Ikuti Blog ini

Isu Uthayakumar Akan Kalahkan BN Di Pilihanraya Kecil


Tindakan pihak polis melepaskan tembakan meriam air untuk menyuraikan kira-kira 300 orang yang berhimpun di luar ibu pejabat polis Brickfields untuk membuat laporan polis beramai-ramai berhubung layanan perubatan terhadap tahanan ISA, P Uthayakumar adalah petanda bahawa BN pasti ditolak oleh masyarakat India di dalam pilihanraya kecil yang bakal di adakan terutama di Bukit Selambau.

Demikian diramalkan oleh penganalisis politik yang menyatakan bahawa pihak kerajaan tidak pernah belajar dari kesilapan.

brickfields uthayakumar hindraf 280209 outside police station"Mereka telah ditolak di dalam PRU12 yang lalu apabila masyarakat India mengalihkan sokongan mereka dari MIC - BN kepada Pakatan Rakyat akibat tindakan keras Kerajaan melalui anggota polis terhadap anggota Hindraf yang berjuang untuk kaum India di negara ini," kata seorang penganalisis politik tempatan.

"Malah sehingga kini Kerajaan lansung tidak memperdulikan signal jelas masyarakat India supaya Kerajaan membebaskan pemimpin-pemimpin kaum India yang ditahan di bawah ISA apabila M.Manoharan yang turut ditahan di bawah ISA menang di dalam pilihanraya di Dewan Undangan Negeri Kota Shah Alam," tambah beliau.


brickfields uthayakumar hindraf 280209 water cannonPada hari ini beratus-ratus orang dari masyarakat berketurunan India berkumpul sebagai membantah kerana kegagalan pihak berwajib memberikan layanan perubatan terhadap tahanan ISA, P Uthayakumar yang mengidap kencing manis.

Beberapa anak jari kaki kiri Uthayakumar mengalami kecederaan pada 31 Januari lalu ketika berada di Kem Tahanan Kamunting.

Pada 20 Februari lalu, Manikavasagam dilaporkan berkata, jika keadaan itu berterusan, 'beratus-ratus" laporan polis akan dibuat terhadap pihak berkuasa hari ini.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman berkata tindakan membuat laporan polis beramai-ramai dilihat sebagai satu cara untuk mempersendakan tugas pihak polis kerana menurutnya walaupun hanya satu sahaja laporan dibuat, ia tetap akan disiasat seadil-adilnya.

Kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur itu walaubagaimana pun dibentak oleh mereka yang berhimpun pagi tadi yang menyatakan bahawa polis perlu berlaku adil di dalam melayani aduan rakyat. Menurut mereka, polis tidak berhak menghalang aduan dilakukan kerana itu sahaja cara yang paling terhormat untuk menunjukkan rasa marah mereka terhadap layanan yang diberikan kepada Uthayakummar.

Seramai 17 orang termasuk Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam telah ditahan.


brickfields uthayakumar hindraf 280209 marching to stationDalam pada itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan polis menahan beberapa orang, termasuk, ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam yang berkumpul bagi membuat laporan polis beramai-ramai berhubung layanan perubatan terhadap tahanan ISA, P Uthayakumar.

"Beliau hanya datang untuk membuat laporan kerana merasakan berlaku ketidakadilan kepada rakan di Kamunting dan ditahan kerana menyebabkan kesesakan di kawasan itu (Brickfields).

"Mereka (polis) boleh jaga lalu lintas... pada hal sebelum ini, saya pernah melihat perhimpunan Umno di Pulau Pinang, polis menjaga kesesakan lalu lintas dan tiada yang ditahan," katanya.

brickfields uthayakumar hindraf 280209 outside police station“Hendak buat laporan untuk mempertahankan rakan mereka di Kemunting ditangkap. Jadi, nampak polis ini macam alat atau ketua cawangan Umno,” kata ketua pembangkang itu.



Nizar Ke Bukit Chandan, Program Sebelah Istana

http://buletinonline.net/images/berita/NizarBktChandan.jpg
Kuala Kangsar - Semalam, Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin secara rasminya menyerahkan kediaman Menteri Besar kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, namun terus menggunakan kenderaan rasmi menghadiri majlis-majlis anjuran rakyat seluruh negeri Perak.

Beliau memutuskan untuk terus menggunakan kereta rasmi Toyota Camry walaupun kerajaan negeri telah mengambil semula kesemua kereta 10 bekas Exconya.

http://buletinonline.net/images/berita/NizarBktChandan3.jpgNizar yang ditemui petang semalam di Bukit Chandan, disini, menggunakan kereta rasmi Camry berwarna Hitam yang bernombor plat AGS 10, serta masih diiringi oleh dua buah motosikal 'out-rider' berkuasa tinggi.

Beliau dan rombongannya berhenti menunaikan solat Asr' di Masjid Ubudiah yang bersejarah, sebelum menghadiri majlis Hi-Tea yang dianjurkan PAS Kuala Kangsar.

http://buletinonline.net/images/berita/NizarBktChandan1.jpg
Apabila ditanya tentang Camry AGS 10 tersebut, Pegawai khas beliau, Amran Harun memberitahu, Dato' Seri Nizar akan terus menggunakan kereta tersebut sehingga mahkamah membuat keputusan.

Kehadiran Nizar di masjid itu mendapat perhatian dan menjadi tumpuan orang ramai.

Beberapa pemuda yang dipercayai pelajar madrasah Idrisiah berhampiran masjid tersebut, mengambil kesempatan bertemu dengan beliau dan mengiringi Nizar hingga masuk kedalam kereta.

Setibanya di lokasi majlis Hi-Tea, deretan kereta telah tersusun menanti kedatangan beliau yang masih diiktiraf sebagai Menteri Besar negeri Perak.

Majlis Hi-Tea yang diadakan betul-bertul di tepi istana, dianjurkan PAS Kuala Kangsar adalah bertujuan untuk mengutip derma bagi membina bangunan baru.



Anak Muda Kena Guna ‘Bahasa Undi’ – Pak Samad

http://buletinonline.net/images/berita/A%20Samad%20Said%20063.jpgDungun – Rakyat disaran menggunakan ‘bahasa undi’ untuk mengajar pimpinan Melayu yang bakal ‘membunuh’ bahasa ibundanya (Melayu) sendiri demi menyelamat bangsa dan bahasa dari kepupusan.

Sasterawan Negara, Dato’ A Samad Said, 76, berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerangan Isu Pengajaran Pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di perkarangan Surau Tuan Guru Zainal Abidin, Sura Gate, Dungun, kelmarin.

Katanya, pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya boleh diajar dengan kuasa undi dalam pilihan raya.

“Saya menyarankan jika kita (rakyat) sayangkan bahasa kita. Jika mahu bahasa (Melayu) kita dilanjutkan dan dilestarikan. Gunakanlah undi anda (kita), gunakan undi anda.

“Sebab, pemimpin-pemimpin jenis ini hanya tahu ‘bahasa undi’ (pilihan raya). Dia (pemimpin Umno) tidak tahu bahasa Melayu,” tegasnya.


Menurutnya, Umno-BN memperkecilkan golongan muda yang bakal menentukan masa depan negara ini.


Oleh itu, kata beliau golongan muda wajar menggunakan kuasa mengundi (pilihan raya) bagi menentukan pemimpin dan masa depan negara ini.

“Dia (Umno) selalu memperkecilkan ‘angkatan’ (generasi) muda. Angkatan tua biasanya sudah bersikap jika dia Umno tetap akan Umno, jika syahdunya PAS dia akan tetap dengan PAS.

“Kuasa imbangan yang terbesar sekarang adalah ditangan anak-anak muda dan janganlah lupa menggunakan kuasa (pilihan raya) itu untuk menentukan masa depan bangsa dan bahasa,” ujarnya.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Pak Samad’ mendakwa pemimpin Negara ini telah melakukan satu ‘jenayah’ kerana melanggar Akta Pendidikan dan Perlembagaan.

Katanya, kemajuan yang mahu dinikmati oleh rakyat dan negara ini bukan dengan cara ‘membunuh’ bahasa dan bangsa sendiri.

“Kenapakah pemimpin (Umno-BN) kita telah melakukan satu jenayah dengan melanggar Akta Pendidikan dan melanggar Perlembagaan yang mensucikan bahasanya.

“Sekarang tahun 2009, perlanggaran itu berterusan. Apakah orang seperti saya yang membantah PPSMI kerana tidak mahu kemajuan.

“Saya telah berusia 76 tahun dan saya telah menulis sepanjang lebih 50 tahun dan menghasilkan 65 buah buku khazanah untuk bangsa saya.

Katanya, permasalahan isu PPSMI berlarutan sejak enam tahun lalu kerana negara ditadbir oleh pemimpin yang hanya berfikir lima tahun ke hadapan dan bukan 50 tahun ke hadapan.

“Kita (Melayu) sudah kepupusan huruf (jawi) dan kita sudah hilang Utusan Melayu oleh kerana kepupusan huruf.

“Kita (Melayu) hilang kitab-kitab jawi dan tidak lama lagi dalam lima dekad kita akan hilang bahasa kita (Melayu) sendiri,” jelasnya.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura, Ustaz Wan hassan Ramli dan Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pelaksana Gerakan Memansuhkan PPSMI, Suhaizan Kaiat.




Rakyat Desak SPRM Siasat Najib Bukan Pengadu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini didesak supaya menyiasat Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak di atas aduan yang dilakukan oleh beberapa orang ADUN sebelum ini berhubung dengan tawaran berpuluh juta ringgit untuk mereka melompat parti.

"Adalah tidak mungkin ADUN-ADUN berpakat dan mempunyai jalan cerita yang hampir sama apabila masing-masing mengadu menerima tekanan dan sogokan untuk mereka melompat parti," tegas seorang pemimpin PAS Kawasan hari ini.

Rakyat juga meminta pihak Jawatankuasa Aduan dan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah SPRM yang baru dilantik supaya mempastikan Najib tidak terlepas dari disoalsiasat dan Panel Perundingan Dan Pencegahan Rasuah dan Panel Penilaian Operasi mesti mempastikan bahawa soal-siasat dilakukan secara adil dan telus.

Ini bagi membersihkan integriti dan kredibiliti SPRM yang telah tercalar ekoran dakwaan pegawai-pegawai SPRM melaksanakan tugas secara tidak profesyenal dan melakukan siasatan dan dakwaan terpilih. Tindakan SPRM yang hanya menyiasat para pengadunya menyebabkan nanti tiada lagi yang berani tampil untuk mengemukakan aduan rasuah akibat intimidasi berterusan SPRM terhadap mereka dan dalam masa yang sama perasuah-perasuah terlepas bebas untuk sekian lama.

Keshvinder Singh telah mendakwa ditawarkan RM20 juta oleh 'agen-agen' Dato'Seri Najib Tun Razak dengan menggunakan nama Jabatan Perdana Menteri dan beliau mendakwa beliau telah dihubungi setiap hari oleh agen Najib dan bertanya berapa bayaran yang beliau mahu sekiranya ia tidak terima RM20 juta itu.

Tawaran itu katanya dibuat sebelum Tahun Baru Cina dan mendakwa sekiranya bersetuju beliau dijanjikan dengan jawatan tertentu.

"Pada mulanya beliau tidak percaya dengan tawaran itu tetapi setiap hari dihubungi barulah saya dapati ada satu usaha untuk saya bersetuju melompat ke BN,"katanya.

Menurut beliau, tawaran ini semakin aggresif mendapati 'agen-agen' menggunakan jiran, kawan dan saudara beliau untuk mempengaruhinya.

"Semua kenalan saya memujuk saya agar menerima tawaran itu tetapi saya tidak buat apa apa keputusan, sebaliknya saya rujuk ke pada Dato' seri Ir Mohamad Nizar," katanya.

Beliau percaya tawaran tersebut daripada agen-agen Najib yang cuba menjatuhkan Pakatan, dan apabila berlakunya krisis politik di negeri ini yang melibatkan tiga Adun melompat parti, beliau rasa bertanggungjawab untuk melaporkan kepada SPRM.

Tindakan ini katanya diambil kerana ia membabitkan masa depan keluarga, anak-anak dan masyarakat.

Beliau turut ditawarkan dengan jawatan dan aset-aset tertentu antaranya seperti rumah, kereta dan sejumlah wang.

Apabila ditanya oleh wartawan berapa kali agen-agen tersebut menghubunginya, beliau memberitahu secara purata setiap hari dan tawaran pertama ialah RM 10 juta .


"Saya percaya pendekatan yang sama juga ditawarkan kepada Adun Jelapang, Hee Yit, jika bersetuju dengan tawaran itu, saya jadi adun bebas. saya tidak akan setuju dan buat perkara macam itu."

Selanjutnya beliau memberitahu sekiranya tawaran itu diterima, wang tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan bank di luar Negara dengan membawa beliau serta keluarga ke luar negara dengan menaiki "private jet " manakala semua urusan pemergian ke sana tidak akan dicatit atau didokumenkan sama ada masuk atau keluar negara, katanya.

Pendedahan ini menjelaskan mengapa ianya tidak mudah dikesan dengan hanya mengharapkan semakan kewangan di dalam bank-bank dalam negara. dan Najib telah berkali-kali dengan angkuh meminta pihak yang menuduh memberikan bukti kerana ianya telah dirancang terlebih awal dengan begitu licik. Malah Najib pada satu ketika MENGUGUT para pengadu bahawa mereka akan menerima padah jika membuat laporan palsu.

Apabila ditanya oleh pemberita adakah beliau akan umumkan nama-nama mereka, Keshvinder memberitahu akan beritahu pada masa sesuai.

Apabila didesak oleh pemberita siapakah agen tersebut, beliau memberitahu antaranya wartawan bebas dan beliau difahamkan wartawan itu ada kepentingan dalam konsesi balak.

"Beberapa kali orang itu (agen) kata tawaran tersebut datangya dari Dato' Najib yang akan menjadi Perdana Menteri tidak lama lagi. Sekiranya beliau bersetuju agen tersebut akan membawanya bertemu dengan Najib.

"Saya beri amaran kepada kumpulan ini jangan memaksa saya, atau saya akan buat laporan."katanya

Pendedahan itu dibuat Keshvinder Singh di luar pejabat SPRM Negeri Perak, serentak dengan itu beliau membuat laporan tersebut bersama Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari.

Sebelum ini Ketua bahagian PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda di dalam satu akuan bersumpah mendakwa bahawa Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mencuba tahun lalu untuk memujuknya supaya melobi dua ahli dewan undangan negeri (Adun) Pakatan Rakyat) di Perak supaya melompat parti.

Fauzi mendakwa, beliau telah ditawar sejumlah RM50 juta bagi perkhidmatannya itu dan untuk membayar mereka yang berjaya dipujuk melompat parti. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak membuat apa-apa tindakan untuk memenuhi hasrat Najib itu.



Polis guna meriam air surai penyokong Uthayakumar

Polis melepaskan tembakan meriam air untuk menyuraikan kira-kira 300 orang yang berhimpun di luar ibu pejabat polis Brickfields untuk membuat laporan polis beramai-ramai berhubung layanan perubatan terhadap tahanan ISA, P Uthayakumar.

brickfields uthayakumar hindraf 280209

Polis melepaskan tembakan meriam air itu kira-kira jam 11.55 pagi selepas mereka tidak mengendahkan tiga arahan polis supaya bersurai.


Sebelum itu, kira-kira 50 orang dibenarkan masuk untuk membuat laporan polis berhubung layanan terhadap Uthayakumar.


Mereka terdiri daripada lima wakil dari sembilan negeri dan lima anggota keluarga Uthayakumar.

brickfields uthayakumar hindraf 280209

Mereka berkumpul hari ini sebagai membantah kerana Uthayakumar - yang menghidap kencing manis - tidak diberi rawatan perubatan sewajarnya.


Beberapa anak jari kaki kiri Uthayakumar mengalami kecederaan pada 31 Januari lalu ketika berada di Kem Tahanan Kamunting.


Pada 20 Februari lalu, Manikavasagam dilaporkan berkata, jika keadaan itu berterusan, 'beratus-ratus" laporan polis akan dibuat terhadap pihak berkuasa hari ini.

brickfields uthayakumar hindraf 280209 marching to station

Pada jam 12.15 tengahari, kira-kira 12 orang ditahan termasuk ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam dan penyelaras badan pemantau polis dan jawatankuasa hak asasi manusia, S Jayathas.


Ahli Parlimen Puchong, Gobind Sing Deo juga kelihatan berada di balai polis untuk memberi sokongan kepada mereka.


Bagaimanapun, pada kira-kira jam 12.45 tengahari, orang ramai sudah beredar dan hanya tinggal polis dan para wartawan di situ..



KAWASAN sekitar Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di ibu negara dikawal ketat dengan himpunan Unit Simpanan Persekutuan.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .