ADUN Jelapang yang juga bekas Timbalan Spekaer DUN Perak yang melompat dari PKR menjadi wakil rakyat Bebas Hee Hee Yit Foong muncul di pusat khidmatnya petang samalam untuk menemui pengadu-pengadu berhubung masalah saliran.Beliau tiba dengan suaminya dengan sebuah kereta Mercedes Benz dengan nombor pendaftaran Kuala Lumpur.
Akhbar MSTAR melaporkan pembantu khasnya yang baru dilantik, Sharifuddin Mohd Aminuddin berkata, Hee bagaimanapun terpaksa meninggalkan pusat berkenaan dengan segera 45 minit kemudian selepas sekumpulan orang awam datang menggangunya dengan kata-kata kesat.
Telah timbul tanda tanya dikalangan beberapa penduduk tempatan yang melihat kereta berkenaan yang diletakkan di hadapan pusat khidmat berkenaan.
Beberapa orang yang lalu di kawasan itu kemudiannya melihat kedalam pusat khidmat berkenaan melalui tingkap dan mengetahu bahawa Hee berada di dalamnya.
"Kemudiannya kira-kira sepuluh orang penduduk tempatan yang berada di kedai kopi bertentangan dengan pusat khidmat berkenaan mula melemparkan kata-kata kesat terhadapnya.
"Saya menasihatkan beliau supaya meninggalkan tempat itu dengan segera," katanya.
Katanya kumpulan berkenaan memanggil-manggil nama Hee dan kata-kata tidak baik seperti 'pengkhianat yang memusnahkan Pakatan,' dan 'wanita tidak mengenang budi.
Walaupun pembantu khasnya mengetahui status kereta Mercedes yang digunakan Hee, makluman yang diperolehi dari Jelapang menyatakan terdapat penduduk di situ yang agak terkejut dengan "kekayaan mengejut" ADUN berkenaan yang kini telah menggunakan kereta Mercedes.
"Ramai beranggapan mungkin ia dibeli oleh Hee dengan wang yang diperolehi dari Najib ekoran melompat parti yang kita pasti ia satu jumlah yang besar, jutaan ringgit," kata sumber tersebut yang merujuk kepada aduan dan akuan bersumpah beberapa ADUN yang telah ditawarkan sehingga RM20 juta supaya melompat parti untuk Najib menjayakan misinya menawan Perak.
Walaupun Najib pernah menafikan pernah menyogok wang, tetapi di dalam hal ini beliau belum bersumpah dengan ayat Quran sepertimana beraninya beliau melakukannya di dalam kes Altantuya.
Sebelum ini kami melaporkan bahawa pemilik kedai tempat Hee menyewa, yang hanya dikenali sebagai Mani, menamatkan kontrak penyewaannya dengan ADUN berkenaan.
Beliau telah dilaporkan berkata: “Hee, tolong turunkan papantanda dan keluarkan barang-barang anda. Saya tak mahu sewakan premis ini kepada anda lagi.
“Kebelakangan ini, ramai penduduk yang datang bertanya kepada saya untuk bertanya di mana anda berada. Saya rasa tak berapa senang. Itu salah satu sebab saya bercadang tidak mahu menyewakan premis ini kepadanya lagi,” tambah beliau.



“Isu ini merupakan isu yang disepakati oleh semua parti bukan hanya dari kalangan Pakatan Rakyat.
Semalam, lebih 100 ribu rakyat berarak ke Istana Negara bagi menyatakan bantahan mereka terhadap perlaksanaan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Pimpinan PAS Pusat turut sama berarak ke Istana bagi memberikan sokongan terhadap rakyat yang membantah dasar tersebut.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu membuktikan kejujurannya dalam memperjuangkan bahasa Melayu terutamanya isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Demikian pandangan Ketua Pengarang Kumpulan Harakah,Ahmad Lutfi Othman apabila memberikan kenyataan balas mengenai ulasan Abdullah semalam bahawa pihak kerajaan (Kementerian Pelajaran) perlu segera untuk selesaikan isu PPSMI.
Menurutnya, jika Abdullah jujur sewajarnya kerajaan hanya perlu ambil amsa yang singkat untuk bertindak.
"Bukan itu sahaja...tidak pernah dilihat satu gelombang besar sebegini dalam isu bahasa. Rakyat bukan sahaja Melayu malah di kalangan bukan Melayu juga ada...ini menunjukkan satu kesepaduan untuk membantah dasar PPSMI yang menindas,"jelasnya lagi sambil menambah bahawa tidak terlewat untuk Perdana Menteri bertindak.







