Ikuti Blog ini
60 petisyen gambaran kredibiliti SPR dipertikai ,Jumaat, Jun 14, 2013 at 14.6.13,
KUALA LUMPUR: 60 petisyen yang difailkan Pakatan Rakyat dan BN bagi membantah keputusan pilihan raya menggambarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agak kelam-kabut dalam menjalankan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Hatta Md. Ramli, berkata keadaan itu juga menunjukkan dakwaan bahawa SPR tidak menjalankan tanggungjawab itu dengan baik memang berasas.
"Apabila banyak petisyen difailkan, ia menggambarkan banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan pilihan raya baru-baru ini. Sekaligus, rasa tidak puas hati itu serba-sedikit ada kesan secara tidak langsung dengan peranan SPR," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Bagaimanapun, kata beliau masih banyak perkara yang membabitkan SPR yang dipertikaikan, tetapi tidak dapat disertakan sekali bersama petisyen.
"Seperti contoh, dakwaan berkaitan dakwat kekal, di mana kita mahu letakkan dalam petisyen? Begitu juga dengan hal 'care-taker government'. Saya fikir, jika perkara sedemikian boleh dimasukkan ke dalam petisyen, lebih banyak agaknya petisyen difailkan," kata beliau.
Daripada jumlah keseluruhan 60 petisyen itu, 39 dikemukakan oleh Pakatan Rakyat manakala 21 lagi oleh BN.
Bagi Pakatan Rakyat, 39 petisyen tersebut adalah membabitkan 25 kerusi parlimen manakala 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).
Bagi BN pula, 21 kawasan yang terlibat adalah masing-masing enam parlimen dan 15 Dun. -Hrkh
Pelantikan Tengku Adnan Mansor Sebagai Menteri Dipertikai , at 14.6.13,
Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang kini Menteri Wilayah Persekutuan perlu bersih daripada dakwaan terbabit dalam konspirasi skandal Datuk V K Lingam berhubung pelantikan hakim.
Bagaimanapun, segalanya sudah terlambat apabila beliau didapati bersekongkol merosakkan Perlembagaan Persekutuan apabila terbongkarnya rahsia besar sepertimana pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang mendapati beliau berkonspirasi mengatur pelantikan hakim.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataannya berkata, pendedahan RCI pada 2008 jelas menunjukkan bahawa menteri baru yang dilantik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu menjadi satu misteri.
“Saya hairan mengapa pemimpin seperti itu dilantik sebagai menteri kerana ia boleh dipertikaikan.
“Tengku Adnan sudah mengangkat sumpah sebagai Menteri dan Timbalan Menteri sebelum ini berjanji akan “melindungi, memelihara dan mempertahankan” Perlembagaan Persekutuan tetapi beliau sendiri memusnahkan kredibiliti institusi keadilan negara,” katanya.
Justeru itu, katanya, pelantikan itu membuktikan Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai pemimpin berkarisma dan lebih baik.
“Ini membuktikan segala pembaharuan yang didakwa Najib tidak akan ke mana. Malaysia tidak akan mampu mengeluarkan dirinya daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa selagi orang seperti itu, yang jelas merosakkan perlembagaan dilantik ke jawatan menteri,” katanya.
Pada September 2007, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kebocoran rakaman perbualan telefon selama lapan minit VK Lingam dengan seorang hakim kanan membincangkan konspirasi jahat untuk menetapkan pelantikan hakim kanan dalam badan kehakiman Malaysia.
Dalam rakaman selama lapan minit itu, nama Tengku Adnan disebut tidak kurang daripada 11 kali.-Roketkini
Tiang penangkap kilat Menara Umno Penang runtuh , at 14.6.13,
Lagi cerita kejadian runtuh. Kalau sebelum ini jambatan runtuh kali ini tiang penangkap kilat pula yang runtuh.
Tujuh pengguna jalan raya cedera termasuk 2 parah. Penangkap kilat sepanjang 15 meter di Jalan Macalister, Georgetown runtuh selepas kejadian ribut pada jam 7.10 petang semalam.
Tiang tersebut dipercayai terletak diatas Menara UMNO P.Pinang. Bahagian bumbung Ibu Pejabat Umno Pulau Pinang setinggi 25 tingkat tumbang.
Impak struktur besi yang tumbang menggemparkan. Sejak 6.00 petang, kejadian ribut dan hujan lebat telah melanda Pulau Pinang dan beberapa tempat banyak pokok yang tumbang. Kenapa Menara Umno yang dipilih?
Najib Bakal Hadapi Undi Tak Percaya, Ku Li Ambil-Alih Jawatan PM? , at 14.6.13,
Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan lebih ramai ahli Parlimen daripada kedua-dua gabungan bertelagah minggu ini dalam usaha untuk dipilih sebagai perdana menteri selepas Parlimen bermula pada 24 Jun, kata sumber.
The Malaysian Insider difahamkan, putera raja Kelantan itu telah mengaturkan mesyuarat di rumah a la White Housenya di Langak Golf di sini untuk membincangkan strategi mendapatkan cukup angka dalam Parlimen ke 13 untuk mengambil alih jawatan Datuk Seri Najib Razak.
Beliau hanya memerlukan 112 undi, termasuk dirinya, jika usul diluluskan bagi 222 anggota Dewan Rakyat memilih perdana menteri. Akan tetapi masih diragui sama ada beliau boleh mendapatkan cukup sokongan untuk menjatuhkan Najib.
“Sesetengah ahli Parlimen bersetuju Ku Li adalah satu-satunya boleh menyediakan kepimpinan,” kata sumber yang biasa dengan mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider merujuk kepada nama samaran putera raja Kelantan itu.
“Kita bercakap tentang sokongan dari PAS dan DAP juga,” tambah beliau.
PAS dan DAP masing-masing memenangi 21 dan 38 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih rendah tujuh berbanding 140 dimenanginya pada Pilihan Raya 2008.
Sekutu PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR), PKR mendapat 30 kerusi Parlimen dan pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai calon gabungan itu bagi jawatan perdana menteri jika mereka menawan Putrajaya.
Satu sumber lain mengatakan Tengku Razaleigh dilihat sebagai calon kompromi oleh ahli-ahli Parlimen BN yang tidak menyokong sama ada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Anwar untuk jawatan tertinggi itu.
“Pemilihan untuk ahli-ahli Parlimen BN yang tidak gembira mudah. Ku Li atau Muhyiddin akan tetapi memilih TPM bermakna penerusan polisi Mahathir. Tiada beza diantara Najib dan Muhyiddin.
“Ku Li sebagai PM akan bebas daripada polisi seperti itu,” kata sumber kepada The Malaysian Insider merujuk kepada pesaing ahli Parlimen Gua Musang itu, perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kem Mahathir sudah memberikan tekanan kepada Najib untuk membuang penasihat-penasihatnya yang mana strategi mereka menyebabkan prestasi buruk BN dalam PRU13. Najib masih belum melantik semula setiausaha politiknya yang kalah akan tetapi ahli strategi “bilik perang” kekal bertugas, dengan dua daripada mereka masing-masing dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.
Pelantikan Kabinet Najib bulan lepas menyebabkan kemarahan beberapa ahli Parlimen terutamanya dari Sabah dan Sabah yang merasakan mereka layak diberikan jawatan tinggi kerajaan.
Difahamkan Najib telah menjanjikan sesetengah daripada mereka jawatan dalam agensi kerajaan beberapa minggu lagi.
Akan tetapi beberapa ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah Isnin malam bagi membincangkan pilihan masa depan mereka.
Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen.
BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen.
Walau bagaimanapun, Najib hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen.
Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri. -TMI
Bekas Adun dilantik Speaker Dun Kelantan , at 14.6.13,
KOTA BHARU: Bekas Adun Air Lanas, Ustaz Abdullah Ya’kub (gambar) hari ini mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan yang baru.
Manakala Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman pula dilantik sebagai Timbalan Speaker.
Nama kedua-duanya dicadangkan oleh Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, kemudian disokong Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.
Majlis angkat sumpah itu bermula jam 9 pagi dengan bacaan doa diketuai Setiausaha Dewan, Muhammed Imran Mansoor.
Kemudian Abdullah mengangkat sumpah dan menandatangani watikah pelantikan sebagai anggota tambahan Dun Kelantan.
Beliau kemudian mengambil tempat di kerusi Speaker selepas dipakai jubah khas dan songkok oleh Menteri Besar.
Diikuti pula Abdul Latiff mengangkat sumpah dan dipakai jubah khas sebagai Timbalan Speaker.
Imran turut memberitahu pihaknya sebelum ini telah menerima perakuan untuk berkhidmat sebagai Speaker daripada Abdullah.
“Cadangan perbahasan pemilihan Speaker juga tidak dibenarkan selepas pihak Dewan hanya menerima seorang sahaja calon,” katanya.
Selepas itu majlis angkat sumpah ahli-ahli Dewan dimulakan Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan anggota-anggota Exco.
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (PAS-Chempaka) mendahului mengangkat sumpah bagi penyokong kerajaan, manakala Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) pembangkang.
Zulkifli Ali (BN-Selising) merupakan ahli Dewan terakhir mengangkat sumpah hari ini.
Bagaimanapun sebelum itu Speaker mengumumkan tiga ahli Dewan tidak hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Mereka iaitu Datuk Husam Musa (PAS-Salor), Datuk Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Wakaf Bharu) dan Datuk Seri Mustapa Mohamed (BN-Air Lanas).
Abdullah turut merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Menteri Besar dan kerajaan negeri di atas penghormatan diberi sehingga dilantik sebagai Speaker.
“Oleh itu saya berharap mendapat kerjasama sepenuh ahli-ahli Dewan bagi melancarkan perjalanan persidangan setiap kali diadakan,” katanya.
Turut menyaksikan majlis bersejarah itu anggota parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan, anggota parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan pegawai-pegawai kanan kerajaan. -Hrkh
Pembuat Kereta Nafi Dakwaan Utusan Mengenai Penurunan Harga , at 14.6.13,
Pembuat kereta Volkswagen dan Peugeot kedua-duanya telah menafikan penurunan harga tahun ini seperti dilaporkan oleh akhbar milik Umno Utusan Malaysia tiga hari lalu sebagai bukti gabungan pemerintah itu menunaikan janji pilihan raya mereka.
Utusan telah melaporkan Volkswagen, Peugeot, Honda dan pembuat kereta tempatan Proton dan Perodua telah menurunkan harga sepuluh model mereka sehingga 11 peratus bermula Januari tahun ini, menyiarkan senarai harga sebagai bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menunaikan janji mereka untuk menurunkan harga kereta dalam manifesto Pilihan Raya 2013.
“Sila ambil perhatian, harga di imej itu tidak tepat. Harga Golf memang RM157,888 semenjak dilancarkan. Bukan RM169,888,” kata wakil dari Volkswagen Malaysia di akaun Facebook mereka merujuk kepada salah satu model Golf.
Seorang pengguna sebelum itu memuat naik laporan Utusan, yang mendakwa harga Golf telah dikurangkan sehingga 7.1 peratus dari RM169,888 ke RM157,888.
Bercakap kepada The Malaysian Insider, seorang pengedar untuk pembuat kereta Jerman itu mengesahkan harga Golf Mark 7 1.4 TSI yang dilancarkan sejak awal tahun ini memang berharga bermula dari RM157,888.
Peugeot Malaysia juga telah memberi respon di laman Facebook mereka mengenai dakwaan Utusan harga bagi model 308 telah diturunkan sebanyak 11 peratus dari RM115,663 ke RM102,888.
“Tanpa sebarang prejudis, tiada apa-apa dikeluarkan oleh kami, kami tidak dirujuk sebelum artikel itu dicetak dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan laporan berita itu. Harga yang ditunjukkan 308 Turbo pra- facelift dan 308 VTi sebenarnya merupakan dua varian berbeza dari Peugeot 308,” kata pembuat kereta Perancis itu.
Seorang pengedar Peugeot memberitahu The Malaysian Insider model facelift 308 VTi semenangnya berharga RM102,888 semenjak ianya dilancarkan pada pertengahan tahun lepas dan harga 308 Turbo adalah RM121,888.
Utusan juga melaporkan Honda Jazz Hybrid kini berharga RM89,900 selepas diturunkan sebanyak 2.5 peratus dari RM92,187.
Semakan dengan pembuat kereta dari Jepun itu mengesahkan model versi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) di kilang Alor Gajah sememangnya dijual pada RM89,900 semenjak dilancarkan tahun lepas. Manakala model versi kenderaan jenis diimport sepenuhnya (CBU) dilancarkan sebelum ini berharga RM94,800.
Akhbar Melayu itu juga melaporkan penurunan harga bagi model syarikat tempatan seperti Persona, Preve, Saga dan Exora dari Proton, dan Alza, Viva, dan Myvi dari Perodua.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengulangi ikrar pilihan raya untuk mengurangkan harga kereta melalui akaun Twitter lewat bulan lepas, berjanji harga kereta akan dikurangkan secara berperingkat sehingga 2017.
Pada hari sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan telah berjanji untuk mengurangkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun, seperti yang digariskan dalam manifesto pilihan raya BN.
“Malah, sejak Oktober tahun lalu, harga 10 model popular di negara ini telah turun secara purata 7.3 peratus,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu, pertama selepas Mustapa dilantik semula ke dalam Kabinet.
Kedua-dua BN dan pembangkang Pakatan Rakyat telah berikrar harga kereta lebih murah menjelang pilihan raya Mei, walaupun melalui mekanisme berbeza.
Anwar Akan Buktikan Wan Muhammad Azri Itu "Papagomo" ,Khamis, Jun 06, 2013 at 6.6.13,
Anwar beri keterangan saman ‘Papa Gomo’ 27 Jan
Mahkamah Tinggi menetapkan 27 Jan tahun depan untuk mendengar keterangan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes saman beliau terhadap penulis blog ‘Papa Gomo’ kerana didakwa menyiarkan perkataan fitnah dan mengaitkan beliau dengan seorang lelaki dalam video seks.
Hakim Rosilah Yop turut menetapkan 28 Jan untuk mendengar kes saman itu. Beliau menetapkan tarikh itu hari ini ketika kes berkenaan dikemukakan untuk pengurusan kes.
Peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Anwar memberitahu pemberita anak guamnya (plaintif) akan memanggil empat saksi manakala Wan Muhammad Azri Wan Deris (defendan) dijangka memanggil dua saksi.
Pada 21 Mac lepas, Anwar memfailkan saman fitnah RM100 juta dengan mendakwa Wan Muhammad Azri, pemilik laman blog www.papagomo.com menyiarkan empat siri perkataan fitnah dalam laman web itu pada 16, 17, 19 dan 20 Mac lepas.
Dalam pernyataan tuntutannya Anwar mendakwa defendan turut meletakkan satu pautan web yang memaparkan siri imej dan defendan telah secara nyata dan/atau tersirat menyatakan bahawa individu dalam imej itu ialah plaintif.
Anwar menuntut ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos, lain-lain relif yang difikirkan wajar dan satu injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej itu.
Wan Muhammad Azri dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 20 Mei menafikan bahawa beliau pemilik blog ‘Papa Gomo’.
Beliau menegaskan alamat kediaman yang dinyatakan menerusi saman Anwar itu bukan miliknya dan beliau tidak mengenali plaintif secara peribadi.
Anwar dalam jawapannya kepada pernyataan pembelaan Wan Muhammad Azri itu berkata beliau boleh membuktikan bahawa defendan adalah pemilik blog ‘Papa Gomo’.
Beliau mendakwa defendan turut melakukan serangan peribadi terhadap parti pembangkang dan pemimpinnya tanpa membuat sebarang justifikasi. - Bernama
PANAS: Waytha SENYUM bila Uthaya kena JAILED , at 6.6.13,
The Hindraf brothers: Uthaya jailed the day Waytha becomes senator
More than five years after he was first charged under the sedition act, Hindu Rights Action Force de facto leader P Uthayakumar has now been sentenced to two-and-a-half years in prison.
As Uthayakumar was in court this morning, his estranged brother P, Waythamoorthy was being sworn in as a senator in parliament, taking on the position of a deputy minister in the prime minister's department
Uthaya dipenjara 30 bulan
Pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) P Uthayakumar dijatuhi hukuman penjara dua tahun enam bulan selepas didapati bersalah membuat kenyataan hasutan pada 2007.
Beliau didakwa memuatkan bahan hasutan dalam surat yang ditulis antara 15 November hingga 8 Disember 2007 kepada perdana menteri British ketika itu Gordon Brown, yang mendakwa terdapat pembersihan etnik India miskin di Malaysia.
Dia juga memuatkannya di laman web Police Watch yang tidak lagi beroperasi.
Pada Isnin, Uthayakumar menolak untuk menyambung pembelaannya atas alasan bahawa keadaan kes itu tidak membenarkannya untuk meneruskannya. Dia juga enggan membuat penghujahannya pagi ini.
Kes itu dikendalikan oleh Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain.
UMNO Baru Terjaga Ketika Matahari Sudah Tegak Di Atas Kepala - TGNA , at 6.6.13,
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Perdana Menteri mahu meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah Jawatankuasa Khas Parlimen adalah bukti SPR sangat pincang sebelum ini.
"Pada saya, ini sebenarnya tidak lain hanyalah sebesar-besar bukti bahawa proses perjalanan pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR sangat pincang," kata beliau dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.
Bagi beliau, jika sebelum ini, ada pemimpin Umno yang mencadangkan agar sesiapa yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihanraya boleh keluar dari bumi Malaysia, di mana agaknya wajahnya ingin diletakkan dengan pengumuman Presiden Umno itu sendiri?.
Sehubungan itu beliau mengingatkan para pemimpin Umno dan lain-lain pihak jangan memperlekehkan pandangan rakyat.
"Saya ingatkan, jangan sesekali memperlekeh pandangan pandangan rakyat marhaen," tegasnya.
Sementara itu, pandangan Tuan Guru Nik Aziz dikongsi oleh anggota Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong (gambar kanan).
"Saya berpendapat ini merupakan taktik terbaru Umno-BN untuk menghalalkan sebarang tindakan SPR di masa depan bagi mengekalkan kuasa mereka," katanya.
Jika Perdana Menteri betul-betul ikhlas untuk melaksanakan pembaharuan sistem pilihan raya, beliau menyeru supaya segera dilaksanakan tuntutan Bersih 3.0 iaitu
1) melaksanakan lapan tuntutan Bersih 2.0,
2) pimpinan SPR meletak jawatan segera kerana kehilangan keyakinan rakyat terhadap SPR, dan
3) membenarkan pemantau antarabangsa bebas untuk memantau pilihan raya.
"Jika ini tidak dilaksanakan terlebih dahulu, maka sebarang perubahan hanyalah perubahan kosmetik dan bakal menjadi satu lagi projek penipuan Barisan National," katanya.
Matahari Tegak dan UMNO Baru Terjaga
Saya membaca laporan muka hadapan Sinar Harian hari ini yang memuatkan pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia bahawa kerajaan telah memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada satu Jawatankuasa Khas Parlimen yang bebas dan dwipartisan dianggotai wakil rakyat kerajaan dan pembangkang.
Khabarnya ini bertujuan untuk memperkukuh kewibawaan dan kredibiliti badan pelaksana pilihan raya negara.
Saya memetik kata-kata Datuk Seri Najib yang antara lain menyatakan bahawa langkah ini bagi memastikan peranan suruhanjaya itu sebagai badan bebas tidak lagi dipersoalkan, sekali gus mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap peranannya mengadakan pilihan raya secara telus dan lancar.
Pada saya, ini sebenarnya tidak lain hanyalah sebesar-besar bukti bahawa proses perjalanan pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR sangat pincang.
Inilah yang saya tegaskan kepada para wartawan yang bergegas ke rumah saya meminta ulasan di atas pengumuman Perdana Menteri itu.
Jika sebelum ini, ada pemimpin Umno yang mencadangkan agar sesiapa yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihanraya boleh keluar dari bumi Malaysia, di mana agaknya wajahnya ingin diletakkan dengan pengumuman Presiden Umno itu sendiri?
Saya ingatkan, jangan sesekali memperlekeh pandangan pandangan rakyat marhaen.
Jika dahulu pemecatan Tun Salleh Abbas daripada jawatannya selaku Ketua Hakim Negara turut dipertikai oleh rakyat jelata tetapi kerajaan bermati-matian mempertahankan pemecatan tersebut. Alih-alih apabila teraju pemerintahan negara diambil alih oleh orang lain, Tun Salleh Abbas tidak semena-mena menerima pampasan daripada 'kesilapan kerajaan'. Siapa yang kata kerajaan tidak pernah silap?
Hari ini dengan pelbagai persepsi masyarakat terhadap SPR, sewajarnya kerajaan mengakui sahaja kesilapan.
Isu dakwat kekal yang bertukar menjadi tidak kekal dan senarai yang tidak bersih memperlihatkan seolah-olah kerajaan hari ini berdiri di atas mandat yang tidak betul.
Itu belum lagi dicampur isu undi awal yang jelas sekali prosesnya benar-benar menguntungkan Barisan Nasional.
Benar sangatlah reaksi langsung daripada rakyat di seluruh negara yang bangkit beramai-ramai menuntut pembersihan di dalam pilihanraya. Perlu diingatkan, PAS bukan tidak pernah kalah di dalam pilihanraya, bahkan PAS lebih banyak kalah daripada menang.
Namun dalam masa yang sama, PAS tidak boleh menerima penipuan di dalam pilihanraya. Ingatlah, amanah yang diperolehi daripada jalan yang haram hanya menjadi beban yang sangat berat untuk ditanggung di akhirat kelak!
Saya fikir mustahil Barisan Nasional ingin menurut jejak langkah rejim Hosni Mubarak di Mesir yang menang hampir seratus peratus di dalam pilihanraya tetapi akhirnya kecundang di jalan raya.
Dengarlah suara hati rakyat. SPR wajar dirombak, perbetulkan kembali sistem pilihanraya.
Sayangnya, Umno lambat sedar. Dalam pada rakyat bangkit beramai-ramai mempersoalkan kredibiliti SPR, ada pemimpin Umno masih bermain madah pujangga menegakkan benang yang basah.
Jika umpama orang yang tidur, Umno hanya terjaga ketika matahari tegak di atas kepala!
Salam hormat,
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Perhimpunan aman 15 Jun di Padang Merbok , at 6.6.13,
KUALA LUMPUR: Perhimpunan aman Black505 bagi menolak penipuan serta menuntut reformasi pilihan raya akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur 15 Jun ini bermula jam 2 petang.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, lokasi itu dipilih selepas mengambil kira pandangan pihak polis yang menggesa supaya perhimpunan tidak melibatkan Dataran Merdeka.
“Pilihan utama kita semestinya Dataran Merdeka, tetapi buat masa ini kita tetapkan dahulu Padang Merbok dan akan mendapatkan kebenaran dari polis untuk menggunakan Dataran semasa menghantar surat makluman nanti,” jelas Rafizi dalam sidang media hari ini.
Menurutnya, surat makluman kepada pemilik Padang Merbok, DBKL dan Balai Polis Dang Wangi akan dihantar pada hari ini sebagai memenuhi peraturan dalam Akta Perhimpunan Aman iaitu notis dalam tempoh 10 hari.
Surat tersebut ditandatangani Rafizi bersama wakil PAS iaitu Syed Azman Syed Nawawi dan Anthony Loke dari DAP.
“Kita harap tidak akan berlaku sebarang tangkapan lagi kerana kita sudah memenuhi peraturan yang ditetapkan,” kata Rafizi dipetik KeadilanDaily.
Sementara itu, Pengarah Programm Datuk Johari Abdul berkata keselamatan peserta yang mengikuti himpunan menjadi keutamaan penganjur.
“Paling penting adalah keselamatan peserta, berhimpun dalam suasana aman dan santai,” katanya. -Hrkh
Rakyat Selangor mencipta sejarah ,Sabtu, Jun 01, 2013 at 1.6.13,
Ramai melihat agenda melantik menteri besar di Selangor dan barisan Exco dengan kanta pandang dekat. Ramai mungkin yang mahu memberi pandangan walaupun dalam banyak masa mereka tidak mempunyai sebarang maklumat tepat untuk membuat komen. Maka wujudlah beberapa siri perbincangan panas antaranya Istana campurtangan dalam pemilihan Exco, politik kuno berpaksikan kaum, politik order lama yang tidak sensitif gender dan bermacam lagi.
Bila ada ura-ura kononnya istana atau lebih khusus lagi DYMM Sultan cuba memberi nasihat dan pandangan dalam pelantikan Exco maka terus sahaja kita membuat kesimpulan bahawa Tuanku mahu campurtangan dalam pentadbiran negeri, baginda seorang yang rasis dan hanya memihak kepada orang Melayu.
Tidak sedikit yang menyatakan rasa marah dan tersinggung serta kesedihan mereka dengan berita tersebut. Ramai kita terlupa bahawa politik Pakatan Rakyat yang kita bawa adalah politik baru dengan semangat politik inklusif, yakni ruang bersuara dan memberi pandangan terbuka luas kepada semua pihak dan saya berpandangan ianya tidak terkecuali kepada pihak istana.
Lebih malang apabila timbul cerita bahawa pihak istana mahu formula 6:4 (Melayu: Bukan Melayu) digunapakai dan isu kaum terus dimainkan tanpa cuba melihat mungkin ada sudut lain yang lebih positif dan membina yang boleh dilihat. Bila kita lihat keputusan 15:15:14 PAS DAP dan PKR, ini bermakna keputusan tersebut telah melonjakkan kerusi PAS yang dahulunya hanya lapan kepada 15 kerusi.
Sedar atau tidak dengan lonjakan tersebut telah sekaligus membenamkan tohmahan Umno-Najib bahawa PRU 3 adalah Tsunami Cina hingga membawa kepada keceluparan melampau apabila mereka mengatakan “Apa Lagi Cina Mahu”. Kawasan majoriti Melayu di Sepang dan Sabak yang dimenangi oleh PAS telah memusnahkan ego Najib dan kuncu utamanya Md Zin.
Justeru, dengan memperolehi 15 kerusi amat wajar PAS diberikan penghargaan kerana bukan sahaja memang mereka telah melonjakkan kerusi Pakatan Rakyat hingga mendapat 3/4 majoriti di dalam Dewan, malahan telah menafikan jolokan Tsunami Cina yang cuba dimainkan oleh Umno. Ianya saya lihat telah menggagalkan usaha Umno untuk memalukan masyarakat Melayu di Selangor hingga boleh mewujudkan ketegangan kaum.
Saya berpendapat inilah yang cuba dibayangkan oleh Tuanku semasa membuat keputusan untuk tetap memberi pandangan kepada MB bahawa rayuan MB di saat akhir dengan tujuan memberi 4 kerusi Exco kepada DAP tidak boleh dirai. Namun, benar percakapan umum bahawa politik terbaca atas persepsi dan bukan dari niat sebenar. Maka persepsi menggambarkan Tuanku seperti anti-Cina dan hanya mementingkan politik orang Melayu.
Bagaimana pula hari ini? Setelah melihat pentadbiran PR Selangor dengan berani mencipta sejarah melantik YB Puan Hannah Yeoh sebagai Speaker lantas menjadi Wanita (Cina) pertama yang menduduki kerusi tersebut adakah persepsi di atas masih terpakai? Terbukti hari ini politik Selangor telah menjangkau ke hadapan - meninggalkan politik rasis dan gender ke belakang. Tidak terfikirkah kita bahawa DYMM Tuanku juga memainkan peranan besar di dalam sejarah yang kita cipta ini?
Sejarah mampu dicipta di Selangor ekoran dari proses konsultasi, tawar menawar, tikaman lidah hingga mewujudkan kerjasama erat dan kebijaksanaan Menteri Besar, pemimpin Pakatan Rakyat hatta dari keperihatinan DYMM Tuanku sendiri.
Sebenarnya saya tidak hadir pada majlis angkat sumpah Exco yang penuh istidat dan bersejarah hari ini kerana khuatir kokokan batuk yang saya alami sejak PRU dahulu akan mengganggu keharmonian upacara. Meskipun saya dijemput sendiri oleh Dato Pengelola Istana tapi saya terpaksa menolaknya walau dengan hati yang berat.
Biarlah acara gemilang berlangsung cemerlang tanpa ada bunyi atau suara sumbang-garau yang mencemar majlis. Cukup sekadar menyediakan teks sembah ucapan Dato Menteri Besar kepada Tuanku menjadikan saya seolah-olah berada di sana merai hari bahagia rakyat Selangor.
Memandangkan saya ada kelapangan berada di rumah, saya mengambil kesempatan membuat catatan ini dengan hasrat mahu mengimbangi keghairahan kita memberi pendapat dengan harapan dapat mengecapi politik ideal. Ghairah mengetengahkan harapan agar tiada campurtangan istana dalam pentadbiran negeri.
Harapan agar politik tidak diukur dengan ras dan kaum. Harapan agar politik kita terkeluar dari kekangan gender. Saya akui semua harapan itu memang baik dan ideal; tidak keterlaluan jika saya katakana itulah suasana politik yang didambakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia.
Namun pada saya, apa yang lebih penting ialah natijah dan hasil dari proses yang kita ambil dalam berpolitik. Maksud saya, apa yang kita lihat di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang. Pentadbiran Selangor membariskan barisan Exco yang mempunyai cukup representasi dari Melayu, Cina dan India. Selangor lengkap dengan reprentasi Wanita dalam Exco yakni sebanyak 40 peratus.
elangor mencipta sejarah apabila buat julung-julung kalinya melantik seorang Speaker wanita berbangsa Cina dan timbalan speaker termuda di dalam sejarah politik negara. Pakatan Rakyat Selangor berjaya membariskan barisan Exco profesional pelbagai bidang dan jurusan; Peguam, doktor, arkitek, dentis hatta seorang ilmuan agama seperti Ustaz Solehin Muhyi.
Rakyat Selangor pula semuanya berbangga menjadi rakyat di negeri Selangor yang telah memilih pimpinan mereka yang pelbagai bidang. Cuma satu perkara yang ingin saya ketengahkan, di sebalik kegembiraan dan kebanggaan yang kita semua rasai ketika ini, harus diketahui juga ianya bukan datang dengan sendiri.
Bukan juga dengan campurtangan mana-mana pihak. Ianya adalah hasil dari proses bertikam lidah, konsultasi, perbincangan serta tawar menawar yang dilakukan semua pihak; parti-parti politik, pegawai eksekutif di pejabat Menteri Besar dan pegawai di istana.
Malah yang lebih besar lagi apabila DYMM Tuanku sendiri yang ada ketika pada siri menghasilkan barisan Exco dan speaker, telah sanggup mencemar duli. Pada saya, sejarah hari ini telah dicipta semua orang baik dari keturunan raja hinggalah pacal rakyat marhaen dan budak suruhan pejabat serta para bentara di istana.
Syabas rakyat Selangor dan tahniah kepada pimpinan yang dilantik menerajui pentadbiran negeri. Selamat menjalankan tugas - bekerja demi rakyat tanpa memihak kepada sesiapa dan tanpa rasa takut kepada manusia. Sesungguhnya rakyat hakim negara dan Allah pemilik sekalian alam.
FAEKAH HUSIN setiausaha politik kepada menteri besar Selangor.
Khir Toyo Selangkah Lagi Ke Penjara, Mengadu Dikambinghitamkan Najib , at 1.6.13,
Khir Toyo dakwa dijadikan ‘kambing hitam’ dalam perang anti-rasuah Najib
KUALA LUMPUR, 31 Mei — Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa dirinya menjadi mangsa “kambing hitam” dimanipulasi untuk kepentingan politik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Semalam Mahkamah Rayuan menolak rayuan Dr Mohamad Khir dan mengekalkan hukuman penjara 12 bulan berhubung kes rasuahnya.
“Saya sudah tidak peduli lagi jika keputusan telah dibuat untuk memenjarakan saya sebagai ikon untuk menunjukkan kerajaan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ini telus dan mahu membanteras rasuah,” kata beliau dalam tulisan di blognya www.drkhir.com.
“Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya,” tambah beliau lagi.
Menurut Dr Mohamad Khir, beliau didakwa melakukan Criminal Breach Trust (CBT) atau pecah amanah di bawah Kanun Keseksaan bukannya kesalahan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia.
“Sepanjang perbicaraan, keterangan pegawai PKNS jelas menunjukkan saya menyokong puluhan surat cadangan memajukan tanah PKNS secara usahasama. Ada sokongan saya yang diluluskan dan yang ditolak oleh jawatan kuasa teknikal.
“Sebab tu saya dituduh melakukan Criminal Breach Trust (CBT) atau pecah amanah di bawah Kanun Keseksaan bukannya kesalahan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Namun SPRM dengan bangganya menyatakan bahawa kejayaan pendakwaan ke atas saya merupakan bukti kerajaan serius membanteras rasuah,” katanya.
Semalam panel tiga hakim Mahkamah Rayuan memutuskan hakim perbicaraan tidak membuat apa-apa kesilapan dalam membuat keputusan berhubung kes rasuah bekas menteri besar Selangor itu.
Tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin bagaimanapun membenarkan peguam perayu Datuk Seri Mohamad Shafee Abdullah agar menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menantikan keputusan rayuan Mahkamah Persekutuan.
Hakim Datuk Azahar Mohamed yang membacakan penghakimannya selama hampir dua jam berkata panel tiga hakim yang turut dianggotai Datuk Aziah Ali telah sebulat suara berpendapat bahawa tiada sebab untuk Mahkamah Rayuan mengganggu dapatan fakta serta penyabitan yang dibuat oleh hakim mahkamah tinggi pada 23 Disember, 2011.
Beliau berkata setelah meneliti semua rekod rayuan, serta hujah daripada kedua-dua pihak, panel bersetuju bahawa hakim perbicaran telah membuat keputusan yang tepat dan tidak terkhilaf dalam menyabitkan Dr Mohamad Khir dengan pertuduhan itu.
Dr Mohamad Khir didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember, 2011 kerana dikatakan membeli dua bidang tanah dan rumah banglo di Seksyen 7, Shah Alam lebih murah dari harga sebenar di pasaran.
Beliau didapati bersalah menggunakan pengaruhnya sebagai menteri besar untuk membeli kediaman mewah dan tanah sehingga potongan sebanyak RM3 juta lapan tahun lalu.
Peguamnya, Muhammad Shafee memberitahu pemberita semalam beliau akan memfailkan satu notis rayuan di pejabat pendaftaran Mahkamah Rayuan hari ini. TMI
Mahasiswa tunjuk perasaan desak Zahid letak jawatan , at 1.6.13,
PUTRAJAYA: Sekumpulan mahasiswa berhimpun di depan pejabat Kementerian Dalam Negeri bagi mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan, ekoran penahanan aktivis yang bermotifkan politik.
Kira-kira 30 mahasiswa berkumpul berhampiran pintu masuk utama KDN, dengan membawa kain rentang bagi menunjuk perasaan secara aman selepas solat Jumaat.
Ketua Solidariti Mahasiswa Malaysia, Mohammad Safwan Anang yang baru dibebaskan dengan ikat jamin hari ini turut turun padang dan dengan lantang mendesak Zahid letak jawatan kerana mencemar profesionalisma Kementerian Dalam Negeri.
Beliau ditahan Rabu lepas dan disiasat dibawah Akta Hasutan 1948 berhubung ucapannya pada program Malam Anak Bangsa Malaysia di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) 13 Mei lalu, yang didakwa berbaur hasutan.
“Kita rasa Datuk Seri Zahid Hamidi perlu berundur, letak jawatan sekiranya beliau masih gagal untuk menangani isu ini.
“Yang kedua, yang cukup jelas dan terang beliau juga telah menyalahgunakuasa apabila mengarahkan polis untuk membuat tuduhan secara berpilih dan itu yang kita rasa beliau telah menggunakan jentera kerajaan untuk motif politik,” kata Safwan.
Mahasiswa juga menuntut KDN dan polis dibebaskan dari campurtangan politik yang bagi mereka telah menyebabkan dua badan tersebut bersikap berat-sebelah.
Selain Safwan, aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim juga ditahan dan disiasat dibawah akta yang sama kerana kenyataan beliau di forum yang sama.
Turut ditahan dan didakwa di bawah akta dan sebab yang sama adalah, Naib Presiden PKR Tian Chua, aktivis PAS Tamrin Ghafar dan pemimpin NGO anti-Umno Haris Ibrahim. -Hrkh
Safwan Anang Dibebaskan Jam 10.20 Pagi Tadi ,Jumaat, Mei 31, 2013 at 31.5.13,
Aktivis pelajar yang enggan diikta jamin, Safwan Anang telah dibebaskan tepat jam 10.20 pagi tadi.
Beliau dibebaskan dari penjara Sungai Buloh selepas bersetuju menandatangani borang ikat jamin.
“Safwan bersetuju untuk tanda tangan ikat jamin. Dia akan dibebaskan jam 9 pagi ini dari penjara Sungai Buloh,” kata Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Khalid Ismath membuat pengesahan, lapor Keadilandaily.
Pada 29 Mei lalu, Safwan menolak ikat jamin sebagai bantahan kepada kerajaan berhubung isu tangkapan bermotif politik. Safwan didakwa dibawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan berhubung ucapannya di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH) 13 Mei lalu.
Turut didakwa ialah Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, penyelaras Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim, aktivis Pas, Tamrin Ghafar, aktivis sosial Hishamuddin Rais dan pimpinan mahasiswa Adam Adli.
Kesemua mereka diikat jamin dengan jumlah RM 5,000 setiap seorang dan mahkamah menetapkan 2 Julai bagi pendengaran kes.
Sementara itu, Khalid Ismath memaklumkan, satu serahan memorandum bantahan akan dibuat di Kementerian Dalam Negeri (KDN) Putrajaya jam 2.30 petang ini.
“Kami mendesak Menteri Dalam Negeri yang baru, Datuk Zahid Hamidi menghentikan tangkapan bermotif politik yang melampau,” katanya.
UMNO/BN Semakin Fobia Dengan Pimpinan PR , at 31.5.13,
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar telah tidak dibenarkan oleh pihak imigresen Sabah memasuki negeri ini.
Menurut ahli Parlimen (MP) Lembah Pantai itu, pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sedang mengatur untuk menghantarnya pulang.
"Saya ditahan oleh imigresen Sabah dan diarah pulang oleh pejabat ketua menteri Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca-PRU13. Just you wait BN" tulis Nurul dalam twitter pada kira-kira jam 7.30 petang ini.
Katanya, beliau tidak dibenarkan berjumpa MP Penampang, Darell Leiking yang bertindak sebagai peguamnya.
Nurul Izzah adalah naib presiden PKR yang kedua tidak dibenarkan masuk ke Sabah. Sebelum ini, naib presiden PKR yang juga MP Batu Tian Chua disenaraihitam oleh imigresen Sabah tidak lama selepas kejadian Lahad Datu berlaku pada bulan Februari.
"Terdapat MP lain yang tidak akan dibenarkan masuk ke Sabah. Apabila ditanya nama (mereka yang tidak akan) dibenar masuk, (pihak imigresen berkata ia) dianggap rahsia," kata Nurul Izzah.
Sebelum ini, Hilman Idham, pembantu Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, juga tidak dibenarkan memasuki negeri ini, bersama-sama dengan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Syukri Razab, yang berasal Sabah.
Pada kira-kira 8.20 malam, Nurul menulis dalam twitter bahawa beliau tidak dibenarkan bertemu peguamnya dan diiringi tiga pegawai imigresen Sabah menaiki kapal terbang. -mk
Mohamad Sabu beri 8 punca kekalahan PAS , at 31.5.13,
KUALA LUMPUR:
Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu memberikan lapan sebab yang
biasanya menjadi punca kekalahan PAS dalam setiap kali pilihan raya.
Sebab-sebab itu adalah:
1. Media yang tidak adil.
2. Pemerintah (BN) gunakan jentera kerajaan dalam kempen sebelum dan semasa pilihan raya.
3. Parti pemerintah (BN) menggunakan wang terlalu banyak dalam sogokan kepada pengundi.
4. Politik ugutan, projek dan pembangunan terhadap rakyat yang disyaki enggan mengundi kepada parti pemerintah.
5. Daftar pemilih yang tidak bersih dan dimanipulasikan daftar pemilih oleh BN.
6. Masa berkempen yang pendek, sebelum hari mengundi dan halangan berkempen sebelum pilihan raya terutama di kawasan Felda.
7. Polis didapati memihak dan ejen pula mengugut rakyat untuk kepentingan parti pemerintah (BN).
8. Undi pos yang amat diragukan kesahihannya. -Hrkh
Sebab-sebab itu adalah:
1. Media yang tidak adil.
2. Pemerintah (BN) gunakan jentera kerajaan dalam kempen sebelum dan semasa pilihan raya.
3. Parti pemerintah (BN) menggunakan wang terlalu banyak dalam sogokan kepada pengundi.
4. Politik ugutan, projek dan pembangunan terhadap rakyat yang disyaki enggan mengundi kepada parti pemerintah.
5. Daftar pemilih yang tidak bersih dan dimanipulasikan daftar pemilih oleh BN.
6. Masa berkempen yang pendek, sebelum hari mengundi dan halangan berkempen sebelum pilihan raya terutama di kawasan Felda.
7. Polis didapati memihak dan ejen pula mengugut rakyat untuk kepentingan parti pemerintah (BN).
8. Undi pos yang amat diragukan kesahihannya. -Hrkh
‘SPR Bukan Parti Politik, Wan Ahmad Pun Bukan YB’ , at 31.5.13,
Bekas Ketua Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim membidas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Omar yang mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim memboikot parlimen jika benar-benar yakin berlaku penipuan dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.
Beliau berkata, kenyataan itu adalah tidak wajar dan tidak sepatutnya datang dari seorang Timbalan Pengerusi SPR.
“SPR bukan parti politik dan Wan Ahmad tidak sepatutnya bertindak seolah beliau seorang wakil rakyat.
“(Dan) SPR sepatutnya bertindak secara berkecuali dan profesional dengan menangani segala kritikan dan dakwaan dari mana-mana pihak sekalipun secara berhemah dan mengikut prosedur undang-undang.
“Mereka sepatutnya mampu mengawal diri dalam apa jua keadaan dan tidak melenting seperti cacing kepanasan apabila dikritik keras,” kata Mat Zain dalam suratnya kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini.
Salinannya dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Peguam Cara Negara, Datuk Idrus Harun.
Ahli SPR dilantik khas oleh Yang di-Pertuan Agong
Setiap ahli SPR dilantik khas oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 114 Perlembagaan untuk mengendalikan pilihan raya Persekutuan atau Negeri dengan bersih dan adil mengikut prosedur undang-undang.
Menurut Mat Zain, sekiranya benar pihak SPR sebuah badan berkecuali dan profesional, mereka sepatutnya boleh membuat siasatan sendiri bagi mengesahkan sama ada benar atau tidak, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Ke-6 pada 3.April 2009.
Katanya, ini kerana sumpah itu dengan tidak mengikut Jadual Keenam Perlembagaan seperti yang didakwa.
“SPR hanya perlu menonton semula rakaman upacara mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri oleh Najib di-hadapan Yang di-Pertuan Agong Ke-13, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 3 April 2009, serta membandingkan apa yang dilafazkannya dalam upacara tersebut, dengan perkataan sumpah yang wajib beliau angkat sepertimana yang dinyatakan dalam Jadual Keenam Perlembagaan.
“Verifikasi ini boleh diselesaikan dalam tempoh tidak sampai 5 minit pun. Malahan orang ramai juga boleh membuat semakan sendiri dengan menggunakan kaedah yang sama,” kata Mat Zain lagi.
Beliau juga menyarankan SPR mendapatkan kerjasama Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru Datuk Seri Ahmad Shabbery Cheek untuk menyiarkan acara angkat sumpah Perdana Menteri pada 3.April 2009 itu.
`Filem Tanda Putera’
Ini supaya lebih ramai rakyat yang tidak mempunyai ekses kepada internet, peluang untuk membuat verifikasi yang sama serta sekaligus, dapat memahami isu yang dibangkitkan ini.
“Jika Menteri Penerangan telah menunjukkan keghairahannya untuk filem Tanda Putera ditayangkan kepada umum,maka saya yakin beliau tidak keberatan menayangkan rakaman majlis angkat sumpah yang ringkas itu,” katanya lagi.
Beliau menambah, rakyat boleh membuat penilaian samada Perdana Menteri dan Jemaah Menteri-nya memang sentiasa menghormati dan mematuhi peraturan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan seperti yang mereka sering laungkan, atau ianya sekadar retorik.
Katanya, beliau yakin rakyat akan lebih menyanjung Menteri Penerangan yang baru ini, jika beliau dapat menyiarkan proses perlantikan Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan di kalangan Ahli Dewan Negara yang belum dilantik sebagai Senator seperti kekalutan yang berlaku baru-baru ini, sebagai penambahan ilmu kepada rakyat.
Menurutnya, penerangan seperti ini-lah yang akan dialu-alukan oleh segenap lapisan rakyat khasnya masyarakat luar Bandar dimana mereka boleh menilai sama ada Menteri dan Timbalan Menteri mereka itu jujur ataupun mereka sekadar kaki temberang sahaja.
Mat Zain berkata, persoalan undang-undang melibatkan Perlembagaan hendaklah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan sepertimana yang dinyatakan dalam Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, (Akta 91.
Harap SPR nyatakan pendirian
Untuk itu beliau berharap SPR dapat menyatakan pendirian mereka secara terbuka sama ada mereka bersedia merujukkan perkara dalam persoalan ini kepada badan tersebut atau sebaliknya.
Dalam isu berkaitan, bekas pegawai kanan polis itu mengulas mengenai dua menteri dan tiga timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong tetapi belum dilantik sebagai Senator.
Kata Mat Zain ia perbuatan yang sangat biadap terhadap Yang Di Pertuan Agong kerana telah meletakkan susunan keutamaan Baginda, di-belakang kedudukan Yang Di-Pertua Dewan Negara.
Sekiranya perbuatan ini bukan suatu pengkhianatan dan penghinaan serta mencemarkan keadaulatan Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja, Mat Zain berkata, Najib wajar menjelaskan kepada rakyat apakah maksud tindakan beliau.
Perdana Menteri, tambahnya juga wajar menjelaskan kepada rakyat sama ada dua orang menteri dan tiga orang timbalan menteri tersebut layak melaksanakan fungsi jawatan masing-masing setelah peruntukan Perlembagaan Persekutuan ditunggang-langgangkan. Jika di kalangan sejumlah 61 orang menteri dan timbalan menteri yang ada sekarang ini,terdapat lima orang atau lebih 8% daripada jumlah itu adalah “ahli haram”, maka keseluruhan Kabinet itu juga terpalit menjadi haram.
Disebabkan nila setitik,rosak susu sebelanga, kata Mat Zain. -FMT
Isteri Safwan Berdiri Teguh Dengan Pendirian Suaminya ,Khamis, Mei 30, 2013 at 30.5.13,
Suami saya memperjuangkan kebenaran, suami saya bukan pesalah. Semalam kami diserbu oleh 15-20 orang polis di kawasan parking di kediaman. Rasa terkejut diserbu seolah-olah penjenayah dan rasa sedih disebabkan beliau didakwa hari ini atas kesalahan yang tidak beliau lakukan masih tak hilang.
Dalam keadaan mengandung, emosi, mental dan fizikal cukup berat menghadapi dugaan sebegini besar. Turun naik mahkamah, berkejar ke sana sini, bekerja, tak hirau masa makan dan berehat, saya tak mampu berdiri sendiri tanpa sokongan. Hasbunallahu wani'mal wakeel.
"Hari ini suami saya sanggup masuk ke dalam penjara dan menolak sebarang jaminan untuk memprotes kezaliman dan kebatilan yang terus berlaku dalam negara hari ini. Dan saya sanggup berkorban dengan menerima keputusan beliau. Semoga kami terus diberikan kekuatan.
Mohon solidariti malam ini jam 8 di hadapan Penjara Sungai Buloh. Jangan biarkan suami saya keseorangan." Isteri Safwan Anang.
-JANGAN BIARKAN SAFWAN KESEORANGAN-
Safwan Anang enggan diikat jamin
Salah seorang aktivis yang ditahan di bawah Akta Hasutan semalam, Safwan Anang dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) enggan diikat jamin.
Menurut Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Mohammed Bukhairy Mohammed Sofian, semasa pendengaran perbicaraan, Safwan menyatakan bahawa beliau tetap menjunjung sistem raja berperlembagaan serta menghormati undang-undang dan keputusan mahkamah.
Namun apa yang mendukacitakannya ialah seluruh sistem di negara ini telah menjadi tunggangan untuk kepentingan politik Umno-Barisan Nasional (BN), kata Bukhairy dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut Bukhairy, Safwan sempat menyampaikan tiga pesanan penting untuk disampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia:
* Penahanan dan dakwaan ini bermotifkan politik. Tindakan saya ini sebagai protes dan memberi signal penolakan terhadap salah guna kuasa untuk kepentingan hayat Umno-BN.
* Tindakan saya juga demi sayangkan negara dan ingin memulihkan demokrasi yang makin tenat.
* Ini juga mesej jelas kepada anak muda bahawa kita benar-benar serius perjuangkan hak kita. Saya di dalam tetapi saya yakin kalian di luar sana tetap akan terus bangkit berjuang lawan penipuan!
Menurut Bukhairy, demi menyelamatkan demokrasi yang kian nazak di Malaysia, Safwan rela untuk terus dikurung di lokap. Safwan juga rela berhadapan dengan polis dan SB sepanjang di dalam lokap nanti.
Tiga lagi aktivis yang ditahan semalam ialah pemimpin ABU (Asal Bukan Umno) Haris Ibrahim, Naib Presiden PKR Tian Chua dan bekas Ahli Parlimen Batu Berendam Mohd Tamrin Abdul Ghafar.
Mereka telah ditangkap untuk siasatan dibawah Akta Hasutan berhubung dakwaan ucapan mereka pada program Malam Anak Bangsa Malaysia pada 13 Mei lalu.
Hari ini kesemua mereka telah dibawa ke mahkamah untuk dibaca pertuduhan. Mereka semua tidak mengaku bersalah dan masing-masing dikenakan ikat jamin sebanyak RM5,000 -FMT
Zambry Kadir Akan Bubarkan DUN Dalam Tempoh 6 Bulan Lagi? , at 30.5.13,
Beberapa ADUN UMNO didakwa akan melompat dan juga petisyen dari PR Perak
yang peluang cerah untuk menang 2 atau 3 kerusi, DS Zambry Kadir
mungkin menghadap DYMM Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak.
UMNO kemungkinan besar tidak akan membenarkan keputusan mahkamah menentukan kerajaan rakyat Pakatan Rakyat.
Bagi UMNO mereka tidak akan serah ,kuasa dengan begitu mudah. Pilihan
baik DS Zambry Kadir membubarkan DUN Perak ,lantas mengadakan
Pilihanraya Negeri Perak sekali lagi.
UMNO sekali mengharapkan undi orang Melayu untuk menyelamatkan kerajaan mereka. -Addin
Empat Exco Selangor Dari PAS Sedia Berkhidmat , at 30.5.13,
Dr Halimah Ali, Dr Ahmad Yunus Hairi, Sallehin Mokhyi dan Iskandar A. Samad.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman menyatakan keyakinan empat calon Pas yang diperkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dapat menjalankan tugas Exco dengan baik.
Menurutnya, empat calon yang terpilih sebagai Exco ialah Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali, Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi, Adun Sabak, Sallehin Mokhyi dan Adun Cempaka, Iskandar A. Samad.
"Sultan guna formula 6:3, enam Melayu di mana Pas empat, PKR dua, dan empat bukan Melayu, iaitu tiga DAP dan satu calon PKR.
"Saya diberitahu oleh setiausaha politik menteri besar tadi (semalam).
"Pas menyambut baik walaupun tak menang di Putrajaya, kita akan tumpu bagi khidmat kepada rakyat," katanya kepada Sinar Harian Online.
Sebelum ini, DAP Selangor menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan senarai Exco yang diserahkan kepada Sultan dan menggesa untuk mengadakan perbincangan semula mengenai perkara tersebut.
Bagaimanapun, mengikut laporan media Sultan Selangor telah memberi perkenan kepada senarai calon Exco bagi penggal 2013-2018.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata: "Saya telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada pagi ini (kelmarin) dan Tuanku bersetuju menamakan ahli-ahli Exco yang telah dikemukakan.
“Insya-ALLAH pada Khamis ini jam 9.30 pagi, di Istana Alam Shah, Klang, akan diadakan upacara angkat sumpah dan ikrar oleh semua ahli Exco yang dipilih,” katanya.
Dalam pada itu, Abdul Rani juga berkata dakwaan sebelum ini yang menyatakan perlantikan Exco Selangor mempunyai masalah tidak berbangkit lagi.
"Insya-ALLAH, Sultan sudah putuskan, kita terima.
"Tak ada yang dipertikaikan lagi, tak ada soal DAP tak puas hati, semua OK," katanya.
Tamrin, Haris ditahan semula ,Rabu, Mei 29, 2013 at 29.5.13,
Aktivis PAS Datuk Tamrin Abdul Ghafar dan pemimpin NGO Asalkan Bukan Umno Haris Ibrahim ditahan semula hari ini, empat hari selepas dibebaskan.
"Ya... Polis berada di rumah saya di Ampang sekarang," kata Tamrin yang menambah pasukan polis itu tiba pada kira-kira jam 7.15 petang.
"Mereka ada waran tangkap berhubung isu sama dan membawa saya ke ibu pejabat polis Dang Wangi," katanya lagi kepada Malaysiakini ketika dihubungi.
Peguam Gobind Singh Deo juga mengesahkan bahawa Haris ditahan semula pada jam 7 petang ini dan turut dibawa ke ibu pejabat polis Dang Wangi.
"Kami boleh sahkan bahawa mereka berdua (Haris dan Tamrin) ditahan semula mengikut Akta Hasutan," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.
Tamrin dan Haris ditahan pada 23 Mei lalu, bersama naib presiden PKR Tian Chua, namun dibebaskan semula pada keesokan harinya apabila polis gagal mendapatkan perintah reman.
Ketika dihubungi, Tian berkata beliau tidak melihat apa-apa tanda yang menunjukkan tindakan penahan polis ke atasnya.
"Tapi saya tidak kata saya selamat, tapi tengoklah macam mana," katanya.
Sementara itu, seorang aktivis siswa Mohd Safwan Anang turut ditahan mengikut peruntukan sama.Ketika dihubungi, isterinya Masturah Abu Bakar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dibawa ke ibu pejabat polis Dang Wang.
"Polis tidak beritahu sama ada ia untuk merakam kenyataan atau untuk penahanan," katanya. -M'kini
Dr Agus : Himpunan 505 Kerajaan Tidak Perlu Ugut Rakyat , at 29.5.13,
SHAH ALAM, 29 MEI : Pensyarah Politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad
Agus Yusoff menggesa kerajaan menyelesaikan permasalahan Perhimpunan 505
secara baik tanpa perlu ada sebarang bentuk ugutan mahupun kekerasan.
Ini kerana majoriti rakyat menyedari tanggungjawab dan hak mereka untuk berhimpun selaras dengan Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.
Ulas beliau di laman Facebooknya, perkara berkenaan menyatakan perhimpunan aman adalah hak rakyat: Semua warganegara berhak berhimpun secara aman dan tanpa senjata.
“Bagi kerajaan juga, saya harap sangat isu perhimpunan 505 ini dikendalikan secara baik. Moga tidak ada penggunaan kekerasan, tangkapan yang tidak perlu dan ugutan kepada rakyat.
“Rakyat sedar tentang tanggungjawab dan hak mereka. Berikan mereka peluang untuk mengekspresikan diri dalam ruang yang dibenarkan oleh sistem demokrasi dan undang-undang negara kita,” katanya.
Media melaporkan enam lagi pemimpin Pakatan Rakyat didakwa kerana menganjurkan perhimpunan tanpa memaklumkan perkara berkenaan kepada Ketua Polis Daerah masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Akta Himpunan Aman 2012.
Bagi menyelesaikan perkara ini beliau menyarankan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan dialog untuk menyelesaikan kemelut ini.
Tulisnya lagi, berkenaan sistem pilihan raya di negara ini diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) mengikut perlembagaan.
Maka jika didakwa berlaku ketidakpuasan hati dalam pilihan raya, SPR perlu bertanggungjawab untuk menjawabnya.
Tegasnya lagi demokrasi di negara ini tidak boleh subur sendirian sebaliknya memerlukan pembangkang dan kerajaan sama-sama memahami dan meraikannya./~selangorku
Ini kerana majoriti rakyat menyedari tanggungjawab dan hak mereka untuk berhimpun selaras dengan Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.
Ulas beliau di laman Facebooknya, perkara berkenaan menyatakan perhimpunan aman adalah hak rakyat: Semua warganegara berhak berhimpun secara aman dan tanpa senjata.
“Bagi kerajaan juga, saya harap sangat isu perhimpunan 505 ini dikendalikan secara baik. Moga tidak ada penggunaan kekerasan, tangkapan yang tidak perlu dan ugutan kepada rakyat.
“Rakyat sedar tentang tanggungjawab dan hak mereka. Berikan mereka peluang untuk mengekspresikan diri dalam ruang yang dibenarkan oleh sistem demokrasi dan undang-undang negara kita,” katanya.
Media melaporkan enam lagi pemimpin Pakatan Rakyat didakwa kerana menganjurkan perhimpunan tanpa memaklumkan perkara berkenaan kepada Ketua Polis Daerah masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Akta Himpunan Aman 2012.
Bagi menyelesaikan perkara ini beliau menyarankan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan dialog untuk menyelesaikan kemelut ini.
Tulisnya lagi, berkenaan sistem pilihan raya di negara ini diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) mengikut perlembagaan.
Maka jika didakwa berlaku ketidakpuasan hati dalam pilihan raya, SPR perlu bertanggungjawab untuk menjawabnya.
Tegasnya lagi demokrasi di negara ini tidak boleh subur sendirian sebaliknya memerlukan pembangkang dan kerajaan sama-sama memahami dan meraikannya./~selangorku
Terbaekk..Apabila PAS Sudah Tersasar..?? , at 29.5.13,
Sebagai
sebuah parti politik dan Gerakan Islam yang wujud agak lama (1951), PAS
mengharungi liku-liku perjuangan dengan penuh tenang, sabar dan matang.
Apatah lagi kehadirannya ketika ini mempunyai impak yang besar dalam
politik negara.
Tatkala DAP mendapat sokongan besar rakyat khususnya kaum Cina dengan memenangi 38 kerusi parlimen, PAS mengalami kemerosotan, apabila hanya memperolehi 21 kerusi parlimen pada PRU13, Pas sudah tersasar dari 54 parlimen target seperti diumum Pengerusi Road Map PAS Pusat, Datuk Husam Musa. Sementara menunggu laporan postmortem PAS Pusat yang diketuai Naib Presiden, Sdr Salahudin Ayub, tentu sekali muhasabah punca kekalahan teruk di sesetengah kawasan Melayu seperti di kawasan luar bandar dan Felda dibincangkan dengan lapang dada.
Kehilangan Kedah dari pemerintahan PAS dan Pakatan Rakyat, kegagalan merampas semula Perak, kemerosotan kerusi Parlimen dan Dun di Kelantan, kehilangan satu-satunya Dun PAS di Negeri Sembilan, Paroi, kegagalan memperolehi sekurang-kurangnya 20 Parlimen di Sabah dan Sarawak meskipun dikatakan gelombang 'INI KALILAH' begitu luar biasa adalah sesuatu yang sangat pahit untuk ditelan.
Sementara menantikan petisyen difailkan dalam masa terdekat, tugasan mengekalkan momentum sokongan rakyat bukan perkara mudah. Sesetengah rakyat berpendapat, inilah masanya baik BN atau PR yang mendapat mandat semula di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan melaksanakan janji-janji dalam manifesto.
Notis mesyuarat agung di semua peringkat telah dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS. Ia saluran terbaik untuk menyemak, menilai dan melakukan koreksi terhadap kemampuan parti. Sama ada pemilihan secara syura atau pertandingan, lakukan dengan penuh harmoni. Jika ada calon yang lebih baik, boleh dicadang untuk menjadi pemimpin baru. Tidak perlu lobi melobi, kerana perwakilan ada pilihan tersendiri berdasarkan kriteria dan track record lalu.
Menuding jari mencari kesalahan dan kelemahan orang lain memang mudah. Tidak semudahnya akur dengan pertanggungjawaban atas bahu sendiri. Namun, bagi orang yang berjuang atas kebenaran, bangkit dari kekalahan dan mara dengan semangat baru... itulah keyakinan atas kemanisan iman!
Tatkala DAP mendapat sokongan besar rakyat khususnya kaum Cina dengan memenangi 38 kerusi parlimen, PAS mengalami kemerosotan, apabila hanya memperolehi 21 kerusi parlimen pada PRU13, Pas sudah tersasar dari 54 parlimen target seperti diumum Pengerusi Road Map PAS Pusat, Datuk Husam Musa. Sementara menunggu laporan postmortem PAS Pusat yang diketuai Naib Presiden, Sdr Salahudin Ayub, tentu sekali muhasabah punca kekalahan teruk di sesetengah kawasan Melayu seperti di kawasan luar bandar dan Felda dibincangkan dengan lapang dada.
Kehilangan Kedah dari pemerintahan PAS dan Pakatan Rakyat, kegagalan merampas semula Perak, kemerosotan kerusi Parlimen dan Dun di Kelantan, kehilangan satu-satunya Dun PAS di Negeri Sembilan, Paroi, kegagalan memperolehi sekurang-kurangnya 20 Parlimen di Sabah dan Sarawak meskipun dikatakan gelombang 'INI KALILAH' begitu luar biasa adalah sesuatu yang sangat pahit untuk ditelan.
Apapun yang kita perkatakan mengenai
penipuan dalam pilihanraya, kegagalan SPR bertindak adil dan telus,
kehadiran pengundi hantu dan seribu satu macam dakwaan, pada ketika ini,
BN adalah pemenangnya!
Setelah PR mengadakan road tour Blackout 505 dan kemuncaknya anjuran 60 NGO di Amcorp Mall Petaling Jaya, Sabtu lalu, apa lagi yang mahu dilakukan selepas ini?
Setelah PR mengadakan road tour Blackout 505 dan kemuncaknya anjuran 60 NGO di Amcorp Mall Petaling Jaya, Sabtu lalu, apa lagi yang mahu dilakukan selepas ini?
Sementara menantikan petisyen difailkan dalam masa terdekat, tugasan mengekalkan momentum sokongan rakyat bukan perkara mudah. Sesetengah rakyat berpendapat, inilah masanya baik BN atau PR yang mendapat mandat semula di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan melaksanakan janji-janji dalam manifesto.
Notis mesyuarat agung di semua peringkat telah dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS. Ia saluran terbaik untuk menyemak, menilai dan melakukan koreksi terhadap kemampuan parti. Sama ada pemilihan secara syura atau pertandingan, lakukan dengan penuh harmoni. Jika ada calon yang lebih baik, boleh dicadang untuk menjadi pemimpin baru. Tidak perlu lobi melobi, kerana perwakilan ada pilihan tersendiri berdasarkan kriteria dan track record lalu.
Menuding jari mencari kesalahan dan kelemahan orang lain memang mudah. Tidak semudahnya akur dengan pertanggungjawaban atas bahu sendiri. Namun, bagi orang yang berjuang atas kebenaran, bangkit dari kekalahan dan mara dengan semangat baru... itulah keyakinan atas kemanisan iman!
Kalah dalam pilihanraya bukan bererti
tewas dalam perjuangan. Mencontohi perjuangan para Rasul, sahabat dan
pejuang terdahulu yang jauh lebih sukar; sesungguhnya menjadi motivasi
berguna.
PAS telah melalui tempoh-tempoh pilihanraya yg panjang dan sukar. Ada waktu bersendirian dan bertahaluf. Usahakan untuk meraikan pandangan berbeza dan kritis meskipun dari kawan PR kita, blogger-blogger pro PR maupun lawan kita BN. Jangan rendahkan martabat kita dengan jawaban atas komen secara keterlaluan.
Bagi saya pimpinan tertinggi PR harus bertemu dalam masa terdekat untuk jernihkan suasana. Bincang hala tuju parti dan buat rumusan serta tentukan keutamaannya bagi hari-hari yang mendatang. Baik Dewan Pemuda PAS dan AMK, anda adalah harapan anak muda. Tidak manis guna medan yang tidak sesuai. Tangani dengan penuh bijak atas keluasan intelektual masing-masing. Pemimpin mesti berjiwa besar, jangan rendahkan martabat diri dengan kenyataan yang penuh emosi dan tidak menguntungkan sesiapa.
Selaku AJK PAS Pusat dan Presiden ANAK, saya memikul tanggunjawab atas kemerosotan prestasi khusus di kawasan Felda. 18 Mei lalu pimpinan ANAK mengadakan perbincangan panjang mengenai halatuju ANAK dan proses penjenamaan semula ANAK. Saya sedang merangka proses peralihan kepada pemimpin pelapis ANAK, suatu nafas baru dari pemimpin sedia ada. Akan tiba masanya, saya perlu berundur untuk memberi ruang kepada pemimpin lain yang lebih berwibawa.
ANAK mesti diperkasa seperti NGO-NGO lain. Biar bagaimana sekalipun layanan rakyat kepada kita; cemuhan, fitnah, maki hamun dll, mereka adalah mad'u dan pengundi kita. Anggaplah kita yang silap, semak pendekatan, kekuatan akar umbi dan kedudukan kita di tengah masyarakat.
Insya Allah, PAS akan terus berada di persada politik negara dengan segala kemampuannya dan menyumbang untuk kepentingan masyarakat majmuk. Siapa pun yang menerajui parti khususnya selepas Muktamar November ini; keutamaannya adalah menegakkan perjuangan yang suci dan murni ini...
Daripada terus membicarakan polemik ulama atau profesional, yang kadang kala perdebatannya jadi kasar dan hilang adab, adalah lebih baik fokus kepada dasar perjuangan dan khidmat bakti kita untuk masyarakat. Mengaku kelemahan diri dan hormati pandangan pihak lain.
Mudah-mudahan kita terus mantap dalam satu pasukan, harapan rakyat hari ini dan masa depan.
PAS FOR ALL
PAS telah melalui tempoh-tempoh pilihanraya yg panjang dan sukar. Ada waktu bersendirian dan bertahaluf. Usahakan untuk meraikan pandangan berbeza dan kritis meskipun dari kawan PR kita, blogger-blogger pro PR maupun lawan kita BN. Jangan rendahkan martabat kita dengan jawaban atas komen secara keterlaluan.
Bagi saya pimpinan tertinggi PR harus bertemu dalam masa terdekat untuk jernihkan suasana. Bincang hala tuju parti dan buat rumusan serta tentukan keutamaannya bagi hari-hari yang mendatang. Baik Dewan Pemuda PAS dan AMK, anda adalah harapan anak muda. Tidak manis guna medan yang tidak sesuai. Tangani dengan penuh bijak atas keluasan intelektual masing-masing. Pemimpin mesti berjiwa besar, jangan rendahkan martabat diri dengan kenyataan yang penuh emosi dan tidak menguntungkan sesiapa.
Selaku AJK PAS Pusat dan Presiden ANAK, saya memikul tanggunjawab atas kemerosotan prestasi khusus di kawasan Felda. 18 Mei lalu pimpinan ANAK mengadakan perbincangan panjang mengenai halatuju ANAK dan proses penjenamaan semula ANAK. Saya sedang merangka proses peralihan kepada pemimpin pelapis ANAK, suatu nafas baru dari pemimpin sedia ada. Akan tiba masanya, saya perlu berundur untuk memberi ruang kepada pemimpin lain yang lebih berwibawa.
ANAK mesti diperkasa seperti NGO-NGO lain. Biar bagaimana sekalipun layanan rakyat kepada kita; cemuhan, fitnah, maki hamun dll, mereka adalah mad'u dan pengundi kita. Anggaplah kita yang silap, semak pendekatan, kekuatan akar umbi dan kedudukan kita di tengah masyarakat.
Insya Allah, PAS akan terus berada di persada politik negara dengan segala kemampuannya dan menyumbang untuk kepentingan masyarakat majmuk. Siapa pun yang menerajui parti khususnya selepas Muktamar November ini; keutamaannya adalah menegakkan perjuangan yang suci dan murni ini...
Daripada terus membicarakan polemik ulama atau profesional, yang kadang kala perdebatannya jadi kasar dan hilang adab, adalah lebih baik fokus kepada dasar perjuangan dan khidmat bakti kita untuk masyarakat. Mengaku kelemahan diri dan hormati pandangan pihak lain.
Mudah-mudahan kita terus mantap dalam satu pasukan, harapan rakyat hari ini dan masa depan.
PAS FOR ALL
[BERGAMBAR] Apa Yang Muslimat Yang Tutup Aurat Tak Boleh Lakukan? , at 29.5.13,
Muslimat Kung-Fu TETAP tutup aurat.
Muslimat dan pelajar sekolah Umum Bad-Assery
Gambar-gambar berikut telah diambil dari esei foto dalam China Daily: Mereka sangat mahir dan tangkas. Mengagumkan, perkara ini bukan baru di rantau ini, warga India-Muslim di rantau selatan biasanya melibatkan diri dalam pembelajaran pelbagai seni mempertahankan diri.
Sekolah muslimat Islam dari Pengajian tinggi Maaz di India mengamalkan, wushu-Cina seni mempertahankan diri di dalam kawasan sekolah di bandar selatan India Hyderabad. Muslimat dari umur 10-16 mengambil bahagian dalam sesi mingguan semasa sesi sekolah - (Agensi)
Setelah cubaannya memperbodohkan rakyat Kantoi.. Ini dalih Timbalan Pengerusi SPR ,Selasa, Mei 28, 2013 at 28.5.13,
Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi.
"Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.
"Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR,"
Beliau berkata bukti paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon.
"Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu langsung tidak betul... mereka sudah terlupa, hendak menipu tetapi tidak faham tatacara kerja dan tidak matang.
"Malah dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam gambar tidak ikut SOP SPR," katanya.
Wan Ahmad berkata sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan dakwaan lampu padam dan itu membuktikan bahawa ia ternyata fitnah pembohongan yang direka-reka dan tidak berasas.
"Kalau ada lampu padam, tentulah ada ejen-ejen parti membuat laporan polis, mereka mewakili calon, mereka ada di tempat mengira undi, jika lampu padam dia yang akan mula-mula sekali berlari buat laporan polis, tetapi tidak.
"Malah pada malam pengiraan undi itu juga, saya apabila mendapat 'tweet' mengatakan lampu padam oleh 'cybertrooper' yang tidak bertanggungjawab, kita terus semak kawasan mana, kita semak dengan pengarah negeri kita, Pegawai Pengurus dan saluran sekolah yang dituduh tetapi ternyata tdak ada apa-apa," katanya.
Itu adalah kata-kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad yang dilaporkan oleh Bernama Jumaat lalu.. kononnya kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya.
Bagaimanapun setelah pembohongannya itu disangkal oleh ADUN Seri Serdang (baca di SINI ) dan Rafizi Ramli pula mendedahkan laporan Polis yang telah dibuat mengenai insiden Black-out di Kulim (lihat di SINI ).. Ini pula dalihnya...
Tanpa sebarang rasa bersalah kerana telah memfitnah penyokong Pakatan Rakyat yang telah bertugas pada hari pengundian itu.. beliau berkata..
“Baguslah kalau ada bukti kukuh dengan laporan polis dan sebagainya. Saya sedia berjumpa mereka yang mempunyai bukti ini, mendengar masalah yang mungkin terjadi.
“Dengan cara ini (bersemuka) lebih elok, kita dapat elak prasangka buruk kerana SPR sememangnya ikhlas untuk laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Mengulas mengenai tindakan jawatankuasa #siasatPRU13 yang mengemukakan bukti laporan polis yang dibuat pada 9 Mei lalu berhubung kejadian ‘lampu padam’ di Parlimen Kulim Bandar Baharu, Wan Ahmad berkata, pihaknya sedia memberi kerjasama kepada pihak polis bagi menyiasat perkara itu.
“Eloklah ada laporan polis biar polis siasat dan kita sentiasa bersedia untuk beri sebarang kerjasama dalam mengetahui keadaan sebenar. Kita ada 26,000 pusat mengundi dan ribuan petugas yang mungkin berlaku kecualian tidak dilaporkan di pihak petugas SPR sendiri,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, kenyataannya sebelum ini adalah berdasarkan laporan 24 jam yang diterima selepas hari pengundian.
“Sebarang kenyataan saya sebelum ini adalah berlandaskan laporan selepas hari pengundian berlaku, kita hubungi petugas kita, polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), dan tiada laporan (lampu padam) diterima.
“Kalau bukan pada sumber ini, kepada siapa kita mahu percaya. Jadi bila ada laporan polis kita minta polis siasat,” katanya ~ Sinar Harian..
Sudah-sudahlah jangan nak spin dan perbodohkan rakyat lagi.. macai UMNO bolehlah diperbodohkan sebab mereka memang bodoh...
Letak jawatan adalah cara paling baik..
Gadis 27 Tahun Isteri Ketiga Ustaz Azhar Idrus. , at 28.5.13,
Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI hari ini selamat melangsungkan perkahwinannya buat kali ketiga dengan seorang gadis bernama Izyan berusia 27 tahun sebagai isteri ke-3 nya.
Dikhabarkan, gadis bernama Izyan yang dinikahi Ustaz Azhar Idrus (UAI) ini adalah anak saudara kepada Tuan Hj. Omar bin Tahar iaitu Ketua Cawangan Keramat Permai AU1, Hulu Klang, Gombak.
Menurut sumber yang enggan dikenali berkata, mengakui bahawa penyebaran mengenai berita perkahwinan UIA seperti di laman-laman sosial Facebook (FB) dan blog itu adalah benar.
“Ikut apa yang tersebar itu memang benarlah..,” jawabnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.
UAI yang begitu popular di semua peringkat usia turut dikenali sebagai ‘Ustaz Youtube’ di samping penyampaiannya yang kreatif dan bersahaja ketika menyampaikan dakwah.
Beliau bukan sahaja berjaya menarik generasi muda, malah turut menarik orang ramai untuk datang mendengar ceramah yang sering beliau adakan di seluruh negara.
Sementara itu, penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun memberitahu Sinar Harian Online majlis tersebut telah berlangsung hari ini.
“Ya... Betul. Maaf saya sedang dalam majlis, tidak boleh bercakap.
“Isteri beliau berasal dari Pagoh dan kini menetap di Keramat,” jawabnya melalui pesanan khidmat ringkas (SMS), sebentar tadi. -SH
Penemuan Mengejutkan | Minyak Ditemui Di daratan Kelantan , at 28.5.13,
MINYAK DITEMUI DI DARAT @ KELANTAN.
◇ Lokasi: Pasir Pekan
◆ 100 Liter dikumpul sejak
◇ 4 bulan lalu
◆ Enjin Mesin rumput hidup
◇ 3 Telaga sekitar kg keluarkan minyak
◆ Kedudukan telaga 200m dr stesyen minyak
Sekiranya benar, maka betullah apa yg Mantan Exco Kerajaan Negeri
Kelantan, Dato Husam Musa sebutkan sebelum ini; "Minyak ada di darat
(Tumpat & Kb).
Syukur sekiranya benar, sesungguhnya kuasa Allah mengatasi segalanya. Allahuakbar!!
Mereka (Kerajaan Zalim Malaysia dan Petronas) nafikan pemberian Royalti di laut, Allah bagi minyak timbul di darat.
Rujuk akhbar Sinar Harian, baca http://www.sinarharian.com.my/ edisi/ ada-minyak-dalam-telaga-1.16457 0
Langgan:
Catatan (Atom)