Ikuti Blog ini

[Video -Wajib Tonton] Identiti Anak ADUN Paksa/Beli Pelajar IPT Tukar Tempat Mengundi Didedahkan




DAP Melaka mendedahkan 'bukti' terdapat anak pemimpin Umno tempatan memaksa dan cuba 'membeli' pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) supaya menukar alamat tempat pengundian bagi memberikan kemenangan BN di kawasan tertentu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Adun DAP kawasan Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong mendakwa, video tiga sedutan yang setiap satunya kira-kira 5 minit dan dirakam secara tersembunyi itu diterimanya beberapa hari lalu.

Rakaman itu turut menunjukkan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terlibat dalam aktiviti yang dijalankan sebelum Mac lalu di empat universiti awam dan swasta di Melaka.

"Kedua-dua agensi kerajaan ini telah mengumpulkan pelajar di IPT terbabit pada waktu kelas di dewan dan mereka telah dinasihat supaya menukar alamat dengan menumpukan pada Parlimen Bukit Katil bertujuan mendapatkan lebih banyak undi dalam PRU akan datang untuk BN.

"Dalam rakaman tersebut, salah seorang jurucakap dipercayai anak kepada seorang pemimpin Umno di Negeri Melaka telah menyatakan dengan jelas sekiranya pelajar IPT terbabit bersetuju, segala kos pertukaran alamat akan ditanggung kerajaan dan ia termasuk proses pertukaran semula alamat di kampung asal sebaik selepas PRU nanti.

"Malah saya turut mendapat maklumat, pelajar yang sanggup berbuat demikian, segala bayaran sewa bilik akan ditanggung pihak terbabit sehingga selepas PRU," katanya dalam satu sidang media di Pusat Perkhidmatan DAP DUN Ayer Keroh hari ini.

Rakaman itu kini tersebar luar di laman Facebook dan Youtube.

Khoo juga mendakwa, dialog yang diucapkan dalam video terbabit juga mempunyai unsur perkauman yang mengatakan PRU kali ini tidak boleh dimenangi kaum Cina.

Ditanya mengenai tindakan seterusnya selepas menerima rakaman terbabit, beliau berkata, pihaknya tidak bercadang untuk membuat laporan polis sebaliknya akan menyerahkannya kepada pemimpin Pusat DAP dalam masa terdekat.

Bersih teruskan Duduk Bantah tanpa kebenaran DBKL


(Desakan supaya semua pemimpin SPR letak jawatan dari Bersih 3.0)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0 akan meneruskan rancangan Duduk Bantah di Dataran Merdeka pada 28 April bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil meskipun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan mereka.

Pengerusi Bersama, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, beliau langsung tidak terkejut dengan penolakan DBKL itu dan akan meneruskan rancangan mereka tanpa menghantar surat rayuan kepada DBKL.

"Saya tidak terkejut dengan keputusan DBKL ini dan Bersih tegaskan, kita akan terus Duduk Bantah di Dataran Merdeka. Lagipun kerajaan dan polis sudah berjanji akan memberikan kerjasama kepada Bersih.

"Pihak polis pun ada panggil Bersih untuk isi beberapa borang, jadi kita akan teruskan tanpa kebenaran DBKL," kata beliau pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, hari ini.

Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah menerima surat tersebut pagi tadi.

DBKL dalam surat tersebut memberi alasan permohonan Bersih 2.0 tidak diluluskan kerana aktiviti yang dicadangkan tidak bersesuaian dengan penggunaan Dataran Merdeka yang telah ditetapkan oleh DBKL.

Menurutnya, acara-acara yang dibenarkan diadakan di Dataran Merdeka hanyalah acara-acara yang bertahap Nasional sahaja, contohnya sambutan hari Kebangsaan, Hari Wilayah Persekutuan dan acara-acara lain yang setaraf dengannya.

Dataran Merdeka dataran kita

Sementara itu, seorang lagi Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said senada dengan Ambiga bahawa mereka tidak akan berganjak daripada rancangan asal.

Malah tegasnya, jika DBKL ingin menyusahkan mereka, mereka juga akan menyusahkan DBKL.

"Apa yang dilakukan itu tidak bererti kita tidak akan berlawan. Kita akan berlawan. Kita tidak mahu memberikan mereka jalan yang mudah. Kalau mereka susahkan kita, kita akan susahkan mereka juga.

"Yang terakhir surat daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. DBKL menjangkakan bahawasanya Dataran Merdeka itu mereka punya, bukan rakyat punya. Saya sendiri akan berada di situ kalau tidak ada halangan.

"Kalau ada halangan pun saya akan berada di situ kerana saya merasakan Dataran Merdeka itu dataran kita semua, hak kita," tegasnya. -Hrkh

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Kredit to : Mohamad Asyraff

Nazri Berundur (Diundurkan) Kerana Kes Anak Bapak?


Benar atau berlakon? Nazri tawar tidak bertanding pada PRU ke-13 kerana skandal anak

Nazri Aziz, yang dituduh cuba menutup kelakuan samseng anaknya, telah membayangkan dia akan memberi laluan kepada orang muda pada pilihanraya umum ke-13 yang akan datang dimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka adakan pada tahun ini.

"Saya telah menjadi menteri untuk tempoh masa yang lama iaitu 13 tahun dan sebagai Timbalan Menteri selama 5 tahun. Saya percaya pada kesinambungan. Saya sudah berusia 58 tahun dan telah berkhidmat untuk masa yang agak lama," Nazri, yang menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Padang Rengas MP, telah dilaporkan sebagai memberitahu Utusan.

"Jika Perdana Menteri mahu untuk menggantikan saya, saya redha. Saya sudah bercakap kepada ahli bahagian saya tetapi mereka mahu mencalonkan saya lagi. Beri peluang kepada orang baru, apa yang penting ialah kita tidak bergaduh sesame sendiri."

Kenyataan yang sepatutnya bagi Najib

Nazri juga adalah pemimpin kanan pertama untuk bertindak balas berikutan satu kenyataan daripada setiausaha agung Umno Tengku Adnan bahawa Ibu Pejabat Umno telah menerima senarai pencalonan dari semua cawangan.

Walau bagaimanapun, peringatan Adnan bahawa "nama-nama calon dalam senarai yang dikemukakan kepada kepimpinan adalah tidak muktamad" ini menjadikan Umno takut, parti politik terbesar di Negara ini dan yang telah memerintah Malaysia selama 55 tahun.

"Saya tidak fikir Nazri akan digugurkan. Tetapi yang pasti, dia sedang membuat kenyataan yang tepat untuk Najib. Terdapat juga pihak yang fikir Nazri patut berhenti walaupun tanpa PRU ke-13 yang akan datang. Kes anaknya telah menjadikan Umno cacat dan juga BN- itu yang pasti," kata Ahli PKR Parlimen Batu Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

"Sebagai menteri de-facto undang-undang, ia adalah suatu penghinaan dan bukannya teladan baik dan perlu ada inkuiri awam, Nazri menutup mulut manakala pihak polis berkeras anaknya tidak melakukan apa-apa kesalahan walaupun ini berkonflik dengan kenyataan polis oleh mangsa dan rakaman CCTV.”

Anak bapak?

Sememangnya Nazri, yang juga bertanggungjawab ke atas Parlimen, mengejutkan rakyat dengan komen awalnya apabila dia menunjukkan sikap tidak pedulinya.

Nazri memberitahu media bahawa dia tidak boleh ‘dipertanggungjawabkan’ diatas kelakuan anaknya, menyebabkan rakyat marah tentang kes anaknya yang membuli seorang pengawal keselamatan.

“Bagi saya, ini adalah sesuatu kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Bagaimana sikap seorang anak mencerminkan cara ibu bapanya membesarkannya dan budaya di rumah,” kata seorang pemimpin masyarakat yang terkemuka, Tan Sri Robert Phang
kepada Malaysia Chronicle.

Anak Nazri, Nedim telah terlibat dalam perkelahian pada bulan lepas dan memukul seorang pengawal keselamatan yang meminta pengenalan dirinya apabila Nedim dan pengawal peribadinya yang ingin mengunjungi seorang yang tinggal di kediaman itu.

Rakyat bukan sahaja terkejut dengan kesamsengan Nedim, tetapi juga dengan kereta Porsche yang dipandunya manakala pengawal pengiringnya memandu sebuah MPV mewah, Toyata Velfire.

Ramai yang mahu SPRM menyiasat bagaimana Nedim boleh menjadi begitu kaya dan berpengaruh sehingga mampu memiliki wang begitu banyak. Apakah ini ada kena mengena dengan ayahnya? Seperti pihak polis, SPRM juga memejamkan mata sahaja.


Bekas penjenayah?

Untuk memburukkan lagi keadaan, insiden di kondo itu bukanlah merupakan kali pertama Nedim terlibat dalam skandal. Pada tahun 2004, dia telah dituduh menjadi sebahagian daripada kumpulan yang membunuh seorang pelajar undang-undang, Darren Kang. Kes itu juga telah menaikkan kemarahan rakyat dan kerajaan Umno-BN telah dituduh pula menyembunyikan pembunuhan.

“Kita mahu pihak polis menerangkan mengapa insiden kondo ini diklasifikasikan sebagai kes pergaduhan kecil dibawah penal kod seksyen 160 apabila supervisor pengawal keselamatan telah menyebut dalam laporan polisnya bahawa dia telah dipukul dan keganasan telah digunakan ke atasnya. Rakaman CCTV telah menunjukkan apa yang didakwanya,” kata peguam hak asasi manusia yang juga merupakan naib presiden PKR N Surendran.

“Kita mahu polis mengklasifikasikan kes ini sebagai pukul, menggunakan keganasan dan mendatangkan kecederaan dibawah penal kod seksyen 321, 350 dan 351. Kita mahu ketua polis untuk menukarkan kes ini dari ibu pejabat Brickfields kepada kumpulan penyiasat bebas.”

Keadilan untuk pengawal dan Darren

Sedih sekali, KPN bertindak balas dengan cuba memujuk rakyat supaya mempercayai bahawa pihak berkuasa dan tidak mempersoalkan polis.

“Selama 10 tahun, kamu telah menyaksikan betapa efisyen dan profesionalnya pihak berkuasa. Janganlah kita prejudis terhadap pihak berkuasa,”kata Ismail Omar kepada pihak media pada minggu lepas.

Namun demikian, kerana ini adalah insiden kedua yang melibatkan Nedim, agak sukar bagi aktivis dan ahli politik pembangkang untuk membiarkan dia terlepas buat kali ini.

Seperti kes NFC yang melibatkan dana berjumlah RM250 juta dan juga menteri Umno Shahrizat Jalil dan keluarganya, kekayaan Nazri dan kemungkinan korupsi yang ada disebalik kekayaan keluarganya akan menjadi sambungan kepada episod drama.

Akhir sekali, patut ada keadilan untuk pengawal kondo dan pada Darren yang berusia 23 tahun, dimana pembunuhannya adalah suatu kematian yang tidak patut. -malaysia-chronicle

Selepas diserang, Dataran jadi 'tapak pesta '


Kawasan tapak khemah yang diduduki kumpulan mahasiswa dan aktivis di Dataran Merdeka bertukar menjadi tapak pesta dengan kegiatan lebih 500 pelajar dan aktivis.

NONEJumlah berkenaan meningkat mendadak sejak malam semalam apabila kumpulan pelajar tersebut diserang oleh kira-kira 50 orang individu tidak dikenali.

Walau 15 buah khemah mereka musnah dalam kejadian itu, sebanyak 12 lagi khemah baru didirikan hasil sumbangan orang ramai, selain 30 khemah lagi yang masih di dalam simpanan mereka.

Selain khemah, pelajar berkenaan juga menerima sumbangan makanan dan minuman termasuk nasi lemak, mee, dan biskut oleh orang ramai yang hadir.

NONEMalah golongan peniaga juga tidak melepaskan peluang untuk berniaga dengan menjual topi dan kemeja-T BERSIH 3.0, sempena perhimpunan yang akan dijalankan di lokasi tersebut pada 28 April.

Tinjauan Malaysiakini juga mendapati kawasan itu dikawal hampir 45 orang daripada Unit Amal PAS yang akan melakukan kawalan sehingga jam 6 pagi.

Golongan pelajar berkenaan antara lainnya menyertai kegiatan Sidang Siswa yang dikendalikan aktivis dan pengarah filem Fahmi Reza dan mengikuti ucapan oleh ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONETurut hadir di lokasi berkenaan ialah timbalan presiden PKR, Azmin Ali dan ketua pemuda PAS, Nasaruddin Hasan.

Mahasiswa dan aktivis telah berkampung di Dataran Merdeka selama tujuh hari bermula Sabtu lalu untuk menuntut pendidikan tinggi percuma dan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. -M'kini
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .