Ikuti Blog ini

Petugas PAS di PUKUL Pemuda UMNO...!!!!




Petang tadi satu insident pergaduhan yang melibatkan antara petugas Pas dan juga Petugas UMNO di Taman Dato Hj Abdul Samad berhampiran Taman permainan. Mangsa Mohd Sahid dipukul beramai-ramai oleh lebih kurang 100 orang pemuda UMNO di Taman berkenaan. Beliau yang ketika itu cuba melarikan diri akan tetapi ia dihalang oleh pemuda UMNO Pulau Pinang dan mengakibatkan Beliau mengalami kecederaan yang teruk. Beliau juga telah dibawa ke Hospital P. Dickson bagi menerima rawatan.

Selesai itu bertempat di Markaz Induk Pas Yb Salahuddin Ayub membuat satu sidang akhbar bagi menyatakan kekesalan Beliau berhubung apa yang berlaku. Mangsa juga akan membuat laporan Polis berhubung kejadian ini.



lihat kecederaan pada mata dia.


Nak bukak mata pun tak berapa nak boleh


Bengkak di bahagian belakang telinga.

Panas! Laporan Dari Bagan Pinang! Kes Pemuda Pas Dipukul! Kurang Ajar!

Disini lah tempat dimana kejadian seorang pemuda Pas di pukul di Taman Datuk Abd Samad dalam UPU Kg Bagan Pinang...kelihatan ahli parlimen Dato' Kamarudin baru sampai ditempat kejadian....




YB Zailah pun berasa hairan dan terperanjat melihat apa yg belaku, YB baru sampai ketika itu..



tempat kejadian mula dipenuhi oleh pemuda umno dan pas.


Yang nie pulak batang bendera pas, samaada telah di bakar atau di buang aku pun tak pasti, tapi budak Pas kata dia orang tengah pasang kemah dan bendera untuk program Dato' Harun Din.


pemuda umno dah ramai datang........


Habis semua kerusi disepah-sepah kan oleh pemuda umno,tegoklah bendera pas kat bawah tu.
bangang betul..



perbincangan di adakan antara pemimpin Pas dan umno, tapi tahulah puak umno nie kan susah nak cito............macam-macam alasan diberi bla bla bla bla bla........last-last.....


khemah program utk pas pun dibuka oleh pemuda umno, lahabau punya umno....umno puaka nie dialah polis, dialah spr semua dia boleh...puak umno kata pas buat tempat persendirian, tanah ketua kg jadi tuan tah tak beri persetujuan......tak apa nanti kau....


ramai pemimpin Pas ada ketika itu tapi mengambil jalan yg tak mahu mengeruh kan lagi keadaan....samseng umno nie bukan boleh buat berbincang, dia jer yang betul.

Pentindihan pengundi: SPR cipta alasan untuk tutup kelemahan - PAS

ImageTELOK KEMANG, 7 Okt: Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak cadangan Pakatan Rakyat untuk mengadakan injunksi pilihanraya membuktikan bahawa badan pelaksana pilihanraya itu juga sedang mencipta alasan untuk menutup kelemahan mereka.

Naib Presiden PAS Salehuddin Ayub yang dihubungi petang tadi bertegas, isu pertindihan nama sejumlah tertentu anggota tentera dalam senarai daftar undi pos dan senarai daftar pemilih biasa bukan masalah teknikal, tetapi masalah pokok yang bertentangan dengan prinsip pilihanraya negara.

"Apa yang diputuskan SPR hanyalah alasan, walhal isu daftar pemilih tidak puteh adalah masalah pokok.

"Bagaimana Wan Ahmad (Timbalan Pengerusi SPR) boleh beri jaminan mahu tunggu dan lihat adakah akan berlaku undian berganda?

"Kalau benar berlaku pengundian berganda, adakah SPR akan melaksanakan pilihanraya semula?

"Itu (tindakan SPR) saya lihat suatu alasan yang langsung tidak rasional dan profesional," katanya.

Sambil melahirkan rasa kesal, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menegaskan bahawa desakan Pakatan tersebut bukanlah bersandarkan soal menang kalah pilihanraya antara kedua-dua parti semata-mata.

"Ini (kes pertindihan nama dalam dua senarai pemilih) bukan isu kalah menang PAS (atau) Umno. Ini kes prinsip...daftar pemilih wajib diputehkan sebelum pilihanraya. Sebab itu perlukan masa dan injunksi," katanya.

Dikatakan terdapat lebih 600 anggota tentera disenaraikan bertindih dalam buku daftar undi pos dan daftar pemilih biasa.

Salehuddin yang juga Pengarah Operasi Jentera Induk PAS N31 berkata, PAS serta Pakatan sedang membuat perhitungan terakhir; termasuk mendapatkan injunksi mahkamah.

Petang tadi, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar menolak cadangan injunksi pilihanraya N31; kerana menganggapnya sebagai alasan remeh Pakatan Rakyat serta PAS sendiri.

Bagaimanapun, Wan Ahmad bersedia menyemak segala dakwaan Pakatan wujudnya sejumlah tentera mempunyai nama bertindih dalam senarai daftar undi pos dan daftar pemilih awam.

Menurut Wan Ahmad, SPR masih menunggu dan lihat segala bukti yang dikemukakan Pakatan secepat mungkin.

Pagi tadi, Salehuddin dalam kenyataan bersama pemimpin Pakatan Rakyat memberi kata dua sama ada SPR menangguhkan serta merta pilihanraya N31 sehingga buku dartar pemilih benar-benar puteh; atau Pakatan proaktif mendapatkan injunksi mahkamah.

Dakwa Salehuddin lagi, tentera berupaya mengundi dua kali kerana mereka masing-masing mempunyai kad pengenalan tentera dan kad pengenalan awam; yang menjadi lesen masuk ke pusat pembungan undi.

Dalam perkembangan berkaitan, pemilik blog Mind No EVIL yang juga pesara tentera darat, Brigadier General (B) Mohamad Arshah Rajia mendedahkan bahawa Tentera bukan sahaja terlibat dalam politik kepartian; sebaliknya termasuk politik wang.

Beliau mendakwa Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak memberikan sejumlah RM300 kepada setiap tentera dan pemimpin Umno tempatan yang menyertai keraian di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDAR), baru-baru ini di sini; sebelum mengumumkan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat.

Jika benar dakwaan pengundian berganda serta usaha merasuah tentera oleh Umno BN, pilihanraya kecil ini bakal menjadi satu lagi titik hitam dalam sejarah pilihanraya demokrasi negara.

Kerajaan melanggar akta buatannya sendiri


Antara yang hadir, Dato' Harun Din
dan Ust Taib Azamuddin

“Kalau Pendita Zaaba masih hidup dan dapat melihat nasib yang sedang menimpa Bahasa Melayu kita hari ini, sudah tentu beliau akan menangis,” demikian yang dinyatakan oleh Sasterawan Negara , Tan Sri A.Samad Said dalam satu ceramahnya di Bagan Pinang malam tadi.

Menurut katanya lagi, memperjuangkan bahasa sendiri, ditanah air sendiri terpaksa menghadapi gas pemedih mata dan air pancutan asid.

Terlalu keciwa dengan sikap kerajaan
terhadap Bahasa Ibunda sendiri


Saya memang tidak boleh terima pemimpin yang kata bangsa Melayu hanya boleh maju dengan bahasa Inggeris dan guru bahasa Melayu tak mampu. Ini sebenarnya langgar perlembagaan yang telah tetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi,” ujarnya.

Pak Samad turut mempertikaikan usaha kerajaan yang melaburkan begitu banyak wang untuk membangunkan bahasa Inggeris tetapi gagal, sebaliknya tidak membuat pelaburan yang sama bagi pembangunan bahasa Melayu.

Dalam pada itu, belia turut menegaskan bahawa hanya dua buah parti yang mampu menyelamatkan keadaan semasa iaitu PAS dan KeADILan.

“Dalam keadaan semasa saya melihat hanya PAS dan KeADILAN yang boleh menyelamatkan orang Melayu. Sekiranya orang Melayu merasakan teraniya, sokonglah dua parti ini,” katanya lagi.

Kerajaan yang ada hari ini telah melanggar akta yang digubalnya sendiri.Kerajaan melanggar perlembagaan fasa 152.

Saya masih teringat kata-kata sasterawan negara ini sewaktu dalam satu kempen pilihanraya kecil di Kedah tidak berapa lama dahulu , beliau telah memberikan suatu nasihat yang tidak harus kita semua melupakannya:

"Ada satu perkara yang saya minta sebelum saya bercakap tentang nasib bahasa kita, iaitu bila ada pilihan raya, saya harap anda semua gunakanlah kuasa undi dan undilah siapa saja tapi jangan undi Umno,” ujarnya, seraya mendapat tepukan gemuruh dan teriakan takbir oleh para hadirin.

Banner DAP pula Diturunkan...!!!!










Peristiwa ini dirakamkan semasa Pihak Polis, SPR dan MBPD menurunkan Banner dan juga bendera DAP dan Keadilan di hadapan pejabat DAP di Batu 9 Teluk Kemang. Suasana dipenuhi dengan kehadiran FRU yang mana menjadi pertahanan kepada MBPD dan SPR atas tujuan menurunkan Banner yang dikatakan salah dalam akta SPR. Ia diturunkan tanpa surat dan sebab-sebab yang sepatutnya kerana ia disifatkan sebagai satu tindakan Provokasi oleh Pihak BN.

Zahid Heret Tentera Ke Kancah Politik Wang ?

http://www.buletinonline.net/images/stories/PRKBaganPinang/Foto%20Jimmy%20Yusof.jpgTELUK KEMANG – Selepas gagal menafikan dakwaan awam melibatkan tentera dalam kancah politik, Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi kini di tuduh mengheret tentera bergelumang dalam politik wang pula.

Pendedahan eksklusif tersebut dibuat oleh Brigadier Jeneral (B) Arshad melalui tulisan terbaru dalam blognya yang mengesahkan tentera kini bukan sahaja dilibatkan dengan agenda politik.

Arshad, 66, mula merasa curiga tentang kad jemputan Perayaan Ulangtahun Regimen Amor Ke 2 yang diadakan di Kem Sunggala, Port Dickson, dekat sini pada 5 Oktober lalu.

Beliau mempersoalkan mengapa satu sambutan peringkat regimen perlu dihadiri oleh ‘orang-orang berpangkat dan kenamaan’ termasuk Menteri-menteri UMNO dari Kuala Lumpur?

”Adakah orang-orang yang berpangkat tinggi dengan ‘paku-paku’ di bahu kini mengikut rentak irama tarian Menteri-menteri UMNO?,”soal beliau

http://www.buletinonline.net/images/stories/PRKBaganPinang/gambar%20saya.jpgKesangsiannya tentang keterlibatan tentera dalam politik bukan sahaja terjawab namun satu panggilan telefon yang diterimanya hari ini ’melondehkan’ bukan sahaja seluruh kem tentera, bahkan Menteri Pertahanan sendiri.

Arshad (gambar knan) menyatakan, panggilan yang diterima dari Port Dickson mengesahkan mereka-mereka yang hadir dalam Majlis Prisytiharan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak telah menerima sekeping sampul surat setiap seorang.

Sambil menyindir beliau berkata, dalam setiap sampul terdapat wang tunai RM300 dan amat bertuah mereka yang hadir menerima sumbangan ikhlas dari Najib.

Katanya, sekiranya beliau tahu, beliau juga sanggup beratur untuk menerima habuan RM300 itu.

Pendedahan demi pendedahan terus berlaku menunjukkan bagaimana UMNO dan Barisan Nasional kini sanggup mengambil risiko melemahkan keselamatan negara dengan ’memperkudakan’ angkatan tentera.

Sebelum ini pendedahan turut di buat oleh Lt. Kolonel (B) Malakan dari Rejimen Askar Melayu berkaitan manipulasi undi pos dalam angkatan tentera.

Cerita sepenuhnya di http://mindnoevil.blogspot.com/2009/10/bagan-pinang-and-promotion-in-army.html

1 Undi Untuk Isa Bererti 1 Undi Untuk Rasuah

Jika pemimpin yang dipilih adalah orang yang terlibat dengan rasuah, mana mungkin rakyat akan terbela dan terjaga kebajikannya". Pengundi N.31 Bagan Pinang sekali lagi diingatkan agar memilih calon yang berintegriti dan bersih dari rasuah sebagai pemimpin.

Peringatan yang diberikan Speaker sah DUN Perak, YB V. Sivakumar itu sewaktu beliau menyampaikan ceramah kempen bersama beberapa pimpinan Pakatan Rakyat di Taman Eastern malam tadi.

"Satu undi untuk Mat Isa ( Isa Samad ), bermakna satu undi untuk rasuah," tegasnya disambut oleh sorakan gemuruh oleh hadirin.

"Kita kena takut pada tuhan untuk beri undi kepada orang yang masih dilabel rasuah,

"Kita kena undi orang yang alim, bebas rasuah dan yang utama pemimpin yang memperjuangkan kehendak rakyat," tegasnya menyatakan peri pentingnya para pengundi di Bagan Pinang untuk memberikan undi kepada calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar pada 11 Oktober nanti.

Dalam majlis yang sama, V. Sivakumar turut mengambil peluang menjelaskan tindakan zalim Umno-BN yang merampas Perak dari Pakatan Rakyat.

Beliau menyelar tindakan BN yang menyalahgunakan dan mempersendakan Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan dalam melakukan rampasan kuasa Februari lalu.

"Untuk rekod, Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah," jelas beliau.

Menurutnya, apa yang lucu apabila BN menafikan pemakaian Artikel 72 itu, untuk bertindak mencabar keputusan Speaker DUN Perak yang menggunakan kuasanya untuk membuat keputusan terhadap penggantungan dan denda terhadap Zambry dan 6 ‘Exco’nya di mahkamah.

Namun, apabila Speaker DUN Perak menfailkan injuksi terhadap keputusan mahkamah tersebut, mahkamah telah menolak permohonan tersebut atas dasar Artikel 72 tersebut.

Jelaslah disini, bahawa BN yang sengaja mempermainkan undang-undang negara demi kepentingan peribadi mereka.

Dalam keasyikan penjelasan isu tersebut, suasana gamat seketika apabila salah seorang hadirin menyampuk "Dah jadi macam kartun popeye lah..!"

"Memang betul, politik Malaysia dah jadi macam kartun popeye," sokong Sivakumar.

Ceramah yang diadakan malam tadi dihadiri hampir 1,000 orang yang majoritinya masyarakat India di kawasan sekitar.

Turut sama berucap dalam majlis tersebut, ADUN Gombak, YB Azmin Ali; Ahli Parlimen Machang, YB Saifuddin Nasution dan Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Lagi Ragam di N31..!!


Banner diatas dipasang disetiap ceruk pelusuk Bagan Pinang yang mana tertulis diatasnya perkataan `Pembangkang Ekspotasi Anak-anak Kecil '.Isu i ni dimainkan oleh UBN disetiap PRK selepas Terengganu.Mereka seolah-olah menyatakan bahawa masa depan anak-anak ini akan tercemar hanya kerana menyokong pembangkang....Persoalannya pula ialah bagaimana UBN mentafsir gambar dibawah ini...???

Ini gambar yang dirakamkan semasa ceramah isu semasa anjuran UBN di markaz mereka malam tadi yang mana ketika ini Roslan Kassim sedang menyampaikan Pidato Beliau...Tertulis pada banner dibelakang penceramah ialah `Siapakah Anwar Ibrahim '??dan ia dikupas dengan agak panas oleh Roslan namun apa yang mengaitkan ia dengan isu Mengekplotasikan kanak-kanak ialah....lihat gambar dibawah...
Gambar ini merakamkan hanya kanak-kanak sahaja yang memenui majlis ini...mungkin kerana sudah tiada siapa lagi yang mahu mendengar pembohongan UBN maka kanak-kanak pula dibawa...apapun gambar ini juga membuktikan bahawa mereka sudah kehilangan sokongan sehinggakan yang hadir tak sampai berapa RATUS pun...!!!

Persoalannya SIAPA yang MEMPERGUNAKAN Kanak-kanak...???

N31 Berani Membuat Perubahan...!!!

Salahuddin: Jadikan anti-rasuah gelombang ke-3 rakyat

Salahuddin TELOK KEMANG, 7 okt. | Sama ada Pakatan kekal menang kali ke-8 atau tidak, pilihanraya kecil Bagan Pinang tidak mustahil bakal menjadi pemangkin pada gelombang ketiga rakyat menolak kepemimpinan rasuah di peringkat nasional kelak.

Naib Presiden PAS Salehuddin Ayub petang tadi berkata, amalan rasuah yang terpalit pada Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sejak diwar-warkan menjadi calon; menunjukkan bahawa rakyat umumnya menolak kepemimpinan rasuah.

“Rasuah menjadikan Isa digantung keahlian dalau Pemilihan (Agong Umno) 2005 lepas. Takkan rakyat yang telah pun menyertai gelombang BERSIH dan gelombang mansuhkan iSA, boleh berdiam diri.” tegas Salehuddin.

“Pencalonan Isa yang dikenali sebagai ikon rasuah oleh khalayak, seharusnya menggamit pengundi tempat memulakan.gelombang ketiga menolak rasuah di peringkat nasional.”

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkeyakinan, rakyat lebih mengetahui amalan-amalan rasuah dalam kalangan kroni-kronik Isa, terutama sewaktu Isa menjadi Menteri Besar dan Adun Linggi dahulu.

Dalam perkembangan berkaitan, Salehuddin juga meminta seluruh sukarelawan Pakatan menjadikan slogan Rasuah Musuh No.1 Rakyat Malaysia sebagai permulaan pada gelombang ketiga tersebut.

Sebelum ini, Isa dilabel sebagai ikon pembangunan palsu oleh Pakatan; keranabeberapa projek terbengkalainya lebih dilihat menguntungkan kroni-kroni Umno, berbanding kualiti hidup rakyat tempatan.

Realiti itu sekali gus memberi kelebihan kepada calon Pakatan Rakyat, Zulkefly Mohamad Omar kerana beliau dilihat bersih, berintegriti serta berpengalaman dalam aktiviti kemasyarakatan dan pemuliharaan alam sekitar.

November 2007, lebih 100 ribu rakyat mendesak menyertai gelombang BERSIH, mendesak kerajaan melaksanakan pilihanraya umum secara adil dan bersih (BERSIH) sehingga melancarkan beberapa sistem demokrasi berpilihanraya setahun berikutnya.

1 Ogos lalu, lebih sejuta rakyat menjadikan mencipta gelombang mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (iSA), sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa menilai semula akta draconion tersebut; serta membebaskan banyak tahanan iSA.

Sejak Thunami Politik 8 Mac lalu, Pakatan mengekalkan rekod kemenangan dalam tujuh pilihankecil di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Penanti, Manek Urai dan Permatang Pasir.

Andainya gelombang ketiga ini (rasuah) menjadi punca Isa ditolak rakyat dalam pilihanraya kecil kali ini, bermakna Umno BN tidak berlu segera membuat persiapan menjadi pembangkang keseluruhannya; kerana gelombang anti rasuah itu sudah tentu berpanjangan sehingga pilihanranraya umum ke-13 (PRU13) kelak.

Makin banyak nama berganda dikesan


PAS mengesan lebih banyak pemilih yang namanya dimasukkan dua kali dalam daftar pemilih, termasuk melalui kad pengenalan tentera, yang akan digunakan pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Ahad ini.

Naib presidennya Salahuddin Ayub berkata, setakat semakan mereka sehingga tengah hari ini, sekurang-kurangnya 500 pemilih terlibat dengan keganjilan itu – yang membimbangkan parti kemungkinan pengundian dua kali.

Semalam Malaysiakini melaporkan parti itu mendakwa ia berjaya mengesan nama kira-kira 200 pemilih yang didaftarkan sebanyak dua kali di daftar tersebut.

Sehubungan itu, beliau akan membangkitkan kontroversi ini dalam pertemuan rombongan PAS dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya jam 3 petang ini.

"Kita harap, daftar pemilih ini dapat diputihkan," kata Salahuddin ketika dihubungi hari ini.

Jangan Terpedaya Dengan Cadangan Bandar Tentera Darat – Kapten (B) Datuk Abu Zahar

http://www.buletinonline.net/images/stories/PRKBaganPinang/kaptenabuzahar1.jpgTELUK KEMANG - Cadangan Perdana Menteri untuk menjadikan Port Dickson sebagai sebuah bandar ‘Tentera Darat’ dianggap sebagai satu penghinaan kepada bekas tentera.

Kapten (B) Datuk Abu Zahar Hashim berkata, pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) cuba memperbodohkan anggota tentera dan bekas tentera dengan cadangan tersebut.

”Saya menyertai anggota tentera tahun 1967, sekarang dah tahun 2009, sudah 40 tahun lebih, baru pemimpin-pemimpin umno, pemimpin-pemimpin BN, iktiraf kononnya sumbangan anggota tentera khususnya tentera darat,


”saya rasa terhina kerana pemimpin-pemimpin Umno menganggap anggota-anggota tentera (dan) bekas-bekas tentera ni boleh diperbodohkan,”katanya ketika menyampaikan ceramah di Taman Intan Perdana, dekat sini, semalam.

Menurutnya, cadangan mengujudkan bandar tentera di Port Dickson adalah umpan untuk memikat hati anggota-anggota tentera darat menjelang pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Katanya, Perdana Menteri hanyalah ‘mengambil kesempatan’ keatas anggota tentera kerana pengundi anggota tentera ramai.

”Pada hal selama berbelas tahun jadi Menteri Pertahanan, dia (Najib) tak terfikir pun tentang pengorbanan anggota-anggota tntera terutamanya anggota-anggota tentera darat,

”Apabila berlaku pilihanraya kecil di Bagan Pinang, barulah nak memikat hati anggota-anggota tentera darat dan menamakan sbg bandar tentera darat,”jelas beliau yang juga bekas Ketua Bahagian UMNO Petaling Jaya Selatan.

Datuk Zahar turut membidas perisytiharan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak itu, dan berkata, “apa jua nama yang hendak diberikan kepada Port Dickson adalah tidak penting, sekira kebajikan anggota tentera dan bekas tentera diabaikan,”.

Oleh itu beliau mengingatkan anggota tentera dan bekas-bekas anggota tentera supaya jangan mudah terpedaya dan memberi undi kepada calon Barisan Nasional (BN).

“Saya nak bagi tahu angota-anggota tentera malam ini, jangan semudah-mudah pangkah Barisan Nasional,

”Sekarang ini memanglah kita berlagak dengan pakaian tentera kita, tapi percayalah anggota tentera (sekalian), bila tuan-tuan habis berkerja nanti, (setelah) 21 tahun berkhidmat (untuk negara), tuan-tuan akan di pinggirkan,”katanya

Manifesto Calon PAS/PR : N31 Bagan Pinang



BERSAMA KEHENDAK RAKYAT


1. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pihak media kerana melaporkan dengan adil aktiviti saya, PAS dan Pakatan Rakyat sehingga petang ini.

2. Kesempatan ini, ingin saya sebutkan beberapa fokus kempen saya serta agenda kesejahteraan yang ingin saya tawarkan kepada pengundi N31 Bagan Pinang.

3. Ikhlas saya katakan bahawa di Port Dickson, khususnya di Dun Bagan Pinang ini terdapat banyak isu malar segar yang perlu ditangani bersama. Daripada 13 permasalahan yang dekat dengan rakyat, umumnya rakyat mahu isu penaiktarafan jalan utama dari Telok Kemang ke Pasir Panjang segera diselesaikan. Kedua, rakyat mahu masalah perparitan yang menjadi punca utama banjir kilat, pembiakan lalat serta nyamuk segera diselesaikan. Ketiga dan terakhir, rakyat mahu isu alam sekitar yang melibatkan Pantai Port Dickson kerana dengan berbuat demikian, bukan sahaja menggamit semula kehadiran pelancong malah menjana ekonomi setempat.


4. Ikhlas saya katakan, kemenangan saya tidak akan mengubah lanskap kuasa kerajaan negeri. Tetapi, kemenangan ini akan membawa satu lagi ‘kehendak rakyat’ ke Dewan Undangan Negeri. Pakatan tambah satu kerusi Adun lagi, menjadikan 16 keseluruhannya. Umno tinggal 18 kerusi sahaja. Beza kerusi kita (Pakatan) dan BN hanya 2 kerusi sahaja. Semoga inilah yang dikatakan bersama kehendak rakyat.

5. Tahun lepas, Datuk Shaziman Abu Mansor kata di Parlimen, tiada peruntukan untuk membaiki jalan di sini. Sedangkan tanggungjawab membina jalan sebenarnya di dalam Senarai Persekutuan (Federal List). Jadi, Umno tidak perlulah memperbodohkan rakyat dengan kempen adakah saya mampu memperbaiki jalan jika saya menang. Sedangkan jika Tan Sri Mohd Isa Samad menang sekalipun, itu bukan tanggungjawabnya untuk membina jalan. Maka, saya akan senantiasa membawa isu penaiktarafan jalan ini di Dun kelak, di samping membantu Ahli Parlimen Telok Kemang membawa isu ini di Parlimen. Sama ada jalan siap dulu, atau Umno tumbang di Negeri Sembilan, biarlah rakyat terus membuat perhitungan.

6. Begitu juga dalam isu perparitan, Port Dickson dikenali khalayak tempatan sebagai Bandar Pembiakan Lalat, Banjir Kilat dan beberapa lagi. Akar masalah pada segala permasalahan kedua ini adalah sistem perparitan yang tidak efisyensi. Pembiakan lalat adalah natijah pada masalah perparitan. Bau busuk juga adalah natijah pada masalah perparitan. Banjir kilat yang berlaku setiap kali musim hujan juga adalah natijah pada masalah perparitan. Selesaikan akan masalah, bermakna selesailah segala natijah/masalah berantai tersebut. Selesaikan masalah perparitan, insyaAllah selesailah segala yang membelenggu rakyat hampir sedekad ini.

7. Saya yakin rakyat tempatan tahu tentang privasi pantai awam oleh segelintir pemimpin Umno bersama-sama pihak tertentu. Saya yakin, rakyat tempatan semuanya tahu isu masalah sampah-sarap ini berpunca oleh sistem pengangkutan sampah oleh syarikat SWM. InsyaAllah, pengalaman menjadi sukarelawan dan aktivis alam sekitar dan kemasyarakatan, menjadi pengerusi ‘No Incinerator Broga’; saya sedia mengetengahkan idea-idea yang lebih progresif demi kepentingan rakyat.

8. Dalam maksud yang lebih mudah, manifesto saya untuk rakyat adalah memperjuangkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat khususnya di Telok Kemang. Jadikan Adun Bagan Pinang sebagai satu lagi suara pendesak di Dewan Undangan Negeri (DUN), agent semak dan imbang terhadap projek-projek terbekangkalai serta urus tadbir kerajaan negeri yang dilihat pincang dan pembaziran oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional.

BERSAMA KEHENDAK RAKYAT

Zulkefly Mohamad Omar
Calon Pakatan Rakyat


Marilah Sama-sama kita Bersolat Hajat Untuk Islam


Kepada semua Umat Islam di seluruh Dunia marilah kita sama-sama bermunajat kepada Allah dengan bersolat hajat untuk kemenangan Zulkifli Omar dari Parti Pas dalam Pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Disamping kita melaksanakan tugasan seharian, lalu akhirnya kita serahkan urusan ini dengan bersolat hajat kepada Allah memohon di beri keselamatan dan seterusnya diberi Kemenangan Isya'Allah.

Zulkifli Mohamad bin Omar dan Isteri
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .