Ikuti Blog ini

SAKSIKAN PUAK-PUAK JAHIL MENGHINA HUDUD







HANGPA TENGOK PUAK-PUAK JAHIL NI
DIRI SENDIRI PUN TAK RETI HUKUM
AURAT TERDEDAH SANA-SINI
LAGI MAU TUNJUK TERROR PASAL HUDUD

Pilihan raya orang Islam setiap hari

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Perjuangan PAS bukan semata-mata menentang Umno BN, tetapi yang lebih utama menentang ajaran sekular yang didukung parti itu.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, akibat memperjuangkan sekular, orang Umno tidak diingatkan mengenai kewajipan melawan hawa nafsu dan menolak pujuk rayu syaitan.

"Perjuangan PAS bukan perjuangan menentang Umno semata-mata tapi yang lebih besar mengajar manusia mengikat hawa nafsu.

"Pilihan raya bukan hanya lima tahun sekali, tapi orang Islam melakukan pilihan raya setiap hari, sepanjang masa.

"Umno tidak pernah didengarkan oleh pemimpin mereka untuk menjauhkan diri dari syaitan," kata beliau sewaktu menyampaikan ucaptama di Ijtimak Tarbawi Pilihan Raya di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, hari ini.

Tok Guru Nik Aziz juga menegaskan, golongan sekular secara tidak sedar sudah menolak separuh daripada ajaran Islam apabila tidak mengutamakan perjuangan melawan syaitan.

"Mengelak diri daripada pujuk rayu syaitan tidak ada dalam ajaran sekular.

"Syaitan, neraka, tak ada dalam pengajian sekular. Oleh yang demikian pada orang yang sudah menjadi sekular, 50 peratus daripada pengajian Islam sudah hilang.

"Pengajian Islam termasuk perkara ghaib iaitu syurga, neraka, dosa, pahala, padang mahsyar. Semua ini tak ada dalam sekular, jadi tak pernah sebut, bila tak pernah sebut mereka lupa," kata beliau di hadapan kira-kira 1,000 ahli yang hadir.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu juga, untuk memastikan manusia selamat di akhirat kelak, mereka wajib mengikut ajaran Islam yang sebenar, tanpa bercampur dengan ajaran barat yang lain.

"Sekular tak bawa manusia ke syurga. Yang hanya membawa manusia ke syurga ialah Islam.

"Umno atau golongan sekular kalau kita andaikan, seperti bas ekspres dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Tapi berhenti di Gua Musang, terliur tengok buah-buahan banyak, maka berhenti di situ sahaja, tak sampai ke Kuala Lumpur.

"Samalah dengan Umno, nak ke syurga tapi tersekat separuh jalan kerana terpedaya dengan segala pembangunan dan kekayaan di dunia," katanya.

Perjuangan PAS adalah jihad

Sementara itu, Tok Guru Nik Aziz mengingatkan ahli agar memanfaatkan sistem pilihan raya yang ada untuk memenangkan PAS agar dapat berjihad menegakkan Islam.

Ini kerana tegasnya, tanpa kuasa amat sukar untuk PAS membanteras segala kemungkaran di muka bumi, khususnya yang dilakukan orang Islam sendiri.

"Tanpa kuasa, kita boleh menyatakan haramnya judi, arak, hiburan melampau batas dan sebagainya, namun ia hanya akan terbatas di mimbar masjid dan helaian kitab sahaja tanpa ditegakkan dalan sistem pemerintahan," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar istilah jihad yang digunakan Umno dalam perhimpunan agungnya baru-baru ini.

Beliau berkata, iistilah jihad itu berasal daripada Al-Quran dan hanya sesuai digunakan untuk tujuan menegakkan Islam.

Justeru, beliau mempersoal jihad yang dimaksudkan Umno sedangkan parti itu terpalit dengan salah guna kuasa dan rasuah.

"Jihad ini istilah Al-Quran. Kerana apa mereka curi perkataan jihad dan tafsir mengikut kefahaman sendiri?

"Mereka sifatkan jihad untuk mempertahankan orang Melayu. Islam bukan untuk orang Melayu, bukan untuk Arab, bukan untuk Cina tapi untuk manusia," katanya.

Turut bersama, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pimpinan tertinggi yang lain.

Ustaz Hadi akan menyampaikan amanat di majlis penutup petang ini. -Hrkh

UMNO/BN Otak di Kepala Lutut. sifir mudah dari LGE


.

Umno didakwa terus meniupkan sentimen perkauman dengan tujuan menakutkan rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu bahawa parti DAP itu bercadang menuntut kerusi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya pada pilihan raya akan datang, negeri yang meraih perlaburan yang terbesar pada 2010, - RM12.2 billion, iaitu paling tinggi dalam sejarah negara.

Menurut setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, perkara itu adalah mustahil kerana di antara komponen Pakatan, DAP bertanding bilangan kerusi parlimen yang paling sedikit.

“Dalam pilihanraya umum 2008, DAP bertanding 47 kerusi Parlimen, PAS 66 dan PKR 97.

“Macam mana sebuah parti yang hanya bertanding 47 kerusi boleh memimpin Pakatan?

“Jelas ini adalah permainan perkauman bahaya untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan ke atas DAP dan bukan Melayu,” kata Lim semasa perasmian kongres Wanita DAP Pulau Pinang.

Katanya, Umno sebenarnya kini dalam keadaan terdesak kerana kerajaan persekutuan bukan sahaja diselubungi gejala rasuah berleluasa, malah dicemari dengan agenda serta retorik ketuanan dan perkauman.

“Jelas ini adalah permainan perkauman bahaya untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan ke atas DAP dan bukan Melayu,” kata Lim semasa perasmian kongres Wanita DAP Pulau Pinang.

“Laporan Indeks Persepsi Rasuah terbaru menunjukkan Malaysia merundum lagi, kali ini di tangga ke-60 daripada tangga ke-56 tahun lepas. Ini merupakan prestasi paling teruk dalam tempoh sepuluh tahun,” katanya

“Walaupun pada awalnya DAP dan Pakatan Rakyat dilihat sebagai tidak berpengalaman untuk mentadbir kerajaan, namun kejayaan kita di Pulau Pinang, serta di negeri Kedah, Selangor dan Kelantan telah menunjukkan bahawa, kita tidak berpengalaman tentang rasuah dan kronisme yang dibudayakan dalam parti pemerintah di peringkat kerajaan pusat,” kata Lim.

Demi menutupkan kelemahan penyelewenban kewangan dalam BN, Umno menggunakan senjata terakhir iaitu memainkan isu perkauman dan agama terhadap DAP, penganut Kristian, masyarakat Cina dan pengundi DAP.- zakri ali

UMNO Bakal Hangus Menjadi Abu Apabila ABU Dilancarkan Besar-besaran Seluruh Negara

Ekoran kegagalan Umno memimpin Malaysia selama lebih 50 tahun, satu pergerakan dikenali sebagai Asalkan Bukan Umno (ABU) telah ditubuhkan untuk mengkuburkan Umno dari terus mencengkam Malaysia.

Gambar: (Dari kiri) Badrul Hisham Shaharin dan Haris Ibrahim pada majlis pelancaran Asalkan Bukan Umno di Kuala Lumpur hari ini. ― Foto oleh Choo Choy May (TMI)

Menurut Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Che Gu Bard kempen Gerakan Rakyat Membebaskan Malaysia Dari Cengkaman Umno/BN diadakan serentak diseluruh Semenanjung tepat jam 3.30 petang ini kecuali di Pulau Pinang dan Terengganu yang diadakan pada waktu yang berbeza hari ini.

"ABU akan melancarkan kempen ke seluruh Negara untuk menyeru rakyat supaya berani menyatakan pendirian jijik dan perasaan meluat mereka terhadap penyelewengan dan rasuah yang Umno/Bn amalkan, lantas dengan tidak teragak-agak menolak Umno/Bn.

"Kesan yang kini dirasai rakyat ialah kenaikan harga barang yang melampau. 80 peratus rakyat Malaysia kini terpaksa menanggung beban kos sara hidup yang semakin tinggi. Sedangkan pemimpin-pemimpin Umno/Bn dan kroninya hidup mewah sekali,"katanya.

Selain itu katanya pelbagai penyelewengan dan salah laku pemimpin umno seperti amalan rasuah, kronisme, pemborosan serta dasar perkauman tegar parti tersebut perlu dilenyapkan dari terus bertapak di negara ini.

Gerakan ini dipelopori gabungan beberapa NGO yang terdiri dari organisasi massa termasuk Parti Rakyat Malaysia, Parti Sosialis Malaysia serta kumpulan mahasiswa KAMI.

Presiden MCLM, Haris Ibrahim dalam kenyataannya menyebut usaha menyedarkan masyarakat telah giat dijalankan dalam setahun ini bagi menyampaikan berita sebenar kepada rakyat.

"Usaha ABU adalah untuk membawa kebenaran supaya rakyat sedar tentang apa yang telah dilakukan Umno untuk rakyat dan juga kroni-kroni mereka sehingga negara ini hampir bangkrup," ujar Haris tegas.

Sementara itu, satu forum besar-besaran akan diadakan di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar, Gombak pada 15 Disember ini.Satu pengumuman penting yang akan merubah situasi politik di negara Malaysia bakal dibuat pada hari tersebut. -FMT




NGO, parti politik lancar ABU tingkat gerakan anti-Umno


KUALA LUMPUR, 9 Dis ― Parti-parti politik dan organisasi bukan kerajaan berganding membentuk satu gerakan anti-Umno, yang dikenali sebagai Asalkan Bukan Umno (ABU) bagi membantu menyedarkan pengundi berkenaan ‘kejahatan Umno’ menjelang pilihan raya umum ke-13.


Gerakan itu dianggotai Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SAMM) serta parti-parti politik seperti PKR, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).


Badrul Hisham Shaharin dari PKR dan SAMM berkata, sudah tiba masanya orang perseorangan dan pertubuhan-pertubuhan sivil meletakkan titik akhir ke atas penguasaan Umno atas alasan parti itu secara berterusan menggunakan politik perkauman untuk menakut-nakutkan dan menindas rakyat.


Kata beliau, ABU akan melancarkan kempen peringkat kebangsaan bagi menyeru orang ramai menghimpunkan suara mereka menolak amalan-amalan salah guna dan rasuah pihak Umno selama ini.


“Dan, dengan itu tanpa ragu-ragu menolak Umno-BN,” kata beliau yang mesra dengan panggilan Chegubard.


Katanya, amalan rasuah yang teruk di pihak Umno telah menyebabkan rakyat terpaksa membayar harga yang tinggi bagi mendapatkan barang dan perkhidmatan seharian.


Katanya, sidang media serentak juga diadakan di negeri-negeri lain termasuk di Pulau Pinang dan Terengganu.


Presiden MCLM Haris Ibrahim yang turut hadir berkata, beliau telah dihalang daripada memasuki Sabah baru-baru ini untuk membentuk gerakan ABU di negeri itu.


“Kami dihalau keluar tanpa sebarang alasan,” kata Haris.


“Musa Aman berkata Haris tidak dibenarkan di Sabah sebab alasan keselamatan? Adakah beliau kelihatan seolah-olah satu ancaman kepada keselamatan?” kata Badrul.


Badrul juga berkata ABU akan mengadakan forum khas di Markas Tarbiyyah PAS, Taman Melewar, Gombak pada 15 Disember ini.


Katanya, satu pengumuman besar akan dibuat berkenaan perancangan mengadakan kempen “Umno-less Malaysia”.


Bagaimanapun beliau enggan memberi maklumat lanjut.


Ketika ditanya sehingga bila gerakan ABU akan diadakan, Badrul berkata: “Asalkan Umno masih ada.” -TMI

Dr. M: Shahrizat, bawalah lembu keluar...

NFC: Shahrizat patut undur sebelum dihalau, kata Mahathir
KUALA LUMPUR  — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sewajarnya berundur daripada politik berhubung kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarganya, jika ia perlu bagi membantu partinya.
Bekas perdana menteri berkata, Ketua Wanita Umno itu perlu meninggalkan sebelum “dihalau” keluar oleh partinya.
“Jika kita merasakan ia adalah penting demi parti, kita berundur. Ketika saya hendak berundur, saya tidak bertanya sesiapa.

“Saya berharap yang lain akan berbuat begitu. Jangan tunggu orang menghalau anda keluar. Ya, ukur baju di badan sendiri,” kata beliau ketika ditanya sama ada menteri bertaraf senator itu wajar berundur ekoran isu berkenaan.
Oleh Shannon Teoh December 09, 2011 - MI

Dr M: Shahrizat harus tahu bila nak berundur
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Menteri Perbangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Jalil yang bergelut dengan kontroversi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), harus tahu bila seseorang itu patut berundur.

Bercakap dalam sidang media selepas melancarkan memoirnya "A Doctor in the House" versi e-book, Dr Mahathir berkata adalah lebih baik berhenti daripada dihalau.

Dengan memberi contoh persaraannya, Dr Mahathir berkata beliau mengambil keputusan untuk berhenti tanpa perlu menunggu orang lain memintanya berbuat demikian.

"Bila saya nak berenti saya tak tanya siapa pun, saya fikir elok saya berhenti, saya berhenti".

"Saya harap orang lain pun macam itu, tak payah nak tunggu sampai orang halau saya.

"Kalau kita berasa perlu berhenti kerana parti, kita berhenti, kalau ingin sumbang, kita bertanding," tegas Dr Mahathir lagi.

Ditanya sama ada Sharizat perlu mengetahui batasnya, Dr Mahathir berkata: "Ya, ukur baju badan masing-masing". -M'kini

Catatan: Agaknya Shahrizat ukur baju di badan Rafidah AP Aziz dulu ni... 'Badan' Rafidah tak sama. Dia jaga AP import kereta mewah dan beri pada anak-menantu. Anak-menantu jual AP kepada orang lain untuk dapat duit. Berbeza dengan Shahrizat. Dapat duit ratus-ratus juta Ringgit, bagi pada suami dan anak-anak supaya boleh tumpang seronok tengok mereka bergaji besar, import lembu mewah yang layak tinggal di kondo. Rafidah mesti jeles sebab suami Shahrizat mampu beli Merc tanpa guna AP....
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .