Ikuti Blog ini

Gempar Dari Perak : Sidang Media Esok, 3 ADUN UMNO Masuk PKR!!!


SHAH ALAM 12 Jun - Percaturan politik yang bergolak sejak lebih setahun lalu akan bertambah rancak apabila timbul desas desus kuat yang bertiup kebelakangan ini bahawa tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Perak dikatakan akan melompat menyertai KEADILAN.

Sekiranya ia benar berlaku senario tersebut akan mengembalikan kepada keadaan sebelum rampasan kuasa haram yang didalangi Umno-BN pada Febuari 2009 apabila dua ADUN KEADILAN dan seorang wakil rakyat DAP melompat menjadi anggota Bebas dan menyokong BN.

Mungkinkah Pakatan Rakyat akan kembali berkuasa atau BN terpaksa membubarkan DUN sebagaimana yang didesak sekian lama oleh Pakatan Rakyat?

Ketua Penerangan KEADILAN Perak, Zulkifly Ibrahim ketika dihubungi Suara keadilan berkata, perkara itu akan diumumkan pada sidang media di Ipoh esok.

"Buat masa ini kita tidak akan sebut nama tetapi beberapa orang telah cuba menghubungi dan melahirkan rasa tak puas hati terhadap pimpinan negeri. Ia melibatkan pasal habuan, terutamanya ADUN Umno yang sudah senior yang tak diberi keutaman dan mereka melebihkan ADUN di pihak pembangkang yang melompat," kata Zulkifly.

Ketika ditanya jumlah mereka yang melompat, Zulkifly berkata setakat ini yang diketahui ialah seramai tiga orang dan kesemuanya daripada Umno.

Menurut Zulkifly lagi, ketidakpuasan hati di kalangan ADUN Umno itu juga mempunyai kaitan dengan tawaran jawatan dan habuan yang diterima tiga ADUN Pakatan Rakyat yang melompat kepada BN pada 2009 yang lalu.

Tindakan itu mengakibatkan krisis politik yang berlarutan menyaksikan kerajaan sah Pakatan Rakyat yang dipilih melalui pilihan raya umum tumbang.

"Berdasarkan pengalaman dari kes Nasaruddin Hashim (ADUN Bota), kes kali ini hampir serupa. Dalam kes Nasaruddin dia keluar Umno kerana tak puas hati kepimpinan Umno, jadi kita bawa jumpa Anwar. Tetapi kemudian dia telah menerima pelbagai ugutan sehingga memaksanya menyertai semula Umno," jelas beliau lagi.

Ditanya sekiranya desas desus terbaru ini cuma mainan politik Umno, dan sekiranya situasi yang sama berulang sepertimana kes Nasaruddin, beliau berkata ia berlaku di luar kawalan KEADILAN.

"Perkara itu di luar kawalan, hal macam itu kalau nak lompat balik, mereka mesti ada alasan yang kuat. Ini kerana budaya dalam Umno ada ugutan, mereka akan ugut dengan buka fail yang lama dan sebagainya seperti mana yang berlaku terhadap Nasarudin.

"Tapi apa yang saya ingin tegaskan sudah wujud tak puas hati di kalangan senior yang tak selesa dengan layanan pimpinan negeri, di samping tak puas hati dengan kepimpinan Najib berhubung isu judi, soal Yahudi, mereka (Umno) kata mempertahankan hak melayu tetapi, Umno yang banyak gadaikan hak Melayu. Mereka sudah mula bercakap, biasanya orang Umno tak berani nak sebut terang-terang," ujarnya.

Tambahnya, beliau tidak menolak kemungkinan ada usaha untuk menghalang penyertaan ADUN berkenaan ke dalam KEADILAN memandangkan BN tidak memiliki majoriti dan hanya disokong oleh tiga ADUN Bebas.

Namun katanya, beliau tidak pasti sekiranya perkara akan menyebabkan berlakunya pembubaran DUN kerana ia perlu dilihat dari aspek perundangan dan Perlembagaan terlebih dahulu disebabkan kerajaan yang dibentuk selepas pilihan raya umum kini sudah memasuki tiga tahun.

"Namun apa yang pasti kes ini sekali lagi akan mewujudkan ketidakstabilan politik diPerak," ujarnya.

Enam usul diluluskan sebulat suara


PENGKALAN CHEPA, 12 Jun: Sidang muktamar bermula jam 2.35 petang. Sebanyak enam usul akan dibahaskan pada petang ini.

5.45 petang: Sidang ditangguh sehingga esok pagi.

5.43 petang: Usul keenam diterima dengan sebulat suara.

5.35 petang: Perwakilan Shah Alam, YB Khalid Samad menyokong usul dengan berkata PAS perlu meningkatkan sokongan orang Islam, bukan Melayu.

5.30 petang: Perwakilan Putrajaya, Ustaz Nazir Zakaria sebagai menyokong usul tersebut menyeru seluruh pimpinan melakukan perubahan untuk meningkatkan penguasaaan parti.

5.24 petang: Perwakilan Kubang Pasu, Ustaz taib Haji Ahmad menyokong usul tersebut iaitu pas melalui jabatan pilihanraya pas pusat merangka strategi gerak kerja pilihanraya dari sudut daftar pemilih, kewangan, latihan kepimpinan, jentera pilihanraya secara profesional dan menguruskan isu.

5.13 petang: Dr Hamzah Jaafar, perwakilan Jerantut membentangkan usul keenam iaitu persediaan menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

Usul tersebut merupakan gabungan usul kawasan Kubang Kerian, Pokok Sena, Kubang Pasu, Jerantut, Bandar Tun Razak dan Shah Alam.

Usul tersebut mengambil ketetapan supaya PAS memenangi seberapa banyak kerusi parlimen bagi menggantikan kedudukan Umno sebagai teras utama politik negara.

5.10 petang: Usul diterima dengan sebulat suara.

4.55 petang: Perwakilan DPPP, Ustaz Ridhuan Mohd Nor turut menyokong usul dengan meminta para perwakilan menyoroti sejarah PAS dalam membawa isu Palestin.

Beliau memberi contoh bekas presiden PAS, Dr Burhanuddin Al-Helmy telah membawa isu ini ke peringkat antarabangsa.

4.45 petang: Perwakilan Shah Alam, YB Khalid Samad menyatakan sokongan dan mendakwa perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang melakukan perubahan terhadap dasar luar negara dengan melantik APCO sebagai penasihat.

4.38 petang: Perwakilan Kuala Kedah, Ustaz Ridzuan Abu Bakar menyatakan sokongan penuh kepada usul dewan muslimat.

4.20 petang: Perwakilan dewan muslimat PAS pusat, Aiman Athirah Al-Jundi membentangkan usul kelima mengenai Palestin.

DMPP mengutuk keras tindakan biadap tentera Israel ke atas misi kemanusiaan Gaza.

DMPP menyokong penuh warga Palestin yang berjuang menegakkan keadilan yang diceroboh oleh Zionis Israel dan bersedia untuk membantu dari semua aspek termasuk menghantar sukarelawan muslimat ke Gaza.

4.18 petang: Usul keempat diterima dengan sebulat suara.

4.11 petang: Perwakilan Kota Belud, Mohd Farhan Abdullah menyatakan sokongan.

Beliau merupakan bekas penganut Kristian yang memeluk Islam setelah melihat keadilan dalam Islam dan kini merupakan pendakwah bebas.

Sebelum itu tiga perwakilan turut menyokong usul tersebut.

3.50 petang: PAS kawasan Rembau menyokong usul pemerkasaan parti.

3.44 petang: Syed Abdul Kadir Al-Joofre, perwakilan Dewan Ulama' membentangkan usul keempat iaitu pemerkasaan parti.

Ini kerana dewan ulama' menyedari bahawa kepercayaan rakyat terhadap PAS semakin meningkat dan strategi PAS melaksanakan Tahalluf Siyasi telah mula menunjukkan hasil dengan sokongan rakyat Islam dan bukan Islam di negara ini.

3.42 petang: Usul ketiga diterima.

3.26 petang: Perwakilan Jerlun bangun meminta usul ketiga disokong.

Seterusnya perwakilan Tebrau, Shamsul Bakri turut menyatakan sokongan.

3.18 petang: Usul ketiga daripada dewan pemuda PAS pusat dibentangkan oleh Ustaz Ahmad Fadhli Shaari iaitu memansuhkan judi sukan.

Usul ini timbul apabila menyedari bahawa kerajaan Malaysia telah lama meluluskan judi sukan dan sedang dalam proses menganugerahkan lesen tersebut kepada Ascot Sports Sdn. Bhd.

Justeru DPPP mendesak pihak kerajaan Malaysia memansuhkan judi sukan, mengetatkan penguatkuasaan terhadap undang-undang judi dan mendidik rakyat membenci judi.

DPPP mendesak PAS pusat memobilisasi semua rakyat Malaysia turun ke himpunan 100 Ribu Mansuhkan Judi Bola pada 3 Julai ini.

3.16 petang: Usul kedua diterima dengan sebulat suara.

3.12 petang: Perwakilan Tambun membahaskan usul diikuti perwakilan Tampin. Kedua-duanya menyokong usul tersebut.

2.55 petang: Naib presiden PAS, YB Salahuddin Ayub membentangkan usul kedua iaitu mengenai kedaulatan negara.

Antara hujah yang diutarakan beliau ialah tanah dalam khazanah negara adalah hak milik negara dan rakyat di negara ini.

Justeru katanya, memberikan tanah dan khazanah negara kepada orang lain adalah jenayah dan pengkhianatan kepada rakyat dan negara.

Beliau juga berkata tinadalan kerajaan mengambil penasihat negara daripada Zionis Yahudi APCO adalah satu pengkhianatan kepada negara dan keselamatan negara.

Beliau mendesak supaya perkara yang penting untuk rakyat dan negara perlu dibincang dalam parlimen bukan hanya dilulus melalui seorang perdana menteri sahaja yang berbincang.

2.54 petang: Usul diterima dengan sebulat suara.

2.45 petang: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali membentang usul yang pertama mengenai pindaan perlembagaan PAS.-Hrkh

Gambar-gambar Muktamar PAS Oleh Wartawan Antarabangsa

Jangan main-main dengan Syeikh Arab sorang ni.. Anak muridnya cukup ramai di Malaysia.Di Kelantan lagi lah ramai anak-anak muridnya.Syeikh arab ini sangat tegas orangnya.Dalam satu kuliah Akidahnya di University beliau pernah berpesan kepada anak-anak muridnya yang majoritinya dari Malaysia,beliau tidak akan redha dan halal dengan ilmu yang diajarnya jikalau anak-anak muridnya bila pulang ke Malaysia nanti menyokong perjuangan Toghut,menyokong dan bersama berjuang dengan parti kebangsaan seperti UMNO… dia siap sebut dengan Nama UMNO sekali dalam kuliah itu… Antara anak muridnya di kelantan ini ialah Ustaz Affandi Yussof,bekas calon Umno yang tewas di Parlimen Rantau Panjang dalam Pilihanraya yang lepas…harap-harap dia dapat jupa dengan ustaz Affandi semasa beliau berada di bumi Malaysia ini.

Wahai Guruku Dr. Mustafa Abu Ziad yang sangat dikasihi..aku sangat merinduimu.. Guruku yang banyak mengajarku tentang akidah dan harakah Islamiah, Insya Allah kita akan bertemu dalam majlis makan bersama Tok Guru malam ini…

Siapa kata tiada gambar Nasa di Putik… Ini gambar siapa kalau bukan Nasa.. Nasib baik perisik rakyat dapat “PAS MEDIA” kalau tidak semua orang kata Nasa tak hadir ..

Gambar: Wartawan Antarabangsa Perisik Rakyat

PAS Yakin Perubahan Akan Berlaku, Bila Tiba Masanya



Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, perjuangan PAS adalah perjuangan Islam yang bertemakan ‘Adil Untuk Semua’, bukan sahaja untuk orang Islam, bahkan untuk seluruh manusia.

Beliau berkata demikian ketika meraikan para petugas media yang membuat liputan sepanjang Muktamar Tahunan PAS Kali Ke 56 dalam satu Majlis Makan Malam disini semalam.

Menurutnya, walaupun ada media membuat liputan yang tidak menyenangkan, namun PAS tidak bermusuh dengan pihak media.

Ulama, Pemuda PAS Selangkah Desak Hapuskan Judi

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita27/ulama.jpgMACHANG – Antara resolusi Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat adalah bergerak satu langkah ke depan dengan mendesak kerajaan pusat agar menghapuskan semua bentuk perjudian di negara ini.


Sayap ulama PAS itu juga mendesak supaya kerajaan menutup semua premis judi yang telah beroperasi.

Bagaimanapun ketegasan itu tidak menyebut bila ia harus dilakukan.

Kelainan ini diperlihatkan walaupun Pemuda PAS baru-baru ini telah memulakan Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) dengan kerjasama lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan berhubung kelulusan mengendalikan operasi judi sukan.

Pendirian Dewan Ulama itu diputuskan sebagai salah satu usul Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS yang berlangsung Markas Dewan Ulama (MADU) disini yang berakhir kelmarin.

”Judi jelas diharamkan dalam Islam. Aktiviti pelbagai bentuk judi diadakan di bawah BN sejak merdeka, dan ditambah dengan perjudian sempena musim bola sepak, maka kita sudah dapat lihat kesan-kesan buruk.

“Kita dapat melihat bahawa judi adalah seperti penyakit kanser, boleh membawa pelbagai kanser.

“Oleh itu Dewan Ulama mendesak agar kerajaan menghapuskan lessen perjudian dalam semua bentuk, mendesak menteri yang meluluskan lessen (judi) meletak jawatan,”menurut usul tersebut

Dewan Pemuda PAS yang mengadakan muktamarnya di Kota Baru juga meluluskan usul meminta agar judi sukan dihapuskan.

Ketua Pemuda PAS Ustaz Nasrudin Hasan Al-Tantawi berkata, sayap itu akan memberi komitmen 200 peratus untuk menggerakkan rakyat agar bangkit menentang kemungkaran judi yang tiada agama membenarkannya.

“Kini rakyat mula tertanya-tanya, agama apakah yang sedang dianuti oleh kerajaan Umno dan BN tatkala mereka meluluskan lesen perjudian ini.

“Kami turut melahirkan rasa kecewa apabila menyaksikan Menteri Agama, penasihat agama dan mufti–mufti dalam negara kita membisu sejuta bahasa berdepan dengan kemungkaran yang tiada ruang khilaf dan takwil ini,” jelasnya.

Justeru, menurut beliau, sebagai satu pengajaran dan didikan berkesan, Dewan Pemuda PAS menyeru agar negeri–negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat tidak memberi kerjasama kepada kerajaan pusat pimpinan Umno dan BN dalam menyuburkan amalan mungkar judi.

“Negeri–negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat mesti dilihat lebih baik dan mulia berbanding kerajaan Umno dan BN dengan terlebih dahulu memberi contoh dan teladan kepada mereka,” katanya.

Jelasnya, kerajaan Pakatan Rakyat mestilah memberikan komitmen serupa untuk memerangi jenayah judi ini dengan tidak lagi memperbaharui lessen premis perjudian yang beroperasi di bawah wilayah penguasaan mereka.

“Lantaran itu kami (Dewan Pemuda) yakin pengundi memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk melakukan perubahan, menjaga serta memelihara tanah air dan seluruh penghuninya dari terjebak dalam kancah mungkar seperti judi yang mampu membinasakan tamadun ummah,” tambahnya lagi. -BO

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .