Ikuti Blog ini
Pembelian Eurocopter 'Bersih': PAC Diarah Untuk Lindung Imej Najib? ,Selasa, November 04, 2008 at 4.11.08,
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) begitu kesal dengan keputusan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) yang mengambil keputusan untuk menutup siasatan skandal pembelian Eurocopter tanpa sebarang penemuan yang munasabah.
Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid dilaporkan sebagai berkata tiada sebarang penyelewengan dari segi prosedur dalam pembelian helikopter Eurocopter tersebut dan penilaian dari segi teknikal dan kewangan pembelian 12 helikopter itu yang keseluruhan berharga RM1.604 bilion termasuk pakej ofset adalah mengikut piawaian antarabangsa.
Kenyataan ini adalah sesuatu yang mengecewakan dalam keadaan harga tersebut adalah jauh berbeza dengan jumlah yang dibelanjakan oleh negara-negara seperti India dan Brazil yang boleh membeli lebih daripada 50 buah helikopter yang sama pada kadar RM1 billion.
AMK juga kesal apabila PAC sekadar 'kurang senang' dek kerana tiada penilaian fizikal dilakukan terhadap helikopter yang bakal dibeli sebelum kerajaan membuat sebarang keputusan. Sewajarnya, dalam sebarang pembelian aset, uji cuba perlu dilaksanakan agar ianya dijamin selamat dan tidak membahayakan kepada pengguna, khususnya senjata dan juga pengangkutan. Dalam konteks profesionalisme urusniaga, sebarang pembelian barangan khususnya aset seumpama ini perlu diuji cuba terlebih dahulu, bukannya sekadar melihat spesifikasi melalui dokumen dan terus meluluskan tanpa sebarang tindakan susulan.
AMK melihat bahawa PAC telah gagal memainkan peranannya untuk memanggil Najib Tun Razak selaku mantan Menteri Pertahanan yang bertanggungjawab meluluskan pembelian berkenaan, sebaliknya hanya membuat penilaian berdasarkan laporan daripada Kementerian Pertahanan yang pastinya telah diatur dan disusun supaya 'cantik dipandang dan sedap didengar'.
Apa yang menghairankan ialah sebarang kes melibatkan Najib, seperti kes Altantuya dan yang terbaru kes Eurocopter ini, pasti akan 'disenyapkan' oleh pihak berkenaan. Apakah ini satu pelan terancang untuk menyembunyikan kekotoran yang boleh memalitkan imej Najib yang begitu bersemangat untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri menjelang Mac 2009?
AMK kekal konsisten dengan kenyataan terdahulu bahawa BPR perlu meneruskan siasatan meskipun PAC menetapkan tidak ada apa yang berlaku di sebaliknya.
Imej kerajaan dan negara perlu dibersihkan agar wang rakyat tidak dibazirkan oleh pemimpin Umno-BN dengan sewenang-wenangnya.
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
RASUAH POLITIK DALAM UMNO: BARAH PERINGKAT KE 4 , at 4.11.08,
Bukan politik wang, sebenarnya rasuah politik, tetapi hendak bagi nampak cantik Umno tukar jenama dengan nama politik wang. Kalau sebut rasuah nampak jijik sangat. Kalau guna istilah rasuah politik Nampak baik sikit. Cuma istilah yang dijenama semula sahaja. Biasalah Umno yang memang bijak berlakon dan bijak bermain istilah.
Apa yang berlaku adalah bala kepada Umno, kerana dalam setiap kali PRU di negara ini mereka merasuah pengundi. Kalau sesama Umno pun mereka guna pendekatan rasuah untuk menang, telahan lagi dengan orang lain yang berlainan ideologi dalam PRU di negara ini.
Mengikut Tengku Ahmad Rhithaudden (U.Malaysia 24/10/2008) Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti Umno, rasuah berluasa sejak 20 tahun kebelakangan ini. Tengku Ahmad Rithauddeen memberitahu bahawa beliau pernah mendengar cerita ada Ketua cawangan UMNO yang pulang menaiki kereta Kancil baru selepas Perhimpunan Agung.Katanya, cerita seumpama itu memalukan UMNO dan jelas memperlihatkan bahawa politik wang sudah menjadi satu budaya yang kini berada dalam teras UMNO itu sendiri. Namun kata beliau, sikap yang ditunjukkan semua pihak ialah lebih ramai yang bertanding adalah sesuatu yang menggembirakan kerana lebih banyak wang yang akan diterima.
Ini Ini bermakna rasuah politik dalam Umno rancak di era Umno di bawah kepimpinan Dr. Mahathir selama 22 tahun. Zaman Dr. Mahathir jadi presiden Umno beliau pernah hendak berubat penyakit rasuah politik dalam Umno dengan berbagai cara semua tidak menjadi. Tun pernah menasihat, menangis, berdoa untuk ubat penyakit rasuah politik dlam Umno semua tidak menjadi. Macam mana pengikut hendak ikut kalau nakhoda kapal pun bercakap tidak serupa bikin.
Barah rasuah dalam politik Umno sudah berada di tahap 4, dan menunggu saat untuk mati sahaja. Kerana tidak ada lagi ubat untuk merawat. Mampukah calon Umno untuk bertahan lama dengan merasuah dalam setiap kali pemilihan. Mana wang mahu diambil, sekarang lombong emas di lima negeri pakatan Rakyat sudah terkambus. Kalau dalam PRU ke 13 , pakatan rakyat memerintah di peringkat pusat, mana lagi pemimpin Umno mahu dapat. Tidak tahu lah kita kalau Umno boleh pergi menyelam di tasik yang simpan harta Qarun di Mesir.
BPR sepatutnya sudah boleh bertindak dan bawa kepada pengadilan seperti yang pernah berlaku kepada Tan Sri Isa Samad yang disabit kesalahan kerana terlibat dalam rasuah oleh jawatankuasa disiplin Umno sewaktu pemilihan Umno tahun 2004. Kenapa beliau tidak dibawa kepada pengadilan. Bahkan beliau boleh bertanding sebagai calon Naib Presiden dalam pemilihan Umno Mac 2009. Apakah negara ini ada dua undang-undang. Adakah rasuah dalam Umno tidak menjadi kesalahan, kerana mereka kebal dan bebal. Apakah ada dua takrif rasuah di negara ini?.
Sepatutnya BPR kena bertindak kerana mereka yang terlibat dalam rasuah politik ini akan mendapat wang daripada tauke-tauke yang melabur dahulu dengan janji mereka akan diberikan projek kadang-kadang mengorbankan agama dan tanah air. Mereka bukan menyuarakan suara hati ahli Umno sebaliknya mereka adalah suara tauke-tauke yang berada di belakang mereka. Mana wang mereka hendak ambil kalau bukan tauke yang memberi. Paling merbahaya sekali kalau ada ejen yahudi yang memberi wang maka bukan mustahil negara akan tergadai ke tangan yahudi untuk pada masa akan datang. Waliyazubillah.
Pihak BPR kena pandang serius soal rasuah politik dalam Umno, kerana mereka adalah parti pemerintah. Mereka yang terpilih kebanyakan akan terlibat dalam kabinet atau di tempat yang startegik dalam negara. Apa akan jadi kepada negara kalau berketuakan kaki rasuah dan pemberi rasuah. Menang bukan kerana idea dan karisma, tetapi kerana wang yang disediakan oleh pelabur pasaran hadapan apabila mereka menang nanti.
Sebab itu indeks rasuah semakin meningkat, bukan makin baik, kerana mereka yang menjadi pemimpin adalah melalui rasuah politik. Contohnya persepsi indeks rasuah (CPI) pada tahun 2006 Malaysia nombor 26 daripada 163 kemudian jatuh lagi pada tahun 2007 kepada 44 dariapda 179 negara yang diselidik. Maka secara tidak langsung apabila mereka menjadi pemimpin mereka akan meluluskan projek kepada pelabur-pelabur politik mereka dengan tawaran yang mereka kehendaki walalu pun tidak memenuhi syarat yang sepatutnya. Inilah yang paling merbahaya.
Tidak hairanlah kepada kita usaha untuk merapatkan jurang ekonomi bumiputera di negara ini gagal kerana mereka adalah suara tauke bukan suara rakyat atau parti yang mewakili orang Melayu di negara ini. Walaupun kerajaan sudah berlanja sebanyak RM1.2 trilion sejak RMK 1 sampai ke RMK 9. Namun peratus kemiskinan di negara ini masih lagi tinggi jika dibanding dengan kaum lain. Menurut Dato’ Zainal Osman bekas Timbalan Menteri Luar Bandar Dan Wilayah di parlimen pada 7/12/07 ialah kadar kemiskinan Bumiputera 8.3%, India 2.9% dan China 0.6%. Kenapa masih tinggi lagi bumiputera miskin. Siapa yang memerintah selama ini PAS atau Umno, DAP atau Umno, PKR atau Umno
Dalam Utusan Malaysia 3/11/2008 Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengesyorkan kaedah bersumpah dengan menyebut 'Wallahi, Wabillahi, Watallahi' digunakan bagi membolehkan saksi menyabitkan mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan politik wang.
Datuk Seri Adnan berkata, usaha mengatasi gejala politik wang menjadi sukar jika bukti 'tanpa keraguan yang munasabah' tidak dipertimbangkan oleh pihak bertanggungjawab. Hai Tok Nan pemimpin Umno bukan takut dengan sumpah, 1000 kali pun mereka boleh sumpah. Kalau hukum tuhan pun mereka tidak mahu ikut apalah sangat dengan sumpah. Memang sejak dua menjak Umno bermain dengan sumpah terutama sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh. Selepas itu sumpah menjadi sumpah-sumpah.
Dato’ Rais Yatim bertambah yatim dalam Umno kerana gagal mendapat tempat. Dulu semasa berada dalam parti 46 sanggup membakar jambatan dalam Umno, dan tidak akan menyertai Umno kerana parti yang tidak demokratik, tidak pejuang melayu.Jenis lidah bercabang. Beliau cadang supaya jawatan Umno di tender kerana tidak tahan dengan rasuah politik. Ucapan beliau menyebabkan Datuk Seri Shahidan Kasim marah sehinggakan beliau kata Dato’ rais yang patut ditender dengan harga RM1. Dulu 46 sekarang harganya RM1 sahaja.
Saya hendak ketawa baca kenyataan Mukhriz supaya tolak amalan rasuah politik seperti yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia 3/11/2008. Mana ada pemimpim Umno hendak naik dengan air liru sahaja. Mana ada calon Umno naik dengan karisma semuanya terpaksa menggunakan ongkos. Lebih Mukhriz baik tidak usah bercakap soal rasuah politik dalam Umno, kerana rasuah politik dalam Umno dah terang lagi bersuluh. Rasuah dalam Umno macam isi dengan kuku. Biarlah bapa kamu bercakap untuk membuat reform dalam Umno, parti yang beliau sendiri menjahanamkan sewaktu beliau berkuasa dahulu. Kenapa bapa kamu tidak buat waktu dia ada kuasa. Bukankah demokrasi mati di zaman bapa kamu. Sistem kouta diadakan zaman beliau. Sekarang kenapa duduk sibuk waktu Pak Lah berkuasa. Usahlah bercakap tidak serupa dengan bikin. Pemimpin Umno tidak layak bercakap soal membenteras rasuah politik. Paku dulang paku serpih kata dekat orang dia yang lebih. Ayuh ramai-ramai ambil borang Pas, tinggalkan Umno kerana kapalnya sudah hendak tenggelam.
Penulis adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Haji Idris Haji Ahmad
Amanat Pesuruhjaya Pas Pahang , at 4.11.08,
Dato’ Tuan Brahim Tuan Man Pesuruhjaya Pas Pahang merangkap ahli jawatankuasa Pas Pusat mengingatkan agar ahli Pas sama ada di Pahang atau di seluruh Negara agar berhati-hati membuat kenyataan di media atau di blog agar tidak menyalahi disiplin berjemaah dan mendedahkan jemaah kepada musuh perjuangan Islam.
Pemain media atau para blogger hendaklah bertanggungjawab dengan disiplin parti dan semangat berjemaah.Menurutnya kejayaan PR setakat ini amat dicemburui oleh mereka yang sentiasa ingin mengambil kesempatan dan oportunis dalam memonopoli Sesuatu isu.
Pas tidak sama seperti parti lain yang mengabaikan aspek tarbiyyah dan semangat amal jama’i dalam berpolitik.Kerana itulah Pas sentiasa berkomitmen tinggi dalam menyusun organisasinya secara teratur dan kemas ke arah mencapai matlamat perjuangan parti.Kerana itulah penyebaran maklumat yang tepat dan berbetulan dengan perjalanan sesuatu isu amatlah dituntut agar para ahli dan rakyat tidak terkeliru.
mahathir cilok idea tok guru nik aziz? , at 4.11.08,
Apa yang sudah jadi kenyataan yang tidak lagi dapat dinafi oleh negara-negara di dunia ialah sistem kewangan yang ada sekarang sudah gagal untuk diguna dalam ekonomi dan dagangan baik dalam negeri atau antarabangsa.
Keputusan Bretton-Woods selepas Perang Dunia Kedua ialah semua matawang negara di dunia ditentukan nilainya mengikut nilai tukaran dengan matawang Amerika Syarikat.
Di masa itu semua matawang adalah kukuh. Tetapi Britain, pada tahun 1966 telah turunkan nilai Pound British. Malaysia telah rugi banyak kerana simpanan (reserve) kita adalah dalam matawang Pound. Pada satu masa Pound yang bernilai Ringgit Malaysia 8.30 telah turun kepada Ringgit Malaysia 3.60.
Kemudian Presiden Richard Nixon membuat keputusan bahawa Dollar Amerika tidak lagi terikat dengan emas. Amerika telah tolak apa yang dipanggil sebagai "Gold Standard". Amerika juga memutuskan bahawa pasaran akan tentukan nilai Dolar Amerika.
Tetapi negara-negara lain masih percaya akan kekuatan ekonomi Amerika dan meneruskan ikatan nilai matawang mereka dengan Dollar.
Satu lagi keputusan dunia antarabangsa ialah nilai dagangan antarabangsa ditentukan dengan nilai Dollar Amerika dan bayaran juga dibuat dengan Dollar Amerika. Ini menyebabkan permintaan bagi Dollar Amerika menjadi kuat dan sekali gus menjamin nilai Dollar Amerika tidak jatuh walaupun tidak lagi diukur dengan sekian banyak emas.
Pada satu masa dahulu bank besar dibenarkan mencetak dan mengeluarkan "Bank Notes" sebagai wang yang sah dipergunakan. Kemudian pemerintah mengambil alih pengeluaran matawang.
Bank mengeluarkan pinjaman daripada modal dan deposit oleh pelanggan. Kadang-kadang jumlah pinjaman melebihi wang yang ada dalam bank. Tetapi ini dihadkan. Walaupun demikian pinjaman yang dikeluarkan kerap kali jauh lebih banyak dari had yang ditentukan.
Apabila pendeposit mengeluarkan simpanan mereka beramai-ramai maka bank tidak mampu untuk membayar balik kepada pendeposit kerana semua wang telah diberi pinjam bahkan lebih daripada itu. Dalam keadaan ini bank mesti di selamatkan (bail-out) oleh Kerajaan.
Melihat bahawa bank boleh mengeluarkan pinjaman hampir tanpa had (unlimited) maka penyangak pun merancang untuk guna duit bank yang tidak terhad ini untuk meraih keuntungan atas angin. Maka berlakulah dagangan matawang, pinjaman kepada peminjam yang keupayaan membayar tidak terjamin, penjualan pinjaman yang dikeluarkan oleh bank kepada syarikat insurans dan syarikat gadaian (mortgage company) dan lain-lain. Jumlah semua transaksi ini amat besar, bernilai berbilion dolar. Apabila ramai peminjam tidak dapat bayar hutang atau servis hutang, maka mereka yang membeli pinjaman bank dapati mereka akan rugi berbilion dolar.
Dan banyak lagilah penyalahgunaan sistem bank Barat yang dilakukan. Demikian Amerika dengan kekayaannya yang besar sekalipun tidak dapat menampung berbilion dolar kerugian oleh bank, syarikat, insuran, syarikat mortgage, hedge funds, merchant dan investment bank dan lain-lain.
Sesungguhnya sistem bank dan matawang Barat sudah gagal. Dunia harus kaji untuk menggantinya dengan sistem lain termasuk perbankan Islam dan dagangan dengan matawang khusus seperti Dinar Emas.
Tidak seperti duit kertas emas tetap mempunyai nilai dimana-mana dalam dunia. Dinar Emas dicadang hanya untuk menyelesaikan bayaran dagangan antarabangsa.
Apakah ada cukup emas dalam dunia untuk dijadikan wang antrabangsa? Sudah tentu tidak.
Tetapi kita tidak perlu bayar dengan dinar emas sepenuhnya. Memadai jika kita bayar cuma lebihan antara import-eksport antara dua buah negara.
Jika sebuah negara mengeksport 100 juta Dinar kepada sebuah negara lain dan negara itu pula mengeksport kepada negara pertama barangan atau khidmat yang bernilai 110 juta Dinar, maka bayaran yang harus dibuat oleh Bank Negara negara yang pertama hanyalah 10 juta Dinar emas. Jika tidak ada Dinar Emas yang mencukupi maka bayaran boleh dibuat kemudian dengan eksport bernilai 10 juta Dinar.
Kita bukan sahaja boleh ada dagangan antara dua buah negara tetapi antara beberapa buah negara. Sebenarnya bank-bank mengguna cara ini untuk menyelesaikan bayaran cheque kepada beberapa bank yang telah terima dan mengeluarkan bayaran berasas kepada cheque lain-lain bank.
Sudah tentu akan ada banyak masalah pada permulaan. Tetapi pakar-pakar boleh cari jalan untuk selesaikan atau atasi kelemahan sistem Dinar Emas ini.
Bank Negara Malaysia pernah runding dengan sebuah negara lain dan penggunaan Dinar Emas memang boleh dilaksanakan. Tetapi entah kenapa Bank Negara Malaysia tidak dapat menjayakan sistem ini.
Pemuda: Gugurkan isteri Najib di Unisel , at 4.11.08,
Universiti milik penuh kerajaan negeri itu melantik isteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai canselor pertamanya pada Ogos 2006.
Unisel, yang ditubuhkan pada 1999, diuruskan oleh Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd (PIYSB) yang dipengerusikan oleh menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor bersama Pemuda PAS Selangor dan DAP Selangor akan menyerahkan surat bantahan kepada Abdul Khalid esok.
Dalam surat bantahan itu, Pemuda Pakatan mahu Unisel mencari seorang calon canselor yang "lebih bermoral dan berintegriti."
"Rosmah mempunyai nilai moral yang dipertikaikan oleh masyarakat. Rosmah bukan untuk gedung ilmu, tetapi lebih tepat untuk gedung membeli-belah," kata ketua AMK negeri Khairul Anuar Ahmad Zainudin.
Dihubungi Malaysiakini hari ini, beliau bagaimanapun menafikan bantahan itu bermotifkan politik.
"Ini bukan soal musuh politik, ini tentang maruah universiti," katanya, yang juga naib ketua Pemuda PKR.
Menurutnya lagi, secara teknikalnya, penggantian jawatan itu boleh dijalankan dalam masa sebulan.
Mengulas calon yang bakal menggantikan bakal wanita pertama itu, Khairul Anuar berkata:
"Ramai lagi tokoh-tokoh dalam Pakatan, dalam PKR, DAP dan PAS yang layak mengisi jawatan itu.
"Contohnya naib presiden PKR Dr Syed Hussin Ali sendiri yang lama bergiat dalam politik dan yang mempunyai penguasaan akademik dalam bidang antropologi."
Kesian Polis… 200Ringgit Dia Kena, 200Juta Tak Pernah Kena , at 4.11.08,
BERITA TERHEBAT !!!! DUA ANGGOTA POLIS MASUK PERANGKAP BPR
ALOR STAR: Dua anggota polis terperangkap dengan tindakan mereka sendiri selepas ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) di lokasi sekatan jalan raya di Jalan Sultan Badlishah, di sini sebaik menerima `wang perangkap’ yang disediakan agensi itu.
Kejadian kira-kira jam 7 petang Sabtu lalu selepas seorang remaja berusia 19 tahun yang ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen dan cukai jalan, berjalan kaki ke pejabat agensi itu dan melaporkan tindakan anggota polis terbabit meminta wang daripadanya kepada pegawai BPR bertugas.
Pengarah BPR Kedah, Noraziah Manaf, berkata remaja itu mendakwa anggota polis terbabit meminta RM200 daripadanya menyebabkan pegawainya dan remaja itu bertindak melakukan perangkap.
BPR HEBAT…. kah kah kah … tangkap rasuah 200 juta ringgit? ….kah kah kah… 200 ribu ringgit ? …. kah kah kah…. 200 ringgit laaa beeb…. Dua ratus sahaja…. Kah kah kah
bpr ni tak malu ke?…. rasuah berjuta-juta tak nampak…. pusing pusing polis cabuk kena…. kah kah kah…. mat kampau ni tak cukup makan….tangkaplaaa yang munusabah…..tangkap rasuah yang berjuta-juta…. takut?….. eurokopter ke?…. kes kapal selam ke…. kes beli sukhoi ke…. kes repair parlimen ke…. kes moonson cup ke…..
kesian polis …. 200 ringgit dia kena…. Yang 200 juta tak pernah kena….. inilah dia BPR …. inilah dia KETUANAN MELAYU….