Ikuti Blog ini

Lebih 50,000 Hadiri Rapat Perdana - TGNA: Macam Duduk Padang Arafah"


Lebih 50,000 hadir Rapat Rakyat Perdana

ALOR SETAR, 15 Jan: Lebih 50,000 rakyat di seluruh Kedah hadir pada Rapat Rakyat Perdana yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di sini, malam tadi.

Kehadiran orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat itu menjadikan padang bola Stadium Sultan Abdul Halim penuh sesak sehingga melimpahi ke luar stadium.

Keadaan itu menjadikan suasana di padang stadium itu dipenuhi pandangan kopiah yang memutih yang cukup memukau pandangan jika dilihat dari atas tempat duduk di stadium itu.

"Macam duduk di Padang Arafah," begitulah reaksi yang dituturkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hendak memulaklan ucapannya.

Dalam ucapannya, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan antara lain mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi perintah Allah sepanjang hidup di dunia ini.

Sebelum itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika berucap antara lain meminta orang ramai mengekalkan sokongan kepada PAS bagi membolehkan Kerajaan Pakatan Rakyat terus memerintah di negeri itu pada PRU Ke-13 akan datang.

Program yang dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar itu turut menampilkan beberapa penceramah lain dari PAS dan Pakatan Rakyat, dengan dimulai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.



Turut hadir dan menyampaikan ucapan termasuk Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR , Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali.

Manakala dari DAP, Pengerusi dan Timbalan pengerusi parti itu, Karpal Singh dan Tan Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong.

Ceramah pada malam tadi adalah kemuncak kepada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 yang diadakan di stadium tersebut bermula jam 8.00 pagi tadi. -Hrkh


Puluhan ribu banjiri Rapat Rakyat Perdana


Ribuan rakyat di seluruh Kedah dan kawasan sekitar membanjir Rapat Rakyat Perdana yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di Alor Setar, malam semalam.


Kereta hadirin berbaris sepanjang dua kilometer akibat kesesakan dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke tapak ceramah yang penuh sesak sehingga ada yang terpaksa duduk di luar stadium.


Ketayap putih yang dipakai sebahagian besar hadirin mejadikan suasana di padang stadium itu dipenuhi pandangan putih yang cukup memukau jika dilihat dari atas tempat duduk di stadium itu.


Dalam ucapannya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada seteru politiknya agak menghentikan ejekkan terhadap diri dan keluarganya dan berkata "cukuplah" atas apa yang telah mereka lakukan dan mengulangi kesediaannya memaafkan mereka.


"Mereka telah lakukan segala-galanya terhadap saya, sepak saya, telanjang dan membogelkan saya tetapi saya bersedia memaafkan mereka.


"Jangan ganggu kami lagi kerana kami akan terus berjuang," katanya membayangkan beliau tidak sanggup lagi untuk bertolak ansur dengan serangan kotor dan firnah yang dilemparkan lebih lama.


Sebelum itu, orang ramai terpukau dengan kehadiran Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang datang dengan bertongkat, walaupun jelas kelihatan masih uzur.


"Macam duduk di Padang Arafah," kata Nik Aziz ketika hendak memulaklan ucapannya, berhubung jumlah yang sebegitu ramai yang hadir.


Sambil mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi perintah Allah sepanjang hidup di dunia ini, beliau meminta rakyat untuk menerima kumpulan-kumpulan etnik dan agama yang berbeza di sekeliling mereka.


Nik Aziz kemudiannya berkongsi pengalamannya bagaimana masyarakat majmuk hidup aman damai di Kelantan.


"Orang-orang Cina telah pun derma kepada masjid. Bila mereka terima apa-apa bantuan kewangan daripada kerajaan, mereka akan derma sebahagiannya kepada kami,” katnya.


Turut mendapat perhatian hadirin adalah ucapan Pengerusi DAP Karpal Singh yang berucap dari kerusi rodanya mengenai perbicaraan Anwar.


"Kami akan terus lawan, sama ada Peguam Negara buat rayuan ataupun tidak," katanya.


Beliau turut menyentuh secara ringkas kemelut hukum Hudud di antara ketiga-tiga sekutu Pakatan dan berkata mereka mesti menyelesaikan isu itu sebelum pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.


"Isu ini kami masih lagi dikaji. Kita mesti bincang dan cuba cari jalan penyelesaian," katanya kepada pemimpin-pemimpin PAS yang juga hadir dan duduk di pentas utama. Antara mereka, termasuk PAS Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.


Abdul Hadi ketika berucap antara lain meminta orang ramai mengekalkan sokongan kepada PAS bagi membolehkan kerajaan Pakatan Rakyat terus memerintah di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.


Turut hadir dan menyampaikan ucapan termasuk Presiden dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali serta Dr Tan Seng Giaw yang juga ahli parlimen Kepong.


Ceramah malam semalam adalah kemuncak kepada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 yang diadakan di Alor Setar. -M'kini














Terharu Kenyataan Pemimpin Islam Sejati : Ustaz Hadi Rela Jadi Nelayan




 

SUBKY Latif menulis dalam Harakahdaily hari semalam.

SAYA terpegun bercampur pilu membaca kenyataan Persiden PAS, Ustaz Abdul Hadi Awang memilih untuk menjadi nelayan semula setelah adanya Perdana Menteri dan kerajaan yang hendak menjalankan pemerintahan bagai yang dikehendaki oleh Islam. Ini jawapannya kepada pertanyaan tentang calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat kiranya calon yang disediakan iaitu Anwar Ibrahim berhalangan disebabkan dipenjara dan sebagainya.

Ada yang menyebut namanya sebagai seorang calon. Memang dalam politik di zaman ini, rakyat diberi kuasa menyokong menentukan kerajaan melalui pilihan raya, maka mereka mahu tahu calon Perdana Menteri.
Momentum atau persaingan hebat bagi menentukan penguasa Putrajaya dalam PRU 13 ini buat pertama kali, disebabkan keupayaan pembangkang menamakan Anwar sebagai calon Perdana Menteri sejak Pakatan Rakyat terjelma. Hakikat menentukan keadaan jadi begitu. Tetapi suasana juga menuntut akan calon alternatif jika berlaku sesuatu. Ustaz Hadi sebagai seorang ulama haraki tidak pernah menolak tanggungjawab. Apabila beliau ditanya soalan itu, maka beliau memberikan satu jawapan politik dan dakwah mengikut semangat yang selalu diberi oleh ulama besar silam.

Pertama tidak menjawabnya secara tepat sebelum keperluan itu tiba tetapi adalah tanggungjawab ulama tidak menolak tanggungjawab apabila amanah itu diletakkan kepadanya. Saidina Abu Bakar cepat-cepat mencalon Umar al-Khatab sebagai khalifah menjalan tugas pimpinan sebaik Nabi SAW wafat, kerana merasakan dirinya bukan calon terbaik. Saiduna Umar r.a. pula cepat-cepat menolak selagi Saidina Abu Bakar ada.
Itu akhlak yang berkelayakan besar bagi memimpin umah. Pimpinan negara atau kerajaan adalah penting, tetapi pemimpin Islam yang berwibawa sentiasa melihat siapa berupaya dan berkelayakan selain daripadanya, kerana yang utama bagi Islam ialah tuntutan dan hendak Islam dapat dipenuhi dan ada orang lain yang dapat memenuhinya, kalau pun tidak lebih baik, sekurang-kurang sama baik dengannya.

Maka pilihan mereka ialah membuat pekerjaan sendiri bagi menyara diri seperti beternak, bertani, menangkap ikan. Abu Zar misalnya menolak semua jawatan, memilih menjadi tukang anyam bakul bagi menyara hidupnya. Ustaz Hadi adalah seorang tokoh besar ulama dan politik di peringkat nansional dan antarabangsa, pendakwah gigih, pernah menjadi Menteri Besar, berkelayakan untuk menjadi pentadbir. Semuanya bersetuju beliau diberi peranan.

Jika boleh diberi kebebasan untuk memilih kehidupan yang paling dekat di hatinya iaitu sebagai orang biasa yang kembali ke laut sebagai nelayan. Memang beliau dilahirkan dalam keluarga nelayan, besar sebagai keluarga nelayan. Walau pun sebok dengan hidup politik dan dakwah, tetapi ke laut dan menjala ikan tetapi menjadi hobinya dan ada kandang kambingnya sebagai tempat bersantai setelah penat kempen dan mengajar.
Jika tugas politiknya dapat dikurangkan, atau kewajipan itu dapat dipangku orang lain, tentu beliau ada masa yang selesa untuk mencandak sotong dan turun ke laut dalam menangkap ikan untuk keperluannya dan orang-orang sekelilingnya.

Mulanya saya tidak pernah memikirkan Ustaz Hadi patut lebih ke laut dari mengendalikan pemerintahan apabila Allah gilirkan bagi PAS untuk sama-sama memerintah. Keutamaan baginya di tempat pemerintahan ialah bagi memastikan tuntutan Islam itu berjalan sebaik-baiknya. Jika ada yang boleh mengendalikannya, maka pilihannya untuk ke laut seperti datuk-datuknya dulu dan saudara maranya.

Inilah pilihan yang dibuat oleh Rashied Ghanusi apabila Parti An-Nahzah memenang pilihan raya Tunisia baru-baru ini dan ini kaedah yang digunakan oleh Ikhwanul Muslimin yang menyertai pilihan raya Mesir sekarang. Pimpinan utama Ikhwan tidak menyertai pilihan raya pun, tetapi mereka memberi amanah kepada orang-orang yang dipercayai dapat memenuhi perjuangannya.

Kita boleh mengambil sikap terbuka boleh mengambil laluan yang diambil oleh rakan-rakan di Tunisia dan Mesir dan boleh menasihatkan Ustaz Hadi supaya menangguhkan dulu keinginannya menjadi nelayan penuh masa.
 
Mungkin buat masa terdekat ini ke laut itu jadi hobi seperti orang turun ke padang golf dan bermain tenis.
Saudara Ahmad Lutfi melalui http://www.detikdaily.net memaparkan tulisanSELENA TAY menyebutkan, bahawa orang Melayu sepatutnya terus mengundi PAS tanpa berfikir banyak-banyak lagi. Ini adalah kerana pemimpin-pemimpin PAS semuanya berwibawa dan mempunyai akhlak yang baik serta mengamalkan cara hidup yang sederhana sahaja. Semua pemimpin PAS peramah dan disenangi oleh semua lapisan masyarakat. Tiada seorang pun yang sombong, angkuh dan bongkak.

"Tetapi antara kesemua pemimpin PAS ada, saya merasakan tujuh daripada mereka wajar diberikan perhatian." Kata Salena Tay lagi.

Antaranya, menyebutkan,

1. Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat: Walaupun Tok Guru berusia 82 tahun, semangat perjuangan beliau masih lagi membara dan berkobar-kobar dalam perjuangan menentang Umno-BN. Sebagai Menteri Besar Kelantan sejak tahun 1990, beliau telah berjaya mengatasi banyak serangan yang bertubitubi oleh pihak lawan dan masih kuat bertahan lagi. Tok Guru seharusnya memimpin Kelantan sehingga Tuhan beri isyarat untuk berhenti. Tak usah pedulikan nasihat mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyeru TokGuru bersara.

2. Ustaz Abdul Hadi Awang: Presiden PAS yang mempunyai pemikiran yang berwawasan. Rakyat Terengganu disarankan memberi peluang sekali lagi kepada beliau untuk menjadi Menteri Besar memandangkan Umno telah diberi peluang begitu lama untuk mentadbir negeri Terengganu sehingga ada bumbung stadium yang runtuh dan dibina jambatan tanpa sungai yang merupakan sebahagian daripada Lebuh Raya Jabor. Kos pembinaan jambatan telah meningkat dari RM174 juta hingga RM210 juta manakala kos pembinaan lebuh raya tersebut dilaporkan telah meningkat dari RM3.7 bilion kepada RM5 bilion setakat ini. Begitu pandangannya.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali yang dipecat dari ahli PAS, sebelumnya mencadangkan supaya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai Perdana Menteri jika Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes bicara liwatnya dan jika Pakatan berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Sekiranya umur menjadi faktor penghalang, maka Hasan mencadangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri kerana kedua-dua mereka adalah calon yang mampu dan berkelayakan.

Hasan berkata apabila memilih seseorang pemimpin, selain rekod prestasi mereka dalam kerajaan dan peringkat antarabangsa, latar keluarga mereka juga perlu diberi perhatian.

“Untuk jadi pemimpin track record mesti bagus, track record kita khidmat dengan kerajaan, swasta, di peringkat antarabangsa dan organisasi perlu diambil kira." Menurutnya.

Menurut Weblog Ibnu Hayim (A/Hadi, Menangkan Dulu, Itu Cakap Layak Jadi PM) "Dengan kenyataan Presiden PAS itu, jelaslah pada saya Ustaz Hadi layak jadi Perdana Menteri Malaysia, kalau PR tawan Malaysia.

"Kalau di Iran kuasa tertinggi adalah pimpinan ruhani Ayatullah, tetapi yang melaksanakan ialah presidennya Ahmadinejad, yang hidup secara sederhana.

"Apalagi bila saya sudah kenal peribadi-peribadi pemimpin PAS itu seperti Ustaz Abd Hadi dan Tok guru Nik Aziz yang tawadhu' dan hidup sederhana. Juga seperti Mohd Sabu, Datuk Husam dan lain-lain, maka layak sangatlah Pimpinan PAS dilantik sebagai PM samada sementara atau seterusnya, jika perlu.... Itu pandangan saya yang kerdil ini.. " Jelas editornya, Dr Hj Mohd Hasyim.

Begitulah kira-kira, bukan dibiarkan Presiden PAS kembali balik asal menjadi nelayan semula. (IH)

Panas !! Tok Guru Nik Aziz Dedah Tawaran Sertai Umno

ALOR SETAR - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa ada wakil daripada Umno pernah berjumpa dengannya selepas Pilihan Raya Umum ke-12 empat tahun lalu bagi mengadakan perundingan menyertai Barisan Nasional (BN).

Pada pilihan raya umum 2008, lima kerajaan negeri dikuasai oleh pembangkang yang kemudiannya menubuhkan perikatan Pakatan Rakyat secara formal.

Malah, ekoran keputusan itu wujud usaha untuk mewujudkan kerjasama politik antara Pas dan Umno, dalam usaha membentuk kerajaan perpaduan.

Mereka ini datang tanpa malu, dan mengaku wakil pemimpin tertentu, ada juga mendakwa mereka tidak mewakili mana-mana individu," kata beliau pada sesi penggulungan Konvensyen PR Ketiga di sini, hari ini.

Beliau yang secara konsisten menentang usaha ke arah kerajaan perpaduan menegaskan: "Saya tidak akan membiarkan Pas dikhianati."

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pas komited bersama dengan DAP dan PKR sehingga PR mendapat mandat menjadi kerajaan.

Katanya, beliau tidak mahu perkara yang sama berlaku pada tahun 1977 apabila dikhianati lalu bertindak keluar daripada kerajaan campuran Umno dan BN ketika itu.

"Ketika mereka mengajak semula sertai Umno, saya berkata cis. Saya tahu anda semua siapa. Tak perlu untuk menyatakannya.

"Saya yakin penggabungan yang ditawarkan itu pasti mereka mahukan 'pulangan', jika tidak kenapa ia berlaku," katanya. Nik Abdul Aziz berkata, dalam politik pelbagai ragam akan berlaku.
Oleh itu, katanya, terpulang kepada indivdu terbabit untuk menyuarakannya.

Tambah beliau, jangan mudah terpengaruh dengan apa jua tawaran kerana "kita tidak akan dapat menjangka apa yang bakal berlaku."SH

Mstar Online Berbohong, Gambar Di Ambil Sebelum Konvensyen PR Bermula

Beginilah para pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat yang hadir pada hari ini. Dan inilah keadaan dan suasana sebenar di ruang utama Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Suka Menanti pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 di Alor Setar, Kedah. 
Tetapi yang Addin geram.. media pencacai dan penjilat UMNO telah 'spin' cerita dan gambar keadaan sebenar konvensyen Pakatan Rakyat ini. Jikalau nak menipu merangkap membodek tuan tanah UMNO.. agak-agaklah. Rakyat bukannya bodoh macam UMNO dan media pencacainya..
Cerita fitnah media pencacai
Gambar sebelum konvensyen PR bermula
Dari pemerhatian Addin, integriti blogger Pakatan Rakyat lebih tinggi daripada media pencacai UMNO BN. Bawak cerita fitnah dan lucah je yang tau.. Media pencacai patut pun jadi bahan makian rakyat jelata.

102 PENGIKUT HASAN ALI MASUK UMNO!!!

Bila masa baju kuning jadi baju PAS , bila masa pula PAS ada Ketua Zon



Ramainya, penyokong Hasan Ali . Ingatkan 1000 orang rupanya 102 orang je. Tapi sayang Hasan Ali tak nampak muka pun.

Siap habiskan duit buat baju baru PAS warna kuning banyak2 pakai sekejap kemudian buang. Pakai baju BN warna biru. Bila masa pula baju kuning dah jadi baju rasmi PAS. Pandainya berlakon, macam real2 la konon...

Yang paling kelakar, selama ini PAS mana ada jawatan Ketua Zon tapi tiba2 PAS dibawah Hasan Ali ada Ketua Zon. Kelakar...kelakar...nak menipu pun biaq la real sikit......Admin

Berpuluh, beratus, beribu 'ahli PAS masuk UMNO'... Setelah disiasat rupanya ahli-ahli UMNO yang isytihar masuk UMNO. Depa cuma perlu cari sorang ketua yang mungkin betul2 dianggap PAS (penyokong yang bermasalah atau longgar) berikan upah yang lumayan, bagi skrip suruh baca... muka boleh masuk tv dan akhbar.

Itulah taktik propaganda murahan yang digunakan sejak 50 tahun, dengan UMNO beranggan bahawa orang Melayu semuanya bodoh2 belaka dan boleh dibohong seduit dua macam tu saja. Tapi depa silap banyak, ni zaman maklumat cuma di hujung jari, sepantas kilat pembohongan iu akan didedahkan ke seantero dunia.

Cerita 'UMNO masuk UMNO' ini hanya popular setiap kali menjelang PRU. Dunia berubah, mentaliti manusia pun berubah tapi strategi lapok UMNO tak pernah berubah... siaaannnnn. Kedah La



MULA-MULA PAKAI BAJU KUNING ADA LAMBANG PAS... BAJU BARU BEB...


LEPAS TU BUANG BAJU KUNING PAKAI BAJU BIRU UMNO/BN




BUANG HABIS BAJU KUNING YANG DIPAKAI, BUAT BANYAK2 TAPI YANG PAKAI TAK NAMPAK RAMAI PUN....PAKAI DALAM HATI KOT....





HINA LAGI BUANG BERSEPAH BAJU KUNING LAMBANG PAS YANG MASIH BARU DIBUAT....LEPAS BUANG TU SAHIH ADA YANG AMBIL BALIK .... BARU BEB....

Seramai 102 anggota PAS Kampung Kerdas Gombak bertindak keluar parti dan menyertai Umno selepas tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS.

Kumpulan itu yang diwakili Mohd Jais Ismail menyerahkan borang untuk menyertai Umno kepada Ketua Umno Bahagian Gombak Abdul Rahim Kamarudin dalam satu majlis di sini, Sabtu.

Jais berkata selain tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS, keputusan mereka untuk meninggalkan parti itu juga kerana kecewa dengan tindakan parti yang memecat Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohamad Ali daripada parti tersebut.

"Kami tak percaya dengan PAS dan kami yakin hanya Umno dan Barisan Nasional yang mampu membela nasib rakyat," katanya pada majlis pengisytiharan anggota PAS Kerdas menyertai Umno dan ikrar menyokong Barisan Nasional.

Jais, yang juga Ketua Zon PAS Taman Kamariah Gombak, berkata keputusan untuk meninggalkan parti dibuat atas kerelaan sendiri dan bukan disebabkan oleh tekanan atau tawaran daripada mana-mana pihak.

Menurutnya walaupun dipujuk oleh PAS supaya terus kekal bersama parti itu namun mereka nekad dengan keputusan masing-masing iaitu menyertai Umno malah dijangka lebih ramai lagi akan menyusul. - BERNAMA

Laporan & Gambar Konvensyen Pakatan Rakyat. TAHNIAH !

Tahniah!
Pakatan Rakyat telah memulakan Konvensyen Bersejarah pada tepat jam 9.30 pagi dengan ucapan aluan oleh Dato' Mahfuz dan dimulakan ucapan pembukaan oleh YB Senator Tunku Aziz.

Majlis diteruskan dengan ucapan pembakar semangat oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan diikuti oleh Timbalan Keadilan, Azmin Ali.

LAPORAN TERKINI


10.25 - Keberangkatan Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, DS Wan Azizah, Datuk Seri Haji Hadi, TG Nik Aziz Nik Mat.


10:35 - Konvensyen dimulakan dengan luahan hati Rakyat yang diwakili dari pelbagai peringkat, dimulai oleh wakil Felda,wakil Penjawat Awam (Brid.General Hadi Katab), wakil Sabah (Tan Sri Simon Sipauan), wakil Sarawak dan golongan Budayawan, (Sdr Dinsman) yang mengharapkan hubungan rapat dengan ahli budawayan.


11:30 - Konvensyen diteruskan lagi dgn luahan hati dari golongan Akademik (Prof.Dr.Nazari Ismail) berucap mengenai negara impiannya.  Disusuli dengan pandangan dari wakil NGO, Dato' Ambiga yg menyatakan beberapa isu termasuk rasuah negara.  Perwakilan terakhir diwakili oleh wakil Mahasiswa,Sdr Akram Ikrami yang membicarakan soal mahasiswa, universiti dan anak muda.


12:00 - Sessi ketiga - Perbahasan Perwakilan oleh 5 wakil Pimpinan Pakatan Rakyat :


1. YB Dr Dzulkefly Ahmad
2. Tuan Hj Suhaimi Said
3. Tan Sri Khalid Ibrahim
4. YB Anthony Loke
5. YB Dato'Paduka Husam Musa


15:00 - Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat berada di atas pentas Konvensyen dengan keyakinan yang baru untuk memimpin perubahan dalam PRU 13.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Konvensyen Pakatan Rakyat dan disambut dengan laungan "Reformasi!"


15:10 - DS Anwar Ibrahim, YAB Tuan Guru Dato' Nik Aziz, YB Tuan Guru Haji Hadi Awang, YB Lim Kit Siang, CM Guan Eng dan DS Wan Azizah bersedia untuk memberi ucapan.


15:15 - Bacaan ikrar di konvensyen Pakatan Rakyat.

Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Suka Menanti, Alor Setar penuh sesak dengan perwakilan dan pendukung Pakatan Rakyat.

15:20 - Ucapan DS Wan Azizah


15:50 - CM Guan Eng selesai berucap. Katanya DSAI sudah bebas dari kezaliman UMNO. Kini kita perlu bebaskan Malaysia dari parti ekstrimis UMNO


16:00 - Tuan Guru Hadi Awang memberi ucapan


16:20 - Lim Kit Siang menegaskan sekarang ini kita memasuki "Malaysian Spring".  Beliau juga berkata Pakatan Rakyat akan membela Melayu, agama Islam dan Raja-Raja Melayu.

Lim kit Siang cabar Najib dan Umno terima keputusan PRU13 sekiranya rakyat pilih Pakatan Rakyat.


16:35 - Tuan Guru Nik Aziz berkata antaranya bagaimana ada org Cina di Kelantan mewasiatkan wang usia emas kepada Masjid.


Tuan Guru juga tegas menyatakan sejarah gabungan UMNO-PAS berakhir apabila UMNO menyingkir PAS keluar. Bila dijemput sekali lagi dalam kerajaan perpaduan, saya kata Cis!


16:45 - DS anwaribrahim mulakan amanat dgn dhamir hati. Beliau amat SYUKUR kepada Allah & HARGAI sokongan & doa rakyat.  Beliau membawa pesanan cucu Mahatma Gandhi utk hidupkan politik Gandhi iaitu politik berteraskan hati nurani manusia.


DSAI menegaskan jika benar NajibRazak berpegang kpd demokrasi maka pastikan tidak ada sebarang penipuan di PRU yg akan datang. Laksanakan reformasi pilihanraya.


Umno tidak boleh dipercayai memegang amanah negara. "BN tidak boleh diharapkan untuk menjaga amanah khazanah negara…Noktah!!!".  Tanpa suara gigih Rakyat dan anak-anak muda pakatan Rakyat, aset Sharizat tidak mungkin dibekukan spt pengumuman Najib tadi.


Anwaribrahim ulangi cabaran debat krisis negara dengan PM NajibRazak.  Rakyat semua menantikan Debat Agung PRU ke-13.


17:15 - Fokus kita seluruhnya adalah Pilihanraya.  3 parti Pakatan Rakyat satu pimpinan, satu wadah, satu suara dan satu agenda.


Anggota parti diminta hafal dan dicerakinkan Agenda Pakatan Rakyat.


Umno umpama “Singa Tua yang tidak mempunyai gigi sama sekali”.


Mendokong ketelusan Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng.  Melayu jenis apa yg hantar kek najis kepada seorang Ketua Menteri?  Saya sokong Ketua Menteri kerana dia telus dan bersih.


Budaya Umno adalah menutup rasuah.


Pertembungan nilai diantara PR & BN, nilai pertahan keadilan vs penindasan ke atas manusia, kepelbagaian vs perkauman sempit.


Akhir sekali, Anwar nyatakan Malaysia bersedia untuk "Malaysia Spring 2012" !!!



--------------------------------------------------------------------------------










Pakatan Rakyat yang memerintah empat negeri yang dimenangi semasa pilihanraya pada tahun 2008, berkumpul di sini untuk memuktamadkan pelan untuk pilihan raya ke-13.


Menurut Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, Pakatan Rakyat perlu cepat memanfaatkan momentum yang diperolehi dari pembebasan Anwar Ibrahim dan segera membina gelombang untuk menggalakkan teras dasar yang bertujuan untuk memenangi sokongan kumpulan pengundi utama.
Konvensyen ini akan memberi tumpuan kepada :
  • 4 dasar teras iaitu perkhidmatan awam, Felda, monopoli ekonomi, serta hubungan antara kerajaan persekutuan dan negeri, yang akan membantu meyakinkan pengundi bahawa Pakatan Rakyat adalah "serius untuk berada di dalam kerajaan Persekutuan".
  • Mempengaruhi pengundi Melayu, kakitangan awam, kelas pekerja dan rakyat di Sabah dan Sarawak, iaitu blok undi yang agak besar yang dilihat memegang kunci ke Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.
  • Menyelidiki secara mendalam “inti” dasar di dalam manifesto Buku Jingga.
  • Mengupas kembali keputusan Konvensyen yang pertama iaitu meletakkan prinsip-prinsip yang luas. Dalam konvensyen kedua, Pakatan Rakyat telah melihat pada pelan tindakan. 


reformisanakmuda

Empat Mahasiswa menggegar bandar Dungun!

DUNGUN -  Empat orang mahasiswa melakar sejarah politik negeri Terengganu apabila mereka berucap di khalayak ramai dalam Majlis yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan WARIS, disini pada Sabtu 14 Januari.

Pengerusi BEBAS (Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik) Safwan Anang menuntut di Universiti Malaya, Ketua Koordinator Legasi Mahasiswa Progresif, Adam Adli Abdul Halim dari UPSI, Khairul Naim dari Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) UiTM dan Ehsan Bukhari dari Universiti Selangor (UNISEL) dengan berani menyuarakan hasrat mereka dan menyeru rakyat menumbangkan regim Umno dan Barisan Nasional.

[Gambar kanan atas - Safwan menunjukkan gaya, bagaimana beliau mengoyak kertas kebenaran hospital yang bersekongkol dengan polis, merakam 'curi' gambarnya, ketika beliau terlantar di hospital setelah di belasah pada peristiwa UPI berdarah]


Keempat-empat mereka berkongsi dengan ribuan hadirin, bagaimana mereka diperlakukan dengan zalim oleh ‘Sang Penguasa’ dalam himpunan aman yang di adakan di UPSI pada malam tahun baru 2012.

[Gambar kiri atas - Adam menunjukkan isyarat 3 dengan jarinya, dengan tegas mengatakan, ia akan kembali selepas digantung oleh UPSI, untuk meneruskan perjuangan menuntut hak dan kebebasan mahasiswa]

Safwan digelar sebagai siswa yang diterajang oleh polis, Adam digelar sebagai penurun bendera Najib serta dua rakannya, sedang mengadakan jelajah ke seluruh Negara.

Adam yang telah digantung dari pengajiannya selama tiga semester pada 9 Janurai lalu memberi amaran, bahawa mahasiswa akan bangkit bersama Solidariti Mahsiswa Malaysia meneruskan kebebasan akademik.

Katanya, jika seorang mahasiswa tumbang, seratus yang lain akan bangkit, meneruskan perjuangan! -BO

Subhanallah..Tibalah Saat "KeHANCURan" Umno!!




Tanpa dipaksa dan sogokkan wang RM50 serta nasi bungkus dan bas percuma seperti yang berlaku di Perak dengan kehadiran Najib Altantuya dan RosMEWAH,Maka puluhan ribu hadir di Malam Konvensyen ke 3 PR si Alor Star malam tadi menggambarkan kepada kita rakyat Malaysia bahawa papan tanda yang berbunyi.."No Entry"...terpaksa diberikan kepada Umno di Kedah pada PRU 13 ini..Hancusss Umnooo...

Budak sekarang bijak bijak




Gambar atas: Ketika di Konvensyen Pakatan semalam.
Gambar bawah: Sorang nangis, sorang tengok jambul.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .