Ikuti Blog ini

Muhyiddin UGUT RAKYAT KELANTAN

Dewan Pemuda PAS (DPP) menganggap kenyataan timbalan perdana menteri yang memberikan jaminan untuk membekalkan air bersih kepada rakyat di Kelantan jika BN diberi mandat dalam pilihan raya umum ke-13, sebagai hanya kenyataan politik berbaur ugutan kepada rakyat negeri itu.

DPP berpandangan, kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu menunjukkan keangkuhannya sebagai pemimpin negara kerana meletakkan syarat tertentu terlebih dahulu kepada rakyat Kelantan bagi menyelesaikan masalah mereka.

"Ia juga seperti suatu ugutan agar rakyat Kelantan mengundi BN dalam PRU ke-13, barulah masalah mereka dapat diselesaikan.

"Manakala jika rakyat Kelantan terus mengundi PAS, kerajaan persekutuan akan membiarkan sahaja Kelantan terus dengan masalah ini," kata Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor dalam satu kenyataan hari ini yang disiarkan oleh Malaysiakini.

NONEKenyataan Riduan ini memang benar kerana sebagai seorang pemimpin negara Muhyiddin tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang sama taraf dengan Ahli JKKK kampung. Kenyataan beliau jelas berbaur ugutan yang menyebabkan rakyat semakin benci dan meluat dengan Umno dan Muhyiddin sendiri.

Sepatutnya sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik, Muhyiddin sepatutnya berusaha untuk menyelesaikan semua permasalahan rakyat kerana semua rakyat mempunyai hak tentang apa juga yang dihalalkan oleh perlembagaan. Kerajaan pusat sewajarnya tidak mendiskriminasi rakyat yang tidak menyokong mereka kerana semua rakyat membayar cukai dan mempunyai hak yang sama serta bebas menyokong sesiapa sahaja yang disukai.

Rakyat Patut Hukum Siapa Ahli Parlimen Yang Menyokong Rang Undang - Undang Yang Menindas dan Menutup Ruang Demokrasi



Kenyataan Media

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

23 November 2011


Menyebut pembentangan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman di Dewan Rakyat kononnya bagi menjamin kebebasan berhimpun adalah retorik terbesar Kerajaan Najib Razak dalam merealisasikan apa yang dikata 'Transformasi Politik'. Memang ianya suatu transformasi, tetapi malangnya ia menuju ke arah yang lebih negetif apabila satu demi satu hak rakyat dinafikan terutamanya dalam tajuk berhimpun.

Rakyat negara ini seolah-olah diijanjikan sebuah sinar harapan apabila beberapa langkah Kerajaan Malaysia termasuklah pemansuhkan akta keselamatan dalam negeri (ISA), namun akhirnya rakyat sekali lagi ditipu atas nama transformasi Barisan Nasional apabila akta tersebut masih lagi digunakan di Sabah baru-baru ini menahan antaranya dikenali sebagai aktivis PAS.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius pembentangan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman, melihat pembentangan RUU ini sebagai satu perangkap yang licik. Tiada lagi perhimpunan akan diberi laluan kepada pihak yang dicop berfahaman politik yang menentang dasar kerajaan walaupun perhimpunan itu di dalam kawasan persendirian, maka tiada lagi ceramah umum akan dibenarkan. Kita sebenarnya menuju ke pemerintahan kuku besi dalam bahasa lunak yang dicanang kerajaan pemerintah.

SAMM menyarankan semua pihak mengambil sikap berhati-hati dan setiap langkah kerajaan itu harus diterjemah dengan lebih berhati-hati kerana rakyat sudah muak untuk ditipu berkali-kali dan terus ditipu lagi. Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman secara halus akan menyekat ruang demokrasi buat rakyat. Inikah Transformasi politik yang dilaungkan oleh Najib Razak? Ia lebih mencengkam dan menafikan ruang demokrasi dari undang-undang sebelum ini (akta polis) sebelum ini.

Akhirnya bila penguasa menggunakan undang-undang untuk menindas rakyat, perlawanan menjadi wajib. Lebih kuat rakyat ditekan dan dicengkam oleh regim pemerintah, maka secara langsung dan tidak langsung ia memupuk api kemarahan lalu semangat perlawanan itu meruncing ke penghujungnya. Rakyat harus sedar negara sedar mengundur kebelakang dalam perbagai bidang termasuk menutup ruang demokrasi. bangkit dan hentikan segera sebelum terlambat.

Pergerakan anak muda SAMM berpendapat, Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang akan dibentangkan ini satu lagi proses penipuan regim penguasa. Rakyat diseru bangkit. Ahli parlimen yang menyokong rang undang-undang seperti ini harus dihukum.

Che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

revolusi13

PM perlu isytihar Kelantan berhak dapat royalti

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Ahli parlimen PAS menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat satu perisytiharan bahawa Kelantan berhak mendapat bayaran royalti petroleum.

Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) ketika membahaskan usul pembatalan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat berkata, dengan pembatalan Ordinan Darurat 1969, bermakna sekatan royalti kepada Kelantan juga perlu dihentikan.

Seksyen 4(2) Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969 menyebut negeri di dalam Malaysia mempunyai perairan wilayah hanya setakat tiga batu nautika (5.5 kilometer) diukur dari paras air surut.

"Inilah hujah yang digunakan Datuk Seri Nazri Aziz sewaktu menggulung perbahasan kami dalam isu royalti bahawa Kelantan tak berhak mendapat royalti.

"Jadi dengan pembatalan ordinan ini pada pagi tadi, jelas PM mesti kembali isytiharkan bahawa Kelantan berhak mendapat royalti," katanya pada sidang media selepas itu.

Turut serta pada sidang media itu, Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena) dan Dr. Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor).

Membuat desakan lanjut, Salahudin yang juga Naib Presiden PAS berkata, tidak ada guna pembatalan tersebut jika perkara-perkara yang diwartakan dibawahnya masih kekal dikuatkuasa.

Pagi tadi Najib membentangkan usul membatalkan Proklamasi Darurat yang masih berkuat kuasa selepas lebih daripada 40 tahun ia digubal.

Ianya adalah Perisytiharan Darurat 1966 di Sarawak, Perisytiharan Darurat 1969 di Persekutuan dan Perisytiharan darurat 1977 di Kelantan.

Suruhanjaya siasatan

Sementara itu, Dr. Dzulkefly menggesa satu suruhanjaya siasatan ditubuhkan bagi mengkaji semula kesan penggubalan ordinan darurat itu sejak 40 tahun lalu terhadap hak asasi manusia.

Selain itu, beliau turut meminta kerajaan khususnya menteri di jabatan perdana menteri menyediakan ordinan yang dikemukakan untuk mengangkat ordinan darurat itu sebelum ini. -Hrkh

Bil Perhimpunan Aman cetuskan demo di Parlimen


Ketika Dewan Rakyat bersiap sedia untuk perbahasan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, hari ini, beberapa kumpulan pejuang hak asasi mengadakan demonstrasi bagi membantah penggubalan akta baru itu.

NONESambil menuntut hak perlembagaan dilindungi, aktivis hak sivil yang diketuai oleh NGO, Kempen Bebas untuk Berhimpun atau Free to Assemble Campaign (FAC) berhimpun di hadapan pintu pagar bangunan Parlimen.

Menghairankan, jumlah polis yang dikerahkan bagi mengawal perhimpunan itu adalah minimum.

"Kami mahu Parlimen tarik balik rang undang-undang yang zalim ini serta-merta kerana ia adalah tidak sah dan menindas.

"Walaupun sekali pandang, permit polis tidak lagi diperlukan, namun sebenarnya, ia mengenakan lebih banyak sekatan lebih tidak munasabah dan memperuntukan denda besar. Ini  menjadikannya lebih buruk daripada peruntukan yang sedia ada di bawah Akta Polis," kata penyelaras Suaram, E Nalini.

NONEMenurutnya lagi, rang undang-undang itu juga bukan setakat menyekat kebabasan awam tetapi juga menghina kebijaksanaan rakyat.

Perhimpunan itu turut disertai oleh pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Datuk Ambiga Sreenevasan dan pemimpin-pemimpin dari Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas) dan Rangkaian Rakyat Tertindas (Jerit).
Kira-kira 50 penyokong yang hadir hari ini membawa Jalur Gemilang dan kertas berwarna kuning yang dicetak dengan perkataan “Perkara 10 perlembagaan jamin kebebasan berhimpun”.

"Rang undang-undang ini adalah yang zalim, kami harap ia akan ditarik balik serta-merta ... jangan sekalipun percaya ini boleh memberi kebebasan untuk berhimpun," kata Ambiga.

NONE"Bagi saya rang undang-undang ini merampas kebebasan berhimpun, ia mengambil balik hak yang dijamin oleh perlembagaan," katanya yang juga bekas pengerusi Majlis Peguam

Menurut Ambiga lagi, rang undang-undang baru itu, lebih teruk daripada Seksyen 27 Akta Polis dan bercanggah dengan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membuat pembaharuan pada malam sebelum Hari Malaysia, 15 September lalu. -M'kini

Dokumen yang membuktikan Satim Diman adalah Pengkhianat Melayu.


Lelaki yang sedang berucap diatas adalah Satim Diman, beliau merupakan Ketua UMNO Bahagian Puchong merangkap ADUN Seri Serdang yang juga Ketua Pembangkang Selangor, beliau dianggap sebagai pejuang Melayu oleh pencacai-pencacai UMNO..


Pejuang Melayu biasanya adalah satu gelaran yang diberikan kepada sesiapa sahaja yang berbangsa Melayu yang mempertahankan apa saja hak Melayu baik adat resam, budaya, maruah dan juga tanah.

Walau seinci sekalipun andaikata tanah milik bangsanya dicerobohi oleh bangsa asing, pejuang tersebut sanggup bermandi darah untuk mempertahankannya..

Dokumen yang disiarkan dibawah membuktikan bahawa Satim Diman bukanlah seorang yang layak untuk digelar sebagai pejuang Melayu tetapi lebih layak digelar sebagai Pengkhinat Melayu..

Dokumen yang pertama ialah permohonan kebenaran pindah milik tanah dengan lot nombor HSD 247 141 dan HSD 247 yang telah dibuat oleh UMNO Bahagian Puchong dimana Ketuanya adalah Satim Diman sendiri.

Ianya menerangkan bahawa permohonan UMNO Bahagian Puchong telah ditolak kerana ianya melibatkan pindah milik tanah antara pertubuhan bumiputera kepada syarikat bukan bumiputera.

Selain itu ianya juga ditolak oleh Pengarah Tanah dan Galian Selangor dan juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim demi mengekalkan kouta milik bumiputera..

Photobucket

Syarikat bukan Bumiputera yang dimaksudkan ialah Lagi Gemilang Development Sdn. Bhd. lihat dokumen di bawah pula..

Photobucket

Syarikat tersebut ditakrifkan sebagai Syarikat bukan Milik Bumiputera kerana 75% pegagnag saham dalam Syarikat tersebut dikuasai oleh individu atau pemilik bukan Bumiputera.. lihat dokumen di bawah..

Photobucket

Andaikata permohonan ini dilakukan ketika Khir Toyo masih menjadi Menteri Besar Selangor sudah pasti tanah milik Bumiputera itu akan berpindah milik kepada bukan Bumiputera..

Jadi... wajarkah lelaki dibawah ini digelar sebagai Pejuang Melayu??

Photobucket

Dokumen yang lebih jelas sila lihat di sumber dokumen ini diperolehi, iaitu di SINI

Media perdana tidak adil pada Kelantan

KOTA BHARU : Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa kesal terhadap media arus perdana yang masih tidak berlaku adil terhadap kerajaan negeri dalam membuat laporan.

Menurutnya, walaupun pelbagai program pembangunan dilakukan oleh kerajaan negeri termasuk di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT), namun media ‘menyembunyikan’ laporan sebenar.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perasmian Publisiti dan Penyertaan Awam yang melibatkan lima jajahan di sebuah hotel di sini tengah hari tadi.

(Gambar: Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyampaikan draf pembangunan kepeda Ketua Jajahan Kuala Krai, Ahmad Robert.)
 
Lima jajahan terbabit ialah Pasir Putih, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jajahan Jeli.
Menurutnya, cara berkenaan tidak ubah seperti  lalat yang hanya gemar hinggap pada tempat kotor dan akhirnya membawa penyakit.

“Kelantan sejak sekian lamanya bukan sahaja tidak diberi keadilan dalam laporan media arus perdana, sebaliknya sering menjadi bahan fitnah,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau melahirkan rasa syukur memandangkan negeri ini berkembang pesat dalam semua aspek termasuk jumlah penduduknya juga kian bertambah.

“Pada tahun 2010 jumlah penduduk mencecah 1.46 juta orang berbanding hanya 1.31 juta pada tahun 2000,” ujarnya. -Hrkh

Belum haji berbohong, lepas haji menipu

Menurut khabar dan spekulasi, Perdana Menteri Najib Razak dijangkakan membubarkan Parlimen dan meminta supaya Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan dalam masa beberapa bulan lagi.  Pada pilihan raya yang akan datang ini, Najib buat julung kali memimpin Barisan Nasional dalam misi membentuk kerajaan.  Secara langsung, pilihan raya ini adalah satu ujian sejauh manakah keyakinan rakyat terhadap pemerintahan Najib.

Najib mengambil alih tampuk kuasa sejak April 2009 selepas menggantikan Abdullah Ahmad Badawi yang terpaksa meletak jawatan - untuk bertanggungjawab ke atas prestasi terburuk BN dalam pilihan raya umum Malaysia pada 8 Mac 2008. 

Antara faktor yang dikatakan menyebabkan BN hilang majoriti 2/3 di parlimen di samping hilang kuasa di empat negeri adalah kegagalan Abdullah - atau lebih dikenali sebagai Pak Lah - melaksanakan janji-janji perubahan yang telah memberi harapan kepada rakyat semasa PRU ke-11 pada 2004.

Demokrasi jalanan turut menjadi faktor besar.  Himpunan raksasa "BERSIH" yang menuntut pilihan raya bebas dan adil serta gerakan HINDRAF yang berjaya menyentuh hati komuniti kaum India antara peristiwa yang gemar dirujuk pemerhati politik dalam mengisahkan hari bersejarah 8 Mac 2008.

Tidak dinafikan juga, media alternatif yang bebas daripada kongkongan mutlak BN menyumbang terhadap pembentukan audiens baru yang lebih bersikap kritikal dan sedia menyoal setiap tindak tanduk kerajaan.  BN tidak lagi mampu bergantung pada media massa arus perdana sahaja dan perkara ini turut dipersetujui Pak Lah yang mengakui "BN kalah perang siber".

Maka, sejurus penggantian Pak Lah, Perdana Menteri baru segera mendapatkan khidmat nasihat pelbagai firma konsultasi komunikasi dan media.  Dalam jangka masa pendek Najib berkuasa, kerajaan Malaysia telah membelanjakan berjuta-juta ringgit atas kempen-kempen komunikasi - atau lebih tepat lagi, propaganda - yang dihasilkan syarikat-syarikat asing seperti APCO dan FBC.
Baru-baru ini, FBC terpaksa menanggung malu selepas dipecat beberapa rangkaian media asing kerana dijumpai menerima bayaran daripada kerajaan Malaysia untuk menghasilkan program pro-kerajaan Malaysia.

Kempen "branding" atau penjenamaan seperti 1Malaysia dan pembentukan imej Najib sebagai seorang pemimpin yang "cool" atau sempoi terus menjadi agenda terpenting.  Dengan kempen "perubahan" Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang dilaksanakan dengan jayanya, agenda "perubahan" dilihat menjadi suatu fenomena global.  Tidak dinafikan, di Malaysia, sudah bertahun-tahun slogan "perubahan" menjadi asas kepada agenda parti-parti pembangkang.
Maka, untuk Najib mempopularkan dirinya di samping dilihat peka terhadap "perubahan" yang dituntut, beliau tiada pilihan selain memulakan program-program yang bersifat "perubahan" atau sekurang-kurangnya memberi persepsi bahawa beliau mewakili "perubahan".

Namun, perkataan "perubahan" dan reformasi sesungguhnya sinonim dengan perjuangan parti-parti yang anti-BN.  Oleh itu, "transformasi" menjadi slogan Najib.  Tidak dinafikan, ramai di antara generasi pengundi muda yang membesar dengan ditemani siri kartun Transformers, yang turut dihidupkan semula dalam beberapa tahun yang lepas melalui siri filem wayang Hollywood.  Namun, cukup sempoikah pakej "transformasi" yang dihadiahkan Najib?  Adakah rakyat akan memberi undi kepada seseorang pemimpin hanya kerana beliau sempoi?

Najib sebelum ini sudah menghadapi pelbagai persoalan kredibiliti terutamanya apabila dikaitkan dalam kes pembunuhan seorang wanita Mongolia.  Gaya hidup mewah yang dimiliki isterinya - Wanita Pertama Negara Malaysia yang pertama sekali - turut memberi persepsi bahawa Najib yang sempoi ini sebenarnya agak jauh dari realiti keperitan rakyat bawahan.
Lagi teruk, semasa melancarkan program Menu Rakyat 1Malaysia, beliau digambarkan mengambil sepinggan nasi kandar yang nampak lumayan sekali siap dengan dua ketul kepak ayam walaupun harga makanannya disiarkan RM3 sahaja.  Mungkinkah semua ini helah yang sempoi?

Cakap pasal helah, naik darah aku.  Janji-janji yang dibuat Najib sempena Hari Malaysia telah mengalami transformasi - menjadi penipuan yang keji sekali.  Beliau kata, negara Malaysia akan menjadi demokrasi terbagus di dunia.  ISA akan dimansuhkan.  Akhbar akan diberi lebih ruang kebebasan.  Rakyat tidak akan dianiaya atas kepercayaan politik mereka.  Sempoi gila.

Tapi, ISA digantikan dua akta baru yang akan mengekalkan penahanan tanpa bicara.  Lagi, hari ini janji mansuh ISA, besok tahan 13 orang di bawah ISA.  Hari ini nak jadi demokrasi terhebat, besok bentang rang undang-undang baru untuk mengharamkan perhimpunan jalanan.  Di bawah Akta Perhimpunan Aman, denda untuk sesiapa yang menganjurkan perhimpunan tanpa memberitahu pihak polis ialah RM10,000.  Manakala sesiapa yang ditangkap semasa suatu perhimpunan boleh didenda RM20,000.  Sempoi tak?  Inilah dia transformasi Najib.  Sempoi sekali.

Sementara beliau berjanji untuk mendengar cadangan yang bakal dibuat Jawatankuasa Khas Parlimen untuk mengkaji tuntutan untuk mereformasikan sistem pilihanraya Malaysia, tiada jaminan bahawa Najib akan membenarkan Jawatankuasa tersebut menyelesaikan tugasnya sebelum membubarkan Parlimen sekaligus menutup Jawatankuasa itu juga.  Jelas, pilihanraya yang akan datang tidak akan adil dan bersih tanpa berlakunya satu reformasi.

Adakah reformasi itu akan datang daripada Najib dan BN?  Bagi saya, untuk reformasi berlaku, reformasi perlu bermula dari tangan setiap rakyat.  Undi di tangan kita boleh memulakan reformasi untuk membersihkan tanahair kita daripada elemen-elemen yang nampak sempoi tapi bersifat kotor sebenarnya.

Oleh Ng Eng Kiat - Merdeka Review (Tajuk asal: Janji ditransformasi menjadi penipuan yang keji)
*Ng Eng Kiat, aktivis sosial dan hak asasi manusia, kini berkhidmat dengan kerajaan negeri Pulau Pinang.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .