Ikuti Blog ini

Kelantan kekal rekod tanpa rasuah selama 18 tahun


KOTA BHARU - Kelantan mengekalkan rekod bersih apabila hampir tiada laporan rasuah dan salah laku di kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan negeri sepanjang tempoh 18 tahun.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu tiada laporan salah laku atau kegiatan rasuah di kalangan kakitangan pentadbiran awam sejak 1990 sehingga sekarang.

"Setiapkali mesyuarat Exco bersidang lebih 100 surat dari pelbagai jabatan diangkat ke mesyuarat itu.

"Malah kadang-kadang melebihi 200 kertas berhubung permohonan rakyat dibincangkan," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Kualiti Peringkat Negeri 2008 di Dewan Teratai, Kota Darulnaim, di sini semalam.

Menurutnya perkembangan itu membuktikan kakitangan kerajaan negeri tekun melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai penjawat awam.

"Bagaimanapun saya tak boleh la nak kata puas hati, itu terpulang kepada ketua-ketua jabatan mereka," ujarnya.

Image

Beliau juga berkata, bagi mewujudkan budaya kerja kualiti di kalangan kakitangan awam setiap mereka perlu ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Katanya, ikhlas ialah ajaran Islam yang tiada dalam fahaman agama lain kerana perkataan itu menyentuh kalbu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, kempen anti rasuah atau apa sahaja tidak akan berjaya sekiranya perasaan ikhlas tidak bertapak di hati seseorang.

"Kerajaan Malaysia sendiri sejak sekian lama telah memerangi rasuah, tetapi sehingga sekarang tidak berakhir sama ada di peringkat kerajaan atau parti.

"Semua yang berlaku kerana tiadanya rasa keikhlasan dalam jiwa apabila melaksanakan tanggungjawab.

"Apa yang menjadi keutamaan mereka ialah wang," ujarnya.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Aiseri Alias, Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nasuruddin Daud, anggota-anggota Exco dan pegawai-pegawai kanan lain.

Sementara itu, Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas mendapat Anugerah Kualiti Darulnaim sempena program berkenaan. Hasil kemenangan itu, pejabat terbabit menerima wang tunai RM10,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil penghargaan.

Langkah Berjimat Cermat Kerajaan PR Perak berjaya


Sewaktu menjawab soalan lisan oleh seorang ADUN dari kerajaan, YAB MB Perak memaklumkan bahawa dasar langkah berjimat cermat yang di laksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat telah berjaya menjimatkan beberapa perbelanjaan yang membazir sewaktu era Tajul Rosli dulu.

Antaranya , kerajaan Pakatan Rakyat telah berjaya mengurangkan perbelanjaan sempena sambutan kemerdekaan iaitu hanya berbelanja RM 1.1 juta berbanding RM 2.6 juta pada tahun 2007.

Selain itu, kerajaan juga menghadkan kos jamuan mesyuarat EXCO dan jamuan-jamuan keraian yang lain. Sepanjang BN memerintah, untuk jamuan makan tengahari dalam mesyuarat EXCO, setiap seorang dikenakan sebanyak RM 45.00, sekarang kerajaan menghadkan untuk untuk makan tengahari hanya RM 10.00, dan jamuan ringan tidak lebih RM 4.00.

Begitu juga dalam majlis-majlis jamuan keraian, kerajaan menghadkan RM 10.00 - RM 15.00 sahaja untuk setiap seorang.

Kerajaan juga turut mengawal perbelanjaan pengubahsuaian pejabat, lawatan ke luar negeri, elaun lebih masa, penjimatan utiliti dan penggunaan bekalan pejabat.

Kerajaan sentiasa memberikan kerjasama terhadap projek kerajaan Pusat

Kerajaan Perak Pakatan Rakyat menafikan dakwaan melengah-lengahkan kelulusan tanah bagi projek kerajaan Persekutuan.

Sehingga kini, jumlah keluasan tanah yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk tujuan projek-projek Kerajaan Persekutuan ialah seluas 556.89 ekar.

Menurutnya lagi, kelulusan tanah akan dipertimbangkan apabila permohonan tanah dikemukakan oleh Jabatan Pesekutuan melalui Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Sehingga kini Kerajaan Negeri telah meluluskan projek Rumah Imigresen di Taman Meru sebanyak 1.55 ekar, Balai Polis Tanjung Tualang 0.46 ekar, Balai Polis Lawin 4.73 ekar, Mahkamah Baru Seri Iskandar 4 ekar, Mardi 464 ekar dan beberapa projek yang lain.

Demikian Dewan diberitahu oleh YAB MB Perak dan sekali gus membuktikan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali.



ABDULLAH NAK PANCONG ANAK PAK YASSIN?



Ini bukan fitnah. Desas-desusnya kini malah semakin kencang. The Malaysian Insider dah tau. Orang Kelantan dah tau. Orang Sabah pun dah tau. Kononnya, Abdullah Badawi akan singkirkan Muhyiddin Yassin daripada Jemaah Menteri menerusi satu rombakan dalam masa terdekat ini.

Seorang daripada Setpol Abdullah dengan angkuhnya berkata baru-baru ini yang bos dia terlalu amat marah dengan Muhyiddin. Sebabnya, ikut kata Setpol itu, Muhyiddin jadi trouble-maker paling utama yang menyebabkan tarikh peralihan kuasa disingkatkan daripada Jun ke Mac 2009.

Apa ni? Muhyiddin hanya menyuarakan keresahan warga UMNO akar umbi. Ini salah ke? Ini dosa ke? Macam mana Abdullah tuduh Muhyiddin trouble-maker semata-mata kerana dia jadi jurucakap ahli-ahli UMNO yang resah dan gelisah? Heh, songsang betul!

Tapi, kenapa Abdullah pernah kata yang dia pilih Mac dan bukan Jun 2009 untuk serah kuasa pada Najib Razak atas perkiraannya sendiri? Betul-betul dolak-dalik tak sudah-sudah.

La ni Abdullah nak hukum Muhyiddin. Dia rancang nak pancung Muhyiddin dari Kabinet. Apa lagi, buatlah. Kalau betul-betul Abdullah jantan, buatlah segera.

Kita pun apa lagi? Kita pakat-pakatlah buat apa yang patut kita buat. Paling akhir sekali, kita ramai-ramai keluar UMNO. Itu saja. Senang. Tak pening kepala!

Harap-harap Najib pun dah dengar rancangan Abdullah ni. Harap-harap Najib juga akan berusaha mati-matian halang rancangan ni dari berlaku.

Sekarang terserahlah kepada kebijaksanaan Najib. Sebagai seorang yang bijaksana, takkan Najib nak pilih Mat Taib atau Ali Rustam jadi Timbalannya. Kiamat Malaysia kalau antara dua ni jadi Timbalan Najib!

http://politica-net.blogspot.com

Hapus Politik Wang Dengan Perjudian

Pagi ni saya ke bandar Pekan atas beberapa urusan. Semasa sarapan di sebuah warung saya terus mencapai Sinar Harian hari ini 11 Nov. Tergelak besar saya bila membaca berita tentang "Ahli UMNO edar nombor ekor dalam mesyuarat Bahagian Temerloh".

Ahli itu ialah Timbalan Ketua UMNO cawangan Kg Gantok, Ir Che Wan Shamsiruddin Wan Shamsudin. Beliau bertanding untuk mendapatkan tempat sebagai AJK bahagian. Beliau juga merupakan bekas EXCO Pemuda UMNO Malaysia 1995, zaman Dato Zahid Hamidi menjadi ketua dulu.

Menurutnya, apa yang dilakukan adalah untuk membenteras politik wang. Beliau telah mengedarkan 1000 keping tiket nombor ekor kepada semua perwakilan dan pemerhati, bernombor 0440. Nombor senarai pencalonan beliau adalah 44 dengan harapan perwakilan ingat nombor itu dan memberikan undi kepadanya.

"Saya bertanding jawatankuasa dan ini cara saya berkempen dengan memberi nombor ekor kepada perwakilan. Ada setengah calon bagi duit dan barangan seperti kain pelikat kepada perwakilan. Jika nombor itu bertuah perwakilan boleh dapat RM 2,500 seorang untuk hadiah utama. " kata beliau. Semua perwakilan dapat tiket ekor itu, termasuk Ketua Bahagian Dato Mohd Sarit Yusof.

Ulasan: Inilah bahananya bila Islam tak menjadi asas perjuangan. Mungkar digunakan untuk menolak mungkar. Bila nafsu digunakan untuk menyelesaikan masalah manusia, pastinya kerosakan akan terjadi.

Segala kejahatan datangnya dari nafsu. Nafsu itu pula mendapat dorongan dan pengaruh syaitan. Maka sewajarnya penyelesaian masalah nafsu mesti dibuat dengan merujuk kepada tuan yang mencipta nafsu, yakni Allah.

Hari ini kita melihat banyak masalah yang cuba diselesaikan tanpa merujuk pada tuan yang menjadikan nafsu (Allah).

Nak selesai masalah dadah, maka diperkenalkan jarum suntikan percuma dan dadah tiruan. Penyelesaian masalah Aids dengan cara mengedar kondom percuma. Masalah lepak diselesaikan dengan cara konsert untuk anak muda hingga ke pagi. Kini ahli UMNO memperkenalkan pula cara membenteras politik wang dengan perjudian. Akhirnya segala masalah itu tak selesai maka timbul pula masalah lain.

Barangkali tindakan ini mengambarkan UMNO berada zaman nyanyuk. Telah banyak tindakan dibuat oleh kepimpinan UMNO hari ini mengambarkan mereka berada di era nyanyuk. Biasanya apabila berada di fasa nyanyuk ini, maknanya, dia hanya membilang hari untuk dijemput ajal.

Najib Bacul Desak Pendakwa Rayu kes Anwar dan Raja Petra!!


Apa reaksi bacul yang ditunjukkan Najib didalam Parlimen sebenar itulah sikap sebenar Najib, bukan setakat takut untuk berdebat dan berhujjah di Parlimen tetapi takut menghadapi Anwar di medan Politik terbuka, mungkin Najib sudah serik bagaimana teruk kekalahannya di Permatang pauh didalam medan politik terbuka walaupun menggunakan sleluruh jentera Kerajaan.

Jumaat lepas setelah dua Mahkamah telah membuat keputusan yang menggemparkan kem Najib, pertama pembebasan Raja Petra dan yang kedua Hakim menolak campurtangan Penguam Negara iaitu perkakas Najib dalam tuduhan liwat.

diberitakan Najib mengadakan mensyuarat tergempar membincangkan perkembangan terbaru tersebut, Malam itu Najib dikatakan pucat dan tidak tenteram wajahnya apabila membincangkan dua kes tersebut. Najib yang terdesak untuk menduduki Putrajaya dengan menjadi perdana Menteri mengarahkan kedua kes tersebut dirayu untuk menyelamatkan karier politiknya yang boleh dikatakan hanya selangkah ke Putrajaya. walaupin dikaca TV anda melihat wajah tenang dan tidak bersalah, sebenarnya benarlah kata Anwar semalam Najib bakal pemimpin Diktator.

lihat sahaja dalam kes liwat Saiful Bukhari, walaupun anda lihat dia seakan tidak terlibat, tetapi jelas bukti bukti yang muncul merujuk dialah perancang konspirasi Jahat. Najib seorang yang takut untuk berhadapan secara terbuka, sehinggakan keluar kata kata Najib yang dia tidak mahu lihat muka Anwar dan masih bebas dikala Pilihanraya ke 13 yang akan diadakan sejurus dia menjadi perdana Menteri, maknanya dia mahu memastikan tempat Anwar ini dipenjara.

ini bukan satu cerita fiksyen ini adalah sumber yang kuat merujuk perancangan jahat Najib sudah bermula. dan anda akan dapat lihat bagaimana Polis kembali digunakan bakal pemimpin diktator ini. bukan setakat keawangan Negara dia akan kuasainya seperti harta sendiri tetapi Polis dan sistem Kehakiman. revolusi Rakyat selepas ini akan berhadapan dengan regim polis pimpinan Musa Hassan dan Ismail Omar yang menjadi perkakas Najib.

Ketakutan Najib jelas, perancangan asalnya kes Altantuya akan dipercepatkan untuk menamatkan cerita dan kaitan Najib dalam kes ini, itulah sebabnya Peguam Sirul dan Azilah berani mengatakan Raja Petra dan Balasubramaniam akan dipanggil, dan jadual asalnya sesi pembelaan adalah pada 10 November. mereka beranggapan Raja Petea yang masih ditahan ISA akan hilang aksesnya kepada bukti kerana pergerakannya dapat dikawal polis 24jam, malah Menteri Dalam Negeri akan menjadi pelakon utama untuk mengahalang Raja Petra menjadi saksi kerana tidak ada keperluan. tetapi hari jumaat lepas Mahkamah dan Hakim Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad yang berani, dan akhirnya Najib mendesak agar kes ini ditangguh, akhirnya kes ditangguh ke januari tahun hadapan.

sedangkan Mahkamah boleh meneruskan prosiding pembelaan walaupun mereka tidak temui Balasubramaniam tetapi membuat keputusan menangguhkan kes tersebut. apa yang Najib dan baruanya mahu pastikan Raja Petra akan dipenjarakan kembali. malah dalam waktu terdekat pendakwa dalam kes Anwar juga akan membuat rayuan terhadap keputusan Hakim Komathy. mengapa pendakwa kes Anwar beria ia mahu kes ini dipindahkan? apakah prosiding kes liwat berbeza mengikut Mahkamah? atau berbeza mengikut mazhab dan akidah Hakim tersebut? kalau Pendakwa cukup bukti apa perlu beria ia mahu pindah Mahkamah tinggi,ini bukan kes bunuh, malah pertuduhan dia atas tuduhan suka sama suka. kenapa tidak teruskan dan percepatkan pendakwaan? apakah ini tandanya benar seperti kata kawan saya Najib mahu pastikan Raja Petra dan Anwar dipenjaraka sehingga dia disahkan menjadi perdana Menteri. Drama politik Malaysia akan kembali hangat bulan ini.
apakah mahu jaminan Anwar ditarik balik dalam waktu terdekat?.

dikatakan Najib mahu ANwar berada dipenjara kerana mahu sebahagian Ahli Parlimen Keadilan melompat Parti setelah mereka kehilangan pemimpin Utama dan dia akan selesa menduduki kerusi Perdana Menteri di Putrajaya. apakah ini akan berlaku, andai anwar ditangkap apakah akan muncul satu revolusi baru politik Malaysia. saya rasakan perubahan sudah semakin hampir cuma caranya samada aman atau tidak. Najib kini boleh mengambil resiko untuk turun secara aman atau mewujudkan gelombang reformasi kedua.

Lawan Tetap Lawan

Reformis muda

50thn MELAYU berkuasa...inilah hasilnya..

KUALA LUMPUR – Kaum Melayu merupakan kumpulan terbesar dalam senarai penduduk negara ini yang pendapatannya di bawah RM1,000 sebulan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S. K. Devamany berkata, berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun lalu, sebanyak 301,000 isi rumah kaum Melayu memperoleh pendapatan di bawah RM1,000 sebulan.

‘‘Sebanyak 495,500 isi rumah yang mempunyai pendapatan di bawah RM1,000 sebulan secara keseluruhannya.

‘‘Pecahan itu merangkumi 50,900 isi rumah kaum Cina, India (29,000), Kadazan (29,300), Orang Asli (7,500) dan lain-lain (78,800),” katanya semasa menjawab soalan Dr. Micheal Jeyakumar Devraj (PKR- Sungai Siput) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, bagi kumpulan berpendapatan antara RM1,001 hingga RM2,000 pula, keseluruhan bilangan isi rumah ialah 1,695,900 isi rumah dengan 976,500 daripadanya adalah Melayu, 338,300 (Cina), 125,300 (India), 38,800 (Kadazan), 9,800 (Orang Asli) dan 207,200 untuk kaum-kaum lain.

Dalam pada itu katanya, sebanyak 1,144,700 isi rumah memperoleh pendapatan antara RM2,001 hingga RM3,000.

‘‘Seramai 614,700 daripada mereka adalah orang Melayu, 300,800 (Cina), 121,500 (India), 15,300 (Kadazan), 2,500 (Orang Asli) manakala 89,900 isi rumah daripada kaum-kaum lain.

‘‘Bagi pendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 terdapat sebanyak 743,000 isi rumah dengan 380,500 daripadanya adalah Melayu, 234,700 (Cina), 73,300 (India), 8,900 (Kadazan), 1,000 (Orang Asli) dan 44,600 kaum lain.

Katanya, seramai 497,800 isi rumah memperoleh pendapatan antara RM4,001 hingga RM5,000 pula dengan 254,700 daripadanya adalah Melayu, 166,600 (Cina), 44,800 (India), 6,900 (Kadazan), 200 (Orang Asli) dan 24,600 kaum lain.

‘‘Bagi pendapatan antara RM5,001 hingga RM10,000, ia membabitkan seramai 914,200 isi rumah.

‘‘Daripada jumlah itu, 419,200 adalah Melayu, 368,400 (Cina), 76,800 (India), 13,400 (Kadazan) dan 36,500 lain-lain kaum.

‘‘Sebanyak 235,300 isi rumah memperoleh pendapatan antara RM10,001 hingga RM20,000 dengan 85,700 adalah Melayu, 118,700 (Cina), 23,400 (India), 800 (Kadazan) dan 6,700 kaum lain,” jelasnya.

Sementara itu, terdapat 49,500 isi rumah yang memperoleh pendapatan melebihi RM20,000 sebulan dengan 16,500 adalah Melayu, 27,900 (Cina), 3,600 (India) dan 1,500 dari kumpulan etnik lain.



Sakit Nya Mati


“Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah.

Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.

Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang.” Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan tiga ratus tetakan.

Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut, malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut,maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan.

Antaranya, sebelum tidur:
1) Bacalah surah Al-Ikhlas 3X
2) Selawat ke atas Nabi
3) Membaca tasbih Amalan harian: Sentiasa membaca Al-Quran Memelihara solat terutama solat fardu Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan Membaca tasbih Membanyakkan sedekah Sentiasa berzikir menyebut Allah.

Amalan yang perlu dijauhi:
1) Dusta
2) Khianat
3) Mengadu domba
4) Kencing berdiri Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil.”

” Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan dia meninggal ketika itu juga.
Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah. Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: “Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?”

Jawab Nabi Idris: “Sesungguhnya jika dibandingkan sakit terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup dan rasa sakit menghadapi maut adalah 1000 kali sakitnya.” Kata malaikat maut: “Sesungguhnya saya melakukan dengan secara berhati-hati dan tidak kasar apabila mencabut nyawa engkau itu dan belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun.”

Dirawayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: “Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu.”

” Kata Nabi Isa as: “Cubalah kamu pilihkan?” Mereka berkata: Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh).” Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu.

Berkata Sam bin Nuh:
“Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: “Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?” Kata Sam: “Semenjak 4000 tahun lalu dan masih belum hilang sakit dari sakaratul maut.”

Hitung lah amalan kita..kerna masa tidak menunggu kita…

hanya menunggu kita adalah “Detik2 Kematian


Pilihanraya Kecil di DUN Kuala Nerang

Khabar angin yang mula bertiup menunjukkan kemungkinan satu lagi pilihanraya kecil akan berlaku di DUN Kuala Nerang, di bawah Parlimen Padang Terap, Kedah setelah ADUN Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim dilaporkan muflis.

Menurut berita yang dipercayai, Speaker DUN Kedah, Dr. Isa Ismail sudah menghantar surat kepada SPR berkenaan kekosongan kerusi DUN tersebut.

Berikutan itu, semua jentera parti terutama PAS dan UMNO mula digerakkan untuk mengadakan persiapan menjelang pengumuman pilihanraya kecil tersebut.

Datuk Syed Sobri Syed Hashim yang memenangi Pilihanraya ke 12 yang lalu menewaskan Ust.Zawawi Ahmad yang merupakan YDP PAS Kawasan Padang Terap dengan majoriti hanya 805 undi.

N7 KUALA NERANG
Jumlah Pengundi: 18,394
Peratusan Kaum: M:96.91% C:1.97% I:0.19% L:0.93%
1. Datuk Syed Sobri Syed Hashim (BN) (7,856)
2. Zawawi Ahmad (Pas) (7,051)
Majoriti: 805
Jumlah undi: 15,216
Peratus mengundi: 82.72%
Undi rosak: 309



Jelapang Padi ‘Politik’

http://buletinonline.net/images/berita14/makjintankosong.jpg
Setiu – Setelah lima bulan berlalu, jelapang padi Mak Jintan yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, kini layak digelar sebagai jelapang padi ‘politik’. (Gambar - tiada padi hanya rumput menerong !)

Ia adalah kerana jelapang tersebut yang dirasmikan pada 14 Jun lalu, kini hanya dipenuhi oleh rumput menerong, tanpa sebatang pokok padi yang tumbuh.

http://buletinonline.net/images/berita14/makjintanrasmi.jpgSelain Perdana Menteri, Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad said yang berucap dalam majlis itu turut berjanji jelapang tersebut akan mula diusahakan pada bulan Oktober. (gambar kiri - majlis perasmian 14 Jun lalu)

Namun, sehingga tinjauan dibuat ke tapak jelapang berkenaan kelmarin, adalah mustahil jelapang tersebut akan diusahakan pada tahun ini.

“Paling awal pun boleh buat kerja bulan dua (Februari) tahun depan, itu hak (tamah milik) sayalah, hak orang lain saya tak tahu,

“saya memang sudah buat padi pada tahun 2000 mula (lalu), masa PAS perintah, tapi lepas itu banyak sangat hal politik, saya berhenti dulu,”kata Nasir Daud, 50 (bukan nama sebenar) seorang penduduk tempatan Kampung Jelapang, Langkap, Setiu.

Beliau berkata campurtangan politik JKKK menyebabkan bekalan air tidak dapat disalurkan dengan baik selepas tahun 2000 dan usaha penanaman padi beliau terpaksa dihentikan.

Katanya usaha kerajaan negeri menghidupkan semula jelapang tersebut juga tidak akan berjaya sekiranya bekalan air untuk pengairan sawah tersebut tidak dibuat.

Menurutnya tidak ada sumber air yang kekal dan banyak dari kawasan sekitar kerana tidak terdapat sungai yang besar.

“Seluruh kawasan ini boleh mencapai (keluasan) 1000 hektar untuk dimajukan, sumber air yang ada dari anak sungai tak cukup, kerajaan cadang bawa air dari Besut, tapi tahun 2013 baru siap,”kata beliau yang juga bekas kakitangan kerajaan persekutuan.

Dalam perkembangan yang sama Timbalan Pengerusi Gerak Tani Sedar (Sedar Tani) Haji Mohammad Said, 62, menyifatkan pemilihan kawasan Mak Jintan untuk tanaman padi secara besar-besaran adalah tidak sesuai.

“Jenis tanah di kawasan ini adalah tanah gambut, pemendapan akan berlaku dalam jangka masa panjang dan kawasan ini akan menjadi lebih rendah,”ujarnya yang turut sama dalam tinjauan kelmarin.

Beliau yang juga bekas Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Terengganu berkata keadaan kawasan Mak Jintan yang terletak sama tinggi dengan aras laut akan menyebabkan ia sentiasa dibanjiri air.

Katanya, sumber dari Jabatan Pertanian mengesahkan, pihak jabatan masih dalam kajian berkenaan kesesuaian kawasan tersebut untuk dijadikan kawasan penanaman padi.
http://buletinonline.net/images/berita14/makjintanalurnaklimpah.jpg

“Saya difahamkan, kajian kesesuaian tanah masih dalam peringkat akhir, bulan Mac akan datang baru boleh disahkan, sekiranya ia sesuai, banyak kerja infrastruktur yang perlu dibuat,

“alur perlu di korek dan betulkan, ini baru hujan sedikit, air sudah hampir melimpah,”katanya sambil menunjuk kearah alur sungai yang airnya hampir melimpahi tebing,

Menurutnya masalah utama dalam penanaman padi adalah pengurusan air iaitu bekalan air yang mencukupi sepanjang tahun dan saliran air keluar dari sawah padi. (Gambar kanan - air hampir melimpah)

Oleh itu katanya, usaha untuk menyalurkan air dari Empangan Peda di Besut dilihat tidak relevan kerana jaraknya yang terlalu jauh.

“Mengapa tidak bawa turun air dari (Tasik) Kenyir yang sudah sedia ada dan terjamin bekalannya?,”soal beliau.

“Selain untuk mengairi tanaman ia boleh juga digunakan untuk penternakan,”kata beliau yang turut memaklumkan cadangan penggunaan air dari Tasik Kenyir untuk pertanian adalah sebahagian dari perancangan pembinaan empangan tersebut.


Justeru menurutnya kerajaan perlu membuat satu keputusan tepat bagi mengelakkan pembaziran kerana ia melibatkan perbelanjaan besar yang bakal ditanggung oleh rakyat.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan mencari alternatif kawasan tanah lain yang lebih sesuai sekiranya benar-benar mahu menjadikan negeri Terengganu sebagai negeri pengeluar makanan tertutamanya pengeluaran padi. (Gambar bawah - lokasi Mak Jintan pndangan Salelit)


http://buletinonline.net/images/berita14/makjintan.gif


Wakil Raja Bhumibol temui Nik Aziz di Wat Pikulthong

TUMPAT, 12 Nov - Satu majlis bersejarah dapat disaksikan di sini apabila wakil istana Diraja Thailand, Dr Tej Bunnag bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di Wat Pikulthong.

Pertemuan itu berlangsung sempena majlis penyerahan Kathin Diraja Thailand (kain kuning) pemberian Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej kepada wat tersebut yang akan dijadikan pakaian sami.

Dr Tej Bunnag juga bekas Menteri Luar Thailand. Menteri Besar dan tetamu yang hadir menyaksikan perarakan kain tersebut dibawa masuk oleh Bunnag yang lengkap dengan pakaian istiadat Diraja Thailand ke wat terbabit.

Wat Pikulthong merupakan wat pertama di luar Thailand yang menerima anugerah tersebut.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz ketika bercakap kepada pemberita berharap hubungan antara Thailand dan Malaysia dapat dipertingkatkan lagi.Image

"Saya harap kami di sini mengambil tanggungjawab di pihak Kelantan, manakala Raja Thai melaksanakan tanggungjawabnya. Dua tanggungjawab itu menjadi bertambah baik," katanya.

Beliau juga berkata, rakyat keturunan Siam yang tinggal di Kelantan sama seperti kaum lain yang perlu diberi perhatian kerajaan negeri.

"Saya tidak pandang masalah bangsa. Mereka adalah rakyat saya. Semuanya dalam jagaan saya dan sekiranya mereka ada masalah, mereka boleh berjumpa ketua kaum masing-masing untuk diketengahkan kepada kerajaan.

"Tindakan saya adalah berdasarkan kepentingan insan. Kelantan dan Thailand cuma dipisahkan Sungai Golok sahaja," katanya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Mustapa Mohamed yang sepatutnya hadir sebagai mewakili kerajaan Persekutuan hanya diwakili Setiausaha Politiknya, Dr Azmi Stapa.

Dr Azmi ketika ditemui berkata, kedatangan Menteri Besar menambah meriah lagi majlis tersebut bagi merapatkan lagi hubungan rakyat kedua-dua negara.

Turut hadir di majlis itu anggota-anggota Exco, Dato' Anuar Tan Abdullah, Dato' Takiyuddin Hassan, Che Abdullah Mat Nawi, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim dan pemimpin masyarakat pelbagai kaum.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .