Ikuti Blog ini

Sokong UMNO/BN - Sokong APCO/Yahudi

Kawan-kawan di Hulu Selangor, saksikanlah video di bawah untuk melihat sendiri bagaimana jahat dan kejamnya Yahudi Zionis membunuh dan memangsakan rakyat Palestin yang dijajah (paparan lebih jelas di sini).

Demi kemanusiaan, sanggupkah anda memberikan undi anda kepada parti kawan APCO International dan Asisoft yang didominasi Zionis Israel? Janganlah lupa, satu undi kepada kawan APCO dan Asiasoft bermakna satu undi kepada kejahatan dan kekejaman Yahudi Zionis - ia bagaikan merobek-robek kejam tubuh rakyat Palestin yang dizalimi.

Palanivel & Mugilan Berputih Mata, MIC Pilih Kamalanathan Sebagai Calon Hulu Selangor

MIC akhirnya berkompromi untuk menerima calon gantian — Ketua Penerangan pusat P. Kamalanathan (gambar) untuk mewakili parti itu bertanding di Hulu Selangor.

Parti komponen ketiga terbesar itu menerima muka baru itu selepas siri mesyuarat membabitkan pemimpin-pemimpin kanan MIC di rumah Presiden Datuk Seri S. Samy Vellu di sini sejak 10 pagi tadi.

Menurut sumber, Samy Vellu kini dalam perjalanan untuk mengadakan pertemuan susulan dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malam tadi MIC membuat keputusan untuk tidak meletakkan calon jika pucuk kepimpinan BN menolak syor mereka iaitu meletakkan Palanivel dan menyerahkan kerusi itu kepada Umno untuk bertanding.

Dengan keputusan ini MIC berlembut dan mengubah pendiriannya.

The Malaysian Insider difahamkan keputusan untuk berkompromi minit-minit terakhir ini terpaksa dicapai sebagai jalan keluar dan bagi memastikan majlis pengumuman calon di Bukit Sentosa petang ini berjalan dengan lancar, sekali gus membawa kemenangan kepada BN.

Malah, difahamkan pada pertemuan pagi tadi, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN telah menegaskan kepada MIC bahawa pihaknya sanggup menukar Timbalan Ketua Pemuda MIC pusat V. Mugilan dengan calon lain, tetapi bukannya Datuk G. Palanivel yang disyorkan oleh parti itu dua minggu lalu,

Palanivel yang gagal mempertahankan kerusi itu dua tahun lalu dilantik sebagai penyelaras parlimen bagi Hulu Selangor.

Kamalanathan, kelahiran Rawang bandar yang terletak di Bahagian Parlimen Selayang — bahagian jiran dengan Hulu Selangor, merupakan pengarah perhubungan awam syarikat pengedar Beras Jati.

Beliau juga merupakan ahli MIC bahagian Selayang dan penyelaras Pergerakan Putera MIC.

Kamalathan, 44, dilantik sebagai Ketua Penerangan MIC September lalu.

Beliau dan Mugilan telah diteliti oleh pucuk kepimpinan sejak dua minggu lalu walaupun MIC hanya mengemukakan satu nama iaitu Palanivel.

Pengumuman calon BN akan dibuat pukul 4 petang ini oleh Muhyiddin.

Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor akan diadakan pada 25 April manakala penamaan calon pada 17 April.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac lalu.

Daripada 64,500 pengundi, kaum Melayu merupakan pengundi majoriti dengan 34,020 pengundi atau 52.7 peratus manakala kaum Cina dan India masing-masing mencatatkan bilangan 16.964 atau 26.3 peratus dan 12,453 atau 19.3 peratus. -MI

Demo bantah APCO esok


A  protester holds a placard in protest of Egypt delaying an international  aid convoy to enter the Gaza Strip, during a demonstration outside the  Egyptian embassy in Kuala Lumpur January 8, 2010.

KUALA LUMPUR, 15 April: Dewan pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan mengadakan himpunan aman esok bagi membantah pembabitan firma rundingan APCO Worldwide dalam mempromosikan 1Malaysia.


Ketuanya, Kamaruzzaman Mohamad berkata, himpunan tersebut akan diadakan di Masjid Jamek, Kampung Baru sejurus selesai solat Jumaat.

"Kita menyeru kepada semua umat Islam dan warga prihatin untuk membantah penglibatan syarikat Israel (APCO Worldwide) dalam komunikasi negara.

"Penglibatan mereka akan mendedahkan maklumat penting negara," katanya yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.

Selain itu menurutnya, bantahan esok juga bagi menuntut kerajaan menamatkan serta merta khidmat firma perunding terbabit yang dilat tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.

"Kita menuntut khidmat firma perunding ini ditamatkan serta merta, bukan tunggu bulan Ogos.

"Kerajaan perlu teliti dan berhati-hati melantik syarikat luar kerana Israel ini saban hari membunuh dan menindas umat Islam di Palestin," tegasnya.

Selain itu, huimpunan sama juga dijangka turut diadakan di seluruh masjid negeri di seluruh negara esok. -Hrkh-

Kurang empat jam, BN tiada calon lagi?

Kurang empat jam lagi, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan pengerusi Barisan Nasional dijadual mengumumkan calon BN untuk kerusi pilihan raya kecil Hulu Selangor, namun sehingga kini, belum ada kepastian siapa bakal calon mereka.

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu difahamkan gagal untuk menyakinkan Muhyiddin supaya menerima calon tunggal, Datuk G Palanivel yang dikemukakan parti itu.

Difahamkan Samy Vellu berjumpa dengan Muhyiddin awal pagi ini di pejabat timbalan perdana menteri di Putrajaya tetapi Muhyiddin dikatakan terus tidak berganjak dan menolak timbalan presiden MIC itu.

Menurut sumber MIC, Muhyiddin berkeras mahukan calon lain dan menolak Palanivel - ini menyaksikan tiada penyelesaian dalam kebuntuan itu.

Samy Vellu kemudiannya menuju ke ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur untuk mengadakan mesyuarat tergempar dengan pemimpin lain parti itu untuk menentukan tindakan seterusnya.

Pada mesyuarat tergempar jawatankuasa pusat MIC yang diadakan malam tadi, MIC berkeras mahukan hanya Palanivel sebagai calon mereka.Beberapa pemimpin tertinggi MIC ketika dihubungi tidak dapat memberikan butiran lanjut kerana menurut mereka Samy Vellu engan mendedahkan hasil perbincangannya itu.

Bagaimanapun mereka yakin 'rundingan kedua' di antara kedua-dua pemimpin BN itu akan diadakan sekali lagi tengah hari ini. M'kini

P94 Hulu Selangor :Zaid cabar Muhyiddin dan seluruh barisan tertinggi isytihar harta


HULU SELANGOR – Calon Pakatan Rakyat (PR), Datuk Zaid Ibrahim bersedia mendedahkan kekayaannya dan mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta seluruh anggota barisan tertinggi kerajaan.

Cabaran itu dibuat beberapa jam selepas Muhyiddin mendakwa Zaid dipilih sebagai calon PR kerana kekayaan beliau, dan bukannya kemampuan bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Sebahagian anggota Kabinet menentang idea mengisytiharkan harta ketika berkhidmat di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.


“Jadi saya akan dedahkan harta, jika mereka berbuat demikian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di dewan serba guna Kampung Sungai Buaya di sini, malam kelmarin.

Menurut Zaid, beliau turut menyangkal dakwaan bekas rakan seperjuangannya dalam Kabinet yang mengatakan beliau mengamalkan rasuah.

Selain itu Zahid juga menafikan dakwaan yang mengatakan beliau mempunyai rumah di Dubai, London dan Australia berikutan kekayaan luar biasa yang dimilikinya.

“Saya berharap ia betul, tetapi saya hanya ada rumah di Kota Bharu, yang dibeli 15 tahun lalu dan sebuah lagi di Petaling Jaya,” katanya.

Beliau yang sebelum ini merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, memulakan kempen tidak rasminya sebagai calon PR setelah diumumkan Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, Selasa lalu.

MIC Buat Gempaq!

oleh : shalehudin


Aku dah agak dah, BN dah jadi kelam kabut habih kerana ketuanan Umno.


Terbaru, desas-desus tentang kemungkinan calon pilihan MIC tidak dipilih esok makin memuncak. Ini membuatkan MIC jadi haru biru dan teramat marah. MIC sekarang sedang bermesyuarat tergempar mengenai kemungkinan ini dan tindakan mereka sekiranya benar benar terjadi.

Umno dok pulun sakan nak letak calon pilihan depa V Mugilan. Senang lepaih ni depa nak tarik telinga ka, nak tarik harga ka. Calon pilihan pimpinan MIC G. Palanivel dah bagai tak diterima langsung oleh Umno. Kita tengok berani ka puak India MIC ni lawan tuan Umno depa?

Benamkan Umno dan BN di Ulu Bernam!

http://buletinonline.net/images/stories/berita24/prkhs5.jpg- Presiden Lancar Jentera PAS Terengganu 17 April

HULU SELANGOR – PAS Trengganu berazam akan ‘membenamkan’ Umno dan Barisan Nasional (BN) di Ulu Bernam, kawasan yang menjadi fokus jenteranya dalam pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor (PRK Hulu Selangor).

”Harapan (untuk menang) cerah kerana Pakatan Rakyat akan meletakkan seorang tokoh nasional yang dikenali ramai,
”kebajikan kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR telah dirasai oleh seluruh rakyat dan pimpinan negeri yang sentiasa turun padang,”kata Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat.

Katanya, perpecahan Umno menghadapi PRK Hulu Selangor tidak dapat disembunyikan lagi, yang akan menjadi satu faktr kekalan Umno/ BN.

(Gambar - Haji Hanafiah bersama Setiausaha PAS Terengganu Haji yahaya Ali, berbincang dengan jentera PAS setempat)

”Perebutan calon diantara Umno dan MIC begitu ketara, petang kelmarin, saya mendapat maklumat, Umno Hulu Selangor mengadakan mesyuarat tergempar,

”mereka bercadang untuk menghantar memorandum kepada Presiden Umno Dato’ Seri Najib Razak, menuntut supaya kerusi tersebut diletakkan calon dari Umno,”tegas Hanafiah ketika menghubungi Buletinonline

Dalam perkembangan yang sama, Pengarah Jabatan Piliharaya, Ariffin Deraman berkata, PAS Terengganu secara rasminya akan menghantar seramai 150 petugas sepanjang kempen pilihanraya kecil berkenaan.

Katanya. PAS Terengganu telah pun menempatkan 50 petugas mahir bermula 12 April lalu.

”Kita telah pun menghantar 50 petugas bagi gelombang pertama, 50 petugas mahir ke Felda Sungai Tengi, Ulu Bernam,

”kawasan yang menjadi fokus jentera PAS Terengganu, sepanjang kempen pilihanyara kecil ini,”jelas Ariffin.

Katanya, petugas Terengganu akan dihantar dalam tiga fasa, Gelombang 1, 2 dan 3, sehingga hari pengundian 25 April depan.

“Gelombang 1 bertugas dari 12 hingga 17 April, gelombang 2 dari 17 hingga 21 April dan gelombang 3 dari tarikh tersebut hingga hari pengundian,

”kita telah pun selesai melengkapkan semua logistik, membuka bilik gerakan dan merangka pergerakan kempen sepanjang 9 hari,”jelasnya ketika dihubungi.


Menurutnya, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hdi Awang akan melancarkan gerak kerja jentera pilihanraya PAS Terengganu pada jam 4.30 petang, 17 April, Sabtu.

”Sebelah malamnya, Presiden akan berceramah bersama Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution, bagi melengkap kempen hari pertama,”tambahnya. -BO-

Sah DAP Bertanding di Sibu

Pakatan Rakyat bersetuju sebulat suara calon dari DAP akan mewakili Pakatan Rakyat dalam PRK Parlimen Sibu kelak.

Anwar Ibrahim selanjutnya berkata satu mesyuarat khusus akan diadakan bersama-sama pemimpin Pakatan Rakyat Sarawak untuk menentukan calon terbaik. Selaku pendokong Pakatan, aku amat berharap semangat setiakawan bermula dari sekarang di Hulu Selangor hendaklah dikekalkan bersama calon DAP di (Parlimen) Sibu kelak.

Umno menggigit jari lagi melihat keutuhan dan kesepakatan Pakatan Rakyat dalam memilih calon jika nak dibandingkan dengan BN di Hulu Selangor.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .