“Tindakan Menteri Besar Kelantan mengambil keputusan membatalkan hasrat mengerjakan haji memudahkan kerja kami.
“Memang penajaan sebenarnya bukan rasuah, tetapi memandangkan Tuan Guru seorang Menteri Besar, ia tidak boleh berlaku perkara sedemikian.
“Tidak ada masalah sesiapa pun nak menaja Tok Guru pergi ke Makkah, tetapi kedudukannya sebagai Menteri Besar,” ujarnya kepada media selepas mengunjungi Menteri Besar, di pejabatnya petang tadi.
Jumaat lalu Tuan Guru Nik Abdul Aziz membatalkan hasrat menunaikan haji disebabkan isu ada pihak memperbesarkan isu tajaannya untuk ke Makkah.
Nazri berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku badan bebas melakukan siasatan berdasarkan laporan dalam akhbar dan bukannya melalui mana-mana individu.
Katanya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sendiri mengeluarkan kenyataan beliau ditaja seseorang ke Makkah.
“Pada saya, Nik Aziz mengeluarkan satu kenyataan tanpa rasa bersalah kerana kalau tok guru nak pergi, dia tak perlu cakap, tetapi dalam hal ni dia cakap dan dia sendiri bukan ada niat apa-apa.
“Kalau dia betul nak pergi, dia tak payah cerita daripada mana dia dapat duit, kita pun tahu dia ada duit, tapi Tok Guru ni seorang yang lurus,” ujarnya.
Beliau juga berkata, sebagai contoh jika seseorang itu memberikan rasuah dan meletak wang di atas meja tanpa diusik orang yang ingin dirasuah, ia belum boleh dikaitkan dengan rasuah.
Ikuti Blog ini
Batalkan tunai haji selesaikan isu - Nazri Aziz ,Rabu, November 18, 2009 at 18.11.09,
KOTA BHARU, 18 Nov: Keputusan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasrat mengerjakan haji ke Makkah tahun ini dianggap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz boleh menyelesaikan isu.
Bantuan khariat kematian semua kaum di Kedah , at 18.11.09,
Mulai tahun depan, golongan miskin semua kaum di Kedah akan menerima bantuan RM500 melalui khairat kematian 'kifalah' bagi pengurusan jenazah anggota keluarga mereka yang meninggal dunia. Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata menerusi skim bantuan itu, mereka akan mendapatkan bantuan wang tersebut jika terdapat anggota keluarga mereka seperti ibu bapa atau anak yang meninggal dunia. "Kifalah bertujuan memberi bantuan segera kepada rakyat miskin yang kehilangan anggota keluarga dan wang itu boleh digunakan untuk pengurusan jenazah dan sebagainya," katanya di Alor Star hari ini. Katanya, bantuan tersebut menjadi salah satu bukti bahawa kerajaan negeri komited untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik atau miskin tanpa mengira kaum dan fahaman politik. "Menerusi bantuan ini, rakyat daripada semua kaum dan tanpa mengira fahaman politik boleh menghubungi wakil rakyat atau ketua kampung masing-masing untuk membuat permohonan Kifalah jika berlaku kematian anggota keluarga mereka," katanya. - Bernama |
Pas menang Raykat senang ... |
Dari mahkamah syariah nak ke mahkamah tinggi,...ni kes sivil atau kes syariah??? , at 18.11.09,
Hakim tolak kes Dr. Asri dibawa ke Mahkamah Tinggi
GOMBAK, 18 Nov: Hari ini merupakan kejayaan moral pertama buat Bekas Mufti Negeri Perlis, Dr. Mohd Azri Zainul Abidin apabila Mahkamah Rendah Syariah Gombak menolak permohonan pihak pendakwaraya untuk membawa kes beliau ke Mahkamah Tinggi.
Dalam pendengaran kes itu hari ini, Hakim Wan Mahyudin Wan Mohammad menyatakan bahawa alasan-alasan pendakwaraya untuk memindahkan kes tersebut adalah tidak munasabah.
Pendakwaraya dalam penghujahan mereka sebelum itu telah memberi alasan bahawa kes ini wajar dibicarakan di mahkamah tinggi di hadapan seorang hakim yang berpengalaman dan kes ini juga telah menjadi terkenal disebabkan hebahan media masa.
Peguam bela mewakili Dr. Mohd Asri, Jamal Lokman Sulaiman dalam penghujahannya pula memberitahu permohonan dan alasan pihak pendakwaraya tersebut seolah-olah dianggap menghina hakim dan mahkamah rendah syariah sebagai tidak berpengalaman.
Seorang lagi peguam bela mewakili Dr. Mohd Asri adalah Kamal Aniah Kamarulzaman.
Permohonan memindahkan kes tersebut diserah pihak pendakwaraya hanya 10 minit sebelum perbicaraan hari ini bermula.
Dalam Pada itu, Dr. Mohd Asri mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengajar tanpa tauliah.
Mahkamah juga menetapkan perbicaraan kes ini didengar pada 5 Januari depan di mahkamah yang sama.
Bekas mufti Perlis itu ditangkap di sebuah banglo di Hulu Kelang tengah malam 1 November lalu berhubung siasatan bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 atau kesalahan menyampaikan kuliah tanpa tauliah.
Hadir sama memberi sokongan pada perbicaraan hari ini bekas Menteri Besar Perlis, Shahidan Kassim, ADUN Hulu Klang, Saari Sungib, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu Zulkifli Nordin, anak bekas Perdana Menteri, Marina Mahathir dan selebriti Azwan Ali.
Langgan:
Catatan (Atom)