Oleh : MOHD DANIAL ADULLAH
TUN
Dr Mahathir Mohamad, seorang negarawan agong dan pemimpin dunia yang
dihormati, serta seorang pejuang Islam tulen. Seluruh dunia menghormati
Tun Mahathir kerana Tun telah memerintah Malaysia selama hampir 22
tahun.
Semasa
pemerintahan kerajaan PBS, Tun Mahathir adalah duri dalam daging di
tubuh Datuk Joselp Pairin Kitingan (Tan Sri). PBS menghadapi pelbagai
rintangan setelah menarik diri dari BN, dua hari menjelang pilihanraya umum.
Akibat
tindakan salah perhitungan Datuk Pairin yang terjun bersama Tengku
Razaleigh Hamzah ke kolam yang penuh buaya, akhirnya cedera parah
diterkam Sang Buaya.
Kemurkaan Tun Mahathir akibat tindakan tikam belakang Pairin yang menjadi kepantangan bagi orang Melayu, maka PBS dan Pairin menjadi Musuh Nombor 1 Mahathir.
Dalam keadaan marah, Tun Mahathir telah mengarahkan Allahyarham Tun Ghafar Baba pergi ke Sabah untuk menyatukan Bumiputera
Islam untuk menentang PBS yang dianggap Parti Kristian itu. Di sinilah
bermulanya dan nista pertama Tun Mahathir. Maka bermulalah satu
sejarah kerana parti tempatan di Sabah dipecah kecilkan sebelum
dijatuhkan dari persada politik Sabah.
Pada
perkiraan Tun Mahathir, PBS mesti ditumbangkan pada masa itu juga,
dengan apa cara sekali pun demi servival orang Islam di Sabah; maka
'PROJEK IC MAHATHIR' telah diinstitusikan dan jentera kerajaan (JPN)
digunakan untuk memberi kerakyatan songsang secara automatik dengan
syarat mengundi UMNO/BN.
Jika
bukan kerana pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Mutalib M.D
dan Dr Chong Eng Leong; termasuk penglibatan langsung mereka dalam
Petisen Pilihanraya Likas; mungkin keadaan Sabah lebih teruk daripada sekarang.
Dua
tokoh (Mutalib dan Chong Eng Leong) ini kita anggap sebagai 'Wira'
yang yang diutuskan Tuhan untuk menjadi 'Pembersih Warga Penyu'.
Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga di atas pengorbanan dan
keberanian mereka berdua yang pastinya akan terus dikenang sehingga
beberapa dekad akan datang.
Di
sini persoalan kita ialah, kenapa Tun Mahathir tergamak untuk melukai
rakyat Sabah dengan membenarkan, 'PROJEK IC MAHATHIR'? Adakah Tun
Mahathir sebagai Menteri Dalam Negeri dan orang kepercayaannya,
Allahyarham Datuk Megat Junit Megat Ayub sebagai Timbalan Menteri
langsung tidak tahu menahu Projek ini?
Mustahil
dan tidak boleh diterima akal kerana bukan rahsia lagi dan rakyat
Sabah tahu terdapat satu komplot tertinggi di pihak kerajaan pada masa
itu, memberikan kerakyatan songsang kepada pendatang asing Filipina,
Indonesia, Pakistan, India dan sebagainya.
Menjelang
lawatan Najib ke Sabah baru-baru ini, Mahathir menggaku yang
warganegara asing boleh mendapat kewarganegaraan Malaysia asalkan mereka
telah bermastautin di sini dalam tempot tertentu dan boleh berbahasa
Melayu.
Adakah ini
satu peruntukan yang longgar dalam Perlembagaan Malaysia kerana di
Australia dan England, undang-undang imgirisen adalah terlalu ketat dan
tegas. Jika orang luar ingin memohon kewarganegara di kedua-dua negara
ini, syarat utama mestilah boleh bertutur bahasa Inggeris dan membawa
masuk wang modal asing sekurang-kurangnya 500,000 US dolar.
Tetapi
anehnya di Sabah, Kad Pengenalan Projek (IC) diberikan pada Warga
Penyu seperti membeli tikek loteri; malah banyak yang diberikan secara
percuma kerana yang penting ialh memastikan UMNO mencapai kemenangan
besar dan BN memenangi pilihanraya.
Saya
berpendapat inilah pengkhianatan yang terburuk dalam sejarah dan
pastinya dosa ini tidak akan diampunkan oleh Generasi Baru Sabah
sekurang-kurangnya dalam tempoh seratus tahun akan datang!