Ikuti Blog ini

"Sultan Sulu" Itu Ahli UMNO Yang Berdaftar!



Ketika Umno BN menyalak kencang mengheret Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, rupa-rupanya ‘Sultan Sulu’ yang didakwa mengetuai pasukan penceroboh itu adalah ahli Umno.

Ini dibuktikan dalam laporan Berita Harian pada 19 Februari 2011 bertajuk ‘Umno Sabah minta keahlian ‘Sultan Sulu’ dipecat’.

Dilaporkan, Sultan Sulu itu adalah Datu Mohd Akjan Ali Muhammad dan merupakan ahli Umno sebuah cawangan dalam Bahagian Kota Kinabalu.

Mengikut laporan itu, arahan pemecatan Mohd Akjan kerana beliau mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu.

Mohd Akjan yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Cawangan Sabah adalah bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau dilapor ditabalkan sebagai Sultan Sulu awal Februari 2011 selepas mengangkat sumpah kesetiaan dalam majlis di sebuah rumah di Kampung Likas, dekat Kota Kinabalu.

Ekoran pengisytiharannya itu, Badan Perhubungan Umno Sabah mahu Majlis Tertinggi (MT) parti memecat beliau.

Dilaporkan, keputusan sebulat suara itu dicapai pada mesyuarat Umno Sabah, 17 Februari 2011.

Umno menyifatkan tindakan Mohd Akjan itu mencemar imej dan memecahbelahkan perpaduan parti.

Ketua Menteri yang juga Pengerusi Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman dilapor berkata, Umno memandang serius tindakan ahli perniagaan terbabit mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu.

Sehubungan itu, Musa mencadangkan agar MT mengambil tindakan tegas terhadap Mohd Akjan bagi menjamin keutuhan parti.

Musa yang mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa kerajaan negeri tidak mengiktiraf tindakan Mohd Akjan itu dan meminta polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.

Nenek ku mati di langgar Hilux Umno.


Gambar merujuk kepada seorang suami yang meratapi kematian isterinya selepas di langgar oleh pemandu cuai, yang juga membawa kenderaan Hilux yang berlogokan UMNO dan 1Malaysia.

Kisah yang tak kurang kontroversinya. Macam tak percaya tetapi inilah yang berlaku. Ahh truck umno langgar seorang nenek tua yang berusia 78 tahun dan biarkan dia mati disitu instead of hulurkan bantuan. Sudah langgar boleh pula cabut lari. Ketakutan. 

Dikatakan, apa yang tersebar di media internet, aku catatkan semula ;

1. Hilux tue dipandu laju2 atas jalan.

2. Terlanggar seorang nenek tua yang baru pulang dari menoreh.

3. Terdampar di tepi jalan, Hilux tidak berhenti on the spot, dia berhenti jauh sket, ada jarak la.

4. Then tinjau keadaan nenek yang mereka langgarkan tue.

5. Bila tengok keadaan nenek tue parah, dia lari [salah seorang yang berada atas kenderaan hilux, lari].

6. Kemudian, yang masih tinggal cabut logo umno dan 1malaysia.

7. Taknak bagi gambaran buruk.

8. Actually aku tak rasa rakyat akan kondem umno langgar siapa dan apa.

9. Mereka lebih stresskan kisah kejadian langgar tue jek.

10. So kalau umno pun langgar, tak boleh bawa p hospital ka?

11. Nenek tue mati kat situ juga. Lambat dapat rawatan dan cedera parah di kepala.

12. Motif buka sticker umno tue pun sebenarnya tak patut dibuat. 

13. Jangan salah faham, kemalangan wujud di mana2. Apabila dia cuai, dia cuai kerana dia cuai bukan kerana dia umno. Kita semua faham tue.

14. Tetapi bila dah cuai bertanggungjawab la sket.

15. Jangan langgar dan lari. Itu tak baik.

16. Apa pun neh kisah disebelah pihak je. Penjelasan dari pihak yang melanggar juga perlu kita dengar. Keadilan terpakai untuk kesemua pihak, tak kira la dia baik ke jahat ke, agama apa sekalipun, bangsa apa2 pun, kita haruslah bersikap membuat kesimpulan selepas mendengar pendapat dan penjelasan dari semua pihak yang terlibat.

Kepada ahli keluarga mangsa, salam takziah di ucapkan. Kepada pemilik kenderaan hilux, kalau betul anda yang melanggar, bertanggungjawablah. Di mahkamah nanti anda tidak akan didakwa kerana memiliki sticker umno tetapi kerana melanggar orang dan menyebabkan kematian. Fikir2kan tue.

                  

Pemberontakkan Sulu : Sandiwara Atau Tidak, Kerajaan Tetap Harus Bertanggungjawab

Dua hari lepas, dua orang anggota komando VAT69 telah terkorban di Lahad Datu ketika Kerajaan Malaysia terus mengambil sikap 'berunding' sedangkan dalam mana-mana negara berdaulat tidak akan berkompromi dengan pencerobohan bersenjata. Semalam tanggal 2 Mac, seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban dan kali ini di Semporna.
Saya ucap takziah dan tidak dapat sembunyi perasaan sedih berbaur kemarahan. Sedih kerana peristiwa kematian ini mampu dielak jika kerajaan bertindak lebih awal sebelum melarat seperti yang diberitakan. Sesungguhnya, membenarkan kependudukkan yang berminggu kepada anggota pengganas Sulu ini merupakan satu langkah malang buat negara, menjadikan kedudukan mereka yang lebih sedia untuk menyusun gerakan - Ini harus diakui.
Pagi ini saya terkejut membaca laporan media yang mengatakan Perdana Menteri Malaysia memberikan kata dua kepada penceroboh ini atau hadapi tindakkan pihak berkuasa. Pertama, mereka bukan lagi sekadar penceroboh tetapi musuh negara pengganas bersenjata yang telah membunuh anggota keselamatan Malaysia. Kedua, mengapa perlu memberi kata dua? Bukankah sudah ada yang terkorban? Di atas dua perkara ini, saya simpulkan bahawa Perdana Menteri Malaysia adalah bangsat dan tidak layak lagi meneraju negara.

Inilah nasib Malaysia, mempunyai seorang Perdana Menteri yang lemah segala bidang, dari sudut ekonomi, sudut pentadbiran, sudut integriti, sudut kepimpinan, sudut menangani kirsis, sudut menjawab persoalan dan juga hingga sudut mempertahankan kedaulatan negara - semua gagal. Mungkin kerana 'ia' hadir dari pilihan kelompok manusia yang tidak punya jatidiri serta mengamalkan rasuah dan tidak mustahil sanggup menjual negara demi untuk terus berkuasa.
Apakah keterlaluan jika saya katakan, ini semua sandiwara untuk mengubah haluan sokongan rakyat kononnya 'agar bersatu di bawah kerajaan' bagi menghadapi krisis Lahad Datu dan seterusnya menguntum simpati? Bagaimana timbul persoalan 'sandiwara'? Bila ada perasaan sangsi maka timbullah soal sandiwara. Salahkah jika rakyat yang terlalu banyak memendam 'curious mind' saling bertanya "Apakah ini sandiwara?" bila banyak perkara pelik berlaku.
Pelik, apabila memikirkan bagaimana ratusan musuh negara yang bersenjata boleh mendarat di Tanjung Labian dengan skala ratusan anggota tanpa disedari. Lebih pelik, saya berkongsi persoalan bekas Jeneral TLDM, bagaimana perairan negara yang dikawal oleh 4 agensi maritim dengan memiliki 12 radar pengesan bot sejauh 100km dan bot laju kombat CB90, masih boleh ditembusi? Saya tidak mahu kira bab kapal selam Scorpene menyedari kapal selam ini serba tempang tidak bersenjata (torpedo) dan tidak mampu menyelam.
Lagi pelik, bila mana seramai 400-500 sentinel bersenjata Sulu bergerak dari Tanjung Labian ke Kg Tandou dengan berjalan kaki melalui denai perkampungan, apakah ia tidak disedari, apakah polis, tentera dan orang kampung tidak perasan? Tidakkah negara mempunyai perisik? Ini pelik. Saya faham negara ini terlalu banyak 'Special Branch' yang mengekori kebanyakkan pemimpin PR, turun ke ceramah dan sebagainya. Namun apakah mustahil tiada SB yang memerhati gerakan bersenjata Sulu?
Saya berani mengatakan, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebuah gerakan anak muda yang menuntut perubahan negara menjadi perhatian kepada SB dan juga Majlis Keselamatan Negara. Kerana apa setiap gerakan SAMM diperhatikan dengan teliti? Kerana SAMM adalah ancaman kepada Umno dan Barisan Nasional. Tetapi bagaimana pula dengan gerakan yang mengancam rakyat dan negara khususnya rakyat Sabah di perbatasan sana, tidakkah ada SB atau intel yang memerhatikan mereka? Ini pelik dan sudah tentu memperagakan lebih banyak persoalan.
Berbalik kepada isu pengganas Sulu pasca pertempuran. Kepelikkan menjadi lebih serius selepas tamat pertempuran di Lahad Datu apabila memikirkan bagaimana ratusan anggota bersenjata Sulu ini boleh lolos dari kepungan pihak berkuasa? Kita semua telah dimaklum dengan jelas bahawa perkampungan Tandou telah dikepung, maka di manakah ketua mereka? Apakah mati atau ditahan? Berapa ramai yang ditahan? Apakah mereka punya magika boleh hilang sekelip mata? Apakah mereka ini 'orang minyak'? Pelik, pelik dan pelik!
Dengan banyaknya persoalan pelik seperti yang saya sebut di atas, salahkah rakyat berdepan 'curious mind' setelah banyak perkara berlaku susah diterima akal?
Sandiwara atau tidak, saya berani katakan yang bangsat di atas sana sanggup buat apa saja, jual negara, korbankan nyawa, you name it! Asalkan masih pegang tampuk kuasa. Saya jamin Umno dan Barisan Nasional akan tumbang PRU-13, apa cara pun mereka akan kalah kerana semua rakyat, profesional, penjawat awam, pekerja sendiri dan orang atas pagar telah tekad untuk bersama arus perubahan. Malah mungkin kali ini kalau Umno/BN menipu PRU pun akan tetap hadapi kekalahan. Difahamkan, pengundi hantu yang terdiri daripada warga asing juga tidak berani keluar membahayakan nyawa mereka untuk mengundi Umno/BN di atas ketegasan rakyat kali ini. Justeru, apa lagi cara yang mereka ada?
Sandiwara atau tidak, pertempuran sudah berlaku dan anggota keselamatan sudah terkorban. Pertempuran dan kematian adalah sahih, manakala sandiwara adalah persoalan dari peristiwa yang berlaku.
Harus dilekatkan dalam kepala kita, menimbulkan persoalan (sandiwara) dan mensahihkan sesuatu adalah dua perkara berbeza. Sahihnya sekarang ialah, saya tetap menegaskan Kerajaan pimpinan Umno dan BN harus bertanggungjawab, Najib dan Hishamuddin harus bertanggungjawab di atas kematian semalam hari ini dan esok. Namun dalam masa sama rakyat tetap persoal mengapa begitu dan begini, seolah ia satu sandiwara meminta simpati telah berlaku.
Akhir sekali saya menyimpulkan, tidak keterlaluan jika saya katakan demi kemenangan Umno/BN di Sabah dulu dan kini, sanggup Umno dan Barisan Nasional penuhkan Sabah dengan warga asing termasuk warga sulu yang akhirnya membawa kepada beraninya warga Sulu bersatu dan memberontak menuntut sabah! Percayalah, mereka tidak akan berani bertindak sekiranya tidak punya asas atau kekuatan yang cukup untuk mengancam negara.
Apakah suatu masa nanti, di atas ketergamakkan Umno menjual negara melalui skim pemberian kad pengenalan dan beri ruang kepada warga asing mengundi demi untuk terus kekal berkuasa, akan sampai ketikanya Indonesia pula menuntut negara ini kerana telah berjuta warga mereka di sini. Ia tidak mustahil sepertimana yang kita fikirkan tidak mustahil Sabah berlaku peperangan di Sabah.
Sekian
Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger Pengarah Propaganda SAMM
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .