Ikuti Blog ini

Najib silap baca golongan muda, kata Anwar

one million youth gathering in putrajaya on stage crowd 2Tindakan Datuk Seri Najib Razak menghimpunan belia-belia di Putrajaya dan merayu undi mereka memperlihatkan rasa gusar perdana menteri terhadap kebangkitan golongan itu yang kini menuntut perubahan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Najib semalam mendakwa sejuta belia yang hadir di Putrajaya untuk sambutan Hari Belia Negara selama tiga hari, kononnya untuk “mempertahankan” pusat pentadbiran negara dari diambil alih oleh Pakatan Rakyat.

TV Selangor memetik Anwar berkata, hakikatnya ialah persatuan-persatuan belia itu dibawa untuk mengisi pelbagai program riadah yang dianjurkan bersama oleh agensi-agensi persekutuan dan badan-badan koperat sempena Hari Belia Negara.

“Dia kata di Mesir satu juta orang muda tuntut perubahan. Jadi di sini dia minta orang muda sokong Barisan Nasional.

“Orang muda ini dikaitkan dengan idealisme, cita-cita murni. Orang muda ini benci dengan kemungkaran, benci dengan rasuah, benci dengan kezaliman.

anwar ceramah at kerdau pahang to felda settlers“Najib silap. (Sebenarnya belia) yang minta perubahan tumbangkan kerajaan yang ada. Jadi saya nak sambut dengan katakan sudah sampai ketikanya anak muda Felda, anak muda Malaysia bangkit tuntut perubahan,” kata Anwar kepada ribuan peneroka Felda dan penduduk kampung di Kerdau, Pahang malam semalam untuk mendengar ceramahnya.

Kaya-raya

Anwar malam tadi juga mengupas ucapan Najib pada majlis sambutan Hari Belia itu yang dialas dengan gesaan supaya belia menyokong Umno-BN sebagai syarat menikmati kemakmuran.

Kenyataan sedemikian, kata Anwar hanya menunjukkan rasa terdesak Perdana Menteri.

Menurut Anwar beliau tidak menuduh Umno sebagai parti yang tidak pernah membuat apa-apa.

Namun yang dipersoalkan adalah kemungkaran dan kezaliman yang menyebabkan rakyat menderita manakala pemimpin hidup dalam keadaan kaya-raya.

anwar ceramah at kerdau pahang to felda settlers"Saya tidak samakan Umno dengan Firaun, Firaun pun buat bangunan dan jalan, negara komunis, Zimbabwe, mahupun Bangladesh pun buat pembangunan, soalnya kita ini mahu nilai apa kekurangan besar yang membolehkan sebuah perubahan kuasa itu perlu," katanya.

Sehubungan itu, Anwar mengajak rakyat supaya merenung hala tuju negara di bawah pemerintahan Umno-BN dan tidak termakan dengan dakyah dan gula-gula politik yang disebarkan parti itu.

"Saya tidak pertikai hak sesiapa untuk sokong parti mana-mana, tetapi kita sanggupkah pertahankan kezaliman, bolehkah kita diam tentang rasuah, mampukah kita biarkan fitnah, lucah termasuk qazaf dan semulanya berlaku?” tanya Anwar.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Sabu, Ketua Serikandi Siti Aishah Shaik Ismail dan Presiden ANAK, Mazlan. -M'kini

Geram tuntut royalti minyak

KOTA BHARU, 29 Mei: Dewan Pemuda PAS Kota Bharu melancarkan Gerakan Mobilisasi Anak Muda Kota Bharu Tuntut Royalti Minyak Kelantan (Geram), sebagai usaha untuk menuntut royalti minyak daripada Petronas.

Program ini dilancarkan oleh ketuanya, Wan Azimin Wan Adnan, sempena majlis makan malam bagi meraikan bekas-bekas pemimpin pemuda kawasan berkenaan malam tadi.

Azimin dalam ucapannya berkata, gerakan itu ditubuhkan bagi menyedarkan golongan muda khususnya kawasan Kota Bharu untuk bersama-sama dengan kerajaan negeri untuk menuntut royalti.

“Geram akan menyatakan suara anak muda Kota Bharu bagi mendesak Kerajaan Pusat dan Petronas memulangkan royalty minyaki pada rakyat Kelantan,” ujarnya.

Sambungnya, antara pengisian yang bakal dilakukan dalam gerakan ini memasang bena atau kain rentang untuk menyatakan tuntutan tersebut, selain memberikan sesi penerangan pada rakyat Kawasan Kota Bharu berhubung penghianatan yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat yang telah menarikan tuntutan itu.

Pada majlis itu juga beliau mengingatkan mana-mana golongan Pemuda yang ingin menjadi pemimpin tertinggi mengetahui isu-isu semasa khususnya di zaman ini.

Jelasnya, selain ilmu isu semasa perlu diketahui oleh mana-mana mereka yang ingin menjadi pemimpin kerana ianya antara faktor yang bakal menggugatkan pihak lawan.

Antara pimpinan yang hadir pada majlis yang diadakan di sebuah restoran timbalannya Zuhairi Ismail dan setiausahanya Kamaruzzaman Abdullah serta anggota jawatankuasanya. -Hrkh

Ketakutan Najib Semakin Nyata Putrajaya Bakal Terlepas Semasa Beliau Menjadi PM Negara

Najib mahu Himpunan Sejuta Belia pertahan Putrajaya dari Pakatan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu hadirin yang menyertai Himpunan Sejuta Belia di sini hari ini mempertahankan Putrajaya daripada pembangkang jika ingin melihat Malaysia menjadi negara maju.

Pakatan Rakyat meletakkan sasaran untuk menawan kerajaan pusat dalam pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan bila-bila masa.

Najib berkata beliau gembira kerana berbanding kebangkitan rakyat di Mesir awal tahun menyaksikan kejatuhan Hosni Mubarak, sejuta orang muda berhimpun di Putrajaya untuk menyokong pentadbirannya.

“Di Malaysia, satu juta pemuda berhimpun untuk mempertahankan Putrajaya,” katanya.

“Adakah anda bersedia untuk mempertahankan Putrajaya?” tanya beliau berulang kali ketika berucap di hadapan sekitar 8,000 orang hadirin hari ini.

Terdahulu timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu pemberita bahawa pengunjung perhimpunan hari ini sudah melepasi sejuta orang.

Dalam ucapan Perhimpunan Agung Umno tahun lalu, Najib yang juga presidennya berkata Putrajaya harus dipertahankan dengan apa cara sekali pun.

Najib berkata kerajaan tidak akan berjaya dalam usaha transformasi tanpa sokongan daripada belia negara ini.

“Ada yang panggil saya Bapa Transformasi, saya tidak tahu, tetapi anda semua adalah pemangkin perubahan,” katanya.

“Jika belia bersama dengan kerajaan, negara kita akan aman dan kita boleh menjadikan negara kita makmur,” katanya lagi.

Dalam pada itu, laporan Bernama Online menyebut Najib hari ini meninjau aktiviti dan program-program belia sempena Himpunan Belia Putrajaya 2011.

Lawatan Perdana Menteri di 12 kawasan program selama tiga jam, bermula 2.30 petang dengan diiringi Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek itu, telah memberi peluang kepadanya beramah mesra dengan para belia.

Para belia yang teruja bertemu dengan Najib turut tidak melepaskan peluang untuk bersalam serta bergambar dengannya.

Beliau memulakan tinjauan mesranya dengan menyaksikan pertandingan akhir Sasuke Malaysia sebelum melancarkan Program Latihan 1 Malaysia.

Najib turut menyaksikan tarian perang yang dipersembahkan oleh pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia serta demonstrasi menyelamat tebusan kapal oleh Regimen ke-11 Gerak Khas.

Perdana Menteri kemudiannya melancarkan Himpunan Sejuta Belia 2011. -TMI

Terserlah kini, ketakutan Najib bahawa Putrajaya akan terlepas ke tangan Pakatan Rakyat menjadi semakin nyata apabila terpaksa berulangkali bertanya kepada belia yang berhimpun "Adakah anda bersedia untuk mempertahankan Putrajaya?”

Sehinggakan 8,000 orang beliau yang hadir dikatakan 1 juta. Mungkin selama ini tersilau dengan bayang-bayang "pengundi hantu" yang sentiasa wujud untuk mempertahankan Putrajaya dari terlepas dari tangannya.

Kebenaran tetap kebenaran. Bahawa kemenangan UMNO BN di masa lalu adalah kemenangan yang penuh kepalsuan dan penipuan - bermula di Pekan - dan setiap sesuatu yang bertunjangkan dengan kerapuhan akan tumbang tersembam ke bumi.

UMNO BN akan berputih tulang beputih mata, rakyat tidak selamanya boleh diperbodohkan lagi. Tumbangnya UMNO BN bakal menjadi realiti - akibat kroni dan korupsi. -GB

Penyokong BN bukan mau kalau kita nak bagi minyak murah...!!

Harga Petrol Mampu Diturun Sehingga RM0.60 Seliter

Syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) lahir pada 1996 apabila berlakunya gangguan bekalan elektrik di seluruh negara ketika itu. Ada pihak mendakwa gangguan itu sengaja dilakukan bagi mengizinkan kewujudan IPP.

Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB) ketika itu, Tan Sri Ani Arope menjadi mangsa apabila dihentam secara terbuka oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga akhirnya beliau terpaksa meletakkan jawatan.

TNB juga menjadi mangsa apabila dipaksa membeli tenaga daripada IPP dengan harga mahal.

Petronas pula diarah menjual gas pada kadar lebih murah daripada harga pasaran kepada IPP biar pun mereka membeli pada harga yang lebih tinggi daripada Indonesia dan kawasan JDA Malaysia-Thailand.

Demikian pendedahan yang dibuat oleh bekas akauntan Petronas, Rafizi Ramli dan dilaporkan oleh Harakahdaily hari ini.

Rafizi yang juga pengarah strategi PKR turut mendakwa syarikat petroleum negara itu terpaksa membeli setong minyak dengan harga RM40 dan dijual pula kepada IPP dengan harga RM10.

Katanya, TNB juga dipaksa membeli kuasa dibekalkan penjana bebas milik kroni Dr Mahathir dengan harga mahal.

“Berdasar kepada perjanjian yang berat sebelah tersebut menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung subsidi sehingga RM21 bilion untuk IPP milik bukan Melayu yang rapat dengan Dr Mahathir.

Menjaga kroni

“IPP diwujudkan sebagai usaha menjaga kroni pemimpin Umno dengan berselindung di sebalik gangguan bekalan elektrik pada 1996,” katanya pada ceramah isu semasa di Kampung Kubur Kuda dekat Kota Bharu malam semalam.

Hadir sama pada ceramah itu bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh, Sobri Safii, pegawai penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Hamid Derani, Ketua Cabang PKR Kota Bharu, Abdul Halim Harun dan Ketua Pemuda PAS kawasan, Wan Azimin Wan Adnan.

Rafizi berkata mengikut perancangan awal kerajaan BN, harga petrol RON95 akan dinaik kepada RM2.25 sen seliter menjelang hujung tahun hadapan.

Bagaimanapun katanya kerajaan tidak berani melakukan sekarang kerana dibantah orang ramai.

Namun sepanjang 18 bulan lalu kerajaan menaikkan harga gula lebih 58 peratus dan petrol RON97 sekarang melonjak kepada RM2.90 seliter.

“Harga petrol boleh dikurangkan sehingga 60 sen seliter apabila rakyat memberi mandat kepada Pakatan memerintah Putrajaya nanti.

“Ia boleh dilakukan dengan menghapuskan subsidi untuk IPP di mana sekarang sebanyak RM21 bilion diperuntuk kerajaan setiap tahun,” katanya.

Abdul Hamid pula berkata sepatutnya Pemuda Umno meminta kerajaan pusat menyediakan kertas putih mengenai banyak berlaku penyelewengan dalam Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada).

Bertahan semusim saja

Katanya, projek pemasangan longkang fiber yang dibuat Kada suatu ketika dahulu bagi menyalur air ke sawah hanya mampu bertahan semusim tanaman padi sahaja.

“Banyak duit dibazirkan untuk projek tersebut. Begitu juga kewujudan Dataran Kada tidak banyak memberi manfaat kepada petani,” ujarnya.

Sobri pula berkata, kerajaan negeri berjaya memintas rancangan Ketua Umno Ketereh, Tan Sri Annuar Musa bagi memujuk perdana menteri untuk mendapatkan peruntukan membina stadium di Kelantan.

Katanya, projek stadium tersebut dimohon dengan harapan BN dapat merampas semula Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

“Tiba-tiba projek yang sedang dilobi pemimpin Umno sudah diumumkan lebih awal kerajaan negeri,” katanya.

Simulasi Pilihan Raya Olok-olok : Tak Jejas PR



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan keputusan Majlis Tertinggi UMNO untuk mengadakan pilihan raya olok-olok bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti yang akan dijalankan pada pertengahan tahun ini tidak akan mempengaruhi mana-mana parti Pakatan Rakyat.

Malah, katanya setiap parti politik berhak untuk menentukan bilakah masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya serta membuat persediaan bagi menghadapi situasi sebenar.

Abdul Hadi berkata demikian bagi mengulas pengumuman yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak kelmarin.

"Nama pun olok-olok, keputusan pun boleh jadi olok-olok juga dan kita tidak boleh terpengaruh dengan keputusan itu kerana ia hak mana-mana parti untuk mengadakan latihan dan kita juga ada kegiatan kita sendiri...segala keputusan terpulang pada parti masing-masing." katanya selepas menziarahi mangsa tanah runtuh di Batu 14, Hulu Langat di Hospital Ampang, semalam sebelum bertemu keluarga mangsa di sekitar Dusun Tua.

Bagaimanapun, Abdul Hadi menyifatkan pengumuman Najib itu sebagai perkara biasa yang hanya mahu melatih jentera partinya.

Kelmarin, Majlis Tertinggi UMNO memutuskan simulasi pilihan raya 'olok-olok' akan dibuat pertengahan tahun ini.

Perdana Menteri Najib Razak berkata, semua pemimpin partinya akan turun padang untuk meninjau perjalanan sepanjang pilihan raya itu berlangsung bagi meningkatkan persediaan secara berterusan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Najib berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, kelmarin.

Nah Tengok !!..Gambar perbeza 10 ribu pemuda bermunajat serupa tetapi berbeza



Imam Tua disubuh hari bersama 10 ribu jemaah ..... Laghro....pengisian kosong.








Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Liga Juara-Juara Eropah antara Manchester United (Man U) dan Barcelona bersama orang ramai menerusi skrin gergasi di Dataran Putrajaya awal pagi Ahad.

Perdana Menteri memakai jersi pasukan pilihannnya Man U yang tertera nombor 1 Najib.

Lebih 10,000 peminat bola sepak yang membanjiri dataran itu memberi tepukan gemuruh sebagai tanda penghormatan semasa menyambut ketibaan Najib kira-kira setengah jam selepas perlawanan bermula.




Himpunan 10 ribu jentera Pemuda dan Muslimat PAS Kelantan dengan pengisian munajat dan khatam 100 kali al-Quran .

Yang mana pilihan anda ?

Pemimpin UMNO alami tekanan perasaan yang melampau

http://buletinonline.net/images/stories/berita48/wanazhar.JPGBESUT - PAS Kawasan Besut menafikan dakwaan Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh 40 orang ahli Pas cawangan Kampung Seri Penaga di sini menyertai UMNO.

Yang DiPertuanya, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad menyifatkan Idris mengalami tekanan perasaan yang melampau menjelang pilihanraya umum ke-13.

"PAS Kawasan Besut melahirkan simpati di atas tekanan perasaan melampau (extreme stress) yang sedang dilalui oleh pemimpin-pemimpin UMNO menjelang pilihanraya umum ke 13 yang semakin hampir,"jelasnya dalam satu kenyataan akhbar yang diterim alewat petang Ahad, 29 Mei

Menurutnya Idris mungkin bermimpi dan mengigau kerana hakikatnya tidak lebih daripada seorang yang mengisi borang UMNO itupun telah kembali bertaubat dalam tempoh kurang dari satu jam.

" Dakwaan pengistiharan kemasukan ahli PAS Kg Seri Penaga berjumlah 40 orang itu merupakan mimpi dan igauan (dreams and nightmares) semata-mata,

"Mereka mencampur seluruh bilangan jari kaki, tangan, cuping telinga, bibir mulut dan segala-galanya untuk menggenapkan angka tersebut.

"Dalam semakan yang dibuat, tidak lebih daripada seorang yang mengisi borang UMNO tetapi telah bertaubat dalam tempoh kurang dari satu jam,"ujarnya.

Sehubungan itu, Wan Azhar menasihatkan Menteri Besar Terengganu yang juga Ketua Perhubungan UMNO Negeri agar berhati-hati Umno Bahagian Besut.

Menurutnya, data dan maklumat yang dibekalkan oleh Idris selaku Ketua Bahagian adalah tidak benar

Justeru beliau mencadangkan UMNO segera membuat pemutihan bukan sahaja 'dalaman' parti tersebut, malah membersihkan negeri Terengganu, khususnya kawasan Besut dari projek-projek kerajaan Umno-BN yang 'mengalami stroke' yang menyusah dan membebankan rakyat.

"Saya mencadangkan UMNO segera membuat pemutihan bukan sahaja dari sudut bilangan ahlinya yang benar-benar komited tetapi terus menjurus kepada projek-projek yang mengalami ‘stroke’ sehingga membebankan rakyat.

"Projek Jerteh Souq yang bernilai hampir RM70 juta dan pembinaan Medan Selera Majlis Daerah Besut bernilai RM1 juta masih misteri dan ia pasti menjadi mercu tanda ketidakcekapan tadbir urus kerajaan Terengganu,"tambahnya. -BO

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .