Speaker Dewan Undang Negeri Perak V.Sivakumar, dalam kenyataan terbarunya pada sidang media jam 7.00 malam semalam menegaskan panggilan mengadakan Sidang DUN Tergempar yang dibuatnya adalah sah dan mengikut undang-undang.
Beliau berkata Setiausaha DUN Perak Abdullah Antong Sabri tidak ada kuasa untuk membuat apa-apa tafsiran mengenai peraturan DUN (Standing Order)
“Tugas Setiausaha DUN adalah menurut arahan Speaker DUN,”kata Sivakumar.
Beliau membacakan peruntukan 89 (Standing Order 89) yang menyatakan bahawa penafsiran yang dibuat oleh Speaker adalah muktamad.
Sementara itu, dalam perkembangan yang sama Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Hj Asmuni Awi menyatakan Sidang DUN Tergempar tersebut akan tetap diadakan Selasa ini.
Beliau yang juga seorang pengamal Undang-undang, dihubungi Buletinonline melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan menjawab “Ya, sebagaimana hari ini” dalam respon pertanyaan yang dikemukakan, adakah Sidang DUN Tergempar Selasa ini tetap di adakan.
Pegawai Khas Exco Ugama dan Pendidikan Ngeri Perak, Ustaz Norazli Musa mengatakan Sidang DUN Tergempar pasti akan diadakan.
Menurut beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Perak, tidak ada kuasa melalui peruntukan undang-udang tubuh negeri Perak yang boleh menghalang Speaker DUN memanggil sidang tersebut.
Beliau yang dihubungi sebentar, mengulangi pendirian Pakatan Rakyat Negeri Perak sebagaimana yang di huraikan dalam majlis penerangannya di Geliga, Kemaman pada minggu lalu. (Gambar kanan dari kiri - Asmuni, Nizar dan Norazli)
Berita Sebelum Ini - Speaker Lawan Setiausaha DUN Perak - Abdullah Antong Sabri, Seorang Penyokong Kuat UMNO
Kemaskini jam 8.30 malam - Peguam Sivakumar menyatakan hari ini Sidang Tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan diadakan sebagaimana Jadual, Selasa ini, kerana ia menepati peruntukan sebagai terkandung dibawah undang-undang tubuh kerajaan Perak dan selari dengan amalan parlimen yang dilaksanakan di negera-negara commonwealth.Bagaimanapun, Setiausaha DUN Perak, Antong berkata panggilan sidang tergempar tersebut tidak sah dan tidak boleh diadakan tanpa mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dipanggil Speaker, V Sivakumar dari Pakatan Rakyat, tidak boleh diadakan kerana perlu menunggu keputusan mahkamah mengenai kedudukan kerajaan negeri.
Kedua-dua peguam Sivakumar Chan Kok Keong and Augustine Anthony memberitahu media DUN Perak telah ditangguhkan sine die (tiada tarikh tetap) sejak November lalu, oleh itu Speaker mempunyai kuasa memanggil sidang tersebut.
“Walau bagaimana pun, sekiranya Sultan Perak menggantung (prorogued) atau membubarkan Sidang DUN Ke 12, barulah Speaker perlu mendapat perkenan Sultan untuk memanggil sidang ke 13,”kata Chan.
Chan juga menambah, Sivakumar mempunyai kuasa sebagai speaker DUN dibawah Seksyen 90 peraturan (standing order) Dewan Undangan Negeri Perak, untuk memanggil sidang DUN tergempar tanpa merujuk kepada Sultan.
Chan juga menambah, Sivakumar mempunyai kuasa sebagai speaker DUN dibawah Seksyen 90 peraturan (standing order) Dewan Undangan Negeri Perak, untuk memanggil sidang DUN tergempar tanpa merujuk kepada Sultan.
Kenyataan Chan di perkukuhkan oleh peguam perlembagaan Tommy Thomas yang pada hari ini menghantar kenyataan tujuh muka kepada pihak media menyatakan :
“ It is thus plain and obvious that the Speaker in the elected House of the British Parliament, the House of Commons, has the discretion to recall the House during an adjournment, which is factually a different category from prorogation.
"Thus the Speaker of the Perak Legislative Assembly is entitled under Standing Order 90 to 'have regard to the usages of Commonwealth Parliamentary practice', in this case, the settled practice in the House of Commons, as to his own power to convene a sitting of the Assembly during adjournment."
Standing Order 90 states: All matters not specifically provided in these Standing Orders and all questions relating to the detailed working of these Standing Orders, as Mr Speaker may from time to time direct; and in giving any such direction Mr Speaker shall have regard to the usages of Commonwealth Parliamentary practice so far as such usages can be applied to the proceeding of the Assembly.
Pada Jumaat lalu, Sivakumar memanggil Sidang Tergempar DUN Perak, dengan menggunakan peruntukan peraturan dewan (standing order) 8 dan 11, supaya DUN boleh membuat undian atas dua usul yang telah diterima.
ADUN Titi Serong, Dr Khalid Idham Lim Abdullah dan ADUN Teja Chang Lih Kang telah mengemukakan usul berkaitan krisis perlembagaan negeri Perak.
Pengerusi DAP Perak Dato’ Ngeh Koo Ham berkata dua usul tersebut antaranya berkaitan pembubaran DUN Perak dan usul menyokong Dato’ Seri Nizar jamaludin sebagai Menteri Besar Perak.