Ikuti Blog ini
Pak Lah harus berbincang dengan PR untuk menyerahkan jawatan PM ,Ahad, Oktober 26, 2008 at 26.10.08,
"Majoriti penganalisis politik melihat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berada dalam keadaan tertekan dan tersempit ekoran persetujuan beliau untuk menyerahkan kuasa kepada Datuk Najib menjelang Mac 2009 ini.
Kekecewaan itu bertambah parah setelah menyedari beliau tersilap langkah apabila memutuskan tidak mempertahankan jawatan presiden dalam pemilihan umno akan datang.
Sebelum ini beliau mengatakan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan presiden adalah demi perpaduan dalaman umno, sekaligus menghidari perpecahan yang lebih teruk apabila berlaku pertembungan antara beliau dan Datuk Najib bagi jawatan tersebut.
Pada jangkaannya, hanya beliau seorang yang akan hilang jawatan dan bersara daripada politik umno.
Tanpa beliau ramalkan, rentak tersebut telah berubah dengan ketara sekarang.
Tun Mahathir yang dikatakan menjadi proksi kepada Datuk Najib dan Muhyiddin telah mengarahkan jentera mereka untuk menyisihkan semua kumpulan Pak Lah dalam pemilihan akan datang.
Dengan kata lain, peralihan kuasa yang dirancangkan Mac 2009 nanti bukan hanya melibatkan Pak Lah seorang, sebaliknya akan menyaksikan seluruh empayar politik Pak Lah dalam umno akan berkubur.
Pak Lah telah menyedari hakikat ini, sebab itulah beliau menyerang dengan hebat Tun Mahathir dan Muhyiddin sehari dua ini.
Pemerhati politik melihat tindakan Pak Lah menyerang Mahathir dan Muhyiddin sebagai isyarat serangan kepada Datuk Najib yang dikatakan begitu licik mengatur strategi dan penipuan agar peralihan kuasa daripada Pak Lah kepada beliau disegerakan.
Muhyiddin adalah ekor, Najib adalah kepala, manakala Mahathir adalah pemilik ular tersebut.
Ramai melihat tindakan Pak Lah memukul ekor tidak akan mematikan ular. Ular hanya akan mati apabila dipukul kepalanya.
Ada juga pemerhati yang mengatakan serangan Pak Lah kepada Najib bersifat 'pukul anak sindir menantu'. Dengan kata lain, Pak Lah sebenarnya ingin menyerang Najib tetapi menjadikan Muhyiddin sebagai sasaran perantara kepada target tersebut.
Namun Pak Lah seharusnya sedar bahawa strategi tersebut kurang berkesan. Najib sebagaimana yang diketahui ramai adalah ahli politik yang tidak berperasaan. Usahkan hendak terasa dengan kiasan dan falsafah sinis tersebut, orang hempuk atas batang hidung pun dia buat dek saja.
Buktinya dalam isu Altantuya, Sukhoi, Scorpene dan yang terbaru Eurocopter, dia buat tak kisah saja walaupun pelbagai bukti telah dicampak oleh pelbagai pihak.
Paling hebat pun dia hanya menafikan, tanpa menyertakan bukti-bukti untuk menafikan tuduhan yang dibuat tersebut.
Bagi menyelamatkan negara daripada jatuh ke tangan orang seumpama Datuk Najib, Pak Lah mesti berbuat sesuatu.
Andaikata tidak ada lagi plan yang boleh dilakukan untuk menyekat Najib melalui dalaman umno, Pak Lah mesti mengambil bantuan luar.
Bagi saya mudah, Pak Lah mesti bekerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR).
Sebagaimana yang saya pernah katakan sebelum ini, PR memang tidak suka Pak Lah sebagai Perdana Menteri.
Namun PR lagi tida suka Najib sebagai PM.
Seharusnya Pak Lah bergabung dengan PR untuk menyekat Najib dan bala tentera beliau.
Pak Lah harus berbincang dengan PR untuk menyerahkan jawatan PM kepada Anwar atau mana-mana pemimpin PR yang berkapasiti.
Pak Lah perlu membawa ahli parlimen (MP) daripada kumpulan beliau untuk membentuk kerajaan baru PR.
Bagi saya ini satu alternatif yang boleh difikirkan oleh Pak Lah untuk menyekat Najib.
Inilah salah satu cara yang boleh Pak Lah fikirkan untuk menyelamatkan negara daripada jatuh ke tangan orang seperti Najib.
DATO' PRESIDEN PAS & MB PERAK DALAM MUKTAMAR & IJTIMA' JAMIAT ISLAMI DI LAHORE PAKISTAN , at 26.10.08,
PAKATAN RAKYAT KOMITED PERJUANGKAN HAK GOLONGAN MARHAEN - ANWAR , at 26.10.08,
PERMATANG PAUH, 26 Oktober (SK) - Ketua Umum KeADILan merangkap Anwar Ibrahim telah mengadakan lawatan kerja sehari di kawasan beliau khusus nya di kampung Permatang Rawa untuk meyampaikan bantuan dan sumbangan disamping berucap dan beramah mesra bersama fakir-miskin dan warga emas termasuk kaum India di sana.
“Ianya bukan sahaja melibatkan kerajaan negeri dan kerajaan pusat harus bertanggungjawab juga memantau melalui egensi tertentu”, demikian jelas Anwar setelah mendengar keluhan penduduk. Semasa DrWan Azizah mewakili mereka, pelbagai usaha telah di lakukan, namun gagal dilaksanakan kerana kawasan tersebut di kelilingi pembangunan pesat. Usaha-usaha itu gagal dilaksanakan oleh kerajaan Pusat kerana di lihat lebih cenderung membantu syarikat-syarikat besar berbanding usaha membantu golongan-golongan buruh, nelayan, petani serta orang dhaif yang benar-benar perlukan bantuan.
“Baru-baru ini Menteri Kewangan umum RM5 bilion untuk menaikan saham dan RM5 bilion untuk bantu orang kaya, syarikat-syarikat besar tetapi untuk membantu golongan kecil, amat payah. Saya tidak menyatakan kerajaan Barisan Nasional tidak membantu tetapi jumlah RM5 bilion di lihat terlalu besar untuk membantu syarikat-syarikat kaya. Nak suntik saham, saya tak kata orang kaya tak turun pendapatan dengan harga barang dan tanggungan sekarang. Mudah-mudahan akan ada perubahan nanti”, tambah Anwar yang juga merupakan Ketua Pembangkang.
“Dulu masa saya berucap sebagai Menteri Kewangan, saya dengar bagaimana Ketua Pembangkang Saudara Lim Kit Siang berhujah supaya kita dapat meneliti dan mengambil langkah-langkah yang sepatutnya kita baiki, dapat teliti, tetapi sekarang mereka tidak mahu mendengar, malah sombong dan takut untuk mendengar hujah saya. Sebabnya, kalau mereka dengar, sudah tentu mereka dapat menyelesaikannya.
“Misalnya, untuk menurunkan harga minyak, saya telah katakan dahulu bahawa kita boleh turunkan harga minyak sedikit demi sedikit sebagaimana sekarang, macamana nak turunkan harga barang keperluan dengan serta-merta. Inilah implikasinya jika turunkan sedikit demi sedikit harga minyak. Saya sebutkan harga minyak kerana ianya penting dan sekarang harga minyak RM70 setong dan harga minyak masih tinggi dan golongan yang memotong getah dan kelapa sawit, harga keduanya jatuh.
“Ikhtiar dan doa dan bila ada surau dan masjid kenalah mengimarahkan dan susun semula jawatankuasa masjid dan pertingkatkan kelas pengajian quran an agama semoga ianya dapat menjadi pengisisan jemaah dan haruslah di tingkatkan, walaupun ianya bemula dengan 5 orang”, demikian tegas Anwar mengakhiri ucapan beliau. Anwar di teman oleh ADUN Penanti merangkap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Mohd Fairus Khairuddin.
Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen kawasan tersebut, mengucapkan tahniah kepada kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di atas ikhtiar membantu golongan miskin secara beransur-ansur.
Katanya, penghapusan masalah miskin tegar dan usaha ini harus di susuli dengan doa dan mengimarahkan masjid. Beliau juga mengucapkan terima kepada rakan-rakan yang kaya-raya, berada dan berkemampuan untuk sama-sama membantu meringankan beban masyarakat miskin dan tidak berkemampuan.
Mawi merancang mengundang idolanya, TG Nik Aziz , at 26.10.08,
Mawi yang dihubungi berkata, memang menjadi impiannya majlis bersejarah itu dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi; Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Bagaimanapun, kata penyanyi yang popular dengan lagu Aduh Saliha, perkara itu masih dalam rangka senarai jemputan orang kenamaan dan belum ada perbincangan lanjut dengan pihak pengurusan majlis.