Ikuti Blog ini

Hikayat Sembah Derhaka







Kejam.. Rasanya Video Ini Betul,Tapi Tak Tahu Bila Dan Dimana

Hati-Hati Bila Berhasrat Nak Ambik Pembantu Rumah



Wanita ini Memang kejam dan bersifat lebih teruk daripada Binatang.. patut lah ada saja kes dera kanak-kanak oleh pembantu rumah yang keluar di TV.. macam ni rupanya mereka dera anak-anak kecil yang diamanahkan pada mereka untuk menjaganya…


Saya sendiripun tak sanggup untuk melihat video ini sampai habis.. menangis isteri saya bila melihat video ini… termenung sakan di sofa.. tak dapat cakap apa-apa… sebakkkk…


kalau mengikut tuan punya video ini blueishpinky.. ia dimasukkan di youtube pada 11 April 2009.. tapi tak ada pulak infonya… di mana dan bila ianya berlaku..?

Abdullah Antong bertindak cuma sebagai kambing hitam

Setiausaha DUN Perak, tiba-tiba jadi popular kerana mengambil tindakan yang tidak popular. Dua bulan lepas dia popular kerana enggan membenarkan DUN bersidang seperti yang dikehendaki oleh bossnya, Speaker DUN Perak, Sivakumar. Kelmarin dia popular lagi kerana memanggil DUN bersidang tanpa berunding terlebih dahulu dengan Sivakumar.

Setiausaha DUN Perak, tiba-tiba jadi popular kerana mengambil tindakan yang tidak popular. Dua bulan lepas dia popular kerana enggan membenarkan DUN bersidang seperti yang dikehendaki oleh bossnya, Speaker DUN Perak, Sivakumar. Kelmarin dia popular lagi kerana memanggil DUN bersidang tanpa berunding terlebih dahulu dengan Sivakumar.


Kesian Abdullah Antong Yang Jadi Kambing Hitam Kepada Pak Hitam



Saya sangat kasihan kepada rakan yang bernama Abdullah Antong Sabri ini. Abdullah adalah seorang pegawai PTD yang baik dan bersopan. Tapi sejak berlakunya krisis politik Perak, pegawai yang hobinya suka nyanyi lagu Hindustan ini nampak seperti orang yang tidak baik di kalangan penyokong PR.


Abdullah, Setiausaha DUN Perak, tiba-tiba jadi popular kerana mengambil tindakan yang tidak popular. Dua bulan lepas dia popular kerana enggan membenarkan DUN bersidang seperti yang dikehendaki oleh bossnya, Speaker DUN Perak, Sivakumar. Kelmarin dia popular lagi kerana memanggil DUN bersidang tanpa berunding terlebih dahulu dengan Sivakumar.


Mungkin bagi Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang memahami prosedur kerja yang perlu mendahulukan boss sendiri berbanding orang lain, tindakan Abdullah nampak macam orang tak tahu buat kerja. Tindakan Abdullah membelakangkan bossnya sendiri kelihatan sesuatu yang ganjil dan luar biasa kerana ia bukan budaya PTD yang lazimnya sentiasa mematuhi arahan boss di atasnya.


Bagi penyokong PR, mungkin apa yang Abdullah lakukan nampak seperti kelakuan seorang pegawai yang nakal, tidak cerdik dan berniat jahat. Tapi sebelum salahkan Abdullah kita harus faham siapa di belakang tindakan nakal itu. Kita harus faham kenapa Abdullah yang bukannya bodoh itu melakukan tindakan yang nampak tidak cerdik.


Sebenarnya Abdullah cuma PTD Gred 54 yang selain dari perlu patuh kepada bossnya Sivakumar, perlu juga mematuhi arahan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Zambry yang popular dengan gelaran Pak Hitam itu. Yang berkuasa menaik dan menurunkan Abdullah sekarang ialah Zambry @ Pak Hitam bukannya Sivakumar yang partinya telah dijatuhkan dalam kudeta tempoh hari.


Dalam kes Abdullah yang memanggil sidang DUN tanpa restu Sivakumar, Abdullah bertindak cuma sebagai kambing hitam. Yang menjadi gembala kepada kambing hitam itu ialah SUK dan Pak Hitam yang memegang tali yang diikat dihidung si-kambing hitam itu. Jadi, kalau nak salahkan, kita tidak wajar salahkan kambing hitam yang hanya mengikut perintah Pak Hitam. Jika nak salahkan, salahkan Pak Hitam, bukan kambing hitam.




DR MAHATHIR GESA AGAR UMNO BERTANDING DI PENANTI DAN BINA JAMBATAN BENGKOK


Umno@BN kemungkinan besar akan membatalkan hasrat memberi kemenangan percuma kepada PKR dalam pilihanraya kecil Penanti. Mantan PM, Tun Dr Mahathir yang kini menjadi 'mentor' dan 'penasihat' kepada Dato Seri Najib mengesa agar Umno@BN tidak mengangkat bendera putih di Penanti.

Umno@BN akhir-akhir ini dilihat begitu fobia dengan pilihanraya kecil setelah ditolak oleh majoriti rakyat dalam 4 siri pilihanraya kecil. Jadi pelbagai alasan diberi untuk 'menghalalkan' agar Umno tidak bertanding di Penanti.

Saya melihat penyertaan Umno dalam pilihanraya kecil itu semakin pasti apabila wujud gesaan dari Dr Mahathir. Ini telah terbukti apabila semua 'nasihat' Mahathir sebelum ini pasca era Pak Lah sebagai PM akan dituruti khususnya oleh DS Najib. Walaupun tidak dinyatakan secara terbuka seperti pelantikan Muhriz dan tidak melantik Khairy di dalam kabinet serta beberapa isu lain.

Superdet Returns

Dalam satu isu yang lain, pembinaan Jambatan Bengkok menyeberangi Tambak Johor yang dibatalkan di bawah era Pak Lah bakal menjadi kenyataan di bawah pimpinan DS Najib. Ini telah saya jangkakan sejak awal lagi apabila DS Najib menjadi PM maka wujud gesaan daripada pelbagai pihak agar pembinaan Jambatan Bengkok itu diteruskan. Saya siarkan komen seorang pembaca dalam posting saya sebelum ini bawah tajuk 'Sudah-sudahlah dengan Jambatan Bengkok tu...' untuk penilaian pembaca.


Orang bodoh saja buat jambatan bengkok.

Jarak terdekat antara poin A dan poin B adalah garisan lurus. Kalau bengkok jaraknya adalah lebih panjang. Tentunya kos buat jambatan lebih panjang lebih tinggi.Siapa yang untung??

Perlu sangatkah jambatan ini? Kalau tak ada jambatan ini rugikah kita? Kalau ianya untuk keperluan pengangkutan untuk mengekspot barangan hasil industri kita melalui pelabuhan singapura seperti dulu kala, bukankah kita dah ada pelabuhan yang hebat di tanjung pelepas dan johor port.

Tak terfikirkah oleh mereka yang inginkan jambatan ini risiko-risiko pembinaan jambatan ini? Nak cakap buat kajian dulu kan lebih baik dari mengikut emosi dan sokongan buta tuli.

Pakar kejuruteraan menyebut walaupun dibina jambatan merentasi selat tebrau kapal-kapal dgang tidak boleh juga menggunakannya kerana selat ini cetek. Kalau kita nak dalamkannya untuk laluan kapalpun, kerja-kerja mengorek perlu dilakukan setiap hari kerana akan berlaku mendapan berterusan akibat hakisan tebing dan pantai Johor dan Singapura. Berapa pula kos untuk kerja-kerja mendalamkan selat dan kerja-kerja maintenance ini?

Berapakah ketinggian jambatan ini, bahasa kejuruteraannya 'air draft' untuk laluan kapal? 24 meter kalau tak silap saya. Selat ini kecil sahaja. Kalau nak buat jambatan yang midsapnnya setinggi 24 meter dari aras laut, bayangkan kecerunan jambatan tersebut. Sebab itulah dicadangkan bengkok. tak logik lansung.

Apakah kerajaan kena belanja berbilion duit rakyat lagi untuk memuaskan hati seorang tua dan impiannya?


Mereka Bertindak Lagi Terhadap Pokok Demokrasi Di Ipoh



Menurut laporan media, Dewan Bandaraya Ipoh telah menanam 19 pokok kecil di sekeliling "Pokok Demokrasi" pada 17 April iaitu sebelum upacara perasmian "Plat Demokrasi" pada hari pekerja oleh Pakatan Rakyat.

Ada yang mengatakan langkah ini adalah untuk menghalang Pakatan Rakyat daripada mendirikan plat demokrasi di tepi Pokok Demokrasi, ada pula yang mengatakan langkah ini adalah untuk mencantikkan kawasan tersebut.

ini idea siapa?
Pengerusi Dewan Bandaraya Ipoh?
atau Barisan Nasional?
tiada siapa pun yang berani nak mengaku.

Kalaulah betul tujuan utama mereka menanam pokok tersebut adalah untuk menghalang plat demokrasi didirikan, itu sangat melucukan, adakah mereka cuba memandang rendah pemikiran rakyat kerana tiadanya plat demokrasi maka rakyat akan lupa atau hilang minat untuk mencari kebenaran demokrasi. Jawapannya tidak, bagi saya, plat tersebut hanyalah merupakan satu bayangan,
tetapi semangat demokrasi telah menanam di dalam setiap hati rakyat!

Saya percaya pakatan rakyat tidak akan begitu mudah untuk mengalah! Lawan tetap lawan, begitu juga dengan Rakyat, Rakyat akan sentiasa mengingati isu rampasan kuasa yang berlaku di Perak.






Semak keputusan Mahkamah Persekutuan segera



KUALA LUMPUR : KETUA Hakim Malaya Zaki Azmi sepatutnya mengarahkan Mahkamah Persekutuan untuk menyemak kembali dengan lebih terperinci berhubung keputusan kes saman pengantungan Menteri Besar Barisan Nasional Perak Dr Zambry Abdul Kadir dan enam orang Exconya.

Demikian kata Presiden Aliran P Ramakrishnan dalam kenyataan akhbar beliau mengulas tentang keputusan Mahkamah Persekutuan yang dilihat tidak merujuk kepada artikel undang-undang penting berhubung kes perundangan dewan negeri.

Ramakrisnan berkata, tindakan Ketua Hakim dengan bersungguh hati amat diperlukan bagi menangani permasalahan ini dengan menyumbangkan jasa beliau demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

Berhubung kenyataan keputusan Mahkamah Persekutuanyang dianggap bertentangan atau tidak tepat (a perverse judgement) oleh seorang yang amat disegani iaitu bekas ketua Hakim Mahkamah Rayuan N. H. Chan.

Beliau berkata “Kepada rakyat biasa, keputusan meragukan ini telah menjejaskan kewibawaan lima orang hakim yang menjadi saksi telah mencemarkan nama baik badan kehakiman dengan begitu buruk sekali,” jelas Ramakrishnan.

“Tidak masuk akal bagaimana kelima-lima hakim ini bertindak menafikan kebenaran dan keadilan Mahkamah Persekutuan walaupun Bekas Hakim Chan telah memberi penerangan untuk merujuk kepada artikel 72(1) yang menyentuh soal hak keistimewaan persidangan pembentukan undang-undang,” kata beliau.

Menurutnya, artikel ini tepat untuk mentafsirkan hala tuju kes sebelum dibawa ke Mahkamah Persekutuan namun ianya disisihkan dan menolak sama sekali untuk dirujuk dalam menangani kes ini.

“Pertuntukan ini mengsahkan hak dan kekebalan bagi melindungi kesahihan persidangan pembetukan undang-undang yang telah jauh tersasar,” jelas beliau lagi.

Tidak ada kekeliruan yang di nyatakan dalam artikel ini yang boleh dipertikaikan, walaupun orang kebanyakkan dapat memahami kenyataan artikel dibawah ini:-

72. Keistimewaan persidangan pembentukan undang-undang (Privileges of Legislative Assembly).

(1) Kesahihan dalam mana-mana perbicaraan dalam sidang dewan negeri tidak boleh di pertikaikan di mana-mana mahkamah. (The validity of any proceedings in the State Assembly of any State shall not be questioned in any court).

(2) Tidak boleh dibicarakan di mana-mana mahkamah berhubung kenyataan atau undi bilamana seseorang itu mengambil bahagian sebagai ahli dalam persidangan dewan negeri.

(No person shall be liable to any proceedings in any court in respect of anything said or any vote given by him when taking part in proceedings of the Legislative Assembly of any State or of any committee thereof).

(3) Adalah menjadi kesalahan jika membawa sebarang perbicaraan dalam mahkamah atau mendedahkan kepada khalayak oleh ahli berhubung dengan apa-apa keputusan dalam sidang pembentukan undang-undang dewan negeri.

(No person shall be liable to any proceedings in any court in respect of anything published by or under the authority of the Legislative Assembly of any State).

“Sungguh memeranjatkan apabila kelima-lima hakim ternama ini telah menafikan artikel yang begitu penting dalam peruntukan undang-undang ini,” tegas Ramakrishnan.

“Bila ditanya mengapa? jika mereka berharap dikecualikan dari mengadili kemelut ini, maka mereka patut memberikan lebih tumpuan dan merujuk kepada undang-undang mutlak di negara ini,” beliau berkata.

“Rakyat berhak untuk harapkan mereka lebih teliti dalam menjalankan kewajipan bagi menentukan keadilan,” kata beliau lagi.

“Kelima-lima hakim ini bertanggungjawab apabila rakyat Malaysia memandang rendah akan kewibawaan sistem kehakiman di negara ini. Telah menjadi persoalan berapa ramaikah hakim yang jujur yang berada dalam sistem kehakiman masih menhormati perlembagaan persekutuan dan kekal dalam jatidiri mereka demi memikul tanggungjawab sebagai seorang hakim,” tegas beliau lagi.

Ketua Hakim tidak boleh hanya berdiam diri dan membiarkan kekeliruan ini berlanjutan.

“Beliau harus memainkan peranan penting dalam memberi panduan dan nasihat demi menjaga maruah dan kewibawaan sistem kehakiman yang telah di cemari dengan sesetengah manusia durjana,” kata Ramakrishnan mengakhiri kenyataan beliau. Anna Yusof (SK)

Exco Selangor Dan ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong Buat Kunjungan Terima Kasih Kepada MB Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz

KOTA BHARU : Exco Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang kembali bertugas Khamis lalu selepas bercuti berhubung isu tersebarnya gambar separa bogel beliau, semalam mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di kediamannya rasminya di JKR 10, Kota Bahru. Wong berkata, pertemuan 45 minit itu tidak membincangkan soal isu moral melibatkannya tetapi lebih membincangkan mengenai hubungan antara kaum. Wong memberitahu, tujuan utama kunjungannyya adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada MB Kelantan itu kerana memahami situasi dihadapinya dengan mengeluarkan kenyataan mempertahankan beliau sepanjang dua bulan lalu.


Dalam pada itu, TMB Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob berkata, pihaknya bersetuju dengan keputusan kerajan negeri Selangor mengekalkan kedudukan Wong sebagai Exco dan ADUN Bukit Lanjan. "Kami tiada masalah kerana itu masalah peribadi dan tidak berkaitan orang lain. "Kalau kerajaan Selangor sendiri boleh terima, maka kami tidak ada masalah. "Menteri Besar Selangor lebih mengetahui keadaan sebenar dan saya percaya beliau buat keputusan setelah mengkaji sedalam-dalamnya," katanya lagi.


[Satu tindakan yang amat bijak dari seorang pemimpin bukan Islam seperti Elizabeth Wong. Beliau sanggup datang berjumpa Tuan Guru Nik Aziz semata-mata mahu mengucapkan terima kasih dan penghargaan atas nasihat serta pandangan bernas Nik Aziz terhadap isu panas yang sedang beliau hadapi kini.


Inilah dia bukti jelas menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat berjaya mewujudkan persekepakatan, persefahaman dan toleransi antara sesama kaum di negara ini. Apa yang terjadi kepada Eli itu harus dijadikan panduan dan tauladan kepada lain-lain pemimpin bukan Islam. Ini jelas menunjukkan bahawa orang bukan Islam lebih menghormati ulamak daripada orang Melayu sendiri yang jelas mencela, menghina dan tidak mahu mendengar pandagan daripada para ulamak.


Mereka hanya mahu mendengar suara dari "ulamak dunia" yang sanggup memperdagangkan ilmu dan pendidikan agama untuk kepentingan politik serta kemewahan semata-mata. Lihat apa yang berlaku kepada Pirdaus Ismail, Mejar Jamil Khir dan Dr.Mashitah Ibrahim yang ternyata gagal melaksanakan apa yang mereka tarbiahkan dulu].




Cadangan Penubuhan Kerajaan Perpaduan Terhenti?

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita3/pctokguru.jpgMarang – Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata beliau menarik balik cadangan menubuhkan kerajaan perpaduan (unity government) yang beliau tawarkan kepada rakyat Malaysia beberapa bulan sebelum ini.

Beliau berkata ia kerana masih ramai yang tidak faham tentang konsep kerajaan perpaduan yang cuba diketengahkan oleh beliau.

“Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang kerajaan perpaduan termasuk dikalangan ahli dan pimpinan PAS sendiri,

“(mungkin) kerana kesibukkan (mereka) tidak mengetahui istilah-istilah dalam politik, kerana tidak membaca (banyak) buku-buku politik.”katanya di kediaman beliau, disini kelmarin.


Katanya didalam politik ada kerajaan yang sepenuhnya, ada kerajaan perpaduan, kerajaan campuran, kerajaan ‘fron-national’ sebagaimana kerajaan Barisan nasional di Malaysia.

“Di Malaysia adalah kerajaan ‘front-national’ yang ada pembangkang, manakala kerajaan campuran ialah kerajaan yang (bercampur) antara satu parti (dengan parti),

“diajak parti lain untuk memerintah dengan syarat2 yang dibuat biasanya terikat dengan syarat bersama dengan kerajaan dan tidak banyak perubahan yang dibuat,”jelasnya.

Katanya kerajaan perpaduan adalah satu konsep yang berbeza kerana ia bukan berbentuk ‘front-national’ dan bukan dalam bentuk kerajaan campuran.

Sebaliknya, kata beliau, kerajaan perpaduan adalah sebuah kerajaan yang melibatkan semua parti politik duduk dalam kerajaan tanpa ‘pembangkang’.


“semua parti ada syakhsiah ada identiti (dan) ada kepribadian sendiri, dan berhak untuk membangkang,

“dimana kerajaan perpaduan ini membolehkan orang dalam UMNO sendiri membangkang kerajaan, membangkang partinya sendiri,” katanya yang menambah, kerajaan perpaduan akan memecahkan tradisi yang dibuat oleh UMNO.

Orang UMNO pada hari ini, katanya, tidak boleh membangkang partinya sendiri dan sekiranya seseorang membangkang, mereka boleh dipecat.

Katanya dalam masa yang sama perubahan mesti berlaku dalam kerajaan perpaduan yang memberikan keadilan kepada semua rakyat.

“Mestilah berlaku perubahan yang adil untuk semua rakyat termasuklah Sutruhanjaya Pilihanraya, badan kehakiman dan pentadbiran negara, konsepnya mesti berubah bukan apa yang ada pada hari ini,

“sebagai contoh apa yang ada di Indonesia, kerajaan perpaduan di sana berlaku pemisahan kuasa diantara badan PEMILU (SPR) dengan badan politik,

“pemisahan kuasa dalam badan kehakiman sehingga badan kehakiman Indonesia boleh menyeret Suharto ke mahkamah,”terangnya lagi.

Katanya kerajaan perpaduan juga boleh menyeret Perdana Menteri dan menteri-menteri ke mahkamah sebagaimana yang berlaku di Israel, sebagai contoh Perdana Menteri Israel boleh disiasat dan dibawa kmahkamah.

Katanya dalam Pilihanraya di Indonesia adalah pilihanraya yang berubah dimana bukan hanya kerajaan yang memerintah mempunyai hak menggunakan kemudahan TV untuk berkempen, bahkan semua parti politik boleh menggunakannya dan rakyat mempunyai kebebasan.

Menurutnya cadangan beliau menubuhkan kerajaan perpaduan kepada mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, telah mendapat persetujuan daripada komponen Pakatan Rakyat, PKR dan DAP.

“Mereka bersetuju, DAP menyertai beberapa usaha yang dilakukan tetapi oleh kerana orang UMNO sendiri takut untuk menubuhkan kerajaan perpaduan, mungkin mereka takut kerana ada orang yang akan dibicarakan dimahkamah,

Oleh itu, katanya, beliau menarik balik cadangan beliau berkaitan penubuhan kerajaan perpaduan, namun beliau yakin pada suatu hari nanti, masyarakat akan merima cadangannya.

Apabila ditanya, samada isu kerajaan perpaduan akan menjadi perbahasan hangat dalam Muktamar PAS akan datang, beliau berkata, ia terpulang kepada kefahaman ahli-ahli PAS dan ia akan menjadi kayu pengukur sejauh mana kefahaman ahli tentang kerajaan perpaduan.

“Sekiranya kita tidak faham lebih baik jangan bercakap kerana orang akan nampak kejahilan kita,”katanya.




Najib Akui UMNO BN Salah Pilih Calon

Perdana Menteri YAB Najib Tun Razak mengakui UMNO-BN tersilap memilih calon untuk setiap kali pilihanraya apabila beliau membuat kenyataan terbuka menyatakan rakyat tidak menolak Barisan Nasional (BN) sebaliknya menolak kepemimpinan yang tidak dekat di hati mereka.

Kebenaran kata-kata Najib tersebut dapat dilihat apabila ditinjau faktor utama kekalahan UMNO-BN di Kuala Terengganu yang sekalipun UMNO-BN telah "turun padang" habis-habisan namun kecundang di tangan calon PAS, YB Abdul Wahid Endut.

UMNO-BN yang menurunkan Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh pada ketika bukanlah calon yang digemari ramai di kawasan pilihanraya berkenaan kerana Wan Farid dilihat pemimpin dari kelompok elit yang tidak mesra-rakyat.

Penglibatan Wan Farid bersama abangnya Wan Hisham dan Khairy dalam mencilok Wang Ehsan dari royalti minyak negeri kepada kroni mereka, Patrick Lim dalam projek-projek membazir seperti Monsoon Cup, Pulau Duyong, Masjid Kristal dan lain-lain tidak dapat disorokkn dari pengetahuan rakyat.

Di Bukit Gantang, UMNO-BN menurunkan Ismail Safian. Ismail telah kalah kepada ADUN Trong Datuk Rosli Husin bagi merebut jawatan ketua bahagian UMNO Bukit Gantang. Itu sudah cukup untuk membuktikan UMNO memilih calon yang sudah awal-awal lagi ditolak oleh ahli UMNO sendiri.


Terlebih buruk apabila terdapat pemimpin UMNO-BN sendiri yang membongkar rahsia Ismail Safian dengan isu Danok yang akhirnya UMNO-BN melopong tidak mampu menangkis lagi apabila rakyat melakukan screening terakhir terhadap calon BN itu.

Di Bukit Selambau, Ganesan dari MIC-BN yang pada awalnya diramalkan mempunyai harapan cerah pun tidak terlepas dari screening rakyat apabila beberapa penduduk India membuat laporan polis dimana Ganesan dikatakan telah menipu pemilik rumah. sewaktu mejadi peguam kepada 127 pemilik rumah baru di KUAH LANGKAWI.

Namun ramai penganalisis politik berpendapat kenyataan Najib tersebut boleh disangkal kerana BN kalah bukan sekadar calon-calonnya yang penuh dengan pelbagai skandal, tetapi adalah kerana arus kebangkitan rakyat yang berlaku semenjak tsunami politik melanda pada PRU12 tahun lalu yng telah menolak BN.

BN dilihat sebagai sebuah parti yang korup dan rasuah disamping mempunyai track record kegagalan membela nasib rakyat setelah 52 tahun berkuasa.



Sultan Azlan: Raja berada di atas politik

Sultan Perak Sultan Azlan Shah hari ini bertitah bahawa seseorang raja sebenarnya berada di atas politik dan tidak boleh turun untuk berdebat dengan terbuka dalam memberi jawapan dan penerangan untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh kumpulan politik tertentu.

Baginda bertitah tindakan kumpulan politik berkenaan yang sampai ke peringkat menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain turut mencemar institusi raja dengan menyemai rasa benci rakyat terhadap raja merupakan satu perbuatan 'menyalakan api dalam sekam' yang amat berbahaya dan boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.

"Betapa perbuatan kuasa politik telah mencemar dan mempamerkan wajah hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian. Matlamat kini dibenarkan menghalalkan cara.

"Betapa kumpulan politk tertentu merasakan mereka tidak pernah silap serta memiliki kekebalan. Betapa pula beberapa individu politik yang merasakan diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki imuniti daripada sebarang tindakan undang-undang sehingga undang-undang diketepikan atas matlamat untuk mendapatkan kuasa," titah baginda di istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 baginda di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar hari ini, lapor Bernama.

Sultan Azlan bertitah pada hemat baginda, negara kini telah terlalu
berlebihan berpolitik sehingga menjejaskan produktiviti ekonomi dan imej negara di kaca mata antarabangsa.

"Dalam menghadapi kemelut ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini, aktiviti-aktiviti politik secara keterlaluan kerana perebutan kuasa ini tidak akan memberi manfaat kepada warga, malah rakyat biasa akan menjadi mangsa terpaksa bergelut untuk memiliki keperluan hidup harian," titah baginda.

Cari titik pertemuan

Baginda bertitah oleh itu para pemimpin yang mewakili kumpulan politik yang berbeza perlu mencari titik pertemuan dan kaedah bekerjasama di antara mereka demi kepentingan negara dan warga.

Sultan Azlan bertitah sepanjang perjalanan hampir 52 tahun kemerdekaan negara, diakui bahawa berlakunya kepincangan dan salah laku serta insiden penyalahgunaan kuasa dalam urus tadbir negara.

"Beta sendiri dari masa ke masa turut menzahirkan teguran, pandangan dan nasihat baik secara terbuka mahupun secara tertutup akan perkara-perkara yang tergelincir dari dasar dan garis perundangan.

"Namun kesilapan yang berpunca daripada beberapa indivIdu atau yang berpunca dari kumpulan tertentu jangan sampai ke peringkat mendorong warga dan bangsa berfikiran singkat mahu meruntuhkan sistem dan institusi sehingga boleh mencetuskan keadaan tidak seimbang, hatta membawa kepada keadaan huru-hara.

"Barang dijauhkan Allah dari bangsa menghadapi nasib malang 'menang sorak kampung tergadai', akhirnya terpaksa mengemis di bumi sendiri," titah baginda.

Sultan Azlan bertitah anggapan salah bahawa raja berperlembagaan adalah sekadar lambang tanpa sebarang kuasa merupakan tafsiran yang perlu diperbetulkan.

Hak raja berpelembagaan

Titah baginda, raja pemerintah bukanlah daripada kalangan insan yang buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan, bahkan segala perkara yang berlaku dalam negara ini adalah dalam ruang penglihatan, pendengaran dan pertuturan raja pemerintah.

"Perlu ditegaskan bahawa raja berpelembagaan itu memiliki tiga hak iaitu hak untuk menyampaikan nasihat dan pandangan, hak untuk memberi galakan dan dorongan dan hak untuk memberi peringatan dan teguran."

Sultan Azlan bertitah raja berpelembagaan bertindak tertakluk kepada kuasa yang termaktub di dalam perlembagaan tetapi adalah satu kesilapan untuk memikirkan bahawa peranan seorang raja pemerintah itu sama seperti seorang presiden yang terbatas semata-mata kepada apa yang tersurat.

"Peranan raja pemerintah adalah mengatasi apa yang tersurat dalam peruntukan perlembagaan. Raja pemerintah mempunyai tanggungjawab yang lebih luas dalam memastikan bahawa semangat perlembagaan , falsafah di sebalik setiap undang-undang yang tersurat, kepentingan negara dan warga negara perlu sentiasa dilindungi," titah baginda.

Baginda bertitah berlandaskan semangat penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, raja-raja mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja, melindungi agama Islam, melindungi bahasa Melayu dan melindungi kepentingan sah kaum-kaum lain.

"Perkara-perkara ini adalah asas persefahaman yang telah tercapai dan merupakan resipi kejayaan terbentuknya sebuah negara bangsa yang merdeka lagi berdaulat, membolehkan warganya hidup rukun lagi bersatu," titah Sultan Perak.

Semua ADUN PR berada di Istana hari ini.

Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Balairong Seri, Istana Iskandariah Bukit Chandan Kuala Kangsar Sempenan dengan Keputaaan Sultan Perak kali ke 81 akan berlangsung pada hari ini. majlis akan bermula pada jam 9.00 pagi dan akan berakhir sekitar jam 2 petang nanti.

Seramai 17 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk DS. Nizar dan Dato' Ngeh akan hadir pada acara tahunan istana itu. Kebanyakan dari kami akan hadir bersama dengan isteri masing-masing.




Kes Kerajaan Nizar : Nazri Berlagak Lebih Hebat Dari Bekas Hakim

Tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang mengulas kenyataan Pengerusi Dap Perak Ngeh Koo Ham yang menyatakan bahawa beliau membuat kenyataan bodoh sebagai satu serangan peribadi.

“Itu merupakan satu kenyataan bodoh daripada seorang peguam bagi saya,” kata Mohamed Nazri yang dipetik dari laporan Bernama hari ini.

Menurut Bernama, Mohamed Nazri berkata Ngeh sebagai seorang peguam sepatutnya menghormati keputusan mahkamah dan bukannya mengeluarkan kenyataan bodoh mendakwa bahawa mahkamah telah mencampuri hal legislatif.

Kalau kenyataan saya bodoh maka sepuluh lagi peguam lain yang menyokong kenyataan saya juga bodoh termasuk termasuk bekas hakim mahkamah rayuan N.H Chan seperti yang beliau jelaskan dalam kenyataannya,” jelas Ngeh kepada Suara Keadilan

Dalam kenyataan yang sama, Mohamed Nazri berkata “Dia (Ngeh) sepatutnya sebagai seorang peguam mesti menghormati keputusan mahkamah. Kalau dah peguam tidak menghormati, macam mana rakyat biasa akan akur kepada setiap keputusan yang dibuat mahkamah. Pada saya tidak syak lagi keputusan mahkamah itu adalah tepat dan betul,” katanya.

Dalam laporan berkanaan menyatakan bahawa dakwaan Ngeh, keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak V. Sivakumar menggantung Menteri Besar Perak dan enam Exco daripada menghadiri persidangan Dewan sebagai satu bentuk campur tangan kuasa seseorang Speaker adalah satu kenyataan yang silap.

Beliau membidas Ngeh dengan berkata tidak timbul soal badan kehakiman mencampuri hal legislatif berhubung keputusan itu kerana mahkamah sebenarnya adalah tempat terbaik untuk mendapat penyelesaian berkenaan dengan tafsiran sesuatu perlembagaan ataupun undang-undang.

“Untuk menjadi seorang peguam, kami telah dididik untuk menggunakan perkataan yang tidak berbaur penghinaan kepada sesiapa, jika tidak bersetuju dengan sesuatu pendapat maka kami akan berkata ‘tidak bersetuju’ atau ‘bersetuju’ dengan pendapat dan bukannya berkata sebarang pendapat itu ‘bodoh’,” jelas Ngeh.

“Ini adalah satu serangan peribadi terhadap saya,” tegas Ngeh

Ngeh mengesa Nazri memahami artikel 72 (1) Perlembagaan Persekutuan seperti kenyataan yang di buat bekas hakim mahkamah rayuan N.H. Chan sebelum membuat sebarang kenyataan dengan serangan peribadi seperti itu.

Petikan dari kenyataan N.H.Chan berbunyi:-

(This is a perverse judgment of the Federal Court. It is perverse because it is a decision that was made in blatant defiance of Article 72(1) of the Federal Constitution which says, “The validity of any proceedings in the Legislative Assembly of any State shall not be questioned in any court”. The judges of the Federal Court have failed the people and the Government of this country when they chose to ignore the law of the Constitution of Malaysia. In other words the judges have refused to do justice according to law.

Incidentally, ultra vires does not mean “outside the law”. It means “outside one’s jurisdiction, beyond the scope of one’s power or authority”.)


“Ini adalah keputusan yang bertentangan dengan Mahkamah Perekutuan. Ini bertentangan kerana keputusan yang dibuat dalam secara kasar dan kurang tepat dalam artikel 72(1) dalam Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi - “kesahihan dalam mana-mana perbicaraan dalam persidangan pembuntukan undang-undang persidangan dalam negeri tidak boleh di pertikaikan dalam mana-mana mahkamah”.

“Hakim mahkamah persekutuan telah mengecewakan rakayat dan kerajaan di negaran ini dengan menafikan hak rakyat apabila beliau (hakim) membelakangi undang-undang perlembagaan Malaysia. Dalam kata lain hakim Mahkamah Persekutuan tidak berlaku adil mengikut undang-undang.

Kebetulan, ultra vires dalam konteks ini tidak bermaksud ‘diluar perundangan’ tetapi bermaksud ‘diluar bidang kuasa pentadbiran perundangan, melampaui skop kuasa mahkamah.”


Menurut Nazri “undang-undang tidak berhajat memberikan seseorang Speaker dengan satu kuasa yang tidak terbatas, lebih-lebih lagi jika tindakan Speaker itu jelas tidak mengikut undang-undang dan peraturan yang ada.”

“Kita semua tahu daripada segi prosedur, itu (tindakan menggantung) salah tapi dia (Sivakumar) kata dia betul. Jadi untuk menentukan siapa betul siapa salah, kita pergi ke mahkamahlah untuk mendapat tafsiran sebenarnya berkenaan dengan perlembagaan dan juga peraturan Dun.

Nasihat Ngeh supaya Nazri meneliti kenyataan Hakim Chan sebelum melatah.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .