Ikuti Blog ini

Sekitar majlis Rumah terbuka Kerajaan Negeri Kedah








Alor Star : Sejak dari seawal jam 11 pagi lagi seluruh lapisan masyarakat berbilang kaum melayu cina india siam berpusu-pusu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilftri Menteri Besar Kedah di Kediaman Rasmi Beliau di Seri Mentaloon, Alor Star.

Jamuan bermula dari jam 11 pagi dan berakhir pada pukul 5.30 petang, rata-rata pengunjung yang datang amat gembira dengan majlis yang diadakan disamping menjamu selera mereka juga dapat merapatkan lagi jurang antara pemimpin dengan rakyat.

Berbagai juadah istimewa telah disediakan antaranya laksa, bihun sup, lemang, sate, mee goreng mamak, pasembor, bihun goreng, soto, lontong, nasi dan berbagai jenis lauk, keropok lekor, buah-buahan. sementara minuman istimewa ialah teh tarik, cendol dan juga aiskrim.

YAB Dato' Seri Ust Azizan dan To'Puah Hajjah Faekah serta beberapa orang adun juga tidak melepaskan peluang untuk turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir dan juga orang dewasa yang turut bersesak-sesak untuk mendapatkan duit raya dari Menteri besar Kedah.



Rumah terbuka Adun Sanglang 8 Oktober ini

SANGLANG, 6 Okt - Orang ramai dijemput menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Kenduri Kesyukuran Ahli Dewan Undangan Negeri Sanglang, Ustaz Hashim Jasin yang diadakan pada hari Rabu, 8 Oktober ini.

Majlis tersebut akan diadakan di Markas MTD Sanglang di Kampung Rama, Jalan Kuala Sanglang dekat sini bermula jam 1.00 tengahari.

Majlis Rumah terbuka ini diadakan serentak dengan kenduri kesyukuran sempena kemenangan PAS di Dun Sanglang seperti yang diisytiharkan oleh Mahkamah Persekutuan 16 Oktober lalu.

Majlis ini juga dianjurkan bersama oleh Dewan Ulama PAS Perlis, Dewan Pemuda PAS Perlis Dewan Muslimat PAS Perlis dan PAS Kawasan Arau.

Sementara itu, pada malamnya pula akan diadakan Ceramah Kemenangan Dun Sanglang di tempat yang sama mulai jam 9.30 malam.

Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin akan menyampaikan ceramahnya bersama-sama dengan Ustaz Hashim.


MERIAHNYA SAMBUTAN AIDILFITRI DI QARYAH RAMADHAN

Iman Qaryah Ramadhan begitu terharu dengan sambutan dan layanan yang di berikan sepanjang berada di sini


Tetamu ISTIMEWA datang dari Negara China(Yunan) sempat berada di Qaryah sebelum ke Alor Star




Menjamu selera selepas sembahyang aidilfitri


Antara petugas KTV yang sentiasa berada di sini.......

Anak-anak di beri duit Raya oleh YB,Dato' Takiyuddin (exco kerajaan negeri)




Antara hadirin yang hadir menunaikan solat Aidilfitri di Qaryah Ramadhan



Khutbah Aidilfitri di sampaikan oleh Sheikh Syaari Mustafa








Adab berjemaah perlu dipelihara - Presiden PAS


KUALA LUMPUR - Akhlak dan adab berjemaah perlulah sentiasa dipelihara sama seperti memelihara prinsip perjuangan sehingga tidak berpaling atau hanyut dengan yang selain darinya, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Awang dalam perutusan Eidulfitrinya.

"Di sinilah pentingnya kejayaan Ramadan sebagai obor pembnimbing kita pada setiap ketika," katanya lagi.

Walaupun Ramadan berlalu pergi, beliau mengingatkan semua ahli di pelbagai peringkat supaya terus-menerus mempertingkatkan pengabdian diri kepada Allah, bermunajat untuk kekuatan jemaah, meningkatkan kerja dakwah bagi mengajak rakyat untuk bersama membela Islam menerusi wadah perjuangan PAS.

"Kepimpinan parti pula hendaklah bersedia untuk merangka program tarbiyah kepada ahli-ahli baru nanti selain memperkasakan fikrah ahli yang sedia ada," katanya.

Tuan Guru menyeru supaya ziarah-menziarahi pada Syawal ini dijadikan medium untuk meningkat hubungan baik dengan masyarakat.

"Pimpinlah masyarakat supaya sama-sama menghayati perjuangan Islam ini," katanya.

Beliau berharap kurniaan taqwa akan "mendorong kita untuk terus kekal berjuang meninggikan kalimah Allah sehingga terlaksana syariat-Nya.

"Islam perlu mendominasi seluruh suasana supaya manusia kelak dapat melihat kehebatan dan keagungan Islam sehingga rela berada di bawah naungannya," kata beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, Hari Terbuka PAS sempena Eidulfitri 1429 akan diadakan pada 12 Syawal atau 12 Oktober ini dari pukul dua petang hingga pukul enam petang di Stadium Malawati, Shah Alam.

Mursyidul Am, Datuk Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden, Ahli Majlis Syura, Jawatankuasa PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan menjemput rakyat melapangkan masa menghadiri rumah terbuka itu.

Gempar: Saiful Di Timpa Penyakit Kelamin!!!?

Apakah “bala” Allah sudah datang. Gara-gara “sumpah laknat” kini satu lagi maklumat terbaru diterima perihal Saiful Bukhari Azlan. Berita yang lebih memeranjatkan serta menggemparkan !!. Khabarnya kini, Saiful benar-benar berhadapan dengan masalah “besar” gara-gara terperangkap dalam “fitnah liwat” yang dibuatnya terhadap Anwar Ibrahim. Sesungguhnya inilah agaknya bala yang dinantikan oleh beliau dulu. Dalam akuan “sumpah laknat” beliau sehari sebelum hari pencalonan Anwar, beliau ada mengatakan bahawa beliau sanggup seluruh keturunannya ditimpa bala sekiranya beliau berkata tidak benar perihal kes liwat itu. Namun kini, segalanya bagaikan “terjadi” kepada Si Saiful.

Maklumat terkini diterima mengatakan beliau kini menderita penyakit kelamin atau lebih spesifik lagi “kemaluannya bernanah” dan beliau tidak dapat “membuang air kecil” seperti dulu lagi. Khabarnya akibat sengsara dengan masalah tersebut, Saiful telah dibawa oleh salah seorang saudara maranya untuk menjalani perubatan tradisonal dengan seorang “dukun” di Sg.Petani, Kedah. Mungkin saudaranya sendiri terkejut dengan apa yang terjadi kepada Saiful.
Jika benar maklumat terbaru ini, maka inilah dia bala yang menimpa Saiful akibat sikapnya yang terlalu berani melakukan “sumpah laknat” terhadap dirinya berhubung dengan perkara yang belum tentu hujung pangkalnya. Akibatnya beliau kini terpaksa merana dan sengsara dengan perbuatan yang beliau lakukan. Terdapat suara-suara yang sudah mula menyuruh agar Saiful memohon ampun dan maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun bukan Saiful yang tidak mahu, tetapi beliau kini dikawal ketat oleh pasukan keselamatan. Atas alasan dikhuatiri dirinya dianiaya oleh sesiapa. Namun, hakikatnya yang terjadi ialah kawalan ketat terhadap diri Saiful itu ada hubung kait dengan ketakutan “pihak-pihak berkenaan” sekiranya Saiful membuat akuan sumpah pula bahawa dirinya dianiaya dan beliau dipaksa membuat cerita karut itu.

Inilah sebenarnya yang menjadi masalah buat dirinya. Maka akhirnya terpaksalah beliau menanggung derita berkenaan. Sudah puasa mereka membawa Saiful untuk berubat, namun segalanya hampa belaka. Persoalannya disini, apakah Saiful sanggup untuk keluar dari persembunyian dan kemudiannya meminta ampun serta memohon maaf dari Anwar atas segala yang terjadi ini. Kita merasa amat simpati dengan nasib beliau kini. Sekiranya beliau tidak diselematkan segera dari penyakitnya, kita juga khuatir bala yang lebih besar akan menimpanya. Ini pasti akan lebih menggemparkan dan pasti menyebabkan “si pulan bin si pulan” semakin “kepanasan” kini. Inilah akibatnya bila merancang untuk melakukan agenda jahat, sudah pasti akan dibalas oleh Allah SWT dengan sekelip mata sahaja. Tambahan pula di bulan Ramadhan yang mulia ini. Buat Saiful, insaflah dan berusahalah untuk mencari jalan berjumpa dan memohon ampun kepada Anwar dengan segera. Jika tidak nyawa beliau juga akan turut terancam dengan bala yang menimpa dirinya itu.

[Pihak kami masih lagi menantikan laporan terkini dari ahli keluarga Saiful tentang perkembangan terkini perkara ini. Kita harus ingat dan sedar bahawa bukan semua ahli keluarga dan saudara mara Saiful yang bersetuju dengan kedurjanaan yang beliau lakukan ini. Tunggulah balasan yang lebih dasyat bakal menimpa keluarga dan keturunannya pula jika beliau tidak mahu memohon ampun dan maaf kepada Anwar atas segala yang terjadi. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada hambaNya yang melakukan dosa. Amin]

Pihak kami masih menyiasat info ini. Namun segalanya ada kemungkinan. Jika segala berita ini sahih anggaplah ia sebagai tauladan, namun jika sebaliknya jadikanlah ia sebagai satu sempadan.




Ceramah Perdana







Mufti Perlis akan bersara?


PETALING JAYA: Di sebalik kemeriahan sambutan Syawal, desas desus tentang persaraan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin sedang hangat diperkatakan sekarang.

Menurut satu sumber yang dekat dengan beliau, Dr Asri tidak berminat untuk menyambungkan kontraknya ke tahun depan, iaitu sehingga bulan Oktober 2009.

"Besar kemungkinan, Dr Asri akan bersara tidak lama lagi dan akan meninggalkan Malaysia untuk satu tempoh yang tidak dapat dipastikan lagi," ujar sumber itu.

Difahamkan, antara sebab mengapa Dr Asri tawar hati dan tidak berminat untuk meneruskan khidmatnya adalah kerana beliau kecewa dengan pergolakan politik yang berlaku sekarang.

"Segala teguran yang diberi oleh beliau tidak diambil serius dan beliau kecewa apabila ahli politik lebih mementingkan kepentingan peribadi dari kepentingan dan keperluan rakyat," jelas sumber itu.

Menurut sumber itu lagi, Dr Asri ada mendapat tawaran untuk mencebur diri dalam bidang politik tetapi beliau tidak berminat.

Di kalangan ahli politik, Dr Asri merupakan tokoh ulama dan ilmuan agama yang paling menonjol sekali.

Teguran dan pandangan beliau tentang isu semasa seperti ISA, peralihan kuasa, sumpah mubahalah, Tugu Negara, Kerajaan perlu bertaubat dan melarang penyanyi Faizal Tahir ke Perlis (antara lain) dan banyak lagi mendapat liputan akhbar yang meluas.

Lontaran berani Dr Asri tentang isu semasa menyebabkan beliau sering digelar mufti yang kontroversi.

Kata sumber itu lagi, "Ada juga sesetengah pihak yang salahtafsir teguran berani beliau. Pandangan Dr Asri sebenarnya neutral, bijak dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

"Kadang kala pandangan sinis dan teguran tajam membuat ramai yang salahtafsir niat beliau sedangkan itu hanyalah satu pandangan yang dituntut oleh agama," kata sumber itu.

Jelasnya lagi, "Dr Asri sering menjadi mangsa keadaan dan dikecam oleh golongan fanatik sesuatu parti. Mungkin itu salah satu sebab kenapa beliau bosan dan kecewa, kerana selalu disalahtafsir."

Malah website peribadi beliau, www.drmaza.com juga mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Tidak keterlaluan jika dikatakan Dr Asri banyak memberi pandangan positif kepada ahli-ahli politik baik dari kalangan Umno, PAS mahupun PKR.

Menurut sumber terdekat itu lagi, Dr Asri kelihatan berbincang panjang di Rumah Terbuka Perdana Menteri di Kepala Batas semalam.

Sebelum ini, Dr Asri pernah diundang memberi 'tazkirah Ramadan' kepada menteri-menteri kabinet di PWTC pada 18 September sempena majlis berbuka puasa di sana.

Dan dua hari sebelum itu, Mufti Perlis yang lantang bersuara kelihatan menghadirkan diri di majlis kelolaan PAS di Kota Bharu atas undangan Nik Aziz. Difahamkan juga, Dr Asri turut diundang ke satu majlis anjuran PKR selang beberapa hari kemudian tetapi tidak dapat ditunaikan disebabkan oleh jadualnya yang padat.

Di dalam kolum Minda Mufti siaran akhbar Mingguan Malaysia hari ini, Dr Asri turut menitip pesanan tentang peralihan kuasa yang sibuk dibicarakan akhir-akhir ini. Di bawah tajuk 'Tanggungjawab mencari pengganti yang berwibawa,' antara lain petikan artikel itu berbunyi,"Krisis kepimpinan dalam masyarakat umat Islam hari ini adalah berpunca kerana ada pihak pihak yang hanya menumpukan di sudut al-Quwwah iaitu kemampuan atau kewibawaan atau karismatik seseorang tokoh dalam politik, tetapi melupakan sudut amanah yang membabit mengenai pegangan agama atau kesolehan seseorang pemimpin.

"Jangan jatuh ke tangan yang berkemampuan dan wibawa, tapi tidak amanah. Jangan juga jatuh ke tangan yang amanah, tapi tidak berkemampuan melaksanakan bebanan tugas," katanya.

Namun begitu, ketika dihubungi untuk mendapatkan kesahihan berita tentang persaraan beliau, Dr Asri enggan memberi sebarang komen. "Sampai masa nanti saya akan bagi komen," kata beliau.

Perantau Diseru dedahkan Pengkhianatan UMNO Terhadap Demokrasi dan Negeri Terengganu


Kuala Terengganu - Perantau diseru menyedarkan anak negeri di luar Terengganu dan memberi kesedaran kepada mereka tentang politik, khususnya pengkhianatan yang dilakukan oleh UMNO keatas demokrasi, rakyat dan negeri Terengganu.

(Dato' Wan Mutalib, teliti membaca edisi cetak Buletin yang mula diedarkan sempena Hari Raya, sebelum berucap dalam sesi dailog Majlis Ijtima' Idul Fitri Perantau kelmarin.

”Samada pegawai peringkat tinggi dan rendah, rakyat Terengganu sendiri tak rasa tercabarnya demokrasi,

“sedangkan inilah ‘very fundamental’ dimana rakyat kesemuanya patut berkempen, ini pengkhianatan yang paling jelas kepada demokrasi,”

“sepatutnya Perantau kita memainkan peranan menyebarkan maklumat pengkhianatan kepada demokrasi, rakyat dan kerajaan negeri Terengganu,”Kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Wan Mutalib Embong ketika berucap dalam sesi dialog, Ijtima’ Idul Fitri untuk Perantau yang diadakan di Kuala Ibai, dekat sini kelmarin. (Gambar atas - Dato' Wan Mutalib di Ijtima' kelmarin)

”Kita ambil tindakan undang-undang dengan segera, tetapi kehakiman boleh dikawal oleh politik, walaupun pemisahan kuasa itu berlaku, tetapi kehakiman sampai hari ini masih lagi dikawal supaya kes (royalti minyak) tidak dijalankan (dibicarakan) dengan segera sehingga hari ini, sedangkan kita telah mendaftarkan ‘certificate of urgency’,”kata beliau ketika mengulas isu berkaitan royalti minyak yang berlaku di Terengganu.

Menurut beliau hasil yang dirampas dari wang royalti minyak disalurkan melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan bukan melalui jentera kerajaan serta diagih-agihkan kepada ahli-ahli UMNO.

”Tahun ini RM47 juta (Dana Khas Duit Raya), ini telah dibelanjakan sejak tahun 2000, paling kurang 5,000 setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) disuap dengan duit ini, dibahagi-bahagikan,”jelas beliau.

Kerajaan UMNO/BN juga, kata beliau telah menggunakan kuasa pentadbiran mengambil balik tanah-tanah yang diberikan oleh kerajaan PAS dan membayar wang pampasan menggunakan kekuatan wang royalti minyak yang telah dirampas.

”Walaupun mereka terpaksa membayar pampasan yang begitu tinggi, mereka tak peduli,
“contohnya, kita beri satu keping tanah kepada Khairunnisa’ (Persatuan Isteri-isteri Wakil Rayat PAS) bersama dengan Puspanita (Persatuan Isteri-isteri Pegawai-pegawai Kerajaan), untuk mereka menjalankan aktiviti dan kepentingan mereka selama 40 tahun,
”Bila kita hilang kuasa, mereka rampas dan bayar pampasan sebanyak RM2 juta, bayangkanlah, dia tak peduli, asalkan tak dapat kita (PAS) untuk majukan (tanah) tak kira Puspanita ke atau Khairunnisa’,”tambah beliau.

Bongkar: Fakta Sebenar Disebalik Insiden Anggota Polis Lepaskan 58 Das Tembakan !!

Satu syawal yang lalu, seluruh negara dikejutkan dengan berita "Anggota Polis Lepaskan 58 Das Tembakan". Sesungguhnya berita ini amat menggemparkan sekali, tambahan pula ia dilakukan oleh seorang anggota polis. Apakah yang berlaku sebenarnya?. Mengapakah anggota polis terbabit melepaskan tembakan membabi buta begitu?. Mengapakah seorang anggota polis yang diluar tugas boleh membawa begitu banyak peluru sedangkan beliau sepatutnya menyerahkan semua senjatanya ketika diluar tugas rasmi. Inilah yang menjadi persoalan ramai pihak. Kami juga tertanya-tanya dengan laporan yang disiarkan oleh media arus perdana tentang perkara ini. Sesungguhnya, insiden yang berlaku ini adalah "mirip" kepada kejadian yang membabitkan Prebet Adam suatu ketika dulu. Beliau juga dikatakan telah membuat tembakan rambang dan membahayakan orang awam. Tiada apa yang berlaku, namun disebalik kisah tersebut tersembunyi sebab musabab kenapa Prebet Adam melakukannya. Ini kerana tekanan perasaan dan jiwa akibat "adiknya" yang dikatakan meninggal dunia gara-gara penangan "orang ternama". Apakah kes terbaru ini juga sama seperti yang pernah berlaku itu. Segala persoalan masih bermain difikiran ramai orang terutamanya para penduduk dan orang awam yang berada di tempat kejadian tempohari.

Pihak kami telah menjalankan risikan "kisah sebenar" kejadian ini dari kacamata orang awam. Ini kerana kami tidak yakin dengan laporan media arus perdana. Tambahan pula kebanyakan wartawan yang terbabit hanya mendapatkan maklumat dan gambaran kejadian ini daripada pihak polis semata-mata. Ini maknanya ada fakta-fakta kes yang tidak diketahui umum. Justeru itu pihak kami mengambil peluang ini untuk membuat "pembongkaran" tentang isu ini. Bukanlah tujuan kami untuk menyalahkan mana-mana pihak. Namun kejadian ini sebenarnya harus dipandang dari sudut keselamatan orang awam. Apa yang dapat dilihat sekarang ialah pihak berkenaan lebih menyalahkan anggota polis terbabit dan mengaitkan beliau dengan "masalah mental" dan "ajaran sesat". Lantaran itu, anggota polis terbabit telah dirujuk ke Jabatan Psikiatri Hospital Lipis dan khabarnya kini dibawa pula ke Hospital Bahagia Tangjung Rambutan untuk menjalani ujian mental. Sebaliknya "mental orang awam" yang tertanggu dengan kes ini tidak didedahkan kepada khalayak ramai. Malahan pihak media juga seolah-olah dihalang untuk melaporkan berita sebenar tentang kejadian ini. Justeru itu kami lampirkan gambarfoto yang sempat diambil pada pagi kejadian oleh krew Pahang Daily yang sempat berada dilokasi kejadian. Kebanyakan media melaporkan fakta yang salah dalam insiden ini. Lihat laporan ini:

Anggota Polis Lepaskan 58 Das Tembakan Akibat Tekanann

KUANTAN, 1 Okt (Bernama) -- Seorang anggota polis melepaskan 58 das tembakan ke udara dipercayai akibat mengalami tekanan dalam satu kejadian di Kampung Selendang, Padang Tengku, Kuala Lipis. Ketua Polis Daerah Lipis, DSP Abdul Razak Hassan berkata, anggota polis berusia 22 tahun itu bertindak demikian pada pukul 6.30 pagi di kawasan berhampiran satu tanah perkuburan Islam. "Tiada sebarang kecederaan dilaporkan kerana penempatan agak jauh dari kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Ketika kejadian, hanya anggota berkenaan yang berada di tempat itu. Katanya, anggota polis itu yang baru berkhidmat selama tiga tahun, turut melepaskan tiga das tembakan ke arah keretanya sendiri. Beliau berkata anggota polis itu membawa pulang pistol yang sepatutnya ditinggalkan di tempatnya bertugas di Balai Polis Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan. Anggota polis itu telah ditahan untuk siasatan lanjut dan polis masih menyiasat punca dia bertindak demikian, kata Abdul Razak. -BERNAMA

Ada beberapa perkara dan fakta yang telah disalah lapor oleh pihak media berhubung dengan kejadian sebenar insiden ini, iaitu ;-

Bukan Pistol, 2 Buah Raifel M15 Juga Digunakan

Untuk makluman kes tersebut melibatkan seorang anggota polis yang berumur 22 tahun dan bertugas di Balai Polis Simpang Durian, Jelebu Negeri Sembilan. Menurut maklumat beliau dikatakan dalam perjalanan ke satu tempat untuk melakukan "jihad", lantaran itulah beliau membawa begitu banyak senjata. Beliau menaiki sebuah kereta Iswara Aeroback dengan nombor pendaftaran BDC7918. Siasatan kami senjata dalam kes berkenaan bukan sahaja sepucuk pistol biasa malahan juga turut melibatkan dua pucuk senapang Raifel M15 (Sila lihat foto) serta terdapat begitu banyak peluru hidup termasuk 2 set peluru M15 yang masih belum digunakan. Disamping itu juga beliau turut membawa kayu belantan, beberapa buah kitab dan lain-lain barangan yang dipercayai untuk tujuan "jihad" berkenaan. Beliau dikatakan dalam perjalan ke sebuah lokasi berhampiran Padang Tengku-Merapoh yang dikenali sebagai "Bukit Tujuh". Laporan polis mengatakan suspek hanya membawa pistol adalah tidak benar sama sekali. Mana mungkin pistol boleh mengeluarkan sehingga 58 das peluru ditembak ke udara?.




Bukti jelas menunjukkan dua lagi keronsong peluru Raifel M15 didalam kenderaan suspek yang masih belum digunakan.

Kami difahamkan tempat berkenaan adalah satu "kawasan keramat" yang biasanya dikunjungi oleh mereka-mereka yang ingin menjalankan aktiviti "pembomohan". Kawasan ini dikatakan menjadi tempat pemujaan dan amalan syirik. Banyak kejadian misteri yang dialami oleh mereka-mereka yang pernah melalui kawasan ini, termasuk diganggu makhluk halus ataupun jin. Malahan, jika berlaku kerosakan kereta dikawasan terbabit, maka tiada sesiapa pun penduduk kampung yang berdekatan berani membuka pintu kiranya anda memerlukan bantuan. Itu cerita orang-orang kampung sekitar Bukit Tujuh. Ini bermakna tempat itu penuh dengan misteri.

Kesalahan Lokasi dan Masa Insiden Diselesaikan

Difahamkan kejadian sebenar berlaku bukanlah di Kampung Selendang seperti yang dilaporkan oleh semua media arus perdana. Insiden berkenaan berlaku di Kampung Teha, Mukim Gua, Padang Tengku, Kuala Lipis Pahang. Kampung Selendang adalah lokasi surau yang berdekatan dan menjadi tempat perhimpunan orang awam. Mungkin wartawan terbabit hanya singgah disitu dan tidak pergi ke lokasi kejadian sebenar seperti kami. Laporan media juga menyebut kejadian itu dapat diselesaikan dalam masa 15 minit, walhal sebenarnya fakta itu adalah salah dan kemungkinan besar mereka hanya mendapatkannya daripada pihak polis. Sebenarnya kejadian itu bermula sejak jam 6 pagi lagi dan berakhir hampir 2 jam kemudian. Ini menyebabkan penduduk setempat berada didalam ketakutan ketika solat sunat Aidil Fitri. Difahamkan kereta yang dinaiki oleh anggota polis terbabit telah kehabisan minyak dan terhenti dikawasan berkenaan. Lihat foto dibawah yang diambil dari lokasi kejadian.


Inilah laluan jalan lokasi tempat kejadian tembakan anggota polis di Kg.Teha

Sebenarnya ada penempatan disekitar kejadian, dan yang paling hampir jaraknya hanya tidak sampai 100 meter daripada lokasi terbabit

Lagi bukti, jarak yang terlalu dekat dengan dua buah rumah penduduk tempatan. Kenapa fakta ini dikelirukan?

Suspek Dalam Tugas Dan Memakai Seragam Polis

Laporan media arus perdana pihak polis mengatakan bahawa suspek diluar waktu bertugas dan hendak pulang ke kampung halamannya di Kelantan. Tetapi, siasatan kami setelah kehabisan minyak kenderaannya, suspek yang dilihat berpakaian seragam dan berkopiah itu keluar dari keretanya dan mundar-mandir sambil memegang "pistol" ditangannya. Ketika itu beliau tidak menganggu dan menembak. Beliau hanya ke hulu ke hilir seperti orang kehilangan arah. Terdapat saksi yang telah menghubungi pihak polis, namun polis yang menerima laporan tidak mempercayai bahkan melayan panggilan tersebut. Mungkin beliau berangapan perkara itu adalah satu permainan semata-mata. Pihak terbabit terpaksa pergi ke balai, hanya dua orang polis yang bertugas di balai berkenaan. Setelah laporan dibuat, maka polis terbabit mengikuti beliau untuk memastikan bahawa apa yang dilaporkan itu adalah benar ataupun tipu. Memandangkan hanya dua anggota polis bertugas, maka seorang sahaja yang telah pergi ke tempat kejadian dengan pengadu. Polis terbabit juga pada awalnya tidak percaya pistol yang dipegang oleh suspek adalah pistol sebenar. Lalu cuba menghampiri suspek menerusi "longkang" yang berdekatan. Suspek mula menembak setelah menyedari ada pihak polis datang dan cuba untuk mengganggu beliau ketika itu. Maka bermulalah aktiviti tembakan kepada polis terbabit dan juga ke udara. Keadaan ketika itu umpama ada pesta "main mercun", tambahan pula ketika itu adalah pagi Hari Raya Aidil Fitri.

Tembakan bukan sahaja ditujukan ke udara dan kenderaaan suspek sendiri. Malahan lebih parah lagi ia juga ditujukan kepada orang awam yang melalui kawasan itu. Suspek dikatakan berdiri ditengah jalan sambil menghalakan senjata kepada kenderaan yang lalu lalang. Difaham ada mangsa yang hampir terbunuh dalam kejadian tersebut. Mangsa dikatakan akan membuat "saman" atas kes ini. Mangsa dikatakan melalui jalan berkenaan walaupun keadaan "berbahaya" ketika itu kerana tiada anggota polis yang mengawal lalulintas. Tiada sekatan atau pun lencongan dibuat, menyebabkan kenderaan mangsa meredah laluan berkenaan. Mujurlah mereka tidak terbunuh.


Kesan tembakan pada cermin kenderaan suspek, foto kiri kayu belantan yang turut dibawa oleh suspek semasa kejadian "ngeri" ini

Kejadian tembakan hanya dapat ditamatkan setelah 3 orang anggota polis dari Balai Polis Lipis yang lebih profesional untuk memujuk suspek tiba. Akhirnya suspek menyerah diri dan dibawa dengan kenderaan polis terbabit ke balai polis. Kejadian itu berakhir dengan tiada korban manusia, namun terdapat beberapa penyelewangan fakta dan tindakan pihak polis yang sebenarnya boleh mengancam keselamatan orang awam.

Antara Tindakan Yang Gagal Dilaksanakan Polis

Kejadian ini sebenarnya menyebabkan orang awam semakin takut dengan pihak polis. Persoalan yang timbul bagaimana suspek terbabit boleh bergerak sejauh itu dengan membawa banyak senjata berbahaya didalam kenderaan mereka. Bahkan ia boleh mengganggu ketenteraman awam. Bayangkan sekiranya tembakan yang dibuat mengenai penduduk tempatan. Kami difahamkan terdapat 3 buah kenderaan yang terkena tembakan. Mujurlah tidak ada kemalangan jiwa. Bahkan ada mangsa penduduk tempatan yang hampir "maut" bila peluru tembakan berkenaan benar-benar melalui atas kepala beliau. Mujurlah beliau menundukkan kepalanya. Bukankah ini berbahaya kepada orang awam. Soalnya sekarang, apa yang dibangkitkan hanyalah isu "Suspek dipercayai kurang siuman". Sedangkan nyawa penduduk tempatan sebenarnya ramai yang hampir melayang gara-gara kelewatan dan kegagalan pihak polis dalam kes ini. Antara kegagalan pihak polis ialah :-
  • Gagal memastikan suspek terbabit bertugas di balai terbabit (Balai Polis Simpang Durian, Jelebu) Hinggakan beliau boleh keluar sejauh itu dengan membawa senjata berbahaya.
  • Gagal mengawal keluar masuk senjata di balai tempat suspek bertugas. Ini menyebabkan suspek boleh mengambil senjata dan peluru sesuka hati tanpa ada sebarang sekatan daripada mana-mana pihak untuk tujuan "jihadnya" itu.
  • Gagal memastikan keselamatan orang awam. Laporan dibuat tetapi polis menganggap ianya adalah "lawak jenaka", akhirnya pengadu terpaksa membawa anggota polis terbabit ke tempat kejadian. Hanya dua orang anggota yang bertugas di Balai Polis berhampiran. Akhirnya bantuan 3 anggota terpaksa dihantar dari Balai Polis Lipis, itu pun sudah terlambat ketika ada kenderaan orang awam yang sudah ditembak.
  • Gagal membuat sekatan jalanraya, dan memeriksa senjata yang dibawa dari Negeri Sembilan hingga ke Pahang. Bukankah banyak terdapat "roadblock" di musim perayaan.
  • Ketika suspek melepaskan tembakan hanya seorang anggota polis ditempat kejadian. Tiada sekatan untuk melencongkan pengguna jalaraya dari melalui jalan berkenaan. Akibatnya terdapat tiga kenderaan yang cuba melalui kawasan terbabit telah ditembak oleh suspek. Mujurlah tiada nyawa yang terkorban. Hanya orang awam yang menjaga dan menghalang kenderaan melalui jalan berkenaan. Mungkin polis ramai yang bercuti raya.
  • Laporan polis yang memutar belit fakta mengatakan tiada penempatan awam, hanya guna pistol dan tiada orang awam yang ditembak adalah amat mengecewakan. Padahal ada rumah yang jaraknya tidak sampai 100 meter dari tempat kejadian. Kesemua keluarga dalam rumah terbabit terpaksa melarikan diri dalam ketakutan untuk menyelamatkan diri kerana takut ditembak. Tambahan pula terdapat peluru yang dihalakan ke rumah mereka. Ini jelas sekali mengganggu ketenteraman awam dan menyebabkan keluarga terbabit "trauma" dengan kecuaian pihak polis ini.
  • Pihak polis gagal mengenalpasti anggota mereka yang bermasalah seperti ini. Suspek tidak mengalami masalah kewangan kerana buku bank yang turut terdapat dalam kenderaan beliau menujukkan baki simpanan sebanyak RM12,000. Ini bermakna suspek adalah seorang yang penjimat dalam usianya baru mencecah 22 tahun itu.
Pulihkan Imej Polis, Suspek Perlu Ditahan ISA

Susulan daripada terbongkarnya fakta sebenar kes ini, maka pihak kami mendapati polis sengaja melaporkan cerita yang berbeza kepada apa yang sebenarnya berlaku. Seolah-olah kes ini tidak melibatkan keselamatan awam, walhal perkara sebaliknya berlaku. Mujurlah Krew Pahang Daily antara yang paling awal sampai ditempat kejadian ketika ia masih berlaku. Justeru itu kami bertanggungjawab atas laporan ini. Kreadibiliti pihak polis perlu diperbaiki, laporan yang salah menyebabkan penduduk setempat kecewa dengan kejadian ini. Mereka tahu apa yang berlaku di kampung mereka ketika kejadian. Sebelum ini sudah banyak kejadian senjata dibawa keluar tanpa rekod dan pengetahuan pihak terbabit, namun kes kali ini dianggap paling serius kerana tembakan rambang terhadap orang awam sebenarnya berlaku. Media arus perdana juga sengaja memutar belitkan laporan ini. Kami menyeru supaya pihak-pihak berkenaan mengambil perhatian perkara seperti. Jangan biarkan ia berlaku lagi. Bayangkan jika suspek pergi menyerang ditempat awam, sudah pasti banyak mangsa yang akan terkorban dalam kes ini. Maka itu, adalah wajar suspek ditahan ISA atau terus didakwa di mahkamah kerana beliaulah yang telah mengganggu ketenteraman awam dan melakukan huru-hara secara jelas didepan mata. Apa yang ditunggu lagi oleh pihak polis dan kerajaan Malaysia. Tindakan menghantar suspek ke Tg.Rambutan adalah satu alasan untuk melarikan diri daripada cerita sebenar kes ini dari pandangan mata rakyat. Tunjukkan sikap profesional dalam kes ini sama dengan apa yang berlaku kepada Raja Petra yang dikatakan mengganggu ketenteraman awam.

[Pahang Daily mengucapkan syabas kepada 3 orang anggota polis dari Balai Polis Lipis yang lebih cekap dan berani mengawal keadaan. Jika tidak sudah pasti kes ini akan terus berpanjangan. Kepada keluarga dan mangsa yang terbabit dalam insiden ini, harap bersabar dengan dugaan yang melanda. Semoga kes ini akan memberi pengajaran kepada kita agar lebih berwaspada dan berhati-hati dengan sesuatu kejadian].


Integrasi Antara Kaum Berlaku di P.Pinang

Walaupun dapat dilihat sebelum ini ada percubaan untuk mengucar-kacirkan hubungan antara kaum, yang juga dimulakan dari Pulau Pinang, namun perpaduan antara kaum di pulau mutiara
lebih utuh dari apa yang disangka.

Ini membuktikan perpaduan itu boleh dipupuk dengan begitu baik walaupun politik perkauman menjadi pilihan sesebuah parti. Rakyat Malaysia sudah matang, kita sedar hanya politik perkauman sahaja yang boleh menggadai negara.

Jadi, sama-sama kita tolak politik perkauman. Melayu, Cina dan India boleh hidup lebih aman tanpa BN. Hidup Rakyat !

SEBERANG PERAI : Chief Minister Lim Guan Eng was moved to tears today when he tried to console the victims of a predawn fire in Mak Mandin here, which claimed two lives and left 14 families homeless.






Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .