Ikuti Blog ini

Panas!! Ku Li Suruh Kurangkan Kuasa PM

Ahli politik veteran Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) menggesa agar pemusatan kuasa di pejabat Perdana Menteri dan Peguam Negara dikaji balik agar kepentingan rakyat jelata tidak terus terhakis sebagaimana disaksikan sejak tiga dekad lalu.Dalam pandangan yang lantang terbaru ini, Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, cabaran pada hari ini ialah meneliti kembali pemusatan kuasa di tangan individu tertentu termasuk perdana menteri dan mengembalikan persekitaran politik yang “imbang dan periksa” demi rakyat menikmati amalan demokrasi yang tulen.

“Kita sebagai rakyat Malaysia perlu mendapatkan balik hak-hak kita dalam (negara) demokrasi, bahawa kuasa dan jawatan adalah satu amanah dan tanggungjawab, bukan untuk kepentingan peribadi ataupun sebagai satu peluang untuk memperkayakan diri.

“Kita, sebagai rakyat yang aktif dalam politik dan bertanggungjawab, perlu menekankan semula konsep obligasi sosial dan tanggungjawab awal ke atas mereka yang mahukan jawatan politik. Kuasa ada tugas, bukan satu jawatan,” kata beliau ketika berucap pada majlis Perak Lectures anjuran Perak Academy di Taiping malam tadi.

Bekas menteri kewangan itu berkata, kerajaan juga perlu memikirkan semula dasar-dasar ekonomi negara ini khususnya dalam memfokus objektif nasional yang sangat memerlukan tindakan segera.

“Dasar ekonomi bukan hanya mengenai penjanaan kekayaan tetapi juga memerlukan satu dimensi moral yang mengambil kira kebaikan kesemua rakyat sebagai satu keutamaan berbanding keuntungan (semata-mata),” kata beliau dalam ucapannya yang secara panjang lebar menyentuh perubahan dalam keutamaan negara sejak tiga hingga empat dekad lalu berbanding teras mesej disampaikan ketika perisytiharan kemerdekaan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Stadium Merdeka pada 1957.

“Falsafah yang menjadi panduan ialah tanggungjawab (pemegang) jawatan awam. Jawatan awam dilihat sebagai satu tugas, bukan satu peluang (mencari kepentingan diri).

“Jawatan awam juga sebahagian daripada komitmen politik untuk mewujudkan satu Malaysia yang adil, saksama, kohesi dan seimbang,” kata beliau sambil menambah, elemen-elemen itu disepadukan oleh keperluan tanggungjawab turun-temurun bagi mereka yang akan menggantikan kepimpinan pada masa-masa mendatang.

Justeru kata Tengku Razaleigh, salah satu kerugian besar dalam dunia pemegangan jawatan awam dan politik di Malaysia pada hari ini ialah kehilangan tanggungjawab turun-temurun ini atau yang bersifat generasi.

Katanya, setiap tindakan dan pendekatan kelihatan dikelilingi oleh sikap tamak dan keinginan mahu menjadi bilionair, yang turut membawa kepada piramid kroni dalam parti-parti politik pemimpin yang memerintah dan sekutu-sekutu dalam bisnes.

“Ia kombinasi hierarki kroni politik dan kroni bisnes yang membawa kepada pemusatan kuasa dalam kepimpinan politik semasa dan di pejabat Perdana Menteri,” kata Ketua Umno Gua Musang ini, yang pernah menyaingi Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden Umno pada 1987.

Dr Mahathir yang memegang jawatan perdana menteri selama 22 tahun sejak 1981 digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Oktober 2003 dan kemudian oleh Datuk Seri Najib Razak sejak April 2009.

Sehubungan itu kata Tengku Razaleigh, pemusatan kuasa di tangan satu individu telah membawa kepada manipulasi sistem politik iaitu institusi-institusi kuasa termasuk media.

Banyak media sama ada akhbar atau stesen televisyen dimiliki oleh parti-parti politik teras dalam Barisan Nasional (BN) khususnya Umno.

Dakwaan sebelum ini menyebut bidang kehakiman turut hilang kebebasan ketika era kepimpinan Dr Mahathir, tetapi perdana menteri keempat itu menafikan perkara tersebut banyak kali.

“Sebagai pertukaran kepada pemusatan kuasa, sikap tamak dan kepentingan peribadi digalakkan menerusi (kepimpinan melalui) teladan dan dalam topeng kesetiaan kaum yang sewajarnya menerima ganjaran,” katanya.

Bertolak daripada itu, Tengku Razaleigh berkata, persekitaran ini wujud di semua parti dalam struktur kuasa yang ada sekarang.

“Situasi ini adalah sesuatu yang sangat bahaya dan sukar untuk dipatahkan sebab pemusatan kuasa sudah wujud sejak tiga dekad lalu,” kata pemimpin kelahiran Kelantan ini.

Tengku Razaleigh juga menarik perhatian bahawa persekitaran itu juga membawa gaya kepimpinan politik “talam dua muka” dan “cakap angin” — seolah-olah mempamerkan kepimpinan ‘cakap tak serupa bikin’.

Malah menurutnya, sikap sedemikian membawa politik yang menggalakkan pendekatan atau amalan mengaburkan maklumat.

“Tema yang ketara ialah polisi menggunakan (elemen) perkauman dan agama di satu pihak dan bercakap mengenai perpaduan di pihak lain dengan menjadikan rakyat sebagai tebusan dalam usaha kekalkan status quo kuasa.

“Akibatnya, kebimbangan mengenai perkauman dan agama mencengkam setiap aspek kehidupan, dalam politik, ekonomi, pendidikan dan pekerjaan, sedangkan realiti semasa tiada kaitan dengan agama atau kaum,” kata beliau./KLT

Wawancara Eksklusif YB Dato Haji Husam Musa di Radio Internet Durian FM



Wawancara Eksklusif YB Dato Haji Husam Musa di Radio Internet Durian FM sempena

Kempen Cheng Ho International Food Festival dan Pameran Peradaban Islam : 14 - 23 Julai 2011, Kota Bharu.

MP Khalid Samad, Khairy antara sertai misi ke Gaza

KUALA LUMPUR, 19 Jun — Malaysia akan meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memastikan keselamatan flotilla kemanusiaan, yang antara lain disertai Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen PAS dari Shah Alam Khalid Samad yang bakal berlepas ke Gaza minggu depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menulis kepada Setiausaha Agung PBB Ban Ki-Moon untuk melantik wakil bagi memeriksa dan mengesahkan flotilla kemanusiaan itu yang disertai lebih 600 pertubuhan bukan kerajaan dari 20 negara itu tidak membawa sebarang senjata, dan semata-mata membawa bantuan kemanusiaan.

Malaysia juga meminta PBB supaya memastikan keselamatan kapal-kapal flotilla kemanusiaan tersebut semasa ia berada di perairan antarabangsa, kata Najib di sini malam semasa melancarkan Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia bagi menyertai International Freedom Flotilla II ke Gaza.

Seramai 10 orang rakyat Malaysia, termasuk dua wakil media akan turut sama dalam pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) kali kedua ke Gaza yang dikenali sebagai “International Freedom Flotilla II”.

Selain Ketua Misi LL4G, Dr Noorazman Mohd Samsudin, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau da Khalid, turut sertai ialah Pengerusi Aman Malaysia Datuk Ahmad Zaki Zahid dan Bendahari Muslim Care Malaysia Zulkefli Wahijan.

Turut sama Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan Islamiah al Ehsan Ismail Darus, wartawan Astro Awani Nazri Kahar dan jurukameranya Wan Yusani Amir.

Najib berkata permohonan yang kerajaan Malaysia kemukakan kepada PBB adalah berasaskan permohonan yang diterima dari LL4G yang didapati wajar dibantu oleh kerajaan.

Terdahulu, dalam ucapan aluannya, Noorazman meminta kerajaan supaya mengemukakan dua cadangan kepada PBB bagi mengelak berulangnya tragedi ke atas “Freedom Flotilla” pada 31 Mei tahun lalu enam kapal daripada flotilla itu diserang oleh tentera Israel di perairan antarbangsa.

Ketika tragedi itu, “Freedom Flotilla” anjuran Gerakan Pembebasan Gaza (FGM) dan Yayasan bagi Hak Asasi Manusia Turki sedang membawa bantuan kemanusiaan dan bahan binaan.

Misi tersebut yang dijangka memulakan pelayaran ke Gaza pada 27 atau 28 Jun bertemakan “Pertahankan Kemanusiaan” dan akan disertai 13 kapal antarabangsa — 10 kapal penumpang dan tiga kapal kargo.

Misi itu untuk menghantar bantuan kemanusiaan, turut akan memberi tekanan kepada Israel supaya menamatkan halangan ekonomi terhadap penduduk Palestin khususnya di Gaza.

Najib juga berkata kerajaan akan bantu mengusahakan dana bagi menubuhkan sebuah pusat trauma untuk kanak-kanak di Gaza.

Selain terus berusaha memastikan isu pembebasan Palestin dilakukan hingga satu penyelesaian dicapai, katanya.

Beliau berkata Malaysia juga akan mengetengahkan kepada dunia kesengsaraan rakyat Palestin.

“Kalau tidak buat apa-apa, dunia tidak akan teringat isu Palestin. Tetapi jika ada gambaran terhadap perjuangan ke atas Palestin, world opinion (pendapat dunia) sedikit demi sedikit akan berubah,” katanya.

Perdana Menteri berkata dunia juga tidak harus berputus harapan dalam perjuangan tersebut walaupun menghadapi pelbagai rintangan.

“Kita jangan merasa yang kita telah kalah, kita akan menggunakan cara lain. Bukan menggunakan kekerasaan, tetapi menggunakan rasa kemanusiaan dunia untuk memperjuangkan nasib Palestin,” katanya.

Sementara itu, Noorazman berkata konvoi kali ini bukan sahaja akan melalui jalan laut tetapi juga darat.

Noorazman berkata, sebagai persiapan menghadapi sebarang kemungkinan termasuk serangan daripada tentera laut Israel, pihaknya akan memulakan latihan bermula esok, termasuk latihan kecemasan ketika berada di air, berhadapan dengan komando Israel dan tekanan mental.

Beliau berkata, mereka akan membawa alat pendidikan, makanan, ubat-ubatan serta barang-barang binaan.

PAS dakwa Umno kuasai program LL4G



KUALA LUMPUR, 19 Jun: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mendakwa program Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia cuba dimonopoli oleh Umno BN termasuk NGO milik mereka, Aman Malaysia.

Beliau berkata, perkara ini jelas terbukti apabila nama beliau digugurkan sebagai salah seorang pemidato di saat-saat akhir sedangkan pada awalnya beliau sudah diingatkan agar bercakap soal Palestin tanpa menyentuh isu politik.

"Saya telah mendapat restu daripada PAS untuk hadir program malam tadi kerana program isu Gaza ini isu bersama.

"Saya mestilah sangat gembira dapat duduk satu pentas dengan Perdana Menteri.

"Tapi apabila nama saya digugurkan daripada berucap, saya rasa kesallah sedangkan mereka kata isu ini isu bersama," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjelaskan sebab ketidakhadiran beliau ke program yang diadakan di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.

Bagaimanapun, seorang lagi pemidato Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hadir walaupun slot pidato dibatalkan.

"Ini bukan soal kecewa tidak dapat berucap tapi saya tak pergi langsung malam tadi sebab nampak Umno macam nak ambil alih program tersebut," katanya.

Mohamad pada mulanya diminta menyampaikan pidato menyentuh isu Palestin selama 20 minit yang kemudiaanya dipendekkan kepada 10 minit dan akhirnya dimaklumkan pembatalan slot pidato jam 10 pagi semalam.

Khalid fikir dua kali

Misi kemanusiaan International Freedom Flotilla ll ke Gaza akan berlepas ke sana pada 26 Jun ini dan PAS akan diwakili oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad.

Khalid bagaimanapun ketika dihubungi sebentar tadi memberitahu beliau sedang mempertimbang samaada akan turut serta atau tidak.

Ini kerana beliau turut sependapat dengan Mohamad bahawa Umno BN ingin menjadikan misi tersebut program mereka sendiri.

"Saya pun sedang fikir balik samaada nak pergi atau tidak labih-lebih lagi bila diberitahu Mat Sabu tidak diberi peluang berucap malam tadi dan nampak Umno BN nak guna program ni untuk naikkan nama mereka," katanya yang juga ahli Parlimen Shah Alam.

Beliau turut mengingatkan Umno BN agar jangan mengambil kesempatan di atas penderitaan umat Islam untuk mengharumakan nama parti.

"Bagi saya Umno BN nak ambil kesempatan untuk naikkan nama mereka di atas penderitaan umat Islam.Ini tidak bagus untuk keamanan sejagat," katanya. -Hrkh

Hormati Hak Berhimpun Rakyat - GAMIS


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu berlapang dada dan tidak terus menutup pintu rundingan dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) dalam usaha memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini.

Ketua Penerangan Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Mohd Yusof Hadhari Saidon berkata, SPR harus jelas himpunan BERSIH 2.0 diadakan bukan untuk kepentingan parti politik tetapi untuk rakyat, yang cintakan keluhuran sistem pilihan raya.

Malah Mohd Yusof berkata, himpunan BERSIH 2.0 terpaksa diadakan setelah SPR dan kerajaan pemerintah gagal meneliti empat tuntutan BERSIH kali pertama pada tahun 2007 yang lalu.

Antara empat tuntutan itu ialah penggunaan dakwat kekal, penyemakan semula daftar pemilih, pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara serta akses media yang adil kepada semua pihak.

Sehubungan itulah, himpunan BERSIH 2.0 terpaksa diadakan menjelang pilihan raya umum ke- 13 kelak. Sempena himpunan kali kedua itu, dua lagi tuntutan ditambah yakni, bantahan penyalahgunaan institusi kerajaan dan lanjutan tempoh masa berkempen yang munasabah.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan Pengerusi SPR, Tan Sri ABdul Aziz Yusof menegaskan pihaknya akan menutup pintu rundingan kepada penganjur BERSIH 2.0 berikutan pihaknya telah memberi ruang itu sebelum ini. Abdul Aziz juga berkata pihaknya telah melakukan beberapa perubahan kearah pilihan raya yang lebih baik.

Bagaimanapun Mohd Yusof ketika dihubungi Tv Selangor berkata, sehingga kini tiada apa- apa perubahan yang dilakukan SPR dan salahlaku pilihan raya terus berleluasa.

“Sebelum inipun terdapat tuntutan yang dibuat oleh Bersih tetapi banyak yang tidak dilaksanakan. Yang jadi persoalan sekarang ini tuntutan yang lepas itu belum dilaksanakan sebab itu bagi saya tuntutan itu akan dibuat sekali lagi untuk desak SPR ini supaya serius dengan pandangan daripada masyarakat atau rakyat.

Mohd Yusof juga membidas kenyataan Abdul Aziz yang mengutuk himpunan aman itu dan angkuh berkata, refrendum rakyat untuk kali kedua pada 9 Julai ini tidak akan sesekali mengubah dasar dan sistem pilihan raya yang sedia ada.

“Demonstrasi satu cara yang saya rasakan perhimpunan yang mengumpulkan masyarakat dalam masa yang sama untuk kita nyatakan satu pandangan atau satu kenyataan utuk kita perbetulkan atau kita perbaiki sistem kerajaan yang ada iaitu seperti SPR dan sebagainya,” katanya. -tvsnews


Anwar: Tiada tempat untuk yang 'merengek' di AMK



Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk berada di barisan hadapan bagi memimpin perubahan (Islah) pada masa akan datang khususnya menjelang pilihan raya umum ke-13.

Beliau juga menggesa AMK terus bekerja sedaya upaya dengan menyusun jentera serta turun ke akar umbi untuk berdepan dengan BN dengan penuh yakin pada pilihan raya umum itu.

anwar ceramah at kerdau pahang to felda settlers"Kita perlu berubah, (pemimpin yang) tak yakin duduk di barisan belakang, (pemimpin yang) yakin duduk di barisan hadapan.

"Orang (yang yakin) di barisan hadapan, pimpinan (AMK yang) kurang yakin, tolak ke belakang," tegasnya.

Menurutnya, syarat tersebut turut diaplikasi kepada pemimpin AMK di semua peringkat termasuk di peringkat pusat atau negeri.

Oleh itu, Anwar menggesa ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin - yang juga hadir dalam himpunan itu - mengkaji kepemimpinan AMK di semua peringkat yang mempunyai tahap keyakinan tinggi untuk diketengahkan ke hadapan.

"Angkatan Muda Keadilan, yang (mempunyai) keyakinan, kita akan ketengahkan. Yang kurang yakin, susun di barisan belakang," katanya yang mendapat tepukan dan sorakan lebih seribu anggota AMK di Shah Alam malam tadi.

"Buat sekarang, (kamu semua) beritahu Shamsul Iskandar, (buat) sekarang," katanya sambil diiringi ketawa dan ajukan anggota AMK perkataan "sekarang" beberapa kali.

Anwar membuat cabaran demikian sekalipun beliau sedar bahawa Shamsul Iskandar mampu untuk bertindak seperti yang dicadangkannya.

Erti perjuangan

Bercakap dalam majlis Rapat Anak Muda 13.0 di Dewan Jubli Perak di Shah Alam, Anwar menasihatkan AMK dan ahli-ahlinya untuk memperkuatkan parti ketika berdepan BN pada pilihan raya umum kelak.

Malah, beliau juga menegur anggota AMK yang didakwanya "merengek atau mengeluh" kerana tidak bersetuju dengan beliau atau dengan ketua cabang tertentu dalam sesuatu perkara.

samm whipped negri sembilan mb mohd hasan 010110  chegubard speechDengan tidak menyebut identiti anggota itu, beliau menyifatkan tindakan tersebut seperti orang "yang tidak mengenali erti pejuangan".

"Jangan bertelagah sesama kita kerana setiap tenaga diperlukan walaupun tidak bersetuju dengan saya... (Kalau) ada agenda tersendiri sukar untuk dipertahankan.

"Parti ini adalah jamaah dan kita bertungkus lumus (struggle) sebagai sebuah pasukan. Ini agenda kita... Ada masa kita bersaingan dalam parti, ada masa kita bertempur dengan dalam gelanggang.

"Sekarang adalah masa untuk kita bertempur dalam gelanggang untuk melawan Umno dan BN," tegasnya.

Dengan nada yang serius Anwar berkata AMK harus sedia melalui "pahit getir' dalam perjuangan walaupun ada yang di tahan, di penjara atau di hadap ke mahkamah.

Bagaimanapun, beliau meminta anggota AMK terus yakin bahawa rakyat bersama dengan perjuangan Pakatan Rakyat bagi menumbangkan Umno dan BN sungguhpun berdepan pelbagai fitnah dan hasutan.

Cetusan dhamir

Beliau turut mengingatkan anak muda dalam sayap parti agar sentiasa mengikut kata hati atau cetusan dhamir dalam usaha untuk membela nasib dan masa depan rakyat.

NONEAnwar yang juga ketua pembangkang berkata dengan mengikut cetusan dhamir tersebut menyebabkan mereka "tidak terpukau dan terpedaya" bagi meneruskan agenda perubahan.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar AMK menggilap semula "jeritan dhamir itu menjadi satu jeritan suci" demi survival negara dan mengembalikan hak yang terjamin dalam perlembagaan sebagai seorang muslim atau rakyat.

Mengulas perhimpunan BERSIH 2.0 yang akan berlangsung pada 9 Julai ini, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh mengajak semua pihak untuk menyertai perhimpunan itu.

anti us middle east crisis rice protest 280706 khairyDengan nada menyindir, Anwar berkata perhimpunan itu tidak sama seperti "jerit-jerit Pemuda Umno" - yang juga bercadang untuk berhimpun pada tarikh yang sama.

"Kita berjuang kerana prinsip, bukan hanya (mencari) keasyikan semata-mata," katanya.

Anwar turut menasihatkan anggota AMK berperanan di peringkat akar umbi dengan memperbanyakkan program demi memastikan Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya dan menjadikan Umno sebagai pembangkang.

Terima cabaran

Sementara itu, Shamsul Iskandar menyahut cabaran yang dibuat oleh Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri supaya segera membuat perubahan demi menyediakan pemimpin AMK di barisan hadapan.

pkr weekly meeting 190707 shamsul iskandar"Saya terima cabaran Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dan saya tahu isyarat dari saudara sekelian kepada saya untuk membuat perubahan.

"Kita akan periksa (anggota dari) negeri mana yang tidak datang hari ini... Kita akan periksa cabang mana yang tidak datang.

"Saya ada senarai lengkap (bermula) dari Perlis sampai ke Sabah. Tapi dari cabang mana, yang ini kita akan teliti," katanya.

Dalam pilihan raya umum akan datang, Shamsul berkata beliau berjanji akan mencadangkan kepada kepimpinan PKR Pusat bagi memastikan anggota AMK dipilih menjadi calon dalam pilihan raya umum.

Oleh itu, beliau mahu anggota AMK bekerja bersungguh-sungguh demi untuk memastikan bahawa negara dipimpin dari kalangan generasi anak muda pada masa akan datang. -M'kini

Bersih 2.0: Kami Tak Gentar Dilayan Begini!!!




Firman Allah S.W.T:

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113)

Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“sebaik-baik orang-orang yang mati syahid ialah Hamzah r.a dan seorang lelaki yang pergi kepada pemimpin yang zalim, lantas menyuruhnya melakukan makruf dan menegahnya dari kemungkaran, lantas dia dibunuh”.

" JIHAD YANG PALING UTAMA IALAH (MENYAMPAI) KATA-KATA BENAR DIHADAPAN PEMIMPIN YANG MENYELEWENG ". (HR At-Tarmizi & Ibnu Majah)

SPR "Tutup Pintu" Bukti Sah Pencacai Umno-APCO!!

Keangkuhan malaon pencacai Umno-APCO bakal dilondehkan
dalam himpunan BERSIH 2.0! Rakyat akan cari kamu hingga ke
lubang cacing sekalipun!!

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu berlapang dada dan tidak terus menutup pintu rundingan dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) dalam usaha memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini.

Ketua Penerangan Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Mohd Yusof Hadhari Saidon berkata, SPR harus jelas himpunan BERSIH 2.0 diadakan bukan untuk kepentingan parti politik tetapi untuk rakyat, yang cintakan keluhuran sistem pilihan raya.

Malah Mohd Yusof berkata, himpunan BERSIH 2.0 terpaksa diadakan setelah SPR dan kerajaan pemerintah gagal meneliti empat tuntutan BERSIH kali pertama pada tahun 2007 yang lalu.

Antara empat tuntutan itu ialah penggunaan dakwat kekal, penyemakan semula daftar pemilih, pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara serta akses media yang adil kepada semua pihak.

Sehubungan itulah, himpunan BERSIH 2.0 terpaksa diadakan menjelang pilihan raya umum ke- 13 kelak.

Sempena himpunan kali kedua itu, dua lagi tuntutan ditambah yakni, bantahan penyalahgunaan institusi kerajaan dan lanjutan tempoh masa berkempen yang munasabah.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan Pengerusi SPR, Tan Sri ABdul Aziz Yusof menegaskan pihaknya akan menutup pintu rundingan kepada penganjur BERSIH 2.0 berikutan pihaknya telah memberi ruang itu sebelum ini.

Abdul Aziz juga berkata pihaknya telah melakukan beberapa perubahan kearah pilihan raya yang lebih baik.

Bagaimanapun Mohd Yusof ketika dihubungi Tv Selangor berkata, sehingga kini tiada apa- apa perubahan yang dilakukan SPR dan salahlaku pilihan raya terus berleluasa.

“Sebelum inipun terdapat tuntutan yang dibuat oleh Bersih tetapi banyak yang tidak dilaksanakan.

Yang jadi persoalan sekarang ini tuntutan yang lepas itu belum dilaksanakan sebab itu bagi saya tuntutan itu akan dibuat sekali lagi untuk desak SPR ini supaya serius dengan pandangan daripada masyarakat atau rakyat.

Mohd Yusof juga membidas kenyataan Abdul Aziz yang mengutuk himpunan aman itu dan angkuh berkata, refrendum rakyat untuk kali kedua pada 9 Julai ini tidak akan sesekali mengubah dasar dan sistem pilihan raya yang sedia ada.

“Demonstrasi satu cara yang saya rasakan perhimpunan yang mengumpulkan masyarakat dalam masa yang sama untuk kita nyatakan satu pandangan atau satu kenyataan utuk kita perbetulkan atau kita perbaiki sistem kerajaan yang ada iaitu seperti SPR dan sebagainya,” katanya.

Tujuan BERSIH pada fikiran pandy kutty Umno BN

Macam yang Mid Panah tulis dalam Kedah La:
Berikut senarai tohmahan yang dibuat UMCO Be End, rakyat Malaysia bebas untuk percaya yang mana satu:

1. KUNUNNYA ia dibuat oleh DS Anwar demi untuk menutup/mengalih kes liwat dan video lucah fitnah yang dihadapinya.

2. KUNUNNYA ia dibuat oleh Mohamad Sabu untuk menonjolkan dirinya sebagai wira baru dalam PAS, di samping nak menutup isu khalwat yang dihadapinya. (Tudia aih, berpuluh tahun punya isu nak tutup lagi.. biasalah tuduhan standard UMCO Be End.. tutup, alih, tutup, alih).

3. KUNUNNYA ia rancangan DAP untuk melaga-lagakan orang Melayu PAS dan UMCO.

4. KUNUNNYA ia adalah agenda golongan anti Islam yang memimpin NGO Bersih, mereka ada agenda tersendiri. (Satu lagi istilah standard UMCO Be End ialah ‘agenda’).

5. KUNUNNYA Pakatan Rakyat nak tunjuk kekuatan dan menyeret rakyat menyokong mereka setelah mereka tidak lagi mendapat sambutan oleh rakyat.

6. KUNUNNYA PR tahu akan kalah dalam PRU ke 13, jadi cipta alasan siap-siap sebelum kalah. - Kedah La.
Padahal dah berkali-kali Mat Sabu dan jugak Ambiga bagitau, tujuan himpunan Bersih 2.0 ni adalah untuk menuntut supaya SPR berubah jadi lebih bersih dan telus dan digariskan dalam 5 + 2 tuntutan, 5 tu yang tuntutan himpunan BERSIH pertama dulu yang masih belum SPR tunaikan dan ditambah lagi 2 untuk Bersih 2.0:
  1. Pendaftaran pengundi secara automatik ketika berusia 21
  2. Reformasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar
  3. Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang-kali
  4. Capaian media aliran utama untuk parti pembangkang Tempoh kempen minimum 21 hari
  5. Kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya Menghapuskan rasuah pilihan raya
Dalam banyak-banyak komen pasai Bersih ni, komen dari Muhyiddin Yasin yang paling tepat sekali. Macam dilaporkan Malaysiakini:
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bahawa perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini bertujuan untuk menumbangkan kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, BERSIH adalah sebagai satu cubaan pihak Pakatan Rakyat untuk menjadikannya sebagai jalan pintas ke Putrajaya.

"Saya fikir tujuan mereka tidak baik. Ambiga (Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan) itu kepala saja. Saya tahu di belakangnya ialah pihak-pihak pembangkang apabila Mohamed Sabu diletakkan sebagai timbalan pengerusinya," kata Muhyiddin kepada Bernama selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian di Beaufort hari ini. - Mkini.
Untuk BERSIH menang tak kena tapi untuk PAS memang sangat tepat. Tak payah bagitau pun semua orang tau. memang kerja PAS sekarang ni nak tumbangkan Umno BN.

Secara rasminya BERSIH memang bukan gerakan parti politik. Pasai tu la Mat Sabu larang bawak bendera PAS, kalau nak bawak bendera pun bawak bendera Malaysia atau bendera negeri. Tapi sebagai pemimpin parti politik dah tentu la Mat Sabu gunakan BERSIH 2.0 untuk kepentingan politik. Dan kepentingan politik paling utama untuk PAS untuk saat dan ketika ni memang la nak tumbangkan Umno Barisan Nasional.

Nak jalan pintas ke Putrajaya kut mananya. SPR tunaikan atau tak tuntutan tu, apa sangat yang PAS boleh buat selain dari tunggu PRU13 dan harap rakyat Malaysia terutama sekali orang melayu ramai-ramai beralih dari mengundi BN kepada PR.

BERSIH ; Sejak Bila Muhyiddin Itu Bijak?


Saya pelik dan hairan, sejak bila Timbalan Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi seorang yang bijak seperti ini?
""Mereka mungkin akan meneruskan momentum ini supaya apabila sampai pilihan raya nanti, kebencian rakyat akan mencapai ke tahap yang tinggi dan menolak kerajaan," katanya." - Malaysiakini.
Sekejap sahaja bijaknya datang, setelah itu beliau kembali menjadi bodoh;
"Beliau berkata demonstrasi jalanan bukan penyelesaian terbaik berkaitan dengan sistem pilihan raya negara, sebaliknya mereka boleh menggunakan demokrasi berparlimen untuk membetulkan keadaan." - Malaysiakini.
Masing-masing tertanya-tanya, sejak bila Barisan Nasional membuka ruang demokrasi berparlimen untuk menuntut hal-hal seperti ini?

Pada kami, kami tetap akan meneruskan perjuangan BERSIH ini, bak kata Ketua Pemuda PAS Pusat;
"“Mereka mahu ugut siapa? Kami sudah menegaskan kepada semua bahawa kami hanya akan berhimpun secara aman dan menunjuk perasaan kami membantah sistem demokrasi yang masih pincang dan mendesak supaya beberapa tuntutan kami yang mewakili sebahagian besar rakyat diterima dengan baik oleh pihak kerajaan.

“Apa masaalah MUBARAK? Apa masalah kerajaan untuk tidak menunaikan permintaan sebahagian rakyat biar pun tidak semua rakyat dalam negara ini membuat tuntutan serupa?” - Ketua Pemuda PAS Pusat" - Malaysiakini.
Ayuh anak muda Malaysia, bersama-sama kami untuk menuntut satu pilihanraya yang adil lagi BERSIH!




Satu video klip yang cukup bermakna, yang dipetik dari Facebook Tuan Guru, tontonilah dan fahamilah akan erti "Freedom" yang sebenar.

Kenapa Pertunangan Najwa Najib Tidak Menjadi Berita Utama TV!!

Semasa mengikuti siaran Buletin Utama TV3 malam tadi, saya perhatikan majlis pertunangan anak Najib Nooryana Najwa dengan Daniyar Nazarbayev tidak menjadi berita utama, malah langsung tidak disebut setelah setengah jam Buletin Utama ke udara. TV-TV lain entahlah, tetapi dirasakan ia juga tidak menjadi berita utama.

Kebiasaannya anak PM, tentunya menjadi berita utama, malah yang pertama disebut. Ini tidak berlaku. Mungkin ada arahan supaya ianya tidak dijadikan begitu!!.

Sebab-sebabnya kerana banyak yang menjadi pertikaian. Tentang lawatan Najib ke Kazakhstan untuk memenuhi agenda peribadi. Juga kerana hari ini timbul persoalan siapa yang membiayai bil bagi majlis pertunangan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diadakan di Seri Perdana, Putrajaya malam semalam.

Pemimpin PKR Dr Tan Kee Kwong mempersoalkan “Saya difahamkan nota pembelian daripada sebuah hotel terkemuka itu dikeluarkan atas nama Jabatan PM. Ini menimbulkan soalan, siapa sebenarnya membayar bil katering yang berjumlah RM81,000,”

Mungkin juga Najib dah 'zuhud' dan tak mahu memperbesar-besarkannya!!

ISA : Pemuda tidak akan undur walaupun setapak

1. MUBARAK mendesak kerajaan agar menangkap perancang Himpunan BERSIH 2.0 di bawah Akta Keselamatan Dalam negeri [ISA]. Ini satu ugutan yang keterlaluan dan melanggar lunas demokrasi. Saya nasihatkan MUBARAK agar tidak menjadi Husni Mubarak 2.0 yang suatu ketika dahulu bermaharajalela dan menangkap siapa sahaja yang menentang beliau tanpa sebarang bicara.

2. Mereka mahu ugut siapa ? Kami sudah menegaskan kepada semua bahawa kami hanya akan berhimpun secara aman dan menunjuk perasaan kami membantah sistem demokrasi yang masih pincang dan mendesak supaya beberapa tuntutan kami yang mewakili sebahagian besar rakyat diterima dengan baik oleh pihak kerajaan. Apa masaalah MUBARAK ? apa masaalah kerajaan ? untuk tidak menunaikan permintaan sebahagian rakyat biar pun tidak semua rakyat dalam negara ini membuat tuntutan serupa, justeru apa yang kami minta adalah untuk keadilan dan ketelusan.

3. Kita tidak minta lebih. Kita tidak meminta suatu yang merugikan mana - mana pihak termasuk kerajaan. Apa yang kita minta ialah padang yang sama rata, alat yang serupa dan suasana yang mengizinkan ketelusan berlaku dan dilihat berlakunya ketelusan dalam sistem demokrasi khasnya sistem pengendalian pilihanraya dalam negara ini.

4. Setelah permintaan kita selama ini gagal dilayan dengan baik oleh pihak berwajib, himpunan BERSIH 2.0 adalah sebagai langkah untuk menunjuk perasaan dan menarik perhatian bahawa permintaan kita adalah serius dan tidak boleh dipandang ringan oleh mereka.

5. Cara mahu menangani Himpunan BERSIH 2.0 ialah dengan mengawal himpunan ini agar tidak terdedah kepada provokasi pihak yang tidak bertanggungjawab dan menunaikan permintaan rakyat tersebut. Bukan dengan ugutan dan tangkapan . Jika ugutan dan tangkapan itu mereka fikir boleh menakutkan rakyat, maka saya fikir mereka silap dan 1001 kali silap.

6. Insyaallah, saya sendiri akan berada di saff hadapan dan jangan fikir ISA itu boleh mengendurkan semangat saya dan melemahkan kesungguhan saya apalagi mahu menakutkan saya. Saya yakin ini adalah perjuangan rakyat yang mahu menuntut kebenaran, keadilan, ketelusan dan kejujuran dalam sistem pengendalian demokrasi negara dan ia adalah suatu yang dituntut oleh Islam justeru Islamlah pelopor keadilan, ketelusan dan kejujuran ini.

7. Saya menyeru semua rakan - rakan anak muda dari seluruh negara agar gembira dan tenang. Himpunan BERSIH 2.0 adalah untuk keamanan dan kesejahteraan negara. Rakyat juga tidak perlu resah, peniaga tidak perlu bimbang dan orang ramai tidak usah gundah, himpunan ini aman jika mana - mana pihak termasuk pihak polis tidak mencetus provokasi. Saya yakin, yang rasa tidak aman ialah UMNO dan BN, yang resah ialah UMNO dan BN dan yang gundah ialah UMNO dan BN.

8. Malaysia bukan negara polis. Maka usahlah kerajaan menangani masaalah rakyat dan tuntutan mereka dengan kekerasan dan tangkapan. Tapi, kalau kerajaan fikir mereka mahu jatuh cepat dari jadual yang telah ditentukan, silakan lah berbuat sesuka hati. Saya tidak boleh jamin apa - apa.

9. Saya menyeru buat kesekian kalinya, datanglah ke Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 nanti dengan happy dan enjoy membawa semangat "Visit Day" dan Kuala Lumpur adalah destinasi anda kali ini. Melancunglah dalam negeri ! bukankah ini slogan kerajaan.Ppelancungan pada 9 hb Julai 2011 ini adalah bertemakan Keadilan dan Ketelusan di samping menikmati Kota Raya negara kita sendiri.

10. Datang jangan tak datang. Saya tunggu anda semua pada 9 hb Julai 2011 kelak . Salam perjuangan dari saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia .

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

LL4G: Najib arah batal pidato Mohamad Sabu?

KUALA LUMPUR, 18 Jun: Pihak penganjur Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia yang dijadual dilancarkan jam 9 malam ini oleh Perdana Menteri, membatalkan slot pidato yang sepatutnya menampilkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Selain Mohamad yang dijemput mewakili Pakatan Rakyat, pidato menyentuh isu Palestin yang diadakan di Stadium Badminton Cheras itu juga sepatutnya disampaikan oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin sebagai mewakili BN.

(Poster asal: kanan)

Tindakan itu difahamkan dibuat ekoran mereka mendapat tekanan dari Pejabat Perdana Menteri.

"Pihak JPM maklumkan kepada kita, Datuk Seri Najib tak nak Mohamad Sabu menyampaikan pidato.

"Kalau penganjur nak teruskan juga dengan Mohamad Sabu, PM pula tak mahu datang rasmi," kata salah seorang petugas ketika ditemui.

Malah, nama Mohamad dan Khairy di backdrop yang diletakkan di pentas juga turut ditutup.

(Gambar: Nama Mohamad Sabu ditutup pada backdrop di pentas utama.)

Khairy bagaimanapun dilihat hadir pada program malam ini.

Sehingga kini belum ada sebarang pengumuman dibuat penganjur kepada hadirin yang hadir berhubung pembatalan itu.

Bagaimanapun, tindakan penganjur menutup nama Mohamad dan Khairy pada backdrop di pentas, menimbulkan tanda tanya di kalangan mereka.

Ramai dikalangan mereka yang datang malam ini dipercayai mahu melihat Mohamad yang sebelum ini banyak menghentam Umno, duduk sepentas dengan Najib.

Bagaimanapun, sebahagiaannya dilihat mula pulang awal apabila mendapat tahu berhubung pembatalan itu.

Rasa dipermainkan

Mohamad ketika dihubungi Harakahdaily turut mengesahkan pembatalan itu.

Menurutnya, beliau hanya dimaklumkan berhubung perkara itu pagi tadi.

"Semalam penganjur kata saya dijemput berucap tentang isu Palestin selama 10 minit.

"Tiba-tiba hari ini kata tak boleh pula, sedangkan dalam media semua dah sebut saya akan berpidato malam ini.

"Saya rasa dipermainkan," katanya kecewa dan memaklumkan tidak akan hadir program malam ini.

Bagaimanapun, penjelasan lanjut berhubung perkara itu akan dibuat pada sidang media khas jam 10 pagi esok di restoran Haslam, Jalan Pahang. -Hrkh

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .