Ikuti Blog ini

Dato Seri Hishamudin Tun Hussein - Apa tindakan anda..

Salam Sejahtera,

Dato Seri,

Selaku Menteri Dalam Negeri, apakah tindakan anda yang menjaga pasukan keselamatan, terhadap perbuatan Trio-trio ini,

Mereka telah membuat pengakuan dengan sukarela.... seperti mana yang dilaporkan di NST Online dan Beritaharian Online.

Kita semua sedia maklum, pihak Polis yang sedia berkhidmat kononnya,, hanya akan melaksanakan tugas jika mendapat kebenaran atau pun diarahkan....





'WE ARE DATUK T': Former Malacca Chief Minister Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik (top, with sunglasses) and businessman Datuk Shazryl Eskay Abdullah beside him held a press conference today to clarify that the mysterious Datuk T who was behind the recent 'Anwar sex video' is actually three people comprising themselves and Perkasa treasurer Datuk Shuib Lazim. - Pictures by SYARAFIQ ABD SAMAD




AHLI perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah (kiri) bersama bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik mengadakan sidang akhbar mendedahkan identiti 'Datuk T' berhubung video seks membabitkan pemimpin pembangkang di Impiana Hotel KLCC, Kuala Lumpur, petang tadi. Rahim mengakui beliau bersama Shazryl Eskay dan Bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim adalah 'Datuk T' yang membawa maksud 'trio' bagi merujuk mereka bertiga. - Foto Syarafiq Abd Samad.

Terjemahkan antara 2 foto diatas : Ruang Bulatan - wajah yang hampir serupa ?
foto albanjari online

"Saya dalam video itu".

Begitu pengakuan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah - yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T - apabila ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.

BUKTI pimpinan Umno dan polis bersekongkol jatuhkan Anwar - Saifuddin

Saya petik:

[TVS] SHAH ALAM 23 MAC : Fitnah video lucah untuk 'menutup mulut' Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah kesinambungan daripada pertuduhan liwat yang direka cipta untuk mengaibkan Ketua Pembangkang dan keluarganya serta memecah belahkan Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution.

Dalam ceramah di Petaling Jaya malam tadi, Saifuddin memperinci konspirasi yang membabitkan polis dan pemimpin Umno untuk membunuh karier politik Anwar menerusi pertuduhan liwat yang direkayasa dan fitnah video lucah yang didalangi oleh Pengerusi Risda Rahim Thamby Chik yang pernah dituduh merogol gadis bawah umur di Melaka.

Berikut beberapa fakta yang disebut oleh Saifuddin Mengenai Kes Liwat Fitnah 11

1.Saiful jumpa pegawai polis Rodwan Mohd Yusuf di sebuah hotel sehari sebelum membuat laporan polis DNA Anwar ini bukan benda baru. Saiful pada 27 Jun 2008 jumpa pegawai polis bernama Rodwan biras YB Satim Diman, ADUN Umno di Serdang".

"Siapa Rodwan ini? Dalam Peristiwa 98, dialah yang seksa Munawar Anis dan Sukma Dermawan. Pada 27 Jun 2008 dia jumpa Saiful. Ini disahkan Jude Pereira (pegawai penyiasat kes liwat fitnah 11) Bila Karpal tanya, kenapa jumpa Rodwan? Jude kata untuk mendapat nasihat. Mendapat nasihat!!! Rodwan ini terkenal tahun 1998. Dia curi sampel darah Anwar di hospital Kuala Lumpur. Dia polis tapi mencuri"

"Sekarang kamu bawa ke Mahkamah, kamu plot beberapa graf. Ini menunjukkan kehadiran lebih dari 3 orang, Betul? Betul. Boleh jadi 10 orang? Betul? Betul. Kalau ada 10 orang DNA pada dubur Saiful, "kenapa kamu cuma berminat dengan lelaki Y?" tanya Karpal Singh kepada Dr.Siah pakar kimia. Jawab Dr.Siah, "Yang arif, polis cuma suruh saya tanda lelaki Y". Karpal Singh tanya, "Ini lelaki X, lelaki M? Itu polis tak suruh tanda, cuma lelaki Y"

2.Polis Tidak Berminat Keterangan Saksi (Hasnuddin adalah pemilik kondominium bersebelahan unit di mana Saiful mendakwa beliau kononnya diliwat)

"Dia (polis) soal siasat Hasanudin dan isterinya Kak Sham. Polis bila Saiful buat aduan, dia serbu kondominum, ambil semua contoh, gunting karpet sana sini semua. Lepas itu, pergi soal siasat suami isteri ini. Satu soalan saja polis tanya, "Sepanjang Anwar ada dalam bilik bersama tuan rumah ini, ada tak Anwar keluar sekejap dari bilik itu?" suami isteri itu kata "Tak ada, Anwar ada bersama kami". Polis tanya lagi, "cuba ingat balik, diantara pukul 3 petang ke 5 petang, 26 Jun 2008, ada tidak Anwar keluar dari bilik ini?". Suami isteri kata, "Tak ada". Akhirnya, suami isteri itu sebut, bilik itu ada cctv, tengok lah Anwar keluar ke tak. Polis kata cctv itu tolak ke tepi dulu, kami nak tanya kamu dulu. 36 jam suami isteri ini ditanya oleh polis soalan yang sama"

"Oleh kerana suami isteri ini tak beri kenyataan seperti yang mereka hendak, maka tak dipanggil menjadi saksi, kerana kalau jadi saksi, ditanya soalan sama, mereka akan kata "Yang Arif, ya Anwar ada bersama kami". sedangkan tuduhan ke atas Anwar ialah 3.01 minit hingga 4.30 petang kamu telah meliwat saiful. masa bila dia liwat sedangkan suami isteri dan tamu lain pun ada dengan Anwar."

Mengenai Fitnah video seks lucah didalangi anasir dalam Umno:

1. "Kejam dan zalim mereka tak habis lagi, tak puas lagi, dia reka satu lagi. Ketua-ketua pengarang media dibawa ke Carcosa seri negara, hotel mewah ditayang, tapi tak beri tahu nama. Datuk T lah, Datuk itu. suspen. Hari ini Anwar buat laporan polis. dia (datuk T) kata tak mau serah pulak video pada polis, Polis pula boleh buat relaks. Hari ini wartawan tanya pada Nazri Aziz, macamana tayangan video lucah di hotel? Nazri jawab "Kalau niat dia tayang baik tak apa". Boleh macam tu?"

2. "Rekod di tangan kita jelas. Ini membabitkan pemimpin tertinggi Umno, Itu sangat jelas. sangat jelas. "Sampai kawan-kawan yang dipertonton video itu pun sebut, bukan saja kita. Padahal kawan-kawan yang dipertonton itu pun musuh kita dah. Ada seorang pemimpin tinggi surat khabar kumpulan NST yang pergi tengok, dia itu memang terkenal musuh Anwar daripada 12 tahun. Lepas dia tengok (dia kata), "ya betul I musuh Anwar, tapi kalau setakat tengok itu dia kata, perut boroi itu bukan perut Anwar

3. "Dia nak alih Sarawak. Sarawak orang cakap pasal pilihanraya ni apa pun boleh jadi. Taib Mahmud yang rasuah, timbunan kekayaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tak pernah siasat, Najib tak nak buang Taib. Rakyat marah, Iban, Dayak, Melayu, Melanau, semua tengah marah, sekarang tunggu nak panggkah saja nak buang. Dia reka (isu video lucah) ini supaya kita kelam kabut menyelesaikan isu ini, itu saja tujuan"

Tengok nii...Bukti Video..Hebatt..








Rahsia Telah Terbongkar, Hishamuddin Lagi Mahu Tunjuk Lagak

Video: Hishammuddin akan saman Anwar jika terus kaitkan beliau dan polis

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika terus mengaitkan beliau dan polis dalam video seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara, dua hari lalu.

Beliau berkata, dakwaan Anwar bahawa polis dan beliau adalah dalang di sebalik penayangan video yang membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang itu sudah menjatuhkan maruah dan nama baik polis.

"Saya sebagai menteri yang bertanggungjawab rasa berhak untuk menjaga maruah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan jika dia (Anwar) terus mengaitkan ini (penayangan video) adalah satu konspirasi, saya akan pertimbang untuk menyaman dia.

"Perkara ini (saman) sedang dikaji peguam saya... ia bukan untuk saya semata-mata tetapi untuk pastikan integriti polis dilindungi. Isu sama ada ia konspirasi atau tidak bukan perkara utama tapi sama ada ia berlaku atau tidak kita akan siasat mengikut peruntukan yang ada," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Anwar dalam laporan beberapa akhbar dua hari lalu menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Hishammuddin dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu.

Najib dan Hishammuddin kemudian menafikan pembabitan mereka dalam rakaman berkenaan semalam manakala Anwar membuat laporan polis berhubung penyebaran video itu pada hari yang sama.

Hishammuddin berkata, jika dakwaan Anwar itu benar, beliau disaran supaya mengemukakan bukti dan membuat laporan polis supaya perkara itu dapat disiasat.

"Apa jua anda (Anwar) ingin dakwa, buktikanlah, saya tak sembunyi apa-apa," katanya.

Beliau berkata, apa yang didakwa Ketua Pembangkang itu bahawa rakaman video yang membabitkan dirinya sebagai watak utama adalah satu konspirasi dilihat satu cara untuk mengelak daripada kebenaran. - BERNAMA


Hak saya pertahankan polis, kata Hisham

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini tampil mempertahankan pasukan polis, dengan mencabar pembangkang membuktikan bahawa polis bersubahat dalam dakwaan skandal seks terbaru terhadap ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menyangkal dakwaan bahawa tayangan video seks kontroversi itu sebagai satu permulaan kepada ulangan kepada perbicaraan liwat pertama terhadap Anwar dalam 1998, dengan menegaskan bahawa dakwaan konspirasi oleh pembangkang itu, hanya untuk mengalih perhatian bagi mengaburi kebenaran.

Kali ini, tegasnya, beliau tidak akan duduk diam membiarkan mereka mempolitikkan isu tersebut.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Hishammuddin menegaskan bahawa beliau mempunyai hak untuk mempertahankan integriti pasukan polis.

Hishammuddin berkata, semua putarbelit itu adalah untuk mencemarkan imejnya apabila ada pihak mendakwa "DNA ialah satu konspirasi, Saiful satu konspirasi, video (seks) satu konspirasi" - merujuk kepada perbicaraan kes tuduhan liwat terhadap Anwar yang sedang berjalan sekarang.

Oleh itu, beliau mencabar semua pihak yang menuding jari kepada beliau dan pasukan polis, supaya membuktikannya.

Semalam, peguam Anwar - Sankara Nair - berkata dalam satu kenyataan bahawa pelanggannya mempunyai hak untuk mengandaikan 'polis bersubahat' dalam tayangan video seks tersebut.

Katanya, langkah Anwar membuat laporan polis semalam, mungkin digunakan sebagai asas untuk menangkap dan mendakwa beliau (Anwar), seperti yang berlaku pada 1998, dalam kes pertama liwat terhadapnya. -mk

Adalah amat keterlaluan bagi seorang Menteri Dalam Negeri yang masih angkuh dan tidak mahu mengakui kesalahan yang dilakukan oleh Polis Di Raja Malaysia.

Pertama: Mengapa polis tidak bertindak menghalang pihak terbabit menyiarkan video seks yang ternyata menyalahi undang-undang?

Kedua: Mengapa tiada tahanan, tiada tangkapan dibuat terhadap mereka yang terlibat sekalipun laporan polis telah dibuat oleh Anwar?

Ketiga: Mengapa Hishamuddin begitu cepat membela polis sedangkan siasatan belum dilakukan samada polis terlibat atau tidak?

Anda begitu pantas bertindak jika yang melakukan itu adalah dari Pakatan Rakyat tetapi terhegeh-hegeh malah lansung tidak bertindak apa-apa apabila ianya dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO BN.

Jika kamu menyatakan kamu ada hak untuk pertahankan polis, kami rakyat menyatakan kami ada hak untuk pertahankan kebenaran dan keadilan.

GB ingin mengulangi di sini bahawa: Kami ada Tuhan untuk kami berlindung dan bermohon, (bukan sekadar Suruhanjaya), agar Allah mendedahkan siapa kamu sebenarnya, dan mendedahkan segala konspirasi ini. -GB

Sah! Rahim Tamby Chik dalang video fitnah ..


Berikut disiarkan kenyataan akhbar oleh Ahli MPT KEADILAN, Datuk Johari Abdul.

Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.


Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

DATO’ JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011

Video Seks, Laa… Pakar Rogol Punya Angkara

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul hari ini mendakwa bekas ketua menteri Melaka dan bekas konsul kebesaran Thailand di Malaysia adalah mereka di sebalik video seks yang dikatakan melibatkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Johari mendakwa, turut terbabit, ialah bekas ketua menteri Melaka, Rahim Thamby Chik, yang kini merupakan pengerusi Risda dan juga yang pernah terbabit buat seks dengan gadis bawah umur dulu-dulu.

Johari, bagaimanapun, medakwa lelaki yang dilihatnya melakukan aksi seks dengan seorang wanita tidak dikenali dalam video tersebut, bukanlah Anwar.

Zulkifli Nordin nak ‘goreng’ macam mana pula!! Klik#DiGiOperaMini

aku nak tengok Berita RTM dan TV3suku akan tayangkan tak cerita ini..mana zul nordin...mana zul nordin? lari sembunyi bawak songkok ke? ptuiii..amnok xabis2 nak bodohkan melayu. Salah satu ulasan dari Malaysiakini.

Basa Mertua Shafie Apdal Turut Terlibat Dalam Konspirasi Video Seks

Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah menggunakan seorang yang mirip iras Datuk Seri Anwar untuk menerbitkan video seks fitnah terhadap Ketua Pembangkang itu, menurut Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul.

Turut terbabit dalam konspirasi terbaru menjatuhkan Anwar adalah bapa mertua Naib Presiden Umno Shafie Apdal yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Shuaib Lazim (gambar).

Manakala Perdana Menteri memberi persetujuan kepada Rahim untuk “membeli” ahli-ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat dengan menggunakan video fitnah itu untuk menyakinkan mereka.

Johari mendedahkan Rahim dan Shazryl menemui beliau di Hotel Flamingo Kuala Lumpur pada isnin lalu untuk menunjukkan video 21 minit itu sebelum memujuk beliau untuk lompat keluar dari PKR menyertai itu dengan imbuhan lumayan.

Selepas menyaksikan video itu, Datuk Johari yakin “pelakon” itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Datuk Johari berkata setelah menonton video itu, beliau menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim. .

“Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 3.30 petang 22 Mac 2011,” kata beliau.

“Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaan akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka, tambah beliau.

“Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim,” tambah beliau.

Johari berkata Tan Sri Rahim yang kini menjadi Pengerusi Risda menjadi dalang kepada video fitnah itu.

Beliau orang yang sama yang mengatur penerbitan dan pengedaran buku “50 Dalil” dalam tahun 1998 dahulu yang menyaksikan polis menangkap Anwar, memukulnya dalam lokap sebelum mensabitkan beliau di atas tuduhan liwat dan rasuah yang direkacipta.

Johari berkata Rahim diberi mandat oleh Perdana Menteri Najib Razak untuk membeli ahli-ahli Parlimen KEADILAN dengan tawaran wang ringgit dan sebagainya.

Tempahan dan pembayaran Carcosa Seri Negara bagi menayangkan video lucah untuk wartawan terpilih dibuat oleh RISDA, “ tambah Johari.

Saya juga percaya Dato’ Eskay Shazril Abdullah adalah “Dato’ T”. Dia adalah seorang yang berbangsa Siam dan mendapat banyak faedah dari Tun Mahathir Mohamad kerana berasal dari Kedah,.

Selain Rahim dan Eskay, Johari turut menamakan bapa mertua kepada Naib Presiden Umno Dato’ Shafie Afdal.

Ujarnya, beliau mendedahkan semua ini agar rakyat Malaysia dapat menilai dengan sendiri politik jahat yang digunakan oleh musuh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Pimpinan UMNO perlu berterus terang dengan rakyat dan membersihkan nama mereka secepat,” kata Johari.

Eskay: 'Saya dalam video itu'



"Saya dalam video itu". Begitu pengakuan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T apabila ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.

Shazryl yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.

Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis.

NONEShazryl hari ini tampil dalam sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik bagi menjelaskan persoalan berhubung identiti Datuk T.

Menariknya, Rahim menjelaskan, Datuk T bukanlah individu, sebaliknya merujuk kepada tiga kawan baik.

"T ini trio, three," kata Rahim sambil menambah seorang lagi adalah Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari PERKASA. -M'kini

Pesawat Pengebom Amerika Bersepai Di Libya

Washington: Sebuah pesawat pengebom F-15E tentera udara Amerika Syarikat terhempas di Libya malam tadi dan seorang krunya berjaya diselamatkan, Reuters melaporkan.

Jurucakap tentera Amerika di Markas Pemerintah Afrika, Vince Crawley berkata, usaha menyelamat seorang lagi kru masih dilakukan.

Menurutnya, kejadian itu mungkin disebabkan kerosakan mekanikal dan bukan kerana tembakan musuh.

Beliau berkata, kejadian berlaku sebelah malam tetapi enggan memberitahu lokasinya dan bagaimana kru pesawat berkenaan diselamatkan.

"Kedua kru itu melompat. Seorang kru telah ditemukan. Ketika ini sedang dijalankan operasi untuk mencari seorang lainnya," kata Karin Burzynski dari markas besar komando itu di kota Stuttgart, Jerman bahgian barat, AFP dipetik.

Fitnah 2 : Mahkamah Putus Terima Tiga Barang Bukti Yang Ditolak

KUALA LUMPUR 23 Mac – Perbicaraan Fitnah 2 yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dikejutkan dengan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa tiga barangan yang dikemukakan sebelum ini boleh diterima sebagai bukti yang sekaligus mengubah keputusan sebelum ini pada perbicaraan dalam perbicaraan yang menolaknya diterima sebagai bukti.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga berkata tangkapan ke atas Anwar oleh pengawai penyiasat DSP Jude Pereira adalah sah dan sehubungan itu, barangan berkenaan perlu diterima.

Berikutan keputusan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden meminta dua saksi pendakwaan – ahli kimia, Nor Aidora Sameon dan Supt Amidon Anan tampil sekali lagi bagi mengemukakan barangan tersebut untuk dijadikan bukti.

Dalam keputusannya, hakim Zabidin bagaimanapun menolak permohonan pendakwaan bagi memaksa Anwar memberikan sampel DNAnya.

Beliau kemudiannya menangguhkan perbicaraan sehingga pagi esok bagi membolehkan semua pihak membuat persiapan.

Sebelum ini pihak pendakwaan membuat dua permohonan – permohonan pertama bagi semakan semula keputusan perbicaran dalam perbicaraan yang menolak tiga barangan sebagai bahan bukti dan jyang kedua bagi mengarahkan ketua pembangkang itu memberikan sampel DNAnya.

Tv Selangor

P'raya Sarawak: Undi 16 April, penamaan 6 April

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon untuk pilihan raya negeri Sarawak pada 6 April manakala hari pengundiannya pula jatuh pada 16 April.

Ini bermakna tempoh berkempen selama 11 hari. Pengumuman itu sebentar tadi dibuat pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Kuching.

DUN Sarawak dibubarkan kelmarin yang mana secara perlembagaan, pilihan raya hendaklah diadakan sebelum Julai tahun ini.

BN Sarawak yang lama dipimpin Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menguasai 63 daripada 71 kerusi dalam dewan manakala pembangkang pula dengan tujuh kerusi, termasuk satu masing-masing milik bebas dan Parti Cinta Malaysia.

Pilihan raya sebelum ini diadakan pada 20 Mei 2006. -M'kini

Malaysia menuju era politik lucah!


Nazli Ibrahim

Video seks yang ditayangkan itu merupakan petanda satu permulaan baru yang lebih buruk dan tidak terkawal dalam politik negara.


PETALING JAYA: Percubaan pihak tertentu yang mengaitkan tokoh utama pembangkang dengan individu di dalam rakaman video seks yang ditayangkan kepada wartawan di Hotel Seri Carcosa, Kuala Lumpur semalam dianggap sebagai permulaan bagi menghalalkan kepada percaturan politik lucah bagi mencemar maruah sekaligus menjatuhkan musuh politik.

Ketika sesetengah pihak menganggap ia bukanlah sesuatu yang baru dalam arena politik negara, pihak lain pula berpendapat, walaupun ini bukan pertama kali berlaku tetapi ia merupakan petanda satu permulaan baru yang lebih buruk dan tidak terkawal dalam politik negara.

Penayangan video seks semalam juga dianggap membawa dimensi baru kepada percaturan politik lebih menjengkelkan dengan peningkatan berganda dan terbuka terhadap tindakan berbalas serangan demi menjatuhkan maruah dan moral musuh politik kedua-dua belah pihak, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Sebelum ini, Ahli Parlimen Labis, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dikataka ‘diperangkap’ oleh musuh dalamannya sendiri apabila rakaman video seksnya disebarkan kepada umum dan membawa kepada perletakkan semua jawatannya dalam MCA dan juga kerajaan.

Cuma bezanya, ketika itu tiada media dipanggil untuk ‘tayangan perdana’ dan Soi Lek sendiri membuat pengakuan bahawa lelaki di dalam rakaman video lucah terbabit adalah beliau.

Selain Soi Lek, Elizabeth Wong dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut menerima nasib yang sama apabila foto beliau sedang tidur yang diambil tanpa pengetahuannya di kediamannya sendiri tersebar di internet.

Selain isu yang mengaibkan maruah Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan itu, ketika itu beliau juga hampir berputus asa dengan niat untuk mengundurkan diri daripada arena politik negara.

Bagi pihak yang mahu percaya dakwaan pihak-pihak tertentu bahawa tindakan seperti ini merupakan tindakan demi kepentingan moral masyarakat dan bukannya satu tindakan berkepentingan politik merupakan sesuatu yang bodoh pada masa ini.

Lebih-lebih lagi, pada hari yang sama juga Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak baru sahaja dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang ke 10 diadakan.

Pada masa artikel ini ditulis, identiti ‘host tayangan perdana’ terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Datuk T semalam masih belum dikenal pasti dan pemimpin Barisan Nasional (BN) pula tentunya menafikan penglibatan mereka dalam pembikinan dan penayangan video tersebut.

Jadi bahan kempen PRN Sarawak

Ketika pemimpin BN menafikan penglibatan mereka dan pada masa sama mengaku ‘tidak mempraktikkan’ sebarang tindakan serangan peribadi yang mengaibkan, juga adalah bodoh untuk mempercayai isu ini tidak akan digunakan sekurang-kurangnya di peringkat jentera mereka dalam kempen PRN Sarawak nanti.

Malahan ketika pilihan raya kecil Dun Tenang, Johor sebelum ini tindakan menyerang peribadi lawan turut dipraktikkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri apabila membuka isu kes liwat yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu ceramahnya ketika berkempen.

Bagaimanapun, serangan tersebut dibalas kembali secara umum dengan kejadian yang di dalam pengetahuan Anwar ketika masih di dalam kabinet, namun enggan memperincikan lebih mendalam tentang skandal yang dimaksudkannya itu.

Di pihak PR, meskipun turut mengambil kesempatan keuntungan politik terhadap sebarang isu yang membabitkan moral pemimpin BN, namun tindakan mereka seringkali dilapik atas alasan demi mendapatkan keadilan.

Antara kes berprofil tinggi yang pernah mendapat perhatian masyarakat dan pemimpin pembangkang ialah kes kematian model warganegara Mongolia, Altantuya Shariibuu beberapa tahun lalu.

Ketika perbicaraan kes ini telah lama selesai, ia tetap menjadi ingatan apabila dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Polis DiRaja Malaysia yang didakwa oleh peguam bela bahawa mereka merupakan pihak yang tidak menerima sebarang faedah atas kematian mendiang telah dijatuhkan hukuman mati.

Sementara itu, beberapa isu lain yang membabitkan moral pemimpin BN, pada masa ini masih kurang tersebar secara terbuka dan meluas melainkan secara terpencil di alam siber.

Bagaimanapun, ‘tayangan perdana’ rakaman video lucah semalam dikatakan mampu menjadi penyebab kepada pendedahan demi pendedahan isu moral yang membabitkan pemimpin BN walaupun status sesetengah isu tersebut masih diragui kesahihannya.

Tindakkan itu nanti juga akan menimbulkan reaksi berbalas serangan dengan membuka pekung lawan masing-masing sekaligus menjadikan politik Malaysia maju setapak lagi melangkah ke era politik lucah.

Video seks: Anwar tak perlu sumpah al-Quran

http://buletinonline.net/images/stories/berita42/TGHAlancartelukpasu.jpgPresiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak desakan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah atas al-Quran bagi membuktikan beliau bukan lelaki yang didakwa dalam rakaman video seks melibatkan seorang wanita, yang didedahkan semalam.

Sehubungan itu kata beliau, hanya Mahkamah Syariah yang boleh meminta Anwar, yang juga Ketua Pembangkang, agar berbuat demikian.

“Jika anda mahu beliau bersumpah, maka anda perlu mengikut hukum syariah. Hanya mahkamah ini (syariah) yang boleh memutuskan sama ada beliau kena buat sumpah sedemikian.

“Saya minta kes ini didengar di Mahkamah Syariah,” kata beliau merujuk kepada dakwaan terbaru yang dirujuk kepada pemimpin kanan Pakatan Rakyat itu.

Dalam isu yang sama, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mahu sebarang tuduhan ataupun dakwaan salah laku moral ke atas seseorang individu disalurkan menerusi prosedur perundangan sah termasuk hukum syariah jika ia membabitkan seorang Muslim.

Sehubungan itu, pertubuhan bukan kerajaan tersebut juga mahu pihak pendakwa dan pembela menyalurkan kes mereka untuk diadili serta dinilai menerusi prosedur perundangan syariah sepertimana yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan Sunah.

“Dalam hal ini, ABIM memandang berat sebarang pertuduhan serta dakwaan liar berupa fitnah yang dilakukan di luar lingkungan prosiding perundangan yang telah digariskan seperti membawa para saksi yang mencukupi di samping ikrar daripada individu yang dituduh.

“Tatacara perundangan syariah telah menetapkan prosidingnya yang tersendiri untuk memelihara bukan sahaja moral serta maruah individu yang dituduh, bahkan juga integriti pihak yang membuat tuduhan,” kata presidennya Dr Muhamad Razak Idris dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini mengulas laporan pendedahan rakaman video seks didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.- MI

Tangkap segera ‘Datuk T’

NONEKUALA LUMPUR: Pihak polis perlu menahan dan menangkap segera individu yang memperkenalkan dirinya sebagai ‘Datuk T’ kerana memiliki dan menayangkan rakaman video lucah, kata peguam Karpal Singh.

Karpal berkata, rakaman tersebut, yang kononnya melibatkan adegan seks individu yang menyerupai Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyalahi undang-undang negara.

Menurutnya lagi, beliau terkejut kerana polis masih belum bertindak untuk menangkap ‘Datuk T’ selepas ‘tayangan’ yang dilakukan semalam.

“Beliau terang-terangan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem, 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan Jenayah. Sepatutnya semalam lagi polis menangkap beliau,” kata Karpal.

Kedua-dua seksyen itu menyebut tentang larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem lucah atau sepertinya yang melanggar kesopanan awam.

Karpal juga menempelak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang membuat penafian polis tidak terlibat dalam video tersebut sedangkan siasatan belum pun bermula.

Malah, polis juga sepatutnya sudah mula bertindak sama ada laporan dibuat atau pun tidak.

“Hishammuddin adalah peguam terlatih. Ia perkara asas buat polis, apabila mereka dapat tahu sesuatu jenayah itu dilakukan, mereka sendiri perlu membuat laporan bagi memulakan siasatan,” kata Karpal.

Awal pagi tadi, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi berhubung fitnah terbaru mengaitkan beliau dengan satu rakaman aksi seks.

Pemberontak Libya Hanya Inginkan Qaddafi Berundur, Bukan Dibunuh

Paris - Utusan kubu pembangkang Libya menyatakan, mereka hanya menghendaki pimpinan Libya, Moammar Qaddafi berundur dan diadili, bukan memburunya untuk dibunuh. Ali Zeidan, utusan Libyan National Transitional Council untuk Eropah, menyatakan hal itu dalam wawancara eksklusif dengan The Associated Press tentang campurtangan Britain, Perancis, dan Amerika Syarikat atas negaranya.

Menurutnya, pihak mereka menghargai keputusan Majlis Keselamatan PBB, namun menolak campur tangan terlalu mendalam dari negara asing atas negaranya. "Kami akan membuat penghakiman dengan Qaddafi sendiri, tanpa campur tangan asing," katanya.

Zeidan, yang kini berada di Munich, telah menyatakan hal itu dalam pertemuannya dengan para pejabat Perancis. Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, menyatakan sebelumnya, pihaknya ada di balik pembangkang Libya.

Para pejabat Amerika Syarikat menyatakan tujuan ketenteraan mereka dari matlamat rejim Qaddafi diakhiri. Jenderal Angkatan Darat, Carter Ham, yang menjadi komandan pasukan AS mengatakan ada kemungkinan Qaddafi berhasil mempertahankan kekuasaan.

Ini bukan kali pertama AS mensasarkan pemimpin yang telah memerintah negara di Afrika Utara itu selama 42 tahun. Tahun 1986, Qaddafi pernah menjadi sasaran serangan udara AS.

Dalam lawatanannya di Chile, Obama mengatakan Qaddafi bukan target misi ketenteraan AS. Kombinasi dari langkah-langkah lain termasuk Amerika sekatan PBB yang dirancang untuk meminggirkan pemimpin Libya adalah pendekatan yang tepat untuk mempercepat kejatuhannya, Obama mengatakan, resolusi Majlis Keselamatan PBB mengesahkan tindakan ketenteraan tidak mengubah rejim sekatan. "Kami akan tetap berpegang pada mandat itu," kata Obama.

"Kenyataan Memalukan" Kes Video Lucah, Terbukti Menteri Undang-Undang UMNO Si Nazri Aziz Perlu Belajar Semula Subjek Undang-Undang

Pada 4 Ogos 2010 lalu, seorang pemuda di Kuala Trengganu tidak menyangka perbuatannya menyimpan klip video lucah di dalam telefon bimbit mengundang padah apabila ditahan dalam operasi trafik di Jalan Sultan Mohamad di sini semalam. Operasi selama empat jam itu dijalankan Bahagian Kawalan, Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Cawangan Terengganu dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri. T

imbalan Ketua Cawangan Bahagian Kawalan, Penapisan Filem dan Penguatkuasaan KDN, Zaki Mohamed berkata, lelaki berusia 20-an tersebut didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002. “Jika sabit kesalahan dia boleh didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Mengulas lanjut, Zaki berkata, operasi itu bukan semata-mata untuk mengesan pesalah jalan raya tetapi turut melibatkan kesalahan memiliki video lucah. Sumber : Utusan Malaysia; 5 Ogos 2010 . Lain-lain artikel berkenaan sila klik:-
Bayangkan, jika seseorang yang menyimpan video lucah di dalam telefon bimbit mereka sendiri pun boleh didapati bersalah dan didakwa mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Maka kenapa individu seperti "Datuk T" yang bukan sahaja memiliki, malah menayangkan pula video tersebut dikhalayak ramai boleh terlepas. Bahkan dengan bangganya nyatakan dia tetap tidak akan serahkan video itu kepada polis. Soalnya sekarang, mana pergi pegawai Bahagian Kawalan, Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Nazri Aziz Perlu Belajar Semula Undang-Undang

Bukankah ia jelas satu kesalahan dibawah undang-undang negara, namun kenapa seorang Menteri Undang-Undang UMNO seperti Nazri Aziz (foto) boleh mengeluarkan satu kenyataan yang jelas sekali menggambarkan kebodohan dirinya, Semalam Beliau dengan sungguh bangga dan dengan tegas berkata penganjur 'tayangan video aksi seks' itu tidak salah berbuat demikian. Malah dia mencabar orang ramai mengemukakan bukti undang-undang mana yang melarang perbuatan tersebut. Malah dia juga berharap agar sesiapa yang tahu kesalahan itu dibawah undang-undang mana agar memaklumkan kepada beliau. Bukankah ianya sudah termaktub dalam Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002 iaitu:-
Tiada seorang pun boleh Ada atau menyebabkan dirinya ada dalam milikan, jagaan, kawalan atau pemunyaannya; atau Menyebarkan, menayangkan, mengedarkan, mempamerkan, membuat, mengeluar, menjual atau menyewakan apa-apa filem atau bahan publisiti filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam

Hukuman - Seksyen 5(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya

Seksyen 6

Tiada seorang pun boleada dalam milikannya atau jagaannya atau dibawah kawalannya ; atau Menyebarkan, menayangkan, mengedarkan, mempamerkan, membuat, mengeluar, menjual atau menyewakan, apa-apa filem atau bahan publisiti filem yang belum diluluskan oleh Lembaga

Seksyen 6(2)

Mana-mana orang yang melanggar sub seksyen (1) melakukan sesuatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh Berkenaan dengan apa-apa filem, didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada tiga puluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempuh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; atau Berkenaan dengan apa-apa bahan publisiti filem, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripda sepuluh ribu ringgit Klik sini
Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002
[Bukan itu sahaja yang Nazri Aziz perlu tahu, malah dalam Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pula memberi kuasa kepada pihak berkuasa untuk bertindak ke atas orang yang membuat atau menghantar sebarang komunikasi berbentuk lucah, tidak sopan, palsu atau mengancam. Maka itu, wajarlah menteri UMNO itu belajar semula undang-undang sebelum mahu menjadi Menteri Undang-Undang.

Sesungguhnya kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau itu, menambahkan lagi telahan orang ramai bahawa isu ini adalah satu lagi konspirasi yang direka cipta oleh mereka untuk menjahamkan masa depan dan kariesr
Datuk Seri Anwar Ibrahim serta isterinya. Jika tidak masakan Datuk T (pemilik video seks) terbabit boleh mengatakan dia tidak akan mendedahkan pita rakaman video tersebut jika dua pemimpin terbabit (Anwar & Azizah) meletakkan jawatan mereka.

Bukankah ini satu ugutan yang berniat jahat semata-mata untuk kepentingan politik semata-mata. Maka, terbuktilah isu ini adalah satu strategi untuk mengambil hati rakyat di
Pilihanraya Negeri Sarawak yang bakal berlangsung itu sebenarnya]. PahangDaily
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .