Ikuti Blog ini

IKLAN AIR: Berani Buat Tak Berani Tanggung



Tak Boleh Dedah ‘Client’ Atau Kami Disaman, Kata Produksi Filem Catuan Air Selangor

PETALING JAYA 25 SEPT: Syarikat produksi filem catuan air Selangor berhadapan tindakan saman oleh pelanggan mereka sekirannya mereka mendedahkan pihak yang membiayai projek perfileman tersebut.

Syarikat produksi tersebut semalam menjalankan penggambaran filem yang kononnya memaparkan kelemahan Kerajaan Negeri Selangor dalam menangani isu air di negeri terbabit.

Menurut jurucakap produksi terlibat, Chong Wai Leng kepada media di set penggambaran filem berdurasi 40 saat itu, larangan tersebut terdapat dalam kontrak yang dipersetujui oleh pihak syarikat dan pelanggan yang mahu menerbitkan filem tersebut.

“Kami dah tandatangan kontrak yang melarang kami berikan maklumat (nama pelanggan), jika kami langgar kontrak tersebut kami akan disaman.


“Kami menjalankan kerja kami secara profesional, saya harap anda memahami situasi kami,” kata Wai Leng.

Beliau mula menyedari kehadiran wakil media di lokasi penggambaran tersebut apabila penggambaran yang dijalankan secara rahsia itu mula didatangi beberapa wartawan dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian tengahari semalam.

Selain itu, beliau turut meminta wakil media yang berada di situ agar meninggalkan lokasi penggambaran filem itu.

TV Selangor yang berada di lokasi penggambaran sejak awal pagi semalam mendapati set penggambaran berbajet tinggi itu dilengkapi sekurang-kurangnya tiga buah jentera kren, sebuah lori tangki air, sebuah ‘caravan’, sebuah tandas bergerak tiga pintu, sebuah generator besar dan beberapa kenderaan lain berupa lori dan van.

Beberapa khemah besar turut dibina bagi keselesaan para pelakon dan krew penggambaran makan dan berehat.

Penggambaran yang dijalankan di Pangsapuri Happy Mansion itu melibatkan kira-kira 300 pelakon dengan bayaran didakwa RM50 setiap seorang. -selangorku

Kantoi, pergambaran iklan air timbulkan kemarahan PETALING JAYA: Kantoi... itulah yang boleh dikatakan kepada apa yang dikatakan perancangan BN untuk memalukan kerajaan negeri Selangor melalui filem 'krisis air' yang sedang dalam pergambaran.

Pelbagai pihak yang melihat berita dan video bagaimana penduduk sebuah pangsapuri dikecohkan sejak beberapa hari lalu dengan pergambaran mereka.

Lebih 50 pelakun digunakan untuk menggambarkan suasana kecoh kerana ketiadaan air di kawasan itu.

Ia selaras dengan drama yang cuba dipentaskan oleh BN untuk menggambarkan inilah yang bakal berlaku jika Pakatan Rakyat terus memerintah Selangor.

Padahal, secara realitinya, tidak ada sebarang masalah yang berlaku di negeri Selangor sekarang bahkan semua rakyat Selangor mendapat air percuma untuk 20 meter padu pertama.

"Puak-puak BN ni dia masih kebelakang 10 tahun, sekarang bukan cam zaman dulu lagi dah zaman IT oi! Apa ko rancang sebelum ko siar kat tv lagi dah kantoi seluruh Malaysia dah tau ha ha ha," tulis seorang pembaca, Abdul Rupar Abdul Wahab, terhadap terhadap video yang disiarkan oleh Malaysiakini.

Pembaca juga kesal dengan pelakun yang terlibat dalam pembikinan filem yang tidak betul ini.

"Jangan kerana RM50 kita jual maruah kita pada pihak yang tak bertanggungjawap," tulis Michael Wong.

Selain pembaca, penduduk pangsapuri berkenaan adalah pihak yang paling kesal dengan apa yang berlaku.

Melalui pergambaran filem yang dikatakan dalam bentuk iklan ini, kedamaian penduduk pangsapuri ini terganggu sejak 5 pagi lagi apabila krew-krew pergambaran mula membuat bising di kawasan mereka.

"Sejak 5 pagi, mereka sudah ganggu tidur penduduk di sini,"kata seorang penduduk pangsapuri itu.

Penduduk di sini juga terpaksa meletakkan kenderaan mereka di luar kawasan itu kerana tempat letak kereta mereka digunakan untuk pergambaran berskala besar ini.

Hanya sekeping nota diletakkan untuk memohon maaf kepada penduduk tentang pergambaran ini. -HD





Ternyata pihak yang mengeluarkan filem iklan air untuk memburukkan kerajaan PR Selangor adalah pihak yang tidak bertangungjawab.

Mengeluarkan dana untuk pengeluaran filem iklan berkenaan dengan menandatangi dengan sebuah syarikat produksi filem, tetapi enggan dan takut untuk mendedahkan identiti sendiri.

Begitulah gambaran terdesaknya UMNO sekarang ini. -GB

SEKARANG BARU TAHU MENGAPA UMNO/BN NAIK ANGIN DSAI MENAIKI JET



Puak-puak  haprak UMNO/BN  sekarang ini meroyan gila  bila dapat tahu bakal Perdana Menteri ke-7 Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim  dapat menaiki jet khas baru-baru ini. 

Walhal bukan sekali ini DSAI diberi sanjungan dan penghormatan sedemikian rupa, bahkan sewaktu beliau baru menjalani pembedahan tulang belakang di Germany dulu pun beliau dapat menaiki pesawat khas dari kerajaan Arab Saudi. 

Adakah ini bermakna kerajaan Arab Saudi mahu sesuatu dari DSAI?

Kita kena yakin bahawa rezeki dari Allah SWT.  Orang yang sentiasa berbuat baik, pasti ramai yang suka dan bersedia untuk membantu.  Tidak sama dengan orang yang zalim.  Orang yang zalim jika mahu sesuatu mereka akan curi, rampas, samun  atau paksa orang lain untuk dirinya.  Tidak pelik jika Najib Razak dan Rosmah Mansor guna jet khas untuk ke luar negara guna duit rakyat hanya untuk bercuti, shopping dan uruskan majlis pertunangan anaknya di sebuah negara komunis.  

Masih segar bugar dalam ingatan , TGNA Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan,  mereka sanggup tuduh lakukan rasuah apabila ada yang berbesar hati menaja beliau ke Mekah.  Jika TGNA pun puak-puak haprak boleh fitnah, pelik apanya DSAI  diftnah sama?

Agak-agaknya puak-puak haprak ini pening kepala mahu memikirkan bagaimana caranya mereka boleh menyimbah cat merah kepada jet khas itu nanti. 

Itu saja masalah mereka, bukan pasal mereka ada bukti bahawa DSAI guna duit rakyat, rasuah, atau jet khas itu kepunyaan atau ditaja Geroge Soros Yahudi. 

Itulah sebenarnya wajah puak haprak berjiwa bangkai yang sentiasa dengki dan iri hati. 

Waktu DSAI naik pancuan empat roda meredah hutan dan bukit bukau dan sampan mengharungi sungai berkempen waktu Pilihanraya Negeri di Sarawak dulu, sedangkan Najib dan TSMY guna pesawat kerajaan untuk berkempen, tidak pula menjadi isu dan bising bangau bingit!!!. 

Waktu DSAI terpaksa naik motosikal untuk ke lokasi ceramah di Pekan, Pahang akibat sekatan jalanraya, tidak juga jadikan isu. 

Mengapa tidak dipersoalkan siapa yang taja membawa DSAI menaiki motosikal?
 
APABILA JIWA DAN MINDA DISELAPUTI PENUH DENGAN PERASAAN GENTAR CUAK KERANA REBAH MENANTI DIDEPAN PINTU RUMAH MAKA JALAN TERBAIK DIAMBIL IALAH MENIPU DAN MEMFITNAH!!!

PANAS! Umno Membisu Bila Zahid Hamidi Mengaku Naik Jet!


Hipokrit sungguh puak-puak Umno ni bila kunun dapat modal hentam Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di atas isu menggunakan jet peribadi kepunyaan rakannya semasa terbang ke Sabah dan Sarawak pada 15 September dulu.

Sedangkan bila benda yang sama terkena pada pemimpin mereka, Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi yang melakukan perkara sama diam membisu macam tak tahu apa-apa.

Janjinya akan mendedahkan siapa pemilik sebenar jet peribadi yang dinaikinya masih belum terjawab sehingga kini, walaupun sudah hampir setahun mengerjakan rukun Islam kelima itu.

Mengapa Zahid masih tidak mendedahkan pemiliknya sedangkan dia sendiri yang berjanji akan berbuat demikian?

Malah bukan sekali jet tersebut digunakannya tetapi lebih dari dua kali dan ini sesuatu yang memeranjatkan.

Setelah didesak, akhirnya Zahid mengakui beliau telah pergi ke Arab Saudi untuk menunaikan haji dengan menaiki sebuah jet peribadi tetapi menegaskan pesawat itu adalah milik kawannya. 

Naib Presiden Umno itu menolak dakwaan disiarkan oleh beberapa blog dan SMS yang mengatakan jet peribadi itu kepunyaan beliau.


“Betul, tapi saya tumpang orang punya jet. Kebetulan dia pun buat haji,” katanya dalam respons menerusi SMS kepada The Malaysian Insider.


Dalam respons ringkas itu beliau seterusnya berkata: “Salah ke (tumpang jet kawan ke Saudi)?”

Zahid, Ahli Parlimen Bagan Datoh dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada 2009 ketika era pentadbiran Najib Altantuya.


Sebelum itu beliau merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal Islam.


Dakwaan diterima menerusi e-mel menyebut Zahid telah pergi untuk menunaikan haji dengan menaiki jet peribadi.


Menurut dakwan itu, isteri beliau, Hamidah Khamis telah berada di Madinah terlebih dahulu dan beliau menjemput dengan jet peribadi dan kemudian ke Jeddah.


“Siapa empunya jet peribadi ini, jika sahabat beliau; dengan tujuan apa diberi untuk menggunakan jet peribadi ini. Adakah sahabat beliau yang mempunyai kepentingan dalam Kementerian Pertahanan?


“Jika beliau menggunakan wang sendiri untuk menyewa jet berkenaan; dari mana beliau dapat wang sebegitu banyak?” kata dakwaan itu.


Dakwaan itu juga menyebut beliau sering ke Arab Saudi terutama ketika Ramadan dengan rakan kongsi yang sama beliau bernama “Tuan Sheikh Rozi”.


Bagaimanapun Zahid tidak menyebut nama rakan beliau memiliki jet peribadi itu dalam responsnya sehingga ke hari ini.

ABU tarik NGO sertai konvoi tuntutan royalti K'tan


Asalkan Bukan Umno (ABU) hari ini menyatakan, badan itu akan berusaha menarik penyertaan NGO lain ke konvoi mega pada 2 dan 3 Oktober depan bagi menyatakan sokongan kepada tuntutan bayaran royalti minyak Kelantan.

Salah seorang penggerak gabungan NGO tersebut, Badrul Hisham Shaharin berkata tuntutan itu perlu disokong memandangkan tuntutan bayaran royalti daripada hasil minyak Kelantan adalah isu nasional dan bukan hanya tuntutan daripada warga negeri tersebut.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, seramai kira-kira 30 NGO telah menyatakan persetujuan untuk menyertai konvoi berkenaan setakat ini.

Menurutnya, konvoi pertama pada 2 Oktober akan berakhir di Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang akan turut disertakan dengan program ceramah oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

Konvoi pada hari berikutnya pula akan berakhir di Putrajaya, bagi menyatakan sokongan kepada kerajaan Kelantan dalam satu kes saman ke atas Petronas di Mahkamah Persekutuan berhubung tuntutan bayaran royalti tersebut, kata Badrul Hisham.
Perbicaraan tersebut berlangsung pada 2, 3 dan 4 Oktober.
Konvoi berkenaan merupakan anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (R) yang dinaungi kerajaan negeri. -M'kini

Filem masalah air: Tak boleh dedah klien

(Pergambaran filem iklan 40 saat dengan skala pergambaran besar)

PETALING JAYA: Syarikat produksi filem catuan air Selangor berhadapan tindakan saman oleh pelanggan mereka sekirannya mereka mendedahkan pihak yang membiayai projek perfileman tersebut.

Syarikat produksi tersebut semalam menjalankan penggambaran filem yang kononnya memaparkan kelemahan Kerajaan Negeri Selangor dalam menangani isu air di negeri terbabit.

Menurut jurucakap produksi terlibat, Chong Wai Leng kepada media di set penggambaran filem berdurasi 40 saat itu, larangan tersebut terdapat dalam kontrak yang dipersetujui oleh pihak syarikat dan pelanggan yang mahu menerbitkan filem tersebut.

“Kami dah tandatangan kontrak yang melarang kami berikan maklumat (nama pelanggan), jika kami langgar kontrak tersebut kami akan disaman.

“Kami menjalankan kerja kami secara profesional, saya harap anda memahami situasi kami,” kata Wai Leng.

Beliau mula menyedari kehadiran wakil media di lokasi penggambaran tersebut apabila penggambaran yang dijalankan secara rahsia itu mula didatangi beberapa wartawan dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian tengahari semalam.

(Antara babak yang dilakunkan...lihat siapakah pelakunnya)

Selain itu, beliau turut meminta wakil media yang berada di situ agar meninggalkan lokasi penggambaran filem itu.

TV Selangor yang berada di lokasi penggambaran sejak awal pagi semalam mendapati set penggambaran berbajet tinggi itu dilengkapi sekurang-kurangnya tiga buah jentera kren, sebuah lori tangki air, sebuah ‘caravan’, sebuah tandas bergerak tiga pintu, sebuah generator besar dan beberapa kenderaan lain berupa lori dan van.

Beberapa khemah besar turut dibina bagi keselesaan para pelakon dan krew penggambaran makan dan berehat.

Penggambaran yang dijalankan di Pangsapuri Happy Mansion itu melibatkan kira-kira 300 pelakon dengan bayaran didakwa RM50 setiap seorang.- Selangorku.

Pemimpin siswa dakwa diserang 5 individu



Pengerusi kumpulan mahasiswa antikemapanan Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM) Edikoup Lakip Sediyanto membuat laporan polis mendakwa diserang sekumpulan individu tidak dikenali di Petaling Jaya awal pagi tadi.

NONEEdikoup berkata, kejadian pada jam 4 pagi di Seksyen 17 itu bermula apabila motosikal yang dipandunya dihadang sebuah kereta, sebelum beliau diheret dari motosikal ke bahu jalan dan diserang.

"Setelah itu, turun seorang yang berbadan besar menghayun topi keledar ke badan saya sehingga saya terjatuh dari motosikal.

"Setelah itu, mereka memukul saya, menghentak kepala saya dengan topi keledar sehinggalah saya dipukul, ditumbuk, diterajang di perut dan sebagainya.

"Setelah puas memukul saya mereka melarikan diri. Saya kesakitan di muka dan badan," laporan polisnya dipetik.

Edikoup berkata, lima individu terlibat memukulnya.

Sidang media di wad kecemasan

Dalam laporannya juga, Edikoup berkata, beliau sebelum itu, sekitar jam 12 tengah malam telah diugut tiga lelaki lain di Lebuh Raya Mahameru Kuala Lumpur.

"Mereka seramai 3 orang telah mengancam saya dan mendakwa saya seolah ada membuat masalah dengan mereka tetapi saya langsung tidak memahami apa yang mereka maksudkan," katanya dalam laporan itu lagi.

NONEBeliau kini sedang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Setakat ini, masih tidak dapat dipastikan sama ada insiden itu berkaitan pilihan raya kampus atau tidak.

Proses pengundian hari ini berlangsung di lebih 15 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS), termasuk universiti utama di Lembah Klang.

Pro-Mahasiswa UM dijadual mengadakan sidang media di wad kecemasan PPUM pagi ini.

Kesan lebam
Edikoup ketika ditemui di Pusat Perubatan Universti Malaya (PPUM) selepas menerima rawatan kira-kira jam 11.30 pagi ini, didapati berada dalam keadaan letih dan lemah.

Beliau yang berkerusi roda berkata, luka di bahagian pipi kanannya dipercayai ditumbuk dan terdapat kesan lebam di bahagian dahi.

"Setakat ini badan rasa sengal-sengal... Saya kena pukul oleh lima orang, seluruh badan sakit-sakit," katanya yang berkerusi roda.

Satu arahan perubatan yang dikeluarkan PPUM menyebut, beliau baru mengalami kecederaan di kepala dan memerlukan pemerhatian setiap dua jam selama 24 jam. -M'kini
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .