Ikuti Blog ini

[TERKINI] Ada Isyarat Pilihanraya Bakal Diadakan Dalamasa Terdekat


SPR bertemu parti politik pagi ini, isyarat PRU makin hampir

PUTRAJAYA, 19 Julai — Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengadakan pertemuan dengan pimpinan parti-parti politik dari Semenanjung Malaysia pagi ini.

Aktiviti simulasi tempat mengundi yang diadakan semasa majlis perjumpaan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia bersama parti-parti politik dan taklimat Pilihan Raya Umum ke-13 di Putrajaya Marriott Hotel & Spa pada 18 Julai, 2012.

Selain itu, SPR juga akan mengadakan simulasi pilihan raya, bagi menerangkan kepada parti-parti politik tentang perubahan-perubahan yang telah dilakukan dalam proses pilihan raya seperti penggunaan dakwat kekal.

Penggunaan dakwat kekal adalah salah satu daripada tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang telah mengadakan tiga demonstrasi di ibukota untuk menuntut reformasi pilihanraya.

Menurut seorang petugas SPR yang tidak mahu namanya disiarkan, pertemua ini adalah petunjuk pilihan raya umum (PRU) ke-13 semakin hampir.

“Biasanya, ini petanda PRU makin hampir.

“Mungkin selepas Raya.

“Tetapi yang ada kuasa adalah perdana menteri.

“SPR sudah bersiap sedia untuk menjalankan pilihan raya pada bila-bila waktu, kata petugas SPR itu kepada The Malaysian Insider.

Telah banyak spekulasi mengenai tarikh pilihan raya. Sebelum ini, ramai menyangka PRU ke-13 akan diadakan sekitar bulan Jun.

Angka terkini jumlah pengundi berdaftar seperti yang diwartakan oleh SPR pada 7 Jun 2012 adalah berjumlah 12,912,045 juta orang. -TMI

Presiden PAS jangka PRU13 selepas raya


RABAT: PAS menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan pembubaran parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, selepas cuti Hari Raya Aidilfitri akan datang.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, BN berkemungkinan menggunakan peluang itu kerana pengundi luar akan sukar untuk pulang ke kampung dua kali berturut-turut selepas baru sahaja menghabiskan cuti Aidilfitri mereka di kampung halaman.

"Kita jangka BN akan menggunakan peluang mengadakan pilihan raya selepas cuti hari raya Aidilfitri ini.

"Sudah tentu jika itu berlaku, pengundi akan berfikir banyak kali untuk pulang sekali lagi ke kampung masing-masing selepas mereka baru sahaja balik bercuti hari raya," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Muktamar Parti Islam Pembangunan dan Keadilan (PJD) Maghribi di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membayangkan PRU-13 tidak akan diadakan tahun depan dan menganggap tahun ini adalah masa yang terbaik.

Dalam kenyataannya kelmarin itu, Muhyiddin juga turut membayangkan ianya "mungkin beberapa bulan akan datang".

Mengulas lanjut, Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, banyak faktor yang akan menjadi pertimbangan rakyat untuk pulang kali kedua ke kampung termasuk soal kos yang terpaksa ditanggung dan cuti yang terpaksa diambil mereka.

"Jika berlaku, kesannya akan lebih teruk lagi berbanding dengan kesan PRU musim haji," katanya.

Sehubungan itu katanya, jika BN memanggil pilihan raya selepas cuti Aidilfitri, ianya sekaligus akan menyusahkan rakyat khususnya yang berada di perantauan.

Sebelum ini, PAS juga membantah keras jika PRU-13 kali ini dibuat di musim haji kerana ianya bakal menafikan hak hampir 30,000 rakyat negara ini yang pergi mengerjakan haji di Mekah untuk mengundi.

Awal bulan lalu, Najib ada membayangkan PRU-13 hanya akan diadakan selepas genap tempoh lima tahun penggal ini.

Bagaimanapun kenyataan terbaru dari Muhyiddin kelmarin seperti mengesahkan desas-desus bahawa PRU-13 berkemungkinan diadakan September atau penghujung tahun ini dan bukannya tahun hadapan.
-HD

Abbay Abadi Dan Yatt Hamzah Bakal Sertai PAS Malam Ini?


Nampaknya, menjelang Ramadhan yang bakal tiba lusa, Pakatan Rakyat terutamanya PAS menerima satu lagi khabar gembira!Melalui satu mesej di laman mikroblog Twitter milik pelakon utama filem Leftenan Adnan yang kini menyertai PAS awal bulan ini, Hairie Othman, mengatakan bahawa seorang lagi artis akan secara rasmi mengikut jejaknya malam ini.

Hairie dalam twitnya kira-kira jam 3 pagi tadi mengatakan:Hairie Othman ‏@hairieothman Esok sorang lagi rakan artis perempuan yang akan menyerahkan borang secara rasmi bersama wadah perjuangan kepada TGNA. Tunggu.. #takbir.
Manakala di laman Facebook miliknya pula, Hairie memberi bayangan lebih jelas dengan mengatakan:Esok malam ceramah bersama TGNA dan Dato'
Hussam Musa di Nilam Puri.. Istihar rasmi seorang lagi kawan artis perempuan bersama wadah perjuangan. #takbir

Selebriti tersebut akan berceramah bersama-sama dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Exco kanan kerajaan negeri Husam Musa di Nilam Puri.Adalah dijangka bahawa selebriti yang dimaksudkan oleh Hairie ialah bekas pelakon drama siri kepolisan Gerak Khas, Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaeiyah Abdul Manan, 34.

Abby kini bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan PAS kebelakangan ini termasuk menyertai himpunan Bebaskan Tahanan ISA di Kamunting, Taiping, Perak, minggu lalu.Tidak ketinggalan bekas rakan sepasukannya dalam siri tersebut juga menempelak Abby kunun mewakili anak-anak polis mencabarnya supaya berdebat dengannya.

Tetapi sehingga ke hari ini AC Mizal masih tidak memberi kata putus berkenaan debat yang dimulakannya sendiri.Bagaimanapun, dalam akaun Twitter miliknya, Abby masih tidak memberi sebarang maklum balas tetapi cuma membalas twit pengikutnya bahawa beliau akan hadir malam ini.



Nampaknya, menjelang Ramadhan yang bakal tiba lusa, Pakatan Rakyat terutamanya PAS menerima satu lagi khabar awa beliau akan hadir malam ini.

Sekiranya perkara ini benar, tahniah buat Abby kerana memilih perjuangan Islam tanpa apa-apa paksaan walaupun teruk dihentam dan difitnah blogger Umno kununnya hanya untuk mencari suami di kalangan ahli PAS. ~jalanpulang

Kini Sharifah Sofea Pula Bertudung, "Ini Satu Permulaan Babak Baru ..."



Alhamdulillah, bertambah lagi artis bertudung. Kali ini Sharifah Sofea pula yang bertudung.

Selepas beberapa orang selebriti wanita melakukan penghijrahan dengan imej bertudung, kini bertambah seorang lagi selebriti mengikut jejak langkah sama ke arah sesuatu yang lebih positif.

Menerusi akaun twitter milik beliau, Sharifah Sofia sedia berkongsi gambar terbarunya yang ayu dan manis mengenakan hijab beserta ungkapan

'Here’s to a new chapter… Bismillah!'.

Penghijrahan ini dikuatkan lagi dengan langkah yang telah diambil oleh pelakon ini dengan memadamkan gambar-gambar lama beliau tanpa tudung.

Tahniah diucapkan kepada Sharifah Sofia di atas penghijrahan ini. -yastro.net

Kelantan anugerah banglo kepada johan tilawah


KOTA BHARU: Johan tilawah al Quran peringkat Antarabangsa dari Kelantan Ustaz Muhammad Anuar Ghazali menerima sebuah banglo dari kerajaan negeri.


(Ustaz Anuar bersama replika banglo yang diterimanya dari MB hari ini)


Replika hadiah rumah itu disampaikan oleh Menteri Besar pada majlis sambutan Ihya Ramadan peringkat negeri Kelantan.

Rumah yang bernilai RM250,000 ini akan dibina di Machang dan dijangka siap akhir tahun ini.

Ia akan dibuat oleh Kelkon Sdn Bhd anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) iaitu anak syarikat kerajaan negeri Kelantan.

Anuar johan tilawah quran tahun ini merupakan anak jati negeri ketiga menerima sumbangan hadiah rumah dari kerajaan negeri.

Sebelum ini pelajar cemerlng Nik Nur Madihah dan selebriti bola sepak, Khairul Fahmi Che Mat menerima sumbangan yang sama dari kerajaan negeri.

Sempena majlis ini, lima dari enam anak jati Kelantan yang memenangi johan tilawah peringkat antarabangsa menyampaikan bacaan masing-masing.

Akir Hayy dan Habin Faizal Mohamed Ad Dawuudi memenuhi bual bicara Awal Ramadhan.

HUDUD

Menteri Besar ketika berucap di majlis itu mengucapkan shukur ekoran pihak yang menentang syariat Islam selama ini akhirnya menerima hukuman hudud.

Malah ianya dicadangkan diadakan di sebuah negeri yang diperintah penentang hukum itu selama ini.

"Cume bezanya, hukuman itu juga dicadangkan agar dikenakan juga ke atas orang bukan Islam yang menyebabkan mereka kata 'sudah hilang akal'


"Tak apalah kaedah manapun, tapi yang penting mereka sedar hanya hukuman Islam dapat selamat manusia," kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Turut berucap di majlis itu adalah Datuk Nik Mohamad Amar. -Hrkh

Kebangkitan Islam, dunia Arab akan terus berlaku



(Gambar: Abdelilah Benkirane mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Abdul Hadi kerana bersama dengan kemenangan PJD.)

RABAT: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berada di Maghribi pada Jumaat dan Sabtu lalu bagi menghadiri Muktamar kali ke-7 Parti Islam Pembangunan dan Keadilan (PJD).

Kehadiran Presiden PAS itu adalah atas jemputan rasmi Perdana Menteri Maghribi Abdelilah Benkirane yang juga ketua parti PJD.

Muktamar yang diadakan di Kompleks Moulay Abdellah itu turut dihadiri 2,000 perwakilan dan puluhan pemerhati dari negara luar khususnya pemimpin negara Arab dan pemimpin gerakan Islam seluruh dunia.

Muktamar kali ini adalah yang pertama diadakan selepas PJD memenangi pilihan raya parlimen yang diadakan November tahun lalu.

Ianya sekaligus menjadi medan meraikan kemenangan parti itu oleh seluruh pemimpin dan ahli PJD.

Turut hadir dan diberi penghormatan berucap pada majlis itu adalah pemimpin Hamas, Khaled Meshaal.

Pemimpin gerakan Islam yang hadir juga turut mengambil kesempatan mengadakan pertemuan bagi membincangkan hala tuju negara-negara yang kini dimenangi parti Islam dan juga krisis Asia Barat.

Tuan Guru Abdul Hadi juga turut mengadakan pertemuan secara tidak langsung dengan Abdelilah Benkirane sekaligus menyampaikan ucapan tahniah PAS kepada parti PJD pimpinannya itu yang telah memenangi pilihan raya tahun lalu.

Abdelilah Benkirane dalam ucapannya sebelum itu berkata kebangkitan Islam yang berlaku merupakan sesuatu di luar jangkaan dan diyakini akan terus berlaku di negara-negara lain.

"Apa yang berlaku kepada dunia Arab dan umat Islam sekarang ini adalah sukar untuk dipercayai dan ianya akan terus berlaku di tempat lain," katanya dalam ucapan pembukaan Muktamar. -Hrkh


Tuan Guru Abdul Hadi bersama pemimpin Hamas, Khaled Meshaal.


Tuan Guru Abdul Hadi ditemubual wakil media Maghribi.

Berita Inikah Membuatkan YB UMNO Trauma & Mengamuk Melihat Bendera PAS?


Empat Tokoh Sertai PAS Negeri Sembilan

KUALA PILAH: PAS Negeri Sembilan menerima suntikan semangat yang baru apabila empat tokoh tempatan menyertai PAS baru-baru ini.

Majlis pengumuman kemasukkan kempat-empat tokoh tersebut berlangsung di Himpunan Hijau peringkat Negeri Sembilan di Johol, Kuala Pilah malam kelmarin.

Pengumuman penyertaan empat bekas pemimpin setempat dan bekas pegawai tinggi kerajaan ini merupakan gimik dan kejutan oleh PAS Negeri Sembilan untuk Himpunan Hijau tersebut.

Mereka yang mengumumkan masuk PAS pada malam tersebut ialah bekas Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Zainal Isa; bekas Pengurus Pos Malaysia Berhad Zon Selatan, Mokhtar Musa; bekas Pembantu Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Anuar Hashim dan bekas Pengerusi JKKK Kampung Pilin, Rembau, Ramli Jalun.

Ketika Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan, Norazman Mohamad memperkenalkan mereka secara satu persatu, lebih 3, 000 ahli PAS yang hadir bersorak dan melaungkan takbir.
Mokhtar, Anuar dan Ramli juga merupakan ahli Umno sebelum menyertai PAS
.

Seterusnya kempat-empat mereka diberikan peluang berucap. Anuar yang merupakan bekas Pembantu Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Klawang, Datuk Yunus Rahmat (Umno) menggamatkan suasana apabila tersasul menyebut kepimpinan PAS yang duduk di atas pentas sebagai kepimpinan Umno.

Zainal dalam ucapannya berkata beliau tidak pernah menyertai mana-mana parti sepanjang bertugas sebagai pegawai kerajaan.

“Walaubagaimanapun selepas bersara saya mengambil keputusan untuk menyertai PAS kerana perjuangan PAS ‘Islamik’ dan lebih kepada ‘semangat’ dan bukan hanya ‘fizikal’ semata-mata.

“Saya mempunyai kepakaran di dalam sistem perhutanan, air dan alam sekitar dan saya percaya saya boleh menyumbang sesuatu kepada PAS dalam konteks tersebut”, kata Zainal.

Kecewa dengan Umno

Mokhtar pula berkata beliau menyertai Umno pada tahun 1963 dan kini mengambil keputusan untuk menyertai PAS kerana perjuangan Umno kini sudah tidak sama seperti 50 tahun dulu.

Tanpa menghuraikan secara terperinci Mokhtar menyatakan rasa kecewa terhadap cara pentadbiran Umno ketika ini dan memilih perjuangan PAS yang beliau anggap menepati ciri-ciri Islam dan telus.

Sementara itu Norazman dalam ucapan beliau berkata penganjuran perhimpunan ini untuk menyemarakkan lagi sokongan ahli selain mengalu-alukan orang ramai memilih PAS sebagai parti politik pilihan mereka.

“Rakyat tidak perlu takut dan rasa terhutang budi kepada Umno.Apa yang Umno beri pada rakyat sememangnya merupakan hak rakyat dari duit rakyat sendiri (cukai).

“Tanamkan keyakinan tinggi kepada pemerintahan PAS dan Pakatan Rakyat kerana ia sudah terbukti di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat seperti di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

“PAS akan berjuang habis-habisan dengan gandingan PKR dan DAP untuk mengecapi kemenangan mutlak di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti”, kata Norazman.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar; anak kepada bekas Perdana Menteri Tun Ghafar Baba, iaitu Datuk Tamrin Ghafar; Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Dr. Mohamad Rafie Abdul Malek. -FMT


LAPORAN POLIS DIBUAT !!! Ingatkan pencacai UMNO, rupanya wakil rakyat UMNO yang turunkan bendera PAS

Satu laporan polis telah dibuat pada 17 Julai 2012 mengenai seorang wakil rakyat Umno di Negeri Sembilan yang bergelar Dato’ Dr yang dilihat menanggalkan beberapa bendera PAS di sebuah jalan utama di negeri ini.

Laporan polis telah dibuat. Kita harapkan pihak berkuasa melakukan siasatan yang teliti tanpa memilih bulu. Rembau hari ini





YB Dato' Dr. Awaluddin Bin Said, ADUN Kota










SAH ! Cukai GST akan dilaksanakan selepas pilihanraya



Dewan Perniagaan Melayu (DPMM) berkata hari ini menyokong kenyataan yang dibuat oleh Putrajaya bahawa pengguna tidak bersedia untuk pelaksanaan cukai GST.

Semalam, Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah berkata, kerajaan akan melibatkan semua pihak untuk menyediakan lebih banyak pengetahuan mendalam mengenai perlaksanaan cukai GST.


"Kerajaan amat prihatin ke atas sentimen rakyat terhadap GST.  Itu adalah sesuatu yang sangat penting sebagai salah faham lagi boleh menghalang pelaksanaan sistem cukai, " beliau dipetik sebagai berkata.

Rang Undang-undang GST dibentangkan di Parlimen untuk bacaan kali pertama pada bulan Disember 2009 tetapi bacaan kedua, asalnya dirancang untuk Mac 2010, telah ditangguhkan. (sudah pasti selepas pilihanraya untuk mengelak kemarahan rakyat tidak mengundi Bn).
Selepas Pilihanraya atau Sebelum… Rakyat bukannya Bodoh
Secara ringkasnya GST ini adalah :  Beli apa sahaja barang keperluan, kena cukai GST 4% (pengecualian kepada beras, sayur, tepung dan gula).  Di masa hadapan tidak mustahil semua boleh dikenakan GST, dan kadar yang dikenakan pada 4% itupun tidak mustahil akan dinaikkan jugak.
Sekarang ni kerajaan mengenakan cukai jualan dan perkhidmatan 6% apabila kita makan di McDonald, Pizza, KFC dan lain-lain.

Yang bezanya antara cukai GST dan cukai sekarang ialah dulu cukai hanya untuk golongan yang mampu makan di tempat-tempat yang disebutkan tadi, tetapi sekarang cukai GST akan dikenakan untuk kesemua jenis barangan, contohnya beli kopi, baju, susu untuk anak, tayar motor, ikan di pasar…. apa sajalah yang anda beli di Tesco, Giant, Carrefour, kedai mamak…dan lain-lain akan dikenakan cukai kerajaan 4%.
Dan cukai ini yang pastinya akan dibayar oleh kita semua, semua golongan termasuk orang Umno, MCA, MIC, PAS, PKR dan apa jua parti sekalipun akan terpalit dan sama-sama menanggung beban dan risiko.
Propaganda akan bermula untuk bodohkan rakyat agar terima cukai GST...  Seperti biasa, hujah-hujah basi seperti cukai kita lebih rendah dari negara lain, negara lain sudah lama menjalankan GST, cukai hanya 4% dan sebagainya akan digunakan untuk memperbodohkan rakyat.
INILAH  taktik Najib memperbodohkan rakyat dengan belanjawan gula-gulanya.  Jika BN menang dalam PRU13 nati, sudah pasti “Rakyat Tanggung Penderitaan Di Dalam Kehidupan Harian”.
Reformis Anak Muda nak bagitahu la…. Najib Rosmah dan Kerajaan Malaysia tidak akan bankrap…. Tapi rakyat Malaysia terutama yang anak-anak muda ni yang akan bankrap dulu.  Udah la barang mahal, kerja gaji sikit, hutang bertambah…. Lepas ni nak kenakan cukai GST lagi…. 

Kesimpulannya senang aje…. Kita tukar BN dengan Pakatan Rakyat… bagi can 5 tahun... Ayuh Anak Muda!!!

(GST adalah merupakan cukai kepenggunaan yang berasaskan kepada konsep nilai ditambah. Ianya dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk barang dan perkhidmatan yang diimport - Kementerian Kewangan http://www.treasury.gov.my)
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .