Kulim
- “Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni,” jerit seorang
rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila
merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat
duduk kerusi belakang.
Gambar:Kelihatan imej lembaga berkenaan yang tertera di cermin belakang kereta.
Kejadian
itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang
anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit
Lengkok kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu.
Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, semua
mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan
tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya.
Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera.
Bagaimanapun,
anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat
al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan.
Setelah
melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan
Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata,
mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan.
Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang
rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan
dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang.
Imej lembaga wanita dari jarak dekat.
Sementara
itu. seorang pemandu van kilang yang tinggal di Taman Selasih dan tidak
mahu dikenali berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan
Bukit Lengkok.
Menurutnya, beberapa tahun lalu polis ada menemui
mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam
gaung berhampiran.
“Ramai pengguna jalan itu menjadi mangsa
gangguan lembaga berkenaan. Lembaga itu pernah duduk di belakang
penunggang motosikal, saya juga pernah nampak lembaga itu berada di atas
bumbung kereta yang datang dari arah bertentangan.
“Sememangnya jalan itu tidak dilalui oleh kenderaan pada lewat pagi terutama ketika hujan renyai atau lebat,” katanya.
Pengerusi
Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim
juga tidak menafikan kewujudan lembaga itu yang sering mengganggu
pengguna jalan raya yang melalui jalan Bukit Lengkok menjelang lewat
pagi.
“Jalan itu tidak sesuai digunakan pada waktu Subuh terutama
ketika hujan. Ini kerana terlalu banyak kejadian kemalangan berlaku di
sekitar kawasan itu disebabkan keadaan jalan di situ sempit dan
bengkang-bengkok.
"Saya menasihatkan pengguna supaya menggunakan
lebuh raya Butterworth Kulim Express (BKE) untuk pergi ke Pekan Kulim
dan jangan mengunakan jalan Bukit Lengkok sebagai jalan pintas walaupun
ia lebih dekat,” katanya. -SH
Apabila
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom
berkata bahawa kemasukan Irshad Manji ke Malaysia adalah kerana dia
didalangi oleh individu tertentu maka saya melihat beliau seolah-oleh
cuba mengocak-ngocakkan air yang tenang dan jernih agar menjadi keruh
dan kemudiannya senang bagi beliau untuk menangguk.
Terlalu mudah plot cerita yang cuba dia reka itu, seperti cerita
Hindustan cerita sama yang diulang-ulang. Cuma watak dan tempat sahaja
yang berbeza. Balik-balik kisah cinta terhalang, kisah wira penyelamat
yang kekuatannya sekali tumbuk lima, enam orang musuh melayang. Itupun
orang yang bodoh masih percaya dan menangis-nangis bila menontonnya.
Saya
mungkin tidak terlalu arif tentang bagaimana proses kemasukkan orang
asing ke negara ini yang kalau seperti dilaporkan oleh Malaysiakini,
Jamil sepertinya menggambarkan kemasukan seseorang ke negara ini amat
sukar disekat sepertinya negara kita ini tiada sistem bagi mengenal
pasti siapa pelancong itu. Adakah sedangkal itu sistem yang dimiliki
oleh imigresen Malaysia?
Kalaulah benar begitu sukarnya pihak
berkuasa menyekat kemasukan orang-orang yang tidak diingini ke negara
ini maka, bagaimana mungkin seorang peguam William Bourdon yang ingin
menyiasat tentang kes rasuah pembelian kapal selam scorpene sedikit masa
dahulu disuruh pulang kembali ke negaranya? Adakah pihak imigresen atau
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghalau peguam itu secara rambang?
Atau kebetulan bertemu di pasar malam?
Dan bukankah kedatangan
Irshad Manji telah menjadi isu yang besar di kebanyakkan akhbar kerana
bantahan rakyat? Dan jelas beliau telah ditolak di Indonesia. Maka
kenapa apabila kita sudah tahu berkenaan kedatangannya itu, kita masih
gagal melakukan tindakan pro-aktif bagi menghalangnya? Perlu diingat
Irshad Manji bukan pendatang tanpa izin yang masuk melalui hutan di
sempadan. Dia masuk secara sah dan berdaftar atau dengan kata lain dia
masuk melalui pintu depan rumah kita !
Kes yang sama pernah
berlaku sedikit masa dahulu apabila seorang lelaki rakyat Arab Saudi
Hamza Kashgari yang dikaitkan dengan tuduhan menghina rasulullah di
laman Facebooknya ditangkap dan beliau telah dihantar kembali oleh
kerajaan Malaysia ke negara asalnya. Kenapa dengan kes yang sangat
menyerupai antara satu sama lain, tetapi hasil keputusannya sangat
berbeza? Begitu mudah dia ditahan dan dihantar pulang, jadi apakah
kerumitan yang dihadapi oleh kerajaan dalam kes Irshad?
Bagi
pandangan saya isu Irshad Manji ini sebenarnya akan membawa sedikit
political mileage kepada Umno sekiranya isu berkaitan dengan lesbian,
gay, biseksual dan transeksual (LGBT) berjaya diperbesarkan, maka ia
secara tidak langsung akan dipalit kepada pembangkang. Sengaja dibiarkan
kemasukkan Irshad Manji agar terkait dengan pembangkang yang dituduh
menyokong LGBT. Namun Alhamdulillah kelihatannya strategi ini tidak
Berjaya
Berkaitan dengan dalang yang dikatakan oleh Jamil pula,
dia hendaklah mengemukakan bukti supaya terang siapakah dalang disebalik
segala ini dan diambil tindakan sewajarnya, dan saya percaya Pakatan
Rakyat terutamanya PAS akan menyokongnya. Tetapi Jamil jangan hanya
melepaskan peluru secara rambang, bahaya ! Kerana peluru itu mungkin
terkena kepada orang yang tidak bersalah.
Atau adakah dalang itu
berselindung di belakang beliau dan partinya. Mengapa saya berani
menanyakan begitu? Lihat sahajalah tempat pelancaran buku Irshad Manji
ialah di Wisma MCA !!!
MCA seperti yang diketahui umum adalah
teman sebantal Umno. Tiadalah parti tersayang dan yang terbesar selepas
Umno di dalam BN kecuali MCA yang mengaku sebagai kafir zimmi (oleh
wakil MCA sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar -Terengganu iaitu
Yang Berhormat Toh Chin Yaw dalam sidang dewan suatu masa dahulu). Jadi
adakah anda hairan jika sekiranya tiada tindakan dikenakan oleh kerajaan
atas penganjur yang melancarkan buku tulisan Irshad ini?
(Gambar
kiri - Penerbit ZI Publications Ezra Zaid-kiri bersama Erykah Badu,
artis kontroversi yang membuat tatu nama Allah di badannya)
Kerajaan
juga sepatutnya menjalankan siasatan kepada penganjur program ini ZI
Publications kerana cuba menghuru-harakan kefahaman orang awam terhadap
Islam. Dengan tindakan keras oleh kerajaan saya percaya dan yakin
pihak-pihak lain tidak akan mengambil mudah lagi dalam isu berkaitan
sensiviti Islam. Hendak seribu daya tak nak seribu dalih. Dan jangan
dilakukan kerana keuntungan politik semata-mata. Sama jugalah dengan isu
kumpulan K-Pop dalam majlis sambutan Belia Kebangsaan di Putrajaya dan
isu tatu di badan Erykah Badu masih tak selesai. Dimana Majlis Fatwa
Kebangsaan? Kenapa diam? Benarlah kata Tuan Guru Nik Aziz, ulamak
terompah kayu, hanya dipakai dan bising untuk ke jamban.
Inilah
yang saya katakan pada permulaan catatan ini iaitu cerita Hindustan sama
yang sedang dimainkan oleh Umno iaitu untuk mengaitkan Pakatan Rakyat
(PR) dengan amalan yang tidak bermoral. Alahamdulillah rakyat Malaysia
sangat bijak membaca apa niat tersirat oleh orang yang berniat serong.
Teringat
saya kepada cerita teman saya apabila mula-mula Jamil Khir dilantik
menjadi menteri. Hampir saja Jamil ingin meletakkan jawatannya kata
teman saya kerana tidak tahan melihat Islam bagaikan dipermainkan oleh
kerajaan. Namun beliau dipujuk oleh sekumpulan cerdik pandai dalam
kerajaan agar bertahan dan mereka akan membantu Jamil dari belakang.
Dengan
cerita yang semakin banyak berkenaan Jamil Khir (baca cerita negatif)
tentang wang zakat yang dibayar kepada peguam, cerita dalang kepada
Irshad Manji ini dan terbaru kisah kerajaan Arab Saudi yang kononnya
ingin mengurangkan kuota jemaah haji Malaysia kerana himpunan Bersih 3.0
yang diadakan di Mekah dan Madinah, dibangkang keras oleh Ketua Dewan
Ulamak PAS Pahang Ustaz Mokhtar Senik yang mengatakan kerajaan Saudi
tidak pernah mengeluarkan kenyataan pengurangan kuota itu, saya hanya
tersenyum mengingatkan kembali cerita teman saya itu. Wallahua’lam -
dunbpayong.blogspot.com
(Tuan Guru Abdul Hadi menerima borang permohonan menjadi ahli PAS dari penjaja Chow Kit)
KUALA LUMPUR: PAS akan bertanding di tiga kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan iaitu Putrajaya, Titiwangsa dan Setiawangsa.
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Mohamad berkata, PAS negeri sedang memberikan fokus kepada tiga Parlimen ini.
"PAS
Wilayah Persekutuan meletakkan dua strategi dalam menghadapi pilihan
raya umum iaitu mengekalkan kemenangan di Titiwangsa dan mencipta
kemenangan baru di Parlimen Setiawangsa dan Putrajaya," katanya.
Beliau
berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily selepas taklimat jentera
PAS Wilayah Persekutuan bersama Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul
Hadi Awang di bangunan Yayasan Selangor, Kampung Baru, hari ini.
Beliau
berkata, persiapan PAS di Wilayah Persekutuan sudah mencapai 80 peratus
selain memberi tumpuan kepada isu-isu tempatan sebagai kempen pilihan
raya.
"Kita telah menggerakkan jentera yang kita atur di semua
peringkat di samping mengumpul dana yang perlu dan setakat ini persiapan
kita telah hampir sempurna tinggal lagi bagaimana kita nak menghadapi
beberapa isu yang besar di Wilayah Persekutuan," katanya.
Menyentuh soal calon pula, PAS Wilayah Persekutuan menyerahkan sepenuhnya kepada PAS pusat.
"Siapa calon kita serah kepada pusat untuk tentukan, cuma kita persiapkan jentera," katanya lagi.
Dalam pilihanraya umum lalu, PAS bertanding di dua kawasan Parlimen iaitu Titiwangsa dan Putrajaya.
Di Titiwangsa, Calon PAS Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Ghazali menang dengan majoriti 1,972 undi.
Bagaimanapun, calonnya Mohammad Nor sendiri tewas di kerusi Putrajaya dengan majoriti 2,734.
Sementara
itu, seramai 200 peniaga Pasar Chow Kit menyerahkan borang keahlian PAS
kepada Ustaz Hadi dalam majlis dialog dan minum petang bersama pimpinan
PAS.
Majlis itu merupakan salah satu program yang diatur dalam lawatan kerja Ustaz Hadi ke Wilayah Persekutuan hari ini. -Hrkh
Inilah bentuk debat stail baru yang sebelum ni dipopularkan oleh Ali Rustam.
Mungkin kut kalau ada yang rancang debat stail baru ni antara Anwar
dengan Najib, Najib berani dan boleh setuju. Kalau pun bukan sekarang
tapi mungkin selepas PRU13 kalau Najib jadi ketua pembangkang.
'Debat' Nurul vs Umi Hafilda ni berlangsung di Lembah Pantai sejurus
sebelum pemuda Umno serang ceramah PR sampai ada pakcik yang cedera tu.
Aku malas nak ulas pasai debat Umi Hafilda dengan Nurul Izzah macam
video kat bawah ni. Aku cuma nak salin tampal apa yang blogger
IkutSukaAku(ISA) tulis:
Apabila Pelacur Politik ini klimaks... hilang segala nilai dan akhlak
seorang perempuan. lantas menyerlahkan akhlak sebenar seekor Betina....
hahahaha...!!!!
Apa bezanya Perempuan dengan Betina..???
"Perempuan menjaga maruah, tetapi Betina menjualnya."
Aku masa first jumpa dalam blog ISA tu, memang malas nak tengok video
ni, meluat tapi bila tengok kali kedua aku tertekan play... memang tepat
macam tajuk yang blogger ISA guna... "Apabila Ketua Pelacur Ini... Klimaks... hahaha..!!!!"
Nak harap ada debat sungguh antara Nurul vs Umi ni? Tak payah la, buang masa ja debat dengan orang yang takdak akhlak macam tu. sumber
Beberapa
hari yang lalu tulisan seorang artis
bernama Haire Othman yang membidas kenyataan Datuk Seri Mustapa Mohamed
yang menganggap tindakan segelintir bekas pegawai kerajaan dan selebriti
menyertai Pas konon untuk berdakwah, sebenarnya hanya untuk berpolitik.
Haire
di dalam facebooknya menempelak Tok Pa dengan menyatakan jika artis
berkempen atau menyertai UMNO tidak pula dijadikan isu dan menanya
mengapa para artis tidak boleh berbeza pendapat dengan pihak kerajaan
serta mesti ikut mereka seperti lembu.
Tindakan
Haire itu walau bagaimanapun tidak disenangi oleh golongan pencacai
UMNO yang bernama "Adi Isa" yang menulis seperti berikut:
Artis itu sangka PAS itu agama seperti kepercayaan ahliahli PAS, rupanya politik
Namun
tulisan Adi Isa berkenaan dilibas segera oleh Haire Othman dengan
menyatakan beliau tidaklah jahil sangat untuk menganggap PAS itu agama,
tetapi beliau menyatakan dengan tegas bahawa sekurang-kurangnya beliau
tahu membezakan yang mana lebih memeperjuangkan hukum agama Islam.
Adi
Isa akhirnya terkedu dengan libasan artis berkenaan, disangkanya Haire
sejahil dan sejahat dirinya untuk memburukkan PAS dengan menganggap PAS
itu agama, masuk PAS masuk syurga.
Seperti yang GB katakan
sebelum ini bahawa banyak pihak melihat kenyataan Tok Pa berkenaan
menyerlahkan keadaan UMNO kini sedang tertekan dengan sikap beberapa
orang bekas pegawai kerajaan dan artis/selebriti yang telah mengambil
keputusan untuk menyertai PAS.
Dan Haire merupakan salah seorang
artis yang tidak mahu diperlembukan UMNO! Semoga Allah beri kekuatan dan
kecekalan kepada artis ini...
Saya
berdiri di sini sebagai orang biasa, tiada kepentingan politik, tak ada
cerita-cerita politik, tak nak jadi orang politik. Apa yang saya akan
ceritakan.. mungkin tak ada statistik seperti cerita dari bakal-bakal
calon kita dan orang-orang lama yang telah berada dalam Pakatan Rakyat.
Tapi cerita saya adalah cerita rakyat biasa. Perkongsian saya adalah
pengalaman saya merantau lama, di New Zealand sahaja dah lebih 10 tahun
dan dah setengah dunia dah saya tengok. Dan saya dapat melihat
perbandingan dengan apa yang sedang berlaku di luar dan dalam negara
kita.
Saya teruja bercerita. Dalam penghijrahan dalam diri saya,
penghijrahan dari tempat ke tempat yang lebih baik. Dalam membetulkan
diri saya, dan memdidik anak-anak saya. Apabila saya berkawan dengan
ustazah-ustazah dan ustaz-ustaz, saya terjumpa hadis riwayat Said
al-Khudri r.a yang meriwayatkan Rasul S.A.W bersabda yang bermakna “jika
diantara kamu berhadapan dengan kemungkaran hendaklah kamu menukarnya
dengan tangan kamu dan jika tak sanggup dengan tangan kamu, dengan lisan
kamu, dan jika tidak sanggup dengan lisan kamu, membencinya dan itu
adalah selemah-lemah iman”.
Saya terpanggil untuk bercakap
sebenarnya lama jugak kena fikir. Anak-anak kecil lagi, orang kata kalau
bercakap diatas pentas pembangkang susah nak cari makan, memanglah
jabatan kerajaan tak bagi ‘show’ lagi dah.Tapi Allhamdullilah mungkin
kita berkawan-kawan dengan orang yang faham tentang agama. Kata orang,
seperti kita berkawan-kawan dengan orang yang membuat minyak wangi sikit
sebanyak InsyaAllah kewangian itu akan terpercik kepada kita. Jadi,
bagi saya.. saya diigatkan dia kata. “Aisyah, rezeki ada dimana-mana.
Rezeki kita telah ditentukan oleh Allah Taala. Daripada usia 4 bulan
dalam rahim ibu kita memang ‘comfirm’ itu hak kamu. Itu yang Allah
tentukan. Tapi, yang tak comfirm lagi, di mana kesudahan kita. Di mana
kesudahan kita ini sedikit sebanyak bergantung kepada arah tuju. Kita
membawa diri kita, bukan hanya diri kita tetapi juga masyaakat di
sekeliling kita, kemana arah tuju kita. Samaada kita nak selamatkan diri
kita di dunia ini ataupun kita sama-sama hanyut di bawah pemerintahan
orang yang tidak bertanggungjawab.
Mula-mula saya dulu ramai
juga muslimah jaga anak sibuk nak besarkan anak denagn family. Masa tu
saya study. Bab-bab politik ni, tak minat. Tapi saya balik di Malaysia
tahun 1998, selepas lebih 10 tahun duduk di tempat orang, saya balik
dengan harapan membawa anak-anak saya untuk membesar di sebuah negara
Islam atau Negara yang dikatakan sebagai Negara Islam. Tapi bila saya
balik ke Malaysia, masyaAllah, saya tengokkan di Kuala Lumpur tu,
Hollywood melebihi hollywoo dan bollywoodnya pun lebih dahsyat dari
Bollywood.
Apabila saya pernah dijemput untuk menghadiri membuat
persembahan di rumah masa tu dia masih atau timbalan menteri pada tahun
1998/1999. Mula-mula saya sampai ini bukan rumah rasmi tapi rumah
peribadi, masa tu dengan kawan saya orang New Zealand dia cakap dasyat!
Malaysia agaknya gaji menteri besar sungguh, kerana rumahnya bukan main
besar. Rumahnya setanding atau melebihi rumah puteri-puteri atau
putera-putera raja Negara-negara minyak, macam tu punya gah rumah
menteri….Jadi kalau macam tu saya kalau dapat satu penggal (jadi
menteri) pun jadi kalau dapat rumah macam ini.
Kemudian, saya
berkawan dengan orang yang bisnes dan saya pernah diajak sekali. Dia
kata jom, kita shopping di Nilai tiga. Saya cakap kenapa nak kena
shopping di Nilai tiga? Dia kata ni dah nak dekat raya untuk beli kain
baju untuk bawah-bawah, kerani-kerani. saya kata biar betul?
Kerani-kerani ni buat apa? Dia kata, kalau tak bagi kerani bawah-bawah
ni.. nanti claim (tuntutan) aku semua nanti tak naik ke atas.
Saya
terperanjat, kerana saya tinggal di New Zealand lebih 10 tahun. Kat
sana jarang ada rasuah-rasuah ni. Saya cakap biar betul? Dia cakap
yelah. Tu baru kerani bawah-bawah, kalau yang lebih tinggi pangkatnya,
lagi besar ganjaranya. Sebab itu tender kalau RM100,000 dan jadi
RM300,000.00.
Saya sungguh terkejut. Saya tak sangka benda ni
berlaku di negara Malaysia, negara saya sendiri. Seperti orang kata lah,
benda-benda ni macam kebanyakan muslimah kalau tak kena ke batang
hidung kita sendiri kita mungkin tak berfikir dan tak ambil serius kita
tak ambil perhatian.
Pada tahun 2005, anak saya menghadapi krisis
hak penjgaan anak. Dan saya dapat tahu anak saya yang bongsu usia dia
lima tahun sudah diajar oleh suami saya menggunakan dadah. Pandai dia
tunjukkan cara-caranya. Saya rasa yakin tuan-tuan puan-puan yang ada
anak bayangkan kalau anda dapati diri anda dalam situasi itu. Tiba-tiba
anak saya telah didedahkan dengan perkara-perkara ni. Dan saya digugat
hak penjagaan anak saya oleh orang asing mualaf mungkin bawa anak saya
ke luar negara dan selepas itu, saya tak tahu apa yang akan terjadi
dengan agama anak saya. Sebagai seorang ibu, dan saya tahu muslimah
semua pada malam ini akan turut merasakan apa yang lebih berharga dalam
hidup kita daripada menjaga akidah anak-anak kita.
Saya
ditakdirkan diberi peluang untuk buat persembahan untuk seorang VIP
seorang menteri yang diamanahkan untuk menjaga hal ehwal wanita. Saya
rasa inilah peluang saya untuk menceritakan masalah saya. Ini pemimpin
yang kita pilih. Saya ingin mendengar nasihat dan ingin mendengar
pandangan yang boleh membawa jalan penyelesaian kepada masalah saya.
Selepas persembahan itu, saya dapat bertemu dengan beliau. Beliau memuji
dengan senyum manis, suara merdu. Dalam hati saya, saya berkata oh..
nilah peluang saya untuk menceritakan masalah saya. Saya berkata,
sebenarnya Datuk Seri ceritanya begini.. saya ada masalah, anak saya
macam ni macam ini.. dengan sekelip mata, wajah yang manis itu berubah.
Marah,
dia tak suka saya menceritakan masalah saya kepadanya. Masalah ini
maslah besar bagi saya masalah akidah anak-anak saya. Tak lama kemudian,
datanglah orang-orang dia denagn wajah yang marah, bertanye pada saya.
Apa yang you cakap pada Datuk Seri? Saya cakap, saya hanya menceritakan
masalah saya. You tak sepatutnya cerita mcam tu, you sepatutnya telefon
orang-orang ini orang-orang itu…macam ini macam itu. Dan akhirnya, saya
tak dapat apa-apa pertolongan pun daripada pihak ini. Pihak yang telah
diamanahkan untuk menjaga hal ehwal wanita.
Saya tak mintak
apa-apa, saya Cuma minta nasihat di mana saya nak bawa masalah saya. Di
sini saya mula berfikir, berfikir kerana apa, pelik juga Malaysia ni.
Ini pemerintah yang kita pilih, yang kita pilih, kita amanahkan untuk
menjaga kebajikan kita tapi bila kita berjumpa dengan dia, menceritakan
masalah kita, dia marahkan kita. Ada something wrong dengan sistem kita
ni. Ada satu yang tak kena.
Dari sini, saya mula memerhati saya
mula berfikir, dan selama saya duduk di luar negara. Saya lihat dimana
proses demokrasi yang dilakukan di luar negara. Kalau kita tengok d TV
hujah pemerintah setengah jam hujah pembangkang juga setengah jam,
rakyat dapat tengok kedua-dua hujah dan rakyat diberi peluang embuat
keputusan. Selama saya berada di sana, saya ingat Malaysia macam itu
juga. Tapi rupa-rupanya saya kena tipu hidup-hidup, bila saya lihat,
saya dapati yang laporan yang dibuat dalam media utama ni, tidak
mncerminkan dan tidak menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.
Saya
sebagai seorang artis ni dia ada ‘advantage’ ada kelebihan. Kami
dijemput ke pelbagai program dan kita jumpa pelbagai masyrakat. Dan bila
saya baca dalam media utama saya dengar saya tengok dalam TV dan mereka
kutuk-kutuk tentang pembangkang. Saya mula berfikir, saya baru buat
program dengan kumpulan itu, haji itu, hajjah itu, kumpulan Nisa’…keapa
dia asyik kutuk aja orang ni…(sedangkan) orang itu tak macam ini. Orang
ni tak macam yang mereka kutuk. Saya dapati media utama kita hanya
mengambil cerita satu pihak sahaja. Sejak dari itu, saya cari media
alternatif (yang mengambil cerita dua pihak).
Dan jika anda
penyokong tegar pihak BN, buka minda sikit. Cuba baca (tengok), kalau
macam dalam mahkamah, kalau kita jadi hakim, kita kena dengar masalah
dua-dua pihak. Kalau anda mendengar dari media utama hanya mendengar
satu pihak. Carilah cerita, saya cerita dari pihak yang sebelah lagi
supaya dapat gambaran yang seimbang.
Kau dengar dari media utama
kutuk-kutuk Kelantan miskin itu ini….cakap Kelantan ni miskin lah, nil
ah.. dah kau gi ambik royalti minyak kat sana. Kita ada dengar betapa
besarnya duit BRIM RM500 untuk anakanak RM100, tapi, kita tak dengar
cerita di media utama tentang ketirisan duit rakyat. Tahun 2010, kalau
mengikut laporan audit negara, ketirisan penyelwengan, rasuah masuk
poket duit rakyat sebanyakRM21 billion. Boleh bayangkan tak betapa
banyak 21 billion tu, itulah duit kita punya yang hilang pada tahun
2010, masuk dalam poket (individu) yang tidak dapat dikira… tidak
diberitahu kemana duit tu pergi. Kalau kita lihat dari laporan (audit)
karipap 20 sen 30 sen, bagi tender dah jadi RM1…disitulah penyelwengan
duit…
Bagaimana ia terkait dengan kita? Populasi rakyat 28 juta
orang. Kita bahagikan RM21 bilion kepada 28 juta rakyat, setiap kita
megalami kehilangan kerugian RM750 setiap orang!! Tak kira anak kecil
ke…orang tua ke …..Kalu bab duit hilang ni tak diceritekan, kalau bab
bagi RM500 ni diceritakan, satu Negara tahu. Jadi sekarang saya hendak
anda semua berfikir kalau setiap orang daripada kita menanggung dalam
tahun 2010 sahaja. RM750 satu kepala, dalam satu rumah, ada 4orang,
maknanye dalam satu rumah itu, dah hilang RM3000, emak diberikan RM500,
ayah RM200 anak mungkin diberikan RM100. (jumlah RM800) bandingkan
jumlah yang diberi dengan jumlah duit kita yang hilang.
Bende-benda
macam ni yang kita tak dapat ceritanya di media utama. Cerita kapal
selam. Kalau anda lihat, google, video cerita kapal selam melalui lawyer
Suaram tu, pihk media diharamkan menceritakan pembelian Scorpene ni.
Scorpene ni kapal selam. Kapal selam kita dah beli dua buah dengan harga
RM7 billion. Rasanya tak campur dengan kos2 yang lain. Mungkin kita
perlukan kapal selam untuk menjaga perairan kita. Tapi masalahnya, kapal
selam kita tak boleh nak menyelam tu.. dah tersadai di Sabah sana. Duit
kita RM7 billion dihabiskan kepada kapal selam ini. Dan banyak cerita
yang kita masih mahu dengar tentang komisyen yang diambil oleh
pemerintah kita. Tapi cerita ni tak kan keluar dalam media utama. Ia
hanya keluar kerana ia menjadi kes antarabangsa. Nak tak nak orang luar
tulis pasal cerita ni.
Integriti kewaratwn tidak ada dalam media
utama kita. Cerita tu hanya berat sebelah. Contoh paling utama,
perhimpunan bersih. Kalau anda lihat, beberapa hari selepas perhimpunan
Bersih ceritanya tentang bagaimana orang yang pergi ni, adalah
perusoh-perusoh yang menghuru-harakan keselamatan Negara kita. Ada ke
muka ni, muka-muka yang pergi tu perusoh? Yang pergi dengan saya tu,
saya parking kereta di hotel dan saya berjumpa dengan seorang hamba
Allah ni daripada Teluk Intan saya dapat berjalan bersama pergi ke
Dataran Merdeka dengan beliau datangnya bertongkat.Walaupun kakinya tak
kuat, beliau datang dengan semangat.
Berita fokus kepada
tuntutan bersih, tidak diceritakan. Yang diceritakan rakyat perusoh.
Fokus tuntutan itu tidak diceritakan. Tuntutan ini hanya ingin membersih
nama pengundi yang tidak berdaftar. Itu adalah salah satu tuntutan
daripada lapan tuntutan yang diminta, tapi tak dikeluarkan. Kita kena
faham apa itu sistem demostrasi. Kalau tuan puan-puan lihat, saya
behubung dengan adik-adik di New Zealand yang juga menyertai himpunan
bersih di sana, sebagai student di sana. Tak ada pulak kerajaan di sana
bawa gas pemedih mata, kalau diorang nak cari pasal diorang boleh tanya
kau pelajar luar, yang sibuk-sibuk nak memprotes itu apesal? Tetapi
mereka tak berbuat demikian. Kerana mereka paham apa itu demostrasi. Apa
hak kita sebagai rakyat untuk menyuarakan ketidak puasan hati kita.
Kita
kena fikir bila pemerintah menyindir-nyindir orang PAS kata tak sokong…
Tak redho ambil ‘durian runtuh’. Pikir satu je, itu bukan duit mereka.
Tidak ada sesiapa pun yang berhak untuk berkata kita tidak berhak
mendapat apa-apa bantuan.
Makcik-makcik dan orang-orang tua yang
takut nak meyanggah pemerintah… Kita kena ingat, pemerintah itu boleh
buat apa-apa dengan izin rakyat. Rakyat yang bagi dia kuasa. Kalau
rakyat dizalimi, dan rakyat tidak puas hati. Rakyat boleh ambil balik
kuasa itu. Itu hak kita bersama. Sistem demostrasi ini senang sahaja.
Duit, harta benda, bangunan, tanah, itu adalah milik kita bersama
sebagai warganegara. Bila kita ada sistem demokrasi duit yang kita ada
ni, kita amanahkan kepada saudara kita seorang. Kita suruh dia jaga ni,
bayar ni, jaga syarikat amanh sebagai pemerintah. Dan kita lantik lagi
sorang kawan sebagai pembangkang dalam sistem demostrasi. Kita suruh
pembangkang pantau orang yang diamanahkan kalau ada penyelewengan kau
cakap kat aku. Bila kawan kita pembangkang ni datang kat kita
menceritakan pada kita yang dia ni ada buat benda yang ta betul. Ada ke
kita (patut) marah balik kawan kita yang memerhati itu?
Di
situlah ramai orang silap tentang tugas pembangkang. Kalau kita tegar
sangat menyokong umno, sekurang-kurangnya buka lah minda anda. Dengar
cerita sedara kita ni sekurang-kurangya check dulu. Ramai muslimah yang
saya tahu, tak mahu ambil tahu tentang politik.
Saya sebagai
seorang ibu saya sanggup kemari sana-sini kerana saya sayang anak saya.
Saya seperti anda juga, menatang anak saya bagai minyak yang penuh.
Kalau saya tak ambil perhatian apa yang berlaku di sekililing saya.
Seolah-olah kita meletakkan anak kita ke dalam sampan dan kita beri
pendayung kepada orang lain. Nah! Kau buat lah apa yang kau nak buat.
Begitulah
terjadinya bila kita tak ambil perhatian kepada politik. Fikirkan
tentang masa depan anak-anak. Bagi saya saya tak sanggup tinggalkan
anak-anak saya dengan suasana rasuah yang berluasa, rasuah jadi
budaya.....BO
(Tuan Guru Nik Aziz menerima cenderamata dari Dewan Ulamak Kelantan)
MACHANG: Dewan Ulamak PAS Kelantan semalam meminta
Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan kenyataan berhubung kes bekas Ketua
Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor, yang menghina Menteri Besar Kelantan
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebagai bapa kafir.
Majlis
fatwa juga turut didesak mengeluarkan segera fatwa khas berhubung
perkara itu bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai berhubung kenyataan
menghina ulamak itu.
Pada masa yang sama, Timbalan Ketua Dewan
Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Hassan Mahmood, turut menyokong demontrasi di
hadapan pejabat NST petang ini berhubung kenytaan ‘bapa kafir’ kepada
Tuan Guru.
“Kita meminta Majlis Fatwa Kebangsaan yang dianggotai
mufti-mufti seluruh negara berasa sensitif tentang penyelewengan yang
berlaku dalam kerajaan yang memerintah hari ini.
“Banyak perkara
yang tidak sehat dilakukan oleh pemerintah, namun pihak majlis fatwa
berdiam diri, namun boleh pula mengeluarkan fatwa khas khusus untuk
Pakatan Rakyat walaupun tidak bercanggah dengan Islam,”ujarnya.
Sambungnya,
majlis fatwa tidak hanya perlu memandang sudut agama sahaja, sebaliknya
pelenyelewengan kuasa, ekonomi, yang berlaku di hadapan mereka kena
beri perhatian.
Beliau juga turut mencadangkan majlis fatwa
menegur isu penyelewengan yang membabitkan NFC, saham syarikat MAS dan
lain-lain lagi.
Sementara itu ketuanya, Datuk Mohammad Daud,
mengakui pihaknya menggunakan kaedah yang lebih lunak dalam berdakwah,
khususnya kepada orang bukan Islam.
Sambungnya, Dewan Ulamak PAS
Kelantan, seboleh mungkin tidak akan menggunakan bahasa yang kesat apa
lagi menyinggung perasaan mereka.
“Sebab itu ketika kita berucap,
berkempen, berdakwah kita tidak kata mereka sebagai orang kafir,
sebaliknya ‘bukan Islam’, sebab perkataan kafir itu begitu kasar,
walaupun mereka bukan beragama Islam,”ujarnya.
Terdahulu Tuan
Guru merasmikan laman web rasmi dewan berkenaan. Untuk melayari serta
mendapat sebarang maklumat http://dupnk.org.my.