Ikuti Blog ini

Gambar - Gambar Dari P59 Bukit Gantang



















PR Yakin Menang PRK Bukit Gantang Bukit Selambau Batang Ai

CALON PRK P059 BUKIT GANTANG
Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin

Ketua Umum Parti Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin akan memperoleh kejayaan dalam tiga pilihan raya kecil membabitkan Bukit Selambau, Kedah, Bukit Gantang, Perak dan Batang Ai, Sarawak, 7 April ini.

Anwar berkata, walaupun pihaknya mendapat tentangan hebat daripada pelbagai sudut, namun hasil kerja kuat daripada semua pihak dalam PR diyakini kemenangan akan berpihak kepada mereka.

“Kami diserang daripada pelbagai sudut termasuk media arus perdana yang memainkan pelbagai isu terhadap PR, malah mereka ini berat sebelah kerana tidak melaporkan perkara sebenar.

“Ini tidak melemahkan semangat kami untuk terus berusaha dan meyakinkan rakyat. Kami juga tahu taktik digunakan mereka (Barisan Nasional) dan PR akan memberikan penerangan yang sebenarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas pelancaran buku Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Zaid Ibrahim, di sini, semalam.

Buku yang bertajuk 'Kemilau Peribadi Nik Aziz', menceritakan perjalanan Menteri Besar berkenaan, manakala buka yang berjudul 'Saya Pun Melayu' memaparkan perjalanan hidup Zaid bermula dari kecil hingga dipecat jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri.

Sementara itu Anwar berkata, beliau dimaklumkan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin berhubung peletakan jawatannya termasuk sebagai Exco.

“Saya telah dimaklumkan oleh beliau (Mohammad Fairus) mengenai peletakan ja:watan itu, dan memberitahu ingin menyambu:ngkan pelajarannya, serta mengekalkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan (ADUN) Penanti.

:“Mohammad Fairus juga memaklumkan bahawa media menyatakan ada masalah dalaman dan beliau menafikan, saya memberitahu agar memberikan jawapan yang tegas maka tidak ada pihak boleh mempermainkannya.

“Beliau akan tetap bertugas sebagai ADUN dan memberikan khidmatnya pada Jumaat, Sabtu dan Ahad kepada rakyat di kawasannya, saya yakin dia dapat melaksanakan tanggungjawab itu,” katanya.



Ceramah Di Sungai Tinggi Cemas Hampir DiHujani Air Asid

http://buletinonline.net/images/stories/berita2/watercanontruck.jpg

Bukit Gantang
– Majlis Memperkenalkan Calon PRK Bukit Gantang di Sungai Tinggi dalam DUN Terong dekat sini, cemas dihujani asid dari meriam air (water canon) polis simpanan persekutuan (FRU).


Bagaimana pun, YAB Dato’ Seri Nizar Jamaludin sempat menyampaikan ucapannya di Markaz MTD Sungai Tinggi, sebelum suasana bertukar menjadi cemas.

Sekitar jam 10 malam, Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping pada awalnya hanya meminta pihak penganjur supaya memastikan semua hadirin dan pembesar suara dibawa masuk kedalam bangunan.

Timbalan Yang DiPertua PAS Bukit Gantang, Ustaz Zulkifli Ahmad berkata pihaknya telah berunding dengan Encik Syed (Timbalan OCPD).

http://buletinonline.net/images/stories/berita2/ustazzulberunding.jpg“Perundingan pada mulanya mencapai kata sepakat, apabila Encik Syed bersetuju membenarkan ceramah,

“beliau meminta hadirin yang berada diluar markaz masuk dan pembesar suara jangan diletakkan diluar bangunan,”kata Ustaz Zulkifli yang ditemui Buletinonline.

Namun, sekitar jam 10.30 malam, katanya, setelah pembesar suara dibawa masuk dan sebahagian hadirin berada didalam markaz, pihak FRU tiba-tiba meminta majlis dihentikan.

Ahli Dewan Undangan Kawasan Canning dari DAP, Wong Kah Woh yang baru menamatkan ucapannya tekah keluar untuk berunding dengan ketua pasukan FRU.

Ketika itu, pihak FRU tidak mahu lagi mendengar rayuan dan meminta ceramah dihentikan serta merta.

Selang beberapa ketika, setelah majlis berhenti, dengan nada keras, ketua FRU memberi amaran meminta semua hadirin bersurai.

“Semua diminta bersurai dalam masa lima minit, sekiranya tidak, kami akan menyuraikan dengan kekerasan,”ulang ketua FRU sambil berdiri memegang miktrofon diatas atap kenderaan.

Orang ramai yang berada dalam Markaz mula keluar perlahan-lahan, dan yang tinggal hanyalah terdiri dari kalangan wanita dan kanak-kanak sahaja.

http://buletinonline.net/images/stories/berita2/rayuanYBCanningditolak.jpgPenjelasan YB Wong tentang perkara tesebut ditolak oleh pihak FRU dan amaran lebih keras dikeluarkan, memaksa orang ramai, termasuk wanita dan kanak-kanak bersurai, meninggalkan kawasan Markaz sepenuhnya.

Pada masa yang sama dua dua kelompok anggota FRU telah berbaris membentuk enam barisan yang berjumlah lebih hampir seratus orang, bersaip sedia mengambil tindakan.

Dengan perisai disebelah tangan, anggota FRU mengetuk-ngetuk cota, mengeluarkan bunyi yang menakutkan orang ramai.

Ketika itu trak meriam air sudah bergerak setentang dengan hadapan Markaz dan muncung ‘meriam air’ sudah dilaraskan, menuju sasaran tepat ke kawasan markaz.

Air asid yang berwarna kuning, pedih dan akan ‘mencekik tekak’ sesiapa saja yang bakal menghidunya, sudah sedia dimuntahkan.

Dalam keadaan cemas dan kelam kabut, lebih seratus hadirin wanita bergegas keluar meninggalkan dewan Markaz.

http://buletinonline.net/images/stories/berita2/keluarmeninggalkanmarkaz.jpgSeorang hadirin wanita yang ditemui selepas itu berkata, beliau datang untuk mendengar ceramah, namun keadaan sebaliknya berlaku.

“Saya datang hendak mendengar ceramah Nizar (Dato’ Seri ) dan Anwar (Dato’ Seri), tiba-tiba dipaksa bersurai,

“saya rasa amat sakit hati,”kata Sunarti Bt Saat, 26, yang datang sejauh 5km dari Kampung Sungai Che Rahmat.

Sambil mendukung anaknya berusia setahun beliau mendakwa tindakan polis menyuraikan ceramah tersebut adalah satu tindakan yang keterlaluan.

Manakala ibu Sunarti, Fatimah Bt Jaafar, 45, turut melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan polis yang tidak mahu bertolak ansur.

“Ia satu tindakan yang tidak adil, saya amat tidak berpuas hati,”katanya yang datang bersama keluarga seramai lima orang.

Ustaz Zulkifli memaklumkan Dato’ Seri Anwar yang dijangka turut menyampaikan uacapan, tidak dapat hadir kerana disekat ditengah jalan.

Kira-kira lebih 2,000 hadir ke majlis yang julung-julung kalinya diadakan di UPU Sungai Tinggi, setelah Nizar di isytiharkan sebagai calon PAS, semalam

Lihat Ucapan Nizar di Sungai Tinggi







Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .