Ikuti Blog ini
'Pengharaman judi di KT masih berkuatkuasa' ,Isnin, Mac 14, 2011 at 14.3.11,
Ketika dihubungi Malaysiakini, pegawai bahagian perlesenan yang enggan namanya didedahkan itu memberitahu, pengharaman itu dikuatkuasa sejak 1999, semasa negeri itu diperintah oleh PAS.
"Kami (MBKT) tidak mengeluarkan sebarang permit (untuk premis perjudian) kepada sesiapa pun sejak PAS memerintah pada 1999 sehingga hari ini, kerana perkara itu adalah haram.
"Dan sekarang, di bawah pentadbiran BN, pengharaman itu masih lagi diteruskan kerana tidak menerima sebarang permohonan atau arahan untuk meluluskannya atau mengeluarkan permit premis perjudian kepada mereka yang berminat," katanya.
Bagaimanapun, Exco Terengganu Toh Chin Yaw berkeras bahawa pengharaman tersebut telah ditarik balik sejak BN mengambil alih kuasa daripada PAS pada 2004.
"Sejak BN mengambil alih, semua larangan terhadap premis hiburan seperti karaoke, kedai penjualan minuman keras, pusat snuker, konsert dan lain-lain telah ditarik balik.
"Berkaitan dengan premis perjudian, sesiapa (yang berminat) boleh memohon permit membuka premis perjudian, selagi mereka mengikut syarat yang diperuntukkan oleh undang-undang," kata Toh ketika dihubungi Malaysiakini.
Subjek perbincangan
Bagaimanapun, Toh (kiri) berkata permohonan permit perjudian masih lagi menjadi subjek perbincangan oleh pihak berkuasa tempatan itu.
Keabsahan premis berjudian dan loteri kini menjadi topik hangat apabila MCA Majlis Perbandaran Kota Bharu baru-baru ini menyerbu kedai alat tulis yang yang menjual tiket loteri.
Tindakan itu memaksa presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memohon bertemu muka dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi membincangkan perkara itu.
Chua bagaimanapun tidak menyentuh tentang keadaan di Terengganu.
Kerajaan Kelantan pimpinan PAS mengharamkan sebarang bentuk aktiviti perjudian sejak mengambil alih negeri itu 20 tahun lalu. -M'kini
Tengokk...Lu orang kenal makcik "Hebat" nii..?? , at 14.3.11,
Inilah masalahnye orang melayu kite...kena tipu memanjanggggg...datang diangkut dengan bas,makan nasi bungkus lepeh tu duit poket RM10 sorang,pakat melaung dan melalak tak tahu hunjung pangkal..tahu ke kome dosa fitnah dan dosa menceritakan aib orang lain makcik..??pegi la ngaji di surau atau masjid,jangan dipebodohkan oleh pemimpim Umno dari golongan munafik ini..
Oleh kerana mereka takut akan momemtum Anwar dalam PRU 13,takut BN kantoi dan pemimpin macam Hamidah selaku Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia akan jatuh jadi pencacai...
Jadi..spesis macam Midah ini yang jadi Exco kanan Kerajaan Haram Perak akan sanggup lakukan apa saja walaupun mempergunakan makcik-makcik tue yang hidup melarat di kampung-kampung dan tak tahu ape-ape,untuk kepentingan mengekalkan kuase Midah betina haprah ini dan Umno/BN Perak..Hancusss Umnooo....
BN Sudah Gila Mahu Teruskan Juga Bina Logi Nuklear , at 14.3.11,
DAP, Gerakan gesa Putrajaya belajar pengalaman Jepun, gugur idea nuclear
DAP dan Gerakan hari ini menggesa kerajaan agar menggugurkan rancangan untuk membina loji tenaga nuklear dengan mengambil kira nasib yang dialami Jepun selepas dilanda gempa bumi terburuk dan tsunami Jumaat lalu.
Loji-loji tenaga nuklear di timur laut Jepun berhadapan dengan masalah kegagalan reaktor berfungsi dan letupan juga disaksikan kelmarin dan hari ini.
Lebih 180,000 dipindahkan dari kawasan lingkungan loji melibatkan 20 kilometer manakala sekitar 160 orang terdedah kepada radiasi.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Klang dari DAP Charles Santiago berkata, Malaysia harus menggunakan kebijaksanaan untuk mengelak daripada menggunakan loji tenaga nuklear, sebaliknya menggunakan sumber tenaga lain yang lebih bersih dan selamat.
“Oleh itu, saya menggesa Menteri Peter Chin agar membatalkan kesemua idea mahu menerokai tenaga nuklear,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Wakil rakyat itu merujuk kepada kenyataan Menteri Tenaga, Hijau dan Teknologi Datuk Seri Peter Chin semalam bahawa rancangan Malaysia untuk membina dua loji nuklear akan diteruskan meksipun Jepun berhadapan dengan masalah ekoran gempa bumi dan tsunami dan bahawa “kerajaan tidak akan melakukannya dengan sembunyi-sembunyi tanpa memakumkan orang ramai.”
Santiago berkata Jepun walaupun mempunyai 60 tahun pengalaman dalam tenaga nuklear tetapi ia juga ada rekod kemalangan.
“Jika negara yang ada kepakaran dan pengalaman seperti Jepun boleh menyaksikan kemalangan, maka Malaysia tidak harus pergi kepada nuklear kerana rikisi dan kesan kegagalan sangat besar,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Gerakan, parti komponen Barisan Nasional (BN) juga menggesa kerajaan mengkaji semula loji tenaga nuklear dengan meneliti kesan yang dialami Jepun sekarang.
Ketua biro alam sekitar, keselamatan dan kualiti kehidupan Gerakan Dr Cheah Soon Hai menggesa jawatankuasa Parlimen akan menilai semula elemen kelebihan dan kekurangan loji nuklear di negara ini.
“Kerajaan tidak harus mengetepikan kebimbangan dan kekhuatiran orang ramai mengenai aspek-aspek keselamatan. Kebajikan rakyat mesti diutamakan,” kata ADUN Derga ini.
“Kami berharapan kerajaan akan lebih berhati-hati memandangakan kita tidak meramalkan masa depan,” katanya lagi.
Malah kata beliau, kerajaan Jepun juga memberikan jaminan sebelum membina loji nuklear beberapa tahun lalu bahawa ia selamat dan terletak jauh dari kawasan padat penduduk.
Semalam, Chin berkata agensi nuklear di Jabatan Perdana Menteri, Malaysia Nuclear Power Corporation, akan memberikan penjelasan mengenai impak letupan dan kebocoran radiasi di loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun.
Beliau berkata rakyat perlu menunggu penjelasan itu dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kemungkinan radiasi akibat letupan itu akan merebak ke negara lain.
Mengenai rancangan Malaysia membina loji janakuasa nuklear bertujuan untuk menjana kuasa elektrik, Chin berkata Malaysia Nuclear Power Corporation sedang membuka tender kepada pakar dan konsultan antarabangsa untuk mengkaji tentang beberapa aspek seperti lokasi, kesesuaian dan keselamatan lokasi, jenis teknologi dan penerimaan rakyat mengenai cadangan tersebut.
“Semua ini akan diambil kira sebelum kita buat keputusan terakhir... ini program rancangan jangka panjang, kalaulah kita tetapkan bahawa kita akan bina loji elektrik yang menggunakan nuklear ini akan hanya boleh digunapakai pada tahun 2021, maka kita ada 10 tahun lagi. -TMI
RAKYAT SEMAKIN MATANG: DAH TIGA TAHUN ‘KEDAH SEJAHTERA’ , at 14.3.11,
Saya ingat, perlu ada beberapa catatan untuk menunjukkan ada beberapa perubahan dan anjakan paradigm rakyat negeri Kedah yang jumlahnya sudah mencecah 1.9 juta. Saya gembira untuk berkongsi pengalaman demokrasi dan cita-cita saya untuk melihat perubahan berlaku baik secara politik, ekonomi, pendidikan, sosial, dan lain-lain sekitar saya dan seputar negeri saya.
ORDE LAMA DAN PERUBAHAN
1.Sepanjang sejarah Negeri Jelapang Padi ini, dipasakkan di dalam pemikiran rakyat bahawa hanya Barisan Nasional sahaja mempunyai kemampuan untuk memerintah Kedah dan Negara. Satu khurafat dan takhayyul yang memundurkan. Sihir dan mentera ini berlangsung dan diimani begitu lama. Segala seruan ke arah perubahan berjaya ditepis dan BN terus memerintah.Pakatan Rakyat dating dan memberi harapan baru kepada perjalanan demokrasi negara.
2. Keadaan was-was berlegar dan disebar di kalangan rakyat adakah kerajaan baru boleh berkhidmat dan bertahan. Beberapa dongeng beredar di kalangan masyarakat bahawa kerajaan akan tumbang dalam masa beberapa bulan. Dah tiga tahun dah. Rakyat pun dah boleh fikir.
3. Pemikiran dan pandangan yang dibawa oleh BN dan UMNO banhawa pembangkang tidak betul dan hanya pandai membangkang sudah mula sirna. Peranan pembangkang sebagai check and balance kepada sistem demokrasi mula difahami. Era “I know everything” dan “I always right” sudah berakhir.
4.Ratib umno dan BN yang mendakwa pembangkang hanya PAS dan lain-lain parti sekarang sudah berbalik kepada diri sendiri. UMNO dan BN yang diajar oleh rakyat dalam PRU sedar pengertian menjadi pembangkang di dalam sistem demokrasi. Walaupun kadang-kadang BN dan UMNO masih merasa diri merasa kerajaan. Berlagak dan tak sedar diri masih mengusai BN dan UMNO; pemimpin dan ahlinya.
5.Rakyat mula sedar bagaimana pembangkang yang selalu didiskriminasi tanpa sebarang peruntukan untuk membangunkan negara. Ahli Parlimen pembangkang atau ADUN yang selama ini menang dalam pilihanraya tetapi partinya kalah di peringkat negeri atau persekutuan biasanya tidak mempunyai sumber kewangan untuk melaksanakan projek atau apa-apa program kecuali melalui gaji atau usaha sendiri.
6. Rakyat sudah mula menyedari peranan agensi-agensi kerajaan yang selama ini peranannya diambil alih oleh ahli politik. Manakala ahli politik termasuk Ahli Parlimen dan ADUN yang peranan dan tanggungjawab mereka lebih besar dalam membahas dasar-dasar negara tidak dilaksanakan. YB-YB menjadi welfare officer, manakala pegawai kerajaan menjadi pegawai kepada ahli politik.
7. Sistem kehakiman yang sepatutnya tempat menegakkan keadilan kepada semua sudah mula difahami oleh rakyat bahawa selama ini mempunyai kaitan yang amat rapat dengan elit politik. Pemisahan kuasa yang menjadi konsep besar sistem demokrasi di Malaysia mula mengambil peranannya.
8. Rakyat mula sedar bagaimana setiap sen yang mereka belanjakan atau mereka membayar setiap sen cukai kepada negara adalah hak mereka sendiri dan perlu dipulangkan kepada mereka. Pemikiran bahawa semua duit atau pembangunan yang berlaku adalah dari BN atau Umno sudah tidak relevan. Slogan bahawa “BN Menang , Kedah Senang” adalah slogan sampah.
9. Billboard yang tertulis seperti “Projek Kerajaan oleh Barisan Nasional”, “ baja subsidi Kerajaan Barisan Nasional” sudah mula difahami dan di’gelak’kan oleh oleh rakyat.
10. Rakyat sudah mula fahami makna pembangunan bukan sekadar membina bangunan. Bangunan boleh dibina termasuk oleh Komunis dan Kapitalis. Pembangunan lestari, pembangunan insan; roh, mental, fizikal mula berkumandang.
11. Kejayaan Kerajaan baru yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat di Kedah seumpama membina institusi pengajian tinggi, peruntukan kepada sekolah-sekolah, petuntukan kepada belia termasuk membina pusat belia Kedah, peruntukan kepada setiap kaum, proses men”sifar”kan rasuah, proses membebaskan KCS dari belenggu politik. Bagi sarjana ia adalah merupakan satu kejayaan dan perubahan yang sangat besar. Hasil kebangkitan rakyat.
12. Kejayaan menambahkan pendapatan daripada sumber asli negeri, balak, batuan, sumbangan dan GLC yang diakui oleh Ketua Audit Negara membuka mata rakyat dan pengkaji politik. Ia juga menimbulkan tandatanya kepada ahli-ahli UMNO sendiri disebabkan sumber dan keluasan yang sama namun hasilnya amat minimum.
13. Kegagalan projek seumpama Marina Harbour, Pusat Akuatik, Lapang Sasar dan lain-lain projek kerajaan negeri mula diperkatakan rakyat. Pembelian temasuk pen untuk hadiah dengan harga yang tidak munasabah oleh Menteri Besar, pembayaran anak syarikat kerajaan negeri (wang rakyat) kepada UMNO (parti politik) menimbulkan tandatanya besar. Rakyat sudah mula berani persoalkan wang mereka.
14. Projek-projek segera untuk berdepan pilihanraya seumpama membina rumah-rumah rakyat yang kemudiannya membuat tuntutan kepada kertajaan selepas pilihanraya berleluasa sehinggakan mendedahkan kontraktor kepada hutang dan kemungkinan bankruptcy.
15. Kerja-kerja menempah poster untuk pilihanraya yang dibuat melalui anak kerajan negeri seumpama tuntutan yang dibuat terhadap Seri Temin selepas BN dan UMNO kalah selepas pilihanraya terhadap pengurusan baru amat memalukan.
16. Kegagalan menyiapkan projek-projek kerajaan pusat seperti 8 jambatan Naka-Nami, projek oleh kementerian pendidikan seperti kuarters-kusrters guru, sekolah-sekolah yang tidak mendapat kelulusan Majlis Perbandaran amat menjijikkkan. Semua ini adalah hasil pendedahan yang berjaya dikemukan kepada rakyat selepas perubahan.
17. Sistem kerajaan, pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dan persekutuan mula difahami oleh rakyat, peranan kerajaan pusat dan negeri, hubungan simbiosis antara keduanya mula difahami oleh awam.
18. Penerusan semua projek kerajaan dahulu kecuali yang membazir memberikan satu persepsi bahawa menukar kerajaan bukanlah seperti menerbalikkan bumi.
19. Politik pembangunan dan perkauman yang dijaja oleh BN dan parti sekutunya sudah ditunjukkan jalan keluar oleh rakyat. Lagu lama yang cuba diputar kembali itu sudah mula mereputkan mereka.
20. Kematangan rakyat untuk memilih pemimpin dan bebas menentukan kerajaan sendirihubungan antara kaum dan agama yang selama ini selalu diragukan oleh BN dan UMNO dengan penukaran kerajaan sudah mula berakhir. Sikap saling hormat menghormati dan mengiktiraf peranan masing dalam pembangunan negara membuktikan bahawa ada bertukarnya kerajaan hanya seperti kita menukar pengurus pasukan bola.
Dah asyik kalah tukarla pengurus dan jurulatih. Bukannya pi racun pemain sampai mati atau bubarkan pasukan!!! Apapun perubahan ini adalah sepatutnya kembali kepada rakyat. Rakyat yang matang dan bijak perlu menilai dan membuat pilihan. Rakyat yang bodoh hanya menjadi pak turut. Pengalaman tiga tahun masih terlalu muda untuk membuat penilaian objektif. Kelemahan tetap ada untuk diperbaiki. Rakyat yang bijak akan terus memberi pandangan kedua kepada kerajaan.
TG Nik Aziz tunggu MCA tanpa syarat , at 14.3.11,
Ahmad Fadhli Shaari berkata, tarikh dan tempat pertemuan itu bagaimanapun akan ditentukan kemudian, dijangka lusa (Rabu), apabila beliau pulang daripada menghadiri program di Kedah.
"Kita mengalu-alukan kesediaan MCA untuk bertemu dengan Tok Guru (Nik Aziz). Beliau terbuka, tak ada masalah," katanya yang juga ketua penerangan Pemuda PAS negeri.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ahmad Fadhli berkata, pihaknya dimaklumkan oleh MCA semalam berhubung perkara itu.
Semalam, setelah ditimbulkan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat MCA, presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pihaknya mahu bertemu Nik Aziz bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan kerajaan Kelantan itu.
Katanya, kecuali Nik Aziz, MCA tidak beminat berjumpa dengan sesiapapun bagi mendapatkan penjelasan kenapa pengharaman dibuat itu dibuat selepas 20 tahun PAS berkuasa di Kelantan. -M'kini
Apabila Pelakon Porno Tua lempar Mercun… , at 14.3.11,
MCA nak tarik undi cina. Apatah lagi dekat pilihanraya Sarawak ni. Kita tengoklah apa tindakan Najib? Macamana golongan ini nak bersilat ke nak berkung fu? Kita tengoklah Menteri lembik yang jaga Kementerian Dalam Negeri itu nak uruskan? Auww! Boleh selesai tak?
MCA hari ini menggesa kerajaan supaya segera membuat keputusan berhubung penahanan naskah kitab Injil Al-Kitab di dua pelabuhan di negara ini. Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, Kementerian Dalam Negeri perlu membuat ketetapan supaya kitab berkenaan dapat dilepaskan segera. Bercakap dalam satu sidang media petang ini, Chua berkata, peguam negara juga perlu membuat ketetapan berhubung isu berkenaan.
Begitu juga dengan isu larangan perjudian di Kelantan.
MCA akan mengadakan pertemuan dengan menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan Kelantan mengharamkan penjualan tiket loteri di negeri itu. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata perkara itu ditimbulkan dalam mesyuarat. Tambahnya, parti itu juga mahu menegaskan kepada Nik Abdul Aziz bahawa MCA tidak menggalakkan masyarakat untuk berjudi.
"Judi bukan satu budaya orang Cina... Tapi ini adalah soal kebebasan untuk memilih seperti yang terkandung dalam perlembagaan. "Kita tidak akan terima nilai yang dikenakan ke atas kita oleh agama lain," katanya lagi.
Tambahnya, MCA juga akan menyokong tindakan undang-undang yang akan diambil oleh salah seorang anggota jawatankuasa pusat parti itu ke atas Majlis Perbandaran Kota Baru - Bandar Raya Islam.
Chua berkata, Datuk Ti Lian Ker akan mengambil tindakan itu memandangkan pihak berkuasa tersebut bertanggungjawab menguatkuasakan pengharaman berkenaan. "Kita mahu mahkamah buat keputusan sama ada tindakan ini selari dengan perlembagaan," kata Chua lagi.
Mungkin isu judi ni UMNO dah serik apabila kena isu judi bola tahun lalu. Sekarang ni diaorang pass kat MCA. Tapi sebelum pi jumpa MB Kelantan, pi le jumpa MB Mat Said dulu. Bawah pimpinan UMNO-BN. Suruh bukak kedai ekor dan Sport-Toto kat Terengganu tu. Ramai dah orang UMNO nak berjudi tetapi malu alah apabila ianya ditutup zaman pemerintahan Pas 1999 dulu. Dah lama puok UMNO gatal tangan nak berjudi di Terengganu ni. Nanti Vinsent Tan dan Ananda Krisnan jugak untung. Boleh mintak wat belanje pilihanraya.
Terengganu ada 8 Daerah kalau ada 2 kedai satu daerah. Dah banyak woo. Duit ehsang, rasuah yang UMNO bahagi tu, bolehlah wat tikam ekor. Bertambah maju & makmurlah negeri Terengganu Darul Iman. EXCO & Mufti UMNO Cap Ayam bukan boleh kata apa-apa? Pejabat agama JHEAT pun boleh kutip zakat apabila mereka kaya raya nanti.
Dulu undang-undang Hudud di Kelantan Mahathir tukang sekat, Zaid Ibrahim tukang saman. Kini dalam kes judi di Kelantan ni, Chua Soi Lek pulak tolong ejas saman. Walaupun diakui judi bukan budaya cina tetapi demi kebebasan. Kenapa demi kebebasan hendak diambil tindakan terhadap penagih dadah? Biarkanlah mereka demi sebuah kebebsan. Sama seperti MCA yang menerima Presiden daripada Pelakon Porno, maka biarkanlah rakyat Cina dan Malaysia menjadi pelokon-pelakon porno pula?
Kalaulah begini nilai kebebasan dan akhlak yang ingin diwujudkan agar rakyat menjadi status lembu dan kerbau, adakah rakyat Kelantan bersedia menerima UMNO-BN sebagai pemerintah di Kelantan? Entahlah!!! kecuali orang kelantan dah gian sangat nak berjudi?
Kalau tak! Cakaplah banyak-banyak Datuk Chua... lu lagi banyak cakap lagi bagusss!.
Posted by Saiful
Bencana nuklear dunia selepas Tsunami , at 14.3.11,
Smoke billows from fires raging at the port in Tagajo, Miyagi prefecture on March 13, 2011 following a massive earthquake and tsunami on March 11. Japan battled a feared meltdown of two reactors at a quake-hit nuclear plant, as the full horror of the disaster emerged on the ravaged northeast coast where more than 10,000 were feared dead. An explosion at the ageing Fukushima No. 1 atomic plant blew apart the building housing one of its reactors on March 12, a day after the biggest quake ever recorded in Japan unleashed a monster 10-metre (33-foot) tsunami.
Smoke billows from fires raging at the port in Tagajo, Miyagi prefecture on March 13, 2011 following a massive earthquake and tsunami on March 11. The colossal 8.9-magnitude tremor sent waves of mud and debris racing over towns and farming land in Japan’s northeast, destroying all before it and leaving the coast a swampy wasteland. Authorities battled a feared meltdown of two nuclear reactors, as the full horror of the disaster emerged on the ravaged northeast coast with thousands feared dead.
A large tank sits on a debris covered field in the city of Iwanuma in Miyagi prefecture on March 13, 2011 two days after a massive 8.9 magnitude quake and tsunami hit the region. Japan desperately tried to bring an overheating nuclear reactor under control on March 13, as the full horror of its quake-tsunami disaster emerged on the ravaged northeast coast with thousands feared dead.
A cyclist rides past a giant banner ‘Nuclear kills the future’ during a nearby demonstration on March 13, 2011 on the Parvis des droits de l’homme (Human rights Esplanade at the Trocadero) in Paris, called by French ‘Sortir du nucleaire’ (Get out of nuclear) association demanding an end to nuclear policy in the wake of the nuclear emergency in Japan. Japan battled a nuclear emergency today in which the government said two partial meltdowns may have taken place and radiation had escaped from reactors at a quake-damaged atomic power plant. The 8.9-magnitude earthquake and tsunami left more than 1,000 dead, at least 10,000 missing and seriously damaged a nuclear power plant.
Two people wear masks during a demonstration on March 13, 2011 in Paris, on the Parvis des droits de l’homme (Human rights Esplanade at the Trocadero) called by French ‘Sortir du nucleaire’ (Get out of nuclear) association demanding an end to nuclear policy in the wake of the nuclear emergency in Japan. Japan battled a nuclear emergency today in which the government said two partial meltdowns may have taken place and radiation had escaped from reactors at a quake-damaged atomic power plant.
This April 4, 2010 image released by GeoEye shows an area of Natori, Japan. An 8.9-magnitude earthquake struck Japan on March 11, 2011, causing a tsunami that devastated the region.
This March 12, 2010 image released by GeoEye shows an area of Natori, Japan. An 8.9-magnitude earthquake struck Japan on March 11, 2011, causing a tsunami that devastated the region.
Smoke billows from fires raging at the port in Tagajo, Miyagi prefecture on March 13, 2011 following a massive earthquake and tsunami on March 11. Japan battled a feared meltdown of two reactors at a quake-hit nuclear plant, as the full horror of the disaster emerged on the ravaged northeast coast where more than 10,000 were feared dead. An explosion at the ageing Fukushima No. 1 atomic plant blew apart the building housing one of its reactors on March 12, a day after the biggest quake ever recorded in Japan unleashed a monster 10-metre (33-foot) tsunami.
A burnt ship floats in the sea in Kesennuma, Miyagi prefecture, Sunday, March 13, 2011 after Japan’s biggest recorded earthquake hit its eastern coast Friday.
Cars smashed by the tsunami sit piled together next to a power grid to the east of Sendai in Miyagi prefecture on March 13, 2011 two days after a massive 8.9 magnitude earthquake and tsunami hit the region. Japan battled a feared meltdown of two reactors at a quake-hit nuclear plant on March 13, as the full horror of the disaster emerged on the ravaged northeast coast with thousands feared dead.
CORRECTION CITYPeople queue for remaining supplies before they run out at a supermarket in Miyagi on March 13, 2011 two days after a massive 8.9 magnitude earthquake and tsunami hit the region. Japan battled a feared meltdown of two reactors at a quake-hit nuclear plant on March 13, as the full horror of the disaster emerged on the ravaged northeast coast with thousands feared dead.
People pump for fresh water outside a school east of Sendai in Miyagi prefecture on March 13, 2011 two days after a massive 8.9 magnitude earthquake and tsunami hit the region. Japan battled a feared meltdown of two reactors at a quake-hit nuclear plant on March 13, as the full horror of the disaster emerged on the ravaged northeast coast with thousands feared dead.
Bencana nuklear dunia
SENDAI, Jepun 13 Mac – Pihak berkuasa Jepun berusaha mencegah satu lagi ancaman radiasi di dua buah reaktor nuklear di Fukushima hari ini, selepas sistem penyejuknya gagal berfungsi sekali gus boleh mengakibatkan bencana nuklear terburuk di dunia dalam tempoh 25 tahun.
Syarikat pengendali Tokyo Electric Power Co (TEPCO) terpaksa menggunakan air laut dan asid borik bagi menyejukkan reaktor No. 1 selepas satu letupan memusnahkan bumbung dan dinding bangunan konkrit itu semasa mereka cuba melepaskan tekanan semalam.
Struktur tangki reaktor nuklear itu bagaimanapun tidak terjejas.
Selain itu, pengendali reaktor tersebut turut membebaskan udara daripada tangki simpanan reaktor No. 3 bagi mengurangkan tekanan dan mengelak kerosakan.
“Kami belum tahu status sebenar bahan api di bahagian teras reaktor itu. Kami perlu mengenal pasti keadaan teras itu sama ada ia tertutup, rosak atau bahan api kini sedang cair,” kata pakar nuklear, Mark Hibbs daripada Pembiayaan Keamanan Antarabangsa Carnegie.
Ancaman yang dihadapi Jepun itu dibimbangi boleh mengulangi bencana nuklear di loji nuklear Chernobyl, Ukraine pada 26 April 1986, selepas bahan radioaktifnya dilepaskan ke udara dalam satu letupan kuat.
Sekurang-kurangnya 32 maut akibat kesan secara langsung letupan dan 8,000 yang lain mengalami kesan pencemaran radioaktif.
Lebih 120,000 yang lain terpaksa dipindahkan, sementara tahap pencemaran radiasi turut diukur sejauh barat Eropah.
Semalam, beribu-ribu penduduk di bandar sama dipindahkan berikutan letupan dan kebocoran yang berlaku di pusat reaktor No.1 di Fukushima, kira-kira 240 kilometer di utara Tokyo.
Sejarah membuktikan PAS tidak khianat..!! , at 14.3.11,
Kata Ustaz Harun walaupun Umno mahu bekerjasama dengan PAS namun Umno terang-terang menolak konsep dan dasar perjuangan PAS. Berbeza dengan DAP yang walaupun sebuah parti sekular namun tidak menolak konsep dan dasar perjuangan PAS.
Sesungguhnya sejarah poitik tanahair telah membuktikan bahawa PAS konsisten dengan konsep dan dasar perjuangannya. Sejak ia ditubuhkan lebih 50 tahun dahulu dan sejak menyertai Pilihanraya Persekutuan yang pertama pada tahun 1955 begitulah PAS, jatuh dan bangun bersama Islam sehingga pernah tinggal cuma sebuah kerusi Parlimen iaitu Pengkalan Chepa dan dua kerusi DUN di Kelantan ia kekal demikian. Dan kini menang bersama Pakatan Rakyat di empat buah negeri dan bersama menafikan dua pertiga majoriti BN di Dewan Rakyat ia tetap juga begitu.
Kecakalan berpegang pada Islam inilah yang telah mengundang segan dan penghormatan kawan dan lawan terhadap PAS.
Parti-parti yang berkawan dengan PAS memahami perkara ini dan menghormati pendirian PAS. Malah rakyat rata-rata memberikan penghormatan kepada PAS lantaran iltizamnya pada Islam dan ini akan terus kekal selagi mana PAS tidak cuai atau lalai.
Benar Umno adalah sebuah parti Melayu Islam. Namun tidak seperti PAS, Umno mengambil Islam lebih secara selektif atau berpilih-pilih dan bukan sebagai konsep dan dasar perjuangan parti berkenaan. Tidak keterlaluan jika dinyatakan apa sahaja yang berbaur Islam yang tidak merugikan ia dari segi politik maka Umno akan bersedia mempertahankannya, sebaliknya jika ia merugikan khasnya dari kacamata politik maka Umno tidak teragak-agak akan menyisih atau menjauhkan diri darinya.
Contih terbaik adalah pengharaman judi di negeri Kelantan yang dikuasai PAS sejak tahun 1990. Baru-baru ini kerajaan negeri Kelantan bertindak ke atas premis yang menjual loteri “bigsweep”, dan tindakan berkenaan telah disensaikan khasnya oleh komponan BN iaitu MCA. Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasaruddin Tantawi mengeluarkan kenyataan menyeru kerajaan negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat agar mengambil langkah yang sama seperti Kelantan malah menyeru agar kerajaan negeri yang diterajui Umno turut berbuat demikian.
Saya yakin kerajaan negeri-negeri BN tidak akan memberikan respon kerana ternyata ia bakal merugikan mereka dari sudut politik walaupun jelas ia haram di sisi Islam.
PAS tidak pernah mengendurkan cita-cita perjuangannya samada dalam keadaan ia kalah apalagi ketika ia menang. Parti-parti yang berkawan denga PAS sejak dari tahun 50an dahulu seumpama Parti Negara yang bersama membentuk kerajaan negeri Terengganu tahun 1959, dan kemudiannya Parti Melayu Semangat 46 ketika PAS membentuk kerajaan negeri Kelantan tahun 1990 masing-masing sedar akan tuntutan perjuangan PAS.
Dan kini PKR dan malah DAP juga sedar akan keadaan demikian. Kerana itu kita lihat pentafsiran Islam dalam pentadbiran lebih jelas dan ketara di negeri-negeri yang PAS turut berperanan walaupun hakikatnya kawan-kawan PAS di negeri-negeri itu termasuklah DAP merupakan parti yang Umno sering cap sebagai anti Melayu dan Islam.
Sebagai kawan DAP sedar akan kemampuan PAS. Dalam Pakatan Rakyat, PAS lah parti yang paling “senior” dari sudut usia. Dan dari sudut organisasi dan kekuatan akar-umbi tidak dapat dinafikan jentera PAS lah yang antara penyumbang besar kearah kemenangan luar biasa Pakatan Rakyat dalam PRU tahun 2008 lalu. Hakikat ini disedari oleh semua pihak.
Sejarah membuktikan PAS tidak pernah mengkhianati rakan-rakannya. Parti Negara pada tahun 1960an berpaling tadah sehingga mengakibatkan kerajaan PAS tumbang di Terengganu ketika itu. BN pula pernah tendang keluar PAS sebagai rakannya di zaman Allahyarham Tun Hussien Onn sebagai PM. Rekod menunjukkan PAS lah rakan yang paling jujur sehingga dalam kerajaan PR hari ini pun tidak ada seorang pun wakil rakyat PAS berpaling tadah tidak seperti wakil-wakil dari DAP dan PKR.
Umno mungkin menyedari hakikat ini tetapi ia tewas apabila enggan jujur dalam memberikan pengiktirafan sebenar pada Islam. PAS bukannya menuntut pangkat dan kedudukan, tetapi sejak awal penubuhannya, memartabatkan Islam itulah agenda utama perjuangannya. Dengan sikap Umno yang selektif terhadap Islam ternyata rakyat lebih mengharapkan pada PAS kiranya Islam terancam atau mahu diketengahkan dalam satu-satu isu atau keadaan.
DAP kini faham keutamaan PAS setelah berkesempatan berkerjsama dengannya. Walaupun ia tidak mengiktiraf konsep Negara Islam namun sebagai sebuah parti demokratik, kiranya majoriti rakyat disesebuah negeri itu member mandat terbesar pada PAS, saya yakin DAP akan akur.
Dalam isu kontroversi loteri “Bigsweep” di Kelantan contohnya, ahli parlimen DAP dari Segambut, Lim Lip Eng menyatakan bahawa jika majoriti rakyat Kelantan mahukan pengharaman itu maka rakyat yang minoriti harus menghormatinya kerana itulah prinsip demokrasi.
Kerana itu tepatlah apabila Ketua Dewan Ulama PAS Pusat itu menyatakan lebih mudah bekerjsama dengan DAP yang tidak menganggu Islam berbanding dengan Umno yang lebih mengutamakan keuntungan politik lebih dari yang lain-lain. Sekurang-kurangnya apabila berkawan dengan PAS pemahaman DAP terhadap Islam dapat disemai, dipupuk dan dibentuk oleh pimpinan dan ahli-ahli PAS. Tidak mustahil apabila dasar dan prinsip perjuangan Islam dapat difahamkan bukan hanya DAP malah sesiapa sahaja akan dapat memahami dan menerimanya secara terbuka demi kebaikan umat sejagat.
Jika tidak mahu demonstrasi jalanan, buatlah pilihanraya adil , at 14.3.11,
Oleh Tuan Hj Mohamad Sabu
Tunjukperasaan aman sudah menjadi perkara biasa terutama di negara yang menjalankan pemerintahan sistem demokrasi. Samada demokrasi liberal seperti di negara Eropah Barat, USA dan juga demokrasi terpimpin di negara sebelah Asia. Demokrasi selalunya dibuat oleh kesatuan sekerja dalam usaha mereka menuntut keadilan samada hal gaji atau pendapatan atau menuntut status social yang lebih baik.
Tunjuk perasaan juga dibuat untuk menentang sesuatu dasar yang dibuat oleh sesebuah negara seperti tunjuk perasaan menetang penglibatan USA di Vietnam. Ia dilakukan oleh rakyat USA sendiri atau rakyat di negara lain, tentangan mereka terhadap dasar USA. Keganasan regime Israel terhadap rakyat Palestine, selalunya berlaku tunjuk perasaan di seluruh dunia di merata negara menyatakan sikap tidak setuju terhadap kekejaman Israel.
Tunjuk perasaan juga pernah dibuat untuk menyokong sesuatu dasar atau peristiwa, seperti sokongan kepada Hezbullah Lubnan, sokongan kepada Gadafi pada tahun 1970-an di atas sikapnya terhadap Barat, sokongan terhadap Iran dalam menghadapi sikap/dasar Hagamoni Barat terhadap negaranya, demonstrasi menyokong Hamas Palestine dan berbagai demonstrasi tanda sokongan terhadap sesuatu perkara.
Saya cuba gambarkan segelintir jenis tunjuk perasaan yang sering dilakukan oleh manusia di atas muka bumi ini.
Demonstrasi untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan agak jarang berlaku di negara-negara dunia ketiga, kalau ianya berlaku bukanlah acara tahunan atau acara biasa. Tunjuk perasaan untuk menukar regime pemerintahan selalunya membawa kepada huru-hara dan memakan korban di pihak rakyat atau pendokong pemerintah.
Puluhan pelajar university di Thailand gugur dalam demonstrasi menetang regime Suchinda, lebih 4,000 pelajar dan orang awam ditembak mati oleh polis Shah Iran pada Jumaat, September 1978, puluhan gugur dalam demonstrasi untuk menggulingkan regime Suharto.
Demonstrasi untuk menjatuhkan pemerintah bukan upacara (event) biasa dan berlaku dalam suasana luar biasa. Demonstrasi rakyat untuk menukar regime pemerintah berlaku di negara-negara yang tidak mengamalkan sistem demokrasi. Pilihanraya di negara-negara ini diadakan hanya untuk mengesahkan regime yang berkuasa. Melalui pilihanraya, terlalu gelap gelita untuk menukar regime Suharto yang disokong kuat oleh ABRI.
Kecuali secara atau melalui pilihanraya mana ada jalan untuk menukar pemerintah Ferdenand Marcos-Imelda. Mana ada cara untuk menukar pemerintah Shah Iran yang didalangi oleh USA dan Israel. Hanya demonstrasi jalanan untuk menukar regime dictator dan zalim dan tidak menjalankan proses demokrasi yang adil. Hampir kesemua negara Arab memerintah secara dictator. Pilihanraya diadakan hanya untuk melanjutkan kuasa regime yang sedang memerintah. Saddam Hussein selalunya memperoleh undi lebih 90%, parti NDP Hosni Mubarak baru mencapai kemenangan 98% dalam pilihanraya 4 bulan yang lalu.
Jangan melihat siapa yang menang, tetapi mesti dilihat perjalanan pilihanraya untuk merebut kuasa. Adakah pertandingan berlaku di padang yang sama rata, adakah pemainnya sama banyak, adalah tiang gol sama besar, adalak pengadil benar-benar adil menjalankan tugas, adakah pasukan sorak dibenarkan masuk ke padang di sebelah pihak sahaja.
Bukan menjadi pilihan rakyat untuk membuat tunjuk perasaan untuk menjatuhkan pemerintah. Lebih 300 terkorban di Mesir barulah regime Mubarak tumbang, ratusan terkorban di Tunisia barulah regime Zainal Abidin-Laila bertukar, sudah ribuan terkorban do Libya belum tentu dictator Gadafi akan tumbang.
Regime Najib-Muhyiddin (Najib-Rosmah) tak perlu memberi amaran kepada rakyat supaya jangan mengikut cara rakyat Mesir, Tunisia atau Timur Tengah berdemostrasi untuk menjatuhkan kerajaan. Malah mereka mesti bertanya kepada diri mereka sendiri, adakah mandat yang mereka perolehi melalui pilihanraya yang sah dan adil. Adakah media di Malaysia bebas, pasukan keselamatan digunakan oleh BN/UMNO atau tidak dalam pilihanraya, wang kerajaan digunakan atau tidak untuk BN mencapai kemenangan, SPR bebas atau tidak dalam mengendalikan pilihanraya.
Rakyat ke jalan raya atau tidak untuk menukar kerajaan BN bergantung sepenuhnya kepada pemerintah BN. Ke jalan raya (demonstrasi) bukan pilihan rakyat tetapi ia adalah pilihan pemerintah yang berkuasa. Hosni Mubarak dan NDP yang menyebabkan rakyat ke jalan raya, dan bukan pilihan rakyat Mesir.
Himpunan BERSIH bukan hendak menjatuhkan kerajaan, ianya adalah untuk memberi peringatan supaya mereka yang berkuasa menjalankan pilihanraya dengan adil. Keadilan dalam pilihanraya adalah punca dan penyebab adanya keamanan.
10,000 Maut Di Miyagi Saja , at 14.3.11,
Tagajo: Jumlah kematian akibat gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun mungkin menjangkau 10,000 orang di satu negeri saja.
Seorang pegawai berkata demikian ketika jutaan penduduk negara itu berdepan dengan masalah ketiadaan air, bekalan elektrik dan makanan sempurna di bandar sepanjang pantai timur laut negara itu.
Ketua Polis Miyagi, memberitahu pegawai bantuan, beliau menganggarkan lebih 10,000 penduduk negeri itu terbunuh, kata jurucakap polis, Go Sugawara.
Penduduk Miyagi berjumlah 10,000 orang dan antara tiga negeri paling teruk terjejas akibat bencana itu yang melanda Jumaat lalu.
Bagaimanapun, setakat ini, angka rasmi kematian di negeri itu hanya 379 orang.
Krisis nuklear mencetuskan ancaman baru bagi mereka yang terselamat daripada gempa bumi dan tsunami.
“Mulanya saya bimbang mengenai gempa. Kini, radiasi pula. Saya tinggal tidak jauh dari loji itu. Kerana itu saya datang ke sini untuk menjalani pemeriksaan sama ada saya selamat. Hasil pemeriksaan menunjukkan saya negatif. Saya tidak tahu apa nak lakukan selepas ini,” kata Kenji Koshiba, seorang pekerja binaan di sebuah pusat kecemasan di bandar Koriyama, bandar berhampiran loji nuklear di Fukushima.
Menurut pegawai, sekurang-kurangnya 1,200 orang terbunuh, termasuk 200 yang mayat mereka ditemui di sepanjang pantai, dan 739 hilang, dalam bencana itu.
Dalam pada itu, Kementerian Pertahanan berkata, sebuah helikopter tentera menyelamatkan seorang lelaki berusia 60 tahun yang terapung di laut di atas bumbung rumahnya selepas dihanyutkan oleh tsunami.
Pusat Kaji Ukur Geologi Amerika Syarikat sebelum ini berkata, gempa itu berukuran 8.9 magnitud tetapi pegawai Jepun menaikkan anggaran mereka kepada 9.0.
Namun, kedua-duanya adalah gempa paling kuat pernah dicatatkan di Jepun.
Gempa itu disusuli dengan lebih 150 gegaran kuat selepas gempa.
Pasukan penyelamat mencari mangsa di sepanjang ratusan kilometer pantai Jepun.
Sementara itu, ratusan ribu penduduk yang kelaparan bersesak-sesak dalam kegelapan di pusat kecemasan yang terputus hubungan daripada penyelamat dan bantuan.
Sekurang-kurangnya 1.4 juta keluarga terputus bekalan air sejak gempa itu melanda dan kira-kira 2.5 juta rumah terputus bekalan elektrik.
Suhu pada sebelah malam dilapor jatuh ke paras hampir beku.
Menteri Perdagangan, Banri Kaeda berkata, wilayah berkenaan mungkin berdepan dengan masalah bekalan elektrik lebih teruk dan bekalan tenaga akan dicatu bagi memastikan bekalan cukup untuk keperluan penting saja.
Sejumlah besar kawasan di luar bandar masih ditenggelami air dan tidak boleh dijejaki oleh kumpulan penyelamat.
Stesen televisyen NHK melaporkan, kira-kira 380,000 orang dipindahkan ke pusat kecemasan yang kebanyakannya tidak mempunyai bekalan elektrik. - AP
Si Jahil"Bercakap" Tentang Tsunami.. , at 14.3.11,
Ketika pemimpin kerajaan lain termasuk suaminya menyampaikan takziah kepada Tokyo, stesen televisyen AWANI memetik Rosmah sebagai berkata malapetaka itu memberi pengajaran penting kepada Jepun dan negara-negara lain.
Beliau mengaitkan gempa bumi dan tsunami yang melanda timur laut Jepun kepada pembangunan pesat dan perubahan iklim dunia.
"Ini pada diri saya adalah satu pengajaran kepada negara-negara lain untuk apa-apa pun mereka buat atau sebarang pembangunan yang mereka nak lakukan seharusnya berkait dengan perubahan iklim dan teknologi hijau, " kata Rosmah.
"Ini termasuk juga negara kita,'' tambah beliau.
.
Rosmah menyampaikan rasa simpati kepada kerajaan dan rakyat Jepun terhadap bencana berkenaan.
Angka rasmi kematian gempa bumi dan tsunami yang melanda negara itu kelmarin adalah 689 orang namun jumlah mangsa dijangka meningkat dengan mendadak kerana ribuan rakyat negara itu masih dilaporkan hilang.
Ketua Wanita Umno Masih Mainkan Lagu Lama...... , at 14.3.11,
Katanya rakyat di kawasan-kawasan tersebut perlu diberi kesedaran bahawa BN sajalah yang membawa pembangunan. Beliau mengutarakan kenyataan tersebut selepas menghadiri Karnival Jalinan Rakyat yang dianjurkan oleh Wanita BN Kepong di Putrajaya kelmarin. Beliau lupa bagaimana pula dengan pembangunan di Kerdau yang dikuasai BN sejak lebih 50 tahun terutamanya pekan Kerdau yang terpinggir dan dilihat masih berada di dalam “zaman Jepun” pada era sebelum merdeka.
Sebenarnya adalah semestinya menjadi satu tanggungjawab kepada mana-mana kerajaan pusat yang memerintah menjalankan program-program pembangunan kepada semua rakyat di mana jua mereka berada termasuk di kawasan-kawasan pembangkang mengikut keperluannya. Juga pembangunan telah dan sedang rancak dijalankan oleh pemaju-pemaju swasta dimana-mana kawasan yang berpotensi termasuk di kawasan pembangkang.
Sesungguhnya dari kenyataan beliau itu kita dapat gambaran sikap dan tindak-tanduk para pemimpin tertinggi BN yang menolak semangat demokrasi dan sistem federalisme yang diamalkan di Malaysia serta tidak menghormati hak rakyat memilih pemimpin yang mereka sokong. Sikap angkuh seolah-olah hanya BN juara pembangunan itu amatlah menjelekkan juga menjelaskan lagi bahawa slogan-slogan ingin berubah, BN boleh berubah dan transformasi ekonomi hanyalah sandiwara dan retorik, manipulasi politik BN dalam usaha-usaha mengekalkan kuasa dan survival mereka.
Kenapa beliau perlu mengungkit hal sedemikian? Kenapa perlu diselitkan agenda menakut-nakut rakyat? Bukankah hal itu memang menjadi tanggungjawab kerajaan Persekutuan yang memerintah? Tidakkah kebajikan rakyat antara tanggungjawab yang mesti ditunaikan oleh kerajaan Persekutuan pada sistem ala federalisme yang di amalkan di Malaysia?
Kenapa beliau mesti bersungut atau terkilan apabila rakyat memilih Pakatan Rakyat untuk menyuarakan pandangan dan keperluan mereka di Parlimen? Salahkah rakyat tidak memilih BN? Jika begitu apa gunanya diwujudkan gabungan pelbagai parti yang didominasikan oleh UMNO dalam BN? Apakah beliau tidak menjiwai semangat “rakyat didahulukan” yang dilaung-laungkan oleh pemimpin BN?
Justeru itu biarlah rakyat diberikan kebebasan yang adil dalam memilih dan menentukan pemimpin yang benar-benar dapat membawa suara mereka di sidang Parlimen. Bukan kroni-kroni BN tukang angguk dan mengampu pemimpin mereka. Akhirnya kita dapat lihat juga bahawa dari kenyataan tersebut terselit rasa takut pemimpin BN ditolak oleh rakyat pada PRU ke 13 akan datang.
Pakatan Rakyat akan terus berusaha mengajak rakyat merubah nasib mereka kepada era yang lebih gemilang. Rakyat perlu berani berubah seperti apa yang telah ditunjukkan oleh rakyat Tunisia, Mesir dan negara-negara Timur Tengah kini. Ubah sekarang, selamatkan Malaysia.
Nuridah Mohd Salleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat
'Bunyi Letupan Itu Seperti Neraka Di Atas Bumi' , at 14.3.11,
Tokyo - Cubaan datang bertubi-tubi di Jepun. Mulai dari digoncang gempa bumi, dihentam tsunami. Yang terbaru ancaman bencana nuklir menyusul ledakan Loji Elektrik Tenaga Nuklear Fukushima. Musibah itupun membuat trauma bagi warga Sakura.
Salah seorang isteri yang cedera di dalam insiden letupan reaktor Fukushima, Jany Eudy, mengaku ketakutan saat mendengar suara ledakan dari arah loji Elektrik.
”Bagi saya, itu (bunyi letupan) bagai neraka di atas bumi,” katanya kepada CNN, Minggu (13/2/2011).
Janie, suaminya, dan sejumlah warga lain mengaku ingin segera menjauh dari kawasan fasiliti nuklear kerana takut kesan radiasi kian meluas. Apalagi, khabar tentang letupan di loji elektrik Fukushima telah menjadi sorotan media berbagai negara. Terpaan media semakin membuat warga ketakutan.
Kerana panik dan kurangnya maklumat, masyarakan awam lantas mengaitkan insiden ledakan Fukushima dengan bencana nuklear terburuk sepanjang sejarah dunia, Chernobyl.
Petaka nuklear Chernobyl 1986 maupun Three Mile Island 1979 menjadi bahan perbualan menyusul letupan reaktor nuklir Fukushima.
Persepsi itu tidak salah. Namun, ada baiknya masyarakat menyemak paparan beberapa ilmuwan. Kerana ilmuwan memiliki paparan berupa bukti, perhitungan angka, dan pengukuran secara ilmiah. -okezone
IMBAS KEMBALI
Chernobyl, 1986 - letupan loji nuklear ke-4
Bencana Chernobyl adalah kemalangan nuklear atau radioaktif yang berlaku pada tarikh 26 April 1986, di PLTN Chernobyl di Ukraine (Kesatuan Soviet Sosialis Republik Ukraine kemudian, sebahagian daripada Kesatuan Soviet). hal ini dianggap kekuatan kemalangan loji nuklear terburuk dalam sejarah dan pada peringkat 7 pada skala International Nuclear Event Scale.
Tragedi Chernobyl bermula daripada ledakan reaktor ke-empat di kilang Chernobyl, Kota Pripyat di Republik Sosialis Soviet Ukraine semasa pemeriksaan/ujian sistem dijalankan. lonjakan elektrik berlaku secara tiba-tiba dan ketika usaha pemulihan kecemasan 'shutdown emergency' dilakukan, lebih banyak percikan kuasa berbahaya berlaku yang mana menyebabkan letupan reaktor dan siri letupan.
Kesannya, ledakan reaktor nuklear di Chernobyl, Ukraine pada tahun 26 April 1986, telah mengakibatkan Chernobyl menjadi sebuah kota mati, berbahaya untuk dimasuki, tercemar dengan radiasi yang masih sangat aktif walaupun telah 25 tahun tragedi itu berlaku. Kecelakaan ini merupakan salah satu bencana nuklear yang terdahsyat sehingga kini. Disusuli ledakan dan kebakaran serta gelombang radiasi dari skala paling berbahaya yang jauh melewati batas selamat hingga paling lemah, tersebar hampir ke seluruh Eropah.
Tidak dapat dipastikan berapa sebenarnya jumlah korban akibat tragedi Chernobyl. Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan 9.000 terkorban akibat kesan radiasi. Organisasi Greenpeace menganggarkankan jumlah kematian melebihi 9,000 orang dan boleh mencapai sehingga 93.000 orang.
Ratusan dari ribuan mangsa berjaya selamatkan. PBB menganggarkan, seramai 7 juta orang masih hidup di wilayah bahaya di mana radiasi diluar lingkungan tahap selamat. akibatnya, penyakit kanser dan mutasi genetik pada bayi yang baru lahir, kematian dalam jangka waktu yang diramalkan bagi para pekerja semasa membersihkan runtuhan ledakan di kota itu, mutasi genetik luar biasa turun temurun yang tersebar hampir ke sebagian dari wilayah Eropah.
Kantoii...Dari Mana Umno Dapat Duit Sebanyak Ini..?? , at 14.3.11,
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berkata, tindakan itu sangat menghairankan kerana Umno Bahagian Shah Alam masih mempunyai hutang tertunggak melebihi RM236,000 dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sejak lebih setahun lalu.
"Jika Umno Selangor berkobar-kobar membelanjakan lebih setengah juta untuk sumbangan itu, mengapa tidak pula bersungguh-sungguh untuk melunaskan hutang dengan MBSA.
"Kerajaan Selangor akan meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menyenaraikan semua hutang UMNO kepada PBT dan melakukan tuntutan dalam tempoh dua minggu," katanya.
Beliau mengulas tindakan kedua-duanya yang didakwa menyumbang wang tunai RM500 kepada pelajar yang dihantar kembali ke Mesir oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu menghantar 1,200 pelajar dari negeri ini termasuk membelanjakan lebih RM2 juta untuk membiayai kos menghantar pulang mereka menggunakan pesawat yang ditempah khas.
Ujarnya lagi, kes ini juga turut menuntut tindakan SPRM untuk menunjukkan amalan telus dan kebertanggungjawaban mereka agar tidak lagi dilihat 'double standard'.
Apatah lagi katanya, SPRM begitu bersemangat menyiasat laporan Umno yang menuduh Kerajaan Negeri Selangor menerusi Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) membelanjakan wang meraikan tetamu-tetamu Kerajaan Negeri dari Sabah dan Sarawak sebelum ini.
"Kita mahu bertanyakan isu yang sama kepada Umno Selangor, dari manakah mereka dan YKE memperoleh begitu banyak dana untuk membiayai sumbangan ini?
"Apakah aset dan perniagaan yang dijalankan oleh YKE sehingga mampu untuk bekerjasama dengan Umno Selangor menghulurkan sumbangan?, "soal Faekah.