Ikuti Blog ini

Gantung Semua ADUN DAP, Melaka Akan Tumbang Macam Selangor!



Semua Ahli Dewan Undangan Negeri dari DAP digantung 6 bulan oleh DUN Melaka hari ini. Selepas mereka digantung Speaker DUN Melaka, Othman Muhammad menangguhkan Sidang DUN tersebut.

Semua Adun terbabit ialah Adun Kesidang yang juga Ketua Pembangkang, Goh Leong San; Adun Kota Laksamana, Betty Chew; Adun Bachang, Lim Jak Wong; Adun Bandar Hilir, Tey Kok Kiew dan Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong.

Semalam DAP tersebut bertindak keluar dewan kerana membantah keputusan Speaker DUN Melaka membenarkan media tertentu merakam ucapan wakil rakyat MCA yang didakwa memburuk-burukkan keluarga ADUN Kota Laksamana Betty Chew ketika persidangan semalam.

Mereka bertindak keluar dewan kerana tidak berpuas hati dengan penjelasan Speaker Datuk Othman Muhamad.

Dalam persidangan semalam, Othman menjelaskan bahawa beliau memberi kebenaran berkenaan kerana percaya dengan etika serta kredibiliti pihak media yang membuat liputan.

Wakil rakyat berkenaan bagaimanapun enggan menerima penjelasan tersebut dan menyifatkan Othman bersubahat dengan media berkenaan mencemarkan nama Chew dan suami wakil rakyat tersebut, Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang.

“Kamera itu memfokuskan kepada Chew, terutama apabila ucapan Gan untuk memburuk-burukkan Chew, Lim dan kerajaan Pulau Pinang dalam siaran berita 8 malam tadi dan muka depan Utusan Malaysia hari ini," kata wakil rakyat berkenaan dalam satu kenyataan bersama semalam.

Dalam sidang medianya di Melaka semalam, Chew berkata, tindakan berkenaan adalah taktik yang menjijikkan oleh pihak BN untuk memburuk-burukkan keluarganya.

"Sejak saya menyertai sidang DUN di Melaka sudah tiga penggal, tidak pernah ada rakaman video di dalam dewan oleh pihak media, kecuali prosiding yang ada Tuan Yang Terutama atau pembentangan bajet.

"Kita lihat mereka memberikan satu rakaman penuh dan sudah terbukti apabila kita melihat berita tersiar di stesyen Media Prima pada jam 8 di TV3, sudah jelas ini adalah satu konspirasi untuk cuba membangkitkan suatu isu yang tidak pernah berlaku.

"Saya percaya ini adalah satu konspirasi oleh BN dengan MCA untuk membunuh imej saya dengan suami saya menggunakan fitnah dan saya rasa ini adalah satu perbuatan yang jahat dan tidak boleh dimaafkanlah," katanya.

Beliau sekali lagi mencabar Gan untuk mengulangi dakwaan tersebut di luar dewan.

"Saya rasa kalau pemimpin terbabit ada moral, beliau harus ulangi tuduhan itu di luar dewan dan jangan berselindung dalam dewan dan jangan jadi pengecut.

"Saya nak tanya kepada Gan Tian Loo, you adalah seorang bapa dan you ada anak, boleh buat fitnah ini semata-mata untuk kepentingan parti," katanya lagi.

Tindakan Speaker DUN Melaka Othman Muhammad menggantung kelima-lima ADUN DAP memberikan signal jelas bahawa kerajaan Melaka akan tumbang.

Belia terlupa kerajaan Selangor dibawah pimpinan Khir Toyo tumbang kerana menggantung ADUN Sg. Pinang, Teng Chang Khim. Akhirnya hukum kebenaran dan keadilan mengangkat Teng Chang Khim sebagai Speaker apabila kerajaan Pakatan Rakyat berkuasa dan Khir Toyo pula terpaksa merasai kezalimannya sendiri - beliau digantung dari persidangan DUN Selangor. Itulah reciprocal law - anda akan perolehi kembali apa yang anda beri. -GB

Lihatlah Dompet Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat



JOHOR BAHRU – Sifat merendah diri dan zuhud terserlah ketika Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS ingin mengeluarkan wang lalu dompetnya terjatuh di atas lantai pada program Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat Negeri Johor di Dataran Dahlia, dekat sini, baru-baru ini.

Menariknya, apabila dompetnya itu hanyalah sekeping sampul surat biasa telah membuatkan ramai yang terkejut dan sukar untuk mempercayai seorang yang bertaraf menteri besar hanya memiliki sesuatu seperti demikian.

Ibn bacoks ketika merakamkan gambar tersebut sempat mendengar bisikan-bisikan ramai dengan pelbagai ungkapan takjub kerana teruja dengan peribadi yang ditonjolkan secara sepontan oleh tokoh pujaan ramai itu. Aksi spontan itu disaksikan lebih 10,000 orang ketika Menteri Besar Kelantan itu ingin menurunkan tandatangan pada signbord simbolik kepada kepulangan Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS ke Johor.

Sementara itu, ketika menyampaikan ucapan ringkas, Salahuddin menceritakan pengalamannya sewaktu memenuhi undangan makan malam daripada sebuah keluarga miskin di utara semenanjung. Katanya, dua keping getah yang disidai di tempat yang berasingan itu difahamkan untuk sara hidup anak beranak, manakala selebihnya untuk perjuangan.

Beliau yang terharu dengan pengorbanan seorang yang dianggap dhaif, tetap mahu berjuang sekalipun tinggal hanyalah sekeping getah demi kelangsungan jemaah. ”Pakcik itu boleh berjuang hidup mati hanya untuk Islam, apalah yang ada pada diri saya. Saya serahkan diri pada Allah. Balik ke Johor untuk bertanding. Itu niat (ikhlas) saya,” katanya lagi bernada merendah diri. -Hrkh

Himpunan seniman bantu Lebuhraya Rakyat


KUALA LUMPUR: Persatuan Seniman Paksi Rakyat (Paksi) dengan kerjasama PAS Kawasan Batu akan mengadakan perhimpunan seniman dan artis untuk membantu pembinaan Lebuhraya Rakyat di Kelantan.

Himpunan ini akan diadakan pada 6 Julai di Dewan Besar KUIZM, Taman Melewar, Kuala Lumpur bermula pada jam 9.30 malam.

Inilah julung-julung kali program seperti ini dianjurkan oleh Paksi yang teruja dengan saranan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memohon supaya rakyat jelata turut terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Rakyat ini.

Himpunan ini bertujuan untuk mengutip derma pembinaan Lebuhraya Rakyat di Kelantan.

Himpunan yang bertemakan 'Semarak Seni, Lebuhraya Rakyat' akan diisi dengan pelbagai acara kesenian dan kebudayaan termasuk deklamasi sajak, lagu puisi, pantun seloka selain ceramah.

Jualan dan lelongan lukisan dan buku juga akan diadakan pada malam tersebut.

Beberapa orang tokoh  sasterawan dan artis terkenal telah bersetuju hadir untuk menjayakan hasrat murni ini.

Antara mereka ialah SN. Datuk A. Samad Said, Dinsman, Pyanhabib, HMS Abu Bakar, Rahamad Haron dan beberapa tokoh lain.

Di kalangan artis dan pelakon penyanyi Wan Aishah, Bob Lokman, Leman Raja Lawak akan turut sama menjayakan program ini.

Turut sama nanti ialah pelakon Hairi Othman dan Zulkifli Ismail.

Tokoh politik yang akan hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Datuk Husam Musa yang mewakili kerajaan Kelantan.

Hasil kutipan malam itu dijangka akan diserahkan oleh Pengerusi PAKSI, Dinsman kepada Husam Musa dalam bentuk, mock cheque.

Rakyat disaran supaya datang beramai-ramai menghadiri program ini sambil berhibur sambil menderma.

Bawalah kawan-kawan, sahabat andai, keluarga dan teman-teman datang bagi menjayakan usaha murni yang dianjurkan oleh para Seniman.

"Jangan lupa bawa duit untuk menderma. Ini saham Akhirat," kata Cikgu Ishak Surin, Yang Dipertua PAS Kawasan Batu. -Hrkh

Isu Hudud Johor : Realiti Beserta Fakta Bergambar

Mula Mula ..
|
\/

Kemudian .. PAS Bagi Sokongan Penuh
|
\/

Tapi Ditempelak Oleh Chua Soi Lek 
|
\/


Namun, Di Back Up Mufti Pahang 
|
\/



Malangnya Di Tepis Jawantankuasa Agama 
|
\/


Sebabnya Bos Dah Bagi Taau Awal Awal
|
\/


Maka .. Inilah Pengakhirannya .....
|
\/
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .