Ikuti Blog ini

Najib Bongkak Dan Sombong!



Notis Pilihan Raya Tiga Bulan Tidak Pernah Dilakukan - Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemberian notis tiga bulan sebelum mengadakan pilihan raya untuk membolehkan parti bertanding membuat persiapan, tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Kerajaan tidak pernah melakukannya dan ia juga bukan sebahagian daripada peruntukan Perlembagaan, kata Perdana Menteri merujuk kepada permintaan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Tak pernah kita bagi tiga bulan, tidak pernah menjadi sebahagian daripada peruntukan Perlembagaan dan tidak pernah menjadi satu amalan (pada masa lepas)," katanya kepada pemberita ketika ditanya kenyataan Mursyidul Am Pas itu semalam.

Menteri Besar Kelantan itu dilaporkan meminta kerajaan Barisan Nasional menunaikan tempoh itu berdasarkan kepada sebuah kerajaan demokrasi, yang seharusnya menyediakan ruang serta peluang kepada kesemua parti bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum nanti.

Terdahulu, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) merasmikan mesyuarat agung ke-57 Parti Progresif Penduduk (PPP) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Najib juga ditanya pendapat pelbagai pihak mengenai kedudukan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua dan kedudukan kerusi Parlimen Batu yang dipegangnya selepas Mahkamah Tinggi mengurangkan dendanya kepada RM2,000 kerana menggigit seorang anggota polis pada Disember 2007.

"Kita nak tengok dia punya intepretasi, sebab ada dua intepretasi sekarang ini. Kalau kita tengok pada keputusan yang dibuat hakim ia mirip untuk tidak diadakan pilihan raya kecil sebab dia kata pilihan raya kecil ini membazir dari segi kewangan rakyat dan sebagainya.

"Bagaimanapun nanti kita tengok kaedah terbaik selesai perkara ini. Kita kena tengok macam mana tafsiran perlembagaan kita dan cara penyelesaiannya yang terbaik," katanya.

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata kerusi parlimen itu perlu diisytiharkan kosong mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa seorang Anggota Parlimen hilang kelayakan jika beliau disabitkan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan dia tidak mendapat pengampunan.

Mengenai cadangan bangunan Parlimen baru, Najib berkata kerajaan belum membuat apa-apa keputusan dan kerajaan juga sedar perkara ini melibatkan wang rakyat.

"Terlalu awal bagi saya kata apa dia keputusan. Biar kita kaji dulu macam-macam cadangan (yang ada)," katanya.

Perdana Menteri berkata yang menjadi masalahnnya ialah bangunan Parlimen sedia ada ini sudah terlalu lama.

"Kita ada dua pilihan. Maknanya kalau kita pulih bangunan Parlimen (kita) kekal di situ dan kita pindah sementara kerja pemulihan dilakukan," katanya.

Menjawab satu soalan mengenai pertaruhan judi sukan, Najib sekali lagi berkata tiada lesen dikeluarkan oleh kerajaan. - BERNAMA

Ahli Parlimen BN Bantah Hasrat Najib Pindahkan Parlimen

Reaksi berbeza syor Bangunan Parlimen baru

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen dan pakar perundangan berbeza pendapat berhubung cadangan membina Bangunan Parlimen baru di kawasan sedia ada atau berpindah ke Putrajaya.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata Bangunan Parlimen sedia ada menjadi simbol demokrasi berparlimen dan kuasa perundangan negara ini perlu dipulihara dan dikekalkan bagi menghargai dan menghormati tradisi serta sejarah penubuhannya.

Beliau berkata ia juga sejajar hasrat Yang di-Pertuan Agong ketiga, Tuanku Syed Putra Syed Hassan Jamalullail sewaktu merasmikan bangunan itu pada 21 November 1963, yang mahu kedudukannya kekal selama-lamanya di kawasan yang suatu ketika dulu dikenali sebagai ‘Folly Hill West’.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abd Ghapur Salleh pula bersetuju Bangunan Parlimen dipindahkan kerana bangunan sedia ada kelihatan daif, namun berharap kerajaan membina bangunan baru di Kuala Lumpur.

"Bangunan sekarang tak sesuai... nampak daif. Namun, kalau Parlimen baru dibina di Putrajaya ia akan menimbulkan masalah bagi Ahli Parlimen sebab jauh," katanya.

Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abd Mutalib bersetuju Bangunan Parlimen dipindahkan ke Putrajaya kerana kawasan sedia ada sudah sesak.

Sementara itu, pakar perundangan, Prof Emeritus Shad Saleem Faruqi, berkata beliau tidak setuju bangunan Parlimen dibina baru atau dipindahkan kerana lokasi sedia ada sudah bersesuaian.

Senang cerita tak payah bazirkan duit pindah bangunan Parlimen. Kekalkan je kat situ dan lakukan pengubahsuaian..tengok macam England, dah beratus tahun parlimen mereka..tak pindah pun..banding dengan Malaysia, mereka lagi kaya. Tapi mereka lebih hargai nilai sejarah berbanding pemimpin taghut UMNO. -Justice4all

Wanita disaran solat Jumaat


BACHOK, 19 Jun: Kompleks Masjid Daruttarbiyah bakal menyaksikan perubahan baru apabila kaum wanita disaran supaya menunaikan solat Jumaat seperti mana dilakukan kaum lelaki selepas siap pembinaannya kelak.

Saranan itu diutarakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Sebenarnya sudah lama saya hendak tengok keadaan ini boleh dilakukan oleh wanita," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan dan Penerimaan Derma mengisi tabung kompleks masjid tersebut di Kampung Wakaf Zain, dekat sini, malam tadi.

Beliau berkata, keselesaan ruang masjid yang cukup luas mampu membawa kaum wanita untuk turut bersama menunaikan solat Jumaat.

"Saya cadangkan ruang bawah untuk orang perempuan dan di sebelah atas pula bagi orang lelaki masa sembahyang Jumaat," katanya.

Kompleks masjid tersebut mula dibina sejak Ogos tahun lalu di atas tapak seluas satu ekar yang dibeli dengan harga RM180,000 manakala pembinaannya menelan belanja sebanyak RM2 juta dan dijangka siap pada Ogos 2011.

Kos pembelian tapak serta binaan adalah daripada sumbangan orang ramai.

Masjid dua tingkat yang kini dalam 40 peratus pembinaan itu dibina secara bergotong royong melibatkan seluruh kepimpinan cawangan termasuk penghulu-penghulu mukim dan masyarakat tempatan.

Adun Tawang, Hassan Mahmood ketika ditemui selepas majlis berkenaan berkata, pembinaan kompleks masjid berkenaan dilengkapi dengan dewan mesyuarat dan seminar yang mampu menampung 200 peserta dan asrama.

"Kita berharap segala kemudahan yang melengkapi masjid ini seperti dewan dan sebagainya itu akan dimanfaatkan sepenuhnya terutama dalam menjana generasi masa depan yang bakal mewarisi perjuangan ulama," katanya. -Hrkh

Makan Malam Bersama Tok Guru..

Pada hari ini berlangsungnya satu majlis makan laksa untuk kutipan derma bagi menyiapkan Pembinaan Kompleks Masjid Darul Tarbiah di Tawang…Tok guru dijemput sama untuk memeriahkan lagi majlis penutup pada malam ini. Sebelum majlis di mulakan selepas isyak tadi, tok guru sempat meluangkan masa sekejap singgah di rumah ayah untuk menikmati sedikit juadah yang disediakan.. Untuk pengetahuan semua, KMDT ini sudah hampir 70 peratus siap. setakat ini sudah menelan belanja hampir tiga ratus ribu lebih..Kutipan derma pada hari ini mencecah hampir seratus ribu ringgit.. Bagi yang berminat untuk menambah lagi saham akhirat masing2, bolehlah menderma bagi menyiapkan pembinaan Kompleks masjid Darul Tarbiah ini…

Posted by: pinkturtle2

Misi Gaza Yayasan Amal Terkandas, Mesir Tidak Pernah Buka Sempadan!

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita27/P1120549.JPGMARANG – Misi Gaza Yayasan Amal untuk menghantar bantuan kemanusiaan melalui jalan Refah, menghadapi jalan sukar untuk masuk ke Semenanjung itu apabila mendapat maklumat sebenarnya yang berlaku di sana.
Misi tersebut menjadi buntu kini, apabila hakikat sebenarnya, kerajaan Mesir yang dipimpim oleh HosniMubarak, tidak pernah membuka sempadan Gaza di Refah.

Setiausaha Misi, Mohd Fauzi Abu Samah ketika dihubungi Buletinonline berkata, misi Yayasan Amal masih berada di Kaherah dan belum boleh memasuki Gaza.

“Sebenarnya Mesir tak buka pun SEMPADAN, sekadar gimmik sahaja.....Takut Dunia marah dan salahkan dia....hakikatnya...., Memang tak buka , bahkan semakin sukar utk masuk dgn peraturan2 baru pulak,”kata Fauzi melalui hubungan Internet dengan Buletinonline jam 8.24 malam tadi,

Sehubungan itu, beliau meminta supaya sampaikan salam kepada seluruh rakyat Malaysia dan mohon dihebahkan pada ceramah Palestin yang di adakan di perkarangan Masjid Rusila, pada malam tadi. -BO

Kerusi Ahli Parlimen Batu Lucut ?


Persoalan bahawa mungkin kerusi Ahli Parlimen Batu yang disandangnya akan terlucut kerana beliau berhadapan dengan denda tidak kurang dari RM2,000, nyata tidak perlu disangkal lagi.

Hal ini kerana Hakim Datuk Ghazali Cha dalam penghakimannya semalam memutuskan bahawa keputusan itu dibuat untuk mengelakkan sebarang pilihan raya kecil diadakan.

" Klarifikasi ini dari hakim perbicaraan hakim mahkamah tinggi itu penting kerana hakim mahkamah tinggi mengatakan denda tersebut telah diberikan kerana tidak ingin satu pilihan raya kecil yang baru" ujar Pengerusi Jawatankuasa Perlembagaan, Majlis Peguam, Edmund Bon.

Ketidakpastian berhubung status Tian mendapat perhatian media setelah Mahkamah Tinggi memutuskan untuk mendenda beliau tidak kurang dari RM2,000 atas kesalahan menggigit seorang polis tiga tahun lalu.

Mahkamah Tinggi sebelum itu menolak rayuan Tian namun kemudiannya mengurangkan denda kepada RM2,000 dari RM3,000 atau dua bulan penjara.

Namun status kerusinya masih tidak jelas memandangkan beliau telah melangsaikan denda RM2,000 itu dan tidak memohon supaya hukuman ditangguhkan.

Menjelaskan kepada Tv Selangor, Edmond Bon berkata terdapat dua interpretasi berhubung Artikel 48, perlembagaan persekutuan - pertama ialah denda “RM2,000 atau lebih”, dan kedua ialah denda “RM2,000 atau kurang” yang akan mengakibatkan seseorang hilang kelayakan sebagai ahli parlimen.

" Ada dua interpretasi sama ada, kalau denda itu RM2,000 sama ada diskualifikasi tersebut terpakai. Jadi ada dua interpretasi sekarang. Secara logiknya perkataan yang digunakan bukan lebih dari RM2,000 tetapi perkataan yang digunakan tidak kurang dari RM2,000, secara logiknya kalau dendanya RM2,000, maknanya MP tersebut telah kehilangan kerusinya dan satu pilihan raya kecil boleh dipanggil" .

Pada 22 Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah kerana mengasari seorang anggota polis, tiga tahun lalu.

Mengikut Artikel 48, perlembagaan persekutuan, seseorang ahli parlimen hilang kerusinya apabila dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang setahun atau didenda tidak kurang RM2,000.

Semalam peguam Karpal Singh memaklumkan portal Malaysiakini bahawa Tian mungkin hilang kerusinya.

"Jika denda adalah RM2,000, dia akan hilang kerusinya jika beliau membayar denda itu" ujar Karpal.

Sementara itu menurut Edmund, Tian perlu membayar kurang dari RM2,000 bagi membolehkan beliau kekal sebagai Ahli Parlimen Batu.

" Kalau tidak ada pilihan raya kecil perlu didenda RM1,999.90. Kalau RM2,000 maknanya secara logiknya, MP tersebut telah kehilangan kerusi beliau" tambah beliau lagi.

Diuja dengan persoalan apakah keputusan yang dibuat oleh hakim adalah keputusan muktamad untuk menentukan kedudukan Tian, ini jawapan Edmond.

" Hakim mungkin mengambil interpretasi yang tidak tepatlah. Mungkin mengatakan (demikian) walaupun dia hendak denda dikurangkan supaya tidak diadakan apa-apa pilihan raya kecil tetapi terpulang kepada speaker dewan dan SPR untuk mengambil keputusan".
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .