Ikuti Blog ini

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Rutin Pagi Jumaat





Setiap pagi Jumaat tuan guru akan mengimami solat subuh, setelah berzikir dan tazkirah ringkas, tuan guru akan "Belah mulut" dan "potong jambul" bagi bayi. Kebanyakkan mereka datang daripada luar negeri Kelantan untuk mengambil" berkat" Tok Guru

SIVA pulak saman GENESAN...




Sivakumar fail saman terhadap Ganesan

IPOH: V Sivakumar memfailkan notis injuksi di Mahkamah Tinggi di sini pagi ini terhadap Datuk R Ganesan supaya tidak menganggu dan menghalangnya daripada menjalankan tugas sebagai Speaker DUN Perak.

perintah injuksi itu difailkan oleh dua peguam Sivakumar, Leong Theok Keng dan Chan Kok Keong di pejabat pendaftar mahkamah jam 11.45 pagi tadi.

Dalam notis injuksi itu, Sivakumar meminta agar Ganesan yang dipilih wakil rakyat Barisan Nasional (BN) sebagai Speaker pada sidang 7 Mei lalu atau ejennya tidak boleh menghalangnya menjalankan tugas Speaker yang sah. Beliau juga menfailkan tuntutan atas kecederaan yang dialami serta dikurung pada sesi sidang berkenaan.

Tekanan umum semakin memuncak supaya Sultan Azlan membubarkan DUN Perak

Apa yang Najib tidak sedar kesilapan yang dilakukannya ialah, dengan mengatakan hanya Sultan yang berkuasa membubarkan Dewan, beliau sebenarnya sudah mengaku bahawa penyelesaian krisis Perak ialah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri. Cuma dalam premis pemikiran politiknya ialah, biarlah rakyat salahkan Sultan kerana tidak mahu menyelesaikan krisis ini.

Sultan Perak merupakan harapan terakhir rakyat untuk mengembalikan kestabilan politik di Perak kerana pihaknya telah hilang harapan bahawa BN akan mengadakan pilihanraya baru.

Sultan Perak merupakan harapan terakhir rakyat untuk mengembalikan kestabilan politik di Perak kerana pihaknya telah hilang harapan bahawa BN akan mengadakan pilihanraya baru.


Kini terserah pada Sultan…



Tekanan umum semakin memuncak supaya Sultan Perak, Sultan Azlan Shah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan mengadakan pilihanraya baru untuk menyelesaikan kemelut politik di negeri itu, yang sudah berlarutan selama tiga bulan.


Dua hari lalu, gabungan 50 NGO di Perak telah membuat rayuan terbuka kepada baginda supaya menggunakan kuasa perlembagaan baginda untuk membubarkan DUN bagi mendapatkan mandat baru dari rakyat untuk menentukan kerajaan negeri pilihan mereka.


Gabungan NGO tersebut – yang menegaskan bahawa mereka tidak menyokong BN ataupun Pakatan Rakyat – berkata apa yang penting ialah kebajikan rakyat Perak.


Menurut gabungan tersebut, mereka mahu menyuburkan semula demokrasi sebenar di negeri Perak.


Malam tadi, Muslimat PAS Perak juga membuat rayuan yang sama kepada baginda sultan supaya campurtangan bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.


Ketuanya, Bariah Alang Sapri memberitahu Malaysiakini, ia kerana baginda bukan sahaja bijaksana tetapi juga merupakan bekas ketua hakim negara yang pernah membuat penghakiman dalam kes-kes terpenting.


Dengan itu, katanya, rakyat boleh kembali meneruskan kehidupan mereka dan bukannya terus berdepan dengan ketegangan dan kemelut politik yang telah berlarutan sejak Februari lalu.


Bariah juga menuduh BN menyalahgunakan kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman untuk mencapai matlamat politiknya untuk kekal mentadbir Perak.


Katanya, Sultan Perak merupakan harapan terakhir rakyat untuk mengembalikan kestabilan politik di Perak kerana pihaknya telah hilang harapan bahawa BN akan mengadakan pilihanraya baru.

Nizar Seorang Gentleman



Sebaik sahaja Mahkamah Tinggi Kuala Kumpur mengumumkan DS Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah pada 11 Mei 2009, inilah kata-kata beliau;

'Saya akan segera menghadap Sultan dan memaklumkan keputusan mahkamah dan mencadangkan DUN Perak dibubarkan bagi membolehkan pilihanraya diadakan'

Beliau terbukti seorang 'gentleman'. Inilah janji yang diberikan oleh Pakatan Rakyat. Pakatan rakyat mahu kuasa dikembalikan kepada rakyat. Kata telah dikotakan oleh DS Nizar.

Beliau telah menunjukkan sikap jujur dan berani dalam menghadapi pilihanraya. Beliau berpegang kepada prinsip-prinsip perjuangannya. Beliau percaya kepada kuasa rakyat dan sistem demokrasi yang tulen.

Ini jelas membuktikan bahawa beliau tidak gilakan kuasa. Itulah sebabnya rakyat Perak semakin menyayangi dan menghormati beliau. Beliau mempunyai semua ciri murni untuk menjadi seorang pemimpin yang paling berkarismatik di negara ini.

Nizar akan hilang kepercayaan majoriti DUN !

Image
Muktahir ini memberi gambaran jelas akan berlaku PILIHANRAYA di negeri Perak. Sumber yang diperolehi dalam Umno sendiri mengesahkan bahawa perkara itu akan berlaku. Sumber yang bukan calang-calang anak. Sandaran sumber yang dimaksudkan bukan sandaran lunak yang sering didengar di warung kopi. Tidak ! Ini sumber yang dikira sahih. Malah sumber yang diperolehi ini juga telah disahkan oleh orang yang paling berpengaruh dalam mengemudi jentera pilihanraya Negeri. Tak perlu sebut nama. Cukup sebut itu dulu..!

Itu sumber sahih. Dan di posting ini pula menjelaskan spekulasi dan gambaran bagaimana ia akan berlaku. Observation ini adalah bersifat peribadi.

Katakanlah keputusan Mahkamah Rayuan yang difailkan oleh Nizar pada Rabu lalu, di mahkamah Rayuan isnin ini memberi keputusan(judgement) bahawa NIZAR adalah Menteri Besar yang SAH. Maka Zambry Ghandi terpaksa memberi laluan untuk beliau masuk semula ke pejabatnya di SUK Negeri. Ini bermakna Zambry Ghandi secara otomatik menjadi 'qoran lama' @ MB yang tidak SAH (baca kedeta).

Apabila ini berlaku sudah tentu Speaker baru (Ganesan) akan memanggil Sidang DUN untuk membuat Undi Tidak Percaya kepada Nizar. Maaf, wak letakkan Ganesan sebagai Speaker dan tidak Sivakumar kerana untuk elak gaduh-gaduh. Biarkan..biarkan...biarkan..!! Sivakumar perlu tahu percaturan ini..lagipun Siva bukanlah anak yang degil sangat !(kata ibu beliau)

Maka Sidang DUN akan berlangsung dengan kadar yang sangat serta-merta sama macam kes Rayuan Zambry Ghandi sesegera kilat minggu lalu. Biarkan...biarkan...biarkan...!! Dengan kelebihan majoriti didalam dewan DUN, BN akan melompat gembira kerana undi tidak percaya sudah tentu memihak kepada m ereka. BN28+Bebas(sokong BN)3=BN31 manakala Pakatan Rakyat -PR28 kerusi. Apabila berlaku undian, maka kalah lah..dan Nizar akan ditabalkan sebagai MB Perak yang tidak lagi mendapat undi percaya dari ahli Dewan. Di sini apa yang dikehendaki oleh si tua Madey itu telah dipenuhi. Biarkan si tua Madey tersenyum disitu. Berikan haknya untuk senyum. Undi Tidak Percaya telah dilaksanakan. Nizar kalah dan ditolak oleh majoriti dewan penuh bergaya. Biarkan....biarkan...biarkan..!!

Apabila drama Undi Tidak Percaya itu telah dilaksanakan, secara otomatik negeri Perak tidak lagi mempunyai MENTERI BESAR. Nizar telah di tolak ahli Dewan. Zambry Ghandi telah diputuskan bukan menteri Besar yang sah. So..lagi mau tanya ? Cerita belum habis..ada lagi kat bawah. Terus baca..jangan baca separuh-separuh, kelak cepat nyanyuk..macam si tua itu. Biarkan...biarkan...biarkan..!!

Apabila Negeri Perak tidak mempunyai Menteri Besar, maka secara otomatisnya Datuk SS akan mengambil alih kerajaan(govt.taker) dan usul berkaitan Lantikan MB yang baru kena dibuat. Nak buat macamana ? Kena adakan Pilihanraya..lah ! Andai Sultan Perak menolak usul Pilihanraya Negeri untuk mencari mandat baru pemerintahan, wak rasa Penasihat Sultan sedia maklum apa yang akan berlaku. Tak kan Sultan Perak nak ambil juga Zambry Ghandi yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan itu tidak SAH menjadi MB ! Itu bakal mengundang parah dan sengketa.

Maka, jalan yang jelas dan boleh memberikan kestabilan politik Perak ialah dengan Pilihanraya. Najib pun sudah mendapat semangat baru, beliau tidak lagi gerun untuk menghadapi Pilihanraya di negeri Perak. Yang memperolehi majoriti akan memerintah Perak dan disitulah MB Perak yang baru akan ditabalkan.

Yang pasti..sms daripada orang ini memang benar, jentera harus digerak mulai sekarang...gambaran jelas kearah itu makin hampir untuk berpilihanraya. Soal siapa menang dan siapa yang akan kalah, si tua sudah pun selesai bernujum. Pastikan kesihatan jantung si tua dalam kondisi yang baik, takut terkejut nanti dan...!!




MAHATHIR PUN SAMA-SAMA TAKUT MACAM NAJIB





Ku sangkakan Mahathir seorang yang berani dan anak jantan. Rupa-rupanya bekas Perdana Menteri kita ini yang dikatakan menjadi mentor kepada Perdana Menteri sama sahaja pengecut seperti anak didiknya itu.

Di saat parti-parti komponen BN seperti Gerakan dan SUHAKAM menggesa supaya DUN Perak dibubarkan, tiba-tiba Mahathir tanpa rasa malu dan segan mencadangkan supaya BN tidak membubarkan DUN Perak kerana katanya Pakatan Rakyat (PR) akan menang jika pilihanraya negeri diadakan.

Jadi alasan beliau supaya DUN tidak dibubarkan ialah takut PR menang dan alasan kedua ialah supaya duit rakyat tidak dibazirkan. Jelas sekali pemikiran Mahathir sama taraf dengan pemikiran Ketua Umno Cawangan dan Pengerusi JKKP kampung. Itu sebab kita selalu sedar bahawa sesiapa sahaja yang duduk dalam Umno pemikirannya tidak akan berkembang dan otak mereka menjadi beku.

Mengapa begitu sekali takutnya Mahathir kepada PR. Apa salahnya PR memerintah jika pemerintahannya disenangi oleh rakyat, tiada kacau bilau dan rakyat gembira dengan program kebajikan PR.

Mana lebih rugi antara perbelanjaan untuk mengadakan pilihanraya kecil jika dibandingkan dengan duit rakyat yang tiris kerana rasuah, penyelewengan dan penipuan yang berlaku di bawah pemerintahan BN.

Mana lebih rugi antara perbelanjaan untuk pilihanraya dengan harga diri dan maruah negara yang tercalar akibat dari peristiwa menheret speaker, 2 MB, 2 Speaker, 2 Sidang DUN dan sebagainya.

Negara luar dan pelabur sudah kurang yakin dengan sistem demokrasi kita. Siapa yang hendak membayar kerugian ini?????


Peliknya sekarang ini, MB dipilih oleh Hakim Mahkamah .. ini benda pelik – TGNA



Rakyat hakim krisis Perak- Tok Guru Nik Aziz



Kedegilan kerajaan BN Sesuatu yang memalukan… Berilah pada rakyat menjadi hakim untuk memilih pemimpin…


Semua MB dipilih oleh rakyat bukan dipilih oleh Hakim Mahkamah… peliknya sekarang ini, MB di pilih oleh Hakim Mahkamah .. ini benda pelik… benda yang tak sepatutnya berlaku…. Mengaibkan rakyat dan mengaibkan demokrasi….


Saya sendiri menjadi MB ,dan begiu juga MB negeri-negeri lain dipilih oleh rakyat bukannya dipilih oleh hakim Mahkamah…


..TGNA



Jika Gagal Najib Bakal Hadapi Undi Tidak Percaya



Majoriti rakyat telah pun menyatakan suaranya bahawa : Pilihanraya adalah PERLU dilaksanakan di Perak untuk menamatkan kemelut politik Perak.

Samada ianya diterima atau tidak oleh Najib dan pihak istana adalah satu hal yang tidak perlu dijadikan persoalan kerana kemelut ini didatangkan dan dimulakan oleh Najib sendiri.

Hari ini Pakatan Rakyat bersatu hati menyatakan bahawa mandat seharusnya dikembalikan kepada rakyat negeri Perak untuk menentukan kerajaan yang sah, bukan dengan cara yang lain.


Sebelum ini pun telah timbul desakan supaya dewan undangan negeri dibubarkan termasuklah dari anggota kerabat BN sednri seperti dari Gerakan dan MCA juga ahli Parlimen Gua Musang.

Sebelum ini 43 Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mewakili pelbagai bangsa menyerahkan satu memorandum kepada Sultan Perak memohon perkenan baginda membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Memorandum yang berupa petition rakyat Perak memohon perkenan Sultan untuk diadakan pilihanraya bagi memberikan rakyat mandat untuk memilih kerajaan negeri yang mereka mahukan.

Jurucakap kumpulan NGO berkenaan Mohd Nazri Sahat berkata pihaknya bebas daripada pengaruh mana-mana parti politik tetapi perihatin kepada kemelut politik yang berlarutan di Perak.

Justeru itu, apakah yang menjadi masalah kepada Najib untuk menolak opsyen ini? Pihak istana enggan? Tidak mungkin kerana Najib juga yang merafak sembah membawa sekalian ADUN-ADUN BN termasuk 3 yang melompat mengadap dan mendesak Sultan sewaktu rampasan kuasa itu.

Kuasa siapakah yang menentukan kerajaan sesebuah negeri? Rakyat atau istana?

Oleh itu, apakah Najib mampu untuk menanggung risiko diberikan undi tidak percaya nanti sebagai perdana menteri yang lemah - lebih lemah dari Tun Abdullah - yang sebelum ini menjadi sasaran rakyat sehingga berlaku peralihan kuasa kepada Najib sebelum tempoh penggal pemerintahan Tun Abdullah berakhir?

Apakah Najib mahu peralihan kuasa beliau kepada timbalannya dipercepatkan sebelum beliau tamat mengemudi negara walau sepenggal? Fikir-fikirkanlah Najib.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .