Ikuti Blog ini

Gambar Sekitar Protes 'UMNO Juara Rakyat' Permatang Pauh



PERMATANG PAUH, 21 Feb - Tanpa rasa malu dan hormat kepada bantahan rakyat, Umno terus berlagak samseng dan menunjukkan sikap "gedebe" dengan terus menggunakan kemudahan sekolah untuk menganjurkan program Juara Rakyat ilham Presiden Umno Najib Razak.

Yang menaikkan kemarahan rakyat apabila bajet Kementerian Pelajaran dipotong sehingga 20 peratus menyebabkan kesengsaraan kepada pelajar dan juga ibubapa.

Ini termasuk Skim Bantuan Tuisyen (SBT) pelajar miskin, bantuan pakaian seragam unit beruniform, bantuan makanan asrama, rancangan makanan tambahan, elaun murid berkeperluan khas dan bantuan sukan dan kokurikulum yang telah dimansuh atau dikurangkan.



Namun Umno dengan muka tebal menggunakan kemudahan sekolah untuk tujuan politik mereka walaupun sekolah-sekolah seluruh negara menderita akibat pengurangan belanjawan.





Petang tadi 500 penyokong Pakatan Rakyat terpaksa berdepan dengan puluhan anggota polis dan FRU di perkarangan Sekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda, Permatang Pauh kerana membantah penggunaan dewan sekolah untuk tujuan Program Bulan Kebajikan Umno Juara Rakyat.





Desakan kuat daripada Pakatan Rakyat menyebabkan Umno akhirnya akur dan terpaksa membatalkan program tersebut apabila penyokong melaungkan 'Umno bukan juara rakyat, Umno juara penipu".



Wartawan Suara Keadilan Qayum Rahman yang berada di lokasi kejadian melaporkan Pakatan Rakyat telah membuat laporan polis terhadap acara tersebut semalam tetapi Umno tidak menghiraukannya dan meneruskan program mereka.





Seorang penyokong Pakatan Rakyat, Mahathir Abdullah berkata, "mereka (Umno) dah langgar kawasan kami hingga menyalahguna sekolah untuk tujuan politik kotor".

Noraliza Abdul Wahab pula berkata bantahan dibuat kerana Umno secara jelas menggunakan sekolah untuk agenda politik dan tidak kena mengena dengan pendidikan.

"Kami bantah Umno guna sekolah rakyat sebagai tempat untuk raih sokongan murahan untuk menarik hati penduduk yang sudah lama tak suka pada mereka," kata beliau.

Abdul Manap Osman pula berkata," Umno dah lama kalah tapi masih tak sedar diri dan cuba adakan program yang hanya dihadiri beberapa kerat orang saja. Kami tak puas hati mereka dengan senang guna sekolah yang sepatutnya tidak boleh digunakan sebagai tempat politik".


Sumber Berita : Suara-Keadilan.com

Walaupun Saya Dalam penjara UMNO Tetap Akan Tumbang Dalam PRU13 - DSAI


Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan BN bahawa rakyat akan menolak BN dari Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang - tidak kira sama ada beliau merengkok di penjara atau tidak.

Katanya, rakyat sudah begitu bosan dengan BN dan mereka kini sudah bersedia untuk menumbangkan kerajaan pusat yang didukung oleh Umno dan menggantikannya dengan Pakatan Rakyat.

Bercakap kepada hadirin yang membanjiri rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina di Machang Bubok, Pulau Pinang, Anwar berkata, BN, Umno, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, malah isterinya Datin Seri Rosman mansor "tidak seharusnya hidup dalam ilusi palsu'.

Katanya, mereka tidak seharusnya mempunyai persepsi salah yang para pengundi akan kembali menyokong BN jika beliau dipenjarakan.

Anwar merujuk kepada perbicaraan tuduhan kes liwat terhadapnya yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sebaliknya, kata beliau, rakyat akan bangun menolak Umno dan BN dalam pilihan raya umum akan datang, tidak kira sama ada beliau di dalam penjara ataupun tidak.

Anwar berkata, di mana-mana sahaja, rakyat dilihat sudah bersedia untuk menolak Umno dan BN.

Beliau berkata, rakyat sudah lama hilang kepercayaan kepada Umno dan BN kerana "rasuah telah menjangkiti pentadbiran Putrajaya hingga ke akar umbinya".

Kerana rasuah, katanya, Malaysia telah jauh ketinggalan dalam bidang ekonominya, termasuk di rantau Asean.

Malaysia, katanya, kini ketinggalan di belakang Singapura, Thailand, Indonesia, malah Vietnam di segi pertumbuhan ekonomi dan daya saing.

"Kita hanya baik sedikit daripad Burma dan Zimbabwe," kata Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

Majlis rumah terbuka itu dihoskan oleh ADUN Machang Bubok yang juga timbalan speaker DUN Pulau Pinang, Tan Hock Leong.

Ia turut dihadiri ADUN tunggal PAS di negeri itu, Mohd Salleh Man (Permatang Pasir).

BN, Bahtera Yang hampir Tenggelam

http://buletinonline.net/images/stories/berita22/pemikat.JPGKUALA TERENGGANU - PAS menegaskan, tidak akan menjalinkan sebarang bentuk kerjasama untuk menubuhkan kerajaan dengan Barisan Nasional (BN) sebaliknya, lebih selesa menjadi pembangkang, daripada bersama dengan sebuah kerajaan yang bakal ‘tenggelam’.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifat Umno/ BN umpama sebuah bahtera yang sedang ‘bocor’.

“Bentuk kerajaan, sehingga kini tidak berlaku dan tidak ada perkiraan. Kita (PAS) tunggu pilihan raya. Bentuk lain ada, ekonomi dan sebagainya.

“Kita (PAS) lebih selesa jadi pembangkang yang menasihatkan kerajaan kerana kita (PAS) tidak mahu naik di atas kenderaan yang sedang ‘bocor’.

“Kita (PAS) tahu parti kerajaan (BN) juga sedang ‘bocor’, tidak pasal-pasal kita (PAS) naik dan tenggelam dengan ‘bahtera’ yang ‘bocor’,” jelasnya pada sidang media selepas merasmikan Himpunan Pemuda Islam Kuala Terengganu (Pemikat) 2010 di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, di Kuala Ibai, 19 Februari lalu.

Namun begitu, beliau berkata, PAS sedia bekerjasama, bermuzakarah dan berbincang dalam isu-isu lain untuk kepentingan rakyat seperti isu ekonomi dan sosial

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata pendirian PAS bersikap positif dalam perkara yang baik mengikut konsep demokrasi.

“Kita (PAS) bersikap positif sepanjang masa dalam perkara yang positif, yang baik kita terus bekerjasama. Sebagaimana, dimasa-masa yang lalu.

“Perkara yang mungkar, perkara yang tidak betul kita (PAS) tetap menegur dan mengkritik. Ini adalah konsep demokrasi yang kita (PAS) amalkan.

“Kita (PAS) tidak membangkang semata-mata dan kita (PAS) tidak menyokong semata-mata. Kita (PAS) terbuka untuk bermuzakarah, berbincang sebagaimana yang diminta oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat,” tegasnya.

MB seru bantu mangsa kebakaran

MACHANG, 21 Feb: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meluangkan masa hampir 40 minit melawat tapak kebakaran yang membabitkan 20 buah rumah kedai dan kediaman, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 malam Sabtu itu, dianggarkan sebanyak RM1 juta musnah apabila kedai yang penuh bersejarah serta identiti Pulai Chondong itu hangus terbakar.

Dalam kejadian terbesar yang melanda negeri Kelantan awal tahun ini, kerajaan negeri menyumbangkan sebanyak RM1,500 kepada setiap mangsa, sebagai sumbangan pertama untuk mereka.

Sumbangan berkenaan disampaikan sendiri oleh Tuan Guru dan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa di Pasar Pulai Chondong.

Tuan Guru ketika berucap pada majlis ringkas itu menyeru jiran tetangga supaya membantu rakan-rakan mangsa kebakaran penuh keikhlasan sebagai cara meringankan bebanan mereka.

Menurutnya, bencana tersebut ujian Allah dan semua mangsa harus menerima dengan hati yang tabah.

“Sikap cakna ini sedikat sebanyak dapat meringankan kesusahan mangsa sama ada dari segi fizikal atau mental mereka.

“Yang tinggal berdekatan tolong bantu dan berikhtiar dan saya ucapkan takziahlah kepada semua mangsa kebakaran,”ujarnya.

Di antara kedai yang terlibat dalam kebakaran itu, sebahagiannya kedai emas dan kedai borong.

Kenapakah UMNO/BN Sangat Takut Jatuh Kuasa PRU13 Nanti..??

RAKYAT PERLU TAHU KENAPA UMNO/BN BERMATI-MATIAN MEMPERTAHANKAN KUASA MEREKA, MEMPERGUNAKAN BERBAGAI HELAH DENGAN CARA HARAM DAN JAHAT. SALAH GUNA KUASA PADA HARTA RAKYAT/KAKITANGAN KERAJAAN DEMI MENJAGA KESALAHAN YANG MEREKA LAKUKAN DARI DIHUKUM DAN DI HUMBANKAN DALAM PENJARA...KERANA RASUAH YG MELAMPAU SERTA BERBAGAI JENAYAH.

DS HAJI NIZAR BERI TAZKIRAH DI SURAU TAMAN CICELY, TELUK INTAN



Kehadiran Dato' Seri Haji Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai penyampai tazkirah di Surau Taman Cicely telah menarik orang ramai memenuhi segenap ruang di surau tersebut. Sesungguhnya kehadiran beliau memang sentiasa dinanti-nanti. Oleh kerana itu, segenap ruang surau sama ada di tingkat atas atau bawah telah dipenuhi muslimin dan muslimat sehingga memaksa pihak surau memasang skrin besar untuk memberikan kepuasan kepada setiap hadirin.

Tazkirah beliau lebih banyak tentang keadilan dalam Islam yang di mana keadilan perlu disertakan dengan taqwa. Untuk mendapatkan ketaqwaan itu, setiap orang mesti adil. Haji Nizar telah menamatkan tazkirah beliau kira-kira pukul 9.15 malam kerana selepas itu beliau berceramah di Kg. Gajah.










Daud Che Ngah VS Shahrizat



Saksikan rakaman siaran langsung dari NTV7, Menteri pembangunan wanita dan Keluarga dihentam oleh penceramah bebas, Datuk Ustaz Daud Che Ngah berkenaaan penubuhan Rumah khas untuk wanita hamil luar nikah. Selain itu bantahan penonton mengenai idea penubuhan rumah itu juga dapat disaksikan melalui majoriti undian SMS yang tidak bersetuju.

JEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI !!


Pakatan Rakyat Malaysia Melangkah Ke Putrajaya

Pakatan Rakyat dipercayai kemungkinan menerima nama Pakatan Rakyat Malaysia sebagai “kompromi” jika ia diperlukan untuk mendaftarkan ikatan PAS-PKR-DAP.

Nama Pakatan Rakyat Malaysia disyorkan Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini bagi mencerminkan identiti nasional negara pada nama tersebut.

“RoS mahu perkataan Malaysia ditambah untuk menggambarkan imej nasional pada Pakatan Rakyat,” kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi The Malaysia Insider.

Bagaimanapun kata beliau pihaknya masih mengharapkan nama asal yang dikemukakan kepada RoS tahun lalu dikekalkan.

“Bagaimanapun kami akan membincangkan (perkara ini),” kata beliau.

Pakatan Rakyat mengemukakan permohonan untuk mendaftar Pakatan Rakyat pada November lalu.

Pakatan Rakyat dibentuk sebagai badan bukan formal pada April 2008 susulan keputusan pilihan raya umum ke-12.

Ia dibentuk dengan ikatan PAS-PKR-DAP.

Pakatan Rakyat menerajui kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Di Parlimen Pakatan Rakyat mempunyai 80 kerusi sekarang.

Ketika ditanya sama ada ia akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden Pakatan Rakyat Isnin ini, Saifuddin berkata ia tidak dijadual untuk dibincangkan.

“Tidak (kita tidak bincang Isnin ini),” katanya.

Dalam pada itu Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata pihaknya tiada masalah dengan syor RoS tetapi ia perlu dibincangkan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat secara mendalam.

“Saya yakin mungkin ia akan dibincangkan minggu depan... mungkin Datuk Zaid Ibrahim ada laporan untuk dibentangkan, kita mungkin membincangkan,” katanya.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata parti itu juga tiada masalah dengan Pakatan Rakyat Malaysia.

Ketika dihubungi kata beliau, nama itu sudah lama disyorkan tetapi belum diluluskan pihak berkuasa. -MI

Pakatan Rakyat Malaysia - apa ada pada nama. Yang utama sistem dua parti bakal menjadi kenyataan. PRU13 menyaksikan perlawanan sengit BN vs PRM. Yang penting Pakatan Rakyat Malaysia menggantikan BN di Putrajaya.

3 huruf (P-R-M) lebih kuat dan lebih kukuh dari 2 huruf (B-N). Itu hikmahnya - sepertimana sebuah bangku 3 kaki lebih kuat dari bangku 2 kaki.

ROS bakal pening pula selepas ini. Nak tarik balik atau nak teruskan?

Tan Sri Harussani! Perempuan ini bagaimana?

Beberapa hari yang lalu Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria telah membidas Sisters in Islam (Sis) yang menyifatkan tindakan merotan tiga wanita Islam atas kesalahan melakukan persetubuhan haram sebagai diskriminasi terhadap wanita.

Tegas beliau, mana-mana pihak yang mempunyai tanggapan sedemikian bermakna mereka tidak mempercayai hukum Allah dan boleh dianggap terkeluar daripada Islam.

''Orang seperti ini tidak faham hukum Islam, mereka menentang dan membenci hukum Islam kerana terpengaruh dengan orientalis Barat yang menentang Islam.

''Kalau hendak diambil kira hukuman enam kali sebatan itu ia begitu ringan sedangkan asalnya 100 kali sebatan terhadap mereka yang melakukan persetubuhan haram manakala 80 kali sebatan terhadap yang minum arak," katanya .

Dan hari ini Perempuan ini telah berkata” walaupun beliau menghormati hukuman sebatan di bawah undang-undang Syariah tetapi berpendapat Islam juga membolehkan pendekatan pemulihan dan kaunseling.”


Shahrizat rela kaunseling berbanding hukuman sebat

Oleh Neville Spykerman

KUALA LUMPUR, Feb 20 — Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (kiri) berkata beliau menghormati hukuman sebatan di bawah undang-undang Syariah tetapi berpendapat Islam juga membolehkan pendekatan pemulihan dan kaunseling.

“Salah tetap salah tetapi ada banyak cara untuk menangani isu ini termasuk pemulihan dan kaunseling,” kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika mengulas lanjut isu merotan tiga wanita Islam wanita berhubung kesalahan seks haram awal bulan ini.

Ketua Wanita Umno itu mengakui hakim-hakim Syariah mempunyai budi bicara untuk mengenakan hukuman sebatan tetapi menekankan, merotan wanita adalah isu sensitif.

Beliau menambah hukuman sebatan juga memberi ruang kepada mereka yang mengambil kesempatan dengan mendakwa kaum wanita di negara ini tiada suara.

Bagaimanapun Shahrizat menafikan mengenakan hukuman sebatan akan menjejaskan imej negara.

“Hanya mereka yang berfikiran sempit akan melihat dari sudut ini,” kata beliau.

Khamis lalu Sisters in Islam (SIS) membidas tindakan Jabatan Penjara melaksanakan hukuman sebatan ke atas tiga wanita Islam berhubung kesalahan mengadakan seks haram dengan menganggapnya sebagai satu diskriminasi terhadap kaum wanita.

SIS berpendapat bahawa melaksanakan hukuman sebatan ke atas mereka tindakan itu secara tidak langsung menggambarkan yang kerajaan cuba menyembunyikan layanan tidak adil dan memalukan ini daripada pengetahuan orang ramai.

Pada Rabu lalu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata tiga orang wanita Islam telah menjalani hukuman sebatan minggu lalu, menjadikan yang pertama menjalani hukuman ini di bawah undang-undang Syariah kerana mengadakan hubungan seks haram.

Hukuman dijalankan di Penjara Kajang 9 Feb lalu.

Tiga pesalah wanita itu bersama empat lagi pesalah lelaki dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga bulan lalu.

Langkah melaksanakan hukuman sebatan ke atas wanita mencetuskan kontroversi tahun lalu selepas bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor yang dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu setelah mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008.

Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan berkata pihaknya juga terkejut dan kecewa dengan kenyataan Hishammuddin semalam bahawa tiga wanita Islam telah menjalani hukuman sebatan yang dikendalikan oleh Penjara Kajang.


The Malaysian Insider

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .