Ikuti Blog ini

Maruah Tentera Perlu Dipulihkan, Panglima Bertanggungjawab

Brigadier Jenerel (B) Muhamad Arshad Raji (Pak Chat) telah menulis surat terbuka kepada Panglima Angkatan Tentera.

Pak Chat meluahkan kekecewaan beliau sepanjang beliau berkhidmat dalam tentera selama 33 tahun , tidak pernah beliau melihat maruah tentera digadaikan dalam kempen pilihraya di Bagan Pinang.

Pak Chat berkata tentera seharusnya bersikap neutral , taat kepada kerajaan yang memerintah bukan taat kepada parti.

Pak Chat mendakwa ada beberapa pegawai tentera telah memberi ucapan dalam kem yang terang-terang menyuruh anggota tentera mengundi BN.

Pak Chat berkata kempen keterlaluan BN dalam kem tentera telah menjadikan tentera hilang maruah dan menjadi bahan ketawa.

Pak Chat menyeru kepada pegawai tentera yang berkempen ini termasuk pangkat tertinggi supaya meletak jawatan sebagai anggota tentera dan menjadi ahli politik sepenuh masa.

Pak Chat juga berkata mereka yang ada bintang di bahu ( berpangkat Jeneral ) yang menjadi hamba ahli politik lebih baik campak saja bintang tersebut dalam tong sampah.

Surat terbuka Pak Chat di http://mindnoevil.blogspot.com/2009/10/open-letter-to-chi

KALAH MENANG BIASA, TETAPI BIAR BERMARUAH

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Petisyen PRK Bagan Pinang,

penyelewengan akan didedah




TEMERLOH,15 Okt: PAS dijangka akan membuat petisyen pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang bagi mendedahkan penyelewengan dan salah laku kempen termasuk termasuk pelanggaran Akta pilihan raya di sepanjang tempoh pilihan raya kecil itu diadakan.

Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ceramahnya di Kampung Paya Jauh, dekat sini, semalam telah membayangkan keperluan tindakan itu diambil bagi mendedahkan kepada rakyat tentang apa yang sebenarnya berlaku di Bagan Pinang.

"Memang kita menerima kekalahan di pilihan raya kecil Bagan Pinang. Menang atau kalah pilihan raya adalah perkara biasa. Kita tak ada masalah. Tetapi petisyen pilihan raya kena buat kerana kita dapati terlalu banyak penyelewengan dan tindakan menyalahi undang-undang yang berlaku,"katanya.

Tambah Tuan Ibrahim, beliau kesal dengan corak perjalanan pilihan raya di Bagan Pinang yang dianggap ganas dan kotor akibat daripada ugutan kepada pengundi dan juga rasuah.

"Selepas pilihan raya umum lalu kita lalui banyak pilihan raya kecil. Tetapi pilihan raya kecil Bagan Pinang adalah yang terkotor. Petugas kita diserang sehingga tercedera. Berlaku amalan rasuah yang kita ada bukti tetapi tidak diambil tindakan...kita turut mengesan berlaku pelanggaran akta pilihan raya dan sebagainya. Kita mahu perkara sedemikian tidak berlaku lagi. Sebab itu penting untuk kita adakan petisyen,"jelasnya.

RAMBUTNYA JAMBUL DIDEPAN


Wanita Umno hari ini menuntut enakmen Islam dikuatkuasakan dengan lebih tegas dan serius kerana banyak pelaksanaan sedia ada memberi kesan yang negatif pada wanita.
Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata, kesan negatif itu timbul apabila sesuatu hukuman yang dikeluarkan mahkamah syariah tidak berjaya dijalankan.
Umno nak tegakkan Hukum Islam...? tegakkan benda lain boleh le.

Selesaikan dulu masalah rasuah di dalam UMNO .
Selesaikan dulu masalah Rampasan Kuasa di Perak.
Selesaikan dulu masalah buta JAWI di kalangan anak-anak Melayu Islam.
dan yang paling penting untuk Ketua Wanita UMNO yang bercakap soal Islam, tudung tu bukan begitu cara memakainya....

Bercakap saja tak guna, selama ni apa yang UMNO buat untuk menegakkan Syariah Islam di Malaysia. Setakat buat Masjid, Forum Perdana, Al-Kuliah...
Tok -Tok Guru nak bagi penerangan yang jelas disekat daripada bercakap yang benar. Macam mana Masyarakat nak berubah kalau kepala otak hanya penuh dengan dakyah pembohong UMNO. Perampas itu Besar Dosanya, rasuah itu pun Besar Dosanya..kalau membunuh lagi-lagi Besar Dosanya.

TG Nik Aziz Bidas Khairy

http://www.tvselangor.com/pic/thumb/anwar%20perang.gif

KOTA BHARU, 15 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata Pemuda Umno tidak ada hak untuk menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu bukan berada dalam parti itu.

"Kalau Umno nak ikrar, ikrar gilah, Anwar Ibrahim bukan orang Umno.

"Kalau Umno kalah mesti naik orang lain. Kalau Pakatan Rakyat (PR) menang, dia nak buat apa,"katanya.

"Umno nak ganggu orang lain apa kerja? Dia betul orang dia sudahlah. Kat situ pun dah tak kena,"katanya lagi.

Sewaktu ditanya, adakah PAS boleh menerima Anwar sebagai Perdana Menteri, Tuan Guru memberitahu, perkara itu bukan terletak pada PAS sahaja.

"Bukan PAS seorang sahaja, tetapi Pakatan, apabila Pakatan setuju pada satu orang, mahu tak mahu kita terimalah,"tegasnya.

Tuan Guru berkata demikian selepas Majlis Sambutan Ulangtahun Ke 19 Pelancaran Kutipan Derma Akauan Amanah Kebajikan Darul Naim (Tabung Serambi Mekah), di Kelantan Trade Center (KTC), di sini sebentar tadi.

Semalam Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berikrar akan sedaya-upaya menghalang kemaraan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

"Mungkin Anwar telah berjaya dengan helahnya terhadap sebahagian generasi muda yang tidak pernah kenal siapa Anwar yang sebenar ? seorang chameleon politik, sesumpah yang berubah warna mengikut musim dan ketika melompat dari pohon ke pohon; makhluk pelbagai alam.

"Tetapi Umno dan Pemuda Umno ingat sejarah sebenar Anwar, dan kami akan memastikan Penglipurlara Lidah Bercabang Dua ini tidak akan sekali-kali sampai ke Putrajaya," kata Khairy dalam ucapan sulungnya dalam perhimpunan pergerakan pemuda semalam.

N-31 Bagan Pinang: Mangsa Dan Pemangsa - Topeng Perak

Dekat bawah ni aku paparkan gambar-gambar yang langsung tak keluar dalam mana-mana media perdana rpo UNO/Beer eNd... yang keluar cuma berita-berita palsu penyokong PAS ganas, penyokong PAS itu, penyokong PAS ini... tapi gambar tak de... jadi kita tengok apa sebenrnya yang berlaku.
Mamat ni adalah penyokong UMNO/Beer eNd yang nampak macam baru lepas kene belasah... memang dia ni kena belasah dalam kejadian malam sebelumnya... geng-geng dia ni lah yang serang petugas PAS dekat TDM Teluk Kemang... masa kejadian tu, petugas PAS memang jauh lagi ramai dari penyokong UMNO/Beer eNd... jadi korang paham-paham la...

Masa aku rakam gambar ni, mamat ni tengah bertekak dengan unit pertahanan awam sebab tak puas hati bila polis tahan dia sebab buat hal... apa yang aku dengar, mamat ni datang nak balas dendam sebab kes dia kena belasah malam sebelumnya.

Untuk pengetahuan korang jugak... malam sebelumnya diberitakan bahawa sorang anggota polis berpakaian preman telah dibelasah oleh penyokong PAS dalam semua media perdana, tapi apa yang korang tak tau realitinya ialah, anggota polis tersebut telah dibelasah oleh penyokong UMNO/Beer eNd berbaju biru gelap dan berlilit reben merah dilengan sebab disangka sebagai penyokong PAS.

Ada media perdana lapor berita ni..? jangan harap la...!!!
Pakcik ni adalah seorang penyokong PAS dan juga mangsa dalam kejadian baling-baling apa yang ada disekeliling anda di UPU Teluk Kemang. kepala pakcik ni berlubang lepas kena sebijik batu yang dibaling oleh penyokong UMNO/Beer eNd.
Pakcik ni pun dapat kecederaan yang sama dan ditangan pakcik ni ialah batu yang dibaling oleh penyokong UMNO/Beer eNd, tapi dilokasi berlainan... yang ni mangsa dalam kejadian di UPU Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan... ada media perdana lapor berita ni..? blah laaa...!!!

Penyokong UMNO/Beer eNd kena tepuk kecoh 1 dunia, bila kena penyokong PAS - tiada wakil media perdana dilokasi untuk mengesahkan kejadian... dasar Yahudi...
2 turutan gambar yang sempat aku rakam dalam kejadian dimana penyokong UMNO/Beer eNd... lebih kurang 15 orang penyokong UMNO/Beer eNd berganding bahu membelasah seorang (1 orang) penyokong PAS yang dalam perjalanan pulang dari pusat pengundian...
2 orang penyokong UMNO/Beer eNd ditahan polis dalam kejadian diatas... ramai-ramai kau berani la jang...

Fakta - kalau penyokong PAS ganas, kenapa tiada tangkapan dibuat..? selalunya polis cukup cekap dalam mengesan penyokong-penyokong PAS yang extreme... lain kali pukul la lagi polis ramai-ramai..!
Kehebatan penyokong-penyokong UMNO/Beer eNd dalam memprovokasi penyokong PAS sebab tak puas hati bila polis cuma tangkap penyokong UMNO/Beer eNd yang membelasah penyokong PAS tapi tidak menahan penyokong PAS yang dibelasah...

Oi bangang..! kau pakai undang-undang apa..? kalau macam tu best sangat la... aku pegi bunuh orang, lepas tu polis tangkap aku dengan orang yang aku bunuh. amacam..? banyak sangat minum Beer ke..?

Perhatikan tangan-tangan yang mencarut-carut diangkasa raya... hebat penyokong Beer eNd ni... hebat mengalahkan Yahudi...
Tu... mamat yang ikat kepala ngan kain merah tu apahal..? aku tengok macam lembu gila nak mengawan je... apa masalah ngko ni..? banyak bil air tertunggak ke..?
Yang ni salah sorang dari penyokong UMNO/Beer eNd yang ditahan dalam kejadian baling batu sembunyi tangan di UPU Teluk Kemang...
Yang ni pun penyokong UMNO/Beer eNd jugak... juga ditahan di UPU Teluk Kemang... kepala mamat ni berdarah bukan sebab kena baling dengan batu, tapi sebab kene lanyak dekat 7 orang polis sebab melawan masa nak kena tahan... rasokan kau jang..! lain kali pukul la lagi polis..!
Mamat ni pun penyokong UNO/Beer eNd... tapi dia ni bukan cedera kena belasah atau baling... brader ni ada masalah kesihatan... jadi kita bawak dia ke hospitak untuk rawatan... yang ni bukan mangsa keganasan dan bukan juga pengganas...

Aku tunggu gambar-gambar mangsa keganasan penyokong PAS dari blogger UMNO/Beer eNd yang turun padang dan ada masa kejadian pulak... setakat cerita tanpa gambar bukti, simpan je la dalam kain sarung korang... gua tak layan..!

Katak sudah bebas...bolehlah join umno


Akhirnya seperti yang ramalkan oleh ramai pemerhati politik, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri telah menutup siasatan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri Lunas (ADUN), Mohammad Radzhi Salleh berhubung dakwaan beliau membuat tuntutan tidak munasabah ketika memegang jawatan Exco kerajaan negeri.

Razhi yang telah mengisytihar diri keluar PKR dipercayai telah diperalatkan oleh BN dengan menggunakan SPRM untuk memberi tekanan terhadapnya supaya meninggalkan PKR dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil bebas sebelum nama beliau "dibersihkan" oleh SPRM untuk melompat terus sebagai ahli UMNO.

Namun, dakwaan bahawa Umno mendapat talian hayat baru dengan pengisytiharan tersebut adalah meleset sama sekali apabila satu persatu pekong Radzhi mula didedahkan oleh mereka yang mengenali diri beliau khususnya dalam media internet.

"Saya tak fikir, dengan menggunakan Adun yang bermasalah ini, Umno BN boleh mendapat undi. Calon mereka sendiri (Rohaizat) pun bermasalah, itu memperbodoh pengundi namanya. Tapi ianya tidak pelik, sebab pada saya Umno memang tengah desprate (terdesak) sekarang," ujar Lateefa Koya, Ketua Penerangan PKR.

Mohd Radzhi dikatakan mempunyai beberapa rekod buruk sebelum menjadi Adun lagi termasuk semasa dia bertugas di Pejabat Pos Universiti Utara Malaysia (UUM).

Dia juga dikatakan mengalami masalah rumahtangga serius.

Sepanjang bergelar wakil rakyat pula, dia dikatakan jarang berada dikawasan dan sering mengabaikan masyarakat di kawasannya.

Prestasinya yang lemah semasa menjawat jawatan dalam kerajaan negeri itu juga turut diadu masyarakat setempat sehingga beberapa amaran diberikan kerajaan negeri kepadanya agar meningkatkan prestasi kerja.

Hairannya, dalam keadaan gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat dan juga exco, beliau masih mengemukakan tuntutan perbelanjaan melampau kepada kerajaan negeri sehingga membawa dirinya disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM, namun kini SPRM mengambil sikap membersihkan nama beliau kerana ada perancangan lain di belakang tindakan SPRM itu.

Sebenarnya, jawatan Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia yang disandangnya juga didakwa digunakan lebih kepada dirinya sendiri berbanding untuk berkhidmat kepada rakyat.

Semasa menjawat jawatan itu, dia didakwa telah membeli harta, memiliki kilang dan kedai makan.

Ramai yang berpendapat, beberapa masalah termasuk masalah disiplin dengan kerajaan pakatan Kedah, masalah perkahwinannya di Thailand dan masalah berdepan siasatan SPRM berhubung tuntutan melampau telah menyebabkan dirinya dalam keadaan tersepit.

Ruang tersebut telah digunakan Umno bagi "memanfaatkan" Adun Lunas ini sebagaimana yang dilakukan terhadap dua Adun PKR di Perak sebelum ini.

Tindakannya meletakkan sebab 'tidak percaya kepada pucuk pimpinan parti' untuk keluar PKR dilihat sebagai alasan semata-mata.

"Yang saya hairan kenapa SPRM yang sebelum ini kata akan siasat kes itu tetapi tiba-tiba kata tiada kes lepas dia (Radzhi) umum keluar PKR, semacam ada perundingan dan tawaran tertentu bagi menutup kes ini pula," ujar Lateefa.

Seperti yang didedahkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media malam tadi, bahawa pihaknya telah lama mengesan wujud cubaan menggunakan Radzhi untuk menarik beberapa lagi Adun pakatan lain supaya menyertai BN tetapi gagal.

Beberapa bulan lalu katanya, dia mendapat aduan dari beberpa orang Adun mengatakan dipujuk oleh Radzhi supaya berpindah kepada Umno dan akan dibayar dengan jumlah yang tinggi.

Dengan rekod yang dimiliki Radzhi, ternyata Umno tidak mudah menggunakan bekas Adun PKR itu sebagai peluru kempen memburukkan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat khasnya PKR gambira dengan tindakan bekas Adun mereka itu dari terus menjadi duri dalam dagung dan memburukkan imej parti dengan sikap dan rekod yang dimilikinya.

Sivakumar panggil sidang, Adun PR akan hadir


IPOH, 15 Okt: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Perak hari ini mengesahkan akan menghadiri sidang DUN yang dijadual 28 Oktober ini.

Bagaimanapun ia bukan atas panggilan Speaker BN, R.Ganesan tetapi berdasarkan notis panggilan dari Speaker Pakatan Rakyat, V.Sivakumar yang diterima mereka hari ini.

Sivakumar dalam satu kenyataan media bertarikh 14 Oktober memberitahu, hanya 49 Adun termasuk dari BN dihantar notis panggilan tersebut.

Manakala Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Ahli Exconya, Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Dr Mah Hang Soon telah digantung sebelum ini.

ImagePersidangan kali ini adalah yang Ketiga untuk Penggal Kedua, Dewan Negeri yang ke 12 yang kan diadakan di Dewan Negeri Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam sidang media siang tadi turut mengesahkan kehadiran Adun PR ke persidangan itu nanti.

Kehadiran tersebut katanya adalah berdasarkan panggilan Sivakumar bukannya Ganesan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit gantang juga sekali lagi menegaskan, PR hanya mengiktiraf Sivakumar sebagai speaker yang sah dan menolak Ganesan.

Sehubungan itu mereka turut mendesak Ganesan supaya tidak menganggu persidangan yang akan berlangsung kelak.

Kemelut negeri perak bagaimanapun dilihat makin rumit apabila Ganesan turut mengeluarkan notis panggilan ke sidang Dun untuk tarikh yang sama.

ImageAdun PR sebelum ini memutuskan untuk tidak hadir sidang Dun yang dipanggil Ganesan kerana menganggap beliau speaker tidak sah dan panggilan oleh Ganesan juga adalah tidak sah.

Namun dengan notis panggilan Sivarkumar yang baru diterima, kesemua mereka akan menghadirinya.

Ini bermakna persidangan pada tarikh tersebut akan dikendalikan oleh dua speaker berbeza seperti yang pernah berlaku pada 7 Mei lalu.

Mohammad Nizar ketika mengulas perkara itu memberitahu, PR tiada sebarang niat untuk melakukan huru hara.

Ditanya sama ada insiden persidangan Dun 7 Mei lalu akan berulang, Nizar hanya menjawab "tunggu dan lihat sahaja pada hari itu".

Hadir sama pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Perak siang tadi, ADUN Pantai Remis, Nga Kor Meng, ADUN Titi Serong Drs. Khalil Idham Lim dan ADUN Lubuk Merbau, Haji Zainuddin.

BAGAN PINANG: Kenyataan Media Presiden PAS


Photobucket

Keputusan Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang telah sama-sama kita ketahui, di mana Barisan Nasisonal (BN) telah mengekalkan kemenangan yang telah diperolehi oleh mereka menerusi Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu.

Serentak dengan itu, pelbagai pihak telah memberikan analisa, ulasan, komen dan cadangan masing-masing terhadap keputusan pilihanraya kecil tersebut.

Apa yang pasti ialah Parti Islam SeMalaysia (PAS) akan melakukan post-mortem bagi meneliti pelbagai aspek 'politik tempatan dan nasional' untuk menentukan punca sebenar kegagalan PAS memenangi kerusi DUN Bagan Pinang dari tangan BN.

Kepimpinan parti tentunya akan mengambil langkah strategik yang bersesuaian tanpa mengorbankan prinsip perjuangan parti dalam melaksanakan penambahbaikan.

Sementara itu saya meminta semua ahli di pelbagai peringkat dalam PAS supaya tidak menuding jari dan menyalahkan sesiapa sebelum punca sebenar ini dapat dikenalpasti.

Dalam suasana keriuhan kegagalan kita memenangi kerusi DUN Bagan Pinang ini, semua ahli PAS diminta bertenang dan tidak keliru dengan status-quo kemenangan BN yang dirayakan oleh mereka.

PAS menyedari bahawa semua pihak menaruh harapan yang tinggi untuk mengambil kerusi DUN Bagan Pinang dari milikan BN.

Hakikatnya ialah kita menyertai pilihanraya ini dengan penuh maklumat bahawa ianya merupakan satu tugas yang mencabar dan penuh dengan insiden provokasi oleh pihak lawan.

Walauapapun, PAS ingin menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pengundi yang masih memilih PAS, para petugas parti yang datang dari segenap pelusuk tanahair dan berkampung di DUN Bagan Pinang, orang perseorangan dari pelbagai rumpun bangsa yang datang memberikan tenaga dan sokongan serta semua pihak yang telah berusaha bersama-sama dengan jentera parti dalam berhadapan dengan pilihanraya kecil ini.

Presiden PAS


Tuan Guru Presiden sedang berada di Syria dan beliau menghubungi Dr Ahmad Samsuri selaku Setiausaha Politik Presiden PAS untuk kenyataan media ini

Umno masih memilih pemimpin yang terlibat dengan masalah moral – TGNA

MCA buang pemimpin yang tidak bermoral tetapi Umno masih memilih pemimpin yang terlibat dengan masalah moral (rasuah),"

MCA buang pemimpin yang tidak bermoral tetapi Umno masih memilih pemimpin yang terlibat dengan masalah moral (rasuah),"Cara MCA berpolitik lebih pandai berbanding dengan Umno, dengan menolak Presiden dan Timbalan Presdiennya kerana terlibat dengan rasuah dan skandal dengan wanita - tgna

MCA lebih pandai menilai kualiti pemimpin berbanding Umno

Umno disaran mempelajari cara berpolitik dari MCA, iaitu menolak pemimpin yang tidak mempunyai moral dan terlibat dengan pelbagai skandal.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, selama ini orang cina lebih pandai berpolitik berbanding dengan cara politik orang melayu Umno.

“Cara MCA berpolitik lebih pandai berbanding dengan Umno, dengan menolak Presiden dan Timbalan Presdiennya kerana terlibat dengan rasuah dan skandal dengan wanita.

“Saya puji MCA, cara mereka menyelesaikan masalah dengan mengadakan mesyuarat jawatankuasa dan tidak mengunakan kekerasan,” katanya.

“MCA buang pemimpin yang tidak bermoral tetapi Umno masih memilih pemimpin yang terlibat dengan masalah moral (rasuah),” katanya lagi.

Ujarnya, keadaan ini sangat memalukan lebih lebih lagi sebagai parti orang Melayu dan mengaku beragama Islam, Umno sepatutnya lebih memahami nilai-nilai murni agama berbanding MCA.

MCA ujarnya walaupun sebuah parti kaum Cina, faham dan tahu membuat penilaian untuk kepntingan parti mereka.

“Umno yang mengaku bahawa Isa Samad terlibat dengan rasuah tetapi Umno masih pilih lagi dia sebagai calon dan menang dengan majoriti yang banyak, jadi di mana duduknya moral politik Umno?,” soalnya.

Tuan Guru menambah, selepas krisis dalam MCA selesai, mereka akan berasa jijik untuk bersama dengan Umno, kerana Umno bersama dengan parti yang menerima bulat-bulat pemimpin yang tidak bermoral.

“Mana boleh orang bersih duduk sekali dengan orang yang kotor. Kalau sayalah, bersih nak duduk sekali dengan orang, busuk mana boleh. Kalau MCA ada moral dia tak boleh berkawan dengan Umno Umno yang tak bermoral,” tegasnya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui oleh wartawan di Bilikan Gerakan Negeri, Kota Darul Naim, semalam.Harakah

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .