Ikuti Blog ini

Tiga kereta Perdana V6 Kerajaan Terengganu hilang

Pembaziran wang rakyat oleh rejim BN terus berlaku dan kali ini di Terengganu yang melibatkan kehilangan tiga buah kereta Proton Perdana V6 untuk kegunaan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dilaporkan hilang di tiga tempat berasingan sepanjang tahun lalu.

Laporan mengenai kehilangan kereta itu diperoleh berdasarkan laporan Ketua Audit Negara bagi 2008.

Wakil rakyat PAS/PR, Mohd. Abdul Wahid Endut (Pas-Wakaf Mempelam) ketika membangkitkan perkara itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) mempertikaikan kehilangan itu yang disifatkannya tidak sepatutnya berlaku.

Menurutnya, mengikut laporan itu kereta bernombor pendaftaran TAF 2277 yang digunakan oleh Pegawai Daerah Kuala Terengganu hilang di tempat letak kereta restoran makanan segera KFC di Batu Buruk di sini.

''Sebuah lagi kereta bernombor pendaftaran TAM 323 hilang di tempat letak kereta Tesco, Ampang, Selangor, manakala kereta bernombor pendaftaran TAF 8181 bagi kegunaan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri hilang di rumahnya,'' katanya semasa membahaskan Bajet Terengganu 2010 pada persidangan DUN hari ini.

Jelasnya, beliau membangkitkan isu berkenaan bagi menyedarkan betapa tidak seriusnya pegawai kerajaan negeri dalam mengawasi dan menjaga kereta milik kerajaan.

''Saya bukan mereka-reka cerita tetapi pendedahan dibuat setelah meneliti laporan tersebut. Walaupun semakan audit mendapati tiga pegawai telah membuat laporan polis pada hari kehilangan tetapi pemantauan kurang dilakukan.

''Sehingga kini satu kes kehilangan kenderaan (TAF 2277) telah selesai manakala dua kes lagi masih di tangan Jawatankuasa Penyiasat,'' katanya.

Sebuah dari kereta itu telah ditemui manakala dua lagi kekal hilang.

Sementara itu, turut dilaporkan hilang awal tahun ini ialah sebuah jengkaut milik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang hanya dijumpai di tempat pembuangan sampah MBKT di Kampung Tok Koh, Sungai Ikan.

Beliau berasa hairan bagaimana jengkaut sebesar dan seberat puluhan tan metrik itu boleh hilang tambahan pula harganya mencecah RM1 juta.

Ini Dia MB jantan BN..!!!

Keberanian Ahmad Said akan selamatkan negara



Saya terpegun dengan keberanian MB Terengganu.

Saman Kerajaan Terengganu yang difailkan ke atas Petronas untut menuntut bayaran royalti tak akan ditarik balik. Saman itu difailkan oleh Kerajaan PAS dulu.

Bayaran royalti hendaklah dibuat kepada Kerajaan Negeri secara langsung. Bahkan sebahagian wang royalti yang telah digunakan oleh Kerajaan Pusat sejak tahun 2000 dituntut semula. Ia berjumlah RM 2.79 billion mengikut kiraan Kerajaan Terengganu dan Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kewangan telah akur pada tuntutan Kerajaan Negeri.

Jumlah sahaja yang berbeza. Dari segi konsep, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan sendiri telah bersetuju wang itu mesti dipulangkan semula. Jumlah yang dipersetujui dipulangkan ialah RM 1.686. Bakinya minta 'dihalalkan'.

Ahmad Said berkeras jumlah penuh RM 2.79 billion mesti dipulangkan.

Tidak mudah bagi seorang MB yang sama parti dengan PM dan Kerajaan Pusat mempunyai pendirian yang demikian jelas berbeza. Ahmad Said berani tidak bersetuju dengan Kerajaan Pusat.

Ahmad Said berani mengekalkan pendirian Kerajaan Terengganu bahawa royalti adalah royalti dan ia tidak boleh 'dicuri' sebahagian untuk digunapakai sebagai wang ehsan.

Dalam keadaan biasa, PM boleh menukar MB seperti itu. Namun, Ahmad Said berani angkat kepala dan berkata tidak.

Ahmad Said dengan bijaknya menggunakan flatform Sidang DUN untuk menyatakan pendirian Kerajaan Terengganu dalam isu ini. Ia pernyataan terbuka. Ulasannya terperinci. Tuntutan-tuntutan Terengganu adalah jelas.

Kita boleh memahami tuntutan Ahmad Said itu disokong oleh kehendak sebenar undang-undang. Kerana itu Ahmad Said boleh bertegas dan Kementerian Kewangan terpaksa akur. Dari segi politik, Ahmad Said sanggup menanggung risiko.

Implikasi keberanian dan ketegasan Ahmad Said itu sangat meluas dan besar kesannya.

Dakwaan Kerajaan Pusat bahawa Terengganu sama seperti Kelantan, tidak layak mendapatkan royalti, tertolak dengan begitu jelas.

Kalau Terengganu telah dibayar royalti sampai sekarang, cuma jumlahnya sahaja yang dipertikaikan, Kelantan dengan sendirinya juga layak! Kerajaan Pusat tidak dapat berbohong lagi.

Kedua, dari segi akaunting, memang jelas bermasalah dan dalam jangka panjang akan membebankan Kerajaan Pusat. Segala perberlanjaan atas nama wang ehsan tidak dikira telah menyelesaikan masalah. Kerajaan Pusat terpaksa dua kali berbelanja.

Royalti tetap perlu dijelaskan dan segala perbelanjaan atas nama wang ehsan dikira hangus begitu sahaja.

Apa untungnya untuk Kerajaan Pusat berbuat demikian? Kehendak perjanjian dan undang-undang akhirnya akan memerangkap Kerajaan Pusat.

Terengganu sekarang sebaris dengan Kelantan - agenda perjuangan yang sama dalam isu ini, berdepan kerenah Kerajaan Pusat yang sama. Kerajaan Pusat yang telah meletakkan perhitungan politik jangka pendek mengatasi kewajipan undang-undang.

Nampaknya, Kelantan telah mendapat teman yang banyak akan membantu. Mustajabnya permintaan dalam solat hajat kadang-kadang datang dalam bentuk yang berbagai-bagai. Saya merasa amat bersyukur.

Tentunya saya berterima kasih kepada YB Dato' Seri Presiden PAS yang telah mengemukakan pertanyaan sehinggan membolehkan Ahmad Said memberikan penjelasan.

Terima kasih juga pada NST dan Sinar Harian , antara media (setahu saya) yang melaporkan isu ini hari ini.

Libatkan orang muda dalam semua bidang- Ku Li


AMPANG, 24 Dis: Veteran Umno, Tengku Razaliegh Hamzah berpendapat golongan muda wajar diberi peluang berperanan dalam pelbagai bidang untuk lebih berdaya saing dan bukannya menumpukan bidang politik semata-mata.

Ianya kerana, dunia zaman sekarang memerlukan kepakaran dalam semua lapangan dan pemuda harus bersedia memenuhi tuntutan tersebut.

"Orang muda patut diberi empowerment (diperkasa), berperanan dalam banyak hal bukan sahaja politik, tetapi juga pentadbiran, perusahaan dan sebagainya," katanya yang juga Ahli Parlimen Gua Musang.

Tengku Razali atau lebih mesra dengan panggilan Ku Li, berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Ahli Jawatan Kuasa Dewan Harian, Pemuda PAS Pusat di kediaman beliau di sini semalam.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan mendapat pandangan dan gambaran lebih jelas dari beliau berhubung beberpa perkara yang sedang berlaku dalam negara.

Antara yang dibincangkan dalam pertemuan hampir satu setengah jam itu menyentuh isu ekonomi negara, royalti Kelantan dan peranan pemuda pada kacamata beliau.

Dalam isu ekonomi, beliau yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, kerajaan sewajarnya memikirkan bukan sahaja untuk meningkatkan pendapatan negara semata-mata, malah untuk menampung keperluan rakyat dan dunia.

Kerajaan juga katanya perlu mempelbagaikan sumber pendapatan, dan tidak harus bergantung hanya kepada Petronas semata-mata.

Keadaan persekitaran ekonomi negara juga katanya tidak mesra pelabur sehingga beliau menyifatkan pelabur semakin hilang minat terhadap Malaysia.

"Nampaknya (pelabur) dari luar negara minat tidak ada, barangkali keyakinan terhadap dasar-dasar kerajaan tidak begitu meyakinkan. Dalam negara sendiri pun punca amat kurang dan mungkin kerana pelabur kurang yakin dengan apa yang berlaku, dari segi korupsinya, keselamatnnya, sosialnya.

"Sebab itu rakyat kita lebih selesa melabur pada tempat yang terjamin keselamatannya, itu yang kita kena fikir," katanya lagi.

Beliau juga memberitahu sedang mengkaji bagaimana kaedah untuk meningkatkan pendapatan rakyat lebih tinggi agar dapat menahan inflasi yang berlaku.


Ianya termasuklah mencari penyelesaian bagaimana untuk menaikkan nilai ringgit Malaysia seperti dahulu.

Berhubung isu royalti pula, beliau yang juga bekas Pengerusi Petronas sekali lagi memaklumkan bersetuju memenuhi hasrat kerajaan Kelantan untuk hadir memberi penerangan kepada rakyat negeri itu.

Bagaimanapun beliau menafikan dakwaan mana-mana pihak bahawa beliau sedang diperalatkan oleh parti politik tertentu berhubung oerkara itu.

"Saya tidak menjadi alat politik mana-mana pihak, saya hanya menjadi alat kepada rakyat, saya hanya mahu menyatakan kebenaran," jelasnya.

Ladies Night!!

Salam..

Dengan rasa sukacita, saya mewakili Nisa' Kawasan Puchong juga DMPKP ingin menjemput semua warga muslimat (maaf Muslimin dan Pemuda tidak dibenarkan sama sekali..) untuk hadir ke program seperti di atas.

Mohon bawa bersama saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga dan semua kenalan asalkan wanita untuk turut bersama memeriahkan program ini. Mohon juga kepada muslimin warga puchongnet untuk memberi dan menggalakkan isteri/isteri2 dan anak perempuan masing-masing untuk turut bersama.

Kerjasama amat diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih..

unit pulisiti.



Ladies Night!!

Anjuran : Majlis Perbandaran Subang Jaya & JKP Zon 13
Dengan Kerjasama : Nisa'

Jom Datang Ramai-ramai. ..(Wanita & Remaja Perempuan Sahaja)

Masuk Percuma
Jamuan Disediakan

Tarikh: 31 Disember 2009
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dewan MPSJ Puchong Indah,Puchong Selangor

Antara aktiviti-aktiviti yang menarik :

~ Pertandingan Karaoke (solo,berkumpulan, ibu & anak)
~ Pertandingan Queen Of The Night
~ Pertandingan Ibu & Anak Sedondon
~ Persembahan busana muslimah
~ Cabutan Bertuah
~ dan banyak lagi

Untuk lebih Info, hubungi :

019 - 367 7010 (cik afifah)
017 - 240 9293 (puan hanim)
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .