Ikuti Blog ini

Bantah Tindakan Polis Dan SPR Halangnya Bertanding, Anuradh Nyatakan Sokongan Kepada PKR



Dari laman FaceBook Ahli Parlimen Kuantan merangkap Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Fuziah Salleh .

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menjelaskan bahawa seorang lagi calon tidak sempat memfailkan kertas pencalonannya kerana lewat tiba di pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Ketika ditemui Malaysiakini, beliau berkata, calon tersebut - Anuradh Jeyasingam - sepatutnya datang lebih awal.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, ketika pegawai pengurus pilihan raya keluar hendak umumkan tempoh penamaan calon tamat, baru Anuradh hendak menghantar borang.

Ditanya mengenainya dakwaan Anurad kepada pihak media bahawa polis menghalangnya, Abdul Aziz berkata:

"Dia boleh cakap apa dia mahu, tapi sebagai orang yang hendak bertanding, dia kenalah datang awal

"Kita ikut peraturan. Jam 10 pagi lebih tidak boleh terima borang," tambahnya.

Abdul Aziz juga mengesahkan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang bantahan dari mana-mana pihak sewaktu tempoh bantahan.

Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor 25 April ini akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN P Kamalanathan, Datuk Zaid Ibrahim (PKR) dan dua calon Bebas, iaitu bekas pemimpin MIC bahagian, VS Chandran dan ahli jawatankuasa Pemuda Umno Shah Alam, Johan Mohd Diah.

Mengenai dua calon bebas tersebut, Abdul Aziz berkata Johan akan bertanding atas simbol cangkul manakala Chandran pula menggunakan simbol loceng.

Mengenai insiden kekasaran yang berlaku sewaktu penamaan calon pagi tadi, Abdul Aziz berkata, ia disebabkan ada penyokong yang tersesat masuk ke dalam kumpulan lain.

Berikutan itu, katanya, berlaku provokasi sehingga membawa kepada baling membaling objek.

Dakwa dihalang polis

Sementara itu, Anurad memberita media, mendakwa dia tiba jam 9.40 dekat pintu pagar pusat penamaan calon itu, tetapi dihalang oleh polis.

Beliau mendakwa, pihak polis membuatnya bersama suami dan seorang penyokongnya, menunggu di luar pagar hinggalah tamat tempoh penamaan calon.

Berikutan itu, katanya, beliau akan berkempen menyokong PKR.

Anurad (tengah) selepas itu pergi menemui ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata beliau mengalu-alukan sokongan Anurad itu.

Anurad - seorang guru sekolah swasta - berkata, bapanya adalah seorang pengasas kepada penubuhan MIC bahagian Hulu Selangor.

Manakala suaminya, K Subramaniam berkata berkata mereka akan mengambil tindakan sewajarnya selepas ini.

Anurad berkata, beliau adalah pernah menjadi ahli MIC di bahagian Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur selama sepuluh tahun. -mk/GB

PANAS-KES KAPAL SELAM DIBICARA DI MAHKAMAH PARIS

Masa depan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam semakin gelap dan diibaratkan bagai telur dihujung tanduk berikutan tindakan berani tiga peguam kanan Perancis yang memfailkan permohonan di mahkamah Paris menjalankan siasatan berhubung dakwaan rasuah dan pembayaran komisyen dalam pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.

Menurut laporan Asia Sentinel yang bertajuk "Murky Arms Deal Linked To International Pattern of Kickbacks" oleh wartawan John Berthelsen bertarikh 16 April 2010, skandal berbilion dolar ini yang didakwa didalangi oleh Najib kini tidak lagi dapat dibendung dalam Malaysia dan kini telah melimpah ke arena antarabangsa.

Asia Sentinel berkata tindakan peguam, William Bourdon, Renaud Semerdjian dan Joseph Breham dengan kerjasama pertubuhan hak asasi Malaysia, Suaram, memfailkan kes tersebut dengan pihak pendakwa Perancis telah memusnahkan perancangan kerajaan Malaysia melalui badan kehakiman dan institusi Parlimen selama lapan tahun untuk menyekat kes ini daripada diadili pada peringkat antarabangsa.

Barisan hakim di Pejabat Pendakwaraya Paris telah menjalankan penyiasatan terhadap pegawai tinggi di Perancis, Pakistan dan negara lain berkaitan urusan pembelian kapal selam yang sama yang didakwa ada kaitan dengan unsur rasuah dan pembayaran komisyen.

Elemen pembabitan Malaysia dalam penyiasatan panjang ini disahkan dalam kertas siasatan bertarikh 4 Disember 2009 dan 23 Februari 2010.

Laporan itu menambah penyiasatan teliti tersebut dilakukan sejak dua tahun lalu oleh hakim penyiasat, Francoise Besset dan Jean-Christophe Hullin yang merangkumi ahli politik kanan Perancis serta penjualan kapal selam dan peralatan ketenteraan lain kepada kerajaan di seluruh dunia.

Media Perancis dikatakan tidak sanggup melaporkan sesetengah daripada tuduhan paling serius disebabkan kebimbangan implikasi politik.

Asia Sentinel menjelaskan dakwaan yang dibuat mempunyai kaitan dengan salah satu konglomerat pertahanan Perancis iaitu DCN yang dimiliki oleh kerajaan. Syarikat tersebut bergabung dengan firma elektronik Perancis, Thales pada 2005 menjadikannya antara kuasa dominan dalam industri pertahanan Eropah.

Anak syarikat DCN, Armaris terlibat dalam pembinaan kapal selam disel daripada kelas Scorpene yang dijual kepada India, Pakistan dan juga Malaysia. Kesemua kontrak jualbeli, menurut peguam yang bertindak bagi pihak Suaram, disyaki mempunyai unsur rasuah

Tambah laporan itu lagi sejak Najib berpindah portfolio daripada menerajui Kementerian Pertahanan ketika mana urusan jualbeli itu dikendalikan pada 2002 sehingga beliau menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno, skandal tersebut dilihat ancaman terbesar kepada kerajaan dan juga parti.

Kekuasaan Umno dilihat sebagai penghalang kepada skandal itu mendapat apa-apa pelunag untuk diutarakan dalam mahkamah Malaysia dan ini menjadi sebab utama mengapa Suaram terpaksa mendapatkan pertolongan daripada pendakwa Perancis.

“Kertas siasatan baru sahaja dikemukakan dan setakat ini telah menggerakkan siasatan awal polis terhadap aspek kewangan urusniaga tersebut," kata satu sumber Paris yang intim dengan pihak pertahanan Perancis.

"Belum ada siasatan rasmi lagi dan siasatan akan melihat kepada dokumen yang dirampas di DCN yang dilakukan ketika satu lagi penyiasatan dijalankan terhadap rasuah yang dibayar oleh DCN di Pakistan.

Sumber juga menyatakan pihak polis kini hanya menumpukan perhatian kepada dakwaan rasuah dan belum lagi melihat kepada kes pembunuhan wanita Mongolia pada 2006 yang bekerja sebagai penterjemah bagi pihak Najib dan sahabat beliau, Abdul Razak Baginda semasa berada di Paris berhubung urusan perniagaan kapal selam.

Asia Sentinel mendedahkan terdapat banyak kes pembunuhan yang berkaitan urusan penjualan pertahanan DCN di Taiwan dan Pakistan. Pendakwaraya mensyakki kematian 11 jurutera kapal selam Perancis dalam kejadian letupan bom pada 2002 di Karachi, yang pada mula dianggap perbuatan Al-Qaeda, sebenarnya adalah pembunuhan balas dendam akibat keenganan pihak Perancis untuk memberi rasuah bernilai jutaan dolar kepada pegawai tentera Pakistan.

Pembabitan Malaysia berkisar dakwaan pembayaran komisyen berjumlah €114 juta (RM540 juta) kepada sebuah syarikat tempatan, Perimekar bagi perkhidmatan sokongan berkaitan pembelian kapal selam. Perimekar dimiliki oleh KS Ombak Laut Sdn Bhd yang dipunyai oleh sahabat baik Najib, Abdul Razak Baginda. Isteri Abdul Razak, Maslinda ialah seorang peguam dan bekas majistret serta pemegang saham syarikat tersenut menurut peguam Perancis.

“Dalam tempoh beberapa tahun kebelakang ini, hakim di Perancis telah menyiasat beberapa kes yang melibatkan DCN," kata peguam Renaud Semerdjian kepada Asia Sentinel dalam temuramah melalui talipon.

"Ini bukanlah kes seumpama yang pertama disiasat. Terdapat banyak lagi ks yang serupa di Pakistan dan juga India. Apabila dilihat secara dekat setiap kali berlaku penjualan senjata maka kemungkinan pelanggaran undang-undang adalah amat tinggi.".

Sebagai Menteri Pertahanan dari tahun 2000 hingga 2008, Najib telah bertanggungjawab terhadap perancangan menaiktaraf pertahanan angkatan tentera Malaysia secara besar-besaran. Ini termasuk pembelian dua kapal selam daripada Armaris dan pajakan sebuah lagi kapal kelas Agosta yang pernah digunakan oleh tentera laut Perancis.

Jet pejuang Sukhoi juga dibeli Rusia dalam tempoh Najib menerajui Kementerian Pertahanan termasuk juga jutaan ringgit dicurahkan kepada kapal peronda perairan. Kesemua pembelian ini telah menimbulkan kecurigaan oleh pihak pembangkang dalam Parlimen Malaysia tetapi sebarang usaha penyiasatan berjaya dikekang oleh Umno. Malah apabila soalan diaju kepada Najib, beliau menjadi marah dan enggan menjawab.

Walaupun usaha hebat dilakukan oleh Umno untuk menutup kes rasuah berhubung pembelian peralatan tentera oleh Najib, isu pembunuhan penterjemah Mongolia berusia 28 tahun, Altantuya Shaariibuu yang juga kekasih yang ditinggalkan Abdul Razak akhirnya mendedahkan segala penyelewengan yang berlaku kepada perhatian dunia. Altantuya yang berperanan dalam perbincangan jualbeli kapal selam mendedahkan dalam suratnya yang dijumpai selepas kematian beliau bahawa dia cuba mengugut Abdul Razak untuk mendapatkan US$500,000.

Bagaimanapun Altantuya ditembak mati pada Oktober 2006 dan mayatnya diletupkan oleh dua pengawal peribadi Najib dengan menggunakan bahan letupan setelah Abdul Razak mengadu kepada ketua pengawal peribadi Najib, Musa Safri supaya menghalang Altantuya daripada menganggu beliau. Tidak lama setelah dibebaskan pada November 2008 dalam keadaan keputusan hakim yang meragukan, Abdul Razak meninggalkan Malaysia dan menetap di England. Kedua pengawal peribadi Najib tersebut dihukum tetapi tidak ada motif dibuktikan mengapa mereka melakukan pembunuhan itu.

Walaupun terdapat pengakuan daripada salah seorang yang tertuduh bahawa mereka akan dibayar lumayan sekiranya melupuskan wanita itu namun pihak mahkamah tidak membenarkan penyiarannya.

Urusan pembelian kapal selam itu tidak pernah dibangkitkan sepanjang perbicaraan mahkamah selama sebulan yang memperlihatkan bagaimana pendakwa, peguambela dan juga hakim berganding bahu bagi memastikan nama Najib tidak sesekali dikaitkan dalam mahkamah. Malah seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh Abdul Razak untuk melindungi daripada Altantuya membuat pengakuan bersumpah yang menunjukkan bahawa Najib sebenarnya kekasih wanita Mongolia itu dan kemudiannya diserahkan kepada Abdul Razak.

Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam mendedahkan bagaimana beliau dinyahkan dari Kuala Lumpur. Akhirnya beliau keluar daripada tempat persembunyian di India untuk menceritakan bahawa seorang ahli perniagaan yang rapat dengan isteri Najib telah menawarkan RM5 juta untuk menutup mulut dan meninggalkan negara. Bala juga mengatakan beliau menemui adik Najib, Nazim yang meminta beliau menarik balik akuan bersumpah yang dibuat.

Dalam penyiasatan yang sedang dijalankan di Paris sekarang, isunya berkisar apakah syarikat Perimekar kepunyaan Abdul Razak berhak kepada komisyen sebanyak RM540 juta tersebut.

Datuk Zainal Abidin Zin, Timbalan Menteri Pertahanan ketika itu memberitahu Parlimen, Perimekar menerima amaun tersebut iaitu 11 peratus daripada harga jualan kapal selam untuk "koordinasi dan khidmat sokongan". Kertas siasatan di Paris menunjukkan tidak ada sebarang jenis perkhidmatan sedemikian diberikan.

Menurut kertas siasatan, Perimekar didaftar pada 2001, beberapa bulan sebelum kontrak jualbeli ditandatangan. Syarikat tersebut menurut kertas siasatan itu lagi," tidak mempunyai daya kewangan yang kukuh untuk melaksanakan kontrak tersebut." Semakan akaun pada 2001 dan 2002 kata kertas siasatan itu lagi,"menunjukkan dengan jelas bahawa syarikat ini tidak langsung ada sebarang kemampuan atau kemampuan perundangan atau kemampuan kewangan dan/atau kepakaran untuk menyokong kontrak sedemikian rupa."

"Tidak seorang daripada pengarah atau pemegang saham Perimekar mempunyai pengalaman walau sedikit dalam pembinaan, penyelenggaraan atau logistik kapal selam," tegas kertas siasatan itu. "Di bawah terma kontrak €114 juta (RM540 juta) adalah berhubung beberapa peringkat pembinaan kapal selam." Pertimbangan pembayaran kepada Perimekar "adalah secara bulanan dan kos tanggungan penginapan anak kapal Malaysia sepanjang tempoh latihan mereka. Maka dengan itu tidak ada sebarang kaitan antara langkah-langkah pembilan dan peringkat pembinaan kapal selam seperti yang dinyatakan."

Pada 1 April 2010 Asia Sentinel melaporkan perkhidmatan penyelenggaraan kapal selam dilakukan oleh sebuah syarikat bernama Boustead DCNS iaitu syarikat kerjasama antara BHIC Defence Technologies Sdn Bhd, anak syarikat Boustead Heavy Industries Corp Bhd yang senaraikan di Bursa Malaysia, dan DCNS SA, anak syarikat DCN. Bahagian Industri Berat Boustead kini memasukkan Perimekar sebagai "sekutu kumpulan. PSB terlibat dalam pemasaran, menaiktaraf, penyelenggaraan dan khidmat berkaitan bagi industri pertahanan maritim Malaysia," menurut laporan tahunan Boustead.

Pada asalnya Boustead memaklumkan kepada Bursa Malaysia bahawa kontrak perkhidmatan adalah berjumlah RM600 juta untuk tempoh enam tahun atau RM100 setiap tahun tetapi kontrak itu kemudiannya melambung kepada RM270 juta setahun. Boustead Holdings dimiliki sebahagiannya oleh Kerajaan Malaysia dan berkait rapat dengan Umno.

"Terdapat asas kukuh untuk mempercayai bahawa (Perimekar) diwujudkan hanya untuk satu tujuansahaja: mengurus pembayaran komisyen dan mengagihkan amaun kepada penerima berlainan termasuk penjawat awam dan/atau orang tengah Malaysia atau asing," dedah kertas siasatan itu lagi.

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Gempar: Kanopi Solat Jumaat Melambung Naik Ke Atas Bumbung Masjid Ketika Para Jemaah Sedang Sembahyang Zohor Di Kuantan Petang Semalam !!


KUANTAN - Penduduk Taman Pasdec Makmur, Indera Mahkota dekat sini panik dan gempar apabila melihat tiga buah kanopi berada di atas bumbung masjid taman berkenaan. Kejadian berlaku ketika beberapa orang jemaah sedang menunaikan solat Zohor di masjid berkenaan (Masjid Al-Makmur). Sungguh mengejutkan, apabila tiga buah kanopi yang bersaiz 20' x 20' tiba-tiba melambung naik ke atas bumbung masjid berkenaan. Sebelum ini kita pernah mendengar satu cerita kubah masjid melayang diudara, seperti yang berlaku di Indonesia.

Namun, kini kejadian aneh berkenaan berlaku pula di kawasan ini. Beberapa orang saksi yang ditemui juga terkejut dan tergaman dengan kejadian itu. Menurut seorang saksi yang tidak mahu namanya dikenali berkata "Saya sendiri amat pelik dengan kejadian ini, dan menganggap ia adalah satu amaran dari Allah SWT sebenarnya. Apatah lagi kanopi yang berat itu boleh melambung naik ke atas bumbung masjid dan kakinya mengadap ke langit. Kanopi yang biasanya hanya boleh diangkat dan dipindahkan oleh 5 hingga 10 orang itu tiba-tiba naik ke atas bumbung. Bukan satu kanopi, tetapi tiga kanopi sekali yang terangkat naik ke bumbung!!"katanya.

Biarpun ada pihak yang mengatakan, kanopi tersebut terangkat akibat putaran angin puting beliung. Namun, masalahnya ketika kejadian cuaca amatlah baik sekali dan tiada tanda-tanda hujan, ribut, berangin atau sebagainya. Malah, kedudukan masjid berkenaan juga agak terlindung kerana terdapat bangunan lain di sekitarnya seperti bangunan KAFA, KRT dan sebagainya.


Kiri, kedudukan tapak asal kanopi yang kini kosong selepas ia terangkat

Bukti, kanopi tersebut berada dalam keadaan teratur dan tidak pun koyak
"Jika angin puting beliung berlaku, sudah pasti kanopi-kanopi gerai berhampiran juga akan terangkat sama. Ini tidak, kain kanvas kanopi itu pula tidak terkoyak dan berada dalam keadaan baik. Bukankah ini sesuatu yang mustahil. Malah, kanopis itu naik serentak pula ke atas bumbung dan keadaannya juga teratur tidak ada yang patah, bengkok atau sebagainya. Saya menolak kemungkinan tersebut berdasarkan keadaan tapak yang tidak ada kesan ribut dan puting beliau. Saya syak sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan masjid berkenaan dan harus diperbetulkan" kata seorang saksi.

Sementara itu, seorang jemaah masjid berkenaan pula berkata kemungkinan kejadian misteri dan aneh itu berlaku akibat kesilapan dan kealpaan pihak AJK masjid terhadap beberapa perkara yang menjadi persoalan dikalangan penduduk setempat. "Imam pernah mengumumkan memohon sumbangan untuk membina bumbung baru bagi kemudahan jemaah bersolat jumaat setahun yang lalu. Kos yang diperlukan anggarannya sekitar RM50,000. Maka ramailah jemaah yang menghulurkan sumbangan bagi tujuan tersebut dan difahamkan wang tabung masjid kini telah melebihi RM60,000 sebenarnya.

Namun, sehingga ke hari ini pembinaan bumbung baru itu ditangguhkan dan hanya kanopi sahaja yang diletakkan untuk menampung jemaah yang berlebihan itu. Keraguan timbul dikalangan pemberi sumbangan, malah ada yang kecewa dengan apa yang berlaku. Tambahan pula, majoriti AJK baru masjid itu kini adalah terdiri dari kalangan puak UMNO. Maka itulah syak wasangka itu timbul"
katanya.


Ramai juga penduduk yang tidak mengetahui kejadian itu sebenarnya. Tambahan ia berlaku ketika waktu tengahari ketika masing-masing sibuk dengan urusan seharian. Tinjauan kami juga mendapati kejadian ini amat mengejutkan sebenarnya. Apatah lagi kanopi tersebut berat dan tidak mungkin boleh terangkat tanpa ada bantuan dari sesiapa.

Malah, jika dibawa 30 orang pemuda yang gagah-gagah sekali pun, mungkin tidak dapat untuk menaikkan ketiga-tiga kanopi terbabit dalam keadaan baik seperti apa yang berlaku. Apakah ini satu musibah dari Allah SWT yang mahu supaya AJK masjid berkenaan lebih berhati-hati dalam menguruskan aktiviti keagamaan di situ. Kami difahamkan, semenjak puak-puak UMNO menguasai masjid itu maka banyak aktiviti agama yang telah dihalang dan dibatalkan. Malah, majlis-majlis tazkirah dan ceramah agama yang telah sedia ada juga telah ditiadakan, atas alasan ia menghasut.

Menurut seorang jemaah lagi "Saya amat yakin, apa yang berlaku adalah untuk memberi pengajaran kepada AJK terbabit yang dilihat cuba mengawal aktiviti masjid mengikut selera mereka tanpa merujuk kepada kehendak agama Islam itu sendiri. Menyekat dan menghalang majlis agama diadakan jelas sekali merupakan satu perbuatan zalim dan khianat. Alasan yang diberikan ialah agama dipolitik, sedangkan apa yang disampaikan itu berlandaskan Al-Quran dan Hadis. Jika beginilah keadaannya maka saya yakin banyak lagi kejadian pelik akan berlaku di masjid berkenaan selepas ini" katanya.


Kerja menurunkan kanopi berkenaan dilakukan beberapa jam kemudian
[Semoga kejadian yang berlaku ini dapat dijadikan ikhtibar kepada masjid atau surau-surau yang lain pula selepas ini. Berbagai alasan boleh dibuat atas perkara ini bagi mereka yang tidak mahu melihat kebenaran. Namun, bagi kita yang melihat perkara ini dari sudut yang lain ternyata memang ada kesilapan yang berlaku dan harus diperbetulkan segera. Itu baru bumbung kanopi, bayangkan kiranya bumbung masjid itu sendiri yang terangkat dan melambung ke udara.

Maka, kembalilah kepada Islam dan jangan sesekali menolak atau mempertikaikan segala yang terkandung didalam Al-Quran itu. Tinjauan kami ke masjid berkenaan sekitar jam 5.00 petang semalam mendapati kerja-kerja mengubah kanopi terbabit sedang dilakukan. Ternyata, tiada sebarang kerosakan kepada besi-besi dan kain kanvas kanopi berkenaan. Maknanya ia bukan dinaikkan oleh ribut taufan atau angin puting beliau. Maka itu, siapakah yang telah mengangkat tiga kanopi berkenaan sebenarnya?. Hanya Allah Yang Maha Mengetahuinya]. - Pahang Daily

Terkini Hulu Selangor: Pertandingan 4 Penjuru

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor 25 April ini akan menyaksikan pertandingan empat penjuru termasuk dua sebagai calon Bebas.

BN diwakili oleh Ketua Penerangan MIC P. Kamalanathan manakala Pakatan Rakyat pula Datuk Zaid Ibrahim.

Dua calon Bebas yang mengemukakan ialah Johan Mat Diah dan VS Chandran — kedua-duanya masing-masing ahli Umno dan MIC.

Sesi penamaan calon ditutup pukul 10 pagi dan tempoh bantahan selama sejam akan berakhir 11 pagi.

Semalam SPR memaklumkan sebanyak 37 borang penamaan calon dikeluarkan.

Dalam pada itu, seorang guru J. Anuradha mendakwa dia gagal jadi calon Bebas sebab telah dihalang dari mengemukakan borang penamaan calon.

Johan, 31, seorang peniaga yang menjalankan perniagaan produk kesihatan dan kecantikan bersama isterinya merupakan Ketua Pemuda UMNO cawangan Puncak Perdana U10 dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam.

Selain itu, beliau turut memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Biro Kerjaya dan Sumber Manusia Pemuda UMNO Shah Alam, Pengarah Pemuda PDM Monterez, Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik dan Pengerusi Zon A7 Pemuda UMNO Shah Alam.

Johan juga aktif dalam badan bukan kerajaan (NGO) sebagai Pengerusi Penaja Persatuan Belia U10.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa slogan 'Johan Rakyat, Kualiti Diutamakan' berupaya menarik sokongan daripada pengundi di kawasan tersebut.

Beliau dilaporkan telah dipecat serta-merta dari UMNO kerana menyerahkan borang pencalonannya untuk bertanding di dalam PRK ini.

Sementara V. S. Chandran, 56, mantan Timbalan Pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor, yang sedang digantung setahun oleh parti berkata berliau bertanding kerana beliu adalah anak tempatam.

"Saya telah tinggal di sini selama 54 tahun lepas. Saya amat arif dengan kawasan ini, penduduknya dan masalah di sini,” kata ahli perniagaan itu yang digantung keahliannya tahun lalu selepas beliau mendedahkan masalah yang dihadapi bahagian itu kepada media.

Chandran ialah timbalan pengerusi bahagian itu dari 2003 hingga 2009.

Johan dipecat serta merta dari Umno selepas jadi calon bebas


HULU SELANGOR, 17 April: Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Shah Alam, Johan Mat Diah yang bertanding pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sebagai calon Bebas tergugur keahlian dari parti itu.

“Sah, dipecat,” kata Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh kepada The Malaysian Insider di sini hari ini.

Ikut perlembagaan parti sesiapa yang bertanding sebagai calon Bebas ataupun menyokong boleh dipecat dari parti.

Johan , 31, merupakan salah seorang daripada empat calon yang bertanding pilihan raya kecil kerusi Hulu Selangor.

Penamaan calon berlansung pagi ini. -malaysian insider

P94 Hulu Selangor :Polis cuba cetus provokasi


Chegu Bard bersama anak muda Malaysia



Pihak polis merempuh masuk ke kawasan penyokong PR untuk menangkap Chegu Bard

Ketua Sri Kandi PKR sedang berucap

Turut Berucap YB Johari Abdul MP Sungai Petani
Sebentar tadi berlaku sedikit kekecohan yang berpunca dari pihak polis yang cuba menangkap sekumpulan pemuda yang dikenali dengan Solidariti Anak Muda Maalaysia yang diketuai oleh Chegu Bard kerana memakai baju Siapa Arah Bunuh Altantuya. Ini menunjukkan pihak polis sekali lagi telah di baruakan oleh Najib dalam PRK ini

LIVE : PENAMAAN CALON HULU SELANGOR

Lagi Gambar Penamaan Calon P094 Hulu Selangor








Live Update Hulu Selangor

Expand

dari dalam dewan






belah sini ramai sikit dari yang bawah. hampir 15 ribu



penyokong BN. Hapir 10 ribu yang datang...hehehe ... banyak pokok dari org.



wartawan dok interbiu wak sembab. pelakon porno tidak hadir ker?



nizar ada, hassan ali ada, chua ada..



fru baru lepas sarapan.nak mulakan tugas dah dgn penyokong pr(faham2 la)



pertunjukan udara dari pdrm hehehe



hero datang untuk tenteramkan keadaan



insiden tolak menolak. polis nak kacau chegu bard

Sekitar penamaan calon PRK P.094 Hulu Selangor

Bertempat di perkarangan Pasar Awam Kuala Kubu Baru, sukarelawan Pakatan Rakyat sedang membuat persiapan perarakan ke kawasan Penamaan Calon, Dewan Serba Guna KKB.

Menurut Amiruddin Shaari, Adun Batu Caves, perarakan dijangka bermula sekitar jam 8 pagi.

Di perbarisan hadapan, kelihatan Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, Naibnya Salahuddin Ayub, Naib Presiden PKR Azmin Ali dan banyak lagi pimpinan Pakatan Rakyat dari pelbagai peringkat.

8.13 pagi: Penyokong sedang menunggu ketibaan calon pakatan, Datuk Zaid Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim

8.14 pagi: Datuk seri Anwar baru tiba bersama Menteri Besar Selangor

Menunggu perbarisan teratur, seorang pimpinan Pemuda PAS memimpin bacaan doa wahdah, isyarat menentang kerjasama Kerajaan Pusat dengan Firma Perundingan Antarabangsa APCO Worldwide yang pro Zionis Israel.

8.23 pagi: Mengetuai lebih 150 orang asli dari Kampung Penderas, Temerloh, Pahang, Tok Reng bin Kasim antara kelompok yang menarik perhatian khalayak dalam perarakan Pakatan Rakyat.

Menurut beliau, kedatangan mereka sebagai tanda protes pada kerajaan kerana merampas tanah adat Orang Asli di Pahang.

8.31 pagi: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengetuai perarakan

8.35 pagi: Perarakan kini sampai ke sekatan pihak polis lebih kurang 50 meter dari tempat penamaan.

Penyokong Pakatan Rakyat dianggarkan lebih 10 ribu.

Penyokong Pakatan kini berkumpul di hadapan sekatan polis. Mereka melaungkan "Hancur Umno", "Altantuya Mongolia".

8.44 pagi: Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan MP Padang Serai Gobalakrishnan kelihatan terkandas di pintu masuk kawasan penamaan calon.



Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir.

8.55 pagi: Calon diiringi Datuk Seri Anwar, Presiden PAS dan Menteri Besar Selangor masuk ke dewan.

BERTEMPAT di perkarangan Pasar Awam Kuala Kubu Baru, sukarelawan Pakatan Rakyat sedang membuat persiapan perarakan ke kawasan Penamaan Calon, Dewan Serba Guna KKB.

Menurut Amiruddin Shaari, Adun Batu Caves, perarakan dijangka bermula sekitar jam 8 pagi.

Di perbarisan hadapan, kelihatan Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, Naibnya Salahuddin Ayub, Naib Presiden PKR Azmin Ali dan banyak lagi pimpinan Pakatan Rakyat dari pelbagai peringkat.
Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .