Ikuti Blog ini

Azmin: Saya ada maklumat ahli Umno terlibat bakar gereja


PETALING JAYA, 27 Jan: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali akan mendedahkan satu maklumat yang diperolehinya yang mendakwa sebahagian yang dituduh berhubung kes serangan gereja di Desa Melawati tempoh hari adalah dari ahli pemuda Umno.

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata sedang mengumpul maklumat berkaitan sebelum mendedahkan nama-nama tersebut kepada umum.

Selain nama, beliau juga sedang dalam usaha mendapatkan nombor kad pengenalan dan nombor keahlian Umno kesemua mereka yang didakwa terlibat.

"Berdasarkan senarai nama tertuduh yang telah didakwa di mahkamah, sebahagian daripada mereka pemuda Umno bahagian Gombak dan bahagian Ampang.

"Maklumat awal yang saya dapat, sekurang kurangnya empat atau lima orang ahli Umno, malah cawangan mana pun saya sudah perolehi," katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Pada 8 Januari lalu, Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, terbakar diserang dengan bom api.

Pada masa sama, beliau mendesak Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menjawab segera dakwaan penglibatan ahli Umno dalam kes terbabit.

"Saya lihat trend hari ini, survival Umno itu hanya boleh diperolehi melalui permainan isu kaum dan agama.

"Saya harap Umno hentikan sentimen seperti ini kerana ia cukup bahaya kepada rakyat Malaysia," katanya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu melawat tempat kepala babi yang dilontar di perkarangan masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya awal pagi ini.

Berhubung hal itu, PKR jelasnya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut.

Islam tegasnya tidak menganjurkan perbuatan khianat seperti itu apatah lagi yang boleh mencetuskan keadaan tidak tenteram dikalangan rakyat Malaysia yang majmuk.

"Pihak polis harus kerah seluruh kekuatan yang ada untuk menjaga ketenteraman awam dan bukan menjaga keselamatan dan ketenteraman pemimpin Umno dan Barisan Nasional sahaja," katanya.

Projek Menternak Beruk



KUALA LUMPUR : Projek menternak beruk akan dilancarkan bagi melahirkan zuriat beruk-beruk berkemahiran tinggi untuk membaca segala macam fitnah yang berleluasa sejak akhir-akhir zaman ini di media arus perdana v6.

Kekurangan beruk-beruk terlatih akan mengakibatkan segala usaha memutarbelitkan fakta akan terbengkalai begitu saja.Industri persuratkhabaran sejak akhir-akhir ini menghadapi kerugian berjuta-juta ringgit akibat kejatuhan mendadak jualan mereka.

Sejajar dengan perkembangan industri pemberukkan yang semakin mundur kebelakangan ini secara langsung memberi tempias baru terhadap pemain industri persuratkhabaran berasaskan putar belit dan mengadu domba yang semakin terpinggir.

Dana sebanyak RM3.5 billion akan disuntik terhadap beruk-beruk yang berkemahiran di samping pelaburan lain yang bakal memberi impak maksima kepada bakal pelabur menjelang PRU ke 13.

Hasil kajiselidik mendapati kadar penembusan internet jalur lebar di kalangan beruk akan meningkat di suku ketiga tahun ini.Untuk itu satu pelan jangka panjang akan di wujudkan di kalangan akar-umbi beruk bagi merealisasikan gagasan air sarsi tersebut. Ini memandangkan konsep tersebut sudah mula diterima pada dasarnya.

Esok Jangan Lupa!!! Solat Hajat dan Ceramah Perdana Tuntut Royalti.




KUALA LUMPUR, 27 Jan: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyeru ahli dan penyokong untuk melakukan Solat hajat secara serentak diseluruh negara pada esok malam 28 Januari 2010, selepas waktu Isyak.

Program ini khusus bagi memohon kepada Allah swt semoga rakyat Kelantan mendapat hak mereka dalam tuntutan royalti dan Negeri Perak mendapatkan semula Menteri Besar yang dirampas jawatannya oleh Umno-Barisan Nasional tahun lepas.

Program ini boleh diadakan dimasjid surau serta markas-markas PAS sebagai menunjukan keprihatinan kita kepada rakyat di kedua-dua negeri yang tertindas ini.

PAS yakin doa-doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan Allah dan kezaliman dapat ditumpaskan, kata Ketua Penerangannya, Idris Ahmad dalam satu kenyataan.

"PAS menyakini bantuan Allah dan sesekali kita tidak akan berputus harap sehinggalah Allah memberikan kemenangan kepada rakyat yang ditindas ini," katanya.

JPWP diminta jelaskan benar program Juara Rakyat di sekolah

KUALA LUMPUR, 27 Jan: Pakatan Rakyat Segambut hari ini ke Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan (JPWP) bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan Umno/Barisan Nasional menggunakan sekolah untuk menjayakan program Juara Rakyat.

Penjelasan itu dituntut dalam satu memorandum membantah Umno menggunakan Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya pada Ahad, 24 Januari lalu menggunakan nama 'Expo Pendidikan Jalinan Mesra 1 Malaysia'.

Penyerahan memorandum diketuai oleh Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Ng.

Bagaimanapun, memorandum berkenaan hanya diserahkan kepada pembantu peribadi kepada Pengarah JPWP, Fazreen Shandee kerana Pengarah, Suliaman@Sulaiman Wak tiada di pejabat pada waktu itu.

Ekoran itu, Lim memohon untuk mengadakan pertemuan dengan Sulaiman secepat mungkin bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

Mereka juga menuntut agar pihak JPWP mengeluarkan surat pekeliling mengenai larangan menggunakan sekolah untuk tujuan politik kepada mana-mana parti.

Ini berdasarkan kenyataan bekas Menteri Pelajaran Malaysia, Allahyarham Datuk Razali Ismail yang melarang penggunaan sekolah sebagai tempat berpolitik.

Umno secara terang-terangan melanggar arahan itu apabila mewujudkan khemah khas ‘Jom Masuk Puteri’, mengadakan promosi pada sepanduk program yang tertera logo Umno dan BN 1Malaysia serta kehadiran pemimpin-pemimpin BN yang memakai pakaian yang jelas mempunyai logo Umno pada program berkenaan.

Selain itu, pelajar yang tinggal di asrama tidak dibenarkan pulang ke rumah pada minggu itu untuk memastikan mereka menghadiri program tersebut.

Bercakap selepas menyerahkan memorandum itu, Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Segambut, Mohd Ishak Sidin berkata, pihaknya kesal terhadap pihak pentadbiran dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan yang membenarkan penggunaan sekolah untuk perogram yang jelas merupakan kepentingan politik Umno/BN.

"Kami hadir ke Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan hari ini bagi menunjukkan bantahan kami terhadap pihak sekolah dan Umno/BN yang bersekongkol untuk menjayakan program mereka walaupun secara terang-terangan melanggar arahan pihak kementerian," katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Naib Ketua PKR Cabang Segambut, Mohd Maswan Darjoh berkata, jika JPWP membenarkan Umno/BN menggunakan sekolah untuk sebarang program parti, Pakatan Rakyat juga akan menuntut perkara yang sama.

"Kami nak tahu adakah Jabatan Pelajaran memang membenarkan parti politik mengadakan program di sekolah. Kalau memang dibenarkan, kami pun nak buat program di sekolah, sedangkan selama ini Pakatan Rakyat memang tidak dibenarkan langsung mengadakan program di sekolah," katanya.

Lim pula berkata, tindakan itu sangat tidak adil kerana beliau sendiri pada tahun lepas tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah untuk mengagihkan penutup muka kepada pelajar di sebuah sekolah sebagai langkah mencegah penularan H1N1.

"Pengalaman saya sendiri pada tahun lepas, langsung tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah untuk mengagihkan topeng muka kepada pelajar. Mereka kata hanya boleh bagi di luar kawasan sekolah tapi bila Umno/BN nak buat program, mereka senang-senang benarkan," katanya.

Sehubungan itu, Pakatan Rakyat Segambut menuntut tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk kepentingan mereka.

Program minggu lalu juga mendapat sokongan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Penerangan Malaysia, Kolej Yayasan Melaka dan Kolej Giat Mara Segambut.

Sebanyak sepuluh buah bas telah digunakan untuk mengangkut peserta dan jentera Umno dari luar untuk memeriahkan acara.

Tindakan anggota Puteri dan Pemuda Umno yang bebas keluar masuk kawasan asrama juga menimbulkan keadaan yang tidak tenteram di kalangan ibu bapa pelajar.

Pakatan Rakyat Segambut menerima aduan itu daripada pihak ibu bapa pelajar sendiri yang tidak berpuas hati dengan program tersebut.

Lim juga memberitahu, surat memohon penjelasan juga telah diserahkan kepada pihak sekolah namun belum mendapat sebarang jawapan daripada mereka.

Zambry Hadap Sultan Bubar DUN?

Mungkin Bubar Dun Perak Kerana Bimbang Malu -

DS Nizar Jamaluddin

KUALA LUMPUR : Menteri Besar Pakatan Rakyat Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin menjangkakan kemungkinan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubar sebelum 9 Februari untuk memelihara maruah Barisan Nasional (BN).

"Mungkin dia (Zambry Abdul Kadir) akan mengadap tuanku sultan Perak untuk bubar Dun. Dan, kita memang berharap pun supaya dia berbuat begitu," kata Mohammad Nizar ketika dihubungi erapakatan.com di sini, hari ini.

Tambah beliau, Zambry seharusnya berbuat sedemikian sejak awal dahulu untuk dilihat sebagai 'gentlemen'.

"Kalau dia bubar Dun lebih awal, dia kelihatan 'gentlemen', dia akan lebih dihormati rakyat, sesuai dengan slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," kata beliau.

Tambah Mohammad Nizar, biarpun kes pergolakan antara kedua-dua Menteri Besar Perak itu berada dalam keputusan mahkamah, namun rakyat yang lebih berhak membuat keputusan berhubung siapakah menteri besar pilihan mereka.

"Kemelut pergolakan dalam negeri Perak ini bukan boleh diputuskan oleh mahkamah, saya melihat hal ini mesti dirujuk semula kepada rakyat, kerana merekalah yang lebih berhak memilih siapakah menteri besar baharu pilihan mereka," tambah beliau.

Katak mengenali spesisnya ..

al-KatakiDemi memperjuangkan Islam tanpa terikat dengan pendirian parti, Beghaim Al-Kataki menyeru Loyar Kulim itu untuk bersama-sama melompat ke lubuknya supaya dapat memaksimumkan pembelaannya kepada agama Islam.

Sang Katak itu juga mempelawa Loyar Kulim itu menyertai Perkasa…dah tu apa lagi? Apabila dah jadi Katak Perkasa , tentu Beghaim Al-Kataki akan ajak ikut mencium bu**** si Anu…. [klik sini]

Klip Vedio Ini Pula Dilaporkan Hina Sultan.

Wartawan Buat Laporan Polis Berhubung Hina Sultan

KUALA LUMPUR: Seorang wartawan radio membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung klip video dalam "Youtube" yang memaparkan penghinaan terhadap Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.

Laporan itu dibuat oleh Ibnu Khusairi Ibnu Aris, wartawan Radio Bernama 24 di Balai Polis Hulu Kelang, dekat sini kira-kira pukul 11.30 malam semalam.

Dalam laporan itu, katanya beliau melihat klip video bertajuk "Sultan Johor Remix" ketika berada di rumahnya di Keramat di sini kira-kira pukul 1.30 petang Sabtu lepas.

"(Saya) Tertonton satu video klip yang papar Almarhum semasa hayatnya berada dalam majlis perasmian Wilayah Pembangunan Iskandar dan suara Almarhum telah dialih suara kepada satu suara yang tidak dikenali."

"Suara itu telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan seolah-olah Almarhum yang bercakap begitu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Ibnu Khushairi berkata laporan dibuat kerana rasa tanggungjawab sebagai rakyat dan mahukan video yang bertarikh 5 November 2009 itu dihentikan segera bagi mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Sementara itu jurucakap Balai Polis Hulu Kelang ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan itu dan siasatan akan dijalankan segera bagi mencari dalang di sebalik paparan video klip itu. - BERNAMA

Jasa-Jasa Kerajaan Umno






AdukaTaruna: Rais Yatim Terpaksa Menyelamatkan Maruah UMNO

Rais Yatim lebih lama dan senior dalam politik berbanding dengan blogger-blogger UMNO seperti Parpukari, PapaGomo, RuangBicaraFaizal, DarulEhsanToday dan sebagainya. Rais Yatim tahu bahawa isu Aduka Taruna ini hanya akan menikam UMNO lebih dari diri Aduka sendiri.

Maka Rais Yatim terpaksa mengeluar kenyataan bahawa tiada tindakan kepada Aduka Taruna sekiranya beliau meminta maaf secara terbuka. (Dan Aduka Taruna telahpun meminta maaf secara terbuka)

Rais Yatim belajar dari insiden Rampasan Kuasa Haram di Perak. Sewaktu bermula insiden tersebut, parti-parti Pakatan Rakyat cuba dilabel sebagai penderhaka kepada Raja-Raja Melayu. Malangnya, apabila isu tersebut digunakan, timbul balik semua sejarah UMNO menderhaka kepada Raja2 Melayu.

Ini kerana tidak sampai setahun yang lepas rakyat melihat juak-juak UMNO memanggil Raja Terengganu dengan perkataan “Binatang” secara terbuka. Dan pada waktu itu tiada siapa yang ditangkap polis. Bukit Aman dan Ketua Polis Negara tidak menubuhkan apa-apa pasukan penyiasat khas bagi menyiasat siapa di belakang banner yang menghina Tuanku Sultan Terengganu itu.

ORANG LAGI BENCI HIPOKRIT

Rais Yatim sedar, sekiranya isu ini terus berjalan, maka UMNO akan lebih teruk dibenci oleh rakyat Malaysia secara umum. Walaupun ramai yang marah dengan Aduka kerana menggunakan bahasa yang kasar dan tidak sesuai dengan kedudukan Raja2 Melayu, tapi akan lebih ramai orang yang menjadi benci dengan UMNO kerana sikap hipokrit dan mengata dulang paku serpih mereka.

Blogger2 UMNO seperti Parpukari dan Papa Gomo sebenarnya telah MENGUNTUNGKAN PAS dan Pakatan Rakyat. Lebih lama isu Aduka ini berjalan, lebih ramai orang akan sedar betapa hipokritnya UMNO.

Blogger2 UMNO ini semuanya mereka yang tidak bijak dan rendah IQ. Mereka tak sedar mereka bekerja untuk PAS dan Pakatan Rakyat. Mereka juga tidak sedar bahawa Aduka Taruna tiada kena mengena dengan PAS. Lain kali buat kajian dulu, boleh tak?

Bagi saya, apa yang Aduka Taruna telah lakukan adalah pengorbanan beliau untuk memenangkan PAS dan PKR. Selagi beliau terus memainkan isu ini, selagi itu laba dan keuntungan akan pergi kepada PAS dan PR.

Mudah cerita, Rais Yatim sedar perkara ini dan Rais Yatim sedar isu Aduka ini tidak menguntungkan UMNO malahan merugikan.

Maka, Rais Yatim mahu menutup isu ini secepat mungkin. Lain kali, jangan lah ikut kerenah-kerenah blogger UMNO yang lemah IQ itu.

Tulang Besi

Pro Mahasiswa UM menang 6 kerusi tanpa bertanding

Pro Mahasiswa Universiti Malaya (UM) mengumumkan menang 6 kerusi tanpa bertanding sebelum Pilihanraya Kampus (PRK) bermula.
Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian dan Akedemi Pengajian Islam masing-masing memenangi 2 kerusi dalam pilihanraya kali ini.

Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMIUM) ketika dihubungi Era Pakatan.com berkata, jangkaan awal dari statistik yang dilakukan adalah 64 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar Universiti Malaya menyokong Pro M manakala 36 peratus menyokong Pro aspirasi.

Sementara itu, pro Aspirasi dilaporkan memenangi 8 kerusi dan bebas telah memegang 2 kerusi selepas penamaan calon PRK semalam.
PRK UM akan diadakan pada 28 Januari ini bagi menentukan siapa yang akan memegang 'kerajaan' kampus pada sesi ini. KUALA LUMPUR : Pro Mahasiswa Universiti Malaya (UM) mengumumkan menang 6 kerusi tanpa bertanding sebelum Pilihanraya Kampus (PRK) bermula.

Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian dan Akedemi Pengajian Islam masing-masing memenangi 2 kerusi dalam pilihanraya kali ini.

Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMIUM) ketika dihubungi Era Pakatan.com berkata, jangkaan awal dari statistik yang dilakukan adalah 64 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar Universiti Malaya menyokong Pro M manakala 36 peratus menyokong Pro aspirasi.

Sementara itu, pro Aspirasi dilaporkan memenangi 8 kerusi dan bebas telah memegang 2 kerusi selepas penamaan calon PRK semalam.

PRK UM akan diadakan pada 28 Januari ini bagi menentukan siapa yang akan memegang 'kerajaan' kampus pada sesi ini.~ERAPAKATAN

Ayuh wahai mahasiswaku. Anda hero kami. Hero rakyat. Gunakan akalmu. Jangan persia-siakan otakmu. Luaskan bacaanmu. Percayalah pada hati nuranimu. Bukan setakat e-voting, perjuanganmu wajib mencakupi jerit payah rakyat marhean. Dengarkan lagi sajak WS Rendra ini dan hayatinya dengan jiwa yang tunduk.

Sidang Media Pemuda PAS dan Dato’ Seri Nizar.


Ipoh - Pemuda PAS Negeri Perak menyatakan mereka sudah bersedia menghadapi pilihanraya DUN Negeri Perak berdasarkan kepada khabaran setelah Mahkamah Persekutuan semalam mengumumkan tarikh keputusan MB Perak akan diadakan pada 9 Februari 2010. Pemuda PAS yang akan mengadakan himpunan pemuda PAS pada 30 Januari 2010 di Larut mengharapkan himpunan itu dapat mengumpul Pemuda seluruh negeri Perak seramai 10,000 orang sebagai tanda memperingati rampasan kuasa di negeri Perak.

Dato’ Seri Nizar dalam sidang media yang sama, berharap agar hakim yang mengadili kes beliau dengan Zambry agar tidak dimanupilasikan oleh mana-mana pihak termasuk badan eksekutif dan juga badan legislatif yang lain. Beliau juga yakin kelima-lima hakim tersebut akan mengadili keputusan tersebut berlandaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Beliau juga mengambil kesempatan dalam sidang media tersebut untuk menyatakan beliau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan TV3 dan TV9 tentang penahanan pegawai khas beliau atas kes jual-beli pasir. Beliau juga menggesa agar TV3 dan TV9 menarik balik dakwaan mereka dalam berita perdana mereka semalam (25 Jan 2010).

“Saya berikan tempoh 24 jam kepada TV3 suku dan TV9 untuk menarik balik penyataan mereka. Jika tidak pihak peguam kami akan mengambil tindakan terdapat mereka”

Dalam berita perdana di TV3 dan TV9 semalam, mereka mendakwa 3 daripada 34 orang yang ditahan oleh SPRM berkenaan isu penjualan pasir adalah terdiri daripada pegawai khas Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Nizar.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .