Ikuti Blog ini

Husam Yakin Pilihanraya Perak Akan Jadi Kenyataan

Saya telah menemui Tengku Razaleigh Hamzah, Dr Chua Soi Lek dan Tan Sri Abu Talib awal minggu ini, seperti dipersetujui Presiden dan Dewan Harian PAS Pusat. Perjumpaan seterusnya adalah bersama seorang pimpinan Gerakan.

Dr. Chua telah menjelaskan sebahagian inti perbincangan kami dalam blognya.

Apa yang saya dapat tangkap ialah, dari segi prinsip, semua ketiga pimpinan yang saya temui, bersetuju, DUN Perak harus dibubarkan.

Dr. Chua memberikan saranan, pembubaran dilakukan melalui undi percaya di DUN terlebih dahulu, baik oleh BN atau PR, selepas siapa diputuskan menang sebagai MB yang sah pada 21 Mei ini. Itu adalah pandangan beliau. Tetapi akhirnya, pembubaran adalah perkara pasti yang perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak, jika ingin dilihat bermaruah.

Dr. Chua berjanji membangkitkan isu ini dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN malam selepas perjumpaan kami, Isnin lepas. Saya difahamkan Dr. Chua benar-benar membangkitkannya dan pada keseluruhannya, parti komponen yang lain menuju pandangan pembubaran sebagai jalan survival politiik BN di Semenanjung. JIka tidak, penolakan terhadap BN akan berlaku di seluruh Semenanjung.

Pembubaran DUN Perak juga akan mengimbangkan langkah BN tidak meletakkan calon di Penanti. BN tidak gentar. Buktinya, BN bertindak berani membubarkan DUN Perak sedikit masa lagi dan BN berani menghadapi pilihanraya di Perak dan dengan itu, tidak menyertai Penanti adalah atas sebab prinsip semata-mata.

Jika maklumat saya ini hendak dijadikan kenyataan, langkah pertama ialah Mahkamah Rayuan perlu membuat keputusan yang menyebelahi Zambry, Khamis ini. BN sangat memerlukan keputusan itu untuk BN akan dilihat bertindak menasihati Sultan untuk pembubaran itu dan bukan PR. Mereka juga mempunyai kelebihan sebagai care taker government sepanjang tempoh kempen.

Saya membuat tekaan, Khamis ini, Mahkamah Rayuan akan menyebelahi Zambry. Ini hanya tekaan saya. Untuk membolehkan tekaan saya selanjutnya menjadi kenyataan.

Pengunduran dari Penati hendaklah juga dibaca sebagai satu strategi membuat kejutan reverse iatu pilihanraya mengejut di Perak.

Terima kasih pada semua pimpinan BN yang membawa versi berbeza dalam pandangan politik mereka.

PR, pada pendapat saya, bersedia dengan pilihan ini kerana krisis Perak perlukan penyelesaian segera dan muktamad. Jika tidak, satu lagi institusi yang sebelumnya dilihat terhormat iaitu Istana, juga akan menghadapi kepudaran kepercayaan rakyat sama seperti hampir keseluruhan institusi di negara ini.

Bersedia!
HUSAM MUSA



UMNO ditalqinkan??



Astaghfirrullah..MasyaAllah..!! Ni kat mana ni ? UMNO dah mati ke??? Kat mano tu??

Kuburkan Saja Mereka!

Sumber tak sohih mengatakan bahawa, kejadian ini berlaku di Semporna Sabah, kerana depa tidak puas hati pasal tanah, dan KM depa (baca siapa ?), kawasan ni kawasan Naib Pengerusi UMNO yang bangap tu, saper ? itu..menteri apdal tuh laaa kalau nak tau, depa bukan mati pun, ni hanya protes jer wak, dan masih hard core umno, duit duit, dimana ko duit....UMNO talkinkan UMNO di Sabah lah yer ! ~ ABO 2009

Nik Aziz: Alasan tak bertanding hanya dalih Umno






Takut berdepan penolakan berterusan rakyat seperti beberapa siri pilihanraya kecil sebelum ini.

Nyalaan lilin: MP dan ADUN DAP ditahan



Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Chin

ADUN Teratai, Jenice Lee

Dua wakil rakyat DAP adalah antara sebelas orang yang ditahan polis ketika menyertai acara nyalaan lilih sebagai "tanda berkabung matinya demokrasi".

Dua wakil rakyat DAP itu ialah ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Chin dan ADUN Teratai Jenice Lee.

Mereka ditahan bersama sembilan pekerja parti itu yang menyertai nyalaan lilin di Seputeh pada jam 8.20 malam tadi.

Nyalaan lilin itu - yang diadakan di luar pejabat ahli Parlimen DAP Teresa Kok - disertai berpuluh-puluh mereka yang memakai baju-T hitam.

Menurut pihak penganjur, nyalaan lilin itu diadakan sebagai menandakan "pembunuhan demokrasi oleh kerajaan haram Perak".



Kempen sejuta poskad mansuh PPSMI


Selepas menggerakkan ribuan penunjuk perasaan di jalanan awal Mac lalu, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) kini mengambil pendekatan kreatif dengan melayangkan sejuta poskad bantahan kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Menurut setiausahanya, Hasni Abas, kempen terkini membantah dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) itu diharapkan terus menggemblengkan bantahan rakyat, sebagai kesinambungan kepada demonstrasi 7 Mac lalu.


Katanya, GMP berharap, pelaksanaan kempen itu - dinamakan "Sejuta Poskad kepada Menteri Pelajaran" - dapat memandu Muhyiddin membuat keputusan yang betul dengan memansuhkan dasar kontroversi itu.


"Kalau tiap-tiap hari beliau buka pintu, tengok ada poskad (bantahan), takkan beliau tidak terfikir hendak mansuhkan PPSMI," katanya kepada Malaysiakini.


ppsami samad saidHasni berkata, kempen tersebut dilancarkan Jumaat lalu di Pagoh, Melaka oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dalam sebuah majlis ceramah bersama Naib Presiden PAS Mohamad Sabu.


Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi GMP, Dr. Shaharil Mohamad Zain; pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau; Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat dan beliau sendiri.


Mengulas lanjut, Hasni berkata, kira-kira 2,000 orang menghadiri majlis itu dan seribu poskad telah diedarkan.


Tiada had masa


Pihak yang ingin turut serta, boleh membeli poskad tersebut dari pejabat Teras Pengucapan Melayu (Teras) - sebuah NGO yang bergabung dalam GMP - di negeri-negeri, dengan harga RM1 sekeping.


Hasni bagaimanapun menafikan pihaknya cuba mengambil kesempatan untuk membuat keuntungan daripada penjualan bahan kempen tersebut.


"Tak ada (buat untung). Kos cetak pun sekeping dah berapa," katanya sambil menjelaskan bahawa buat permulaannya 5,000 keping poskad telah dicetak.


anti english language ppsmi a million post card campaign 200509Beliau yang juga pengerusi kesatuan sekerja Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkata, GMP tidak menetapkan sebarang garis masa bagi program itu.


Bagaimanapun, katanya, ia akan dijalankan "selagi PPSMI tidak dimansuhkan" dan "selagi tidak cukup sejuta poskad dihantar".


Awal bulan ini, kerajaan dilaporkan memerlukan lebih masa bagi menilai perlaksaaan dasar itu kerana "keputusan terhadap isu berkenaan adalah kritikal".


Muhyiddin juga dilaporkan tidak berpuas hati dengan kajian dan perbincangan meja bulat anjuran kementeriannya sebelum ini.


Menurut beliau, dalam sesi perbincangan tersebut, kadangkala pandangan yang dikemukakan tidak berasaskan fakta dan bukti, sebaliknya apa yang dirasai.

Penanti : Awas calon halimunan.

Gelanggang pertarungan hampir dibuka di Dun Penanti. Sehingga kini kelihatan calon PKR yang mewakili PR sedang melakukan warm-up bagi mengharungi pertarungan yang pastinya hebat nanti. Bukan calang-calang pertaruhan di Dun penanti, tetapi pertaruhan di sana adalah maruah parti.

Pihak lawan yang ditunggu-tunggu dan dijangkakan akan memberi tentangan hebat kepada PR adalah Umno, malangnya belum pun gendang pertarungan dibunyikan, pendekar Umno menarik diri. Walhal sebelum ini, guru kepada segala pendekar Umno ini begitu lantang bersuara seolah-olah mereka lah yang paling kuat dan gagah.

Gelanggang sudah disediakan dan pertarungan wajib diadakan juga. Pedulikan samada Umno berani atau tidak, pedulikan juga ribuan alasan yang diberikan oleh Umno untuk tidak menunjukkan `jantan' mereka di Dun Penanti. Apa yang penting, jika tiada calon sekalipun yang sanggup berdepan dengan PR di Dun Penanti, pendekar kita mesti juga mempersembahkan `lenggok tari pendekar'nya. Itulah pahlawan sebenarnya, tiada musuh kita ubah rentak kepada `tarian dan lenggok silat pulut' sahaja. Namun saya yakin, MUSTAHIL mereka ingin melihat pendekar kita bersilat pulut. Mereka pasti ingin melihat pendekar kita ditentang, jika tidak dapat ditewaskan pun mereka berasa puas sekiranya pendekar kita dapat dicederakan.

Siapakah calon yang bakal mendapat tajaan bertuah nanti? tidak mustahil ada calon yang ditaja dan mungkin juga yang beroleh pendapatan lumayan dengan hanya sanggup menarik diri agar tidak terlalu ramai berada di dalam gelanggang itu nanti. Strategi mereka di Dun bukit Selambau terbukti memakan diri apabila terlalu ramai pendekar berada di dalam gelanggang untuk berdepan dengan pendekar dari PR. Mereka telah belajar dari peristiwa di Bukit selambau dan amat bodoh sekiranya mereka masih berharap strategi yang serupa.

Pakatan Rakyat dipercayai tidak akan leka dan alpa dengan situasi sekarang. Biarpun Umno tidak meletakkan calon mereka, PR mestilah sentiasa menganggap dan mengandaikan sesiapa jua yang berdepan dengan mereka di Dun Penanti nanti adalah `jelmaan Umno'. Anggaplah Umno seperti `halimunan' atau makhluk yang boleh merupa-rupa dan kadangkala ghaib serta menyerap ke dalam jasad orang lain. Apa yang penting, kuatkan iltizam dan perpaduan di kalangan PR agar rakyat akan terus dapat dibela meskipun Umno tidak lagi sanggup menjadi pembela atau wakil mereka di Dun Penanti.

WFAUZDIN NS

Kerajaan UMNO/BN Perak Mencekik Dirinya Sendiri


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita5/sivawahidhanafiah.jpgKEMAMAN – “Polis mungkin lebih seratus orang, dalam Dewan (DUN), dan semua besar-besar belaka, terus masuk, dia buang (ADUN) satu demi satu,

“akhirnya dia tangkap saya, (pegang) tangan saya, dan mereka cekik saya, bawa saya keluar daripada Dewan,” kata Speaker yang Sah Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar ketika menceritakan saat-saat beliau diangkut dan diheret keluar dari Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei, lalu.

Beliau berkata demikian dalam ucapannyadihadapan lebih 3,000 orang yang hadir pada majlis ‘1Malaysia Gelap Gelita’, yang dianjurkan oleh MTD Chukai, disini Sabtu lalu.

Katanya, ketika beliau ditangkap dan dicekik oleh pihak polis, hanya satu sahaja dalam ingatannya, sebenarnya kerajaan UMNO/BN sedang mencekik dirinya sendiri.


“Sekarang kamu tangkap saya, kamu cekik saya, sebenarnya kamu bukan cekik saya, kamu cekik (diri) sendiri ,

“rakyat akan ajar dia (kerajaan UMNO/BN) dalam pilihanraya akan datang, seluruh Malaysia sudah lihat (peristiwa tersebut),”katanya

Beliau yang juga sorang pengamal undang-undang menegaskan, tindakan polis menyerbu masuk dan melakukan kekacauan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak telah mencabul prinsip demokrasi.

Katanya Dewan Undangan Negeri adalah Dewan yang mulia, walaupun polis berkuasa untuk mengambil apa-apa tindakan diluar, namun apabila melangkah masuk, polis tidak berbuat apa-apa.

“Bentara adalah polis dalam Dewan, dia ada kuasa dalam Dewan, yang polis diluar itu, dia hanya polis di luar, bila dia melangkah masuk ke dalam Dewan, dia tak ada kuasa,”tegas Sivakumar.

Menurutnya, setelah diheret keluar dari DUN, beliau telah dikurung didalam sebuah bilik pengawal dengan diawasi oleh tiga orang polis.

Katanya beliau berada dalam bilik tersebut selama lebih sejam dan hanya dibawa keluar setelah semua acara pada hari tersebut selesai.

Beliau menegaskan sidang DUN tidak dimulakan pada hari tersebut dan merasa malu kerana sepatutnya perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.

Kerajaan UMNO/BN Perak mencatat satu lagi sejarah pada 7 Mei lalu apabila melantik seorang Speaker DUN ‘haram’ setelah melantik Menteri Besar yang tidak sah, Dato’ Seri Dr. Zambry A.Kadir.

Zambry dilantik pada Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dalam penghakiman bertulis setebal 78 muka surat menyatakan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak boleh menyingkirkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin daripada jawatan Menteri Besar.

Ia adalah kerana, menurut Hakim Datuk Abdul Aziz, Nizar memegang jawatan tersebut bukan atas perkenan baginda sebaliknya Menteri Besar yang dilantik bersama barisan Exco kerajaan negeri adalah bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurutnya, perkara tersebut terkandung dengan jelas dalam Perkara 16 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) yang menyatakan bahawa sekiranya Menteri Besar hilang kepercayaan majoriti anggota DUN, beliau harus meletakkan jawatan barisan Exco tersebut atau Menteri Besar boleh meminta baginda membubarkan DUN.


''Berdasarkan Perkara 16 subseksyen (2),(5),(6) dan (7) UTKP, adalah jelas bahawa sebaik sahaja Menteri Besar dilantik, beliau bertanggungjawab kepada DUN dan bukan kepada yang lain termasuk kepada Sultan Perak.

Abdul Aziz kemudian mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar yang sah selepas memutuskan bahawa beliau (Nizar) tidak pernah melepaskan jawatan menteri besar oleh kerana beliau tidak kehilangan keyakinan majoriti dewan undangan negeri.

Dengan itu, Zambry yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak pada 6 Feb lepas, menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, adalah tidak mengikut perlembagaan.







Bekas MB UMNO Khir Toyo Disyor Gantung Setahun



Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri Selangor mengesyorkan agar bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Khir Toyo digantung selama setahun kerana gagal hadiri siasatan berkaitan isu Balkis.

Syor itu dibuat oleh jawatankuasa berkenaan yang bermesyuarat hari ini dipengerusikan Speaker DUN Teng Chang Khim.

Khir gagal menghadirkan diri sebagai saksi di pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) dan dituduh kerana membuat kenyataan yang menyentuh integriti Dewan.

Sepanjang tempoh pendengaran Selcat sesi yang lalu, beberapa orang saksi telah dipanggil berhubung dengan jutaan ringgit dana negeri yang telah dibazirkan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat (Balkis), sebuah badan kebajikan yang dipengerusikan oleh isteri Dr Mohd Khir sewaktu beliau menjadi menteri besar.

Khir telah mempersoalkan kesahihan inkuiri awam dan telah menghantar surat melalui peguamnya menyatakan sebab kepada jawatankuasa berkenaan mengapa beliau dan isterinya tidak hadir.

Khir juga menghadapi tuduhan tambahan kerana menghina dewan kerana mengkritik melalui media.

Kesemua elaun dan keistimewaan yang diterima Dr Mohd Khir Toyo sebagai seorang ADUN, juga digantung.

Bagaimanapun, Teng berkata, hukuman tersebut merupakan syor yang dibuat oleh Selcat.

Syor tersebut, katanya, akan dibentang di sidang DUN Julai depan untuk dibahas dan setiap wakil rakyat termasuk Dr Mohd Khir akan diberi peluang membahaskannya.

Sementara itu, ketika dihubungi, Dr Mohd Khir berkata beliau menerima surat berhubung hukuman tersebut.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan meminta peguamnya mengkaji perkara itu sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.





Nizar : Saya mengadap Tuanku Raja Nazrin tengahari semalam di Istana Iskandariyyah

YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Hj Muhammad Nizar Jamaluddin mengesahkan dia diperkenan mengadap Tuanku Raja Nazrin tengahari semalam di Istana Iskandariyyah selepas selesai Majlis Anugerah Pingat & Bintang. Demikian dinyatakan oleh Hj Nizar dalam taklimat ringkasnya di Mesyuarat Perhubungan PAS Perak semalam.

Dalam kesempatan yang singkat itu, digunakan oleh Hj Nizar bagi memohon maaf bagi pihak PR dan rakyat Perak sepanjang tiga bulan sebelum ini sekiranya apa sahaja insiden yang berlaku mengguris hati Tuanku.

Beliau juga bagi pihak PR mengucapkan takziah di atas kemangkatan Kekanda Tuanku Sultan Azlan Shah yang juga bapa saudara Raja Nazrin.

Kesempatan itu juga digunakan oleh Dato' Seri secara berterus terang dengan penuh berhimah memberi pandangan-pandangan terhadap senario dan kemelut politik di Perak. Dato' Seri merayu supaya Tuanku memberi penghormatan kepada rakyat untuk memilih semula kerajaan di negeri Perak, kerana melalui pembubaran DUN sahajalah kemelut ini akan berakhir.

Pakatan Rakyat akan menghormati pendirian dan keputusan rakyat yang samada memilih Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional. Dato' Seri juga memberi pandangan supaya tidak ada sidang DUN diadakan dalam tempoh terdekat selagi kemelut politik ini belum berakhir, beliau memberi gambaran insiden sidang DUN 7 Mei yang lalu dibimbangi akan berulang semula sekiranya sidang DUN diadakan juga, dan ianya akan hanya memalukan imej Tuanku dan negeri Perak.

Pertemuan singkat antara YAB Dato' Seri Hj Nizar dengan DYTM Raja Nazrin merupakan pertemuan yang cukup berharga walaupun pertemuan itu mengikut sumber yang disiarkan dalam posting blog ini dari sumber yang kami perolehi cuma sekitar 15 minit sahaja.

Mesej rakyat yang mahukan DUN dibubarkan telah disampaikan oleh Hj Nizar. Kini, semuanya terserah kepada Tuanku, Diharap rakyat terus menerus mengadakan solat Hajat dan bermunajat mudah-mudahan dilembutkan hati Tuanku bagi memperkenan DUN Perak dibubarkan.

Satu maklumat tambahan yang kami perolihi dimana pertemuan itu di sertai sama oleh Dato' Anuar Zaini dan Dato' Temenggong.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .