Ikuti Blog ini

Tok Guru MB Kelantan


dsc08873

dsc08884

dsc08889

dsc08880

sambil makan sempat juga Tok Guru tazkirah dan kupas isu semasa pada kami semua...

sambil makan sempat juga Tok Guru tazkirah dan kupas isu semasa pada kami semua...

Bergambar bersama YB tawang Ustaz Hassan Mahmod

Bergambar bersama YB Tawang Ustaz Hassan Mahmod

Tok Guru MB Menziarahi Kami

Walaupun amat sibuk dengan tugas seharian dan masa yang amat terhad sempat juga tok Guru MB meluangkan sedikit masa bertandang ke Kampung kami pagi ini selepas sembahyang subuh .Sedikit jamuan menyambut kedatangan Tok Guru sempena majlis kesyukuran menaiki rumah baru saudara kami lawyer Zainal…


Berkat Tok Guru katakan…Biasalah kita di kampung ni, bila buat sesuatu yang penting… panggil tok guru.. baca doa, sembahyang hajat … kalau ada duit lebih tu.. buat kenduri kesyukuran sikit…. Yang penting, apa-apapun jangan lupa pesanan Tok Guru


Ini Semua Isu Dalaman UMNO















SPRM suruhanjaya bermata satu

ln-hamdanKUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati terdapat elemen salah guna kuasa oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar dalam tindakannya melarang dan menggantung Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam Exco menghadiri sidang DUN pada 18 Februari lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, justeru pihaknya akan memanggil beberapa orang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak termasuk daripada Barisan Nasional (BN) yang hadir pada persidangan DUN berkenaan bagi menyempurnakan siasatan kes itu.

“Bila saya cakap nanti orang marah, tetapi bagi kita ada elemen salah guna kuasa, jadi SPRM menjalankan siasatan.

“Kes ini bukan melibatkan pendakwaan tetapi masih di peringkat siasatan dan jangan salah anggap. SPRM menjalankan siasatan untuk menentukan keterangan-keterangan berhubung perkara ini dapat dikumpul. -Utusan Malaysia online


SPRM sekali lagi menunjukkan sifat berat sebelah apabila cuba mengorek kesalahan Speaker Perak dan menutup mata dalam kes yang terang-terang melanggar perlembagaan negeri.


Mengapa tidak disiasat orang yang mengarahkan polis menghalang Speaker dan ADUN menjalankan tugas? Mengapa tidak di siasat Abdullah Antong yang sewenang-wenangnya melanggar arahan Speaker?


Mengapa SPRM tidak nampak ada salah guna kuasa apabila Najib menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi Sultan bagi mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak?


SPRM ternyata gagal membuktikan integriti selaku badan yang kononnya bebas daripada pengaruh politik, hakikatnya ia merupakan suruhanjaya bermata satu yang hanya melihat kesalahan Pakatan Rakyat tetapi menutup mata dalam apabila UMNO dan BN melakukan kesalahan.




PRK Bukit Gantang ; “Tak ada masalah siapa calon, asalkan hijau” – Pengundi Cina

http://buletinonline.net/images/stories/berita2/hanafiahdanbashir.jpgBukit Gantang – Pengundi Cina dalam kawasan pilihanraya Bukit Gantang tidak kira siapa calon yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil itu, asalkan dari PAS.

Ketua Lujnah Perpaduan Nasional Negeri Terengganu Haji Hanafiah Ramly@Mat memberitahu hari ini.

“Saya menerima pengakuan mereka, kata mereka, tidak kira siapa calon, asalkan ‘hijau’,”katanya ketika dihubungi melalui panggilan telefon.

Menurutnya, beliau bersama Timbalan Pengarah Jentera Pilihanraya Kelab Penyokong PAS Parlimen Bukit Gantang, Saudara Bashir, telah melancarkan Bilik Gerakan Jentera Kelab Penyokong PAS dari kaum Cina di Sungai Karang dalam DUN Trong semalam.

Katanya Seramai 53 orang teman-teman daripada kaum Cina telah mengisytiharkan diri mereka bersama gelombang rakyat dan menyertai Kelab Penyokong PAS.

(Gambar - Haji Hanafiah bersama En. Bashir semasa pelancaran jentera pilihanraya Kelab Penyokong peringkat parlimen)

“Mereka telah menyerahkan borang keahlian kepada saudara Musa Daud, Pengerusi Kelab Penyokong PAS bagi DUN Trong,

“InsyaAllah, pelancaran Jentera Kelab Penyokong PAS DUN Trong akan dibuat pada minggu depan,”kata Haji Hanafiah.

Sementara itu, seramai tujuh puluh orang petugas PAS Terengganu telah pun berkampung dan menjalankan gerak kerja kempen di beberapa Unit Peti Undi, DUN Changkat Jering.

“Mereka mula melaporkan diri dan bertugas sejak 18 Mac lalu,”kata Setiausaha Kerja Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu, A-Ghazali.



YB Wahid Yakin BN Jadi Pembangkang Selepas PRU ke-13

http://buletinonline.net/images/stories/berita2/wahidBBQ%20.jpg

Kuala Terengganu
- Bendahari PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berkeyakinan penuh UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) akan menjadi pembangkang selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.(Gambar - Wahid dalam majlis BBQ bersama pemuda di rumahnya)


Ini kerana, katanya UMNO dan BN akan kalah dan tumbang pada pilihanraya akan datang berikutan persepsi negatif rakyat umum terhadap bakal Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang dikaitkan dengan pelbagai kontroversi dan skandal besar dalam negara ini.

“Perkara ini (BN tumbang) tidak mustahil berlaku kerana banyak pihak tidak dapat menerima dan mempertikaikan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk jadi pemimpin nombor satu negara,” ujarnya.

Sebab itu, katanya pembangkang mahukan agar Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kekal sebagai PM sehingga pilihan raya akan datang.
Menurutnya, meski pun faktor kelemahan ‘Pak Lah’ dipersoalkan tetapi mungkin lebih baik dari Najib.

“Kita minta Pak Lah kekal sehingga rakyat sendiri membuat keputusan pada pilihan raya umum akan datang. Jika tidak, Umno dan Barisan Nasional mungkin perlu bersedia untuk hadapi kekalahan,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata PAS dan Pakatan Rakyat bersedia mengambil tanggungjawab memerintah negara ini bagi menggantikan kerajaan BN yang bakal ditumbangkan itu.

Menurutnya, sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat semakin baik dan terbukti dengan kejayaan PAS dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) memenangi dua pilihan raya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Katanya, Pakatan Rakyat akan membuktikan sokongan berterusan dalam pilihan raya kecil di Parlimen Bukit Gantang Perak, di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai di Sarawak.



Ada rakaman yang lebih teruk dari kes Elizabeth-Kata Suami Senator BN

‘Khir Toyo suruh saya cari Lutfi’
Oleh Azamin Amin | Foto Nasir Sudin


“…saya memang orang kuat dia dan memang saya disuruh cari Lutfi. Khir Toyo siap cabar lagi…”


Image

Penolong Pengarang Harakahdaily AZAMIN AMIN dan jurugambar NASIR SUDIN)baru-baru ini bersua muka dengan suami Senator Datin Paduka Norhayati Onn, Ir Mohd Suffian Abdul Aziz membicarakan salah laku moral isterinya, isu politik wang dan bekas Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Khir Toyo. Sembang-sembang santai dengan bekas Ketua Pemuda UMno Klang itu mengambil tempat di salah sebuah hotel di ibu negara 12 Mac lalu.


HARAKAH:Apa status kes Nusyuz isteri saudara, Senator Norhayati Onn setakat ini?


SUFFIAN:Pada 23 April depan ianya akan dibacakan di Mahkamah Syariah Shah Alam dan peguam beritahu jika dia tak hadir, satu waran tangkap akan dikeluarkan kerana ingkar. Seingat saya sudah 10 kali saya hadir tetapi dia langsung tak datang.


Apa hasrat saudara dan mahukan sebenarnya?


Image

Saya nak isteri saya itu tidak ada sebarang tuntutan ke atas saya dan ada apa-apa hak ke atas anak-anak. Saya mahu buktikan kebenaran dalam masalah rumah tangga saya dan saya juga mahu nama baik saya dibersihkan.


Dia dakwa saya macam-macam..’the damage is done’ walaupun dia sudah tarik balik saman fasakh ke atas saya.Dia kata dia nak berbaik-baik semula dengan anaknya dan sanggup pergi kaunseling… tetapi sampai sekarang dah setengah tahun lebih, tiada apa-apa yang berlaku. Tidak pernah berinteraksi dengan anak-anak, bulan puasa ke atau Hari Raya ke, jauh sekali hari jadi..seolah-olah dia ‘membuang’ anaknya sendiri.


Merujuk gambar Norhayati dengan bekas Ahli Parlimen Gombak Dr Rahman ini diambil, di mana kejadian ini berlaku?


Ketika Pilihan Raya Kecil Pengkalan Pasir, Kelantan pada tahun 2005. Berlaku di bilik salah sebuah hotel di Kota Bharu. Semuanya ada terkandung dalam surat akuan bersumpah saya bertarikh 12 Oktober, 2006 dan juga sembilan laporan polis dibuat termasuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor. (Menunjukkan salinan gambar dan laporan polis)


Setakat ini status laporan polis bagaimana?


Tiada sebarang tindakan dan sudah empat tahun ianya terjadi. Tapi kes Elizabeth Wong, cepat betul tindakan polis. Tukar polis Wilayahlah, cari orang itu, ini sampai nak cari luar negara sedangkan kes itu berbeza dengan kes isteri saya yang lebih teruk moralnya.


Elizabeth, dia bukan Islam…mungkin pergaulan itu membenarkan malah isunya ialah orang menceroboh ‘privasi’. Tapi kes isteri saya ialah adakan hubungan sulit dengan orang lain. Ada gambar, video dan rakaman perbualan. Kenapa tiada tindakan? Ia melibatkan seorang Senator Dewan Negara dan pemimpin pergerakan Wanita Umno.


Selain polis, kepada siapa saudara mengadu?


Dato’ Seri Khir Toyo…tetapi Khir kata itu hal rumah tangga. Selesaikanlah sendiri dan dia tak buat apa-apa tindakan. Dia lindungi Norhayati kerana mahu sokongan untuk bertanding pemilihan Umno dulu dan jaga reputasinya sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu. Kini nak jadi calon Ketua Pemuda Umno pula. Dia kena jaga orang-orang ini yang ada pengaruh nak ’support’ dia dalam pemilihan.


Bukan masalah berpuas hati atau cukup hukuman kepada Norhayati. Dr Rahman digugurkan tetapi kenapa dia masih lagi dilantik semula sebagai Senator Oktober tahun lepas. Saya ada juga jumpa pemimpin Umno yang lain (off record) tetapi mereka K.I.V (Keep In View) saja.


Ini kejadian ke berapa kali?


Banyak dah berlaku. Antaranya di Kuala Lumpur, Petaling Jaya (beberapa nama hotel disebut) malah setiap kali dia tangkap gambar, telefon bimbit itu ada tarikh dan masa. Bila saya ‘check’ memang tepat.


Ada yang kata ianya teknik super-impose (cantuman, tindanan) dan ada pihak ketiga?


Dia cakap berbelit-belit. Mari masuk mahkamah dan bawa pakar-pakar teknologi…tengok. Super-impose ke tidak?


Ada saudara bertemu sendiri dengan bekas ahli parlimen Dr Rahman?


Ada, saya pergi rumahnya dengan abang saya. Rahman kata biasalah gambar itu…hubungan antara pesakit dan doktor. Menyirap darah saya…yang peluk-peluk itu apa..apa lagi saya pun bagilah dia sedass dan bergasak …(Off record). Lepas itu saya buat laporan polis dan dia juga buat tetapi tiada sebarang siasatan.


Apa lagi bukti yang saudara ada?


Ada video rakaman yang mungkin jauh lebih teruk daripada kes Elizabeth. Malu saya nak siarkan dan kasihan anak-anak malu…(Suffian mengalirkan air mata)


Bukankah saudara ‘orang kuat’ Khir Toyo suatu ketika dulu sehingga saudara pernah diarah oleh beliau untuk ‘mencari’ dan menggertak Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman yang mendedahkan kes rasuah beliau dulu?


Ya betul, saya memang orang kuat dia…dan memang saya disuruh cari Lutfi. Khir Toyo siap cabar lagi….dia ingat aku ni siapa, aku ni Menteri Besarlah.


Berpengalaman sebagai bekas Ketua Pemuda Umno Klang, apakah ini insiden pertama melibatkan moral dan salah laku pemimpin Umno?


Saya dah lama dalam sistem ini. Ini bukan kali pertama, ada pemimpin Umno yang terlibat, ada yang ada bukti dan ada yang tidak diketahui. Cuma saya ‘respect’ juga yang bukan Islam ini, dia buat dia mengaku bertanggungjawab macam Dato’ Chua Soi Lek dan Elizabeth Wong tetapi pemimpin Umno yang macam ni (tunjukkan gambar isteri) sampai sekarang tak mengaku. Jujurlah….


Adakah saudara pernah kena ugut dan diancam keselamatan?


Ada, banyak kali malah anak-anak saya diugut untuk tidak mendedahkan keburukan moral ibu mereka dan membawa ke mahkamah. Anak lelaki saya dipukul, anak perempuan disergah dan macam-macam lagi.


Status saudara dengan Norhayati masih suami isteri?


Ya, tetapi itulah dia tak serik. Baru-baru ini anak saya beritahu terserempak dengan ibunya dengan lelaki lain, ‘dating’ malam. Saya siasat, dia seorang yang terlibat dengan Animation Advertising (Pengiklanan Animasi). Sebelum itu ada dua tiga orang yang lain dia berpacaran.


Malu nak cakap tetapi orang macam ini tidak layak jadi pemimpin apatah lagi ada jawatan berprestij seperti Senator. Saya dapat tahu dia ‘lobi’ pemimpin Umno untuk dapat jawatan itu.


Sebagai orang yang rapat dengan dengan Khir Toyo, apakah persepsi saudara dan layakkah dia bertanding Ketua Pemuda Umno?


Jangan jadi sombong. Ingat asal dan sejarah dulu sebelum jadi Menteri Besar. Sedarlah sikit. Jangan kata orang lain rasuah atau tuduh orang tak bermoral. Saya rasa orang macam ini lupakan sahajalah. Kalau nak jadi Ketua Pemuda Umno dia mesti ada karektor dan watak nasional. Ini bukan bertanding Ketua Umno Sabak Bernam. Mesti mahir berbahasa Inggeris kerana Ketua Pemuda akan bertemu dengan pemimpin dunia. Maaf cakap itu…dia tak ada. Bukan masanya lagi.


Begitu juga dengan Norhayati yang akn bertanding Exco Wanita Umno…


Inikah yang akan memimpin bangsa dan agama. Kalau hobinya buat kerja lain, baik lupakan saja dan letakkan jawatan Senator. Kalau buat silap minta ampun dengan Allah, kalau salah pikul sendiri, jangan sampai aniaya orang lain terutamanya anak-anak… Anak saya yang kecil tiga tahun…kasihan dia (mengalir air mata). Mungkin orang tak percaya, dan jarang-jarang berlaku tetapi ketiga-tiga anak saya yang jaga sejak kes itu…ayah yang menjaga bukan ibunya.


Saudara bersediakah untuk menghadapi sebarang tindakan undang-undang seperti saman atas pendedahan isu salah laku moral ini?


Saya berani hadapinya. Cabarlah di mahkamah khususnya melibatkan Senator Norhayati.


Tentang politik wang dalam Umno, termasuk 900 aduan rasuah dan dapatkah dibendung , apatah lagi dengan wujud Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ?


Tidak dapat. Mungkin dikurangkan sedikit boleh. Ianya dah berakar umbi. Dasyat… dan kronik. Macam mana nak buktikan pun susah juga. Kalau belanja makan, beri duit minyak RM300 seorang untuk datang, itu pun politik wang. Sembang-sembang sedikit, sedekah duit…macam mana tu?


Tentang 900 aduan kepada Lembaga Displin Umno, ada yang buat aduan tu sebab nak jatuhkan pemimpin dan ada yang memang ada bukti.


Dah jadi budaya. Duduk jumpa perwakilan belanja teh tarik pun dikira politik wang. Definasinya tak jelas tapi memang wujud. Budaya kita lebih kepada kebendaan. What can i get? At the end of the day hanya beberapa orang perwakilan yang ada ‘kuasa’ untuk memilih kita. Itu yang mencecah (pemilihan agung Umno tahun 80-90an) RM200,000 seorang. Sekarang kurang sikit daripada itu.


Payah nak ubah. Kalau tak boleh bagi tunai, mereka masuk dalam akaun bank. Dulu tahun 90an’ ada duit RM1,000. Koyak dua. Satu kau ambil dan satu lagi pemimpin pegang. Menang cantum balik. Boleh pakai.


Selain politik wang, adakah proses pemilihan undi juga dicemari?


Umno ini, macam-macam kepakaran dia ada. Saya tak nak cerita banyak. Ada kes, tertutup lampu di PWTC sekejap waktu proses kira undi. Ada yang seluk kertas undi simpan dalam seluar dalam pun ada. Pernah beberapa ahli akademik buat penilaian semula proses kiraan undi pemilihan agung Umno menyatakan bahawa ianya dibuat dengan tidak betul. Tapi itu semua tidak didedahkan.


Semua ‘korupsi’ kah dan tiada seorang pun yang bersih?


Ada yang baik malah mereka ini kita tengok cara kerja dan bercakap memang benar-benar ikhlas. Tak perlu pakai wang dan mereka juga tak pernah tawar wang dan kita tahu mereka ini pemimpin yang ‘genuine’. Saya tak nak sebut nama, nanti dikatakan kempen orang tertentu. Saya akan tolong orang-orang macam ini. Saya suka macam Allahyarham Dato’ Harun Idris dulu, itu betul-betul pejuang.


Bagaimana dengan tindakan anak Dato’ Haron untuk dapatkan injuksi mahkamah halang perhimpunan agung Umno 27 Mac ini?


Tak boleh buat injuksi. Dalam Perlembagaan Umno, mana-mana ahli yang bawa kes ke Mahkamah akan dipecat. Clearly stated. Dia akan dipecat.


Bagaimana isu ‘hijacked’ kuasa di Perak?


Saya rasa kalau Tun Mahathir dulu dia ikut ‘prosedure’. Dia akan buat ’smart move’. Bawa ke DUN, buat undi tak percaya. Ikut proses. Ini semua orang nampak macam ‘hijacked’. Jika Mahathir pun, dia tak akan berdiri di samping orang-orang yang lompat.


Akhir kata saudara…


Kita bukan ‘above the law’…saya nak Norhayati lepaskan jawatan dia sebagai Senator dan kita ‘bertarung’ secara sama rata. Sekarang dia ada kuasa, ada immunity. Dia bohong pada orang atas, kata dia dah berbaik-baik dengan ‘family’ tetapi sebaliknya, kemudian burukkan saya. Saya juga nak bersihkan nama saya. Tunaikan hak anak-anak dan sebagai pemimpin masyarakat.




Serpihan Tugu Demokrasi Akan Dilelong Di Bawah Pokok Demokrasi


Serpihan Tugu Demokrasi Dilelong




Amanat penting Mursyidul Am dan Presiden PAS kepada anak-anak Perak di perantauan 22 Mac ini


SELURUH anak Perak di perantauan khususnya para pengundi Parlimen Bukit Gantang yang berada di Lembah Klang diseru datang beramai-ramai mendengar amanat dan berdialog dengan pemimpin tertinggi PAS tentang isu-isu semasa dan tanggungjawab mereka untuk Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar.

Menurut Pengerusi Ikatan Anak Perak Perantauan, Mohd Ezam Ahmad beberapa pimpinan tertinggi PAS yang akan serta termasuk Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Program akan dilangsungkan jam 3 petang Ahad, 22 Mac ini. Kata Ezam, semua penyokong dan pengundi Bukit Gantang diminta hadir pada program ini bagi memastikan kemenangan jitu Pakatan Rakyat di negeri Perak itu.

Selain itu, tegasnya, mereka yang hadir digalakkan mendaftar sebagai ahli Ikatan Anak Perak Perantauan (IAPP) bagi memudahkan penyelarasan apa jua urusan yang berkaitan dengan kepentingan mereka.



Seruan Zaid wajar dan betul, Yang DiPertuan Agong ada kuasa tolak Najib sebagai Perdana Menteri!




SERUAN bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Mohd. Zaid Ibrahim supaya Yang diPertuan Agong tidak melantik Dato Seri Mohd Najib Tun Razak benar-benar menggemparkan. Dalam satu ucapan di sebuah hotel di ibu negara Rabu lalu bekas menteri kabinet itu menyatakan Najib mempunyai banyak beban dan tanggungan yang boleh menyulitkan negara.

Selain Zaid, Timbalan Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim juga turut menyatakan sentimen yang sama. Beberapa pihak, termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan calon Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bersetuju dan menyifatkan seruan bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu itu sebagai tidak bertanggung jawab dan berniat jahat. Bagaimanapun Profesor Dr Abdul Aziz Bari berpendapat seruan Zaid itu mempunyai asas dan kewajaran.

Katanya, Raja-Raja sendiri, dalam melantik beberapa orang hakim termasuk Ketua Hakim Negara pada 2000 dan Presiden Mahkamah Rayuan pada 2002 "melanggar peruntukan dalam perlembagaan". Tetapi, jelas Aziz lagi, pelanggaran itu perlu kerana jika tidak keseluruhan maksud perlembagaan itu akan terjejas.

Beliau juga menyebut keputusan istana Terengganu yang bertegas menolak Dato Seri Idris Jusoh yang ketika itu dikatakan mempunyai sokongan majoriti di dalam DUN Terengganu.

Aziz menegaskan perkara ini pada forum mengenai politik semasa di Surau An-Nur Bandar Baru Bangi Khamis lalu. Forum anjuran Gabungan Mahasiswa UKM bersama dengan Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi itu pada mula dijadualkan di dalam kampus UKM tetapi dibatalkan oleh pihak universiti pada saat-saat akhir.

Ahli panel lain dalam forum tersebut termasuklah Exco Kerajaan Kelantan, Dato Husam Musa dan Pengerusi Mahasiswa Bersatu Perak, Hafed Sabri. Ia dipengerusikan oleh penganalisis politik Prof. Madya Dr Ahmad Nizamuddin Sulaiman. Ahli Parlimen Umno Batu Pahat, Dato Dr Fuad Zarkashi yang pada mulanya memberikan persetujuan mengundurkan diri di saat akhir.

Ketika diminta mengulas lanjut, Aziz berkata Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang disebut oleh Muhyiddin tidak mutlak dan memberi hak kepada Najib untuk menjadi Perdana Menteri.

"Dalam sebuah sistem demokrasi yang adil, terbuka dan telus memang Yang diPertuan Agong wajib mengikut kehendak majority sebagaimana yang ditetapkan oleh Perkara 43(2)(a) itu. Tetapi di dalam sebuah sistem yang kotor dan penuh dengan misteri dan penipuan baginda perlu bijak dan berani kerana jika tidak negara ini akan jatuh ke kancah kebinasaan sebagaimana yang ditakuti oleh Zaid," ujarnya.

Pakar perlembagaan itu berkata di dalam sebuah sistem yang telus dan adil seperti United Kingdom umpamanya memang raja tidak mempunyai peranan yang signifikan kerana semuanya ditentukan dengan adil dan telus oleh sistem politiknya.

"Ini jelas tidak berlaku di Malaysia," tambah profesor undang-undang itu lagi. Katanya perlembagaan tidak harus ditafsir secara harfiah (literal) sehingga membenarkan pencuri dan penyamun bermaharajalela.

Diminta menjelaskan apakah seruan Zaid itu tidak mempunyai kesan menyeret istana ke dalam politik, Aziz berkata: "Menyeret itu maksudnya negatif sedangkan apa yang Zaid mahu ialah istana bertindak menyelamatkan negara dari diambil oleh seorang yang komitmennya terhadap demokrasi amat meragukan. Ini telah pun dilakukan oleh istana dalam penolakan Idris Jusoh di Terengganu. Melihat apa yang diperkatakan tentang Najib adalah amat naïf untuk mengatakan beliau seorang yang bersih," katanya.

Ditanya mengenai krisis di Perak Aziz berkata ia juga berbeza dengan apa yang disuarakan oleh Zaid kerana apa yang diminta Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah supaya kekeliruan itu diselesaikan dalam dewan atau dewan dibubarkan.

"Nizar tidak meminta istana menyokongnya. Beliau mahukan kerajaan yang beliau pimpin diadili oleh rakyat di tengah-tengah kekeliruan yang timbul setelah berlaku pencolekkan dan kehilangan tiga orang ADUN itu," tambahnya.

Aziz berkata apa yang perlu dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong telah dilakukan oleh Sultan Idris di Perak pada 1977 dalam krisis baginda dengan Tan Sri Ghazali Jawi.

"Ada laporan mengatakan bahawa baginda tidak berkenan dengan menteri besar itu kerana individu tersebut dikatakan terlibat dengan rasuah. Malah ada yang mengatakan ada tangkapan. Apa pun yang sebenarnya berlaku baginda tidak mahu terlibat dengan seorang yang integritinya dipersoalkan dan saya fikir itu betul malah menjadi tugas raja sebagai penjaga perlembagaan itu sendiri. Dan apa yang menarik ialah Sultan Idris melakukannya dalam konteks perlembagaan," tegas Aziz.

"Oleh sebab itu saya fikir Sultan Idris lebih cekap dan lebih faham perlembagaan meskipun baginda tidak berkelulusan undang-undang. Dan kita jangan lupa baginda adalah penentang utama Dr Mahathir yang cuba hendak memindahkan kuasa darurat dari Yang di-Pertuan Agong kepada Perdana Menteri dalam krisis Perlembagaan 1983 itu," tambah beliau.

Kesimpulannya, Aziz berkata, Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak menyelamatkan negara. "Jika tidak krisis yang berlarutan di Perak mungkin akan merebak ke peringkat nasional dan ini tidak baik untuk negara yang berada di dalam kesulitan ekonomi," tegasnya.



NIZAR TETAP MB YANG SAH - KATA RAKYAT PERAK

UMNO dan BN boleh mendakwa apa saja, tetapi bagi rakyat Perak, Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah di sisi Perlembagaan.

Bagi rakyat Perak juga, Zambry yang dilantik sebagai Menteri Besar melalui rampasan kuasa ditolak oleh rakyat Perak.

Beberapa tokoh politik veteran tanahair seperti mantan Perdana Menteri dan Tengku Razaleigh Hamzah turut memperakui kenyataan bahawa rampasan kuasa di Perak tidak sama sekali boleh melucutkan Nizar dari jawatan Menteri besarnya.

"Anda tidak boleh menurunkan seorang menteri besar atau perdana menteri tanpa adanya undi tidak percaya di dalam dewan. Tiada peruntukan lain," tegas Mahathir di dalam satu majlis anjuran MUBARAK, pertubuhan bekas-bekas wakil rakyat.

"Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai," kata Tengku Razaleigh dalam satu kenyataan akhbarnya.

"Perlembagaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun," tambah beliau.

Beliau telah menjelaskan lagi,

"Menurut Perlembagaan, Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan atas kerelaannya, atau disingkirkan melalui undi tidak percaya menerusi persidangan dewan undangan negeri.

Perlembagaan tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk menyingkirkannya melalui cara lain, termasuk melalui petisyen atau arahan daripada mana-mana pihak berkuasa."






Perang dalaman UMNO bermula dengan penolakan rayuan Ali Rustam


" Penolakan rayuan Ali Rustam tidak ubah seperti 'pengisytiharan perang' oleh Team Najib ke atas Team Pak Lah. Sebelum ini penganalisis politik meramalkan bahawa sabitan terlibat politik wang ke atas Ali Rustam dan KJ sekadar gimik dan rayuannya akan diterima. Ke mana arah tuju Ali Rustam selepas ini? Tidakkah anak beranak dan kaum kerabatnya akan turut berasa malu selepas dirinya terpalit dengan najis 'rasuah' dan 'politik wang'. Jika Chua Soi Lek ditekan untuk meletak jawatan kerana skandal seksnya yang tidak pun menjejaskan negara, bukankah Ali Rustam dan KJ lebih wajar meletakkan jawatan?

"Berita Harian, 20 March 2009, KUALA LUMPUR: Panel Rayuan Umno memutuskan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, tidak boleh bertanding atau dipilih pada pemilihan parti munggu depan.

Penolakan rayuan Ketua Menteri Melaka itu diumumkan Pengerusi Panel Rayuan Umno, Tan Sri Zuki Kamaluddin, sebentar tadi.

Selasa lalu, Lembaga Disiplin Umno membuat keputusan melarang Mohd Ali bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden Umno selepas lembaga itu mendapati beliau bersalah membabitkan rasuah dan politik wang yang dilakukan ejen beliau. "

Ada orang kampung yang berbual dan berkata bahawa "Najib terlalu rakus". Dalam keghairahan Najib memburu kerusi PM, Najib melumpuhkan ekonomi Perak dan meletakkan Malaysia dalam ketidakstabilan politik. Dakyah sesat UMNO agar penyokongnya menyokong secara mutlak iaitu secara dulu, kini dan selamanya tanpa menggunakan kepala otak membuatkan ramai ahli UMNO kelihatan cukup emosi dan samseng. Hujah yang bernas hanya dijawab dengan kecaman dan ugutan oleh ahli-ahli UMNO..

Bagaimanakah sambungan episod pergolakan dalam UMNO ini? Bagaimana KJ dan Ali Rustam akan mengatur langkah menyerang balas? Apakah kejutan yang menanti kita sewaktu Perhimpunan Agung UMNO nanti? Bersama-sama kita tunggu dan lihat. Menang jadi abu, kalah jadi arang. Itulah kesannya bila bergaduh dengan Mr.C4.. Tajam sindiran nih.."



Hassan Din jatuh bilik air


JOHOR BAHRU: “Saya minta maaf kerana tidak dapat memenuhi janji untuk hadir membuat ceramah“ kata tokoh agama yang juga bekas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz yang kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, selepas terjatuh dalam bilik air di Rumah Tamu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Selasa lalu.

Abu Hassan, 62, ketika ditemui Harian Metro di wadnya semalam, berkata beliau datang ke UTM Isnin lalu bagi memenuhi jemputan ceramah agama sempena Sambutan Maulidur Rasul anjuran Kolej Tun Fatimah, UTM.

“Saya kemudian tidur di Rumah Tamu UTM dan pada pagi Selasa, selepas bangun tidur dan sedang bersiap untuk menunaikan solat Subuh, saya terjatuh dalam bilik air berikutan lantai licin,” katanya.

Katanya, beliau tidak dapat mengingati apa-apa selepas itu kerana pengsan dan hanya sedarkan diri selepas dimasukkan ke wad HSA, pada keesokan hari.


Beliau berkata, mengikut laporan doktor, ada sedikit pendarahan pada otaknya akibat hentakan kuat ketika terjatuh, namun diberitahu kecederaan itu tidak serius dan dinasihatkan banyak berehat.


“Isteri, Datin Rosbi (Shahbudin) menjaga saya di wad ketika ini dan saya memohon maaf tidak dapat memenuhi jemputan ceramah agama sepanjang minggu ini walaupun sudah memberikan komitmen,” katanya.

Beliau turut mengakui tidak tahu bila akan kembali berceramah kerana bergantung kepada tahap kesihatannya.

* Semoga ustaz cepat sembuh.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .