Ikuti Blog ini

Petronas Cuai Agih Royalti - Ku Li





Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan Petronas cuai dalam pembahagian royalti minyak seperti yang dituntut Kerajaan Kelantan kerana perjanjian tersebut dibuat antara Kerajaan Negeri dengan Petronas sebelum ini.

Beliau berkata, selain perjanjian dengan Kerajaan Negeri, Petronas turut membuat perjanjian pembahagian royalti tersebut dengan Kerajaan Persekutuan.

“Jadi kewajipan Petronas untuk membuat bayaran ini apabila ia mendapat hasil daripada penjualan minyak daripada kawasan yang berhampiran dengan negeri-negeri yang berkenaan. Yang penting tanggungjawab perlu dipikul dengan baik,” katanya, semalam.

Ku Li berkata, perjanjian itu sepatutnya dipatuhi kerana ia merupakan hak rakyat di negeri ini yang hidup dalam keadaan yang mundur tidak seperti di negeri-negeri lain.

“Dengan adanya duit daripada Petronas ini, ia boleh membantu meningkatkan pendapatan dan kemajuan di negeri ini. Saya cukup simpati dengan rakyat Kelantan. Saya juga berharap duit ini tidak digunakan untuk kepentingan politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa yang kononnya Kerajaan Pusat belum menjelaskan tunggakan royalti sebanyak RM1 bilion hasil jualan minyak di perairan Kelantan.

Isu tuntutan royalti minyak itu juga turut menjadi isu utama kepada Pas sewaktu kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan negeri Manek Urai lalu.

Menurut Ku Li, beliau baru sahaja memberikan balasan terhadap surat yang dihantar oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disampaikan Husam minggu lalu.

“Dalam jawapan saya, saya telah dengan ikhlas menerangkan, apakah sebenarnya di dalam perjanjian yang kita buat di antara Petronas dengan kerajaan negeri. Ketika itu saya menjadi Pengerusi Petronas.

“Saya juga menerangkan latar belakang yang menyebabkan kita mengadakan perjanjian dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri di Semenanjung ini,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri tidak perlu bertindak di luar batasan kerana ia telah termaktub hak rakyat di negeri ini.

“Tak payah nak lawan. Ia memang hak negeri ini. Petronas pun tahu di mana mereka membuat cari gali. Tak perlu ke pelantar, tak perlu nak ukur sebab Petronas dah tahu mengikut perjanjian,” katanya.

XPDC Royalty Minyak

Lepas maghrib dari jauh dah kelihatan cahaya kemerah-merahan di tengah laut... kejap terang kejap malap... bila tengok cahaya tu, aku dah tau... itu memang cahaya dari flair pelantar minyak... teringat masa aku kerja di Kemaman dulu.

Cahaya macam ni memang biasa aku tengok kalau nak ke Kerteh. memang aku biasa sangat dengan cahaya ni... 2002-2007 aku di Kemaman. bekerja dalam Pelabuhan Kemaman atau lebih dikenali sebagai Kemaman Supply Base (KSB). kalau di KSB pun boleh tengok api dari flair di Terminal Gas bersebelahan KSB.

Kalau duduk dekat dengan area flair tu, boleh dengar bunyi dengung api yang keluar dari corong pelepasan. kalau berani, kalau di Kerteh, korang lalu di GPP1, akan nampak api marak yag keluar dari valve yang dibina serendah-rendahnya... pergi la dekat-dekat kalau nak jadi sate..!

Valve ni dibina untuk menstabilkan tekanan gas dalam paip yang menyalurkan gas ke kawasan pemprosesan kalau tak silap aku... lebihan tekanan boleh mengakibatkan kebocoran dan ini akan membahayakan pusat operasi dan kawasan sekitar. jadi untuk mengelakkan tekanan yang tinggi dan bahaya, lebihan gas akan dibakar untuk menstabilkan tekanan didalam paip.

Kalau aku salah, betulkan aku...
Jangan lupa pada-Nya walau dimana kita berada...
Selepas 12 jam menempuhi perjalanan, akhirnya kami tiba juga di tempat yag dituju... dan inilah yang kami jumpa... terbukti ianya benar... cuma 153 kilometer dari jeti Pengkalan Kubor... ini yang kami jumpa...
Api inilah yang dapat kita lihat dari jauh... ini bukan Pelantar Telaga Buta, tapi ini ialah Pelantar Telaga Gas..! Kerajaan Kelantan telah ditipu oleh KERAjaan Pusat, Mustapha Mohammad telah menipu rakyat negerinya sendiri..!

Kita akan pastikan rakyat Kelantan mendapat kembali haknya yang telah dinafikan selama hampir 5 tahun..!

KERAjaan Pusat pimpinan UMNgOk/Barisan Nasiyonal WAJIB membayar jumlah royalty yang telah dituntut oleh Kerajaan Kelantan..! jangan terus-terusan merompak hasil kekayaan negeri Kelantan..!
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .