Ikuti Blog ini

USAH PERLEKEH CALON PAS





Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yakin calon parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah mampu memikul tanggungjawab dan amanah rakyat dengan baik meskipun latar belakang kerjayanya hanya seorang pemborong ikan.

Beliau berkata, pekerjaan Mohd Fauzi itu bukan persoalan utama dan menimbulkan masalah kerana rakyat mahukan wakil mereka dapat mendengar segala masalah dan menyelesaikannya dengan baik tanpa mengira apakah pekerjaan calon yang bakal dipilih itu.

“Dalam situasi Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai, saya tidak nampak masalah untuk Mohd Fauzi bertanding kerana pekerjaannya itu bukan menjadi ukuran, yang penting, bakat dan kemahiran yang ada pada dirinya.

“Apatah lagi, dengan memegang banyak jawatan dalam parti dan seorang pemimpin yang berpengalaman, saya yakin Pas akan menang pada pilihanraya kecil DUN Manek Urai,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Mahfuz berkata, beliau yakin Mohd Fauzi mampu menggalas tugas dengan baik sekiranya dipilih rakyat memandangkan calon Pas itu adalah dekat dan dikenali dalam kalangan penduduk di Manek Urai.

“Dia faham kehendak penduduk di situ, tambahan pula dia seorang pemborong ikan, jadi tiada masalah untuk berkomunikasi dengan penduduk di situ.

“Seperkara lagi, dia seakan-akan mempunyai persamaan dengan Allahyarham Ismail Yaakob (wakil rakyat sebelum ini) yang sememangnya mesra dengan rakyat,” katanya.

Mengenai latar belakang pekerjaan calon Barisan Nasional, Tuan Aziz Tuan Mat sebagai Pengurus Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan Projek, Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Mahfuz berkata, Pas tidak gentar dengan kerjaya itu.

“Tidak semestinya kerjaya tinggi itu menarik perhatian pengundi kerana paling utama, calon mesti bijak memahami masalah rakyat dan menyelesaikannya.

“Pandangan saya, tidak ada guna memiliki kelayakan tinggi kalau tidak faham dengan masalah rakyat, pandangan ini secara umum, bergantung pada mereka berkaitan untuk memahaminya,” katanya.



Ketua Pemuda PAS cabar Pemuda UMNO...



Kepada :



Yb. Sdra Khairi Jamaludin
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Ibu Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Tingkat 28 , Menara Dato' Onn
Jalan Tun Ismail 50480 Kuala Lumpur.

Saudara Yb.

WACANA ILMIAH TERBUKA :
BENARKAH PERJUANGAN UMNO TIDAK BERTENTANGAN DENGAN ISLAM

Perkara diatas adalah dirujuk

Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat dengan ini mengajak Yb sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk mengadakan Wacana Ilmiah Terbuka mengenai isu yang tercetus mutakhir ini berkait dengan perjuangan UMNO, benarkah ia tidak bertentangan dengan Islam.

Saya mencadangkan kepada pihak Yb. untuk kita berbincang secara terbuka dengan mengemukakan 4 [ empat ] wakil daripada Pemuda UMNO dan 4 [ empat ] wakil daripada pemuda PAS.

Saya menyerahkan pemilihan tarikh, tempat dan masa yang sesuai kepada pihak Yb. dan mencadangkan supaya ianya diadakan langsung di mana - mana saluran televisyen.

Saya berharap Yb. dapat memberikan jawapan dalam tempoh 7 hari dari tarikh surat ini.

Sekian Terima Kasih

Yang Menjalankan Amanah

Nasrudin bin Hj. Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

s.k ; Setiausaha Agung PAS

Pemuda Umno Selewengkan Maksud Wacana Pas


Razali dan Nasharuddin sewaktu berbincang di kantin Parlimen


Dewan Pemuda Pas mengajak Pemuda Umno mengadakan wacana terbuka mengenai doktrin politik parti Barisan Nasional itu.

Namun tawaran sayap pemuda parti islam itu dipergunakan oleh Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan timbalannya untuk melaga-laga pucuk pimpinan PAS.

Ketua Dewan Pemuda Nasruddin Hassan at-Tantawi mahukan wacana ilmiah yang menilai sama ada perjuangan UMNO bertentangan dengan Islam.

Beliau mengesyorkan wacana itu diadakan antara beliau dan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin serta tiga wakil lain dari parti masing-masing.

“Kita pada dasarnya telah menetapkan tajuk wacana ilmiah, benarkan perjuangan umno bercanggah dengan syariat Islam,” kata Nasaruddin. “Namun dalam perbincangan tadi bersama timbalan ketua pemuda umno, tajuk itu boleh dibincangkan kemudian bagi kesesuaian kedua-dua pihak,” tambah beliau.

Tawaran Nasaruddin itu diterima oleh Pemuda UMNO.... dan diperalatkan untuk menyindir pimpinan PAS.

“Antara saya dan nasruddin kami tidak ada masalah, kecualilah kalau beliau taksub pada pemimpin beliau, ” kata Naib Ketua Pemuda UMNO Razali Ibrahim.
Ketua beliau, Khairy Jamaluddin pula mendakwa wacana itu tepat dengan aliran pemikiran UMNO.

“Kita melihat tawaran dari Pemuda Pas adalah cadangan yang menepati pandangan kita, pemikiran kita, tentang hubungan dan kerjasama yang bakal dijalin Umno dan Pas,” kata Khairy.

Khairy mendakwa pucuk pimpinan PAS telah tunduk kepada tekanan Parti Keadilan Rakyat dan DAP bersabit isu kerajaan perpaduan namun dua Nasaruddin dalam PAS mendokong idea itu.

“Ada dua Nasruddin dalam Pas yang menyokong muzakarah. Ini Nasruddin at-Tantawi yang berserban itu, tetapi Nasaruddin yang Timbalan Presiden itu pun setuju juga,” kata Khairy.

Mengulas cadangan untuk wacana Pemuda PAS-UMNO ini , Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub berkata berkata sebarang bentuk perbincangan tidak boleh berganjak dari pendirian Pakatan Rakyat yang menolak cadangan kerajaan perpaduan dalam apa jua bentuk. .

“Pas dalam keputusan bersama Pakatan Rakyat dengan jelas menetapkan bahawa apa-apa perkara yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat dalam usaha pakatan rakyat menyumbang meyelesaikan perkara itu, bukan satu masalah,” kata Sallehuddin.

“Sebagai contoh membincangkan isu ekonomi, pendidikan, berkaitan undang-undang kuku besi, kita tidak ada masalah untuk berbincang dengan kerajaan. Itu adalah keputusan yang dibuat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat, jadi harus ada cakap-cakap mengenai kerajaan perpaduan” tambah beliau.

Pendirian itu didokong oleh saya pemuda pas yang tegas mengatakan wacana itu tidak ada kena mengena dengan isu kerajaan perpaduan.

“Yang diputuskan adalah kerjasama politik, kerjasama penyertaan dan seumpananya. Jadi budaya wacana ini perlu dihidupkan, bahkan Nik Aziz sendiri mengajak kepada perdebatan. Yang penting adalah kemukakan hujah, dan kita akan lihat kebenaran,” tambah Nasaruddin.

Nasaruddin berkata wacana itu harus disiarkan secara langsung supaya ia tidak menjadi fitnah dan timbul maklumat yang salah.

V.Sivakumar masih Speaker Perak yang sah



V. Sivakumar akan terus menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang sah disisi undang-undang manakala R. Ganesan, calon lantikan Barisan Nasional adalah Speaker haram dan perampas kuasa.

Kekosongan kerusi Speaker hanya akan berlaku dalam tiga keadaan iaitu :
  • sekiranya Sivakumar meletak jawatan,
  • beliau didapati tidak lagi layak memegang jawatan itu atau
  • DUN membuat keputusan menggantikan beliau,
  • Demikian menurut bekas Hakim Mahkamah Rayuan, NH Chan.Tiga syarat tersebut secara jelas terkandung dalam Artikel 36A(2) Perlembagaan Perak.

    Chan berkata tafsiran Artikel 36A klausa 2(c),(d), 5 dan 6 dalam perlembagaan negeri itu jelas membuktikan bahawa kedudukan Sivakumar tidak boleh dirampas oleh mana-mana pihak.

    "Kita membaca laporan media bagaimana Sivakumar dikasari oleh anggota polis untuk mengeluarkan beliau dari Dewan.

    "Sivakumar boleh menyaman perampas kerusi Speaker, Ganesan yang mengaku bahawa beliaulah yang memanggil polis ke dalam DUN termasuk sesiapa sahaja yang bersubahat mengeluarkan beliau dari Dewan secara paksa," kata bekas hakim itu.

    Beliau juga menjelaskan menurut Artikel 36A(1) DUN tidak boleh membuat sebarang keputusan dalam ketiadaan Speaker selain bersidang untuk melantik Speaker yang baru.

    "Oleh kerana Sivakumar tidak meletak jawatan, kedudukannya terbatal atau jawatannya dikosongkan atas keputusan Dewan maka beliau masih Speaker yang sah.

    "Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang membuat kesilapan penghakiman boleh kata apa sahaja tetapi rakyat sudah tahu dan faham bahawa mereka telah menghina diri mereka sendiri dengan membuat keputusan yang tidak berasaskan undang-undang," tegas Chan lagi.



    Dun Perak akan dibubarkan








    Sebaik sahaja MB Nizar memfailkan penyemakan statusnya sebagai MB Perak di Mahkamah Persekutuan, timbul desas desus yang DUN Perak akan dibubarkan. Difahamkan mahkamah telah memberi klu kepada UMNO yang mahkamah terlalu sukar untuk menangkis hujah MB Nizar. Keputusan Mahkamah Tinggi adalah telus dan betul. Tindakan Mahkamah Rayuan adalah biadap dan tergesa-gesa kerana takutkan DUN Perak dibubarkan atas permohonan MB Nizar. Menurut penyebar cerita, persetujuan pintu belakang yang melibatkan istana dan pimpinan UMNO, DUN Perak mesti dibubarkan sebelum kes MB Nizar dibicarakan di Mahkamah Persekutuan pada 9 Julai ini.


    Berita tentang ada dua ADUN UMNO mahu melompat menyertai PR adalah rekaan semata-mata. Rekaan untuk menghalalkan kenapa MB DPulau membubarkan DUN Perak. Tujuannya supaya rakyat berpersepsi bahawa DUN Perak dibubarkan kerana isu lompat, bukannya isu rampasan kuasa secara haram. DUN Perak mesti dibubarkan sebelum 9 Julai 2009. Sekiranya DUN Perak dibubarkan, maka Mahkamah Persekutuan mempunyai alasan kukuh untuk tidak bersidang membicarakan akan status siapa MB Perak yang sah. Maka selamatlah nama 'buruk' Satu Malaysia.


    Begitu juga kononnya Si Changkat Jering ada menemui MB Nizar dan melahirkan kekesalannya adalah tidak benar. Jikalau benar si lompat ini berjumpa MB Nizar dan menyatakan kekesalannya, lebih baik kosongkan sahaja kerusi supaya boleh diadakan PRK di DUN Changkat Jering. Tindakan mengosongkan kerusi lebih bermaruah daripada tindakannya menyertai semula PR. Tindakan si lompat yang mahu menyertai semula PR hendaklah dianggap sebagai satu permainan baru oleh UMNO.


    Oleh itu, berita tentang pembubaran DUN Perak akan dibubarkan pada minggu ini adalah benar. Lebih baik UMNO yang membubarkan DUN Perak daripada PR yang membubarkannya. Sekiranya UMNO yang membubarkan DUN, bermakna UMNO masih berpeluang menggunakan tenaga dan jentera kerajaan. Pekerja majlis masih boleh dikerah menggantung bendera UMNO. Jikalau PR yang ke istana untuk memohon membubarkan DUN, takut nanti UMNO langsung tidak ada jentera dan petugasnya.


    Sebagai rakyat marhaen dan pengundi di DUN Perak, saya menyambut baik supaya DUN Perak dibubarkan. Kelewatan membubarkan DUN Perak hanya akan menyerlahkan lagi kepincangan dan kesilapan keputusan oleh istana dan mahkamah. Kelewatan ini juga akan membuatkan rakyat semakin faham bahawa UMNOlah yang memperalatkan istana dan mahkamah demi kesinambungan kuasa UMNO. Semakin lewat DUN Perak dibubarkan, semakin sukar untuk UMNO mempertahankan 27 kerusinya. Biarlah kalah negeri asalkan kerusinya selamat sehingga PRU 13.


    Cukuplah lima bulan MB DPulau memanaskan kerusi MB Perak. Ternyata kuasa itu tidak ada keberkatanNya. Rakyat tidak hormat dan rakyat tidak terasapun akan kehadiran MB DPulau sebagai MB Perak. Rakyat semakin menyumpah UMNO. Teringat masa saya kanak-kanak, ustaz kata sekiranya 40 orang menyumpah kita, maka sumpahan itu akan menjadi …


    Wallahualam




    Related Posts with Thumbnails
    hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .