2.05 petang: Perarakan dimulakan, pimpinan yang berada dibarisan hadapan termasuklah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Dr Dzulkefly Ahmad dan Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad. -Hrkh
Ikuti Blog ini
Langsung demo anti-Israel ,Jumaat, Jun 04, 2010 at 4.6.10,
MB bersama ribuan rakyat solat hajat bantah kekejaman Israel , at 4.6.10,
KOTA BHARU, 4 Jun: Ribuan rakyat Kelantan menunaikan solat hajat yang diimamkan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai membantah keganasan tentera Israel terhadap umat Islam di Palestin.
Solat hajat diadakan di Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke IV pagi tadi turut disertai wakil Palestin, Abdul Hadi HJ Junaidi. Turut kelihatan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, anggota-anggota Exco dan Datuk Mohd Amar Abdullah dan Dr Mohamad Fadzli Hassan serta wakil-wakil rakyat.
Biar pun cahaya matahari panas memancar di atas kepala, orang ramai tidak menghiraukan dan tetap berdiri menunaikan solat bagi memohon kepada Allah Taala melindungi umat Islam yang sedang ditindas di Gaza.
Sebelum itu ribuan yang hadir sejak jam 8.30 pagi mendengar kuliah khas mengenai Palestin yang disampaikan Mohd Amar.
Kehadiran penduduk tempatan yang memenuhi segenap ruang Dataran Stadium kerana simpati terhadap konvoi kemanusiaan pelbagai negara yang diserang tentera Israel ketika membawa bekalan makanan ke Gaza Isnin lalu.
Ekoran serangan itu sembilan rakyat Turki yang menaiki kapal Mavi Marmara milik negara terbabit menjadi korban.
Seramai 12 rakyat Malaysia turut bersama misi kemanusiaan tersebut yang datang daripada 40 negara.
Berikutan tindakan tersebut kerajaan Turki di bawah Tayyed Erdogan memutuskan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu.
Kerajaan Turki memberi beberapa syarat untuk memulih semula hubungan diplomatik iaitu membayar sejumlah pampasan kepada keluarga sukarelawan yang terbunuh, Israel perlu memohon maaf kepada dunia.
Selain itu mereka yang terbabit dengan jenayah hendaklah dihadapkan ke Mahkamah Antarabangsa.
Perkara itu didedahkan Abdul Hadi ketika berucap di ribuan rakyat Kelantan.
Menteri Besar berkata, kaum Yahudi tidak ada belas kasihan kepada kaum lain kerana menganggap kononnya mereka sebagai anak Tuhan.
”Pegangan yang salah itu menyebabkan mereka sanggup melakukan apa sahaja terhadap orang lain.
”Namun hairannya kezaliman yang serupa juga pernah berlaku di negara ini apabila Ustaz Ibrahim Libya bersama beberapa pengikut ditembak mati di Memali.
”Begitu juga tindakan kerajaan menangkap ulama dengan mengurungkan mereka dalam bilik gelap di Kem Tahanan di Batu Gajah. Ini adalah sebahagian tindakan tidak berperikemanusiaan yang turut berlaku di negara ini,” katanya diikuti laungan takbir orang ramai.
Pada ucapan itu beliau juga menjelaskan kekeliruan sesetengah pihak yang mendakwa tidak ada parti Islam pada zaman Rasulullah saw.
Pelbagai sepanduk mengutuk serangan ganas Yahudi dijulang anak-anak muda yang membantah keganasan Zionis Israel terhadap umat Islam di Palestin. Tabung Cakna Palestin juga dibuka bagi sumbangan orang ramai. Program itu berakhir kira-kira jam 10.45 pagi. -Hrkh
Langsung demo anti-Israel , at 4.6.10,
Saman Ibrahim Ali Kosong Dan Sia-Sia , at 4.6.10,
Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah ketika dihubungi oleh Suara Keadilan memberitahu tindakan yang dilakukan oleh Ibrahim Ali itu umpama saman kosong sahaja dan tidak boleh diambil tindakan.
"Sehingga sekarang saya belum lagi menerima saman yang dikemukan oleh Ibrahim Ali itu, tetapi apa yang ingin saya nyatakan adalah setiap apa yang diperkatakan oleh anngota parlimen di dalam Dewan Rakyat mempunyai imuniti tersendiri dan tidak boleh dibawa ke mahkamah, jadi perkara yang dilakukan oleh Ibrahim umpama saman kosong dan sia-sia.
"Bila perkara yang berlaku di dalam dewan di bawa ke mahkamah maka perkara tersebut akan dibatalkan terus oleh mahkamah setelah Saifuddin membuat permohonan.
"Saya yakin dengan Saifuddin setiap apa yang beliau hujahkan itu mempunyai bukti dan yakin dengan kebolehannya. Beliau akan mempertahankan setiap apa diperkatakan olehnya," katanya yang juga merupakan peguam kepada Saifuddin berhubung kes saman Ibrahim.
Beliau juga memberitahu disebabkan belum menerima apa-apa dokumen saman yang telah dikemukakan oleh Ibrahim, beliau tidak dapat memberikan penjelasan dengan lebih lanjut.
"Saya tidak dapat berikan komen dengan terperinci sebab sehingga sekarang saya belum menerima apa-apa dokumen saman, setelah saya meneliti segala isi kandungan dalam saman tersebut baru kita boleh tahu bentuk tindakan yang boleh kita ambil.
"Mengenai saman terhadap akhbar Suara Keadilan tidak ada apa alasan yang kukuh dapat Ibrahim kemukakan kerana Suara Keadilan hanya mengeluarkan berita melalui hujahan yang di lakukan oleh Saifuddin di dalam dewan bukannya dil uar," sambungnya lagi.
Sebelum itu Ibrahim telah mengemukakan saman RM2 Juta terhadap Setiausaha Agung KEADILAN itu kerana didakwa memfitnah beliau dengan membabitkan beliau dengan perniagaan perjudian Tan Sri Vincent Tan ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat Mac lalu.
Ibrahim juga mahu mengemukakan saman tehadap lidah rasmi KEADILAN atas alasan yang sama.
Sehingga sekarang Saifuddin dan juga akhbar Suara Keadilan belum menerima dokumen saman yang dikemukan oleh Ibrahim.- sk‘Dunia kecam Israel, polis Malaysia mahu halang protes’ , at 4.6.10,
“Ketika seluruh dunia mengadakan perhimpunan bagi membantah kekejaman yang dilakukan Israel, polis pula mahu menghalangnya.
“Ini menunjukkan mereka tidak mengikuti perkembangan semasa yang berlaku sekarang.
“Lagipun ini juga adalah perhimpunan rakyat yang sama-sama membantah kekejaman yang dilakukan Israel,”mengulas amaran Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman bahawa polis tidak menerima sebarang pemohonan untuk mengadakan perhimpunan dan menyifatkannya sebagai perhimpunan haram.
“Perhimpunan ini juga dikhuatiri akan membahayakan keselamatan awam dan mendatangkan unsur keganasan,” katanya.
Nasharudin berkata perhimpunan itu akan tetap diteruskan kerana berpendapat ia hanya perhimpunan aman dan tidak akan mengundang bahaya.
“Kita akan tetap teruskan perhimpunan ini kerana ini adalah perhimpunan rakyat jadi tidak ada apa yang akan membahayakan.
“Saya sendiri hairan bagaimana beliau (Muhammad Sabtu) boleh berpendapat sedemikian,” katanya lagi.
Pergerakan Pemuda Umno dijangka mengadakan perhimpunan bagi mengutuk serangan berdarah tentera Israel itu di Masjid Negara selepas solat Jumaat manakala Pakatan Rakyat akan mengadakan rundingan meja bulat di Kelab Sultan Sulaiman pada pukul 11 pagi dan kemudian akan bergerak dari Masjid Jamek Kampung Baru ke arah Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat.
“Tindakan Israel menyerang konvoi yang membawa misi kemanusian ini amat kejam dan tidak berperikemanusiaan.
“Justeru rakyat sama ada yang beragama Islam ataupun tidak perlu membantah kerakusan yang dilakukan Israel.
“Kekejaman yang dilakukan Israel ini menyebabkan ramai orang yang tidak berdosa terpaksa menerima penderitaan,” katanya.
Wakil ABIM, Zawawi Ahmad Mughni berkata, tindakan segera harus diambil ke atas kekejaman yang dilakukan oleh Israel.
“Kita perlu menyatakan sikap dan membantah kekejaman yang dilakukan Israel ini, disebabkan mereka ramai yang menderita.
“Selain itu, rakyat di negara ini perlu memboikot produk-produk daripada Israel.
“Setiap barangan Israel yang ada perlu dibuang dan digantikan dengan barangan tempatan kerana sudah tiba masanya untuk kita bertindak dan ini merupakan langkah pertama kita,” katanya.
Wakil MAPIM, Azmi Mohd Hamid pula berkata, tindakan yang diambil oleh setiap rakyat kali ini perlu konsisten dengan menetapkan pendirian membantah kekejaman yang dilakukan Israel.
“Kali ini kita semua perlu menetapkan pendirian kita dengan membantah kekejaman yang dilakukan oleh Israel ini.
“Kita perlu perlu menuntut supaya Israel mengaku bahawa mereka telah melakukan satu jenayah yang serius.
“Malah kita juga perlu menuntut supaya seluruh dunia memutuskan sebarang hubungan dengan Israel,” katanya.
Program tersebut turut diselangi dengan laungan takbir “Allahuakhbar”, “Hidup-hidup” “Hidup Islam” dan “Bangkit-bangkit” “Bangkit Islam”.
Program tersebut turut dihadiri oleh seorang rakyat Palestin, Sheikh Ahmad Husin Mohamad yang mengatakan bahawa rakyat di Malaysia telah memberikan sumbangan dan sokongan yang banyak kepada Palestin.
“Sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia melalui demontrasi dan ceramah lebih bernilai daripada wang ringgit yang disalurkan kepada rakyat Palestin.
“Melalui sokongan dan sumbangan yang diberikan ini menyebabkan rakyat Palestin menganggap bahawa Malaysia adalah sebahagian daripada kami di Palestin,” katanya.
Sementara itu, Hasan berkata tindakan kejam yang dilakukan Israel itu telah menyebabkan rakyat seluruh dunia bersatu padu membantah tindakan mereka.
“Hari ini kita lihat bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia mengecam tindakan kejam yang dilakukan Israel tempoh hari.