Ikuti Blog ini

10 ribu pemuda PAS Perak siap sedia untuk digerakkan.



KUALA LUMPUR : PAS Perak akan menganjurkan Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP) yang dijangka akan mengumpulkan 10,000 pemusa PAS seluruh negeri Perak.
Antara program yang akan diisi pada hari tersebut adalah pidato perdana daripada pimpinan PAS Pusat seperti YB Salahuddin Ayub, Dato' Mahfuz Omar, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi serta beberapa pemimpin pemuda PAS Pusat dan negeri.
Antara lainnya yang bakal diadakan ialah karnival jualan dan pameran, daftar pemilih SPR dan ahli PAS, persembahan seni mempertahankan diri seperti silat dan tomoi, nasyid kotemporari, pameran paintball dan BMX dan banyak lagi.
Program ini turut diserikan lagi dengan persembahan artis Mel bekas penyanyi kumpulan Wings.
Seluruh pemuda PAS Perak akan berikrar pada hari tersebut untuk menjadi petugas pilihanraya yang terbaik. Peserta juga disarankan memakai baju hijau agar gelombang jentera pilihanraya dapat diwujudkan.
Program pada 31 Januari tersebut akan diadakan di Darul Ta'lim, Larut dan program ini akan bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Bubar Dun: 10 ribu Pemuda PAS Perak bersedia

IPOH, 21 Jan: Satu Himpunan 10 ribu Pemuda PAS Perak (HEMPAP) akan diadakan pada 31 Januari ini sebagai persiapan dewan itu menggerakkan jentera mereka berdepan pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak pada bila-bila masa.

Pemangku Ketua Pemuda Pas Perak, Nur Amin berkata selain bagi menyatakan kesediaan dewan itu berdepan Pilihan Raya Negeri, ianya juga sebagai bukti jentera pemuda Pas negeri itu bersedia berdepan Umno Barisan Nasional.

"Program julung kali ini diadakan bagi menyatakan kesediaan Pemuda PAS Perak terhadap Pembubaran Dun Perak pada bila-bila masa.

"Kita yakin dengan program tersebut, pemuda PAS bersedia berdepan Umno BN dalam pilihanraya ini," katanya di pejabat Pemuda PAS negeri hari ini.

Program sehari tersebut akan berlangsung di Darul Taklim Kubu Gajah, di Selama, Larut dan akan dirasmikan Pesuruhjaya PAS negeri Ustaz Abu Bakar Hussin.

Turut akan dilancarkan pada program tersebut adalah baju khas jentera pilihanraya Perak oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan.

Antara pimpinan yang akan memberi ucapan pula termasuk Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan dua Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Antara menarik pada program berkenaan termasuk persembahan nasyid, pertunjukan pentas, gerai pameran dan jualan serta program derma darah.

"Ayuh pemuda bersama kami gerakkan kawan, sahabat dan rakan anda untuk hadir demi menunjukkan kepada rakyat bahawa PAS cintakan demokrasi.

"Kita minta hadir bersama dengan memakai baju berwarna hijau sebagai simbolik kepada PAS yang kita dokongi ini," katanya.

sumber:harakahdaily

Majlis memperingati tragedi rampasan kuasa

Majlis meraikan pemimpin Pakatan Rakyat serta Media bagi memperingati genap 1 tahun Tragedi Rampasan Kuasa yang telah berlaku pada 7 Februari 2009 dimana Menteri Besar Perak YAB Dato’ Seri Ir Nizar dipanggil mengadap; melepas jawatan di Istana Kinta Ipoh dan esoknya majlis angkat sumpah kerajaan baru di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar 8 Februari 2009 setahun yang lalu.

Kira-kira 100 orang telah hadir antaranya YB Dato Ngeh Koo Ham, YB Zainuddin Mohd Yusof , YB Sivakumar, YB Dr Lee Boon Chye serta ADUN-ADUN Pakatan Rakyat lainnya, wakil media serta pendokong Pakatan Rakyat di kediaman Dato Seri Ir Nizar Jamaludin di Sungai Rokam, Ipoh pagi semalam.

Program yang dipengerusi oleh Dr Kairudin Abd Malik menyatakan majlis ini adalah pelancaran kepada beberapa program yang diatur. Acara ekspedisi konvoi pemimpin Pakatan Rakyat akan menjelajah seluruh daerah Negeri Perak membawa mesej penerangan Tragedi Rampasan Kuasa yang berlaku setahun yang lalu. Ekspedisi ini akan bermula dari pokok demokrasi, Ipoh kemudian akan singgah di bandar-bandar ke utara sehingga Parit Buntar, ke selatan sehingga Tanjong Malim dan ke timur ke Lumut dan bandar Teluk Intan.

Program yang berlangsung sepanjang hari diatur dengan acara dekramasi sajak, pementasan teater dan persembahan kebudayaan dari masyarakat Melayu, Cina dan India. Turut diadakan acara sukan rakyat dan disebelah malamnya ceramah dari pemimpin politik dan penganalis jemputan.

Nizar seroang yang berkarisma, berkaliber dan memiliki ketokohan apabila memberikan pandangan yang mantap hinggakan sesiapa yang mendengarnya pastinya puas. Nizar mampu memberi jawapan yang sepontan, kemas dan tepat kepada soalan-soalan wartawan dan sukar diperlekehkan. Maka wakil parti DAP Perak, Dato’ Ngeh dan wakil parti PKR Perak, Dr Lee menyatakan secara jelas akan menyokong Nizar sebagai Menteri Besar Perak pada Pilihanraya Umum nanti.


bumiperak

Hampir Sah: Pilihanraya DUN Perak Mac 2010.


Pilihanraya DUN Perak semakin hot. Zambry dan Najib sudah bertemu di Riyadh untuk membincangkan tentang pilihanraya DUN.

Zambry tak mahu DUN dibubarkan kerana takut kehilangan jawatan Menteri Besar. Najib sudah cuci tangan. Dia mau membersihkan imejnya di Perak dan mahu menyingkir Zambry dari jawatan Menteri Besar.

Semua orang tau, rampasan kuasa di Perak dirancang oleh Najib. Tiga ekor katak yang melompat, dibayar oleh Najib dan semasa perisytiharan mereka sebagai calon bebas, ketiga-tiga calon PR itu diapit oleh Najib.

Semasa mula-mula BN merampas kuasa di Perak, Najib telah berjumpa Sultan untuk menghantar nama Menteri Besar Perak pada pukul empat petang. Tetapi pada pukul enam petang, Pak Lah memintas perancangan Najib dengan mencalonkan Zambry sebagai Menteri Besar.

Lembu punya susu, sapi dapat nama. Najib kerja keras, Zambry jadi Menteri Besar.

Keputusan mahkamah Persekutuan telah pun diketahui. Keputusan lima orang hakim yang mengadili kes Nizar Zambry telah lama menghantar keputusan kepada Ketua Hakim Negara, Zaki Tun Azmi.

Ketua Hakim Negara meminta keempat-empat hakim yang memihak kepada Nizar supaya menimbang semula keputusan tersebut tetapi mereka tetap tidak berganjak. Ini bukan lagi menjadi rahsia. Tanya Nizar kalau tak percaya.

Menurut sumber, Sultan Perak telah dimaklumkan tentang perkara ini dan Sultan juga bersetuju supaya DUN dibubarkan, untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku sekiranya DUN bersidang lagi. Imej Sultan dan Negeri Perak sudah teruk dan sekiranya DUN tidak dibubarkan, maka imej Sultan juga akan terus merudum.

Najib mahu mengembalikan imejnya untuk persiapan menghadapi pilihanraya umum akan datang dan Perak menjadi liabiliti kepadanya. Lagi pun, Zambry bukanlah orang pilihannya. Najib mahu mengadakan pilihanraya DUN Perak untuk menyingkir Zambry, tetapi dalam masa yang sama, dia mahukan kemenangan BN di Perak.

Dalam masa Pakatan Rakyat sibuk berceramah tentang rampasan kuasa di Perak, BN sibuk mengatur strategi untuk menang dalam pilihanraya DUN akan datang dengan bantuan SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Sejak Mac 2008 sehingga kini, seramai 100,000 pengundi baru telah didaftarkan di Perak. Siapa mereka? Yang ini, petugas Pakatan Rakyat kena buat kerja.

Ramai pengundi telah dipindahkan tanpa pengetahuan mereka. Sebagai contoh, lihat komen dibawah.

fadzliamir January 20th, 2010 15:45 edit :

Baru tadi semak dengan SPR, mengejutkan…!!!! sebab sebelum ni dah dua kali mengundi ( semenjak umur 21 ) iaitu di Parlimen Bruas dan DUN Pengkalan Baru…Tup,tup dah tukar ke Bukit Gantang( parlimen ) dan DUN Trong…???????? Ajaib sungguh…

Dah call SPR Perak, dan ajukan masalah diatas, nak tau apa dia cakap….( setelah dia semak dan menelefon kembali) Kesilapan teknikal yang mana kampung Padang Serai, Batu Hampar adalah bersempadanan antara Parlimen Beruas Dan Bukit Gantang, jadi dalam mengemaskinikan file diorang telah tanpa sengaja terpindahkan keseluruhan kampung ke Parlimen Bukit Gantang. Dan mengambil masa 3 bulan untuk memperbetulkannya semula…Adakah wajar untuk membuat laporan POLIS?????? Tolong bagi pendapat….

Ini satu konspirasi!! Umno cuba menghilangkan pengundi Pas di Pengkalan Baru kerana Umno cuma menang dengan 14 undi dalam Pilihanraya Umum yang lalu!!

Di Sungai Siput, Calon BN sudah mula bermalam di kampung-kampung orang Asli. Ahamad Pakeh Adam sudah mula tinggal di kampung Orang Asli untuk memastikan Orang asli menyokong BN.

Tapi satu perkara yang ramai tidak tahu ialah, anggota-anggota polis dan tentera sekarang diarahkan untuk membuat Mykad. Apa alasannya?

Sebaik saja selesai pilihanraya DUN Perak nanti, harga petrol akan dinaikkan. Sekarang ini, semua tuntuan duit minyak yang dibuat oleh anggota polis dibekukan.

Selepas ini, kerajaan akan mengeluarkan arahan supaya semua anggota polis dan tentera yang membuat tuntutan duit minyak mesti menggunakan Mykad. Itu cuma alasan saja. Apa yang aku nampak, mungkin dalam pilihanraya DUN kali ini, anggota polis dan tentera boleh mengundi dua kali. Sekali sebagai pengundi pos, dan sekali lagi sebagai pengundi awam. Tak percaya? Cuba tengok senarai dibawah.

Senarai nama pegawai PDRM Manjung yang memohon membuat mykad di JPN Manjung pada 14.01.2010 jam 8.30 pagi

SJN YUSOFF BIN MAT RF70863 k/p 5235145 cawangan komunikasi
KPL ROSLI BIN SHAHBUDIN RF 71390 K/P5544522 KOMUNIKASI
L/KPL ZAINAL ABIDIN BIN OSMAN RF96108 K/P6298330 KOMUNIKASI
KPL ABU AZMI BIN NGAH MAT DAUD RF 63290 K/P4927682 PENGANGKUTAN
KPL MOHAMMAD TAHIR BIN HARUN RF 86350 K/P6244000 PENGANGKUTAN

Ini yang berlaku di Manjong kerana mereka mahu menyingkir Nizar dari DUN Pasir Panjang.

Satu peringatan kepada semua petugas pilihanraya Pakatan Rakyat. Jangan asyik sibuk dengan sapa nak jadi calon, tapi tengok juga apa yang dilakukan oleh Umno/Barisan Nasional.

Selepas ini, kalau tak ada tindakan proaktif yang dibuat oleh Pakatan Rakyat Perak, jangan harap hangpa nak menang. Sebab Umno sudahpun membuat pelbagai cara untuk menang dengan menggunakan SPR, PDRM dan anggota Tentera. Semuanya perancangan Najib dan Zahid Hamidi.

sumber:Perakexpress
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .