Ikuti Blog ini

Malaysia Juara Piala AFF Suzuki - Agregat 4-2, Safee Penjaring Gol Terbanyak


Malaysia mencipta sejarah membawa pulang trofi Piala Suzuki AFF buat julung kali pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno, sekalipun tewas 2-1 dengan Indonesia sebentar tadi.

Dengan keputusan itu, ia menjadikan agregat 4-2 kepada Malaysia selepas pasukan negara menang 3-0 ke atas Indonedia, di Stadium Nasional Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Malaysia mendahului Indonesia 1-0 menerusi jaringan penyerang Safee Sali pada minit ke-53 pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno.

Indonesia membalas satu gol menerusi jaringan Mohamad Nasuha pada minit ke-71.

Pada minit ke-88 pula, Indonesia mendahului Malaysia menerusi jaringan Muhammad Ridwan untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Pada babak pertama pula, Indonesia hampir mendahului selepas mendapat sepakan penalti pada minit ke-18 tetapi tendangan Firman Utina dapat diselamatkan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Sementara itu, beberapa insiden membabitkan pancaran cahaya laser turut dilakukan penyokong, termasuk ketika Khairul menghadapi tendangan sudut, sepakan percuma dan penalti. -BH

Safee calon penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki


PENYERANG kebangsaan, Mohd Safee Sali kini akan dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF pada tahun ini selepas menjaringkan satu lagi gol pada perlawanan akhir kedua malam ini.

Dua jaringannya di perlawanan pertama dan satu lagi di malam ini membolehkan dia mengumpul lima gol keseluruhan mengatasi ayam tambatan Indonesia, Cristian Gonzales yang gagal menembusi gawang penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat sekali gus kekal dengan tiga gol setakat ini.





Umno 'perdaya' Raja Melayu percepatkan PR ke Putrajaya

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Umno hendaklah menghentikan serta-merta tindakannya memperdayakan Raja-Raja Melayu bagi kepentingan kuasanya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Umno kini dilaporkan begitu bernafsu menghasut Raja-Raja Melayu kononnya kuasa Raja-Raja terancam setelah mereka merasa berjaya menipu rakyat termasuk sebahagian ahli politik kononnya kuasa dan kepentingan Melayu akan terancam tanpa parti perasuah itu.

"Kita sentiasa mendapat laporan dari sumber dalaman yang tidak senang dengan tindak-tanduk Umno cuba memperdayakan Raja-Raja Melayu itu. Tidak semua boleh menerima apa yang dilakukan oleh Umno itu," katanya.

Malah, katanya lagi, semakin ramai orang-orang Melayu yang berfikiran waras yang sedar bahawa yang sebenarnya terancam ialah Umno dan bukan orang-orang Melayu.

"Orang-orang Melayu tidak akan terancam selagi mereka memperjuangkan perintah Allah dan tidak membiarkan diri mereka diperdayakan oleh Umno yang terang-terangan menghina hukum Allah," tegas beliau.

Mahfuz menggesa orang-orang Melayu menyedari tabiat jahat Umno dan segera menghukum parti itu.

"Ketika mereka kuat dan mendapat kemenangan besar dalamn pilihan raya, mereka menelanjangkan Raja-Raja Melayu seperti yang berlaku ketika Perlembagaan dipinda untuk mengurangkan imuniti Raja-Raja dahulu.

"Hari ini, apabila kuasa mereka terancam, parti yang busuk hingga ke usus itu menghasut dan memperdayakan Raja-Raja Melayu supaya mempertahankan kuasa mereka," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Beliau berharap Raja-Raja Melayu tidak lupa bahawa perlembagaan negara sudah mencukupi untuk menjamin sistem raja berperlembagaan.

"Sistem yang terpakai dalam negara ini seperti yang termaktub dalam perlembagaan tidak memerlukan Umno sama sekali untuk mempertahankannya.

"Malah, (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sendiri menyatakan dalam perhimpunan Umno yang lalu bahawa hak Melayu terkunci kemas dalam perlembagaan tanpa dapat digugat lagi.

"Oleh sebab itulah, Umno yang menggelupur kerana takut kehilangan kuasa sebenarnya tidak relevan dan tidak diperlukan sama sekali," tegas beliau.

Mahfuz menegaskan, pihaknya akan berkempen secara ofensif dan habis-habisan ke seluruh negara untuk mendedahkan pengkhianatan Umno terhadap orang-orang Melayu.

Menurut beliau, pihaknya akan mendedahkan kepada seluruh rakyat bahawa Umno sering dibuktikan menggadai kepentingan bangsa sendiri semata-mata mahu menjaga kepentingannya.

"Bukan sahaja bangsa sendiri yang digadaikan, agama Islam pun sanggup digadaikan oleh Umno apabila ia mencantas bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat (SAR).

"Bukan setakat mencantas bantuan sahaja, para pemimpin Umno termasuk Najib malah melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah tidak berasas kepada SAR apabila mereka memberi gambaran seolah-olah SAR menjadi tempat melahirkan pengganas," katanya.

Mahfuz berkata, antara pengkhianatan terbesar Umno terhadap orang-orang Melayu sepanjang lebih 50 tahun memerintah negara ini ialah apabila tanah-tanah rizab Melayu semakin pupus.

"Akibat perbuatan Umno menggadai bangsa sendiri, kini hanya tinggal sekitar 1.7 juta hektar sahaja tanah rizab Melayu, sedangkan waktu negara menyambut kemerdekaan dulu, terdapat kira-kira tiga juta hektar tanah-tanah tersebut.

"Bohong sama sekali dakwaan kononnya Umno membela kepentingan Melayu. Umnolah yang memusnahkan kepentingan Melayu," katanya.

Antara kemuncak pengkhianatan Umno terhadap orang-orang Melayu, kata beliau lagi, ialah apabila kerajaan Najib kini mengambil firma Yahudi Zionis, Apco Worldwide, sebagai penasihat dan pemberi petunjuk kepadanya. -Hrkh

Kempen 'katakan tidak pada Isa Samad'

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) akan menggerakkan kempen pungutan tandatangan seluruh warga Felda sebagai membantah pelantika Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi baru Felda.

NONEPresiden ANAK, Mazlan Aliman (kiri) berkata, gerakan mengutip tandatangan itu akan bermulai 1 Januari depan.

Tandatangan tersebut akan diserahkan sendiri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh sebulan.

Mazlan memberitahu demikian dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas pelantikan Isa sebagai pengerusi baru Felda.

"Jika ianya gagal melembutkan pendirian perdana menteri, satu memorandum akan diserah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campurtangan seri paduka," tambahnya.

Di samping itu, katanya, pelbagai bentuk kempen akan dilakukan bagi mempastikan Isa (kanan) tidak akan dinobatkan sebagai pengerusi baru Felda.

"Perdana menteri telah melakukan kesilapan besar atas perlantikan ini. Katakan tidak kepada Isa Samad!" tambahnya.

Menurut Mazlan, beliau telah menerima puluhan SMS dan panggilan telefon membantah perlantikan Isa dan mendesak supaya sesuatu dilakukan.

"Justeru menjaga kepentingan warga Felda, saya mewakili warga Felda mendesak perdana menteri menarik balik perlantikan Tan Sri Isa sebagai pengerusi Felda.

mca karaoke competition 071009 isa samad speechKatanya, ANAK sangat dukacita dengan pengumuman perlantikan Isa (kanan) kerana beliau mempunyai rekod yang buruk, untuk menerajui Felda yang merupakan sebuah GLC terpenting milik Orang Melayu.

Mazlan berkata, Isa pernah disabitkan dengan tuduhan politik wang ketika bertanding jawatan naib presiden Umno pada 2004 yang mendapat liputan meluas mengenainya.

Berikutan itu, katanya, Isa digantung keahliannya dalam Umno selama enam tahun.

"Kenapa tidak dilantik di kalangan mereka, yang sekurang-kurangnya boleh menandingi pencapaian Tan Sri Raja Alias, bekas pengerusi Felda dulu," tambahnya. -M'kini

Logo '1Malaysia' Kekal Haram di Selangor














SHAH ALAM 29 DIS: Kerajaan Pakatan Selangor tidak membekukan arahan agar logo '1Malaysia' dipaparkan di papan iklan dan arahan tersebut masih berkuatkuasa, ujar Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew.

Katanya, beliau hanya mengarahkan agar tidak menurunkan papan iklan tersebut sehingga mesyuarat Exco seterusnya, bukan seperti yang dilaporkan dalam media baru-baru ini bahawa arahan tersebut telah dibekukan.

Ronnie menegaskan bahawa undang-undang kerajaan negeri hanya membenarkan papan iklan politik sekiranya pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak menggangapnya sebagai propoganda politik.

"Mereka masih tidak boleh meletakkan papan iklan tanpa permit," kata beliau, seperti dilaporkan dalam The Malaysian Insider hari ini.

Katanya lagi, sekiranya PBT merasakan sesuatu papan iklan itu berunsurkan politik maka PBT tersebut boleh menolak pemberian permit.

Sebelum ini, bekas Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Khir Toyo mendakwa Ronnie sebagai 'tidak berpendidikan' dan menyatakan undang-undang negeri Selangor membenarkan premis perniagaan untuk menayangkan logo berunsurkan politik.

Khir Toyo juga menekankan bahawa halangan menaikkan papan iklan berunsurkan politik hanya tertakluk kepada kawasan dibawah bidang kuasa PBT seperti lampu jalan dan jalanraya.

Ronie bagaimanapun menyatakan undang-undang kerajaan negeri membenarkan parti politik menaikkan kain rentang dan papan iklan semasa mengadakan majlis keramaian berunsurkan politik.

"Kita membenarkan parti politik mengadakan ceramah dan menaikkan kain rentang. Apa yang kita cuba sampaikan ialah papan iklan dan papan tanda tidak boleh digunakan untuk propoganda politik," tegas beliau.

Ronnie menyifatkan logo 1Malaysia sebagai mesej politik Barisan Nasional (BN) kerana logo tersebut selalu digunapakai bersama simbol BN dan mendakwa Khir Toyo tidak faham undang-undang kerajaan negeri.

"Khir Toyo tidak tahu maka lebih baik sekiranya beliau mendiamkan diri," kata beliau.

Beliau juga menyangkal dakwaan Khir Toyo bahawa arahan menghalang logo '1Malaysia' dipamerkan adalah satu langkah bersifat politik oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor.

"Ini bukanlah kerana PR mahu mencari kesalahan pada BN. Halangan ini termaktub dalam kesemua 154 PBT di negara ini, bukan sahaja di Selangor," jelas Ronnie lagi.

Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ada menyatakan '1Malaysia' adalah satu 'alat' untuk menggalakkan perpaduan antara kaum tetapi Ronnie menegaskan bahawa undang-undang kerajaan negeri jelas menghalang apa-apa bentuk iklan yang berunsurkan politik.

"Di bawah Klausa 17, ada senarai bentuk pengiklanan yang tidak dibenarkan dan salah satunya adalah pengiklanan berunsurkan politik," tambah beliau.-tvs

MB Selangor Tidak Lewat Serah Surat, Istana Terlibat Dgn Konspirasi Jatuhkan K'jaan Pilihan Rakyat

MB Selangor lewat serah surat

SHAH ALAM: Pelantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru adalah muktamad dan tidak boleh diubah walaupun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkesempatan menghadap Sultan Selangor.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, bagaimanapun berkata hasrat Abdul Khalid menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini berhubung perkara itu tidak dapat dilaksanakan kerana baginda bercuti mulai 26 Disember hingga 3 Januari ini.

Katanya, Sultan Sharafuddin Idris Shah adalah Sultan yang tegas dan tidak akan berganjak daripada keputusan yang sudah dibuat.

Selain itu, katanya, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, tidak dinyatakan Menteri Besar perlu terlebih dulu dimaklum mengenai calon bagi jawatan itu atau mendapat persetujuan Menteri Besar.

Ini bermakna Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan selaku ketua Jabatan Perkhidmatan Awam mempunyai kuasa memilih calon berkelayakan bagi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri dan mendapat perkenan Sultan Selangor. Sultan memegang kuasa eksekutif pada peringkat negeri dan kerana itu baginda perlu disembah maklum calon bagi jawatan itu untuk diperkenankan," katanya ketika dihubungi semalam.

Mohamad Munir juga berkata, kerajaan negeri lewat menghantar senarai nama untuk jawatan tertinggi penjawat awam itu kepada pihak istana kerana Abdul Khalid menyerahkan tiga nama dalam sepucuk surat bertarikh 7 Disember sedangkan Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan pelantikan Mohd Khusrin pada 10 Disember, dipercayai sebelum surat berkenaan sampai ke istana.

Sementara itu, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata mengikut Bab 3 Kuasa Eksekutif Fasal 52, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri hendaklah dilantik oleh Ketua Setiausaha Negara dan mana-mana pegawai yang difikirkan relevan oleh Ketua Setiausaha Negara.

Katanya, seseorang yang dilantik itu hendaklah orang Melayu beragama Islam.

"Menteri Besar tidak ada kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri. Cuma, orang yang dilantik hendaklah mengangkat sumpah menyimpan rahsia kerajaan di hadapan Menteri Besar, " katanya.

Surat penyerahan tiga nama dihantar pada 7 Disember (Selasa) sedangkan Sultan melakukan memberi perkenan pelantikan Mohd Khusrin pada 10 Disember (jumaat).

Mana mungkin berlaku kelewatan penyerahan surat? Kerana ia berlaku di hari bekerja.

Sebenarnya Inilah bukti peranan, perencanaan dan sikap jahat PM yang bernama DS Mohd Najib Abd Razak. Memperalatkan raja dan istana untuk merampas negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Ia adalah perulangan apa yang berlaku di dalam coup de tat Perak sejurus sebelum Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara, dimana raja dan istana diperkudakan untuk menjayakan cita-citanya sehingga sebuah kerajaan yang berdaulat, yang dipilih oleh rakyat, diturunkan dengan rampasan kuasa paling jijik pernah dilakukan oleh kerajaan pusat.

Dan kini di Selangor. Kali ini, bukan sahaja rakyat Selangor, malah rakyat seluruh negara tidak akan lagi mengizinkan hal yang sama seperti di Perak berulang. -GB

10 Benda Tak Dapat Dibeli Dengan Wang

money

DUIT, di zaman materialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Orang dewasa, remaja bahkan kanak-kanak kecil sekalipun kenal dengan sekeping kertas yang diberi nama “duit”. Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak boleh memenuhi keperluan hidup. Duit membuatkan manusia melakukan perkara yang diharamkan, manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah, merompak, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan orang di zaman kini juga diukur dengan banyaknya duitnya.

Tetapi walau bagaimana pentingnya duit, masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit.

1. Masa
Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.

2. Kebahagiaan
Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.

3. Kebahagiaan Anak
Untuk membeli makanana dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan “duitnya”.

4. Cinta
Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.

5. Persahabatan
Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.

6. Kesihatan
Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati .

7. Kejayaan
Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.

8. Bakat
Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.

9. Sikap yang baik
Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.

10. Kedamaian
Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.

Akibat tidak tertahan diganggu Puteri Umno, suri rumah buat laporan polis!



Suri rumah dakwa diganggu Puteri Umno


TEMERLOH: Setelah tidak tahan lagi hidup dalam kesusahan angkara suaminya tidak pulang ke rumah selama lima bulan gara-gara mempunyai hubungan dengan seorang anggota Puteri Umno, seorang suri rumah akhirnya membuat laporan polis.

Edah Abdul Rahim, 38, dari Kampung Paya Batu dekat sini, dalam laporannya mendakwa rumah tangganya menjadi porak peranda dan mereka anak beranak hidup terhimpit akibat perhubungan suaminya dengan Puteri Umno berkenaan.

Dalam salinan laporan polis yang difakskan ke pejabat harakahdaily antara lain menyebut, semenjak dua tahun yang lepas sehingga ke hari ini Puteri Umno itu tidak henti-henti menggangu rumah tangganya.

Malah suri rumah tersebut mendakwa hampir setiap malam puteri Umno itu menalipon suaminya untuk diajak keluar kononnya atas urusan perniagaan.


(Gambar Hiasan: Puteri Umno cukup sinonim dengan 3 G, Gempal, Gemuk dan 'GEDIK'..bukan penulis yg kata, tetapi perwakilan Umno yg megakuinya sendiri..klik di SINI..penulis tambah satu G, 'Gatal'!...)

“Disebabkan Puteri Umno itu saya dan keluarga saya tidak lagi mendapat apa-apa perlindungan dari segi pakaian, kemudahan pembelajaran anak-anak dan suami saya hampir 5 bulan tidak balik ke rumah.

“Saya juga pernah beberapa kali berjumpa dengan Puteri Umno itu dan menasihati beliau supaya jangan mengganggu hidup saya dan anak-anak tetapi beliau menafikannya. Saya juga pernah terserempak dengan beliau bersama suami saya pada jam 9.00 malam di sebuah Taman dan berlaku pertengkaran sehingga terpaksa ke balai polis.”

Dalam laporan berkenaan Edah turut memberitahu telah beberapa kali merujuk perkara ini kepada Ketua Bahagian Umno, Ahli Parlimen dan pejabat JASA namun sehingga kini beliau mendakwa tiada sebarang tindakan diambil.

Edah yang berasal dari Chenor, Maran telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya selama 20 tahun dan dikurniakan empat orang anak.

Difahamkan, Puteri Umno berkenaan masih mempunyai suami dan borkongsi perniagaan membuat kontrak dengan suami Edah bertindak sebagai pelobi bagi mendapatkan pekerjaan.

Sementara itu Majlis Tindakan Dun PAS Kuala Semantan yang bersimpati dengan nasib Edah sekeluarga, baru-baru ini turut tampil menghulurkan sumbangan barangan dan wang tunai melalui pengarahnya Ahmad Zubir Omar. - HD

Lagi cerita panas berkaitan puteri Umno...pengakuan pimpinan Puteri Umno sendiri ttg hakikat puteri Umno dan para pemimpin2nya...

Kata exco puteri UMNO Dati Ismalina menasihatkan mana pemimpin UMNO agar tidak menjadikan gadis - gadis puteri UMNO sebagai tempat untuk melampiaskan Nafsu serakah demi menawarkan sebarang penajaan keatas sesuatu pertandingan atau jawatan kepada Puteri UMNO kedalam Parti.....

Kata naib ketua puteri UMNO iaitu YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mengingatkan ahli - ahli Puteri agar tidak menjadikan "batang tubuh" mereka sebagai modal untuk mendapatkn mana - mana jawatan dalam Parti...

kata penolong setiausaha PuteriUMNO BIBI SHARLIZA BT MOHD KHALID "Budaya politik seks harus di tangani dengan segera sebelum ianya jadi lebih parah"
Baca seterusnya di SINI...baca, tapis dan fikir2kan..anda pembaca yang bijak..wallahua'lam..

Artikel berkaitan:
- PANAS BERAPI: Blogger Umno kutuk Puteri Umno! - GEMUK, GEMPAL & GEBU
- VIDEO: Pengakuan perwakilan Umno: "Puteri Umno GEDIK!"..

p/s: Gambar di atas adalah gambar hiasan semata2..gambar tersebut merujuk kpd ensiden pertelingkahan antara KETUA Puteri bahagian Bukit Bintang, Leni Abd Latif dengan Lyana berikutan penangguhan mesyuarat Puteri bahagian Bukit Bintang..klik di SINI...

Siapa yang berkuasa lantik SUK sebenarnya?

Aku mushkil sangat berkenaan kuasa siapa sebenarnya untuk lantik SUK negeri-negeri. Kalau tanya rakyat Malaysia, aku jamin majoriti besar akan kata kuasa melantik SUK mesti ada pada kerajaan negeri kalau tidak pun kuasa mutlak menteri besar negeri tersebut.

Entah macamana tiba-tiba satu Malaysia terkejut dan keliru bila Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara mengumumkan perlantikan Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan negeri Selangor yang baru.

Tambah mengelirukan bila tak lama lepas tu, MB Selangor Khalid Ibrahim pulak buat kenyataan yang perlantikan itu belum muktamat. Bila baca berita tu aku rasa macam ada "something wrong somewhere". Maksud aku "Apa cerita sebenarnya ni?"

Kerajaan Selangor katanya dah pun buat temuduga untuk jawatan tu dan telah pun menghantar 3 nama kepada pihak istana untuk mendapat berkenan. Khalid juga bagitau yang dia akan mengadap sultan pada 29 Disember berkenaan isu perlantikan SUK tu.

Hari ni keluar satu kenyataan dari ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.
Perlembagaan Selangor tidak memberikan kerajaan persekutuan kuasa penuh untuk memutuskan tentang pelantikan setiausaha kerajaan negeri, kata ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.

Lau berpendapat bahawa Perkara 52 (1) perlembagaan negeri menyatakan jawatan itu mesti dilantik oleh 'suruhanjaya perkhidmatan yang relevan' dan tidak semestikan dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

"Jelas bahawa pelantikan setiausaha kerajaan negeri tidak semestinya dibuat oleh SPA. Pelantikan itu juga boleh dibuat oleh 'suruhanjaya perkhidmatan yang relevan' seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Selangor.

"Frasa 'Suruhanjaya Perkhidmatan Awam' tidak disebutkan secara khusus dalam perlembagaan Selangor," kata Lau dalam satu kenyataan hari ini. - Mkini
Mkini juga menyiarkan satu kenyataan kenyataan dari Dr. Aziz Bari
“Ini amat dikesali. Istana sepatutnya memainkan peranan meredakan, bukan menajamkan konflik kerana yang rugi dalam soal ini ialah rakyat,” katanya lagi.

Masalah yang sama pernah berlaku di Kelantan pada hujung 1990-an apabila pentadbiran negeri menggunakan istana untuk menyulitkan pentadbiran Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketika itu kerajaan negeri juga menghadapi dilema apabila penasihat undang-undang, pegawai pusat juga menimbulkan masalah.

Sehubungan itu kata beliau, masalah berhubung dengan pentadbiran yang dialami di Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor ini hanya boleh diselesaikan jika Pakatan menang di pusat.

Bagaimanapun itu bukan jaminan kerana peruntukan perlembagaan negeri dalam soal pelantikan anggota Exco itu meletakkan kuasa di tangan Sultan.

“Ia tidak boleh dipinda tanpa perkenan Majlis Raja-Raja. Sebagaimana yang terjadi dalam krisis di negeri-negeri yang disebutkan tadi istana mungkin mengambil kesempatan atau digunakan oleh Umno seperti sekarang,” katanya lagi. - MI
Kalau Pakatan Rakyat tak mampu nak buat apa-apa dalam hal-hal yang cukup penting macam ni, aku tak heran langsung kalau Pakatan Rakyat masih tak dapat nak masuk Putrajaya walaupun Umno BN tewas dalam PRU 13 nanti,

Mungkin jugak betui macam yang selalu TukarTiub tulis pada nota diakhir entry dia.
kalau pilihanraya boleh mengubah apa apa
telah lama pilhanraya di haramkan di malaysia.

Kalau jumpa muka ini, bolehlah ludahkan!

Beberapa hari yang lepas, seorang kawan dari Umno bertanyakan saya tentang heboh diperkatakan di Internet tentang Adun Selinsing ditangkap buat maksiat dengan isteri orang dalam koc keretapi.

Entahlah, jawab saya, kerana saya dah lama tak jengok-jengok Internet dan berjanji akan menyelidiknya.

Rupa-rupanya, cerita itu bersumber daripada situkang fitnah – Papa Gomo (gambar). Tolong ludahkan mukanya dengan kahak-kahak sekali! Kickdefella pula tumpang sekaki dengan menulis antaranya :

Video ceramah oleh bekas anggota pasukan keselamatan Menteri Besar Kelantan bernama Ustaz Saidi adalah antara video tempatan terhangat di youtube masakini. Di dalam video tersebut Ustaz Saidi mengaku telah menangkap Saipul Bahrin yang hanya berseluar dalam sedang bersama seorang guru yang merupakan isteri orang, di dalam bilik di koc kelas pertama. Menurut Ustaz Saidi lagi, guru tersebut hanya bertuala warna merah.

Setelah menangkap YB Ustaz Saipul, Saidi menyerahkannya kepada Nik Aziz untuk diambil tindakan. Bagaimanapun Saidi kecewa bila Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan dan Tuan Guru Mursyidul Am PAS dilaporkan sehari kemudian memaklumkan bahawa “Allah Ta’Ala dah maafkan Ustaz Saipul”.

Banyak persoalan yang timbul disini, pertama, kenapa Ust saipul dibawa kepada TGNA ? Sepatutnya bawalah kepada mana-mana Pegawai Pencegah Maksiat Majlis Agama Islam Kelantan untuk dakwaan.

Kedua, takkanlah pintu koc itu tidak berkunci dan begitu mudah orang luar menceroboh masuk kedalamnya. Dan ketiga, tiada bukti yang kukuh seperti gambar dan sebagainya.Ingatkan video itu ada memaparkan adegan lucah, rupa-rupanya hanya fitnah sahaja.Lihat videonya di sini

Dan amat terbukti sekali pembohongan tersebut bila saya menjengok laman ini.Memang Papa Gomo tukang fitnah itu kantoi kali ini.

Mengapa Ramai Perempuan Inggeris Pilih Islam?

Mengapa Perempuan Moden Inggeris Memilih Islam?


Ipar tiri Tony Blair, Lauren Booth, ternyata tidak sendirian memilih Islam sebagai agama barunya sekembalinya melawat kota suci Qom, Iran. Pilihan iman wartawan dan penyiar television Iran itu rupanya juga diikuti sejumlah perempuan moden Britain lainnya.

Eve Ahmed, perempuan yang bertugas sebagai penulis adalah di antara yang dimaksudkan. Eve dilahirkan di London, ibunya orang Inggeris sementara ayahnya Muslim berasal Pakistan. Dari kecil, ia dibesarkan sesuai dengan iman ayahnya. Namun sesungguhnya dia tak dapat menerimanya. "Ketika berusia 18 tahun dan kuliah, saya menolaknya."


Islam, selama ini, selalu ditolak Eve. Menurut pengakuannya, banyak hal yang remeh temeh dilarang oleh Islam. Misalnya, tak boleh mengunyah chewing gum, menunggang motosikal, berhias, mempertontonkan lekuk tubuh, tak boleh makan di jalan, memotong rambut atau mengecat kuku.

Semua larangan itu tak pernah dijelaskan oleh ayah Eve, termasuk mengapa tak boleh memelihara anjing. Dan, tentu saja, duduk bersama lelaki, bersalaman, serta berhubungan badan dengan seorang lelaki yang bukan muhrimnya.

Nilai-nilai Islam semacam itu dipaksakan ayahnya agar dia boleh mejadi seorang Muslimah yang baik. Sebagai perempuan merdeka yang dibesarkan di Britain, sikap ayahnya ditolak keras. Dia memilih gaya hidup perempuan modern. Namun, kini nilai-nilai Islam yang diajarkan ayahnya dinikmati di tengah kehidupan moden Britain .

Selain Eve, ada Lauren Booth, 43 tahun. Jurnalis dan penyiar television itu setelah menjadi mualaf kini mengenakan jilbab setiap keluar rumah, solat lima kali sehari dan berjamaah di Masjid setempat, "bila ada kesempatan."

Booth memutuskan menjadi Muslimah beberapa bulan lalu sebaik selesai melawat ke tempat suci Fatima al-Masumeh di kota Qom seraya berkata "pada satu Selasa petang, saya duduk bersila di bawah seperti mendapatkan suntikan rohani, sebuah kebahagiaan tak terhingga."

Sebelum bekerja di Iran, dia simpati dengan Islam dan menghabiskan waktunya bekerja di Palestin. "Saya senantiasa terkesan dengan kekuatan dan Islam memberikan sesuatu," ujarnya.

Kristane Backer pula, 43 tahun, adalah bekas pengacara MTV di London. Sejak belia, pilihan hidupnya adalah menjadi perempuan bebas, bergaya hidup Barat, modern, dan liberal. Namun, apa alasannya memilih Islam?

Perkenalannya terhadap Islam bermula saat bertemu dengan bekas pemain kriket Pakistan, Muslim Imran Khan, pada 1992, di kala kariernya meroket, selanjutnya pemuda itu mengajaknya ke Pakistan. Dari sinilah dia mulai tersentuh dengan nilai-nilai spiritual yang tak pernah dirasai dan terkesan dengan kehangatan masyarakat.

Kristiane katakan, "Sejak itu saya mulai belajar Islam dan menukar agama saya. Sebabnya alami. Saya telah wawancara dengan sejumlah bintang-bintang Rock, melakukan perjalanan ke seluruh dunia namun demikian saya merasa kosong. Kini, semua telah berlalu. Saya menikmati kebahagiaan sebab Islam telah memberikan tujuan hidupku."

"Di Barat, kami hidup dengan alasan-alasan dangkal seperti soal pakaian. Di Islam, setiap orang nampak memiliki tujuan yang agung. Setiap hal dilakukan atas nama Allah.

"Saya membesar di Jerman dalam sebuah keluarga Protestan yang tidak begitu pegang nilai agama. Saya mabuk dan suka pesta. Kini saya memiliki tujuan hidup yang baik. Kami bertanggungjawab atas seluruh perbuatan."

Lyne Ali, 31 tahun. Perempuan asal Dagenham, Essex, pertama kali bersentuhan dengan Islam melalui sahabatnya beragama Islam. Dia mengaku selama ini merupakan tipikal perempuan yang suka berpesta.

"Saya suka mabuk bersama teman-teman, mengenakan pakaian ketat, menanggalkan baju, dan berdating dengan lelaki," ujar Lyne. "Saya juga bekerja sebagai DJ separuh masa. Saya dulu berdoa layaknya seorang Kristen, namun saya menggunakan Tuhan sebagai doktor sementara."

Namun ketika bertemu dengan sahabatnya, Zahid, di universiti atau kadang-kadang dalam suasana dramatis. Lalu, "Saudara perempuannya berbicara tentang Islam, dan hal tersebut meresap dalam kalbu saya. Saya fikir, saya harus mencari sesuatu dan saya merasa kebiasaan saya mabuk dan berpesta tak ada gunanya."

Lynne pindah agama pada usia 19 tahun. "Saat itu juga saya mengenakan jilbab," jelasnya. Sekarang, "saya tak pernah lagi mempertontonkan rambut saya di depan awam. Di rumah, saya akan mengenakan pakaian Barat hanya untuk suami, tapi kalau keluar tak pernah."

Camilla Leyland, 32 tahun. Guru yoga ini tinggal di Cornwall memilih Islam sebagai agama baru. Ibu dari anak tunggal, Inaya, memeluk Islam di tengah maraknya diskusi soal "feminisme" di Barat.

Membesar di Southampton, ayahnya seorang pengarah Institut Pendidikan Shoutampton dan ibunya guru ekonomi. Camilla tertarik pada Islam sejak di bangku sekolah.

Dia melanjutkan pendidikan di universiti dan mengambil gelar master bidang Kajian Timur Tengah. Selanjutnya bekerja di Syria. Mengenal Islam melalui teman-temannya.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .