan bongkak bila mendapat sedikit kuasa. Akhirnya Allah menarik balik segala-galanya dan anda sendiri akhirnya yang menanggung malu untuk berhadapan dengan rakyat. Apakah kehilangan Zambry ini sama dengan apa yang berlaku kepada tiga ADUN bebas itu agaknya.
Maka itu, eloklah UMNO Perak mencari Zambry di rumah Najib dekat Pekan. Mungkin Zambry mengadu nasib supaya Najib membantu beliau. Atau setidak-tidaknya menarik beliau ke pusat sebagai Senator seperti Maznah Mazlan di Pahang dulu. Kasihan benar melihat Zambry dan exco-exconya. Itulah.. dulu Speaker DUN Perak menyuruh keluar dewan akibat digantung anda melawan. Malah menarik pula Sivakumar keluar dewan secara paksa. Sekarang nasi sudah menjadi bubur. Anda terpaksa balik semula ke Pulau Pangkor dan bertafakur dalam tidur mencari ilham baru].
Keputusan Nizar MB Perak sah hadiah manis harijadi Umno Keputusan hakim Mahkamah Tinggi KL hari ini mengisytiharkan Dato Seri Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Perak yang sah merupakan satu hadiah yang cukup bermakna bagi Umno yang menyambut ulang tahun penubuhannya pada 11 Mei 1946, 63 tahun yang lalu.
Najib Altantuya Ditempeleng Kuat Oleh Keputusan Mahkamah , at 11.5.09,
Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim memutuskan perkara itu selepas mendapati kerusi itu tidak kosong kerana Nizar tidak pernah meletak jawatan dan tiada sebarang usul undi tidak percaya yang dilakukan terhadapnya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
Mahkamah juga menolak permohonan peguam Zambry untuk menangguhkan keputusan pengesahan Nizar sebagai MB Perak tetapi boleh mengemukakan rayuan rasmi.
Katanya, semua keputusan yang dibuat oleh zambry akan dikaji semula dan bukannya tidak sah sehingga notis seterusnya kecuali sidang DUN pada 7 Mei lalu.
"Kita akan minta Datuk Zambry dan Exco lain untuk mengosongkan jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta berikutan keputusan mahkamah.
"Mesyuarat Exco akan diadakan segera dan kita berpegang yang DUN harus dibubarkan berdasarkan kepada usul yang diluluskan pada sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac 2009,"katanya.
Nizar telah kehilangan jawatan tersebut awal Februari berikutan krisis politik Perak.
Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah memohon agar menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara mahu mengemukakan rayuan.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mula membacakan kertas penghakiman bermula kira-kira 2.30 petang.
Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.
Nizar, 52, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008.
Pilihanraya negeri akan diadakan semula di Perak. , at 11.5.09,
Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa Datuk Seri Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah di sisi perlembagaan, dan bukan Zambry Kadir dari UMNO.
Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim turut memerintahkan supaya Zambry dan barisan enam EXCO Barisan Nasional mengosongkan kedudukan mereka dalam kerajaan negeri.
Beliau berkata kerajaan negeri Perak harus kembali semula di bawah teraju Nizar.
Hakim Abdul Aziz juga berkata pilihanraya negeri harus diadakan semula.
Keputusan mahkamah tinggi itu, jika dihormati oleh Barisan Nasional, mampu menyelesaikan kemelut politik Perak yang berpanjangan setelah BN melancarkan rampasan kuasa awal tahun ini.
Krisis itu tercetus apabila BN dikatakan menawarkan gula-gula politik kepada tiga ADUN Pakatan Rakyat, termasuk dua yang menghadapi tuduhan rasuah, untuk lompat keluar dan menyokong BN.
Sultan Perak seterusnya melantik Zambry sebagai Menteri Besar walapun jawatan berkenaan masih diisi oleh Datuk Seri Nizar dari Pakatan Rakyat.
Nikar merujuk pertikaian itu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memberikan keputusannya hari ini.
Zambry enggan menunggu untuk keputusan mahkamah dan terus mengatur untuk diadakan sidang Dewan Undangan Negeri Khamis lalu.
Polis di bawa masuk ke sidang itu untuk mengheret keluar Speaker Dewan V.Sivakumar bagi membolehkan Zambry melantik calon pilihan sendiri dan seterusnya menguasai Dewan Undangan Negeri Perak.
Insiden itu mengaibkan Malaysia di kaca mata dunia namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan tindakan polis itu sebagai sesuatu yang perlu dilakukan.
Najib adalah Pengerusi BN Perak dan dilihat sebagai orang yang mendalangi rampasan kuasa berkenaan. Beliau belum mengulas keputusan mahkamah hari ini yang disambut baik oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.
Setiausaha Agong PAS Kamaruddin Jaafar berkata mahkamah secara nyata dan jelas menyatakan “penggunaan polis dan jentera kerajaan untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat ternyata tidak betul dan melanggar perlembagaan.”
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution berkata Najib harus akur dengan keputusan mahkamah dan mengambil langkah susulan untuk membetulkan keadaan di Perak.
“Langkah pertama ialah mengembalikan Nizar sebagai Menteri Besar sah bagi membolehkan beliau menghadap Sultan untuk membubarkan Dewan supaya pilihanraya negeri diadakan,” kata Saifuddin.
Setiausaha Kerja DAP Teresa Kok berharap permohonan Nizar untuk membubarkan DUN Perak dan pilihanraya negeri diadakan akan mendapat perkenan Sultan.
“Barisan Nasional tidak harus menghalang langkah ini kerana inilah pendekatan terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik Perak,” kata Teresa.
DS Nizar menteri besar sah Perak , at 11.5.09,
Bangunan SUK ditutup dan dikepung
Maklumat dari Ipoh memberitahu, bangunan SUK telah ditutup dengan cara yang luarbiasa. Orang-orang Ipoh tolong dapatkan pengesahan.Jam 3.5opm : NIZAR SAH MENTERI BESAR PERAK. KITA MENANG !!
Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah. Hakim berkata, Nizar tidak pernah menghadapi UNDI TIDAK PERCAYA dalam DUN..TAKBIRR !!!
Menteri Besor Sah tersenyum lebor
HAKIM Mahkamah Tinggi Abdul Aziz Abd Rahim telah memutuskan bahawa Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah. Ketika membacanya, Abdul Aziz berkata Nizar berhak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak. RAKYAT MOHON MB PERAK BUBARKAN DUN..! Kita berpilihanraya lagi !
Polis Halang Tayangan VCD Peristiwa 7 Mei , at 11.5.09,
DAP telah menganjurkan program Makan Malam di Sitiawan bertemakan 'Bubarkan DUN Perak & Kembalikan Hak Kepada Rakyat pada 9 Mei 2009 Ia di anjurkan di Sekolah Kebangsaan Nam Wah di Jalan Kampung Koh. Antara peceramah-penceramah yang menghadiri program ini ialah YB Ong Boon Piow, YB V.Sivakumar, YB Nga Kor Ming dan YB Ngeh Koo Ham. Program makan malam tersebut berjalan dengan lancar pada awalnya.
Apabila tanyangan VCD mengenai peristiwa 7 Mei dimainkan, polis telah merempuh masuk ke dalam dewan itu dan mula merampas alat-alat tayangan tersebut. Ini telah menyebabkan kekecohan dalam dewan itu. Orang ramai memberi amaran supaya polis tidak mengganggu tayangan VCD tersebut. Tetapi, polis tidak mempedulikan semua itu. YB Dato Ngeh Koo Ham dan YB Nga Kor Ming telah berunding dengan polis untuk tidak mengganggu program makan malam dengan menakutkan rakyat. Tetapi, polis berdegil juga dalam usaha untuk merampas alat-alat tayangan (VCD). Berpuluh-puluh FRU masuk bagaikan satu rusuhan berlaku.
Seorang juruteknik video kamera yang telah memasang alat-alat VCD di dewan itu telah ditahan oleh polis. Datuk Ngeh Koo Ham telah pergi ke balai polis untuk membela juruteknik itu.
Kenapa polis tidak memberi kebenaran untuk tayangan video peristiwa 7 Mei 2009?
Apakah yang ingin di selindungi oleh polis dalam usaha menghalangan tayang peristiwa 7 Mei 2009?
Rakyat berhak untuk mengetahui apakah yang berlaku dalam Dewan Negeri. Oleh yang demikian polis tidak sewajarnya mengambil tindakan-tindakan untuk 'black out' isu 7 Mei sama sekali.
Apa salahnya untuk pengundi-pengundi mengetahui peristiwa 7 Mei itu? Kenapa ianya di halang oleh polis? - V.Sivakumar
Sasterawan Negara Bersama Rakyat Perak Mahu DUN Dibubarkan , at 11.5.09,
Isu Kerajaan Nizar – Sasterawan Negara Setuju DUN Dibubarkan
Pak Samad Said turut hadir dalam program penjelasan isu PPSMI dan isu Sidang DUN Perak yang diadakan malam tadi di Perkarangan Surau Taman Meru 2B, Jelapang. Beliau antara pejuang bahasa yang menentang PPSMI.
Dalam ceramahnya malam tadi, beliau menyelar pemimpin UMNO BN terdahulu yang tidak menghormati Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara dengan memperkenalkan PPSMI di sekolah-sekolah. Beliau turut menyelar pemimpin BN sekarang yang masih mempertahankannya. Beliau sanggup diperalatkan bagi manfaat rakyat dalam usaha memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu dan menghapuskan PPSMI.
Beliau juga turut bersama rakyat Perak menuntut DUN Perak dibubarkan, dan menyifatkan kekecohan yang berlaku dalam sidang DUN perlukan penyelesaian melalui pembubaran DUN.
Keputusan siapa MB Perak hari ini. , at 11.5.09,
Saya mengulangi pendirian, Mahkamah Malaysia dalam keadaan masih boleh dipercayai, namun janganlah kita terlalu mengharap.
Apapun keputusan pada hari ini yakinlah usaha untuk mendapatkan Perak yang kita menangi dalam PR ke 12 tahun 2008 yang lepas akan diteruskan mengikut saluran undang-undang yang masih diperuntukkan.