Ikuti Blog ini

Presiden PAS harap PM laksana ikrar sebelum berundur


" Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pembangkang memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sekiranya beliau bersungguh-sungguh mahu melaksanakan perubahan demi menyelamatkan negara.

Tuan Guru Abdul Hadi .... harap PM tunai ikrar sebelum berundur “Saya berharap Perdana Menteri dapat melaksanakan ikrar sebelum berundur, nak memulih kehakiman, nak memulihkan BPR (Badan Penceah Rasuah), memulihkan banyak perkara lagi.

“Mudah-mudahan beliau meninggalkan peninggalan yang baik sebelum mengundurkan diri,” kata Ahli Parlimen Marang itu ketika menyertai sesi perbahasan Bajet 2009 di Dewan Rakyat hari ini. Kenyataan Abdul Hadi itu mendapat disambut ahli-ahli Parlimen pembangkang yang lain. Abdul Hadi berkata, sekiranya negara bersedia melakukan perubahan-perubahan ini, negara akan berada dalam keadaan selamat.

“Sekiranya kita masih lagi berkeras, tidak mahu mengakui kesilapan, kesalahan dan tak sanggup nak kembali ke pangkal jalan, maka kita akan menerima akibatnya,” katanya.

Beliau berkata, krisis keyakinan yang timbul di kalangan rakyat pada masa ini patut diselesaikan.

“Maka pendidikan, pelajaran dan penerangan perlu memainkan peranan dalam mengubati krisis keyakinan. Antara yang menimbulkan krisis keyakinan adalah tidak percaya kepada pentadbiran kerana banyaknya rasuah, tak percaya kepada badan kehakiman kerana berlakunya keraguan yang tidak senonoh, tak percaya kepada BPR kerana tindakan-tinadakan yang tidak berkesan dalam mengatasi rasuah,” katanya.

Katanya, undang-undang yang sudah tidak sesuai digunakan pada masa ini seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) perlu dipinda kepada undang-undang lebih baik.

“Undang-undang zaman penjajah kita masih gunakan lagi. Ini perlu diubah dan dipinda kepada undang-undang yang lebih adil, yang baik. Bukan bermakna kita minta hapuskan ISA, tiada undang-undang… ada undang-undang. Buat undang-undang lain yang adil, yang sesuai dengan perkembangan masa yang kita sudah merdeka. Undang-undang yang menimbulkan rasa kasih sayang, yang menimbulkan rasa tanggungjawab antara kerajaan dan rakyat dan antara satu sama lain,” katanya.

Kit Siang persoal gelaran Bapa Demokrasi Malaysia untuk Pak Lah Sebelum itu Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyambung perbahasan Bajet 2009 dengan mempertikaikan gelaran “Bapa Demokrasi Malaysia” yang diberi Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu berkata, beliau ‘hairan’ gelaran tersebut diberikan kepada Perdana Menteri sedangkan baru-baru ini Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan ke atas Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng dan penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin.

“Selain itu, ada lima tahanan Hindraf masih dalam tahanan ISA, tiga akhbar iaitu The Sun, Suara Keadilan dan Sin Chew Daily yang diberi surat amaran mengapa mereka tidak boleh dikenakan tindakan. Tan Sri Koh Tsu Koon, apa demokrasi ini? “Selain itu, bolehkah Perdana Menteri melakukan reformasi khasnya keyakinan kepada pasukan polis dan rasuah dalam lima bulan walhal dalam lima tahun, beliau tidak dapat melakukannya.

“Siapa percaya? Saya percaya tiada yang percaya dan beliau tidak mendapat jaminan bahawa beliau akan mendapat sokongan sepenuhnya” katanya dalam sesi perbahasan Dewan Rakyat di Parlimen di sini.

Selain itu, Lim turut mencadangkan penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat segala dakwaan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk pembunuhan wanita Mongolia, Altantuyaa Shaaribuu dan mesej SMS antara Najib dan peguam kepada penganalisis politik, Abdul Razak baginda yang kini sedang dibicarakan atas kes tersebut.

Surat Terbuka Untuk YB Dato’ Paduka Ibrahim Ali

" Assalamualaikum. Kepada Yang Berhormat Dato’ Paduka Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas.

Pertamanya, tahniah saya ucapkan kepada YB Dato’ kerana telah memenangi kerusi parlimen bagi kawasan Pasir Mas di dalam pilihan raya umum yang lepas. Ucapan ini walaupun mungkin agak terlewat tapi saya rasakan masih relevan khususnya di dalam keadaan YB Dato’ pada hari ini yang saya kira semakin ditonjolkan oleh media massa setelah tenggelam agak lama selama ini.

Yang Berhormat Dato’, saya merupakan salah seorang pengundi di dalam parlimen Pasir Mas yang telah mengundi YB Dato’ di dalam pilihan raya yang lepas. Di dalam parti, saya merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS di dalam kawasan parlimen YB Dato’. Sayalah yang diamanahkan sebagai pengerusi di dalam majlis memperkenalkan calon di dalam pilihan raya umum yang lepas di Mini Stadium Pasir Mas. Semoga Allah mengampuni kesilapan saya apabila saya mengatakan YB Dato’ sebagai wira rakyat. Demi Allah, saya tidak berkata demikian kecuali hanyalah kerana mahukan kemenangan YB Dato’ yang bertanding di atas tiket parti kami.

Walaupun sejarah YB Dato’ cukup pedih untuk saya ingati, khususnya caci nista yang pernah YB Dato’ lemparkan kepada pimpinan PAS, saya dan juga saya pasti penyokong-penyokong PAS yang lain tetap mengundi YB Dato’ di atas dasar patuh dan kasih kami kepada para pimpinan. Saya mengikuti perkembangan YB Dato’ dari jauh dan dekat. Saya juga mendengar sumpah seranah terhadap UMNO dan Tun Dr Mahathir keluar dari mulut YB Dato’ sendiri ketika berkempen di dalam pilihanraya umum 1990 di atas pentas Semangat 46.

Walaupun ketika itu umur saya masih di dalam usia kanak-kanak, tetapi saya tidak mudah lupa sebagaimana YB Dato’. Lantas, ketika YB Dato’ dilucutkan jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO pada tahun 2004 yang lepas, saya telah menulis memberikan amaran agar jangan ada sesiapa yang menumpahkan simpati kepada YB Dato’.(tulisan dulu)

Hari ini, YB Dato’ kembali menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas. Tahniah. Namun, YB Dato’ perlu mengetahui, kemenangan ini adalah kemenangan ihsan dari parti kami.

Parti kami tidak pernah meletakkan calon yang tidak berlatar belakangkan pendidikan agama di kawasan ini semenjak kebelakangan ini. Pasir Mas tempat suburnya pondok-pondok pengajian agama, tuan-tuan guru bertebaran di sini. Tetapi pimpinan kami YAB Tuan Guru tetap memberikan tempat kepada YB Dato’ untuk menjadi calon. Beliau mempunyai pertimbangan tersendiri. Namun, untuk pengetahuan YB Dato’, lewat kunjungan Tuan Guru ke kawasan ini beberapa kali, kami menekankan bahawa calon yang kami mahukan ialah ulama’. Kami menolak nama YB Dato’ sebagai calon. Tetapi entah jampi serapah apa yang YB Dato’ gunakan, akhirnya nama YB Dato’ tetap muncul sebagai calon.

Secara peribadi, saya sungguh hampa. Tetapi saya tidak seperti YB Dato’ yang mudah melenting dan muncul sebagai hero. Saya taat kepada pimpinan yang saya kasihi. Mungkin suasana genting yang melanda kerajaan Kelantan menyebabkan Tuan Guru memilih YB Dato’ untuk mengurangkan risiko. Dalam kepedihan mengingati sejarah hitam YB Dato’, saya mengizinkan tangan ini menurunkan undi memenangkan YB Dato’. Bukan setakat itu, saya bekerja siang dan malam berkempen untuk kemenangan YB Dato’.

Tahukah YB Dato’, kempen-kempen dan ceramah kelompok yang diadakan menjelang PRU yang lepas parti kami peruntukkan jua ruang untuk wakil YB Dato’ datang menyampaikan ucapan. Kadang-kadang mereka hadir, kadang-kadang tidak. Di saat tiada wakil YB Dato’ datang untuk berkempen, kami turut sama menyelitkan pujian kepada YB Dato’ dalam usaha mempengaruhi pengundi memberikan kemenangan kepada YB Dato’. Bagi saya sendiri, secalar manapun luka yang saya alami, tentu sekali Tuan Guru lebih tercalar hatinya.

Dan kalau Tuan Guru boleh memberikan kemaafan, kenapa tidak saya? Itulah yang pimpinan kami di Pasir Mas fikirkan. Kerana itu, sewaktu saya bangun menggesa agar Pas Kawasan Pasir Mas meluluskan usul tergempar memberikan amaran kepada YB Dato’ lewat muktamar yang lepas, Yang diPertua PAS Kawasan, Ustaz Ismail Nuh lantas menegur saya dan tidak ingin memanjangkan perkara tersebut di atas asas menghormati pimpinan pusat. Lihatlah pimpinan kami yang pernah dicabar oleh YB Dato’ di dalam pilihanraya 1999 dan 2004 tidak bersultankan dendam peribadi malah turun bersama-sama YB Dato’ di dalam perarakan penamaan calon. Ingatkah YB Dato’ saat-saat itu?

Ternyata sekali, YB Dato’ tidak pernah mengambil iktibar daripada sejarah. Hari ini, saya melihat nama YB Dato’ seringkali terpampang di dada akhbar dan juga menghiasi kaca televisyen ; satu perkara yang YB Dato’ tidak akan bermimpi untuk mendapatkannya jika tidak bergelar ahli parlimen.

Namun sayang, suara YB Dato’ sudah mula sumbang. YB Dato’ melupakan prinsip Pakatan Rakyat yang disertai oleh parti yang memberikan kemenangan kepada YB Dato’. Di dalam kawasan, saya tahu YB Dato’ sudah mula renggang dengan pengundi-pengundi YB Dato’ sendiri. Bukanlah menjadi kesalahan apabila YB Dato’ merapati ahli-ahli UMNO, tetapi dengan di dalam masa yang sama, YB Dato’ renggang malah enggan bertemu dengan kami, YB Dato’ seolah-olah sudah menjadi ahli parlimen UMNO di dalam kawasan Pasir Mas. Dan itulah yang sedang diratib oleh penduduk-penduduk kampung.

Di dalam bulan Ramadhan yang lepas, YB Dato’ mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama ahli UMNO dan sudah hilang perhatian YB Dato’ kepada ahli-ahli parti yang mengundi YB Dato’, apakah makna semuanya ini kalau tidak kecenderungan untuk YB Dato’ bersama-sama dengan UMNO kembali?

YB Dato’ usahlah merasa hairan kalau setiap kali wajah YB Dato’ terpampang di tepi-tepi jalan di atas sepanduk yang digantung, ianya menjadi mangsa samada dicat ataupun dikerat. Entah betul entahkan tidak berita yang saya dengar ini. Namun jika ia benar, ia hanyalah satu tanda kecil betapa pengundi-pengundi Pasir Mas sudah benar-benar meluat dengan suara sumbang YB Dato’. Bahkan rasa meluat itu sudah menjadi rasa benci yang terlampau hebat. Maka oleh yang demikian, walaupun tidak mewakili parti yang saya sertai, saya benar-benar berharap agar YB Dato’ tidak meneruskan suara sumbang atau setidak-tidaknya YB Dato’ boleh diam kerana diam itu lebih bijaksana daripada bercakap dengan menampakkan tergiurnya YB Dato’ kepada UMNO semula.

Saya tidak tahu apakah rentak YB Dato’ selepas ini. Namun saya ingin memberikan satu janji, andainya YB Dato’ masih meneruskan suara sumbang ini, inilah penggal terakhir YB Dato’ sebagai wakil rakyat kawasan kami. Saya akan berusaha siang dan malam memastikan kekalahan YB Dato’ di dalam pilihanraya yang akan datang. Percayalah, walaupun kudrat saya terbatas, tetapi demi untuk memastikan kekalahan YB Dato’, kudrat yang terbatas ini akan dikerahkan jua. Dan saya sungguh bangga andainya YB Dato’ dapat diberikan pengajaran yang berguna nanti.

Semoga YB Dato’ mendapat makluman yang sewajarnya di atas kiriman warkah ini.

Sekian.

AHMAD FADHLI BIN SHAARI

15 OKTOBER 2008



Guan Eng Pula Kunjungi Tok Guru

Thursday, 16 October 2008

http://buletinonline.net/images/berita13/guanengtghadi.jpg
Marang - Dalam tempoh dua minggu selepas ayahnya Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP) mungunjungi Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, anaknya pula Setiausaha DAP Lim Guan Eng membuat kunjungan hormat ke rumah Tok Guru


“Kunjungan (ini) untuk berikan salam aidil fitri, dalam keadaan ada hubungan yang akrab dalam Pakatan Rakyat saya mengambil kesempatan ini,
”bukan sahaja kita berjumpa di Parlimen, sempena saya menghadiri Mesyuarat Raja-Raja disini, buat kunjungi rumah kediaman YB Tuan Guru,”kata Guan Eng ketika ditemui selepas kunjungan hormat tersebut, di Kampung Rusila, dekat sini.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata melalui kunjungan tersebut beliau dapat melihat walaupun Tok Guru telah menjadi Menteri Besar sebuah negeri, Tok Guru masih tinggal dalam keadaan yang sederhana.

”Saya rasa itu menunjukkan kepimpinan berjiwa rakyat dimana tidak ada apa-apa kelebihan (pangkat) hanya untuk berkhidmat untuk rakyat,”tambahnya

http://buletinonline.net/images/berita13/guanengtghadi1.jpgDalam respon berkaitan kunjungan Guan Eng, Tok Guru berkata kedatangan Guan Eng adalah satu kunjungan hormat sempena beliau datang ke Terengganu.

”Kedatangan beliau (Guan Eng) lebih bersifat kunjungan hormat, kunjungi hari raya,

“banyak kita berbincang (termasuk) perkara-perkara politik tentang kerjasama pakatan rakyat yang perlu dimantapkan lagi,”kata Tok Guru

Mengulas hubungan antara PAS dan DAP, beliau berkata hubungan diantara PAS dan DAP akan diteruskan dalam konteks Pakatan Rakyat dimana penyelarasan dibuat di negeri-negeri dikuasa Pakatan Rakyat dan juga di parlimen.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah Bendahari PAS Terengganu YB Hj Mohd Abdul Wahid Endut yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Memepelam.




27 ditahan, halang Kg Plentong Tengah diroboh

Seramai 27 orang termasuk pemimpin PAS ditangkap polis di Kampung Baru Plentong Tengah, Johor Bahru kerana cuba menghalang tindakan merobohkan kawasan setinggan tersebut.

kampung baru plentong tengah johor bahru protest 161008 02Menurut setiausaha jawatankuasa bertindak penduduk, Taslim Nani, semua yang ditahan termasuk tiga wanita dibawa ke balai polis Johor Jaya.

Mereka ditangkap sewaktu mengadakan benteng manusia di jalan masuk ke kampung itu dengan memegang tangan antara satu sama lain.

Kira-kira 500 penduduk membantah usaha perobohan itu.

Taslim, yang kini masih ditahan, memberitahu, ahli jawatankuasa badan perhubungan PAS Johor Syed Othman Syed Abdullah turut dibawa ke balai polis berkenaan.

Menurutnya lagi, pengerusi jawatankuasa itu Jameon Abdullah pengsan sewaktu ditahan.

Sementara itu, Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hassan Karim memberitahu, Jameon dikatakan dirempuh oleh anggota polis, sebelum rebah dan pengsan.

Katanya, beliau difahamkan, Jameon yang juga imam masjid di kampung tersebut, telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

Hassan juga, ketika dihubungi semasa berada polis terbabit, turut mengesahkan jumlah yang ditahan ialah seramai 27 orang, termasuk tiga orang wanita.

Menurutnya lagi, kerja-kerja merobohkan rumah-rumah di situ dihentikan oleh pihak pemaju pada kira-kira jam 2.50 petang tadi.

Pemaju kawasan itu Bukit Lenang Sdn Bhd merobohkan perkampungan itu selepas mendapat perintah mahkamah.

kampung baru plentong tengah johor bahru protest 161008 03Hassan yang juga bertindak sebagai peguam kumpulan penduduk itu, rundingan sedang dibuat antara penduduk dengan pemaju tersebut dan 291 buah dijangka tidak akan dirobohkan.

Tambahnya, beberapa rumah yang dirobohkan, setakat ini, tidak berpenghuni.

Menuru seorang penduduk, kira-kira 100 anggota polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan 200 lagi anggota polis termasuk yang berpakaian biasa hadir di kawasan itu yang sedang dirobohkan.

Kampung Baru Plentong Tengah, seluas 113 ekar, dipercayai mula dibangunkan antara 25 hingga 30 tahun lalu. Ia didiami lebih 2,000 orang, sebahagian besarnya Melayu, dengan 310 buah rumah.

Sementara itu, pada jam 12.55 tengahari tadi, tiga orang peguam sedang berusaha untuk mendapatkan kebenaran pihak polis untuk bertemu dengan mereka yang ditangkap itu.

Ketiga-tiga peguam tersebut ialah John Fernandez, Kuna Nadesan
dan Mathews George.

John memberitahu bahawa mereka tidak dibenarkan masuk menemui kumpulan yang ditahan.

Katanya, mereka juga tidak dibenarkan menemui pegawai penyiasat bagi kes tersebut.

Sementara itu, Hassan ketika dihubungi jam 5.30 petang ini, berkata pihaknya menjangka kesemua mereka yang ditahan itu, akan dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.

"Kami akan berada di sini sehingga selesai mereka diikat jamin," katanya.




Mahkamah Khas arah Tuanku Ja'afar bayar Standard Chartered RM3.5 juta


KETUA Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad (gambar kanan, tengah) hari ini membenarkan jurufoto dan jurukamera media merakam prosiding Mahkamah Khas yang membicarakan kes Standard Chartered Bank Malaysia Berhad (SCBMB) menentang Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar di Palace of Justice.

PUTRAJAYA: Mahkamah Khas hari ini mengeluarkan perintah terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman supaya melunaskan bayaran kira-kira RM3.5 juta kepada Standard Chartered Bank Malaysia Berhad berhubung pengeluaran kredit berdokumen sembilan tahun lalu.

Mahkamah Khas yang ditubuhkan untuk mendengar kes membabitkan kerabat diraja hari ini mengarahkan Tuanku Ja'afar, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, membayar AS$1 juta kepada Standard Chartered selepas memutuskan baginda perlu mematuhi termaterma dalam surat kredit.

Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad, yang bersidang bersama Hakim Besar Malaya Tan Sri Alaudin Mohd Sheriff, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan dua hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Arifin Zakaria dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara membenarkan saman yang dikemukakan bank berkenaan terhadap Tuanku Ja'afar.

Mahkamah juga mengetepikan saman balas Tuanku Ja'afar terhadap bank berkenaan untuk mengisytiharkan bank itu tidak berhak mengikut undang-undang untuk melepaskan simpanan tetapnya bagi menyelesaikan bayaran AS$1 juta itu.

Saman itu dikemukakan selepas kerabat diraja itu telah, pada atau sekitar 12 Februari 1999, memperoleh menerusi Standard Chartered, surat kredit (SBLC) tunggu sedia bernilai AS$1 juta untuk Connecticut Bank of Commerce (CBC) di Amerika Syarikat bagi kemudahan kredit yang akan diberikan oleh CBC kepada sebuah syarikat AS yang dikenali sebagai Texas Encore LLC (TEC).

Menurut peguam bank itu, Robert Lazar, bank berkenaan berhak mengeluarkan jumlah terbabit daripada akaun simpanan tetap Tuanku Ja'afar.

Pada 21 Julai lalu, Mahkamah Khas yang mendengar isu raja-raja, buat kali pertama bersidang bagi mendengar tuntutan saman terhadap Tuanku Ja'afar oleh Standard Chartered Bank.

Baginda disaman oleh bank berkenaan kerana gagal mematuhi akujanji yang terkandung dalam terma-terma permohonan kredit tersebut.

Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-10 ketika kejadian yang didakwa berlaku dalam tuntutan saman tersebut iaitu pada awal 1999.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .