KUALA LUMPUR: Setelah lama berdiam diri, bekas defakto Menteri Kehakiman, Datuk Zaid Ibrahim (
gambar) menulis dan meminta orang Melayu mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kali ini.
"Kepada mereka (orang Melayu), saya cadangkan, inilah peluang anda untuk mendapat kerajaan baru.
"Kerajaan baru akan membolehkan anda membuat perbandingan antara yang ada sekarang dengan yang baru," tulis Zaid dalam blognya.
Menurut Zaid, rakyat telah diberitahu dari masa ke semasa bahawa hanya Umno dan BN boleh memerintah dan melindungi mereka.
"Adalah
lebih baik anda sendiri mengesahkan perkara ini. Macamana kita tahu
Pakatan akan terlebih buruk dari Umno kalau kita tidak bagi mereka
peluang?" kata Zaid.
Bagi Zaid, rakyat negara ini khasnya orang Melayu tidak patut membiarkan mereka dibuli sentiasa.
"Parti
pembangkang yang ada sebenarnya mempunyai Melayu lebih ramai berbanding
BN, jadi mereka tidak akan menyusahkan anda," katanya.
Katanya, mereka (Pakatan Rakyat) telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dan layak diberikan peluang.
"Apa
yang pasti, anda akan mendapat sekolah yang lebih baik, guru yang lebih
baik untuk anak anda (kerana mereka lebih memberikan masa untuk
mengajar dari berpolitik) dan juga suasana yang lebih selamat dari polis
dan tentera.
"Hatta, pendapatan anda akan meningkat dari kerajaan yang dipimpin oleh mereka yang kurang rasuahnya," jelas Zaid lagi.
Zaid juga berkata, rakyat tidak akan rugi apa-apa dengan mengundi pembangkang.
"Jika
pembangkang lebih kuat dengan undi anda tetapi BN tetap menang, anda
akan mendapat lebih banyak wang tunai yang akan diberi sebagaimana yang
mereka janji.
"Wang dan projek hanya diberikan kepada anda kerana
pembangkang kuat, jika pembangkang lemah, tentu anda tidak akan
mendapat BR1M 1 dan 2.
"Adalah jelas, jika anda mahukan lebih
dari BN, anda undi pembangkang. Belajarlah menghargai undi anda untuk
memperbaiki hidup anda," tegas Zaid.
-Hrkh