Ikuti Blog ini

Pengundi Lebih Matang, Pemimpin Politik Arus Perdana Gagal Fahami

Keputusan tiga pilihan raya kecil semalam menunjukkan pengundi masa kini berfikiran bebas tanpa sebarang pengaruh serta pembayar cukai yang bijak, dan aliran sebegini akan terus kekal, menurut seorang pensyarah sains politik.


Prof Madya Saliha Hassan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata rumusan itu mungkin frasa yang diulangi berkali-kali sejak keputusan pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas, tetapi itulah yang gagal difahami kebanyakan pemimpin politik arus perdana.http://www.buletinonline.net/images/stories/berita3/MUHYIDDIN_PIBG.jpg

"Sebilangan pemimpin politik arus perdana masih lagi berkempen dengan cara lama, memandang rendah, berinteraksi dengan rakyat di kawasan pilihan raya dan menganggap mereka tidak cerdik untuk memahami isu-isu.

"Tetapi mereka seharusnya menyedari hakikat bahawa kita sekarang ini mempunyai pemikiran bebas tanpa sebarang pengaruh dan pembayar cukai yang bijak sebagai pengundi, ia bukan lagi seperti dalam tahun 70-an di mana rakyat dianggap bersikap tidak peduli dan jahil," kata pensyarah pengajian sains politik dan strategik di Pusat Sejarah UKM. (Gambar kanan-pemberian bantuan dalam masa pilihanraya sedang berlangsung adalah satu rasuah)

Ketiga-tiga pilihan raya kecil yang diadakan serentak semalam menyaksikan status quo dikekalkan apabila Barisan Nasional mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai, di Sarawak; Parti Keadilan Rakyat (PKR) kekal di DUN Bukit Selambau, Kedah dan PAS berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak.

Ditanya sama ada perubahan kepimpinan negara memberi sebarang kesan untuk mempengaruhi pengundi, Saliha berkata ia tidak memberi kesan besar kerana pengundi meletakkan penekanan kepada ciri-ciri dan prestasi calon.

"Pada masa dulu, apabila tiba pilihan raya pemimpin politik akan melawat ke rumah-rumah pengundi dan membaca doa dan makan bersama mereka dan berfikir mereka telah melakukan peranan mereka untuk meyakinkan rakyat.
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita3/090407-04.jpg
"Tetapi, pengundi hari ini lebih bijak dalam permainan politik semasa. Mereka melihat latar belakang calon, prestasi masa lalu dan membuat penilaian sendiri terhadap ciri-ciri calon berkenaan," katanya.(Gambar kiri-prestasi pencapaian Nizar, walaupun hanya 10 bulan, dinilai cemerlang oleh rakyat Perak, terutamanya bukan Melayu)

Saliha berkata ramai pengundi melihat tindakan kerajaan membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), termasuk dua pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf), sebagai "tiada apa yang perlu dihebohkan".

"Ramai rakyat Malaysia percaya mereka yang dibebaskan itu sepatutnya tidak ditahan sejak dari awal lagi, maka mereka berpendapat pembebasan mereka memang sudah sepatutnya.

"Satu perkara lagi, apa yang berlaku di peringkat pusat biasanya jarang mempunyai kesan terhadap kepercayaan dan idealisme mereka yang tinggal di luar bandar,


"selagi mereka meletakkan kepentingan rakyat dalam perjuangan mereka, rakyat akan terus mengundi mereka," katanya.

Saliha berkata beliau gembira rakyat Malaysia menjadi semakin kritikal ketika memilih pemimpin mereka dan pada masa sama ahli politik seharusnya bergerak mengikut perubahan masa.

"Aliran pengundi sebegini akan berkekalan, maka kedua-dua pihak seharusnya waspada," katanya kepada Bernama
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita3/MDF05310.JPG

Sementara itu, Prof Madya Dr Azahari Ismail daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata kurangnya jumlah majoriti ketara yang diperoleh pemenang menunjukkan kedua-dua pihak menghadapi kesukaran untuk menang besar.


Beliau mengakui wujud kesukaran untuk menerima hakikat bahawa pengundi Malaysia kini sudah "matang".


"Kematangan ini bermakna keupayaan untuk berfikir dengan mendalam dan rasional terhadap sesuatu isu selepas mengumpulkan segala fakta dan banyak membaca tentang sesuatu isu.

"Ada orang menyatakan pengundi-pengundi kita kini lebih matang sebagaimana pengundi di negara maju, tetapi masyarakat umum di negara berkenaan lebih celik huruf dan banyak membaca, serta terdedah kepada pendidikan politik.

Beliau berkata rakyat Malaysia masih jauh ketinggalan dalam amalan membaca dan masalah ini perlu ditangani segera.


Kenduri Kesyukuran PRK059 Di Permatang Raja



Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datin Seri Fatimah Taat hadir ke majlis kenduri kesyukuran di kampung Permatang Raja malam tadi. Turut serta ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Nor Azli Musa dan YDP PAS Bukit Gantang, Ustaz Nordin. Lebih 500 penduduk pelbagai kaum hadir menikmati jamuan dan mendengar ucapan tiga tetamu utama tersebut.

Dalam ucapannya, ahli Parlimen Bukit Gantang itu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas yang bertungkus lumus berkempen untuk memenangkan Pakatan Rakyat. Kemenangan ini memberikan kekuatan kepada rakyat negeri Perak dalam usaha mengembalikan kerajaan negeri Perak kepada mandat rakyat.

Dato' Seri Nizar meninggalkan majlis pada pukul 11.15 malam untuk menghadiri satu lagi majlis kesyukuran di kampung Sungai Baru, Sungai Kerang yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Gantang.






kemenangan-rakyat




PASCA BUKIT SELAMBAU : Ahli UMNO Berontak Terhadap Pemimpinnya


Ekoran kekalahan BN di Bukit Selambau, beberapa kritikan pedas dilemparkan terhadap kepimpinan UMNO-BN Kedah oleh para ahlinya.

Menurut meraka kekalahan calon BN, Datuk S. Ganesan, 50, dalam pilihan raya kecil Bukit Selambau pada 7 April 2009 banyak berpunca daripada kelemahan kerajaan BN Kedah semasa berkuasa dahulu di bawah kepimpinan Mahadzir sebagai Menteri Besar ketika itu.

Atas alasan itu, mereka menuntut Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Dato' Seri Mahadzir Mohd Khalid meletakkan jawatannya.

"Dalam setiap ceramah BN, penceramah hanya menekan kepada kegagalan kerajaan Pakatan Pembangkang melaksanakan tanggung jawab sejak diberi kepercayaan memerintah Kedah selepas pilihan raya umum ke-12 lalu. Ceramah-ceramah BN itu sebenarnya banyak mendedahkan kelemahan diri sendiri. BN hanya menyalahkan kerajaan Pakatan Pembangkang kerana belum membawa perubahan. Tetapi, pemimpinnya gagal melihat kelemahan di dalam diri sendiri bahawa selama lebih 40 tahun BN memerintah kerajaan negeri, Kedah masih banyak masalah rakyat yang sering tidak diselesaikan sehinggalah dihukum kalah pada pilihan raya umum pada 8 Mac 2008," tulis Saad Nordin di dalam ruangan pendapat di Bernama.com

Seorang lagi penulis bernama Amir Hakim menyatakan faktor utama kekalahan UMNO-BN ialah penggunakan jentera kerajaan. Katanya, masalah anggota BN adalah mereka berkempen sebagai sebuah kerajaan bukannya sebagai sebuah organisasi politik, sedangkan dalam pilihan raya yang bertanding adalah parti.

Katanya lagi, bagi pengundi di kawasan pilihan raya kecil itu, apa yang penting bagi mereka adalah masalah setempat segera diselesaikan. Usahlah bercakap tentang projek nasional mahupun internasional sedangkan masalah penduduk setempat pun tidak diambil peduli.

"Hentikanlah menjaja projek dan bantuan segera. Fahamilah hati naluri rakyat setempat dan bertandinglah secara "gentleman" sebagai PARTI dengan PARTI dan bukannya antara KERAJAAN dengan PARTI POLITIK mana pun. Usahlah sama sekali libatkan jentera-jentera Kerajaan ketika berkempen di mana-mana pilihan raya," ujarnya.



SAAD NOORDIN

EKORAN KEKALAHAN CALON BARISAN NASIONAL (BN) DI BUKIT SELAMBAU, PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO KEDAH PERLU LETAK JAWATAN: Seterusnya, kekalahan itu juga mesti dipikul oleh kepimpinan Perhubungan BN Kedah. Jadi, bagi memulihkan kembali kepercayaan penduduk negeri terutama di kalangan anggota Umno, Datuk Seri Mahadzir Khalid perlulah letak jawatan supaya presiden Umno boleh memilih pengerusi baru. Kekalahan calon BN, Datuk S. Ganesan, 50, dalam pilihan raya kecil Bukit Selambau pada 7 April 2009 banyak berpunca daripada kelemahan kerajaan BN Kedah semasa berkuasa dahulu di bawah kepimpinan Mahadzir sebagai Menteri Besar ketika itu.

Ini kerana pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu memprotes calon BN dengan memberi undi kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), S. Manikumar, bukan kerana mahu mengekalkan kerusi kepada PKR sebaliknya mahu "menghukum " kerajaan BN Kedah lalu yang begitu lama berkuasa, tetapi masih tidak berupaya menyelesaikan masalah rakyat. Masalah masyarakat India di Ladang Sungai Getah, Bukit Lembu, masalah orang Melayu yang gagal mendapat bekalan air bersih di beberapa kampung dalam Bukit Selambau, serta masalah penduduk tepi sungai berdekataan pekan Sungai Lalang dan kes-kes mengejutkan yang ditemui semasa rancak berkempen. Pendek kata, terbongkarlah kisah pemimpin dan wakil rakyat BN yang menang di kawasan itu sebelum ini tidak mempedulikan langsung masalah rakyat setempat!

Ketua Umno Bahagian Merbok sebelum ini, Datuk Arzmi Hamid, tewas semasa bertanding dalam pilihan raya umum ke-12 di kawasan DUN Tanjung Dawai. Beliau juga tumbang sebagai ketua bahagian kerana didakwa gagal bekerja sebagai pemimpin politik. Ketidakpeduliannya turut menjadi punca kepada mala petaka yang menimpa BN di Bukit Selambau. Kegagalan semua sayap Umno bahagian itu membantu penduduk di kawasan Bukit Selambau mengundang padah yang amat memalukan. Maka, calon BN itu "dihukum" kalah dalam pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau.

Sebagai Ketua Bahagian Umno yang menjadi pengerusi BN Bahagian, Datuk Tajol Urus Md Zain dikatakan langsung tidak turun padang menyelesaikan masalah rakyat bersama-sama pemimpin MIC, MCA dan Gerakan. Apabila kerusi DUN Bukit Selambau diisytiharkan kosong akibat bekas wakilnya, V.Arumugam "melarikan" diri entah ke mana, Tajol Urus hanya sibuk urus menuntut kerusi N25 Bukit Selambau yang dimiliki MIC dikembalikan kepada Umno. Pada mulanya, Tajol menganggap dirinyalah yang paling layak bertanding di kawasan itu. Tetapi, akhirnya akur dengan keputusan pucuk pimpinan BN untuk mengekalkan kerusi DUN Bukit Selambau milik MIC.

Kehilangan undi dari kalangan masyarakat India dan Cina dalam pilihan raya kecil N25 Bukit Selambau perlu diletakkan ke atas bahu BN Kedah. Peratusan pengundian itu juga menjelaskan bahawa ramai penduduk/pengundi menolak BN kerana sebab-sebab yang berpunca daripada kegagalan kepimpinan BN Kedah.

Dalam setiap ceramah BN, penceramah hanya menekan kepada kegagalan kerajaan Pakatan Pembangkang melaksanakan tanggung jawab sejak diberi kepercayaan memerintah Kedah selepas pilihan raya umum ke-12 lalu. Ceramah-ceramah BN itu sebenarnya banyak mendedahkan kelemahan diri sendiri. BN hanya menyalahkan kerajaan Pakatan Pembangkang kerana belum membawa perubahan. Tetapi, pemimpinnya gagal melihat kelemahan di dalam diri sendiri bahawa selama lebih 40 tahun BN memerintah kerajaan negeri, Kedah masih banyak masalah rakyat yang sering tidak diselesaikan sehinggalah dihukum kalah pada pilihan raya umum pada 8 Mac 2008.

BN Kedah yang dipengerusikan Mahadzir Khalid perlu menerima kekalahan itu, dan sebagai tanda bertanggung jawab, barisan kepimpinannya harus meletak jawatan untuk memberi laluan mudah kepada presiden Umno dan BN, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik "tokoh" yang lebih dipercayai menerajui BN Kedah. Kini, pemerhati politik di Kedah tidak nampak langsung kemampuan Mahadzir Khalid untuk merampas balik tampuk pemerintahan Kedah dari Pakatan Pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Apa yang berlaku di Bukit Selambau adalah satu peringatan jelas kepada barisan kepimpinan BN Kedah. Anda wajib menyelesaikan dengan ikhlas masalah rakyat dahulu sekiranya mahu memikat balik hati para pengundi. Kepada Ketua Umno Bahagian Merbok, Datuk Tajol Urus pula, ingatlah kemenangan dalam parti bukan ukuran menentukan kemenangan dalam pilihan raya nanti. Renungkanlah: yang pahit itu sudah terbukti menjadi ubat, tetapi yang manis itu jelas membawa penyakit.

AMIR HAKIM

: BARISAN NASIONAL HARUS BERKEMPEN SEBAGAI SEBUAH PARTI, BUKAN KERAJAAN: 1. Selepas dua pilihan raya kecil sejak Mac 2008, Barisan Nasional (BN) nampaknya masih belum belajar bagaimana hendak mencatur strategi pilihan raya kecil. 2. BN masih lemah dalam usaha mendekati pengundi, lemah menangkis serangan pembangkang, jentera penerangan yang kemarau idea bagi mengutarakan isu. 3. Kelemahan itu makin ketara lagi dengan para petugas yang datang dari negeri-negeri lain yang hadir bukan untuk membantu tetapi lebih sekadar berseronok dan bercuti, sambil mendapat sedikit duit kopi.

4. Masalah anggota BN adalah mereka berkempen sebagai sebuah kerajaan bukannya sebagai sebuah organisasi politik, sedangkan dalam pilihan raya yang bertanding adalah parti. 5. Oleh kerana bertanding sebagai sebuah kerajaan, maka berjanjilah BN untuk melakukan pelbagai bantuan dan projek. 6. Maka, sekarang kedengaran pelbagai bantuan diberikan di Bukit Selambau dan Bukti Gantang, dan pihak kerajaan pun mengumumkan pelbagai lagi projek. 7. Kekadang projek yang diumumkan itu adalah untuk seluruh negara dan bukan untuk penduduk yang sedang menghadapi pilihan raya itu.

8. Bagi pengundi di kawasan pilihan raya kecil itu, apa yang penting bagi mereka adalah masalah setempat segera diselesaikan. Usahlah bercakap tentang projek nasional mahupun internasional sedangkan masalah penduduk setempat pun tidak diambil peduli. 9. Hentikanlah menjaja projek dan bantuan segera. Fahamilah hati naluri rakyat setempat dan bertandinglah secara "gentleman" sebagai PARTI dengan PARTI dan bukannya antara KERAJAAN dengan PARTI POLITIK mana pun. 10. Usahlah sama sekali libatkan jentera-jentera Kerajaan ketika berkempen di mana-mana pilihan raya.






BN Sekat Masyarakat Bukan Islam Memahami al-Quran


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita3/TGNikAziz.jpgTidak Salah Bukan Islam Baca al-Quran - Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata bukan Islam boleh membaca al-Quran dan tidak salah sekiranya ‘tajwid’ mereka tidak betul.

Beliau berkata demikian apabila diminta pihak media mengulas kenyataan pelbagai pihak berkaitan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, yang membaca ayat al-Quran dalam ceramahnya baru-baru ini.

"Sekiranya tajwid tidak betul, ia boleh dibetulkan mengikut hukum tajwid, sesiapa sahaja boleh membaca al-Quran, samada seseorang itu Islam atau tidak Islam, al-Quran bukan dimiliki oleh orang Melayu atau orang Arab,

"Oleh kerana bahasa al-Quran ialah bahasa Arab, ia dilihat pelik sekiranya dibaca oleh orang bukan Islam, yang biasanya tidak tahu berbahasa Arab,”katanya kepada Bernama.

Beliau berkata orang Melayu sendiri tidak tahu membaca al-Quran secara betul sekiranya tidak faham bahasa Arab dan tidak mengetahui hukum-hukum tajwid.

"Bahkan masa zaman Nabi Muhammad SAW, orang-orang yang menentang Islam seperti Abu Jahal juga membaca al-Quran,”katanya.

Nga Kor Ming, pada 4 April lalu membaca beberapa potong ayat al-Quran dari surah an-Nahl ayat 90 dalam ceramahnya semasa berkempen di Bukit Gantang.

UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang telah kehabisan ‘modal’ dalam pilihanraya kecil itu, memutarbelitkan fakta yang sebenarnya dan mengamalkan ‘politik lama’ dengan menonjolkannya sebagai isu agama dan perkauman.

Nga Kor Ming yang juga ahli parlimen Taiping dalam kenyataan balasnya 7 April lalu terhadap laporan polis yang dibuat keatasnya berkata BN cuba menyekat masyarakat Cina dan bukan Islam di Malaysia memahami al-Quran

“Islam adalah agama rasmi dan Quran memiliki ilmu yang tidak ternilai, al-Quran mengajar manusia berlaku adil dan bersifat kasihan belas,”katanya sebagaimana terjemahan potongan Ayat yang dibaca dalam ceramahnya.
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita3/May%203%20-%20Nga%20Kor%20Ming.jpg
“Saya kecewa UMNO dan BN cuba menyekat masyarakat Cina mempelajari Islam, ia menunjukkan BN telah kehabisan idea dan telah menggunakan taktik kotor memutarbelitkan fakta,”katanya kepada pihak media.

“Saya mahu jelaskan DAP menghormati semua agama, termasuk Islam. Tok Guru Nik Aziz telah memberitahu saya, tidak salah kalau saya petik ayat al-Quran (dlam ceramah),” jelasnya.

Nga juga mengec
am akhbar media perdana yang salah lapor berkenaan perkara tersebut.

“Saya telah belajar dan menyebut ayat 90 Surah an-Nahl, tetapi mereka (media) laporkan saya menyebutnya sebagai surah ‘Aura’, ini tidak betul,”katanya.
(Lihat Klip Video)

PASCA BUKIT GANTANG : Zambry diseru letak jawatan

bersemadi-umno3

Mesej jelas dari rakyat bahawa DUN di Perak wajib dibubarkan


Menteri Besar Haram BN Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir diminta menerima hakikat bahawa rakyat Perak tidak mahu beliau terus 'berdiri terpacak' sebagai menteri besar negeri itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam satu surat terbuka kepada beliau memohon beliau kembali kepada rakyat.

"Walaupun sudah terlajak, ia masih boleh dibetulkan jika kehormatan politik dan maruah diri masih utuh dan tinggi," tulis Husam dalam suratnya kepada Zambry yang salinannya dihantar kepada Siasah hari ini.

"Masihkah mampu YB berdiri tercacak sebagai‘Menteri Besar Perak sedangkan pilihan rakyat adalah lain dan rakyat Perak melalui pengundi Bukit Gantang telahpun menjatuhkan penghakiman mereka?" tanya Husam.

Berikut adalah surat penuh Husam itu.

YB Datuk Zambry Abdul Kadir,
ADUN Pangkor, Perak Darul Redwan.

Assalamualaikum wr wt.

PEMBUBARAN DUN PERAK

Salam, dengan iringan YB dalam keadaan sehat sejahtera. Kelancaran Pentadbiran Negeri Perak dan kestabilan politik yang membolehkan urusan kebajikan rakyat dikendalikan dengan baik terganggu apabila kuasa Kerajaan Negeri Perak dirampas dengan membelakangkan pilihan rakyat.

YB terlibat sebagai watak utama apabila bersetuju menerima jawatan MB sekalipun MB yang sah tidak pernah dalam apa jua cara mengosongkan kerusinya. Atas takdir Allah, berlaku kekosongan kerusi di Perak berikutan kematian YB ADR Bukit Gantang di mana satu dari ADUN yang telah berpaling tadah ada di situ, iaitu DUN Cangkat Jering.

Seperti YB ikuti, calon BN telah tewas dengan majority yang lebih besar dari pilihanraya umum 2008, sekalipun gambar YB sebagai ‘Menteri Besa’ tersenyum lebar dan terpampang di mana-mana. Kemenangan YAB Datuk Sri Nizar telah membuktikan segala-galanya.

Rakyat Perak tidak boleh menerima kerajaan haram yang membelakangkan pilihan rakyat. Apa lagi semua dasar-dasar yang diputuskan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat telah diteruskan tanpa satu pun dirombak walaupun UMNO mendakwa dasar-dasar itu merugikan Melayu, termasuk dasar pemberian milik tanah yang telah terbengkalai puluhan tahun semasa BN mentadbir Perak.

Saya suka memetik pendapat Dr. Wee Ka Siong, Dr. Cheah Soon Hai, Pengerusi Gerakan Kedah dan Encik Ismail Saffian, bekas calon BN di Bukit Gantang sendiri, yang disiarkan dalam akhbar The Star, muka surat N4 hari ini: bahawa punca kekalahan BN bukan sahaja di Bukit Gantang, malah juga di Bukit Selambau ialah peristiwa perampasan kuasa Kerajaan Perak.

Jika calon BN sendiri, seorang ahli UMNO, boleh mengakui hakikat ini, di manakah YB hendak letakkan muka? Ia bukan sahaja menyebabkan BN kalah di Bukit Gantang, tetapi kesan negatifnya sampai ke Kedah. Selain calon, rakan-rakan parti komponen YB juga secara terbuka menyalahkan tindakan berkenaan. Kalau sudah ahli dan rakan sendiri menyalahkan YB dan parti YB, tentulah rakyat yang telah membuat pilihan mereka merasa terkilan berlebih lagi.

Apa lagi yang boleh menghalang naluri murni YB tidak tersentuh dan deria maruah YB tidak terpanggil? Masihkah mampu YB berdiri tercacak sebagai ‘Menteri Besar Perak’ sedangkan pilihan rakyat adalah lain dan rakyat Perak melalui pengundi Bukit Gantang telahpun menjatuhkan penghakiman mereka?

Kembalikanlah kepada rakyat. Walaupun sudah terlajak, ia masih boleh dibetulkan jika kehormatan politik dan maruah diri masih utuh dan tinggi.

Salam

Husam Musa
Naib Presiden PAS
13 Rabi’ul Akhir 1430/ 9 April 2009



Kalau Saya Jadi Awaklah Khairy..




Kalau Saya Jadi Awaklah Khairy
Nak tunggu apa lagi?
Baik segera angkat kaki
Lagi lama lagi benci
Kelak sendiri yang rugi



Kalau saya jadi awaklah Khairy
Keluar parti jangan sekali
Cuma bawaklah balik negeri
Bukan suruh merajuk hati
Tetapi kerana maruah diri
Cubalah Bermuhasabah diri
Manalah tau kalau umno berubah nanti



Kalau saya jadi awaklah Khairy
Serahkan balik jawatan yang diberi
Terurai masalah YB Khairy
Kelak disanjung di tahap tertinggi
Kerana berani berhenti
Macam Mertua awak Tun Pak Lah Badawi


Kalau saya jadi awaklah Khairy
Saya akan fikirlah sendiri
Mana boleh yang kalah, jawatan diberi
Awak yang menang apa pun tak bagi
Dah la tu disuruh perkukuhkan parti
Nak perkukuhkan apa lagi
Awak tu Khairy bukan budak-budak lagi
Dia orang anggap awak Cuma ada gusi
Tapi haram tak ada gigi
Err macam ada handphone tapi tak ada bateri
Ada timba tapi tak ada perigi
Macam mana ni Khairy
Ini macam mana boleh jadi


Kalau saya jadi awaklah Khairy
Aku chow sajelah Khairy
Khairy sekarang cuma ada Khairy
Ahh, penyokong hmmm boleh beli
Ada ke patut di boooonya seorang YB
Menantu Mantan Perdana Menteri
Depa boo kanan Depa Boo kiri
Huh, tunggu apa lagi Khairy.
Pemimpin dah kata pergi
Penyokong pulak suruh lari


Kalau saya jagi awaklah Khairy
Seminit pun tak tunggu lagi
Baik segera angkat kaki.
Orang TAK NAK, Kahiry mestilah tak sudi
Itulah baru lelaki, Ya lelaki sejati…

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .