Ikuti Blog ini

SANGGUPKAH ULAMA MUDA UMNO TURUN PADANG


40 orang ulama muda semalam dimasukkan ke dalam cawangan UMNO Dataran Merdeka. Diharap kemasukan mereka ini dapat melaksanakan tugas dakwah di sekitar Dataran Merdeka seterusnya dapat membanteras aktiviti maksiat dan gejala sosial para remaja di sana.

Mungkin ulama muda ini tak perasan, bahawa kebanyakan program yang terdapat di Dataran Merdeka adalah anjuran UMNO/BN yang mereka dokongi dan sayangi itu. Ada mereka ada keberanian untuk menegur pimpinan parti mereka dalam perkara berkaitan program-program yang menggalakkan maksiat.

Sanggupkan ulama muda ini membentuk satu pasukan untuk terjun turun padang bertemu para remaja, para mat rempit, mat fit dan sebagainya. Jangan hanya berani berceramah di pentas-pentas forum agama, dewan kuliah dan studio TV yang berhawa dingin sahaja.

Para pemuda PAS dan NGO Islam telah lama buat kerja-kerja turun padang ini. Kita nak tengok ulama-ulama muda ini sanggup buat begitu pula.

Judi Dan Arak Tetap Haram Walaupun Sejuta Ulama Menyertai UMNO

Sepertimana yang pernah saya persoalkan sebelum ini, adakah benar mereka ini ulama sepertimana yang digariskan oleh Islam? Atau sekadar dilabelkan sebagai ulama? Atau buat-buat ulama? Terpulang untuk memilih mana satukah jawapannya.


Apa nak hairan, di bumi Mesir ini pun “ramai ulama-ulama UMNO”. Di Jordan pun ramai jugak kan? Apa nak dihairankan? Saya rasa pelik, kenapa mereka yang memperjuangkan UMNO di Mesir dan Jordan ini tidak kedengaran ke”ulama”kan mereka apabila di Malaysia?

Setiap tahun, pasti ada mereka yang mengikuti pengajian Islam di Timur Tengah, akan pulang ke Malaysia, dan membawa ideologi UMNO. Tetapi ke manakah mereka di dalam UMNO? Terpulanglah, itu ideologi masing-masing..

Tapi, suka untuk saya memberi nasihat di sini, “jangan salahgunakan istilah ulama”. Kalau istilah ulama disalahgunakan, tak hairanlah kalau sejuta “ulama” akan buat maksiat. Dulu, ada yang mengatakan Ustaz Pirdaus dan Ustazah Masyitah itu sebagai ulama.

Tetapi taring mereka sudah tidak kelihatan hari ini untuk membela UMNO, lebih-lebih lagi isu judi. Saya juga tidak hairan kalau terdapat lebih daripada sejuta “ulama” akan masuk UMNO sekiranya istilah “ulama” itu disalahgunakan.

Saya agak terkilan dengan UMNO apabila isu judi ini semakin membarah. Selain itu banyak lagi isu-isu yang jelas bertentangan dengan Islam. Maka, saya sebagai mahasiswa Islam tidak akan berdiam diri dengan perkara ini.

Saya juga terfikir, kalaulah UMNO itu perjuangkan Islam, alangkah bagusnya.. Tetapi itu sekadar harapan. Sebelum ini mereka menyingkirkan ulama, hari ini mereka berdalilkan “ulama” untuk meraih sokongan. Saya tidak sabar menanti hujah 40 orang ulama ini untuk mengulas isu judi, arak, hudud dan sebagainya.

Satu perkara lagi ingin disebutkan, UMNO berpegang dengan menolak hudud dan menghalalkan judi, kalau sejuta orang ulama menyertai UMNO sekalipun, perjuangan UMNO ini tetap salah dan bercanggah dengan Islam.

Judi tetap haram walaupun sejuta ulama menyertai UMNO.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
ibnuirfadzil.blogspot.com

Lawatan Mr Ma Xijuen, Presiden Muslim Beijing ke Kelantan





Gambar-gambar dirakam oleh Topeng Perak Unmasked.

Melalui karya kartun, saya akan terus membongkar kezaliman, rasuah dan salah laku kerajaan BN

Melalui karya kartun, saya akan terus membongkar kezaliman, rasuah dan salah laku kerajaan BN.Kerajaan boleh mengharamkan buku saya, kerajaan boleh mengharamkan majalah saya, tetapi kerajaan tidak boleh mengharamkan minda saya. "Saya akan terus berkartun sehingga ke titisan dakwat terakhir - Zunar

Melalui karya kartun, saya akan terus membongkar kezaliman, rasuah dan salah laku kerajaan BN – Zunar

Kerajaan/KDN menuduh bahawa kartun-kartun saya mengandungi bahan yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam. Ia adalah satu tuduhan yang serius dan harus ditunjangi dengan alasan perundangan yang kukuh.

Dengan mengharamkan keenam-enam penerbitan ini, ertinya sebanyak 312 karya-karya kartun saya dan pasukan kartunis saya yang terdapat dalamnya diharamkan.

Saya menuntut KDN/kerajaan memberi penjelasan apakah yang dimaksudkan dengan takrif “mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam.”

Saya menuntut KDN/kerajaan memberi penjelasan karya yang mana dan pada muka surat yang mana dari 312 kartun tersebut yang dikategorikan sebagai mengancam keselamatan negara dan tidak sesuai untuk bacaan umum.

Saya bertanggungjawab dan sedia mempertahankan karya-karya saya.

Saya sedia menghadapi tindakan undang-undang.

Dari sudut perniagaan, larangan KDN ini sudah pasti membawa kerugian besar kepada syarikat saya. Saya menjangka pengedar-pengedar seluruh Malaysia akan memulangkan naskah yang telah beredar di pasaran dan kerugian sekitar RM50,000 hingga RM80,000.

Tetapi, keuntungan material bukanlah matlamat utama saya. Sebagai kartunis, tanggungjawab sosial adalah keutamaan saya.

Melalui karya kartun, saya akan terus membongkar kezaliman, rasuah dan salah laku kerajaan BN. Saidina Ali berkata, “Bercakap benar kepada pemerintah yang zalim adalah patriot sebenar.”

Kerajaan boleh mengharamkan buku saya, kerajaan boleh mengharamkan majalah saya, tetapi kerajaan tidak boleh mengharamkan minda saya. “Saya akan terus berkartun sehingga ke titisan dakwat terakhir.”

Zunar
(Zulkiflee Anwar Ulhaque)
Kartunis/Editor kartun

'Ulamak' muda masuk Umno: 10 Perkara yang anda perlu tahu...



1. Pertama2 kalinya, tidak salah utk penulis mengucapkan tahniah kepada ulamak/ustaz2 muda ini atas cubaan utk menyertai Umno..tahniah penulis ucapkan..(korang memang 'berani'..=)

2. Utk pengetahuan semua, sebenarnya bukan semua yg dikatakan menyertai Umno semalam adalah 'ulamak' sepertimana yg kita faham hari ini..mungkin gelaran ustaz lebih tepat..( Sbb dari kalangan mereka adalah sama baya dengan penulis, dan bidang pengajian yg sama..mungkin jika rakan penulis tadi sudah boleh digelar ulamak, maka penulis juga sudah dikira seorang ulamak..=)

3. Dikatakan, sebahagian besar dari ulamak2/ustaz2 muda ini terdiri dari golongan agamawan yang beraliran salafi..wallahua'lam..

4. Jangan terkejut jika penulis mengatakan dikalangan ulamak/ustaz yang 'menyertai' Umno hari ini adalah terdiri dari 'orang' PAS, dan ahli keluarganya adalah orang kuat PAS..insyaAllah, jika ada 'keizinan', perkara ini akan didedahkan..=)

5. Hampir majoriti dari mereka yg dilaporkan menyertai Umno ini adalah orang Kelantan..umum mengetahui, orang Kelantan khususnya yg 'berjiwa agama', jiwanya lebih condong ke arah mana, 'hijau' atau 'biru'...=)

6. Dari sumber2 yang rapat dengan penulis menyatakan, hampir keseluruhan yang menyertai Umno semalam bukanlah disebabkan tertarik dgn perjuangan dan dasar Umno, ataupun kecewa dengan PAS, tidak sama sekali..tetapi mereka sertai dengan niat mahu mengubah Umno, selain mahu mencuba ruang dan misi dakwah dalam suasana yg berbeza (mahu beri sokongan kepada gerakan dakwah dan penyatuan umat)..

7. Yang paling penting korang perlu tahu, walaupun mereka menyertai Umno, tetapi mereka tidak akan sesekali mengambil pendekatan bermusuh dengan PAS, kerana mereka arif dan maklum, siapa itu Parti Islam Semalaysia (PAS), apatah lagi jika hendak dibandingkan dengan Umno..

Jadi, jika ada penyokong Umno beranggapan penyertaan mereka akan menyemarakkan kempen utk menjatuhkan PAS, penyertaan mereka bakal menguatkan Umno utk berhadapan dan berperang dengan PAS, percayalah andaian mereka adalah silap..sebaliknya mereka (ust muda ini) akan gerakkan 'misi' Umno VS Islam, bukan Umno VS PAS....=)

"kami masuk Umno bukan untuk berpolitik walaupun Umno adalah sebuah parti politik" -Ustaz Fadlan Mohd Othman
8. Alhamdulillah, berita ini sedikit pun tidak menggusarkan penulis dan rakan2, malah memberi semangat utk terus berjuang pd landasan ini..maka, rasanya tidak perlulah korang terkejut, atau lemah semangat, atau yg lain2nya, kerana peristiwa ini sebenarnya akan membawa hikmah yg baik utk gerakan Islam di masa hadapan, khususnya di Malaysia..insyaAllah, seperti kata TG Nik Aziz, jika Umno benar2 berubah (ke arah Islam), maka PAS sedia dibubarkan, semuanya kerana dan demi Islam..insyaAllah..

9. Utk yang terakhirnya, suka utk penulis ingatkan di sini, jangan kita segera melemparkan tuduhan/fitnah yg bukan2 terhadap mereka, apatah lagi dgn fitnah yg besar..cuba bersangka baik sesama kita..sebahagian besar dari mereka adalah 'rakan' kita..mereka sebenarnya cuba membantu kita, cuma atas cara dan ijtihad mereka..kalaupun ada suara2 mempertikai atau mempersoalkan, maka hendaklah melalui 'cara yg sepatutnya'...

10. Dan satu pesanan akhir penulis khusus pada parti Umno, jika kalian silap dlm mengendalikan/berhadapan dengan golongan agamawan ini, percayalah isu ini akan 'memakan diri' kalian (Umno), malah bakal membawa bencana besar kepada perjuangan kalian...penulis bagi contoh.."kami terpaksa keluar dari Umno kerana ruang dakwah di dalam Umno ternyata sempit/ umno sukar berubah/ kami disisihkan/ nasihat kami ditolak/ Umno ternyata memisahkan agama dan politik...." dan lain2...sama2 kita tunggu..=)

Penutup

Apakah ustaz2 muda ini berjaya dlm misinya mengubah parti asobiyah/perkauman/kebangsaan/sukular yang sudah menjangkau usia 60 tahun lebih ini?..sama2 kita saksikan..bak kata rakan penulis, jika ingin membersihkan tong najis, bersihkan dari luar, jika tidak kita juga akan bergelumang dgn najis..=)...

p/s: Maklumat drpd sumber2 tertentu...dan diolah berdasarkan pandangan peribadi penulis...wallahua'lam..


Friends of Pakatan ditubuh di London

KUALA LUMPUR : Friends of Pakatan, sebuah persatuan penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat telah ditubuhkan di kota raya London, kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Beliau yang baru sahaja pulang dari London berkata, persatuan tersebut adalah gabungan profesional rakyat Malaysia yang menginap dan bekerja di United Kingdom yang mewakili semua kaum Melayu , Cina dan India.

Menurutnya, satu pertemuan bersama jawatankuasa penaja persatuan tersebut telah diadakan di kotaraya London baru-baru ini sempena dengan lawatan beliau ke United Kingdom (UK).

Katanya, majlis pelancaran Friends of Pakatan akan dilakukan pada awal Julai depan dengan dihadiri oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

Menurutnya, Friends of Pakatan adalah satu lagi perkembangan positif tanda sokongan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat.

“Ini adalah kerana persatuan ini menggabungkan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa di luar negara,” katanya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, dalam pertemuan bersama jawatankuasa penaja persatuan tersebut, mereka telah memberikan komitmen yang cukup tinggi untuk bersama Pakatan bagi menyumbangkan kepakaran mereka membangunkan negara bersama dengan Pakatan.

“Selepas dari UK, mereka bercadang untuk melebarkan lagi Friends of Pakatan ke negara-negara lain seperti di Eropah dan juga di Amerika Syarikat,” ujarnya lagi.

Menurutnya lagi, pengerusi jawatankusa penaja persatuan tersebut, seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan di UK memaklumkan bahawa setakat ini mereka telah berjaya menghimpunkan seramai tiga ratus penyokong dan yakin lebih ramai akan menyertainya selepas majlis pelancaran nanti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok baru kembali dari lawatan selama seminggu ke UK bagi menghadiri beberapa siri jemputan organisasi Islam di sana.

Beliau telah dijemput berucap pada seminar The Future of The Muslim Ummah; Hopes and Challenges anjuran Islamic Unity Forum di London.

Nasharudin juga dijemput sebagai tetamu di Muslim Council of Britain di London.

Timbalan Presiden PAS itu kemudiannya ke bandar Nottingham sebagai tetamu kepada sebuah badan kebajikan Islam yang dikenali sebagai Muslim Hands International.

Di Nottingham, beliau turut diminta berucap di Masjid University of Nottingham.

Ustaz Nasharudin juga turut ditemubual selama satu jam oleh TV Al-Hiwar, sebuah rancangan TV berbahasa Arab yang berpusat di London. -Hrkh

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .