Dua penyokong itu, daripada kira-kira 50 orang, berkumpul di depan pintu masuk kompleks suruhanjaya itu di Jalan Taming Sari di bandar Melaka tengah hari tadi.Shamsul Iskandar Mohd Akin memberitahu Malaysiakini, beliau sewaktu kejadian berada di dalam sebuah kereta, ingin pulang selepas lebih sejam di pejabat SPRM mengadu kes politik wang ketua menteri Melaka.
Keretanya dikepung oleh penyokong-penyokong Umno itu dalam kawasan ibu pejabat SPRM, tambahnya.
Mohd Ali, juga seorang naib presiden Umno, semalam didapati bersalah mengamalkan sogokan politik oleh lembaga disiplin parti itu dan dilarang bertanding merebut jawatan timbalan presiden dalam pemilihan, hujung bulan ini.
Shamsul Iskandar, yang berasal dari Melaka, berkata berlaku pertengkaran lebih kurang 15 minit di situ antara kira-kira 20 penyokongnya dengan kumpulan tersebut, yang dipercayai penyokong Mohd Ali.Kumpulan itu, tambahnya, mula berkumpul sekitar kompleks itu mulai jam 12.30 tengah hari dengan membawa bendera Umno dan kain rentang menyatakan sokongan terhadap ketua menteri itu.
Identiti sebenar kumpulan itu tidak dapat dikenal pasti, kata Shamsul Iskandar lagi.
Beliau berkata, kumpulan yang menghalangnya itu mempersoalkan tindakan beliau membuat laporan kepada SPRM serta memberi amaran kepadanya supaya "jangan jaga tepi kain orang lain".
Akibat tindakan itu, berlaku perang mulut antara kedua-dua pihak menyebabkan suasana riuh-rendah.
Sepasukan 40 anggota polis datang meleraikan pertengkaran tersebut dan kedua-dua kumpulan itu kemudian bersurai.
Shamsul Iskandar berkata, sewaktu kekecohan itu, keretanya dibaling seketul batu yang menyebabkan cermin depannya retak.
Beliau bercadang membuat aduan polis berhubung kerosakan tersebut.Shamsul Iskandar juga menjelaskan, beliau tampil membuat laporan itu sebagai reaksi terhadap keputusan lembaga disiplin Umno semalam.
"Kalau lembaga disiplin Umno sendiri sudah putuskan perkara itu, takkan SPRM tidak boleh siasat?" katanya.
Dalam aduannya, pemimpin muda itu turut melampirkan laporan pelbagai akhbar hari ini yang menyiarkan keputusan lembaga berkenaan.
Beliau ditemani ketua Angkatan Muda PKR Melaka, Hairis Nordin dan ketua Pemuda PAS negeri Kamarudin Sidek ketika membuat aduan itu.
Polis menemui dua kertas putih dan sepotong kayu kecil, dipercayai dijampi, yang diselitkan secara misteri di bawah meja Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Umno.

KUALA LUMPUR Ketika tinggal beberapa hari sebelum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berharap Yang di-Pertuan Agong akan melantik pengganti yang benar-benar dapat memenuhi kehendak rakyat jelata.






KOTA BHARU - Menteri Besar, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyertai senarai komuniti blogger politik tanah air apabila melancarkan blognya sendiri pada 26 Mac ini.


