Ikuti Blog ini
Ezam kelentong Umno, Cari alasan kerana tak yakin lawan Anwar ,Isnin, Ogos 04, 2008 at 4.8.08,
Ketika Ahli Parlimen Kulim menawar kerusinya kepada Anwar, Ezam melompat untuk menawarkan diri sebagai lawannya. Namun setelah teki-teki dimana Anwar bertanding didedahkan, Ezam kembali pasak ke kandangnya.
Ketika ditanya oleh wartawan mStar tentang Pilihanraya Permatang Pauh, Ezam sekadar menjawab;
“Anwar punya peluang untuk menang di Permatang Pauh kerana itu kerusi yang pernah disandangnya sebelum ini,”
Beliau juga enggan menawarkan diri atas alasan bahawa Umno Permatang Pauh mahu “anak Permatang Pauh menjadi calon” memandangkan beliau yang baru menyertai semula Umno tiga bulan lalu belum dapat diterima sepenuhnya oleh penduduk kawasan berkenaan.
Ini membuktikan bahawa kehadiran Ezam belum mampu menarik perhatian ahli Umno, malah dicurigai oleh kebanyakkan ahlinya.
Kenyataan beliau bahawa Anwar berpeluang untuk menang boleh ditafsirkan sebagai menikam Umno dari belakang kerana meluahkan pandangan yang boleh membunuh motivasi ahli Umno Permatang Pauh.
Walaupun beliau berjanji untuk turun berkempen, namun itu tidak bermakna Umno akan menang. Pilihanraya kecil ini akan menjadi pentas buat Ezam menunjukan kesetiaannya pada Umno yang kini masih lagi berbelah bahagi kerana lawan mereka kali ini adalah mantan bosnya yang telah mendidik dan memberikan banyak ilmu padanya.
Pada kebiasaannya, agak sukar untuk anak murid melawan ilmu gurunya. Hakikatnya, ilmunya itu cukup untuk menjadi bahan jenaka dan ditertawakan sahaja.
RAFIDAH DIPIMPIN... Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (dua, kanan) memimpin tangan Ketua Pergerakan Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz semasa menuruni tangga selepas menghadiri persidangan Wanita Bersama Pemimpin anjuran Pergerakan Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Ini lah contoh pemimpin islam Hadhari Pak Lah.
Gantikan Tugu Negara, kata mufti , at 4.8.08,
Malaysia tidak memerlukan Tugu Peringatan Negara kerana ia "mempunyai unsur-unsur keberhalaan" dan "bukan warisan kita", kata mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
"Ia (tugu itu) patut digantikan dengan perkara lain," katanya
Beliau diminta mengulas sama ada monumen bersejarah itu wajar dirobohkan kerana didakwa mempunyai unsur-unsur keberhalaan yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Jumaat lalu, mufti itu menyarankan perdana menteri atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di tugu berkenaan sempena Hari Pahlawan 2008 agar bertaubat kepada Allah.
Menulis di blognya,Dr Mohd Asri berkata:
"Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan.
"Perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati. Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin.
"Jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas. Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan.
"Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar."
Khamis lepas, selepas perdana menteri, acara peletakan kalungan bunga disusuli panglima angkatan tentera Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.
Mohd Asri turut menyifatkan acara memperingati pahlawan di Tugu Negara sebagai tindakan untuk "mengalihkan pandangan" awam terhadap isu kebajikan keluarga-keluarga bekas tentera.
"Ia mengalihkan pandangan terhadap isu sebenar. Adakah dengan memberi penghormatan di Tugu Negara dapat membantu kaum keluarga pejuang kita? Adakah elaun, gaji, pertolongan terhadap ahli keluarga bekas pejuang terbela?" katanya hari ini.
Beliau menjelaskan, perbuatan memberi hormat kepada Tugu Negara adalah haram mengikut fatwa kebangsaan dan fatwa Perlis.
"Sebab itu sewaktu Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis menjadi Yang di-Pertuan Agong dulu, baginda tidak pernah berbuat demikian," katanya.
Diminta mengulas tentang jenis-jenis patung yang dibenarkan dalam Islam, beliau berkata, pada asalnya semua patung tidak dibenarkan tetapi terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.
Namun, katanya, unsur membesar-besarkan patung tetap tidak dibenarkan.
Patung jika digunakan untuk tujuan perubatan, penyelidikan dan pendidikan adalah dibenarkan, katanya.
Ditanya tentang penggunaan patung untuk tujuan kesenian, beliau berkata, Islam tidak menghalang kesenian, tetapi mestilah ada batasnya.
Patung tidak boleh membesarkan objek asalnya atau imej yang dipatungkan, tambah Mohd Asri.
Pertama dalam sejarah, ahli UMNO repot rasuah Presiden , at 4.8.08,
KUALA LUMPUR, 4 Ogos - Veteran Umno, Dato' Mazlan Harun akan membuat laporan kepada Biro Pencegah Rasuah (BPR) esok ke atas Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan tuduhan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (Bersara) Dato' Zahar Hashim bahawa Perdana Menteri terlibat dengan rasuah politik "of the highest order".
Dalam surat bertarikh 11hb Julai 2008, Zahar mendedahkan salahguna kuasa dan rasuah yang berlaku dalam proses pemilihan Umno oleh Abdullah, yang juga Presiden Umno.
Laporan itu akan dibuat pada pukul 9.30 pagi dan ahli-ahli Umno serta rakyat Malaysia yang mahu bersama-sama membuat laporan polis itu diminta berkumpul di Dataran Merdeka pada pukul 9 pagi esok.
Menurut blogger Umno, A Voice (anotherbrickinwall.blogspot.com), beberapa orang veteran Umno yang juga ahli-ahli Majlis Bekas Wakil-wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) akan turut serta memberi sokongan moral kepada Mazlan.
Dalam suratnya, Zahar berkata, penawaran jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri oleh Abdullah kepada timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak dan persetujuan Najib menerimanya dalam keadaan sekarang dan pada ketika ini merupakan rasuah politik "of the highest order," walau apa pun alasan yang diberi.
"Sudah pasti ia akan memberi kesan yang menguntungkan Abdullah, khususnya, dan sedikit sebanyak kepada Najib juga," katanya.
Terdahulu dari itu, kata Zahar, Abdullah telah terlibat dalam beberapa majlis ramah mesra dan penerangan dalam tempoh pemilihan seperti yang ditafsirkan dalam Tataetika Versi 2008.
"Ketua-ketua cawangan dari beberapa negeri diundang khas, disediakan penginapan di hotel dan diberikan buah tangan berupa sejadah atau kain pelikat serta duit belanja melalui jentera dan sumber kewangan kerajaan.
"Isu in telah menjadi buah mulut di kalangan ahli-ahli Umno," katanya.
Zahar memetik Tataetika Versi 2008 yang melarang calon yang ingin bertanding sebagai Ketua Bahagian atau Ahli Majlis Tertinggi menganjur jamuan atau memberi sedikit wang belanja kepada para perwakilan dan akan dikenakan tindakan disiplin jika melakukannya.
RM1000 untuk satu pengundi, kurangkan majoriti , at 4.8.08,
Pilihanraya kecil di Permatang Pauh nanti bakal menjadi pilihanraya yang paling kotor dalam sejarah Malaysia. Menurut sumber yang berada di”dalam” parti pemerintah, misi utama BN hanyalah untuk mengurangkan majoriti kemenangan di Permatang Pauh.
Pada PRU 12 yang lalu, Dr. Wan Azizah menewaskan calon BN dengan majoriti 13,388.
Kerja-kerja jahat akan dilakukan bagi memastikan Anwar Ibrahim menang dengan majoriti yang rendah. Jika majoriti berkurangan satu undi sekalipun, BN akan mengatakan bahawa Anwar sudah tidak lagi popular dikawasannya.
Sumber dalaman tersebut memberitahu, agen-agen BN sudah berada dikawasan Permatang Pauh untuk melaksanakan kerja-kerja jahat ini. Bagi setiap satu undi, agen-agen ini akan membayar RM 1000.
Kepada pengundi di Permatang Pauh, jika ada agen-agen BN datang dan memberi duit, ambil duitnya. Tetapi undilah calon yang anda mahukan. Pemberi wang tersebut tidak tahu siapa yang anda undi kerana “UNDI ADALAH RAHSIA”.
Dan bagi penduduk Permatang Pauh yang terlihat akan kejadian pembelian undi, sila rakamkan dengan kamera, video atau gunakan telefon bimbit yang mempunyai kemudahan kamera dan video. Jika ada bukti pembelian undi dilakukan, boleh hubungi saya melalui email di amin.iskandar@gmail.com.
Kita akan dedahkan segala penipuan pilihanraya ke peringkat nasional dan antarabangsa!!!
Langgan:
Catatan (Atom)