Ikuti Blog ini

Video : Panas !!! Tim. Menteri Diejek Dalam Himpunan Cina

 





Kehadiran tidak dijangkakan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong dalam perhimpunan berhubung isu-isu pendidikan Cina mengundang ejekan daripada pesertanya.

Pergelutan juga berlaku apabila seorang lelaki pertengahan umur dan pengawal peribadi Wee cuba mendekati ketua Pemuda MCA itu setibanya dia pada jam 11 pagi.

"Peerhimpunan 325" itu dianjurkan oleh kumpulan pendidikan Cina Dong Zong ekoran tidak puas hati dengan kekurangan guru berpendidikan Cina.

Wee, yang hadir di perhimpunan dekat Kolej New Era Kajang dengan kawalan ketat polis, disalahkan kerana didakwa gagal menyelesaikan masalah itu. -M'kini

Wanita UMNO Pecah Dua : Tudung Inggeris VS Tudung Arab

Gelora yang melanda wanita Umno hari memberi suasana yang tidak kondusif kepada UBN amnya dan Najib Razak khasnya. Adalah satu kesilapan besar... umpama menyimpan kudis yang akan menjadi barah kalau Umno atau Najib menolak hakikat wanita Umno kini berpecah kepada dua puak; puak menyokong Shariat Abdul Jalil dan yang tidak menyokong yang dilambangkan oleh naibnya, Kamalia Ibrahim.

Kalau tidak berpecah dua dan wanita Umno dalam keadaan keliru, tidak mungkin diadakan himpunan wanita Umno semalam untuk memberi 'pencerahan' terhadap beberapa isu yang timbul. Pencerahan itu bererti ada ruang-raung temaram dan gelap di dalam wanita Umno pada masa ini yang perlu dibersihkan. Keadaan kini tidak wajar berlaku dan sesuatu menyedih lagi menakut kerana ia menjelang pilihan raya.

Wanita adalah agen terpenting dalam Umno. Wanita menjadi tenaga utama dalam jentera Umno kerana kesungguhan dan keseriusan mereka setengahnya sehingga ada melupai suami dan anak-anak dalam berkerja untuk kemenangan Umno. Apabila fraksi itu sudah berpecah dan tidak sekata ia memarahkan Umno.

Selepas majlis semalam diadakan pula sidang akhbar untuk kesemua pihak terkhusus Sharizat dan Kamalia membuat penjelasan. Sharizat cuba menunjukkan akan dirinya tidak berubah walaupun dia sudah pasti tidak akan menjadi menteri selepas ini. Jaminan Najib agar wanita bersama Sharizat juga memberi kekuatan kepadanya dan eksploit olehnya kononnya ia masih ada sokongan. Tetapi apa guna kekuatan kalau jawatan tidak ada. Dalam Umno jawatan mengatasi segala-galanya. Seseorang itu menjadi kuat, disayangi dan dihormati kerana adanya jawatan.

Sidang akhbar itu banyak disuluh dan ditumpukan kepada Kamalia sebab Kamalia yang menonjol dalam mengkritik dan tidak senang dengan Sharizat ekoran terpalit tahi lembu cair dari lembu gembuk milik suaminya.

Kamalia tidak senang dengan isu itu. Pengumuman Sharizat untuk berundur dari kabinet dilihat sebagai tidak menyelesaikan masalah atau kemelut dalam wanita Umno kerana pengundur itu bukan ikhlas dan suci. Ia dibuat Sharizat setelah beliau terhidu yang kouta senatornya yang tamat 8 April tidak akan disambung lagi. Bagi Kamalia keikhlasan Sharizat boleh diterima kalau beliau berundur sekarang.

Mengenang saya nampak Kamalia ikhlas dan bukan dia berbuat untuk mendapat sesuatu. Beliau bimbang kerana isu projek lembu gemuk (NFC) akan memakan Umno. Lagi pun isu lembu gemuk menyulitkan untuk wanita bergerak kerana mereka turut dipalitkan sama apabila ketua mereka Sharizat ditengok terlibat.

"Hari ini kami (wanita Umno) dipanggil lembu," demikian kata Kamalia dipetik dari satu laporan protol. Jadi untuk melincinkan tugasan wanita maka bau hampak lembu hendaklah dibuang dari wanita Umno. Kamalia merasakan bahawa projek lembu gemuk turut terpalit ke kelubung merah dia sendiri dan wanita lain juga. Desakan itu pastinya demi menjaga maruah wanita Umno seluruhnya.

Alasan Kamalia itu memang betul dan tepat. Apa yang menimpa Sharizat itu seolah-olah setitik nilai yang jatuh ke dalam susu sebelanga. Maka walaupun dia tahu penyokong setia Sharizat akan marah kepadanya, tetapi demi tanggungjawab dan amanah parti dia terpaksa cakapkan juga tanpa memperdulikan suara cemuha sang setia Sharizat.

Gara-gara isu dialami Sharizat menyebabkan timbul suasana berbelah bagi dalam wanita Umno. Ada bersetuju kalau Sharizat bukan saja melepas jawatan menteri tetapi jawatan ketua wanita juga. Mereka yang selama ini bergantung hidup mendapat ehsan dari kedudukan Sharizat sebagai menteri akan menyokong habis-habisan. Manakala yang benar-benar menjaga nama baik dan maruah parti bersetuju dengan saranan Kamalia itu.

Media massa tidak cuba highligt keadaan ini dan cuba diselindungkan perbalahan itu. Namun apa yang wujud dihati tidak dapat disembunyikan. Di dalam lensa kemera dan gambar-gambar dipaparkan menjelaskan bahawa tidak ada gambar Kamalia bersama Sharizat. Tidak ada propaganda kemesraan di antara mereka berdua. Ketiadaan gambar ini menunjukkan kedua pihak sedang berperang. Sebelum ini pun perang dingin keduanya sudah berlaku. Perkara paling jelas perwatakan, peribadi dan pemikiran keduanya jauh berbeza.

Umum sudah tahu mereka tidak dari satu rahim pemikiran. Usah melihat jauh, tenguk sahaja kepada bentuk tudung yang mereka pakai sudah menjelaskan perbezaan itu. Sharizat pakai tudung stail Inggeris manakala Kamalia memakai tuduh stail Arab. Tudung Sharizat nampak ekor lembu di dahi manakala tudung Kamalia menutup rambut dan aurad.

Pakaian dan syaksiah mereka menunjukkan perbezaan dan keperibadian ini. Pakaian juga tercermin dalam wanita seluruhnya. Mana-mana wanita yang bertudung Inggeris adalah penyokong Sharizat manakala yang bertudung Arab adalah penyokong Kamalia.

Apa yang tercermin dari keperbadian dan fesyen ini ia tidak boleh dibohongi. Pakaian mencerminkan apa yang terlindung di dalam. Besar atau leper di dalam akan digambar menerusi pakaian!

Dalam melihat perbalahan di antara Sharizat dengan Kamalia ini ia tidakakan reda walaupun ia diminta oleh Najib. Sama ia akan menjejaskan persiapan Umno untuk menghadapi pilihan raya atau tidak, tetapi yang nyata dalam pertandingan akan datang ada perebutan hangat dalam pergerakan wanita sayap kiri Umno. Perang itu juga sedikit sebanyak akan menjejaskan Umno menghadapi pilihan raya. -Merahtinta MSO

Empat YB Kawasan Parlimen Besut ‘Baham Tanah’ Di Dendong dan Seorang di Batu Rakit

KUALA TERENGGANU – Sebagaimana yang dijanjikan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut, seperti yang dicabar oleh Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said, hari ini Sabtu 24 Mac, Haji Wahid mendedahkan nama-nama YB Umno yang ‘baham tanah’.
Empat dari mereka adalah dari kawasan Parlimen Besut yang terdiri daripada Ahli Parlimen Besut sendiri, Abdullah Md. Zain, ADUN Jerteh Dato’ Seri Idris Jusoh,  ADUN Hulu Besut Nawi Mohamad dan ADUN Kota Putera Muhamad Pehimi Yusof.

Keempat-empat mereka dianugerahkan tanah seluas satu hektar (lebih kurang 2.5 ekar) setiap satu berhampiran pantai Dendong, mukim Tembila, Besut.

Perbandingan antara tanah yang mereka dapat berbanding dengan apa yang rakyat data dapat dilihat dengan jelas dalam pelan yang dilampirkan.

Lot-lot PT 6902, PT 6903, PT 6904 dan PT 6964 adalah diberikan keajaan Umno Terengganu setiap satu kepada Idris Jusoh, Pehimi Yusof, Nawi Mohamad dan Abdullah Md Zain.

Yang dapat dilihat dengan jelas dibelakang lot-lot terbabit terdapat pembahagian lot-lot kecil, itulah lot-lot yang diberikan kepada rakyat.

Seorang lagi penerima anugerah tanah dari kerajaan Umno adalah ADUN Batu Rakit Khazan Che Mat yang mendapat 0.9965 hektar di Mengabang Bakong, Batu Rakit Kuala terengganu. -BO











Carik2 Bulu Ayam,Foto Terkini Ust Azizan Dan Phahrolrazi Makan Bersama

Gambar yang tak hingin Umno lihat...Ust Azizan Abd Razak dan Phahrolrazi Zawawi sedang menjamu selera.Seperti pepatah melayu,carik2 bulu ayam akhirnya bercantum jua.
Menurut sumber dari Facebook Nasir Zakaria foto dirakam ketika mereka hadir berkongsi pentas ceramah di Jerai Kedah pada 24/03/2012.

Turut berceramah Presiden Pas Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan Dr Ismail Salleh,Exco yang bersama2 Phahrolrazi menolak perlantikan sebagai Exco Kedah diperingkat awal sehingga memerlukan campurtangan Pas Pusat.

Alhamdulillah Semuanya dalam satu sof untuk mempertahankan Kedah dan merampas Putrajaya...

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .